Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
4

LAST DAY AT KK :TANJUNG ARU,LOKAN PANGGANG

Lepas kami beli jagung bakar, misi mencari lokan panggang diteruskan. Kitorang nekad nak jugak carik kedainya. Da tanya orang, alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Memang sepanjang jalan tuh orang jual lokan panggang ngan air kelapa. Pilih je kedai mane satu nak. Kami ingat nak try makan kat Sri Menanti (suggestion Ziana) tapi tutup pulak. So kami makan kat Gerai Kelapa Kartini & family.



satu lonngok ni ada 20biji. Yang besar =RM12, yang kecik =RM7

macam2 kelapa ado!!

kami pilih satu kelapa bakar & satu kelapa sejuk

kelapa bakar dibakar sampai hangus kulitnya

lokan pulak dipanggang atas zink aje

siap sudah air kelapa kami. 1st time cuba air kelapa bakar. rasenye sangat unik & sedap!!hati-hati masa minum sebab panas okeh!!isi dalamnya sangat sedap!!

lokan pulak kami amik kecik & besar

licin sudah!!!slurrpppp...
diorang ada jugak jual fresh punya tanpa masak harga untuk 20biji=RM5
kalu nak beli fresh panggang sendirilah kat umah eh!

berdekatan ngan kedai lokan panggang ada signboard ke Nexus Karambunai..
pada sape2 yang tak tahu, Nexus Resorts ni 6 STAR resort & antara yang tercantik kat Malaysia.."some say its heaven" lorr...



private beach untuk penginap disini

kawasannya memang sangat luas!!!semua kemudahan ada kat sini..padang golf pon sangat cantik.
Kami memberanikan diri ke receptionist,kononnya nak survey harga bilik. Cuba teka berapa harga untuk standar room???

-
-
-
-
-

Room yang standard paling murah harganya RM880 semalam ye...erkkk kosnya hampir sama dengan percutian kami 3hari 2malam ke KK nih..heheheh



dalam keta sambung makan jagong


Oleh kerana masa masih ada lagi sebelum check-in kat airport, kami singgah lagi ke Philipines Market. Saje jalan2 last kopek carik survenier.

berdekatan ngan Philipines market ada kedai jual produk perikanan sejuk-beku. Memang khas untuk customer yang nak bawak balik ke Semenanjung or sape2 yang akan menempuh perjalanan yang lama dalam flight. Macam2 hasil perikanan ada dijual,siap packing untuk korang. Harganya oklah bole tahan.
Aku tak beli ape2 pon saje nak tengo harga.


Singgah pulak kat Pasar Basah berdekatan..aiyohhh murahnya harga seafood kat sini!!!rasa cam nak beli & bawak balik KL jek tapi tak konfiden pulak lepas ke tak naik flight.

sotong PAUL pon ade...heheheh


Selesai jalan2 area bandar KK, kami gerak mengahala ke airport untuk makan kat Tanjung Aru.

aim aku memang nak carik ABC buah nih. Alhamdulillah jumpa jugak. Tapi agak kecewa sebab ABC buah da habis (banyak buah da xde). Yang ada cuma ABC with ice cream.

Ada jugak buahnya tapi tak banyak sangat.


Selain tu, kami order makan jugak. Buat sekian kalinya merasa makan kat KK nih..


kailan ikan masin

sayap ayam yang digemari suamiku

kit chai

aku makan kuey tiaw goreng seafood

nasi ayam lemon..kawww lemonnya...

ada jugak jual jeruk buah & kerepek2...sempat jugak aku beli kerepek kat sini..murah okeh!!!


Kami terus menghala ke airport & tamatlah percutian kami di bumi Sabah. Moga kita ketemu lagi ye!!!

TRIP TO KOTA KINABALU: DAY 3 KINABALU PARK

Sampai sudah hari terakhir kami di Sabah, pagi tuh kami bersiap nak bekfes pulak. Terfikir ape pulak yang diorang akan serve pagi ni ekk..Sebelum tu haruslah bergambar menikmati suasana indah kat resort nih. Sungguh nyaman dech!!

tu diah gunung kinabalu..insyaallah akan ku jejak satu hari nanti



ada 2 pilihan untuk breakfast nak makan bubur or western...kami berdua order western set

coffee and orange juice to start our morning!

im the most handsome APE on earth!muahahah

yummyy..big breakfast!

roti ngan jem pon ado..


jalan2 sekitar kawasan hotel...nice green scenery..

love garden!!

sungguh indah pemandangan dibelakang..yang kt depan tuh cover perut sket ye!






Perjalanan diteruskan ke Kinabalu Park.Nak masuk kena bayar ye. Tak ingat pulak berapa harga,rasanya RM3 sorang. Korang bole pilih samada nak berjalan kaki je atau naik kereta terus ke atas Timpohon trail. Ada laluan untuk pejalan kaki tapi xdelah sampai ke atas,mau semput dibuatnya. Tapi ada jugak tau omputih yang jalan kaki sampai ke trail. Sungguh bersemangat waja okeh..mungkin nak amik feel sebelum betul2 mendaki Gunung Kinabalu. Nak mendaki nih mestilah kena betul-betul fit, aku teringin jugak sebenarnya. Insyaallah akan ku cuba daki satu hari nanti..



Sinilah titik permulaan pendakian ke puncak. Couple omputih ni pon nak mendaki jugak..

banyak jugak tupai kat kawasan nih...

sejuk & kabus yang tebal..tak nampak ape2 pon masa nih...

peta perjalanan menuju ke puncak..



Selesai sudah jalan2 kat Kinabalu Park,kami terus menghala balik ke KK. Sebelum tuh, nak cari lokan panggang & jagung bakar. Aku ada tanya kat Ziana lokasi lokan panggang ngan jagung bakar nih. Katanya agak jauh juga antara dua kedai sebab jagung bakar da dekat ngan Tip of Borneo. Kami tak pegi pon Tip of Borneo tuh sebab takut kesuntukan masa. So tujuan utama nak rasa jugak lokan panggang yg di war-war oleh En Axim dalam blognya. Merembess tau tengok diorang makan,tu yg alang2 da sampai haruslahh cuba!!



Alhamdulillah,rezeki kami..masa on the way nak ke kedai lokan panggang ada pulak makcik ni jual jagung bakar. Memang dier sorang2 je kat kawasan tuh..kami beli sorang seketul je..rugi pulak tak beli lebih sebab rasanya manis & asli!! Kalau kt KL, da bubuh banyak perasa. Yang ni original recipe. Bakar terus dengan kulitnya sampai hangus,agak2 da masak terus makan!Nyummm..nyumm..ingat nak cubalah bakar camnih..hihi



Walaupun nampak hangus diluar tapi bila dah siap kopek takdelah hangus sangat pon...Next entry aku citer pasal lokan panggang  & perjalanan balik ke KL okeh...makacih!!
Back to Top