BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Raikan sebuah kemenangan

Salam perjuangan

Allahu Akbar3x Walillahil hamd

Alhamdulillah

Syawal 1434H dapat kami rasai
nikmat sebuah kemenangan selepas sebulan
nafsu dikekang

Beruntungnya kita Allah masih melanjutkan usia
dalam meraikan sebuah kemenangan
dengan bersyukur pada-Nya
atas kurniaan Syawal ini

Moga-moga segala amalan kita 
di bulan Ramadhan
diterima oleh Allah sebagai amalan yang soleh

Taqabballahu minna waminkum

dan tidak lupa

kepada sahabat baik saya

Nur 'Aisyah Humaira Ismail

yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada 4 Syawal
(sunnah nabi)

Barakallahu lakuma wajama' bainakuma fi kahir..

moga menjadi isteri solehah dan bidadari Syurga buat suami 



amin.. =)

Monday, July 8, 2013

Ukhtiku



Salam perjuangan

Ukhtiku

Aku tahu…
Lelahmu, dukamu, tangismu itu
Bukanlah dikau pamerkan
Kerana kelemahan mu

Tapi
Dek kerana hebatnya ujian pilihan Allah
Yang dikau hadapi
Telah menundukkan dirimu
Untuk sentiasa berdampingan dengan-Nya

Ketahuilah ukhtiku lillah
Cabaran yang dikau hadapi itu
Hanyalah sedikit cuma
Untuk dibandingkan dengan perjuangan baginda tercinta

Maralah ukhtiku
Sebarkan sayapmu
Untuk perjuangan tercinta ini
Kerana dikau pernah memberitahu kepadaku dahulu
BAHAWA KEREHATAN YANG SEBENAR BAGI PEJUANG
ADALAH MATI…

Usah pernah untuk menyerah diri
Usah juga menyalahkan takdir pada diri
Sebelum nafasmu terhenti
Menyahut panggilan Ilahi

Justeru ukhtiku tersayang
Pandanglah ujian itu sebagai satu perhatian
Dari Yang Maha Esa
Yang begitu lembut menyentuh hatimu
Agar kebergantunganmu itu
Penuh buat Yang Maha Agung

Yakin dan percayalah ukhtiku
Dengan janji Yang Maha Penyayang
Bahawa kamu adalah yang terpilih
Untuk melahirkan pewaris Al-Fateh yang ummah idamkan

Maafkan daku ukhtiku
Aku ini hanya bisa untuk berbicara
Dan tidak mampu untuk
Merasai keperitanmu yang Maha Dasyat itu

Namun ukhtiku
Jauh disudut hati ini
Sentiasa mendoakan kebaikan
Kesejahteraan, kecekalan dan kekuatan
Buat dirimu wahai Tentera Allah!
Bangkit ukhtiku…!
Hapuskan tangisanmu =)

Nukilan: Al-Abqari

Monday, June 17, 2013

Pilihan


Salam Perjuangan

Pilihan…
Dalam hidup yang penuh dugaan ini
Kita sering berhadapan dengan pilihan..
Ya..pilihan yang pelbagai untuk kita pilih
Sama ada pilihan itu membawa kita
Kepada kebahagiaan atau kemurkaan Allah

Maka begitu juga dengan diri saya
Pilihan yang dibuat
Walaupun laluannya penuh cabaran, perit, letih dan melelahkan
Namun, ia amat membahagiakan saya
Mententeramkan jiwa yang lara
Mengasyikkan darah jiwa pemuda

Kerana apa saya membuat pilihan ini?
Kerana atas dasar tanggungjawab
Bahawa hidup ini kita tidak boleh persiakan
Saya juga terkadang tidak tahu
Bagaimanakah penghujungnya pilihan saya ini
Namun, doa dan doa itu
Telah membawa saya menemui kekuatan
Untuk membuat pilihan
Saya merenung firmanNYA yang bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang mendekatkan diri kepada-NYA, dan berjihadlah pada jalan-NYA, supaya kamu mendapat keberuntungan”
(Surah Al-Mai’dah: 35)


Lalu, pilihan ini telah membukan mata hati saya
Bahawa hidup memerlukan teman disamping
Agar terasa nikmat perkongsian
Dalam mendekatkan diri kepada-NYA

Teman-temanku lillah
Aku memerlukan kalian
Untuk bersama-sama berjuang dengan pilihan ini
Kerna pilihan ini mungkin akan
Memberikan ganjaran-ganjaran istimewa kepada kita
Di negeri ‘sana’ yang abadi

Justeru teman-temanku lillah,
Syurga yang abdi yang didambakan itu
Mana mungkin kita raih dengan senang-lenangnya kita
Malah..
Ia memerlukan tadhiyyah yang cukup tinggi
Buat kita semua menebus
Hakikat Syurga yang diidami..

