Assalamualaikum dan salam perjuangan
(^__________________________^)
terima kasih buat sahabat2 yang sudi hadir...moga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi...
Alhamdulillah...setelah 3 minggu berpenatan untuk kenduri walimatul urus kekanda2 aku, akhirnya segalanya selesai.. Syukur aku panjatkan kepada Ilahi, kerana segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan oleh Allah. Semoga binaan rumahtangga muslim ini dibina atas dasar taqwa kepada Allah, dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmat daripada Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin...
MAJLIS DI KUALA TERENGGANU
sebelum akad dilafaz
khutbah
usai akad, solat sunat syukur
Ayah lari tema....=)
"dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (Ar-Rum 21)
Rasulullah saw dalam hadisnya bermaksud. Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), pabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan mejaga hartamu."
"dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui." (An-Nur 32)
MAJLIS DI PERAK
MAJLIS DI PERAK
akad =)
moga dilimpah berkat...
pelukan...
"Wahai pemuda-pemuda..sesiapa sahaja dikalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi nas-nas di dalam Al-Quran dan juga hadis Rasulullah saw yang menyuruh bagi yang berkemampuan untuk bernikah. Namun, dalam bernikah bersederhanalah kalian.
MAJLIS DI KEMAMAN
“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
(An-Nisa:1)
Ya Allah berkatilah pernikahan ini..moga terus kekal hingga ke Syurga... limpahkan barakah dalam kehidupan
mereka...amin...
SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI KELUARGAKU KERANA-MU YA ALLAH...
(An-Nisa:1)
Ya Allah berkatilah pernikahan ini..moga terus kekal hingga ke Syurga... limpahkan barakah dalam kehidupan
mereka...amin...
SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI KELUARGAKU KERANA-MU YA ALLAH...
(^__________________________^)
terima kasih buat sahabat2 yang sudi hadir...moga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi...
0 kata-kata sokongan:
Post a Comment