WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label A Day 2Remember. Show all posts
Showing posts with label A Day 2Remember. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Caakkk... !! It's MomDay

20-10-2014 : 
Hari Baru, Status Baru
 Orang pun Baru !!


INSYAALLAH
semoga segalanya urusan kita hari ini
dipelihara dan dipermudahkan. 

Aamiin

Thursday, October 9, 2014

Demi Kasih Mu ALLAH

.Assalamualaikum Semua ! 

Alhamdulillah... OKTOBER 2014 datang lagi..

Bermula pada 10 Zulhijjah, bersamaan 5 Oktober lalu, Umat Islam seluruh dunia telah sambut Aidil Adha. Selain dari tetamu Allah, yakni jemaah Haji di Mekah, kita di tahanair pun turut mengambil kesempatan meraikan hari raya Adha dengan ibadah Qurban. Hasil Qurban diagih-agihkan kepada yang berhak. Semua mesjid dan surau meriah dengan majlis keagamaan. Berkat dan rahmat dariNya dapat dirasakan. Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar.

Syukoralhamdulillah dengan Rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga MakLady. Kerana di bulan ini juga, merupakah tarikh yang penting bagi MakLady. Masih bercakap pasal korban, Rasanya pengorbanan sebenar bermula dari kita. Bermula dengan amalan kita. 

Begitu sinonim dengan bulan penuh rahmat ini, Maklady nak share dengan anda tentang satu lagi jenis pengorbanan. Mungkin Pengorbanan ini - tidak lah sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim  dan anakanda baginda terhadap perintah Allah s.w.t tetapi, sekurang-kurangnya ianya secebis dari pengajaran dari pengorbanan itu, sudah cukup untuk diambil iktibar dan dikongsi bersama. Mungkin berlainan konsep tapi masih merupakan ibadah yang diamanatkan kepada kita oleh Allah s.w.t. (khasnya kepada kaum Hawa) 

Sesungguhnya pengorbanan yang MakLady maksudkan ini, melibatkan kasih sayang. Pengorbanan yang tiada penghujung. Pengorbanan yang berlaku tanpa dipaksa. Lahir dari naluri seorang insan bergelar IBUBAPA. Itulah pengorbanan yang cukup bermakna untuk dikongsikan bersama dari Awal hingga Akhir. 

Seperti pengorbanan tanda kasih pada amanat ALLAH, ianya dirasakan sebagai satu pengorbanan berupa tanggungjawab keatas perintah ALLAH s.w.t. Kerana Rezeki yang diberi Nya ini datang bersama sebuah pengalaman yang terhebat. Lantas, mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukan kepada insan tersayang yang dekat pada kita tapi juga pengorbanan dari bentuk kasih sayang yang tulus ikhlas dan tidak pernah terbelah bagi kepada ALLAH s.w.t harus diutamakan.

Photo : Google
sekadar hiasan
Harap Maklum
ALLAHUAKHBAR.

Thursday, May 1, 2014

Selamat Hari Pekerja

SELAMAT HARI PEKERJA.

Tak kira lah, ANDA bekerja di syarikat swasta maupun pekerja kerajaan 
~  hari ini adalah HARI ANDA  ~

WW : Bertugas di HARI PEKERJA

Sempena cuti hari Pekerja arini, apa kata, 
Kita singgah makan Kenny Rogers Roasters....


Lepas makan... apa lagi...??  Jom Rehat di Hari Pekerja sebab 
hari biasa, kita kena kerja lepas LUNCH !! he ha hi hu


Friday, March 8, 2013

Happy Women's Day

Salam Jumaat Semua

Selamat Hari Wanita buat SEMUA Wanita ... xkira la di mana anda berada!

Wanita adalah insan yang unik. Segala sifat kejadian yang ada pada seorang wanita itu telah ditentukan oleh pencipta kita, Allah swt. Hargai dan buat yang terbaik. Sesungguhnye, yg terbaik adalah dariNya.

