WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Petua MakLady. Show all posts
Showing posts with label Petua MakLady. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

PETUA : Batuk atau Gatal Tekak

Cuaca yang tidak menentu kini, dengan keadaan yang panas dan kering sering dikait dengan SAKIT tekak. Lama kelamaan jika tidak diubati, Batuk pula akan datang menjengah.

Pada yang sakit tekak, rawatan alternatif untuk melegakan sakit tekak boleh pulih jika mengamalkan ramuan traditional dengan petua ringkas. Adakalanya, batuk akan singgah selepas itu, Ramai antara kita yang ambil dose ubat batuk dan antibiotik untuk pulih.

Bila difikirkan ini, MakLady lebih selesa untuk mencari ramuan lain yang ringkas untuk menghindar sakit tekak terus melarat. Jadi amat penting untuk sekat penyakit itu dari terus merebak. 

" Mencegah adalah baik dari mengubati."

Amalan ketika Sakit Tekak : Bila tekak kering maka ianya mungkin terasa perit. Untuk melegakan tekak, digalakkan mengambil jus air asam jawa yang dibancuh tanpa ais. Selain itu, rendam 2-3 biji kembang semangkuk dan diminum jus sebagai penawar dan menyejukkan badan yang mungkin melegakan tekak. Selain itu, boleh juga dirawat dengan mengambil tablets leka tekak.


Amalan ketika Batuk : Bukan untuk menafikan ubatan moden tetapi sekadar meringankan batuk dan "gatal" tekak melanda. Jadi dari batuk itu melarat, MakLady akan mencari "buah nangka" Yerr.. buah nangka yang baru dikopek lagi afdal. Sebab masa tu, getah nya masih ada. Kalau boleh, makan seulas dua dan diambil 2-3 kali sehari. InsyaALLAH, gatal di tekak akan terhindar.

InsyaALLAH - selamat mencuba

*P/S: JIKA batuk dan sakit tekak anda tidak berkurangan dalam masa seminggu, maka cepat dapatkan rawatan dari doktor.

Wednesday, October 15, 2014

PETUA : Cara mudah Menghindarkan Daki di badan

Bedak Nyonya 

Bedak Nyonya ? ingat lagi kan... cerita ML pada entry sebelum ini : Petua Wajah Bersih Berseri . Bedak yang masih ada permintaan ini, mudah didapati. Sebenarnya, selain dari bedak asas, ianya juga digunakan dirumah sebagai bahan lulur.

Tapi macam mana pulak bedak (terutama yang warna putih) tu, dijadikan lulur badan. Bukan ke lulur biasa nya berbentuk cecair yang dicampur dengan rempah ratus maupun bahan asli yang lain.

Haaa... percaya tak kalau ML kata, bedak nyonya ini pun mampu menghilangkan kotoran terutama daki degil dan sel kulit mati yang terdapat pada tubuh kita. Selalunya kalau kita sental dengan sabun pun belum tentu segala kotoran degil hilang. Tapi dengan lulur yang MakLady dapat dari petua orang tua-tua dulu..hasilnya memuakan.

Nak cuba tak petua Lulur MakLady? ..*waaahhh.. siap bagi nama pulak hehe*

Mari MakLady terangkan cara menyediakan ramuan bedak (lulur) untuk tujuan menghilangkan kotoran degil (daki) di badan  :

Bahan bahan yang diperlukan:
1. Bedak Nyonya asli (warna putih)
2. Segenggam Asam Jawa
3. Sebiji limau purut (jika perlu)
4.  Air anggaran setengah gelas atau secukupnya

Cara penyediaan :
1.  Asam jawa dicampur air dan diasingkan biji nya. Tambah air agar sederhana pekat.
2.  Perahkan air limau purut dan gaul rata. 
3. Dapatkan serbuk bedak dari bedak Nyonya (kikis bedak menggunakan pisau) dan campurkan dalam bancuhan air asam jawa tadi. *Perhatian : Bahan lulur akan mengeluarkan buih halus*
4. Dengan menggunakan jari, sapu bahan lulur tadi ke anggota badan termasuk kawasan yang berlipat seperti di lengan, siku, tengkuk. Gosok rata agar bahan seluruh badan.
5.  Biarkan lulur itu kering di badan selama 10-15minit, kemudian gosok saki baki yang ada,
6.  Bilas dengan air suam. 

*Seelok-eloknya langkah 4. 5 & 6 dilakukan di bilik air, Jangan gunakan sabun jika ingin terus mandi seperti biasa*

Amalkan petua ini, sekurangnya 2 minggu sekali. InsyaALLAH anda boleh rasa kulit anda lebih  lembut dan bersih serta nyah daki. Amat sesuai untuk anak yang bersekolah. Langkah ke 5 kurangkan dalam 5-10minit  :) 

P/S : Selamat Mencuba 

Tuesday, October 14, 2014

Petua Wajah Bersih Berseri

Selamat datang ke laman PETUA MakLady.

Pasti ramai yang kenal dengan BEDAK SEJUK. Produk asli yang mampu dibuat sendiri, untuk jaga wajah dan kulit. Petua ini sebenarnya dari arwah Nenek MakLady, yang diamalkan kepada mak dan makcik MakLady lagi. Dalam family kami, rupanya petua penjagaan kulit wajah ini telah lama digunakan sebagai bedak asas kala itu. Ternyata bedak sejuk punya banyak menafaat yang jarang2 orang tahu.

Seingat MakLady lah... sejak kanak2 lagi, bedak sejuk ni ditempek ke muka MakLady oleh mak bila siang hari. Especially lepas mandi. Kata mak, agar kulit sejuk. Tambah pula, bedak sejuk ini, mampu menjaga kulit dari dalam. Maka bertempek lah muka MakLady dan adik2 masa tu. Putih melepak.. 

Masih ML ingat, waktu pulang bercuti ke kampong, senario di mana muka sepupu dan makcik2 MakLady di kampong akan kelihatan "comot" dengan bedak sejuk. Hakikatnya mereka mengamalkan berterusan pemakaian bedak sejuk ini sejak bayi lagi dan diturunkan kepada anak pinak mereka.

Dan hasilnya, wajah mereka bersih. Tanpa masalah kulit maupun geragat. Ada dikalangan mereka ini, masih berwajah "awet muda" walaupun sudah lanjut usia. - Mungkin kah inilah RAHSIA kecantikan semula jadi orang dulu2? - Allahualam. 
Tepung yang dikisar halus dibentuk
bagai ketulan dan titisan bedak sejuk.
Lepas tu, proses menjemur dijalankan.
Daun pandan, bunga ros, bunga melor
 dicampurkan utk kekal haruman wangi.