Sirru ‘ala barakatillah

Sk Bangi! here we go!!!!

Thursday, June 13, 2013

Mereka


Salam perjuangan...

Dulu
Aku selesa bersendirian
mengharungi perjalanan dengan hakikat keberanian
menduga diri agar mampu untuk bertahan
pada lenanya dunia yang penuh keasyikkan


Tapi…
saat ujian menjengah pada diri
aku rebah tidak berdiri
menangis menyalahkan takdir yang menghampiri
kerna terasa diri tidak dipeduli


Rupanya
kosongnya hati ini
kononnya dengan bersendiri
aku mampu untuk menghadapi
segalanya yang telah diberi


Hakikatnya
pabila mereka Engkau hantarkan kepadaku
diri ini seolah-olah terpaku
meraih tangan yang terkaku
untuk sebuah cinta persahabatan yang jitu

Mereka
telah menyedarkan daku segala
pada erti kebersamaan yang tercipta
agar tidak jadi seperti sang biri-biri dan serigala
dalam kehidupan yang tidak kita duga

Kini
aku terasa lebih yakin untuk berdiri
bersama-sama mereka yang kucintai
memegang erat jari jemari
menuju ke Syurga yang abadi

teman-temanku fillah
ayuh dengarkanlah
coretan dari hati yang tulus ikhlas
buatmu yang kucinta lillah

teman-temanku
terima kasih tidak terhingga
untuk kisah kita yang penuh bahagia
biarpun lelah, perit yang kita rasa
kamu masih tetap setia
mengheret aku bersama-sama
berjuang dengan pilihan kita
untuk membina diri dan generasi kita
agar sentiasa merantai perjalanan baginda
demi Islam yang tercinta…


  

Wednesday, May 29, 2013

Budak usrah

Salam Perjuangan

Alhamdulillah 
hari ni dah 19 rejab
dah tak lama pun
Sya'ban datang
pastu Ramadhan

Jangan lupa untuk sentiasa titipkan
dalam doa agar
kita semua sempat
bertemu dengan 
bulan Ramadhan
InsyaAllah, amin...

................................................................................

budak usrah?
anda semua budak stok usrah?

saya pun berUSRAH gak
dengan geng-geng gila saya
kat sini saya belajar banyak benda

tentang ukhuwah, aqidah, ibadat
akhlak dan perjuangan
mereka yang sama-sama berusrah dengan saya
sentiasa menjadi teman
yang pertama sebagai tempat luahan saya

banyak yang telah merubahkan saya
pakai stokin, pakai baju labuh+longgar
pakai tudung besar
solat berjemaah, mengaji Quran, bace maksurat
kejutkan untuk bangun tahajud
ajak pergi masjid dan untuk dhuha...
ajak untuk join program
dakwah dan tarbiyah
dan
latih diri saya untuk jadi seorang PEMIMPIN

manis semuanya...
 siapa-siapa yang pernah join USRAH akan dapat
rasai kemanisannya
untuk tarik orang sama-sama merasai
bahawa SYURGA itu kenikmatan 
yang perlu dikongsi bersama =)
rasa lebih dekat dengan Allah..

ade jugak orang yang pergi usrah ni
tapi 'bajet' dia bagus
astaghfirullah...

rasa xboleh nak jaga diri
bila bersama dengan orang-orang
yang tak nak ke usrah

begitukah sikap seorang daie?
ayuh muhasabah diri kita
bila ada rasa begitu
maka sebenarnya kita 
mempunyai penyakit 
yang terlalu berlebih-lebih dalam hal-hal yang berkaitan
dengan agama
dan yang berjuang kononnya
tapi tanpa kefahaman yang jitu 
terhadap fikrah Islam

bukankah Allah telah menjelaskan
kepada kita bahawa
masuklah Islam ini secara keseluruhannya?

maka janganlah kita sesekali membataskan
diri kita untuk melakukan satu aspek sahaja
kebaikan dengan memejamkan mata kita
pada aspek yang lain..

justeru kamu budak usrah a.k.a daie
lebarkan sayapmu
ilmumu yang telah kamu perolehi
dalam USRAH
untuk disebarluaskan kepada
sahabat-sahabat diluar sana

USRAHKAN mereka ISLAM yang SYUMUL

buah tangan dari matlutfi

selamat menonton!