Kita insan teristimewa. Banyak kelebihan yg dikurniakan. Selain dari Cekal, Tabah, Kuat - semangat kental adalah ciri yg ada pd setiap wanita. Malah Allah cipta Hawa ada matlamat di dunia ni. Setiap dugaan adalah ganjaran di hari kelak. InsyaAllah, wanita yang redha akan sentiasa mampu menerima segalanya kerana mereka WANITA!!

Bangga lah jadi wanita untuk hari esok !

Thursday, March 7, 2013

Lapuran mengenai Lahad Datu - Ops DAULAT

Rancangan 999 memberi informasi mengenai peristiwa dan aktiviti pihak pasukan PDRM dan ATM dlm operasi pengeledahan dan pembersihan.
Sekurang2nye kita dapat ketahui apa yg berlaku di sana. Lapuran juga memuatkn lapuran ketika pengkebumian anggota yg terkorban. Al Fatihah...
Walaupn tumpuan mereka msih di Lahad Datu, namun usaha kita sebagai rakyat Malaysia teruskan usaha dan doa serta solat hajat harus ditingkatkan sehingga pihak pengganas menyerah diri..
http://instagr.am/p/WjrSMsCf8l/

Tuesday, January 1, 2013

elia_jejariruncing : Suprise~!! It's ALL Yours Mak...

Assalamualaikum Semua Rakan2 Blogger
Rakan yg jauh dan dekat...
Rakan senyap dan nyata.... ;)

Salam January 2013

Membuka tirai pada hari pertama January ni, MakLady nak kongsi bersama kebahagiaan dlm entry pertama 2013. Dengan harapan, menjadi titik mula kebahagiaan seterusnya sepanjang 2013 nanti.... Amiiinnnn

Ianya bermula pd hari MakLady melawat anak MakLady di Melaka. Untuk raikan diary baru, bersama sama seblum tutup tirai ni. Bukan dirancang trip kali ni. Secara kebetulan, anak bujang MakLady akan brada di boarding school dan kesempatan yg terhad utk bersama kakak kakak dan abang, didorong plak ajakan kakak nya utk bawa dia ke sana. Konon utk "happy2:" hati si adik ;) sebelum ON BOARD~! hehe

MakLady pun tanpa berlengah lagi - bersama Erin & Amer bertolak ke destinasi pada petang 30/12 jam 5ptg. Seronok tau, bila travel dgn anak2 ni. Sbb MakLady drive, sambil tumpu pada driving dan mreka akan layandiri dengan DVD. Kali ni, dorg layan cerita "IsTanBuL aku datang!" (Dlm hati MakLady, Melaka here we come~! hehe Layan je laaa....

Alhamdulillah selamat tiba di kolej Elia. Dia pn dah ready tunggu. Seperti biasa - kami ke hotel penginapan dulu. MakLady ke sana mmg menginap di hotel area bandaraya bersama anak2 MakLady. Lagi happening bila semua ada~! Check In. Relax jap. Sambil wat apa yg patut. kami pn bersiap utk kluar dinner, Elia cadangkan kami singgah dulu Mahkota Parade~! Ada lah niat tujuan dia ke sana.....MakLady, Ciciq & Amer ikut kan je. Tambah bila dari awal tadi dah tahu cikJejar kita ni nak belanja dinner....hehehe.. sabar je la walaupn perut dah mula berDondang Sayang....

Tiba di lokasi yg dirancang. Kami pun melayan diri utk melihat2 apa yang disaji. Pada mulanya MakLady ingat Elia nk dapat kan something for her. Sbb itulah dia nk ke sana. Memang dari mula, MakLady tahu dia nk tukar selera - up grade - utk yg lebih baik. Tanpa merasa apa2 MakLady pun melayan dia memilih satu persatu - yg sesuai dengan citarasa dia.