Tapi yang pasti, bedak sejuk yang diperbuat dari bahan asli tanpa menggunakan bahan kimia, mampu membantu mengatasi masalah kulit muka yang berjerawat dan bergeragat. So tak perlu risau, kepada anda yang berkulit sensitif boleh guna tanpa was-was. Pendekata, Semua jenis kulit boleh guna! Bukan itu saja, dapat jugak menghilangkan daki dan kulit mati jika digunakan dengan kerap. Sebab itulah bedak asas ini dijadikan petua penjagaan wajah hingga ke hari ini.

Bedak sejuk selamat digunakan sekerap mungkin sebab tiada bahan kimia malah mudah disediakan jika bercadang untuk buat sendiri. Bukan susah sangat. Pernah la jugak nenek MakLady turunkan "demo cara buat bedak sejuk". Cuma, ML ingat2 lupa jer.. huhu..

Pesan arwah Nenek, beras untuk bedak sejuk ini harus dibersihkan dan direndam. Kemudian dikisar halus dengan batu mengisar atau batu penggiling. Tahu tak apa itu batu pengisar atau pengiling ini? Yeaa laa.., dulu mana ada blender ! So kita guna benda ni....
Inilah rupanya Batu Pengisar (Kiri) dan
 Batu Lesung (Kanan)
KREDIT: Google Search
Bila tepung beras dah halus dan ditambah dengan air mawar maka, proses membentuk bedak sejuk pun dilakukan. Yang basic, nenek selalu buat yang rupa bebijik-bijik. Semasa itu juga, bedak sejuk itu dijemur bersama daun pandan yang dipotong kecik, bunga ros maupun bunga melor agar bau tepung beras itu tidak merosakkan haruman bedak sejuk tadi. Lagipun bila ditempek ke muka takde la sangat bau tepung tu sangat..... hhmmm bijak kan orang dulu2 ;))
Ramuan yang dikisar dimasukkan dalam
daun jambu batu dan dibiarkan menitik
diatas daun pisang. setelah beku sediki
ianya dijemur hingga menjadi keras.
Telah terbukti... Rahsia BEDAK SEJUK !
Muka tetap bersih terpelihara tanpa jerawat. Selain dari jerawat gatal sebulan sekali tu jer ... adalah kebaikan menggunakan bahan semulajadi yang mampu menjagaan kulit muka kita. Disamping mengekalkan tradisi lama nenek moyang, ML harap bedak sejuk ini nanti menjadi amalan tradisi dari anak ke cucu MakLady - InsyaALLAH

Selain dari bedak sejuk ini, ada lagi satu lagi bedak asas yang MakLady amalkan sejak remaja lagi. Tak dinafikan, harga nya memang murah tapi kebaikannya serupa bedak sejuk. Cuma ianya diproses lebih halus dan terbentuk dalam bekas yang lebih mudah dibawa. Pada MakLady, tidak perlu menggunakan produk yang mahal dan berjenama cukup sekadar bedak Nyonya ini...(lebih popular dengan panggilan Bedak Nyonya - sebab muka depan kotak ada gambar Nyonya dan datang nya dari negara China, agaknya )
Pernah tengok jenama bedak
asas yang mempunyai fungsi
yang sama macam bedak sejuk??

ANDA kat luar sana pun boleh cuba pakai bedak sejuk, especially dalam cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Selain memelihara kulit wajah, bedak sejuk ini bakal kekal sebagai bedak asas semulajadi yang punya banyak rahsia tersembunyi....

SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, July 22, 2014

KLIA2 .. oh KLIA2 ..

Salam Ramadan buat SEMUA, walaupun Syawal hampir tiba...

MakLady ramalkan, ramai antara kita akan pulang beraya ke kampung masing2. Ada yang akan memandu, ada yang akan naik bas. Diharap semua persiapan diatur dengan baik.

Kereta jangan lupa - hantar Service!!  Tiket bas atau kapalterbang pasti dah ditempah. Bagi yang naik bas rasanya tak jadi masalah tapi kepada mereka yang menaiki pesawat kena pastikan Tiket, IC siap sedia semua. Banyk benda boleh berlaku jika kita tak bersedia. Tambah lagi bila melalui KLIA2. Sebab sejak dibuka KLIA2 direka begitu hebat hingga ramai penumpang yang masih keliru dengan suasana di sana. Tambah kepada yang pertama kali nak naik kapalterbang via KLIA2 ni.

Pengalaman pertama kali nya ML menjejakkan kaki ke KLIA2 tidak banyak beza. YANG BEST NYA KLIA2 - pasti anda yang pernah ke sana, setuju dengan ML bila kata keindahan hiasan dalaman dan perkhidmatan di KLIA2 jauh lebih baik dari LCCT. Malah ada yang kata, lebih hebat dari KLIA !!!

Selain itu, pasti ada beberapa faktor yang Maklady sendiri pada awalnya agak kurang selesa. Sebenarnya sebelum ML melangkah ke KLIA2, adik ML yang pernah berada di KLIA2 ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan luar negara bercerita mengenai YANG TAK BESTNYA pasal kemudahan asas terutama kerusi menunggu di ruang CHECK-IN yang hampir TIADA!  

Pertama kali di KLIA2 terpekun
dengan hiasan dalamannya. Seakan
 berada di shopping Mall. Macam2 ada....
Setelah mendengar cerita mereka ini, perkara yang membimbangkan MakLady adalah kedudukan GATE masuk atau boarding area KLIA2 ini sendiri. Dikatakan amat jauh letaknya. Dari kaunter pemeriksaan bagasi dan imigeresan, penumpang di arah untuk ke pintu berlepas mengikut turutan nombor GATE yang diberi. Maksudnya, dari sini kita terpaksa berjalan kaki berMeter-Meter jauhnya untuk sampai ke GATE BERLEPAS.

Menurut adik Maklady, bukan canang2 jauhnya. Masa ML cerita pasal jauh letak nya Gate2 ini, Mak terkedu gak la ... MakLady harus bersedia lebih awal. Kalau kena jalan pun, MakLady jalan slow-slow. Terfikir plak, kalau apa yang diceritakan ini, terpaksa lah Maklady berada di KLIA2 lebih awal. Bukan ape, risau berlakunya masalah jika lewat. Almaklum lah...AirAsia mana pernah nak tunggu penumpang. Lewat 1 minit pun dah tak diterima masuk. Pendek kata, flight kita GONE macam tu saja dgn syarat mereka bagi tambang murah so x bleh tolak ansur. Walaupun servis mereka amat membebankan penumpang sendiri. Untuk itu, ML nak pesan pada mereka yang nak pulang nanti, pastikan tidak lewat. Walaupun terpaksa berada di KLIA awal 2 jam dari waktu CHECK IN.
Bersiap sedia untuk Check In Bagasi
TERIMA KASIH kpd pihak pengurusan
kerana tidak menyediakan kerusi yang
cukup untuk penumpang di ruang ini.
Sebaik sahaja ML mendaftar diri dan bagasi, ML terus menuju ke boarding area. Seperti yang diperkatakan, pengalaman menyusuri jalan ke GATE itu sememangnya JAUH..... sayup sayup pandangan GATE 11 dari tempat ML berdiri sebaik sahaja melepasi kawalan keselamatan dan imigeresen. Bermula la perjalanan ML langkah bersahaja menghala ke GATE BERLEPAS 11. Tapi kalau korg lewat sejam dari masa berlepas, rasanya ngam-ngam sampai ke pintu GATE..) Sepanjang perjalanan terdapat GATE BERLEPAS yang disediakan di kiri kanan terminal dan ditengah2nya terdapat ruang kedai yang menyediakan berbagai hidangan. Terdapat tandas dan Surau yang mencukupi.

Cuma ML nak pesan. Harga makanan dia situ, amat berbeza dari luar. Almaklumlah di KLIA2 katanya! MakLady tertelan air tekak bila dengar pengalaman rakan yang pernah membayar RM180 untuk breakfast - 4 org. Bukan order yang canggih. Sarapan pagi yang biasa2 jer. Harga kopitiam pun tak semahal kat KL. Cuma kat KLIA2 ni, harga makanan ibarat korg makan kat hotel 6* MAHAL nye
GATE 11 yang berada....nunnnnnn hujung dunia yang sayup2
 jika kita berdiri di pintu masuk ke boarding area. Namun tidak
dinafikan, ruang berjalan kaki yang dikelilingi kemudahan asas,
mampu menjadikan perjalanan yang jauh ke GATE pelepasan
antara pengalaman yang memenatkan tapi tenang.....

OKAY Now Maklady  ingin berkongsi pengalaman sebagai penumpang dan pengguna AA pulak. Berbanding dengan perkhidmatan cemerlang setakat ini, AA telah memberi peluang kita semua untuk MAMPU terbang ke mana saja. Tolak pasal tambang murah (sebab ada masa harga keseluruhan lebih mahal dari penerbangan lain)

Memandangkan ML memilih AA sebab tambang murah nya itu, maka ML terpaksa akur dengan menunggu Flight yang dijangka tiba, tapi tak tiba tiba hampir 3 jam !! Dari pengumuman yang diberi, kapalterbang yang sepatutnya tiba di KLIA2 terpaksa beralih tujuan ke Subang Airport atas masalah cuaca. Ketika berada di Gate 11 sepanjang penantian, hujan lebat turun. Ada baik nya juga ... sempat solat Zuhur dan Asar di sana. Pendekkan cerita, our flight yang sepatutnya berlepas jam 3.35 terpaksa berlepas jam 5.55 ptg!!! 

Make sure JANGAN lewat! Sebab macamana AIRASIA tak ganti
atas kelewatan penumpang begitu lah mereka wat deq walaupun
terang2 mereka lewat dan merugikan masa dan kepentingan kita.  
Bukan seminit dua lambatnya tapi hampir 2 jam! Pada MEREKA itu perkara biasa!! (sedangkan kalau kita datang awal pun dan beratur untuk check-in tapi bila kaunter yg dibuka pun sikit tapi penumpang ramai...- kita tiba di kaunter pun sudah 5 minit lewat - padahal kita dah beratur sejam seblum. Kita langsung dinafikan penerbangan. Tidak dibenarkan menaiki pesawat tanpa dakwa dakwi ) 

SEDANGKAN, bila "mereka" lewat tiba! Bukan 5 minit tapi berjam2 di belakang jadual??? Cer Bayangkan...sudah lah waktu itu, BULAN RAMADAN. Kami berpuasa. Dijangkakan kami sempat berbuka di destinasi. Tapi bila ini berlaku, segala jadual terpaksa dilewatkan 2 jam. Ada penumpang yang terpaksa batalkan appointment maupun meeting atau jemputan semata mata - ditangguh dek DELAY tersebut. Kesudahannya, penumpang lewat tiba di destinasi yg ditetapkan.

Bukan itu sahaja, Penumpang "terpaksa" berbuka di udara. Terpaksa terlepas temujanji untuk berbuka bersama ahli keluarga dan sebagainya. Pada ML pula terpaksa lupakan tempahan berbuka puasa di hotel yang telah dibuat memandangkan kami akan tiba jam 8malam ! Apa yang agak terkilan juga, ada di kalangan penumpang tidak dapat BERBUKA PUASA kerana tidak menempah makanan yang ditempah awal untuk penerbangan sebab dijangka tiba sejam sebelum waktu berbuka.

Nasib baik lah ML tempah awal hidangan snek ringan in case benda macam ni berlaku....Pendek kata walaupun canggih KLIA2 maupun AirAsia khasnya, kemudahan perkhidmatan masih perlu diperbaiki. Kebajikan penumpang yang terkandas atas sebab pihak AA perlu diambil kira.

KLIA2 sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Terutama kebajikan penumpang yang uzur atau warga emas. Mungkin adakan perkhidmatan "indoor Shuttle" ??!!  Why Not??

Wednesday, May 14, 2014

Semua Ni POYO ~!! ....

....bila Awak...

1. Asyik bercakap pasal diri awak, kononnya awak ni CANTIK / ENSEM !! itu pun sebab ada sorang dua org yang mengaku awak ni Lawa/Kacak - sedangkan di mata org lain, awak ni langsung tak mampu di labelkan seperti yang awak cakapkan tu.... POYOOO

2. Selalu cerita dengan kawan2 yang ramai orang yang terjatuh hati dengan awak!! Lagi poyo bila orang yang awak perasan tu, sikit pun takde perasan pada awak. Sebenar2nya awak yang perasan setengah mati kat orang tu... Kira kes "syok sendiri" lah ni ! Ini tahap gaban punya POYOOO nama dia...

3.  Berlagak dengan orang keliling, yang alkisahnya awak kenal artis itu, artis ini. Hakikatnya, artis sendiri pun tak kenal awak. Awak pulak, memang suka kejar function yang ada artis untuk minta bergambar - suka cari publisiti murahan. Paling POYOOO bila suka upload gambar dengan artis dalam FB. Siap ada album khas bergambar dengan artis. Kecoh kata, kenal rapat dengan artis itu, ini...What the Fish?? ...

4.  Suka "show off " yang kononnya, awak ni serba tahu.  Kira macam hebat laaa.. Kalau bercakap, awak saja lah yang betul, Awak saja lah yang orang terhebat! Padahal awak sebenarnya tak tahu apa. Saja suka2 nonjolkan diri agar orang pandang tinggi. Awak ini di kira POYOO sebab berperangai " macam bagus2" tapi hakikat nya awak Hampeh ~!!

* SEMUA INI POYO ....* kenyataan di atas hanya sebahagian dan contoh ..
Adalah diingatkan bahawa artikel ini, disampaikan secara UMUM. TIADA kena mengena dengan mana2 individu baik yang masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi di dunia ini. Harap Maklum.

Saturday, May 3, 2014

MakLady Sayang Mr Lappy

My Lappy with Love
Sejak ML beli lappy (sekitar 2007) belum pernah lagi sakit demam. Bukan sakit yang boleh buat MakLady pun demam jugak laaa maknanya...

Kecuali setiap tahun melabur untuk belikan Mr Lappy ni Antivirus. Itupun amalan tahunan so that dia tak kena serang dek demam kepialu atau demam malaria ;) hehe

Melainkan ada lah satu dua occasion yang mana Mr Lappy ni, diserang batuk ngada2 mintak duit!. Itupun sebab anak bujang ML yang bertuah tu, pi download game bola - Padahal dah ada Tablet sendiri,  lagi nak kaco mak dia punya lappy! Mungkin ada juga lah virus yang tak dapat dilindungi masuk juga dalam sistem. Maka kena jugalah bawa dia pergi jumpa "doktor" komputer.

Selain dari tu, Mr Lappy amat setia dan tak banyak ragam walaupun ML dah guna untuk bebagai tugasan.
Yelaa...selain dari ONLINE untuk urusan hal ehwal peribadi atau pun pengendalian urusan adminstration. Pendekkata, Mr Lappy ML ni amat setia berjasa dalam hidup ML. Sebab tu, walaupun dah lama, kalau korg tengok rupa dia macam baru 2,3 tahun jer gunapakai. 

Sayang betul ML pada Mr Lappy ni. Apa tidaknya, tanpa ML mana mungkin korg dpt temui blog ML ni kan...? Lama juga dia bersama BLOG DEAR LADY. Dari awal penglibatan sampai lah sekarang! Itu tak termasuk menghasilkan karya penulisan menerusi scripwriting. Mr Lappy sentiasa menemani :) Ala ala temansetia merangkap boyfren.... ( adusshh ML ni .. motiff?? ) Tak kesah lah kan.. Janji ML sayang Mr Lappy!

Paling lastest, Mr Lappy bantu ML menguruskan bisness online dan job handle dalam Business Management company ML jalankan sekarang. TERIMA KASIH, Mr Lappy !! Sayang awak.... Moga dengan kasih sayang saya ini jugak lah, awak masih sudi bersama saya... 

Therefore, untuk menjamin Mr Lappy tak berpaling tadah pada ML, kena lah ML keluar sikit RM untuk balas jasabaik khidmat Mr Lappy ni. Ala ala projek ~ Jasa Mu Di Kenang. ML hantar ke Klinik Komputer. Kasi servis dan tambah apa yang patut agar Mr Lappy happy dan terus memberikan khidmat yang memuaskan. Maksudnya dengan sedikit Up to Date maintenance, kerja ML akan berjalan lancar....

Nak tahu apa proses yang diambil untuk memastikan Mr Lappy tak meragam lagi...
1. Install AntiVirus si Jackie Chan tu :)
2. Kasi tambah ram - kasi kuasa kuda yg khabarnya mampu lari laju....
3. Tukar bateri lama - mak aaiii mahalnya bateri lappy! 
4. Service kasi baeeekkkk.... so biar body lama tapi speed dia Maximum...
~ baru best sikit nak buat kerja. yer tak?

Akhirnya, setelah RM! RM! RM! terbang melayang layang .... Melayari website, menulis blog dan wat kerja sekarang pun lebih selesa. Nak muatturun apa apa pun sekarang dah secepat dan semudah A B C.  Sepantas menyebut 1-2-3 !! Cuma yang tka berapa nak best ialah HARGA barangan komputer masih Mahal ...uuuwaaaaaaaa.... ;(

Sunday, April 6, 2014

Tukar tayar : Tyre Goodyear

Minggu lepas MakLady sibuk sesangat. Musim cuti sekolah nya lagi. Jemputan Kenduri sana sini lagi. Hal anak anak lagi..
Segalanya rezeki MakLady. Alhamdulillah ...
Cuma sebelum aktiviti langsung, ML risau gak sbb yg nak bawa ML ke hulu hilir ni... mcm meminta diberi perhatian.
Sape lagi klu bukan MyLady kita ni ! Selama ML dok guna khidmat MyLady ni, tiap bulan - hantar pi servis termasuk beri perhatian pd aspek keselamatan ML dan family. MyLady ni banyak berjasa. Sebab tu kena jaga dia baik2. Nanti klu dia majuk, payah nak pujuk... :))
Jadi apa salahnya, time time mcm skrg ni, ML korbankan rezeki sikit utk keselesaan MyLady:))
So, kali ni tiba masa utk tukar tayar dia. Bukan main berseri MyLady dgn tayar baru Goodyear ( Belilah barangan Malaysia).
Yezzaa. MakLady tukar keempat2 tayar kaedahnya. Nasib baik lah si MyLady ni tak bnyk songeh.. ML pejam mata bayar RMXXX.
Mulanya pinau jugakla mata bila taukey encem ala ala pelakon korea ni bgtau harga semua termasuk servis berkait ... Nasib baik x pitam hehehe Tapi bila pikirkan keselamatan mendatang! Hati ML ada rasa lega.
Tambah legaaaaaa bila masa menanti MyLady dirawat kat bengkel ni, datang sorg pelanggan yg mendengar keresahan ML. Dia pun bertanya ttg harga tayar tdi. Bila MakLady jelaskan, dia senyum sambil gelak. Dia cakap harga tu sangat MURAH !!
Murah?? MakLady fokus sambil dengar Uncle cina itu bercerita lagi.
Mana tak nya, 4 biji tayar kereta MakLady cuma bernilai sebiji tayar kereta dia pun ..!! Terbeliak mata MakLady masa tu. Terasa lapang dada semula bila uncle apek tu tunjuk kereta dia..
"Ohhh...HILUX " hehehe kami dua dua tergelak. Hhmmm..Uncle apek ni saja jer nak sedap kan hati MakLady. *thank you, uncle :) *
Moral of the story : Be positive. Optimis selalu. Bersyukur dgn apa yg kita ada. Bila kita diduga dgn ssuatu yg kurang enak, jgn rasa tertekan... Sebab di luar sana, masih ada yg alami benda yg sama - cuma "lagi hebat" dugaan dr apa yg kita alami. :) Renung2 kan...

