Thursday, February 25, 2010

baby berhingus...

elok je baik demam, keesokkan harinya Yaya start batuk dan bersin-bersin. bangun je tido pagi ni, hingus dah mengalir-ngalir keluar. setakat lap je tak cukup stil ada hingus dalam hidung, baby bukan pandai nak hembus hingus lagi. macamano?


penyelesaian nya ialah, Japlo Nose cleaner. bole beli kat Guardian, Watson... rasanya kat Giant pun dah ada jual. tak mahal... belasan ringgit je.


cara pakai senang, pegang baby macam pic atas tadi, masuk kan sikit ke dalam lubang hidung dan picit pump. buat berulang kali sampai hingus habis sedut. pump ni memang design untuk pump masuk je, so tak payah nak keluar masuk keluar masuk pump tu, maknanya tak payah risau kalau terhembus balik hingus ke dalam hidung. hujung pump pun lembut, let say kalau baby tak duduk diam pun, tak de nye terrodok hidung baby kita.


lepas pakai bole basuh dengan air suam, jangan boil. for more details, besarkan image pix. sorry la quality pix tak brapa bagus, pakai camera phone je. ada angan-angan nak pakai camera canggih ni... kalau ada orang nak sponsor :)

0 comments: