BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label muslimatku. Show all posts
Showing posts with label muslimatku. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Mukmin power!

Salam Perjuangan

Anehnya aku melihat urusan orang-orang yang beriman, tidak ada satu pun masanya yang dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka kurang tidur tetapi tetap tidak mengeluh dengan keletihan, kerja mereka banyak, namun hubungan mereka antara manusia dan Tuhan tetap dijaga, mereka berinfaq, namun mereka juga menyimpan, urusan mereka mencapah, namun, mereka berjaya menyusunnya dengan baik dan sistematik, ujian buat mereka terlalu banyak, tapi pada merekalah aku melihat bagaimana akhlak mereka mengatasi ujian itu dengan berhikmah sekali....

Allahu rabbi...

aku nak jadi mukmin power!



Sunday, June 24, 2012

Tersentuh!


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Saturday, January 28, 2012

Serikandi is Awesome




Muslimat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat datri kedewasaannya dalam bersikap.

Muslimat sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al-Quran, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al-Quran tersebut.

Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihatt dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.


Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman-teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahim,


Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika suud.


Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.



Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersonakan, tetapu dilihat sari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan itu.

Akhawat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbehasa, tetapi dilihat dari bagaimana dia berbicara 

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.



Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang ditepi jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur..


~sEriKanDi iS awEsoMe~

(^_________________________________^)


Thursday, October 27, 2011

DISKUSI ILMIAH: Ustazah Pilihan vs Solehah....patot ke?



Salam jihad dan perjuangan…

Kembali mencoret setelah sekian lame ditinggalkan…

Payahnye nak istiqamah kan…

Allah… aku bukan seperti Said Qutb, sehingga ke jeriji besi sekalipun, mampu untuk mencoret sesuatu yang bermanfaat untuk generasi masa depan…

Ok, itu sebagai slot muhasabah diri…

Diskusi ilmiah??? Nak bincang pasal ape? Haa…

Pernah tengok cerita Ustazah Pilihan ataupun Solehah?


Rancangan Ustazah Pilihan di Astro Oasis


Rancangan Solehah di tv Al-Hijrah

Baru je minggu lepas ada kesempatan untuk menonton program realiti Ustazah Pilihan.. dulunya program ini mendatangkan banyak pandangan yang negatif daripada golongan ilmuan yang rata-ratanya menentang program ini dikeluarkan…

Namun, walaupun ramai golongan ilmuan yang celik agamawan ini berdiri menyanggah, program ini tetap diteruskan dan kini terus mendapat perhatian para penonton. Melihat kepada program ini,pasti ada pro dan kontranya… hakikatnya kalau kita lihat dari sudut yang positif, kedua-dua program ini membawa masyarakat untuk lebih mencintai program yang berbentuk dakwah. Menjadikan pencarian muslimah sebagai daie yang mana peranannya dilihat begitu besar dalam mentarbiyah masyarakat untuk menyampaikan dakwah…

Sabda Rasulullah saw: ‘Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’ (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda: ‘4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa’ (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Jelasnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang muslimat daripada berdakwah kepada masyarakat umum sebagaimana Saidatina Aisyah Ra yang menyampaikan kuliah-kuliah ilmu kepada para muslimat secara terang-terangan. Namun begitu, kita sendiri melihat bahawa penyampaian dakwah Saidatina Aisyah adalah kepada kaum muslimat sahaja. Bukan untuk dipertonton di hadapan khalayak ramai.

Memang wanita itu sebaik-baik perhiasan, namun perlu diingatkan bahawa perhiasan yang ada pada seorang muslimat itu hanya untuk dipertontonkan oleh suaminya sahaja. Apabila dalam konteks ini, wanita yang diuji bakat, menjadi tontonan umum dan ramai, adakah kita merasakan semua yang menjadi penoton itu tidak mempunyai penyakit dihati mereka….?

Aku masih ingat pada kata-kata yang dilontarkan oleh Saidatina Fatimah apabila ditanya oleh ayahndanya, Rasulullah saw, ‘Wahai Fatimah, bagaimanakah wanita solehah itu?’  jawab Fatimah ra, ‘Wanita solehah itu adalah yang tidak memandang dan juga tidak dipandang…’

Allahuakbar…tidak perlu pada nilaian Ustazah Pilihan mahupun Solehah untuk menerjah ke syurga…kita perlu ingat pada hadis Rasulullah saw:  ‘Apabila seorang wanita solah lima waktu, puasa satu bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya (tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu suka!’ (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)

Nah! Senang bukan…? Apa lagi wahai muslimatku sekalian…

Solehahkan dirimu untuk suamimu...dan jadilah ustazah pilihan hanya untuk anak didikmu dan bakal anak2 mu...


Tuesday, May 31, 2011

Surat cinta untuk sang Muslimah



"Wahai saudariku yang muslimah, yang berada di jalan jihad, Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi kita, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad."

Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan dakwah, peperangan menghadapi musuh gerakan islam, sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka surah dari Al-Quran.

Begitu juga dengan al-ukhtul, muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya supaya berjihad, ia menggesa suaminya supaya berjihad, berdoa agar suaminya tidak akan pulang hidup-hidup, doakan agar suaminya pulang sebagai As-syahid. Bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya.

Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Mereka telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat pejuang yang luka. Bahkan kadangkala seorang wanita yang dipilih turut menghunuskan senjata mempertahankan maruah Islam, agar matinya asbab kerana mempertahankan Islam! Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh ummu nusaibah binti kaab kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud.
(Mustafa Mashyur)

"Lalu masihkah ada lagi wanita-wanita yang jurangnya amat jauh dengan dirimu? yang selalu bertegur sapa dan masih ada yang mencurigaimu? wanita yang jaraknya amat jauh untuk didekati, walaupun dekat di kalangan kita."

Persoalan itu bagaikan musuh-musuh yang mesti diperangi, apa yang mengesankan ialah jawapan kepada musuh kita ialah diri kita sendiri. Diri kita yang lemah dari segi akhlak, lemah dari segi akidah, lemah dari segi tarbiyyah, lemah dari segi fikrah.

Perjuangan itu menempah susah kerana maharnya amatlah berharga. Janganlah ada diantara kita meninggalkan lapangan ini, meninggalkan jemaah umpama seekor biri-biri yang keseorangan ia senang menjadi sasaran musuh-musuh islam.

Usrah bukan berlaku di dalam bilik sahaja tetapi ianya bertebaran di tengah lapang yang boleh dilihat kebaikannya. Kemudiannya jurang yang amat jauh adalah jurang yang perlu didekati, ukhwah dan ihsan menjadi rutin bersahabat, kesannya jarak yang amat didekati adalah sifat mahabbah sesama ummat.

Dalam kenangan: Mujahidah yang cekal walaupun dipenjara & diseksa Zainab Al-Ghazali, dipenjarakan bersama adik kepada Syed Qutb (Mujahidah Hamidah), Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat pada 3 Ogos 2005 di Masjid Rabia’tul Adawiyah. Lahir di buhaira Mesir pada tahun 1917, berketurunan Saidina Umar (R.A)

sumber: http://u-jam.blogspot.com/2010/11/surat-cinta-untuk-sang-muslimah.html

Friday, April 8, 2011

Doaku...





Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah

Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti

Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada



Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh.



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah



Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..



Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah



Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa

Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..



Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..

Agar bersedia pada akhirat.



Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan



Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!





Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Amin....