Thursday, May 16, 2013

Tarbiyah~payahnya menjadi orang tengah

Salam Perjuangan

Alhamdulillah 
hari ni 16 Mei

hari guru =)
pasti kita semua berlumba-lumba 
untuk menghantar SMS
kepada guru-guru kita sebagai ucapan tanda
manifestasi ingatan kita pada
jasa-jasa guru pada kita

Saya kurang mempunyai nilai sentimental sebegitu

cuma saya tidak pernah akan lupa
untuk sentiasa mendoakan 
pada guru-guru saya agar sentiasa 
berada dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allah taala

Doa...itu yang mengikat hati-hati manusia
insyaAllah..moga doa saya diterima

"dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah hujurat:9-10)


Bila saya teringat pada ayat ini
entah kenapa hati saya tidak tenang
sedih..sebak..
memujuk hati supaya bertindak untuk menjadi orang tengah
bukanlah satu keputusan yang senang
banyak maslahat yang difikirkan
juga mudharat yang bakal dihadapi
atas nama sahabat seakidah

jika dibiarkan 
akan memakan hati 
dan menjejaskan segala bentuk kerjasama
moga -moga Allah sentiasa memberi petunjuk
dan hidayah pada kita
serta memberi ilham

hati itu..
jika terlalu sering mencemuh, mengeluh
bimbang itu petanda 
bahawa kita tidak redha pada Qada' dan Qadar Allah
bersihkan hati kita sahabat
jernihkan ukhuwah kita

Saya menulis ini bukanlah bermakna saya yang terbaik
sekurang-kurangnya
saya telah melepaskan lelah hati
untuk melihat kita semua kembali bersatu hati
mungkin ada kala saya salah dan silap
dalam memberikan pendapat
dan pandangan
namun, usahlah hingga menjadikannya
kusut seolah-olah tiada jalan untuk diselesaikan

sahabatku fillah...
ingatlah bahawa 
hati kita sentiasa menjadi rebutan
bagi malaikat dan syaitan
dan akal yang diberikan oleh Allah ini
akan memilih antara dua pilihan tadi

justerus sahabat
terpulanglah pada diri kita
untuk memilih 
siapa yang akan menguasai hati kita

Aku doakan moga
ikatan rabithah yang kita sering lafazkan
dan janji baiah yang kita ikrarkan
akan kita penuhi dan laksanakan
biar dada kita sempit penuh seksa
untuk menelan keperitan 
dalam menunaikan
janji kepada Allah taala..

Saat ikatan melemah
saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan
saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api
saat kebaikan justeru melukai
aku tahu, yang rombeng
bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit
atau mengerdil
mungkin dua-duanya
mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah
yang compang-camping

Salam sayang buat sahabat fillah...
kita adalah tentera sepanjang masa
terimalah tarbiyyah Rabbaniyah ini dengan reda

(^_^)V

Wednesday, October 3, 2012

Family tuck yang saya cintai =)




salam perjuangan

kata-kata ni saya tujukan khas buat 'family tuck' yang saya cintai

moge kita sama-sama terus Qawiey dan Amin...

ukhti...
aku sudi menjadi penguat disaat kamu bersedih, 
aku sudi menjadikan bahuku sbg sandaran 
ketika kamu hilang ssuatu yg kamu sayangi & cintai..

ukhti yg aku kasihi..
aku ingin meminjam ketabahan drpmu saat tarbiahNya 
dtg menguji keimananku.
sudikah kau menghulurkan sekudus doa kekuatan utkku?
sudikah??....
andai sudi jawapanmu...
hanya 1 pintaku,
berjanjilah kau akn mengisi kelompongan kasih jiwa ini,
berjanjilah kau akan selalu mndoakanku..
mendoakan kita semua bersama
dan "berjanjilah kita akan berusaha sama-sama menarik  kembali andai suatu hari nnti ada kalangan kita tersasar dari jalanNya..dgn tanganmu sndiri"!