Sambil tu, Elia pn ada gak minta Bro Reechard kluarkan yg bersesuai dengan MakLady.  "Pilih la utk mak~! " Aikkk... tak nak laaa.. " bentak hati MakLady.
"Ya nak beli utk mak~! ttiba dia dengan wajah yg berseri dan tersenyum lebar kat MakLady.
"Kira hadiah Birthday~! termasuk Mother Day sekali....!! hehehe..."
Kami pun gelak sama... mmg kelakar si Elia ni bila time time mcm ni...

Dalam gelak2 tu, hari MakLady rasa terharu. Speechless tak tau nak ckap apa... Tapi sebenarnya klu diselami hati MakLady masa tu - "Isshkkkk tak payah laaa.. Ya beli je utk Ya dulu... "
Betul la ... uolz!! hati ibu mana tak tersentuh bila si anak nak berbelanja besar utk raikan harijadi mak. Rasa Maklady sebenarnya, lebih suka kalau anak2 simpan duit utk diri sendiri nanti. Namun setelah diterangkan akan niat dan azam elia pd MakLady... MakLady akur. Tak sangka sungguh ni!! Memang SURPRISE!! terima hadiah harijadi. Wlupun di hati MakLady tak sampai hati gak sbb all this while, tak pernah pn terlintas di hati utk minta di balas semua ni. Bukan harta, barang, hadiah yg dipinta utk diri MakLady. Cukuplah perhatian kasih sayang anak anak MakLady~!

Sekali lagi hati Mak tersentuh....terharu....speechless....
bila anak MakLady belikan hadiah harijadi sebegini besar nilai nya.
~ seutas rantai tangan "charm bracelet" - gold 916 @21 gram ~
Photo by elia_jejariruncing
TERIMA KASIH ~ THANK U VERY MUCH muaaahhh2
Hadiah Advance harijadi MakLady (4/1/2013) dari Elia@Jejariruncing
sbb xdpt brada di KL masa bday Maknya - duduki FINAL EXAM...
Mak doakan selalu Eya lulus dgn cemerlang ! Amiiinn
Selesai urusan di sini.... kami teruskan perjalanan malam tu, ke acara seterusnya:
Makan Malam yg ditaja oleh .... semestinya BUKAN MakLady lerr...

Nantikan entry dan gambar menarik ..... :)

From The Desk OF MakLady:
Alhamdulillah... Syukur dengan segala REZEKI ALLAH pada MakLady sekeluarga....Selama ni pn MakLady dah bersyukur punya MEREKA dlm hidup MakLady. Tak ada sorg pun anak2 MakLady bezakan kasih sayang sebab mereka lahir dari RAHIM yang sama. Tiada sorang pun anak2 MakLady yang diberi perhatian kurang. Semua SAMA~! Sama memberi Sama menerima. Begitu juga dengan anak2 MakLady lain. Mereka adalah DUNIA makLady. Kehadiran mereka disisi MakLady saban hari sudak cukup membuktikan kasih sayang mereka tak pernah kurang utk MakLady ~ every each ONE of them~!!! Setiap pengorbanan MEREKA kpd MAK ni, amat2 MakLady hargai. Sesungguhnya, bersyukur dan Bangga punya Anak2 yg pandai berdikari mcm Erin, Elia, Haizat dan insyaALLAH Amer ( first day today - berdikari ke asrama....berdoa MakLady agar dia STRONG jugak :) 


Penghargaan anak2 utk bersama MakLady dlm susah senang kehidupan...
Tiada kata kata yang dpt Mak ucapkan kat sini...utk berterimakasih...
hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
TERIMAKASIH ERIN ~ TERIMAKASIH ELIA...
THANK U SO MUCH HAIZAT! AMER! AMIR!
for being my love of my life - *harta yg tak ternilai..


Friday, December 14, 2012

Anugerah Allah - SubhanAllah

Assalamualaikum ~ Salam Jumaat 

Baru saja sehari dua, kita sedari akan tarikh cantik
12 / 12 / 12

Pagi ni plak ~ ALHAMDULILLAH 
sekali lagi kita diberi kesempatan utk meraikan
anugerah ALLAH dengan satu lagi tarikh yg cantik ...
MakLady sukaaaaa...(syukur)

Bahawasenya...
HARI INI.. bersamaan hari Jumaat ~ penghuni segala hari
 di mana mengikut kalendar Islam bahawa
hari ini - 1 haribulan Safar ...
Maka dengan ini, kita jumpa lagi tarikh cantik~!!

