Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

kembali beraksi...


yee.. dah lama berabuk blog ni...
sibuk sey... sibuk ngan keje.. tapi muak ngan office politic...
sibuk ngan anak.. but now aku slowly 'digest' yang aku memang tak akan dapat pay attention kat adik. aku terpaksa serah kat bibik. but i will do my best to spend time ngan adik.. dan aku tak akan kecik hati kalau adik melalak tak nak kat aku.. ye laa sebab dia banyak masa ngan bibik pun. biarlah asal dia sihat.. berjaga makan minum.

the only good thing yang best aku rasa skang ialah pasal berat badan aku... with all the stress yang aku lalu. buat aku makin susut. sedikit sebanyak aku happy dapat sarung balik baju-baju lama. alang-alang badan tengah turun.. aku nak letak target untuk turun lagi 5 kg. hoho.. might be too ambitious sebab aku memang bukan jenis badan kurus kering. tapi tengok lah macamana... kalau dapat dapat lah.

last Friday.. lepak ngann Ajied and Eida. Berbulan kot tak jumpa si Ajied sejak dia beranak. and Eida.. lepas 12 tahun.. hehe.. baru jumpa balik lepas 12 tahun. Eida ni pandai masak, masa duduk kat kolej dulu, dengan botol sos maggi pun bole digeleknya buat karipap. mmm.. macam kene arrange sesi pot luck ni. best-best.

bila dipikir-pikir balik, aku banyak je kawan-kawan yang menceriakan hidup aku. tak perlu lah aku nak membazir masa nak pikir pasal orang 'tak sengaja' nak buat hidup aku susah. tak perlulah aku nak pikir pasal orang 'tak sengaja' nak pulaukan aku. tak perlu aku nak pikir pasal orang yang asyik nak pikir benda tak elok je kat diri aku ni.

do your best and Allah will do the rest.

what out.. i'm back.

Saturday, February 11, 2012

i'm back to work...


syukur... berupaya untuk kembali bekerja... tak semua orang mampu nak start balik keje lepas beranak... selain atas faktor kesihatan ada juga atas faktor tak mampu nak pisah ngan baby ataupun baby tak de orang nak jaga...

my baby buat masa ni antar kat babysitter yang sama jaga Yaya. so tak de la rasa gundah gelana nak tinggal baby since dah kenal dan tahu dia jaga budak macamana. tapi 'masak' la jugak badan, penat ok bila pagi-pagi buta dah terhegeh nak angkut 2 anak pegi ke hujung block. dah la rumah aku ni naik turun tangga. dibuatnya masa tu angin Yaya tak elok, tak nak jalan sendiri sebab ngantuk, bole pitam dukung 2 budak serentak.

"dah kurus ke belum?" ini adalah ayat yang almost hari-hari buat aku tersentap... asal client call je, sume tanya soklan tu. ok.. honestly tak de la kurus cepat sangat. but ok laa.. still ada extra 3 kilo je lagi. badan aku mengembang walaupun berat tak banyak sebab dapat penyakit lepas beranak hari tu. (aku still memaki nasi kukus penyebab aku terberanak awal ni.. nanti laa aku cite. still rasa tak ready. marah sangat-sangat lagi) baju-baju yang ikut body dah bole muat, cuma tak tergamak nak pakai. buat seksa mata orang je. tapi kelmarin, dengan rasa bangga nya dah berjaya sarung kebaya (kebaya longgar).

well.. wajah terbaru mak 2 anak.

Saturday, January 14, 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

trimas to Shima kerna tag aku, tak pasal aku terjebak secara sukarela...
ada giveaway paling mudah.. just copy and paste secara berhemah untuk dapat hadiah JIKA BERTUAH..
adakah bertuah? tak salah cuba kan...

berikut adalah syarat penyertaan yang dicopy and paste dari Nemomimosh

Syarat-syarat :

1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh.
3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag.
4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan :
URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

See? Sama je macam giveaway lepas cuma hadiah pilihan dia kite kasi up skett kann. Tak payah slogan-slogan sebab ini bukan peraduan gores dan menang pong. Ngeee. Giveaway ini berdasarkan hasil UNDIAN. So, sesiapa yang bertuah layak memilih SATU daripada 10 hadiah pilihan. Ingat. Besttt kannnn? Sibuk kepochi-kepochi nak bagi pilihan untuk 10 hadiah tapi mana hadiahnya kannn? Okay let's check it out!