UKHWAH FILLAH..andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiyyah nescaya dikau akan berusaha mempertautkanya & menutup lubang-lubang perosak mahabbah.

tunggu dan terus menunggu bulatan hati kita for the next time =)


Tuesday, December 27, 2011

Menadah kitab di bumi serambi mekah

 Assalamualaikum...

Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Segala puji dan pujian hanya selayaknya bagi Allah...yang masih mengekalkan aku untuk bernafas sebagai seorang muslim yang mempunyai iman...insyaAllah.. dan kesempatan masa yang diberikan dalam mencoret dalam blog kesayangan ini.  Allahu Allah.. moga adanya sedikit manfaat daripada ilham kurniaan-NYA ini..

Baru sahaja pulang dari bumi yang diberi jolokan sebagai Serambi Mekah iaitu Kelantan. Bersama beberapa orang sahabat seperjuangan untuk menadah kitab Sullamul Mubtadi yang dikarang oleh Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, mencari sedikit bekalan agar ianya bermanfaat dikemudian hari.




Kenapa aku menulis tentang ini? kerana di sinilah aku berkenalan dengan guru-guru (syeikh2) yang begitu 'alim dengan ilmu mereka. Terasa sungguh kerdil diri ini. Apa yang cukup teruja, selama sembilan hari aku berkampung disana membuatkan aku jatuh cinta dengan ilmu Tasawuf yang diajar oleh seorang ustaz yang cukup lembut hatinya, ramah sifatnya, 'alim ilmunya, tawadduk akan dirinya..sgla yang baik daripadanya membuatkan diri ini sentiasa memerhati tingkah lakunya...sesuai dirinya sebagai ahli tasawuf...apabila melihat akan dirinya menbuatkan kita teringat pada Allah...

Sebelum ini, memang dah banyak kali dengar tentang ilmu tasawuf. mungkin kerana kurang penghayatan dan belajar secara 'membaca sendiri' membuatkan penghayatan itu tidak hadir. Namun, berkat menimba dengan cara berguru, membuatkan aku sentiasa tertunggu-tunggu bila datangnya waktu tasawuf (walaupun kadang-kadang mata agak mengantuk) Aku kira, ahli tasawuf ini apabila mereka menyampaikan ilmu, pasti ianya datang dengan hati yang tulus ikhlas dengan mengharapkan agar anak muridnya (banin dan banat) menjadi manusia yang berguna untuk agama. Aku masih ingat akan kata-katanya pada pertama kali pertemuan kami. Disini aku naqalkan kata-katanya yang diambil daripada Imam Malik berkaitan dengan ilmu tasawuf:

"Sesiapa (yang aqil baligh) belajar dan beramal ilmu Feqah dan tidak mendalami dan beramal dengan Tasawuf, maka dia adalah orang yang terkeluar daripada Islam. Sesiapa yang mendalami Tasawuf namun tidak belajar dan beramal dengan Feqah, maka dia adalah orang fasiq. Sesiapa yang menghimpunkan keduanya, maka dia akan selamat dunia dan akhirat (dapat tempat tertinggi)"   


Ustaz Ayob ketika mengajar Tasawuf


Kata Ustaz Ayob, Ilmu tasawuf ini adalah berkaitan dengan niat. Jadi, ghalibnya apabila kita beribadat kepada Allah, kita mampu untuk menguasai ilmu feqah dengan mengetahui rukun-rukunnya dengan sempurna, namun, dalam kita beribadat, kita tidak mampu untuk menghadirkan penghayatan kepada Allah dan menqasadkan bahawa solat aku itu LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN...maka TUNGGULAH KEBINASAAN DARIPADA ALLAH...nauzubillah... disini, jelas bahawa ilmu tasawuf mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu feqah. Aku tidak mampu untuk menghurai dengan lebih panjang dan baik tentang ilmu tasawuf, kerana aku masih lagi kering dengan pernghayatan...cukuplah apa yang ada untuk perkongsian. 