1 / 2 / 34 

Cantik kan anugerah ALLAH pada kita... :)
Titelbilder
SUBHANALLAH...

Wednesday, December 5, 2012

Konvo & Jejariruncing (Part Two)

~Mengimbas kembali

Sehari sebelum Majlis Konvo 
kami menginap di sebuah hotel
di Shah Alam...
Photo: Hujan lebat.. Lepak kat bilik je....
Bagi memudahkan kami cepat 
sampai pada esok hari nya, kenalah kami anak beranak
beermalam di sini....

Keesokkan Harinya.... 
Elia Siap sedia mengenakan pakaian rasmi Konvo....

SETIBANYA KAMI DI PERKARANGAN DEWAN
BERLANGSUNGNYA ISTIADAT
KONVOKESYEN UITM YG KE 7....

Para ibu bapa & Keluarga menanti diluar dewan bersama Graduan
sebelum dibenarkan masuk ke dewan...
Ketika berada di Majlis Konvesyen yang berlangsung
dalam suasana meriah lagi beretika....

Akhirnya..

Selepas Selesai Majlis Konvokesyen 
Airmata Kegembiraan....
dan sebelum meninggalkan majlis 
sebagai kenangan...
kami anak beranak sempat berposing..
di mini studio yg terletak di depan
kawasan Dewan....

Sekitar Konvo ~ Elia @ JejariRuncing

HARI INI DALAM SEJARAH

KONVOKESYEN
@ UiTM SHAH ALAM
Suasana di depan Dewan : Ibu Bapa & Graduan
Sabar Menanti....
Sempat Berposing.....
Sebelum Masuk Ke Dewan.
Ketika berada di dalam dewan....
Para Graduan masuk ke dlm Dewan
Para Graduan mengisi tempat duduk. Elia duduk dibaris
pertama dkt dgn dinding (kanan)
Ibu Bapa  selesa di tempat duduk sementara
menanti bermulanya Majlis Konvesyen
MAAF - Xbnyk photo yg boleh diambil ketika di dlm dewan. Nnti kita pose kan gambar kat luar dewan yer...Tunggguuu..... (sbenarnya tidak dibenarkan utk mengambil gambar @ video ...curi2 je ni..hehe)

Tuesday, December 4, 2012

JejariRuncing & Konvo

Photo: Konvokesyen @ Uitm Shah Alam - 4/12/2012 
CONGRATULATION elia~!!

Sukar Nak Gambarkan Perasaan MakLady saat ini...

Hanya mereka yang dah lalui ... yang kini berada bersama sama di tempat ML berada
selama ni, pasti akan faham, Airmata jernih mengiringi walaupun sekadar airmata kegembiraan ...

Hanya mereka dan anak mereka bakal faham perasaan !

Berada di dewan yang indah serta bermakna ini, sedetik mengenang susah senang yang penah dilalui ...
Segala pahit manis menjadi lipatan sejarah. Segalanya kau harungi dgn tabah. Cekal dan kuat. Itulah Elia yang ku kenali. Tabah & Cekal. Walau apa juga yg datang, Keberkatan Ilahi, membawa kau sampai ke satu lagi kenangan indah hari ini.

SYUKURALHAMDULILLAH ~ Satu lagi tangga kejayaan didaki. Sebagai bukti ~ Segala usaha yang diberi sepanjang berada di manara gading kini terbalas. Inilah harapan insan yang amat mengharungi nya. Seiring doa dan harapan mereka yang mendorong...

Seikhlas doa bonda. Segalanya terbalas. Im Proud of You ~  ...
* THIS IS THE BEST advance BIRTHDAY GIFT for me*.