Tarikh Tutup Penyertaan :
16 Jan 2012




Okies.. orang yang kene tag ialah Eric, Pink Mama and Mama Kasih.

Friday, January 13, 2012

Sudah tamat..


akhirnya habis berpantang 44 hari...
alang-alang nak keluar, terus sambut hari jadi...
sebab bawak anak-anak keluar skali, mak tak de aksi manja-manja macam sebelum kawen dulu...

sepanjang masa cuba praktik aksi 'bawak bertenang'
Yaya memanjang meragam..
nasib baik anak sendiri, kalau anak beruang dah lama aku buang...

si kenit ni belum ada belang...
tunggu je lah, satu masa nanti akan sampai...

Thursday, January 12, 2012

Masak vs order

macam baru tersedar, ayat hari-hari yang aku tanya Mr J ialah
"nak saya order apa for dinner?"
instead of
"nak saya masak apa for dinner?"

kalau mak aku tau sure menyirap... LOL

my reason.. sebab tak berbaloi nak tertungkus lumus gi kedai, mengharung jem, cari parking, kendong anak, bawak barang angkut naik rumah yang bertingkat ni, spend masa kat dapur, pastu nak basuh kuali periuk, lap dapur semata nak isi perut untuk dua orang yang makan secipot...

bole terima tak? logik kannn kann kannn?

Saturday, November 12, 2011

My heart melted...


entah kenapa...
tetiba hari ni rasa cair je bila tengok Mr J tido kan Yaya...

ohh salah kan hormone... tetiba jek.

sekarang dah 37 minggu mengandung... tunggu hari tunggu masa...
perut dah rasa ke bawah... kalau ikut kan hati jalan mengengkang memang sedap, tapi mengenangkan tak senonohnya orang tengok kan? mak cuba control ayu..

ada beberapa family member and kengkawan suruh beranak tarikh 20.11.2011.
tapi bila mengenangkan tarikh cantik tu confirmed laa doctor busy...
sebagai orang yang mementingkan diri sendiri...
tak kisah lah beranak tarikh apa pun asal doctor dapat focus dan tak berlaku apa-apa yang tidak diingini..

InsyaAllah semua nya akan selamat dan dipermudahlan...
Amin.

Friday, November 4, 2011

Who stole your petrol cover la...




actually tak hilang laa..
just patah.. dan tercabut...
dan dipercayai pernah dikopak dan minyak dah selamat kene sedut..
masalahnya aku tak perasan pun bila dan kat mana benda ni jadi..
sedar-sedar cover dah rosak.. dan bila ingat-ingat balik pernah satu kali tu isi minyak penuh waktu pagi.. esok nya dah kosong.. kene isi semula.. padahal pegi balik keje je...
bongok laa pencuri minyak ni...


ini bukan pencuri minyak...
ini kisah cekodok berminyak.. sebab kurang tepung...
tapi sebab cuaca hujan sejuk... cekodok panas dengan teh strawberry panas adalah terbaik...
belasah makan bersama budak comot ni...
hari yang best akhirnya...

Wednesday, July 6, 2011

Suatu hari di kedai lampu orang kaya


gatal kaki masuk kedai candeliar lamp kat kota damansara.
berpinau mata tengok lampu-lampu mergelapan.

aku : apek.. ini lampu macamana mau cuci..
apek : oo senang ajeee..
aku : ye laa senang.. macamana nak cuci.. nak kene lap satu-satu ke crystal ni.
apek : tak payah lap!.. panggil maid cuci maaa...


harus tak aku tampar apek ni?




