Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts
3

Shopping apa di Jepun??

***baju di atas kiriman blogger Sepul

Kami banyak berhabisan beli merchandise Hard Rock Cafe..baju setiap HRC mesti beli & tak lupa glasses/FM..aku beli setiap jenis glasses yg available dari short glass sampailah margarita glass..semuanya masih dalam kotak..(dah beli lemari kaca kat IKEA untuk display tapi tak sempat nak pasang lagi)


T- shirt ni aku dapat FREE masa berbelanja kat HRC Roppoggi..

Makanan yg aku beli kebanyakannya kat Don Quijote..antaranya tepung tempura,takoyaki ingredients,miso soup & makanan ringan

ni FM/souvenier yg kami beli mewakili setiap tempat yg kami pergi= Asakusa, Nara, Iga, Hakone, Hiroshima, Fukuoka, Kyoto etc

beg ni pemberian keluarga Taichi

Selain dari tu ada juga kami beli FM untuk family & rakan2...

Merchandise kat Disneyland =T-shirt,Popcorn Box,Towel,Tiger tail etc

100yen shop-ada jugak beli kat sini...sikit2 jek

Macam sikit ekk??Hehehe itu pon dah banyak berhabis wooo..tapi memang tak puaslah..

Jom kumpul duit lagi ke Jepun!!

***Dah pesan ngan Taichi, kalau nak kawen bgtau setahun awal so that bole prepare siap2..caiyok2x!!

0

Amazing Japan Day 2-Tokyo city tour

Kami bangun lebih kurang jam 8 pagi & siap2 untuk berjalan2 sekitar Tokyo! First sekali kami nak pegi Tsukiji Market, tempat ni dikatakan fish market yg terbesar didunia tau! Dalam buku lonely planet mmg diorang suggest ke tempat ni dulu once arrive kat Jepun. Market dibuka seawal 5pagi untuk acara lelong tapi kami difahamkan tourist tak dibenarkan masuk masa ni..takut menganggu kot.

Dari Hatanodai St kami ke Gotanda St naik local train 150yen sorg. Tujuan ke Gotanda St untuk tukar JR Pass, unfortunately kat situ tak bole tukar. Cuma main station je boleh. So kami teruskan perjalanan dari Gotanda St ke Hikashi Ginza St 150yen sorg & tukar train ke Tsukiji St. 160yen sorg. Nak ke Tsukiji pon cost sorg 480yen=RM18.40. Memang mahal tapi pejam mata jelah. Lagipon kami belum aktifkan JR Pass. So masa ni kena kuar duitlah untuk naik train. But take note ye, bukan semua train kat Jepun ni cover under JR Pass tau. Contoh utk ke rumah Taichi takde JR train so kami kena naik local train.


Kat Gotanda St, Taichi tunjuk vending machine terbaru which sangatlah besarrrr & ada camera okeh. Bila kita nak beli, camera akan detect muka kita & bagi suggestion which drinks yg sesuai..hohoh Japan technology..

masa tiba di Gotanda St, dahler tak bole aktifkan JR pass pastu train delay pulak sbb ada eksiden. Eksiden apa aku kurang pasti tapi diberi token putih atas tu utk switch ke train lain 





sudah tiba di kawasan Tsukiji Market, sebenarnya Taichi pon 1st time datang ke sini so kami agak melilau jugaklah nak carik tempat masuk ke Tsukiji Market. Cuaca dah mula terik & perut pon dah lapar sbb tak sempat bekfes.

Akhirnya sampai juga ke sini, map sekitar Tsukiji Market ada disediakan untuk tourist



kalau ikot arahan di atas, tourist cuma bole masuk jam 9 pagi ke atas je, waktu kami sampai sini dah lebih kurang jam 10pagi...tapi banyak kedai yang dah tutup.



mana kedai yg masih bukak, kami tak lepaskan peluang untuk snap gambar banyak2. Memang ada je yg pelik2 kami jumpa kat sini..ikan tuna yg besar gedabak memang sangat banyak..orang jepun suka makan sushi dari ikan tuna ni.


food area: tempat yg beratur panjang ni dikatakan yg paling famous kat sini..menunya mostly raw fish/seafood dimakan dengan nasi putih. Tak daya kami nak beratur panjang. Kedai2 kat sini sangatlah sempit so limited customer je bole makan dalam satu2 masa.

ada juga kedai souvenier kat sini tapi agak mahal

akhirnya Taihi bawak kami makan ke kedai sushi yg tak ramai orang

at last kami dapat jugak rasa genuine sushi made by japanese!!Kat sini baru kami tau, diorg tak cicah banyak sangat wasabi sbb nak kekalkan rasa fresh sushi tu. Air Ocha/green tea kena buat sendiri. Diorang cuma sediakan green tea powder & ada paip air panas untuk bancuh.

kat sini semuanya dibuat pakai tangan ye..nak gumpal nasi sushi tu pon pakai tangan jugak, kalau kat Sushi King pkai machine aje. 