Congratulation  Elia ~ moga mampu memberi Impek Maksima pd adik adik yang lain. Alhamdulillah, if everything goes well,  dalam masa 2 tahun akan datang ~ diri mu bakal menerima segulung lagi tauliah kejayaan mampu digenggam erat... InsyaALLAH

Thursday, November 8, 2012

SePurnama Kehilangan mu

Assalamualaikum wahai rakan2 bloggers & blog reader....

Terima kasih kpd semua krn masih sudi berkunjung. Kpd Kawan2 yg berkunjung ke blog ML dalam seminggu dua ni pasti tertanya2.. what happened? xde entry ke? 
well... mcm yg telah ML nyatakan earlier, bukan dah x aktif ...
cuma ML sibuk sibukkkkkkkk sgt!! Ditambah plak dgn Lappy ML yg dok meragam minta diberi perhatian. hmmmm...

Ini baru ada kelapangan dan mood lappy ni mcm OK je skrg...
Almaklumlah....si Lappy ni pun pandai merajuk tau...
iskk iskkk...jgn la majuk Mr Lappy...

MakLady bukan lupa nk syg U..tpi ML dok cari idea nk menulis entry. Kira otak sejak dua menjak ni agak beku skit...hehehe..Tambah pula sejak selesai kenduri then dengan peristiwa keluarga yg memuramkan ML utk berkarya.

Kenapa leh jadi mcm tu....??
Mungkin ada yg dah pun tau mengenai berita pemergian ayahanda saudara ML yakni abah kpd blogger terkenal Mak Dara. Arwah PakTam kesayangan kami kembali kerahmatullah sebulan lalu, yakni pada 8hb October 2012 bersamaan hari Isnin. Ketika itu, ML dan anak ML yang sulong turut bersama keluarga semua berada di hospital Ampang dari awal pagi hingga la arwah menghembuskan nafas terakhir. ALFATIHAH....

* Bagi mrk yg tak tau tu, PakTam ni adalah bapa kepada sepupu kesayangan ML, yakni Mak Dara - pasti ramai yg kenal dgn blogger @ owner of Bicara Mak Dara.

Al Fatihah buat arwah PakTam
(gambar terakhir ML bergambar dgn arwah Pak Tam
& bonda  kpd Mak Dara @ Makcik Aa'  ketika majlis
perkahwinan anak sulong ML pd bulan Syawal lalu)
Sebenarnya bukan ML nk bangkitkan syahdu pd entry kali ni. tapi bila melihat akan gambar di atas, hati ML sayu kerana di saat inilah, kemesraan Arwah bersama kami boleh dikatakan sudah nmpka kelainan. Berbanding pada hari2 biasa sebelum ini. Keceriaan arwah terpancar diwajah dan so excited ketika berada dlm majlis tersebut. Sambil menikmati juadah dan bermesra dengan tetamu lain, arwah amat selesa. Menurut anak2 arwah lagi, selalunya bila hadiri majlis perkahwinan tidak pernah nk duduk lama. Pasti akan ajak balik cepat....Kebiasaan ketika di majlis kawin walupn saudara terdekat, mmg payahlah nk stay lama. Kdg2 lepas makan je , dah minta diri. Namun apa yg berlaku pd majlis tersebut amat berbeza. 

Mungkin inilah yg kita tak nmpak secara kasar. Setelah pemergian Arwah kini baru la kita sedari .... Mungkin juga ketika itu, Arwah telah pun ketahui akan takdir. Secara halus, melihat akan kerenah Arwah ketika hadiri majlis - ini lah suasana yg paling seronok yang penah beliau hadiri. 

Kebtulan majlis kenduri kahwin cucu sedara yg ditunggu2, buat Arwah teruja. Seblum majlis lagi, arwah ada beritahu ML yg dia teruja utk attend. Siap bagitau yang SEMUA keluarga akan hadir. Mmg seronok mood arwah masa tu. Bila diimbas kembali, menurut anak2 Pak Tam lagi, arwah begitu teruja utk hadiri majlis ini wlaupn saat utk ke majlis mereka sesat. Arwah seakan tidak sabar utk menghadiri. Mmg Sifat dan telatah arwah ketika menghadiri majlis ini, lain sekali. hmmmm...