Thursday, March 20, 2014

Tosei Rawa Tosei Berhalba

Selamat Pagi 1 Malaysia
Selamat Pagi Semua di mana ANDA berada...

Dah sarapan pagi ke belum ni? 
Kalau belum elok la makan pagi dulu sebelum mulakan tugas.

OK ... kali ni MakLady nak kenalkan kepada satu lagi makanan 1Malaysia yang menjadi favourite MakLady - especially for breakfast. No more nasi lemak! Mee goreng atau yang sewaktu dengan nya.

Selalunya bila MakLady hantar anak MakLady training bola, Maklady akan lepak mamak for breakfast. Adakala bila dah jemu breakfast ringkas di rumah, tekak ni ngada2 teringin pulak nak makan breakfast serba ringkas kat mamak. Lokasi of coz la kat kedai mamak yang femes kat area MakLady stay ni.

Lazimnya, Sarapan pagi kalau di kedai mamak ni, rata2 Orgramai paling suka order roti canai dan teh tarik Tapi pada Maklady - tosei is better, dan nescafe tarik always my favie. Lagipun, MakLady tak minat nak order yang heavy2 kat mamak. Tambah pulak tu, roti canai MakLady dah lama tak sentuh. So cukuplah sekadar makan tosei atau capati maupun roti bakar. 
Inilah rupanya Tosei Rawa yang garing lagi nyaman :)
Yerrr...Kalau MakLady sebut Tosei pasti ramai yang tahu atau kenal rupa nya. Tapi pernah tak uolz makan TOSEI RAWA? Haaa.. MakLady leh agak yang ramai lagi yang tak penah lagi rasa. Kalau nak bezakan Tosei biasa dengan si Rawa ni, dia lebih rangup dan "berperisa" helba. Ada berani ke nak mencuba?.. So, apa kata tukar selera dengan order Tosei Rawa pulak selepas ni. Amacam, boleh??

Tosei Rawa ni, tak de banyak beza dari tosei biasa. Rasa dia sama sahaja. Bancuhan tosei diperbuat dari beras yang direndam semalaman dan di blend halus. Jadilah bahan bancuhan perapan untuk dijadikan tosei. Bancuhan dituang dan diratakan lebar atas kuali leper. Kemudian ditaburkan rempah, seperti jintan manis, jintan putih, biji sawi dan biji lada hitam. Ada kalanya akan dicamparkan hirisan cili ke atas tosei rawa yang masih di atas kuali leper tadi. Dibiarkan atas kuali leper tu sampai ianya garing sedikit. Lepas tu, baru letakkan ke dalam pinggan dan dihidangkan bersama kuah dal ataupun sos pudina yang enak. 

Bagi mereka yang masih blurr macam mana rupa Tosei Rawa ni, bleh lah tengok gambar kat atas tu. Tosei Rawa ni sedap. Lebih sedap dari tosei biasa. Tpi masih bergantung pada tekak masing2. MakLady suka yang ni dari tosei biasa sebab terasa enak dengan rempah. Paling best bila makan tosei rawa ini, boleh rasa rangup sekali. Tak pulak rasa solid tosei lagi. Garing itu yang buat dia lain dari yang lain. Tak la rasa tosei semata-mata. Cuba la sendiri...  :) 

*Tosei rawa superb! Mabeles! ada kat NZ Wangsamaju.. ;) *

Thursday, January 30, 2014

Petanda Pasangan Kekasih Awak Curang

Hey ~!!
Terkejut baca entry kali ni.

Sahabat MakLady ada mengadu yang kekasih hati dia ~ curang! Hmmm tapi confirm ke dia ni. Memandai2 jer....Menurut kawan MakLady tu lagi - memang symthom orang curang memang sah ada pada BF kawan ni....Lalu dia pn bercerita ~!!

Kalau Nak tahu ..."Tanda tanda Kekasih kita curang...."

1. Beri perhatian kepada PERUBAHAN dalam rutin harian nya. Adakah dia kerap pulang lewat dari waktu kerja? Mungkin perubahan ini tidak ketara sangat atau mungkin tidak bermaksud apa apa tapi sedikit sebanyak perubahan ini memberi ruang kepada si dia untuk memberi alasan untuk tidak bersama anda dalam masa yang selalu nya. Perkara ini harus diberi perhatian.

2. Sorokkan/Matikan Handphone bila dengan anda. Selain dari tidak benarkan anda sentuh handphone, dia kerap dilihat mengelak dari meletak handphone ditempat anda senang capai. Malah akan mendelete semua message sebelum anda pegang (jika selama ini dia tidak kesah anda menyentuh handphone nya) alasan diberi, memory handphone hampir penuh dan perlu dibuang message yang tidak penting.

3.  Meninggalkan tempat atau diri anda jika menjawab panggilan. Menjawab panggilan jauh dari tempat anda. Bercakap seolah tempat anda itu takde signal. Bila di tanya siapa yang call. dia angkat menjawap " wrong number" atau dia akan memberitahu kawan tempat kerja call ataupun supplier itu ini call tanya kan pasal itu ini. Ini juga penting jika berlaku kerana seperti di No 2 tadi, si dia cuba untuk sembunyikan sesuatu dari anda.

4.  Apakah sidia cepat rasa "moody" dengan tiba2? Mudah untuk mulakan sesuatu arguments? Ada masa si penipu atau cheating lover ni, dengan mudah untuk menggantikan rasa bersalah, marah, malu kepada diri anda dengan memulakan sesuatu "pergaduhan" di mana segalanya nanti akan terletak di atas kesalahan anda. Bukan diri nya. Anda akan merasa bersalah dan mula mengalah dan di sini juga si dia perlukan anda untuk meletakkan segala kelemahan anda "On the table"

5.  Paling ketara, bila si dia dah mula hilang minat dengan anda. Bukan salah anda pun tetapi si dia dah mula jauhkan diri. Kalau dulu, dia akan call anda 24/7 tapi kini anda pulak yang selalu kena call dia. Kalau anda message/text/wassap dia, akan mengambil masa yang lama untuk dia balas sedangkan dia ONLINE sokmo! Bila dah tak sekerap menghubungi anda seperti selalu. Beri alasan demi alasan, terutama mengenai tanggungjawap dan kerjaya, di mana selalu nya anda tak bleh nak soal balik.

6.  Si dia mula hilang idea nak berbual dengan anda bila bersama. Ada masa dia lebih sibuk melayan handphone atau gadget lain dari berbual dengan anda. Kemesraan kalian ada masa nya sudah longgar kerana si dia sudah ada orang lain yang lebih menarik untuk dikenali selain anda.

So inilah symthom jika pasangan kita CURANG!
JIKA perkara diatas ini ada pada pasangan anda - maka jangan tunggu lama ....
bertindak mengikut akal jangan mengikut emosi...