Thursday, March 31, 2011

A bundle of joy



happy happy happy...
alhamdullilah dikurniakan nikmat sebegini...
pregnant adalah satu nikmat keseronokan bagi seorang wanita...
semoga dipermudahkan segala urusan...


muka budak nak jadi kakak.....

suruh ngaji... benda lain plak dia buat

Tuesday, December 7, 2010

harus kah cuba Premium Beautiful?


serius laaa.. hati macam berkobar-kobar nak beli korset ni.
tapi banyak priority maka ketepikan dulu.

last week, lepak The Curve terserempak dgn DDM yang glamer jual benda ni,
MasyaAllah.. gemuk nya dia.
yeee.. mmg laa benda ni bukan setakat untuk kurus.. tapi dia buat kita pikir balik dan pikir banyak kali.. pembentukan badan apakah yang dicontohkan oleh DDM terkenaan? harus kah? benarkah? bukan nak kutuk, just sangat ragu-ragu sekarang.


I'm back...


rindu kat blog sini.
since ramai yang tanya (bukan ramai sgt.. just 2-3 orang) kenapa lama tak update.
ok.. here i am.

banyak sangat nak tulis, tapi masa sangat terhad.
duduk depan cik lappy ni hanya buat kerja office, itupun banyak kerja terbengkalai.
kepala hanya fikir pasal numbers/sales yang nak bawak masuk sampai hujung tahun ni.. errgghh so near tapi macam tak dapat nak achieve kot.

about Yaya.. dah ada first sentence 'nak beyak keee?' = nak berak ke?
alahai Yaya, dalam banyak2 ayat.. itu yang kau dapat.



Sunday, August 29, 2010

Let's take a walk.... to Sunway Giza


since pandai jalan.. rasanya ni la first time Yaya menapak sendiri kat luar.
bawak Yaya ke Sunway Giza.. sebab sana tak banyak orang lagi.. then lapang.
mula-mula takut.. pastu tak cukup tanah. siap kene heret.

pandang dulu kiri kanan...

atas bawah...

seterusnya mama heretttt.. heret ke Camyland kat belakang tu... dapat Yaya satu car seat baru :)

Saturday, August 28, 2010

baju kurung si kenit di Serikapas


dulu masa kecik-kecik punya la macam hangin bila mak suruh pakai baju raya. sebab? panassss ok. tak sampai tengahari dah berkepam badan berwap. lagi-lagi bila keluar ikut pegi bertandang. so dari belum puasa dah start survey baju kurung untuk Yaya.. nak cari kain cotton.

masa pegi Giant tadi, banyak jugak baju kurung budak. tapi corak kain macam corak orang tua. for me, budak-budak harus bergaya macam budak-budak. bila kau dah datang period nanti lantak laa nak pakai macamana pun... jangan sampai nampak tetek, kain terbelah nampak seluar dalam sudah.. aku tetak kau.. ingat ni Yaya! eh melalut...


tadaaaa.. tunjuk beg je dulu, raya baru bole tengok baju :)

beli kat Butik Serikapas, landmark betul-betul opposite dengan Giant Kota Damansara, sebelah dengan restoran Vicchuda. size baju budak start dari size 00 untuk 6-8 bulan, size 0 untuk 8-12 bulan dan seterusnya. quality kain terbaik... jenis cotton yang tak senang pudar dan tak berbulu. corak pun banyak yang comel-comel. untuk sesapa yang nak tahu budget.. harga sehelai baju kurung budak is below 100 ringgit. iyoo.. terperanjat jugak laa kan. tapi sebab Yaya dah round satu kedai masa test baju tu.. tak tergamak plak tak beli. tak pe la.. bila pikir-pikir nak survey tempat lain dah tak de masa, ingatkan nak pegi Shah Alam, tapi still kene pikir cost minyak parking, tenaga kan.. nak harung orang ramai lagi.. mmm..tak pe la.. sama je ongkos nya nanti.

oh ye.. baju orang dewasa pun ada. baju kurung kapas siap manik ada.. abaya ada.. tudung pun ada... cantik-cantik ok. buat sama ni ada discount untuk musim raya.

bertuah si Yaya ni.. kecik-kecik dah pakai baju kat butik... jangan lupa daratan bila beso nanti.