Tiada siapa yg menduga, itulah kali terakhir arwah dapat bersama kluarga utk majlis sebegini. Sesungguhnya setelah apa yg berlaku, kenangan ini tidak mungkin dpat luput dlm ingatan ML. Masih terbayang wajah arwah - mmg nampka keriangan. So lively. Yang paling tak lupa bila ML sempat bertanya akan pandangan arwah mengenai majlis tersebut. Dengan nada yang bangga dan selesa, arwah melahirkan rasa puashati dengan persiapan majlis dan hidangan yang pd pandangan beliau - Sedap sgt!! " Ingat nk mintak tapau...." gurau arwah pd ML. Ya ALLAH! masih terdengar2 suara Pak Tam. Mmg sungguh seronok! Apa idaknya, Arwah ni mmg susah tau nk puji masakan. Sebb pada Arwah masakan isteri + bonda sahaja yg sedap!! Maksud ML taste tekak beliau. Klu dia kata SEDAP tu ..mmg sedap la tu! That's how he was...

Knowing him...ML tak mungkin lupa telatah Arwah ketika melahirkan rasa puashati dgn majlis. Sesungguhnya terdetik jugak dihati ML namun menganggap ianya satu kesyukuran bila tengok tetamu kita berpuashati dgn layanan dan majlis. Teruja sungguh Arwah...Sampaikan selepas saja kami bergambar ini, arwah beriya2 nk diperkenalkan dengan bapa pengantin. Almaklumlah dah bertahun2 lamanya mrk tak berjumpa. Maka lengkap la semua kenangan bersama Arwah semasa kunjungan arwah ke majlis tersebut.Dihari itu jugak la, merupakan majlis kahwin terakhir yang dihadiri sebelum beliau meninggalkan kita....

Pak Tam ...We Gonna Miss U ...Al Fatihah...


Sunday, September 16, 2012

Sejarah MALAYSIA

Logo Kemerdekaan 2012
Hari ini, 16hb September, kita rakyat Malaysia meraikan satu lagi tarikh keramat - Hari MALAYSIA.

Sebagai mengenang kembali sejarah wujudnya MALAYSIA, ramai mungkin tak tahu bahwa sebelum ini, kita hanya di highligh kan mengenai KEMERDEKAAN. 

Yerrr... Ketika itu, tanah bertuah ini hanya dikenali sebagai Malaya atau lebih dikenali dengan nama Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957. Terima Kasih kepada pemimpin pemimpin yang melepaskan kita dari jajahan!

Kemudian pada Ogos 1963, setelah 6 tahun MERDEKA! pembentukan MALAYSIA. Kemudian Sabah mendapat kemerdekaan dari British dan menyertaan MALAYSIA - 16hari selepas sambutan hari Merdeka di tahun 1963 diikuti oleh Sarawak. Maka pada hari ini (sejak 2 tahun lalu) kita turut meraikan Hari Malaysia disamping Hari Kemerdekaan. Sejak tarikh itu juga bendera Malaysia yang awalnya mempunyai 11 jalur dan 11 bucu bintang telah digantikan dengan JALUR GEMILANG


SEKARANG!
JALUR GEMILANG
1 MALAYSIA
Galur Gemilang - 13 garisan putih merah
dan 13 bucu bintang melambangkan
13 negeri dibawah pembentukan
MALAYSIA
DAHULU!
Bendera Malaysia selepas Merdeka
Bendera Malaya
dimana telah digunakan
sejak 31 Ogos 1957 dimana terdapat
11 jalur putih merah dan 11 bucu bintang
mewakili 11 negeri sebelum Sabah &
Sarawak merdeka dan menyertai
MALAYSIA
Sebagai Rakyat Jati Malaysia - ML bangga! Selamat Hari Malaysia ;)

Saturday, September 15, 2012

The Royal Fashion

ASSALAMUALAIKUM
Selamat Hari Malaysia - Selamat Berhari Minggu Semua

Sempena hari Cuti Khas ini, MakLady wat entry yang sempoiii...
mengenai lawatan Putera William dari Great Britain berserta Duchess of Cambridge
Tapi kali ni, nk kongsi tentang fesyen Diraja..