Selain ilmu tasawuf aku juga sempat berguru dengan menadah ilmu berkaitan aqidah, solat, puasa, haji, nikah, jual beli, faraid, 'iddah, jenayah, hudud, dan lain-lain lagi. Sungguh berada dalam majlis ilmu atau tafaqquh ini membuatkan hati terasa cukup tenang, walaupun pada mulanya ayah agak keberatan untuk membenarkan untuk pergi ke sana, aku juga tidak faham. Namun setelah tekad, ayah membenarkan aku pergi dan kenal cara belajar sistem pondok. Sebenarnya dalam diri kita perlu ada suatu keyakinan untuk terus berusaha mencari ilmu terutama ilmu berkaitan agama. Belajar ilmu agama ini adalah FARDU AIN keatas setiap yang bergelar muslim. Wajib ke atas kita mendalaminya serta beramal dengan segalanya.


Masjidnya yang masih dalam pembaikian. memerlukan dalam setengah juta lagi =)


pejabat 



ikan di sini pun mendapat tarbiyah...indahnya..




kitab nikah dalam Sullamul Mubtadi karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni =)


Satu perkara lagi yang menjadi kelainannya adalah aku belajar tentang Qasidah.. Mungkin ada di kalangan sahabat yang penah mendengar tentang Qasidah. Dulunya, aku juga selalu mendengar alunan qasidah, namun sekadar angin lalu. Tapi setelah belajar di sini rentaknya, aku sudah dapat menghafal beberapa alunan qasidah yang akhirnya telah membuatkan aku JATUH CINTA padanya.. Ada beberapa orang sahabatku sempat merakam sebagai panduan kami untuk terus mendengarnya. 



Dan Alhamdulillah... ribuan Terima Kasih kepada sahabat seperjuangan Ummu Faiqihah dan juga Ummu Zafran dan Nadia (semua dah ade tiltle ummu, aku dan nadia je xdak, calon belum ade..doakan aku juga ea (^_^)V) kerana telah mengajak aku untuk bersama-sama kalian. Juga 2 orang adik beradik yang sangat best (Aini dan Mas)=) moga ukhuwah ini terus berkekalan subur dan terus indah mewangi di Taman syurga..amin...InsyaAllah..

"Syukurku pada pertemuan ini, indah di hati, ilmu di dakapi..moga nanti bertemu kembali" ~ummu faiqihah

Cukup 9 hari di sana, akhirnya kami telah khatam dengan jayanya kitab Sullamul Mubtadi dan kajlis khatam telah selamat dengan bacaan doa khatam oleh baba dan majlis penutup oleh Pengetua Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis, Bachok
 





Guru-guru yang hadir semasa khatam =)

Islam itu agama yang cukup indah. Pada setiap inci kehidupan manusia, pasti ada panduannya untuk diikuti. Oleh sebab itu Allah telah menurunkan Kitab Al-Quran untuk umat manusia khususnya muslimin mencari pedoman, bekalan dan tidak lupa pada sunnah baginda saw yang telah ditinggalkan agar umatnya tidak sesat selamanya. Oleh itu, sebagai yang bergelar muslim, tanamkanlah dalam diri kita satu niat yang murni untuk sama-sama menimba ilmu yang mana ilmu itu kemudiannya (insyaAllah) sebagai suatu yang bermanfaat buat kita dan umat islam seluruhnya.. Lupakah kita pada sabda nabi saw: 

Setelah meninggalnya anak Adam, maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan 3 perkara:
1) Anak yang soleh
2) ILMU YANG BERMANFAAT
3)Sedekah Jariah

Oleh itu, gapailah ILMU YANG BERMANFAAT agar ia menjadi penerang tatkala kita dalam kegelapan kerana ilmu itu sendiri sifatnya An-Nur ~ Cahaya....Wallaua'lam...=)