Monday, August 23, 2010

masih wujud


hohohoooo.. iye saya masih wujud.
blog masih ditahap karat.

quick updates for those yang follow :-
  • my mum baru lepas operate bahu.. keluarkan bisul.. sebesar bola ping pong katanya. aku macam terkesima (apa tah maksud terkesima ni) sbb bekas operate tu berlobang.. aku nak geli pun tak sampai hati.. sbb kesian mak.. gagah kn jugak cuci luka tu. walaupun ada rasa macam nak pitam. cian mak..
  • oh yee.. Yaya dah dapat kaki... runsing aku sbb dia tak reti duduk dah. nangis pun berdiri.
  • naik level as a senior kat opis... hope2 my boss tak rasa menyesal mengikhtirafkan kan hal tu.. sbb myself belum ready actually.
  • baru sedar diri ni tak pandai langsung tulis surat rasmi dalam bahasa melayu. bahasa english terabur.. bahasa melayu pun macam haram rupanya. apakah???
  • bz-bz sedar2 berat dah turun 50kg. niceee.. but still perut gelobos, tak de maknanya jugak.
  • happy birthday to hubby.. sorry sebab wish dah petang.. itupun sbb terbaca kat facebook.
  • Yaya perlu banyak baju baru.. sbb baju2 yang ada macam dah tergantung kat perut.. Yaya makin boroi dan tinggi dah.
  • terserempak ngan Eric masa amik baju kat Kuantan Parade. dia still maintain macam dulu.. untungnya jadi orang lelaki.. lambat nampak tua.
  • sakit kepala sejak first puasa sampai sekarang.. pelik apsal tak hilang2...
disudahi dengan pix Yaya yang suka teleng-teleng kepala bila amik gambo....


Sunday, July 11, 2010

Adab ruang bilik tidur...

yes.. saya bukan lah orang yang tepat untuk berbicara mengenai Islam. tumpuan utama mungkin sebab saya tidak bertudung litup.. tapi alhamdullillah saya bersyukur sebab mak ayah mengenalkan tatatertib asas.

sejak masuk ke universiti dah seterusnya berkahwin, saya agak terperanjat mengenai certain perkara yang saya anggap baru... atau statement 'cara keluarga lain-lain'. masa tidur malam teringat pasal pernah terdengar ceramah ustaz mengenai adab ruang bilik tidur antara anak dengan ibu bapa, apa lagi adab ruang bilik antara tetamu..

untuk mengasah ingatan saya..awal pagi ni, saya cuba google then terjumpa blog dari IrwanIrah... mari kita share...

Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibubapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri. Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah s.a.w sendiri. Ia mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaituantara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar.Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh ibubapa sendiri melalui konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud:Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif,Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Monday, June 28, 2010

berkenduri kawin di Seremban.


first time bawak si Yaya ni pegi kenduri kawin.
heran sangat la dia tengok gong dengan kompang.. ye laa orang baru idup. sume benda pun heran.

apsal kau chantek Shima? bonci...
look at the babies.. Yaya 11 bulan and Miqail 3 bulan.. tp sama besar sama berat.
letih aku kasi makan kat budak Yaya ni... tp bole sama saiz dgn Miqail je.
well.. development budak2.. lain2.. jangan risau.. jangan compare.

anyway... selamat pengantin baru Nuri and Pet.
moga tahun depan ada baby...

Tuesday, June 22, 2010

harga hidup di Kuala Lumpur untuk saya

tah apa angin, Pak Nan mintak masuk opis kul 8.30am, siap pesan bawak nasi lemak kerang telur goreng lagi.. mmg la bukan besar sgt permintaan dia, tapi nak masuk opis 8.30 pagi tu kira satu benda yang berat utk mak Yaya. apa tak nye... kul 6 dah kene bangun, then kul 7 dah keluar. nasi lemak sedap pak cik melayu (ada ke pak cik cine jual nasi lemak?) yang kat tol NKVE tu tenggelam timbul... nasi lemak soya station lagi macam haram, nama je kedai nasi lemak. after tiga tempat pusing, ada la nasi lemak kat kedai singgang. ok fine.. tapi tak de pulak orang nak cedok nasi ni, self service ye. sambil doa-doa jangan terpercik sambal kat baju.. berjaya! bayo.. semua 7 hengget! hamik kau! okeh tak pe, nak claim laa hujung bulan.. eh mana resit? shiateee.. lupa amik. halal je lah...