Fesyen dan Wanita tak mungkin dapat dipisahkan. Sesiapa pn tak terlepas .
Termasuklah Permaisuri dihati Prince William yang ensem ni, 
Kate Middleton atau Duchess of Cambridge....
Kate Middleton, Prince William
SAMA CANTIK SAMA PADAN: Pasangan diraja British ini sentiasa kelihatan secocok dengan pakaian yang
menarik. Yang pasti baik Putera William ataupun Kate selali mengenakan pakaian mengikut citarasa mereka
 melalui rekaan yg up-to-date oleh pereka tempatan mereka. 
Kalau Uol tengok fesyen beliau pasti setuju dengan ML bahwa
Kate mewarisi kejelitaan semulajadi dan hampir menyerupai
ciri ciri wanita sehebat Lady Diana, ibu Prince William.
Tidak keterlaluan bila ramai yang menyenangi penampilan beliau terutama
cara pemakaian dan keperibadian ketika di khalayak ramai, termasuk
pemah dilabelkan sebgai top 5 royalti yang mempunyai koleksi
pakaian yang terhebat di dunia. Itu belum masuk lagi koleksi hiasan
kepala atau topi beliau.....( sayang...ketika ke Malaysia, tak plak
digunakan topi sperti lazim sebelum ini...)

NAMUN BEGITU, KATE sempat mengabadikan koleksi beliau
ketika lawatan ke Kuala Lumpur baru2 ni.

ML sempat jgk jengah foto2 Kate dengan fesyen terkini...
Jom kita tengok my favourite 

My Fav Royal Fashion - No 1
Ketika kunjungan ke Kuala Lumpur baru2 ini, Putera William dan Kate
sempat mengadakan pertemuan bersama di majlis MINUM TEH di Kedutaan
British. Pakaian yang dikenakan sangat sesuai utk majlis. Bersantai tapi Elegan.
Mungkin itu tema nya. (pandai2 je ML ni..hehehe) Namun ML tertarik dengan
baju yang dipakai. So sweet bila Kate yang mengenakannya. Org kita kata,
kalau org yg pakai tu, CANTIK, pakai apa pun dia tetap cantik.... x gitu? ;)

Kate Middleton, Catherine, Duchess of Cambridge, Prince William
My Fav Royal Fashion - No 2
Walaupun Putera Raja sekali pun, etika berpakaian dan adat resam ssuatu agama harus diutamakan.
Disini kelihatan, Prince William menanggalkan kasut dan Kate dikenakan tudung kepala sebelum masing2
masuk ke pekarangan Mesjid Assyarikin @ KLCC. Dengan baju yang sebegini rasa ralat jugak jika ianya
dipakai secara "gown" tanpa memperlihatkan kaki ....

My Fav Royal Fashion - No 3
Kate mengenakan pakaian ini ketika lawatan ke HOSPIS. Siapa plak pereka fesyen beliau, tak plak dibagitahu. Sambil memberi sokongan moral dan membantu pesakit, Kate tak pernah jemu  mengulorkan sumbangan  Di Majlis itu juga, dia telah menyampaikan ucapan sulong ketika berada diluar negara. Ini adalah lawatan dan ucapan julung kali dilakukan oleh Duchess of Chambrigde.
 Prince William, Kate Middleton, Catherine, Duchess of Cambridge

THE BEST DRESS for the VISIT : Kate bergaya dengan rekaan pereka terkenal Britain, Alexander McQueen. This short-sleeved floor-length white gown featured delicate gold floral (berupa rekaan bunga kebangsaan Malaysia: Bungaraya (hibiscus flowers, the flower of Malaysia) disulam ke atas kain hampir keseluruhan. Tambah bersinar dan menyerlah bila seorang puteri raja yang memakainya.