Taichi makan berpinggan2! kami berdua makan adalah dalam 4-5pinggan jek..harga mahal woo!!kalau tak silap paling murah kat situ sepinggan harga 250yen=RM10...rupa2nya Taichi belanja..cisss nyesal tak amik banyak2!hahahah

Dari Tsukiji Market kami berjalan kaki lebih kurang 8minit & sampai ke Hama-Rikyu Gardens. Garden ni memang dipelihara & sangat cantik. Admission fee 300yen. Dari garden ni jugak bole terus ke port untuk amik water bus ke Asakusa Temple tapi kami decide tak masuk pon dalam & teruskan perjalanan ke port yang lain.



laluan pejalan kaki di tepi Hama Rikyu Gardens

kami lalu Theatre D' Automne. Masa ni ramai giler student. Rasanya menunggu waktu tayangan kot

after almost 15mins walk (sempat singgah convenient store beli eskrem), kami sampai ke Hinode Pier ni

Sebenarnya banyak cara untuk ke Asakusa, guna train pon bole tapi Taichi suggest kat kami naik water bus ni..kita ikot sajelahhh

harga tiket 760yen seorang



masa ni punyalah ramai warga emas dalam feri...rombongan cik kiah jalan2 Tokyo gamaknya..



ada juga penarik beca kat sini..kalu tengok badan diorang fuhh gagah2 semuanya! Harga konfem mahal! Jadi kami amik gambo jelah..ekekek

kat sini kawan Taichi dah menunggu..Yuki namanya..Yuki ni muda lagi baru 22tahun. Tapi pandai berbahasa indonesia. English tu sikit2 jelah. Yuki ni rupanya junior Taichi.

kalau nak cari souvenier, aku suggest beli kat sini jelah. Sebelum ni memang penah baca yg kat sini agak murah berbanding tempat lain. Jadinya kami memborong jugaklah FM kat sini untuk family & rakan2. 



dalam ni sebenarnya ada funfair & mereka ni nak naik roller coaster tapi nak masuk kena bayar total harga masuk so tak jadilah sebab kejar masa & membazir 



selesai shopping FM kat Asakusa kami terus ke Asakusa St ke Ueno St melalui Ginza line 160yen sorg

inilah line train sekitar bandar Tokyo..memang sangat berselirat!

kami ke JR office dulu untuk aktifkan JR Pass & reserved tiket shinkansen dari Tokyo-Hakata-Hiroshima-Kyoto-Osaka-Tokyo...semuanya siap di reserved untuk perjalanan kami selama 3hari ke luar bandar Tokyo

kami tiba di HRC pertama Uyeno Eki!! kat sini singgah minum je utk dapatkan souvenier glass. Kami tak beli t-shirt kat sini sebab Taichi dah bagi tahun lepas as christmas gift.

posing kat Hachiko statue,femes anjing ni tau..ada citer sebenar pasal Hachiko ni..dah pon difilemkan tapi aku tak tengok pon..

perjalanan diteruskan ke Shibuya St melalui Yamanote line...finally kami dapat guna JR Pass!tak perlu membayar lagi untuk naik mana2 train covered under JR. Cuma tunjuk saja pass ni kt officer. 


masa yg ditunggu-tunggu dah tiba!akhirnya kami dapat juga crossed shibuya crossing yg sentiasa sibuk dah penuh dgn manusia!!masa ni perasaan taktau nak cakap camne..terharu giler ahhhh..ni baru kat Jepon, kalau kat NY tu agaknya mau rasa nak teriak kat situ jugakkan??hahah

singgah di Starbucks ni sbb nak beli tumbler Tokyo, diorang juga bawak kami ke OIOI Mall untuk shopping kt 100yen shop..tujuannya nak beli payung sebab hujan, last2 benda lain yg dibeli...kehkeh

ni lagi satu kedai pelik,unik,lucu & style..byk benda pelik dalam kedai ni..diorg saje bwk kami kesini sementara menunggu kawan Yuki sampai. 


inilah dia kawan Yuki namanya Reiko...Reiko ni pon pandai cakap bahasa Indonesia jugak. Katanya pernah menetap kat sana selama 3bulan.


kat sini aku order saba grilled fish set & CB order sanma grilled set...both mmg sangat sedappp!!


next kami minta diorang bawak ke tempat yg ada games..saje nak tengok suasana kat sana


sempatlah gilir2 main pukul gendang ni

ni pulak menari ikot screen..agak segan jugaklahkan tetiba menari depan org ramai..hihih

lumba mario cars


kami berpisah dengan Yuki & Reiko kat Shibuya St...it is really nice knowing them..diorang sangat sweet & sudi temankan kami jalan2 kat Tokyo..sangat terharu okehh..thank you so much!!

end of Day 2 in Tokyo

Back to Top