Kereta Baru punya Hal, Kereta Lama Jadi Mangsa

Yg dah punya kereta, tak kira ape jenama nya, saat yg paling diserami adalah...
Bile benda yg kurang BEST berlaku kat kereta korg, kan!?
Klu bleh sikit calar pun x mau!

Ada masa dlm dok jaga-jaga tu la, ada jugak yg minor "situation" trpaksa lalui. So nak x tak, kena be alert n care dgn sewajarnya. Kepada owner kereta kena gak alert kereta orang lain. Macamana kita sayang kereta kita. Jangan buat kereta orang macam orang tu tak ada hak atas jalanraya. Kita kena ada rasa hormat dan caring.

Klu ikut kan, kreta (especially kreta baru..) nk selimut dan simpan dlm garaj macam baby! Tak nak bawa kluar pun ada gak. Mana lah tau nanti ada habuk hinggap kat kereta, jenuh kena lap selalu. Tu blum tengok lg dlm kreta? Masa beli kreta, bau wangi kereta tu pun dia nak maintain mcm tu spanjang tahun.. Betul x?

Tapi bak kata org tua2, sayang berpada-pada wlupun kreta kita tu kereta lama....ada benarnya. Walaupun dah bertahun guna tapi kereta juga. Perlu diberi perihatian jugak. Kena pastikan ianya selamat dipandu. Tambah kalau ianya kegunaan ahli keluarga terdekat...Bayangkan kalau kita dah tak sayang kereta macam kereta baru, apa jadi pada keselamatan mereka di jalanraya nanti? Kena la diamik kira, tak gitu??

Begitu juga langkah penjagaan kereta. Selain regular check-up, pastikan ianya selamat di pandu. Kena take action. Mengubati Lebih Baik Dari Merawati !! Oleh itu, jangan lupa selenggara kereta anda selalu. Jangan abaikan sebulan sekali medical check up...eehh.. service kereta la tu... Kereta sihat, perjalanan anda pun berjalan lancar .... Kereta selamat - selamat jugalah perjalanan anda ke destinasi.

Kepada yang baru beli kereta Jangan alpha - orang yang tak beli kereta juga sedang memerhati anda~! Berhemah di Jalanraya. Jangan sampai kereta kena baling telor pulak...huhuhu..

Selamat bercuti Uols...Enjoy your Long weekend. GongXiFattChoyy..

Monday, January 27, 2014

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Thursday, January 2, 2014

Dont Play With People's Hearts, Feelings & Emotions



Masuk hari ke 2 kita di tahun baru 2014

Terpanggil untuk komen sedikit tentang apa yang ML baca dalam artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang di cop sebagai "player" dengan cinta 'touch & go'. Sebenarnya bukan niat ML nak menghentam si pelakon ini. Bukan juga untuk menghukum beliau. Apa yang dilakukan memang salah tapi hanya DIA dan pelakon dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jadi kita tak de hak untuk cakap itu ini. Sebab kita tak berada di tempat mereka. Maaf ini sekadar pandangan ML sahaja. 

ML hanya berharap, pihak pelakon ini lebih berhati hati dalam apa jua tindakan kerana ANDA public figure ! Tindak tanduk anda menjadi ikutan dan pemerhatian masyarakat. Cuma apa kita sebagai org luar, harus anggap apa yang berlaku ke atas diri beliau sebagai contoh atau ikthibar yang boleh kita fikirkan bersama. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk nya dari kita sendiri. 

From the Desk of MakLady...
Sikap 'player' ni tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Tidak patut ada istilah sebegini semata mata melabelkan seseorang. Sikap begini harus dikikis terutama jika melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Melibatkan maruah dan juga keluarga mereka yang sekeliling...


Berfikir sebelum bertindak ! 
Usah permainan kan perasaan wanita/lelaki lain. 
Kerana kepada mereka ini, *Tak kira la lelaki ke perempuan ke, ML nak pesan lah. 

Baik2nya sang 'players' ni , berfikir sejenak sebelum bertindak dengan aktiviti social ini. Ke mana arah tuju jika ANDA bersikap begini? Kepuasan dunia mungkin.. tapi what about hukum ALLAH?

Kerana sebagai orang Islam, kita harus percaya pada pembalasan. Kalau kita buat baik, pahala dan ganjaran yang baik akan menanti kita. InsyaALLAH. Sebaliknya, jika kita berlaku tidak baik dengan orang lain, terutama sikap yang sebegini, INSYAALLAH juga ALLAH janjikan habuannya pada kita. 

Put it this way. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi PLAYER ni, atau nak jadi jaguan dalam mempermainkan perasaan orang lain - TOLONG LAH beringat... bahawa.. ANDA juga pasti ada adik perempuan, ada kakak perempuan malah ada saudara perempuan yang bakal tempias (kepada Players yang lelaki )

Kepada kaum perempuan yang bersikap begitu (ada jer player among ladies ni)  ML nak minta kasi sedar sikit bahawa apa saja yang kita lakukan selagi bernama manusia - sama saja hukum nya dengan kaum lelaki. Malah kalau yang melakukan ini, terdiri dari mereka yang sudah bersuami, lagi parah. Insaf2 lah. 

Setiap jenis perbuatan yang negatif (melibatkan permainanan @ player )  samada dengan niat yang baik maupun sebaliknya. ADA GANJARAN menanti. 

Mungkin sekarang ANDA berseronok menganayai orang. Mengaibkan keluarga mereka, Melukakan dan mempermainkan perasaan mereka. Anda mungkin tidak merasa apa apa sakit, bila anda berada di pihak yang menganiaya. Tapi percaya lah ~ esok lusa mungkin ahli keluarga anda pulak akan menerima nasib yang sama malah MUNGKIN lagi dasyat lagi dari apa yang kita lakukan. 

Maka sempena tahun baru ni, tanam lah azam untuk menambahkan saham kita di akhirat. 

* lazim mereka ini selalu berkata... TIADA NIAT ... tapi hakikatnya ianya tetap dilakukan dengan membawa kepada keaiban kepada individu dan keluarga.*

Monday, December 30, 2013

GOOD LUCK on your Exam

Mulai hari ini, MakLady jangka ramai mahasiswa & mahasiswi akan mengambil peperiksaa AKHIR mereka di pusat pengajian masing2. 

Anak Mak Lady , Elia JR pun dok memBusy kan diri ulangkaji dlm study week ni. Kini, hari untuk menduduki peperiksaan pada kali terakhir sebelum tamat pengajian peringkat Degree (dalam jurusan Sumber Manusia) tibaaaaa....

Good Luck sayang.. Mak doakan Elia berjaya jawap soalan dan mampu score dengan cemerlang. InsyaALLAH doa Mak utk anak anak Mak semua.

