Bismillah…
Dengan nama Allah…
Menyedup udara-udara hamasah…
Terutamanya musim cuti…
Sememangnya banyak cabaran…
Iman terkadang bertambah dan berkurang…
Kata seorang sahabat: ‘perjuangan takkan pernah cuti’
Ya..perjuangan xkan pernah cuti…
kerana ia sudah terpatri dan mengalir bersama-sama dalam darah ini…
Walau di mana berada, insyaAllah..ia akan tetap bersama..
Meskipun kadang-kadang kita terlena…
Namun pasti ada sahabat yang akan mengejutkan…
Tertarik dgn kata-kata ustaz Nasharudin Mat Isa:
“Ismail telah meninggalkan kita, Yusof telah meninggalkan kita, Ahmad Al Fateh telah meninggalkan kita. Biarpun mungkin jasadnya tidak bersama kita, tetapi semangatnya hari ini dipikul oleh kita semua….
Semangat untuk mengembalikan daulah islamiyah mesti terus istiqamah
Sehingga ajal datang menjemput kita…
Kita mungkin tertanya…bilakah lagi…islam akan berdiri sebagai Ustaziatul Alam…?
Kurangkan pertanyaan…
Namun…bersamalah melangkah…
Kerana Allah tidak akan pernah bertanya…
‘Adakah kamu berjaya menegakkan hukum Islam di bumi ini’
Tapi..Allah akan tanya
‘Apakah USAHA kamu dalam menegakkan hukumKU di bumi ini’
Ingatlah firman Allah”
"Dan orang-orang yang terdahulu (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."
(Surah at-Taubah:100)
insyaAllah…akan tiba waktunya..
ISLAM akan kembali gemilang…
p/s: Selamat bercuti kepada semua..manfaatkanlah masa cuti kita dgn perkara2 yang berfaedah untuk Islam…takbir!!
0 kata-kata sokongan:
Post a Comment