ok, now 7.30..NKVE sure jam.. hopefully lalu tropicana better even byk traffic light. ok.. lajuuuuu lajuuuu jgn termiss traffic light hijau...oppss, emergency brek! nasi lemak berteraburrrrrr. apsal laa driver depan ni tetiba je, intai2.. rilex je minah depan ni tgh sapu lipstik. kau bagi aku emergency brek sbb kau tgh pakai lipstik? patut ke aku langgar je tadi?

oh nasi lemak... ishhh yang bawah punya masih bole diselamatkn.. yg satu lagi terburai dalam plastik ni. elok lagi ni, masih bole makan.. ok laa.

sampai2 opis tepat 8.30am. but gila laa kuar dari 7am tu.. kalau laa mak tau, sure laa suruh balik Kontan je... mmm tak pe, Pak Nan bukan mintak macam ni hari-hari, sekali skala. at least baru la rasa bersyukur yang selama ni, kuar kul 9am smpi kul 930 tu rupanya heaven.

masih bersyukur...

Monday, June 21, 2010

ni namanya blog dah kaput!


apsal kaput?
sbb bukan setakat telur lalat bersarang.. dah jadi lalat.. kepompong pun jadi baja dah.

well.. nothing new. keje je makin bz.. walaupun gaji tak sebz lebat masuk.. tapiiii.. rynn ikhlasss keje. sungguhhhhh. Mak Yaya ni mmg laa sgt ikhlas orangnya. weekkkk

raya nak dekat.. kad raya opis dah tempah.. tapi puasa ganti asyik failed. kalah dgn nasi lemak durjana shell kat belakang opis.
"eh.. bila kau makan rynn?"
"aku makan dalam kete, sbb nak makan 2 bungkus" jawapan ni ikhlas.... sila accept je.

baju raya?
nmpk gayanya mmg beli je lagi kat SACC shah alam macam tahun lepas. kalau baju ready made ni, tak dapek la nak melaram baju lebih 2 helai. mahal nk mampus. kain ada.. masalahnya tak balik2 kuantan, tempah baju kat mrs Lim kat pejabat pos bando kuantan.. or bando kuantang! LOL.

ok chow.. sekian merapeks kali ni.. update atas permintaan Encik Eric.

disudahi pix mak Yaya masa keje..

walla!


Wednesday, March 24, 2010

Maaf...

just in case kalau-kalau ada yang bukak2 blog hamba ni.. masih tak de new update...

kerna...

-saya dapat new scope kerja, i mean pertambahan kerja. serius laa sampai nk bukak facebook pun tak dapat.
-lappy baru ni ada security, tak dapat nak senang2 nak transfer gambo. banyak sangat kekdah nya. so mak jadi malas..
-Yaya dah start merangkak, so bila nak blog kat rumah, dia pun shebookkk panjat2 nak tengok apa kita buat.
-lagipun malam-malam, mak yaya ni duduk dapur buat bubur Yaya.
-juga sebab sakit pinggang yang teramat lately.. apsal tah.

so later bila Mr J dah operate lappy ni buang security... akan ada gambo2 Yaya si bam bam update dengan jayanya...

Monday, March 8, 2010

aqiqah & BBQ dirumah orang...


jamuan ni last Friday, huhu baru nak publish...
kitaorang sampai lambat... tak sempat nak duduk untuk acara-acara baca doa. ok!sebenarnya memang nak datang makan je. makan-makan sangat sedap plus crowd yang dinantikan memang ada...

ikan bakar+ayam BBQ+nasi minyak+bihun goreng+kuih-kuih = balik rumah perut keras sampai esok pagi...

razi... TQs.. jamuan tahunan anda memang dinanti setiap tahun.