Kepada rakan2 siswa dan siswi di luar sana, Mak Lady juga mendoakan agar kalian dapat menempuh EXAM masing2 dengan tenang dan sentiasa solat dan berdoa pada ALLAH swt - tenangkan hati bila dalam dewan peperiksaan. Dapat jawap dengan baik. Moga ALLAH swt memberi kelapangan fikiran dan mengingatkan apa jua yang di baca dan diamalkan selama ni......
Couple of cartoon young students. Teenagers. - stock vector

Haaaaa..jangan tak tahu. Kalau korg yang nak amik EXAM selalu nya mak ayah yang akan risau sama tau... hehe Dan begini jugak lah doa dan nasihat MAK pak kepada anak2nya :)

GOOD LUCK ON YOUR EXAM

Tuesday, December 10, 2013

Nak Kurus bersama Kevin

 Assalamualaikum Wahai Bloggers yang MakLady kasihi...

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)

Mungkin ramai dah kenal siapa jejaka yang MakLady nak jumpa pada tahun baru nanti.Yeaaa... MakLady nak dating ...malah bukan saja face to face dengan Hero Ensem lagi Macho ni....hehehehe Sorry Aaron, MakLady terpaksa ketepikan YOU dulu buat sementara. My fokus hanya pada si Kevin pulak~! Inilah pertemuan yang di nanti2...

Kalau ANDA berminat untuk sertai Bengkel "Jom Kurus" bersama Kevin ~ sila klik kat SINI

Sunday, July 14, 2013

Opps... Puasa ! Jangan Tak Puasa..

Happy Sunday! Ceria Bahgia...
Assalam Kekawan..
Puasa ke tu...?
Senyum plak dia..
hmm yg xleh puasa tu -
xpyh nk senyum sgt la.. sebab...
"tak bleh buka puasa dgn yg berpuasa"
ha ha ha...ingat pesan arwah ayah dlu. Mak senyum tanda - "diam diam sudah!"
Tu xpe..sbb ada sbb musabab untuk tidak berpuasa..
Tapi ... yang tak best nye. Ada plak mereka yg senyum pepagi ni yg nk coverline! Yerr , ada je mereka ni yg sepatutnye mampu puasa, tpi sengaja x nak puasa! Bukan uzur pun :p Klu kaum hawa, xpela jgk. Ni si jantan yg ngada2...
Haa..ye awak! Jangan nk wat bodoh plak ye.. MakLady maksudkn awak la tu.. org yg boleh puasa tpi x puasa! hmm sori yer..
Yg boleh puasa sbenarnya ramai lgi. Siap bbuka kat surau maupun mesjid. Berterawih.. bertadarus.. Nikmat bulan Ramadhan, xnk dia lepas begitu saja. Lelaki cm gini yg dicari2. Ciri yg bakal mak mertua berkenan ni... Sejuk ibu ngandung katanya ! x gitu - cikJejar nye? huhu
So, yg nk jdi lelaki yg diidamkn gadis atau bakal suri , kena lah amalkan benda yg baik2. Berbuat yg wajib dgn hati yg ikhlas. Baru lah awekz nak dekat. Baru lah keluarga si awekz tu tdi, senyum bangga - tanda, " LuLus Ujian!"
Mulakan hari kita dgn senyuman. Berbuat baik sesama insan. Tingkatkan amalan yg positif. Berpuasa bgi yg mampu puasa. Tambah Pahala Ramadhan plak ni.
Selamat Berpuasa dan Beriftar kerana Allah.
Jangan ponteng puasa tau.. ;-)

Saturday, June 8, 2013

Jus Cuci Usus ala MakLady

Hai..hai.. My Readers,
Assalamualaikum..
Good Morning!!
Salam Bahagia dan,
Salam Ceria di pagi Sabtu ni..
Nak type panjang2 rasanya xsempat sebb nye dari awal pgi perut meragam...
Ngape leh jdi mcm tu?
Haaa.. Jawapannya...
Semalam, minum air jus blend buahan ... Nak kasi cuci perut katanya...
Bak kata cuci isi perut sebb nya dah menjadi kebiasaan...klu gi bercuti atau luar dari rumah agak sukar membuang toksid dlm badan ni. Maka anak ML pun mencipta rumusan untuk memudahkan nya...
Hasilnya... ? Amat memberangsangkan hinggakan tido ML tak tenteram pagi ni...Awal lagi dah sibuk mendepositkan apa yg patut!!
Serius !! Kalau korg nk cuba ramuan ni.. Boleh! Tapi x pasti la, samada it works for u or not .. Hehehe
Ramuan dia senang je..
Bahan asas : Blender mudah alih (bgi yg travel) Susu low fat, yogurt perisa buah atau yg  biasa pun boleh. Buah2 spt pisang, buah betik, strawberri dan anggur sebagai mana yg korg rasa sesuai dgn perut (usus) korang.
Cara menyediakan: Masukkan 100ml susu dan 50ml yogurt, 50ml air dlm blender. Masukkan buah anggur, epal hijau, stramberri dll dan kisar hingga jadi jus. :0)
Ape lgi...Baca "Bismillahirrahmanirahimmm" lepas tu terus minummmm.....
InsyaAllah...selain minuman yg berkasiat boleh juga sihatkan usus kita.
Selamat Mencuba :))

Friday, May 31, 2013

Sup Ketam : Petua Alternatif Mujarab Denggi

Foto: Credit to Encik GooGle
Cuaca yang tak menentu sekarang sedikit sebanyak mengumbangkan kepada beberapa penyakit masakini. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk menjaga persekitaran dan memastikan kesihatan ahli keluarga dijaga rapi. Kalau mereka ada mengalami Deman yang berpanjangan, jangan lengah! Cepat2 ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Baru 2 - 3 hari lepas, sepupu Mak Lady yakni Mak Dara telah mengalami demam yang berterusan. Apabila dibawa ke klinik, doktor mengesahkan "Denggi" ... Aduuuhhh. dugaan berlanjutan kini setelah berminggu minggu menjada anak lelaki beliau, Haikal ( kerana demam kencing tikus di Hospital Ampang) , kini Mak Dara pulak jatuh sakit. Banyak banyak bersabar yer ida....
Haikal masa demam.... Now he's getting better!
(Kredit Foto to Bicara Mak Dara.com)
 Cepat Sembuh ya. Mak "Darling" Dara. Moga keadaan beransur pulih. Semalam Mak Lady melawat Mak Dara di hospital. Air dimasukkan ke badan dah 2 botol. (ketika itu...) namun badan masih panas lagi. InsyaALLAH sehari dua di hospital nnti, dengan rawatan yang rapi, nescaya demam denggi akan berkurangan.

