Bismillahirraahmanirrahim......
Salam perjuangan buat semua....
"Gurukah Aku...???" (maaf belum lagi bergelar sbg guru...aku hanya seorang 'Guru Pelatih')
Bukannya ape... Aku terharu kerana sepanjang kedewasaan aku, hari ini (16 Mei) kotak inbox dalam handphone aku dipenuhi dengan mesej2 ucapan Hari Guru daripada sahabat2 dan juga ahli keluarga aku meskipun aku belum lagi bergelar sebagai seorang Guru.... paling tersentuh ada yang turut mendoakan kebahagiaan aku... Begitulah...nikmat bakal sang guru apatah lagi apabali aku keluar dari IPIS ini untuk menggalas amanah sebagai guru...
Aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bercita-cita menjadi guru apatah lagi seorang ustazah... Malah profesyen keguruan tidak pernah termasuk dalam senarai cita-cita aku sewaktu kecil dahulu...minat aku lebih kepada sains...namun kesedaran untuk menjadi seorang pendidik mulai timbul apabila aku berada di matrikulasi...disitu aku mengenali seorang insan yang aku panggil umi...umi bukan sahaja kaya dengan ilmu biologi malah ilmu dakwah juga banyak yang aku belajar daripadanya...peribadinya membuat aku tersentuh....beliau menggunakan wadah seorang pendidik untuk menyebarkan dakyah2 islamiyah kepada pelajar-pelajarnya... Waktu itu aku mula berfikir....salah satu cara untuk menyebarkan dakyah-dakyah islam adalah profesyen keguruan...teringat aku sewaktu belajar subjek sejarah dahulu, sejarah kedatangan komunis juga bermula dengan guru-guru yang telah 'dibasuh' pemikiran mereka dengan dakyah komunis yang mana menyebarkannya kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan sayap2 ideologi komunis kepada masyarakat melayu ketika itu...hasilnya, ada sahaja pembelot2 'orang melayu' yang menjadi tali barut komunis dalam rangka memecah belahkan kaum mereka sendiri... Nauzubillah...
Namun tujuan aku menjadi guru bukanlah untuk menjadi seperti guru-guru yang berfikiran komunis....jauh sekali...Bagi aku, menggunakan bidang tugas guru ke arah yang boleh melahirkan generasi ke arah fikrah islamiyah...apatah lagi aku sekarang dalam jurusan Pendidikan Islam dan Al-Quran...peluang yang telah Allah tunjukkan padaku sudah terbentang luas....Inilah peluang yang aku kira peluang keemasan yang wajib bagi aku menerimanya....
MULA MEMBENTUK DIRI
Bermula saat aku melangkah kaki ku di IPIS ini, aku mula menyedarkan diri aku...'AKU ADALAH BAKAL GURU...' Jadi, sahsiahku, akhlakku, penampilanku, mestilah seperti seorang guru...guru yang macam mana...??? Mestilah seorang guru berpedomankan Kitabullah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW....itu adalah janjiku...InsyaAllah... Membentuk diri menjadi guru bukanlah suatu kerja yang senang, namun jika kita susuri langkah kita menjadi sang murabbi dengan keikhlasan di hati, pasti kita dapat merasai amanah yang kita pikul ini bukanlah suatu bebanan malah sebagai satu pengorbanan...pengorbanan diri ke arah melahirkan generasi yang punya fikrah islam...Kerana Islam sahaja yang mampu mendidik umatnya untuk memacu ke arah itu.
AKU BENCI DENGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA
Allahuakbar.. kerdilnya diri ini untuk berhadapan dengan masalah sosial di negara kita. Saban hari ada saja masalah pembuangan bayi, rogol, merompak dan sebagainya. Takut aku melihat akan keadaan dunia sekarang...Gerun untukku hadapi bagi hari2 yang mendatang apabila aku keluar 'bertemu masyarakat' dengan ber'title'kan sebagai ustazah...itu baru isu sosial...belum lagi dengan cabaran sistem pelajaran kita yang sudah terang lagi bersuluh bersifatkan sekular... Habis semuanya...dengan sistem pendidikan negara kita, lahirlah generasi yang suka berzina, berjudi, minum arak, budaya hedonisme berleluasa, melakukan jenayah dan sebagainya...tidak lupa, remaja yang sepatutnya bakal mewarisi kepimpinan generasi sekarang semuanya rapuh dengan penglibatan yang membarah dalam dadah... Bagaimana harus diselesaikannya.....?
Jawapannya: Penerapan yang bertunjangkan Islam yang syumul adalah sebagai wadah dalam menangani sistem pendidikan negara yang semakin hancur....!
Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”.(Al-Maidah: ayat 56)
Oleh itu, peranan guru yang berfikrah islam amatlah penting dalam menerajui sistem tarbiyah negara kita...dan kitalah guru itu....
