Assalamualaikum...
Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Segala puji dan pujian hanya selayaknya bagi Allah...yang masih mengekalkan aku untuk bernafas sebagai seorang muslim yang mempunyai iman...insyaAllah.. dan kesempatan masa yang diberikan dalam mencoret dalam blog kesayangan ini. Allahu Allah.. moga adanya sedikit manfaat daripada ilham kurniaan-NYA ini..
Baru sahaja pulang dari bumi yang diberi jolokan sebagai Serambi Mekah iaitu Kelantan. Bersama beberapa orang sahabat seperjuangan untuk menadah kitab Sullamul Mubtadi yang dikarang oleh Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni, mencari sedikit bekalan agar ianya bermanfaat dikemudian hari.
Kenapa aku menulis tentang ini? kerana di sinilah aku berkenalan dengan guru-guru (syeikh2) yang begitu 'alim dengan ilmu mereka. Terasa sungguh kerdil diri ini. Apa yang cukup teruja, selama sembilan hari aku berkampung disana membuatkan aku jatuh cinta dengan ilmu Tasawuf yang diajar oleh seorang ustaz yang cukup lembut hatinya, ramah sifatnya, 'alim ilmunya, tawadduk akan dirinya..sgla yang baik daripadanya membuatkan diri ini sentiasa memerhati tingkah lakunya...sesuai dirinya sebagai ahli tasawuf...apabila melihat akan dirinya menbuatkan kita teringat pada Allah...
Sebelum ini, memang dah banyak kali dengar tentang ilmu tasawuf. mungkin kerana kurang penghayatan dan belajar secara 'membaca sendiri' membuatkan penghayatan itu tidak hadir. Namun, berkat menimba dengan cara berguru, membuatkan aku sentiasa tertunggu-tunggu bila datangnya waktu tasawuf (walaupun kadang-kadang mata agak mengantuk) Aku kira, ahli tasawuf ini apabila mereka menyampaikan ilmu, pasti ianya datang dengan hati yang tulus ikhlas dengan mengharapkan agar anak muridnya (banin dan banat) menjadi manusia yang berguna untuk agama. Aku masih ingat akan kata-katanya pada pertama kali pertemuan kami. Disini aku naqalkan kata-katanya yang diambil daripada Imam Malik berkaitan dengan ilmu tasawuf:
"Sesiapa (yang aqil baligh) belajar dan beramal ilmu Feqah dan tidak mendalami dan beramal dengan Tasawuf, maka dia adalah orang yang terkeluar daripada Islam. Sesiapa yang mendalami Tasawuf namun tidak belajar dan beramal dengan Feqah, maka dia adalah orang fasiq. Sesiapa yang menghimpunkan keduanya, maka dia akan selamat dunia dan akhirat (dapat tempat tertinggi)"
Ustaz Ayob ketika mengajar Tasawuf
Kata Ustaz Ayob, Ilmu tasawuf ini adalah berkaitan dengan niat. Jadi, ghalibnya apabila kita beribadat kepada Allah, kita mampu untuk menguasai ilmu feqah dengan mengetahui rukun-rukunnya dengan sempurna, namun, dalam kita beribadat, kita tidak mampu untuk menghadirkan penghayatan kepada Allah dan menqasadkan bahawa solat aku itu LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN...maka TUNGGULAH KEBINASAAN DARIPADA ALLAH...nauzubillah... disini, jelas bahawa ilmu tasawuf mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu feqah. Aku tidak mampu untuk menghurai dengan lebih panjang dan baik tentang ilmu tasawuf, kerana aku masih lagi kering dengan pernghayatan...cukuplah apa yang ada untuk perkongsian.
Selain ilmu tasawuf aku juga sempat berguru dengan menadah ilmu berkaitan aqidah, solat, puasa, haji, nikah, jual beli, faraid, 'iddah, jenayah, hudud, dan lain-lain lagi. Sungguh berada dalam majlis ilmu atau tafaqquh ini membuatkan hati terasa cukup tenang, walaupun pada mulanya ayah agak keberatan untuk membenarkan untuk pergi ke sana, aku juga tidak faham. Namun setelah tekad, ayah membenarkan aku pergi dan kenal cara belajar sistem pondok. Sebenarnya dalam diri kita perlu ada suatu keyakinan untuk terus berusaha mencari ilmu terutama ilmu berkaitan agama. Belajar ilmu agama ini adalah FARDU AIN keatas setiap yang bergelar muslim. Wajib ke atas kita mendalaminya serta beramal dengan segalanya.
Masjidnya yang masih dalam pembaikian. memerlukan dalam setengah juta lagi =)
pejabat
ikan di sini pun mendapat tarbiyah...indahnya..
kitab nikah dalam Sullamul Mubtadi karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni =)
Satu perkara lagi yang menjadi kelainannya adalah aku belajar tentang Qasidah.. Mungkin ada di kalangan sahabat yang penah mendengar tentang Qasidah. Dulunya, aku juga selalu mendengar alunan qasidah, namun sekadar angin lalu. Tapi setelah belajar di sini rentaknya, aku sudah dapat menghafal beberapa alunan qasidah yang akhirnya telah membuatkan aku JATUH CINTA padanya.. Ada beberapa orang sahabatku sempat merakam sebagai panduan kami untuk terus mendengarnya.
Dan Alhamdulillah... ribuan Terima Kasih kepada sahabat seperjuangan Ummu Faiqihah dan juga Ummu Zafran dan Nadia (semua dah ade tiltle ummu, aku dan nadia je xdak, calon belum ade..doakan aku juga ea (^_^)V) kerana telah mengajak aku untuk bersama-sama kalian. Juga 2 orang adik beradik yang sangat best (Aini dan Mas)=) moga ukhuwah ini terus berkekalan subur dan terus indah mewangi di Taman syurga..amin...InsyaAllah..
"Syukurku pada pertemuan ini, indah di hati, ilmu di dakapi..moga nanti bertemu kembali" ~ummu faiqihah
Cukup 9 hari di sana, akhirnya kami telah khatam dengan jayanya kitab Sullamul Mubtadi dan kajlis khatam telah selamat dengan bacaan doa khatam oleh baba dan majlis penutup oleh Pengetua Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis, Bachok
Guru-guru yang hadir semasa khatam =)
Islam itu agama yang cukup indah. Pada setiap inci kehidupan manusia, pasti ada panduannya untuk diikuti. Oleh sebab itu Allah telah menurunkan Kitab Al-Quran untuk umat manusia khususnya muslimin mencari pedoman, bekalan dan tidak lupa pada sunnah baginda saw yang telah ditinggalkan agar umatnya tidak sesat selamanya. Oleh itu, sebagai yang bergelar muslim, tanamkanlah dalam diri kita satu niat yang murni untuk sama-sama menimba ilmu yang mana ilmu itu kemudiannya (insyaAllah) sebagai suatu yang bermanfaat buat kita dan umat islam seluruhnya.. Lupakah kita pada sabda nabi saw:
Setelah meninggalnya anak Adam, maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan 3 perkara:
1) Anak yang soleh
2) ILMU YANG BERMANFAAT
3)Sedekah Jariah
Oleh itu, gapailah ILMU YANG BERMANFAAT agar ia menjadi penerang tatkala kita dalam kegelapan kerana ilmu itu sendiri sifatnya An-Nur ~ Cahaya....Wallaua'lam...=)