Saturday, August 20, 2011

Sahabat yang solehah




Sahabat yang solehah

Laksana penjual kasturi

Sedikit kesannya

Keharuman melata


Sahabat yang solehah

Kebaikannya menjadi tumpuan

Keimanannya terus digilapkan

Ketaqwaannya dapat ditingkatkan

Mengalahkan syaitan yang siang

Malam berjuang untuk kerosakan


Sahabat yang solehah

Rupa paras bukan jadi bandingan

Darjat & pangkat bukan soal pilihan

Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran

Yang mulia di hati budi

Asasnya Iman

Neracanya Taqwa


Sahabat yang solehah

Ialah yang menegur kesilapanmu

Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu

Bukan kerana untuk mencari silapmu

Bukan disebabkan membenci dirimu

Bukan gara-gara iri hati padamu


Ketahuilah

Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya

Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar

Dari cinta & redha Ilahi


Sahabat yang solehah

Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah

Agar ia tidak berulang

Melarangmu dari melakukan kemungkaran

Yang membetulkan kesalahan

Yang mengingatkan dari kealpaan

Yang menasihatkan dari kelalaian

Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan

Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan

Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala

Mengiyakan apa yang kau kata

Setuju apa yang kau bicara


Sahabat yang solehah

Ialah disimu pada setiap keadaan

Yang meraikanmu pada saat kegembiraan

Yang mendampingimu pada saat kesedihan

Yang sanggup berkongsi kepentingan

Yang tidak pernah mengungkit pemberian

Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan

Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan

Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang solehah

Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan

Cintanya bukan pada gambaran

Rindunya bukan pada pertemuan


Sahabat yang solehah

Hatinya sarat dengan Iman

Rantingnya Ikhlas

Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan


Sessungguhnya

Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan


Sahabat yang solehah

Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi

InsyaAllah


Sahabat yang solehah

Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah


Ketahuilah bahawa,

Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri


Tuesday, May 10, 2011

~Semangat~




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk hidup dalam islam dan iman…juga ucapan seinfiniti kesyukuran kepada Yang Esa kerana selesai menjawab ujian UAK tempoh hari…dan petang tadi ujian gerko…alhamdulillah..moga segalanya berakhir dengan baik..

‘Aku ada Engkau, Ya Allah…’

Walaupun masa yang ada tidak mencukupi untuk mengulangkaji, tapi Allah sentiasa memudahkan urusan untuk aku dan sahabat-sahabat…Terima Kasih ya Allah…

Bahagianya ada sahabat tatkala kita keseorangan…

Bahagianya ada sahabat tatkala kita kesepian….

Bahagianya ada sahabat tatkala kita kekeringan iman…

Bahagianya ada sahabat tatkala kita kurangnya semangat…

Sebab kehadiran sahabat itu menjadi penguat kepada kita untuk menghirup hammasah agar sedupan itu meresap ke dalam saluran darah dan terus ke hati…

Untuk semenjak dua ini, aku sering berhadapan dengan beberapa masalah yang melibatkan orang yang bernama ‘sahabat’…dan alhamdulillah…aku mengharap agar segalanya telah selesai…

Bukan apa..sahabat..aku bimbang, bimbang nanti masalah ini akan membataskan gerak kerja kita dalam islam... atas dasar kefahaman yang jelas tentang agama yang kita bawa…ayuh kita buangkan segala yang keruh…dan ambillah yang jernih…berlapang dadalah dalam percanggahan pendapat… itu menjadi adat dalam sesuatu perbincangan…

ayuh sama-sama kita bersatu dalam pemikiran untuk menuju kesatuan amal…

‘WEHDATUL FIKR WEHDATUL AMAL’

~sayang sahabat kerana Allah~~~

Firman Allah: ‘pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (Surah Az-Zukhruf: 67)

Sunday, January 9, 2011

Mereka yg kurindu..






Tika mentari melabuhkan sinarnya
Ku mengimbas kembali
Nostalgia bersamamu teman
Yang telah meninggalkan
Seribu kenangan pahit manis

Pabila ku kenang kembali
Senda gurau kita bersama
Tak tertahan sebak dihatiku
Bagaikan dihiris sembilu
Air mata menjadi saksi

Aur dan tebing tak akan bercerai selamanya
Air yang dicincang tidak akan putus
Tetapi persahabatan yang tidak berlandaskan
keikhlasan dan kejujuran
Pasti akan musnah binasa....

Maafkan diri ini teman
Andai diri ini telah berubah
Berubah aku kerna penghijrahan
untuk melihat ISLAM terus gemilang

Sungguh aku rindu akan kalian
Rindu dengan pakaian 'islamik'
yang sering kita sarungkan
dan rindu pada semua perkara yang kita lalui
Aku berdoa moga aku, kalian, kita
akan terus istiqamah
menempuh hari-hari yang berkualiti
agar akhirat kelak
pabila ditanya oleh Yang Esa
kemana waktu yang telah kita habiskan
kita mampu memberikan jawapan
yang mengheret kita ke SYURGA yang abadi....

amin.........