(jauhnya aku menulis....)
Sebenarnya aku nak wish Selamat Hari Guru kepada semua guru2 aku sejak aku mula berkenalan dengan pendidikan secara formal. Bemulanya di Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI ADAM Qaryah Mak Chili selama 2 tahun aku diberikan pendidikan secara islam dengan belajar solat, mengaji, membaca dan sebagainya oleh guru2 yang aku sendiri dah lupa nama2 mereka... Walaubagaimanapun, aku tetap kenang jasa guru2ku di sini...Jazakumullah ila asatizah...
Kemudian, aku melebarkan sayap mengembara mencari ilmu di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman selama 6 tahun....Aku masih lagi mengenali guru yang paling aku geruni iaitu Cg Fazidahanim yang mengajar aku subjek matematik. Beliau suka rotan kami jika kerja rumah yg di berikan tidak siap dan aku kerap kali terkena bisa rotan dan kadang2 cubitan yang menyengat...huhu....pasrah2...namun, cubitan itulah yang banyak mengajar aku untuk terus berusaha dalam hidup....Terima kasih cikgu....
Selepas itu, atas kesedaran kefarduan ilmu yang harus dituntut oleh semua muslimin dan muslimat, aku meneruskan pentarbiyahan aku di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman...Menjejakkan kaki di sini mengingatkan aku pada sijil I'dadi yang aku ambil...paling best aku dapat MUMTAZ.....huhu...syukur3...bukan senang nak hafal....semuanya dalam bahasa arab...tapi Mumtaz yang aku dapat bukanlah hasil daripada titik peluh aku seorang, malah guru2 lah yang banyak mendorong untuk aku mencapai tahap itu...Ustaz Ismail (I'dadi n arab), Ustaz Wan Mansor(arab), Cg Fauziah (cg sains), cg Rusiah (math) dan ramai lagi....Tengkui cikgu2 semua yang telah mendidik aku menjadi orang yang insyaAllah berguna buat masyarakat...
Setelah mendapat keputusan yang agak baik semasa PMR, aku mula mencari ruang dan nafas yang baru untuk aku menghirup secangkir ilmu buat bekalan di kemudian hari...Aku mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di SMA(A)Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, KTrg...ish... sekolah yang banyak meninggalkan memori indah buat aku dan teman2... aku senang menuntut ilmu Allah di sini..kerana di sinilah aku mengenal untuk hidup berdikari (duduk kat asrama), mengenali rakan2 yang baik2....huhu..kadang2 warden yang agak bising..tapi itu semua lumrah namun, yang aku paling tidak lupa guru2 yang best serta spoting...Jazakumullah cikgu...!
Sebahagian pendidik
ni sempena graduasi bagi budak sains batch spm07
Tamat sahaja SPM aku di campakkan oleh Allah di matrikulasi Johor, tangkak. Matrik ni sungguh mencabar diriku dalam menuntut ilmu...nak2 bila waktu exam, aku pasti tension dengan menghadap buku sepanjang masa...padahal result xdek la gempak sangat pun...huhu... tapi atas nasihat kawan2 yang satu fikrah, aku cuba untuk bertahan...
Di sini juga aku berjumpa ramai pensyarah yang aku sayangi...1st skali adalah umi (Pn Fauziah)...Selamat hari guru umi...jazakillah atas semua ilmu yang telah umi curahkan... tidak lupa kepada Miss Chia yang banyak membantu aku dalam meningkatkan pencapaian aku dalam subjek kimia....akhirnya aku berjaya mendapat 'A' untuk subjek kimia...alhamdulillah.. n ramai lagi guru2 yang aku xdapat nak sebut..kalian adalah permata bagiku....
Dan kini...aku di Institut Perguruan Islam....berjuang menggali sebanyak mana lubang ilmu yang aku mampu....untuk aku dedikasikan kepada bakal anak didik ku...dan terima kasih buat para pensyarah tidak kira dari jabatan mana sekalipun....Allahuyubarikum......atas segala ilmu...
LAA ILAAHA ILLALLAH.
ILAHAN WAHIDA..
WANAHNU LAHU MUSLIMUN..
LAA ILAHA ILLALLAH..
RABBUNA WA RABBU ABAINAL AWWALIN..
WAHDAHU WAHDAHU WAHDAH..
ANJAZA WA'DAH..
WANASARA 'ABDAH..
WAA'AZZA JUNDAH..
WAHAZAMAL AHZAABA WAHDAH...
FALAHUL MULK..
WALAHUL HAMD..
YUHYI WA YUMIT..
WA YUMITU WA YUHYI..
WAHUA HAYYUN LA YAMUT..
BIYADIHIL KHAIR..
WAHUA 'ALA KULLI SYAIIN QADIR...
INNADDIN 'INDALLAH AL ISLAM..
TAKBIIR!!!
Wallahua'lam...