Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

ikan pekasam pengikat kasih sayang



mana korang nak jumpa title macam ni? poyo kan LOL
serius laa teringin nak makan masak simple-simple
teringat ikan pekasam yang beli kat mersing hari tu ada sekor lagi..
dalam peti ada cili padi.. laju jee plan masak..
ala bukan susah pun...

basuh ikan pekasam pastu tos kan.. bagi air kering skit. kalau tak bole meletup or memercik abis kotor lantai dapur...
ikan pekasam goreng garing..


macam kat gambar ni.. dah garing sangat.. few second lagi bole hangus...

bawang besar, bawang putih dengan cili padi mayang ikut suka hati.. ada org suka potong bulat.. ada serong2.. lantak laa macamana gaya potong pun... kalau dapat jenis mak mertua tak kisah tak pe. kalau jenis kisah, sila potong bulat supaya nmpk cantik.

lepas angkat ikan tadi, terus masukkan bahan2 yang dimayang. goreng sampai layu atau berubah warna. angkat terus tabur atas ikan.

masa nak makan, perah limau kasturi, makan masa nasi panas-panas.
selamat bersantap.

Monday, March 8, 2010

aqiqah & BBQ dirumah orang...


jamuan ni last Friday, huhu baru nak publish...
kitaorang sampai lambat... tak sempat nak duduk untuk acara-acara baca doa. ok!sebenarnya memang nak datang makan je. makan-makan sangat sedap plus crowd yang dinantikan memang ada...

ikan bakar+ayam BBQ+nasi minyak+bihun goreng+kuih-kuih = balik rumah perut keras sampai esok pagi...

razi... TQs.. jamuan tahunan anda memang dinanti setiap tahun.

Friday, February 19, 2010

salmon salad for dinner


gigih weh... target nk turun 5 kilo sebelum pertengahan tahun. seboleh-bolehnya nk elak makan nasi. so tonight Mr J buat salad salmon with mayo. till now dah pukul 12 malam.. ok laa. tak de la rasa merangkak lapar nasi. yeaa.. lapar nasi tu psychology je.

resipi salmon salad cara Mr J.

1. salad - ikut banyak mana yang korang nak telan.
2. 1 tin salmon mayonnaise ayam brand - letak ikut rasa
3. 1 biji telur rebus
4. lada hitam sikit

semua bahan, gaul je.. and done. better kalau ada tomato.. baru nampak cantik sikit salad tu. serius kenyang... masa kecik aku rasa poyo gila makan salad je. tapi nak diet dan kesihatan punya pasal. lantak laaa kan.

oh ye... Yaya masih demam. demam suam-suam... kejap ok kejap tak. tapi tido maintain lasak..sebesar-besar toto kita bentang... dia nak jugak landing kepala kat tempat lain. jenuh mak mengangkat... abaikan pak cik yang sama-sama terbongkang tu. dan juga abaikan rumah yang sepah dengan mainan. ye laa.. rumah orang ada budak kecik. kemas-kemas pun.. tahan berapa lama la sangat kan...

Thursday, February 11, 2010

diet no carbo tergendala... kerna Ayam Penyet Ojo Lali

"kalau hari ni kita makan ayam penyet ok tak? eh.. awak tak nak makan nasi kan kannnn?"
dalam hati macam.."hampeh laaa... abis tu kenapa sebut..?"

well akhir nya... tetap kee...

Ayam Penyet OJO LALI..
sesapa yang stay area kota damansara... mesti tau Restoran Subaidah kan.. kedai ni betul -betul opposite dengan Subaidah. Kat seksyen 5..

menu wajib kitaorang mesti la ayam penyet sambal lebih, nasi putih and bakso sup untuk buat kuah-kuah. ayam dia sedapppp.. lembut tapi garing... ada serdak-serdak, Mr J suka sangat kat serdak-serdak tu.. ada tempe goreng dengan kobis untuk ulam. dulu ada tauhu goreng, kali ni tah kenapa tak de pulak.

sesapa yang tak tahan pedas mesti menyesal datang sini.. hahaha... COOL PEOPLE EAT HOT CHILI ok! amaran.. sambal dia memang power.

tak lupa air teh botol... (jangan tanya aku kenapa teh botol tu dalam kotak)
rasanya kalau kitaorang menapak kat mana-mana kedai makanan indonesia sure order air ni lah. pix Yaya atas ni, air kotak kosong je.. Yaya tak minum pun. dia belum ready minum air manis lagi.. jangan risau.

serius sedap... daddy, jom pegi lagi esok???

Thursday, February 4, 2010

salah sapa?

pagi nasi lemak kerang + nescafe

lunch.. makan lambat... turun2 cafe tengok depa dah start bungkus nasi lemak untuk makan petang.. sedap pulak tengok nasi lemak daun pisang fresh2 macam tu.. so makan lagi nasi lemak.
then nampak pulak pisang goreng dengan keledek goreng baru angkat dari kuali.. arrgghhh alang-alang makan aje lah.. singgit pisang singgit keledek...


mmm.. pisang sedap ni dah tinggal seketul. baru rasa bersalah kat perut. tapi tak de la nak salah kan sesapa pun pasal badan makin berisi lepas beranak ni. selera makan dari masa pregnant still tak bole nak kikis.

saiko!

Sunday, January 17, 2010

Nasi Lemak on Sunday...

ahad..
ialah hari masak-masak, hari makan dari air tangan isteri.
hakikat nya cik kak tak de la pandai masak pun,
tapi bila tengok Mr J sentiasa berselera bila makan kat rumah, semangat nak cuba masak tu berkobar-kobar...
teringat masa kecik-kecik dulu, bila mak panggil ke dapur kupas bawang. lepas habis kupas confirm hilang... sbb tak suka tumbuk bawang pakai lesung batu tu. sekarang baru tahu, kalau masak tumbuk pakai lesung tu lagi sedap dari blend. tapi kuasa la plak akak nak tumbuk kan... dah le percikan tumbuk-tumbuk tu buat akak spend masa nak mop lantai (saya ada sikit obses pasal lantai ye... lantai mesti bersih). lesung batu kat rumah ni, pakai kalau nak tumbuk sambal je... itupun harap kat Mr J atau adik terchenta ni yang buat :)

so...Mr J requested nasi lemak.


tak de kacang goreng...sbb Mr J tak suka kacang.
tak de ikan bilis goreng sbb cik kak tak suka.

nasi lemak version saya ada letak halba dengan halia.
tak payah letak daun pandan dah, sbb wangi halba tu dah cukup.
simple kan...?

okiee.. hepi sunday.