Friday, November 5, 2010

Yang bernama Sahabat....



Salam sayang buat sahabat-sahabat semua
hari ini tiba-tiba terasa ingin mencoret sesuatu
tentang kisah persahabatan

Ada sahabat aku berkata
ikatan yang diikat dengan akidah itu lebih kuat berbanding ikatan kekeluargaan
betul ke?
pada watu itu, aku mula menilai kata-kata itu
dan kini....
aku merasai akan kemanisan ikatan yg diikat dengan akidah

mesti ada yang tertanya, apa bezanya antara ikatan akidah dan ikatan kekeluargaan?
ikatan akidah ini kita sama-sama paksikan
tujuan dan matlamat kita semata-mata untuk mencapai keredhaan
Allah taala...
dan semestinya...
ikatan akidah ini bertunjangkan akidah islamiyyah
maka...lahirlah disitu...
hamba-hamba yang apabila bertemu dan berpisah adalah kerana Allah taala

ikatan kekeluargaan??
ikatan ini sudah cukup untuk aku tafsirkan seperti kisah yg berlaku
dalam peristiwa Hijrah baginda bersama-sama kaum muhajirin dan ansar
apabila kaum Ansar sanggup mengorbankan seluruh harta, dan keluarga
semata-mata untuk kebahagiaan sahabat mereka
kaum muhajirin
muhajirin pula, sanggup meninggalkan keluarga
semata-mata kerana untuk menyelamatkan aqidah mereka
demi islam tercinta

Dulunya aku pun begitu
seakan tidak mahu melepaskan mereka pergi...
namun kerana tuntutan kefardhuan menuntut ilmu
aku redha....
mungkin kerena perpisahan itu, akan menjadikan kami
lebih erat...lebih saling mengingati dalam doa
insyaAllah...

siang tadi....
adik-adik yg menumpang bilik aku
sudah selamat pulang ke bilik masing-masing
sedih terasa...
seakan-akan kosong pulak bilik ini
Maisarah..si kecilku...
Su'aidah...
hanna...
rindu dengar gelak tawa korang
solat berjemaah bersama-sama
makan, buka puasa....
dan yang penting
usrah kecil kita
yg selalu dibuat scra tidak langsung
dan..
bilik ini sentiasa bergema dengan hujah2 mantop korang
tak pe kite kongsi dalam kelas pulak ye

Aku pun tidak lupa
pada sahabat yg aku cintai kerana Allah...
Bazzliena...
yang untuk ketika ini...
sentiasa disamping aku
tika penat dan lelahnya diriku
kamu datang menyapunya
menghilangkan keresahan di jiwa
dan tika dirimu kesedihan
aku xmampu untuk lakukan yg terbaik buatmu...
sebagaimana yg kau lakukan padaku
Maafkan daku...
tp kini kita dah jauh...

korang semua ingat lagi tak
lakonan kita...
dalam usrah kak dila...
manis la saat itu...
mai~ adik lelaki yg suke main game
su~ abg yg suke berfoya2
shika~ adik perempuan yg sdg bercouple
{(paling mantop (^_~)V!}
hanna~ ayah yg xlayan hal kuarge
bazz~ mak yg suke ber'tabarruj' n mendedahkn auratnya
aku~ mangsa keadaan
kak dila~ pengarah filem

rupanya semua ada bakat jadi pelakon
(^_~)V!
tapi alhamdulillah....
nasib baik Allah telah mencampakkan kita pada satu tempat
yang bernama IPIS...
dengan sama2 menanam rasa cinta berukhuwah
Indahnya saat itu...
moge apa yang kita dapat,
kita akan sama-sama praktikkan untuk berdakwah pada keluarga
insyaAllah...

Mungkin setakat ini sahaja...
luahan hati...
ampun dan maaf dipinta
jika ada yang terkasar bahasa
terguris kata...
sepanjang kebersamaan kita dalam bilik ni
moga ukhuwah kita terus mekar hingga ke akhirnya...
amin...