Namun, dalam pada itu, ade petua alternatif kepada pesakit denggi. Ramai yang syurkan SUP KETAM. Katanya dapat mengubati serta mengurangkan demam denggi ni, selain meminum air 100 plus. Mereka yang mencuba sup ketam ni, pulih dari demam denggi ni. Besar Harapan Mak Dara dapat menikmati Sup Ketam dengan segera. Sambil tu, kami di sini terus mendoakan Mak Dara cepat pulih seperti sediakala. We Miss You, Mak Dara !! Pasti juga ramai di luar sana, yang rindu dengan entri2 dari Bicara Mak Dara...dah lama cuti sakit ni...hehehe
 IDA , GET WELL SOON :)
SUP KETAM
(Foto kredit kpd wanda2u.com)

Saturday, May 25, 2013

PETUA : Hilangkan Parut dengan Pisang !

Assalamualaikum Semua bloggers & darling Readers. Selamat Pagi...Breakfast apa pagi ni?

Si Amer suggest makan Roti Pisang for bfast. Sememangnya dia memang gemar makan pisang~! Selain dari melawaskan perut, pisang juga bagus utk diet...Pisang sebenarnya boleh diperbagaikan penggunaan nya....

Ewahhh..tetiba plak MakLady teringat akan PETUA yang mujarab berasaskan Pisang plak pepagi ni...

Petua  adalah cara alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah maupun keadaan. Tak kira lah ianya berkesan ataupun tidak. Pasti korg pun ingat lagi petua2 yang diturunkan kpd korg selama ni, dari generasi nenek sampai lah ke generasi mak2 kita maupun sampai la ke diri kita ni haaa... Ada saja PETUA yang berguna utk dipraktikkan. Begitu juga la petua yang nenek MakLady turunkan kpd mak MakLady dan MakLady turunkan kpd anak2 dan sekarang - kongsi dengan ANDA! 

Sebenarnya bila terpandang akan pisang, maka teringat lah MakLady akan PETUA nenek MakLady dulu.  Sejak dulu hingga kini petua ni masih dipraktikkan. Pisang merupakan buahan tempatan yang penuh dengan khasiat. Bukan sahaja buah pisang malah KULITnya juga ada menafaatnya. HHmmm.. mungkin ada yang tertanya tanya..? Apa khasiat kulit pisang ni selain digunakan utk buat orang terjatuh jika terpijak...  

Bukan pisang sebarang pisang. Pisang datang dengan kulitnya. 
Bukan hilang sebarang hilang, parut dikulit hilang semuanya....

Apa kena mengena pisang dan kulit? Begini... Petua ni, MakLady amalkan sejak dari remaja lagi. Almaklumlah kulit MakLady ni sensitif - takleh kena gigit serangga atau nyamuk, pasti meninggalkan kesan. Macam parut. Dlu mana la ada ubatan yang khas utk hilangkan parut. Maka nenek MakLady pun kerap menggunakan KULIT PISANG utk hilangkan parut gigitan maupn sebarang parut yang terdapat pada kaki, tangan, malah muka.

Caranya senang saja : Ambil beberapa ulas pisang dan buka kulitnya. Makan la pisang tu dulu. Sebab kita hanya perlukan kulit pisang tu sahaja. Kemudian sapu kan kulit pisang yang dibahagian dalam (bukan kulit luar tau..cuma perlu.yang ada isi putih tu) kepada kulit di kaki, tangan terutama di kawasan yang ada parut gigitan maupun parut kudis. Gosok2 kan isi kulit itu sehingga "isi kulit pisang" tadi nipis atau lebam warnanya. Biarkan sapuan itu di kulit kita selama 10-15minit ataupun hingga sapuan itu kering sendiri. Sapu dengan bersih kesan kulit pisang tadi dan bilas dengan air sebersih2nya. 

Ulangi sapuan kulit pisang itu 2 - 3kali sehari, dan lihatlah perubahan dalam seminggu. Kulit yang berparut itu tadi akan perlahan2 hilang. Kulit kita pun akan lebih bersih serta lembut tanpa berparut lagi.  

Selamat Mencuba - petua Kulit Pisang utk hilangkan Parut !

Monday, March 11, 2013

Petua : Rawat Muscle Pain di rumah

As Salam ...
Good Monday Everyone....
Malam semalam sebelum masuk tido, Mak Lady dpt msg via LINE dr Newrules, my anak angkat merangkap BFF cikJejar. Mula tu bertanya khabar then she told me abt her pain. Tengoklah pic kat bawah tu. Sejak last week lgi pergelangan tangan dia sakit. Berbandage berbagai...Yes..ikutkan simtom sakitnya, it is muscle pain atau muscle torn... (ewahh  mcm doktor plak yee..Hehe) sbb dia rasa kebas selalu then bengkak sedikit....
Selalunya, otot badan kita ni boleh tercedera jika tekanan yg kerap atau lakukan pergerakan semasa bersukan atau senaman contohnya dlm keadaan yg mendesak. Ade yg kata Otot Koyak. Jadi perlu dirawat dengan cara yg betul, agar urat halus tidak terus cedera dgn lebih serious. Bila hal ni berlaku, mmg lah sakit bila ade gerakkan. Bengkak pun mula timbul.
Then yg jdikan worst plak tu....Sehari sbelum tu she went for urut... Oh my Gucci... klu Muscle Pain x boleh di urut sangat. Harus lgi sakit dan tambah bengkak. Thats what happened now...
So She's at home and in pain. How to cure the muscle pain? With some similiar problem with Amer bfore (especially lepas his soccer game), Mak Lady suruh she stop ngurut but "tuam" dengan ais cube.
Caranya: Ambik 4-5 ice cube. Bergantung kpd kawasan yg sakit. Balut dlm tuala kecil. Then tuam... (tuam tu apa?? - mcm bertungku lerrr...) Letakkan tuala yg berisi ice cube tadi kat tempat yg sakit dan tekan perlahan dlm masa 30saat dan angkat. ulangi sebnyk yg boleh. Lakukan selama 15minit. Kemudian rehat kan rawatan tdi dlm setengah jam, kemudian tuam sekali lagi. Rawatan ni harus dibuat berterusan hingga radang otot tdi reda. Klu boleh, lepas tuam, balut dengan bandage agar kecederaan tdi dapat dirawat. Jika perlu letak oilment, hanya sapu sahaja, jangan urut.
InsyaAllah. Sakit mungkin dapat dikurangkan. Namun jika keadaan kecederaan masih berpanjangan - baik cepat dapatan rawatan doktor. Takut sakit lain plak.
Untuk NewRule : Selamat mencuba and Get Well Soon (",)
*photo from my instagram : ID maklady .. jom follow*

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]