All Photos : Credit to Google.com

Bila Princess Kate Bertudung..

Ketika rangka lawatan Duke & Duchess of Cambridge ke Kuala Lumpur, mereka telah melawat Mesjid Assyarikin di KLCC. Menurut isitiadat dan peraturan tertentu, mereka diharuskan menanggalkan kasut dan menggenakan pakaian yang bersesuaian utk melawat sekitar mesjid. Dengan "sporting" nya keduanya telah melaksanakan lawatan dengan jaya dan lancar. Kelihatan Putera William tanpa kasut dan Kate berkaki ayam ketika melawat kawasan mesjid. Ketika itu jgk, Kate mengenakan tudung kepala utk menutup sebahagian kepala dan rambut beliau.(Pasti lebih sempurna jika Kate berbaju labuh ketika itu) Namun, korg lihatlah sendiri, betapa comel nya Kate ketika bertudung disamping puteranya.
Juz imagine kalau Duchess of Cambridge ni bertudung sebegini ...She looks so sweet and adorable. what do u think ? ;))
The Royal Couple Visited the Assyakirin Mosque near KLCC, yesterday.
Catherine, Duchess of Cambridge and Prince William, Duke of Cambridge visit Assyakirin Mosque
Earlier the Prince and Princess took off their shoes and she covered up in a veil 
Duchess of Cambridge
The Duchess of  Cambridge - adorable sweet Kate
Kate middleton visits mosque
Cantik Menawan! bila Princess Kate bertudung...
teringat ML pada Princess Diana...  
All photo: Credit to Google.com

Monday, September 3, 2012

MakDara Sambut Pengantin...

Selesai sudah perkahwinan anak MakLady minggu lepas. Sehari selepas majlis, MakLady dan anakberanak telah berkunjung ke rumah sepupu ML yg amat rapat dgn ML. Sapa lagi klu bukan MakDara!! Kunjungan beraya dan mmperkenalkan ahli baru keluarga MakLady kpd sedara mara merupakan amalan biasa dikalangan pengantin baru. Namun, kunjungan kali ini lebih bermakna kerana inilah kluarga yg pertama ML kunjung sjak raya.... hmmm sebelum ni sibuk dgn majlis sampai raya pn x sempat nak berkunjung...

Kami tiba petang tu dengan 2 hajat. Satu adalah utk membawa pengantin dan kedua adalah untuk memulangkan bekas hantaran yg telah dipinjamkan utk majlis tempuhari. Adatlah...klu kenduri kahwin pasti ada barang yg digunapakai dari koleksi sedara mara. Bak kata org - sambil selam minum air. Sambil beraya rumah MakDara kami pn singgah sebentar ke rumah mak sedara yg terletak selang 2, 3 rumah dari rumah MakDara. Sebenarnya xde nya istilah Sebentar or sekejap klu brada di rumah spupu dan mak sedara ML ni..!! Pasti lama nya hinggap!! Seronok dgn celoteh kluarga D'Adza....

InsyaALLAH kami akan ke rumah makcik ML ni lagi, dalam masa terdekat seblum menantu ML berangkat pulang awal September nanti. Sememangnya anak2 ML mmg senang dgn keluarga D'Adza, terutama MakDara dan anak2 MakDara. Anak ML pn amat rapat dgn all the uncle and aunties. But most of all, the love to visit Maktok Aa' & TokTam...  :) They're very close with the Adza's and the kids

MakLady : Love them so dearly.Muaaahhh.. :))
 ...

Saturday, August 25, 2012

Walimatul Urus

Assalamualaikum ...
Selamat Kembali ke Blog kesayangan MakLady ni...

Salam Syawal :)
Selamat Berpuasa Enam!
MakLady mohon maaf zahir batin
atas segala khilaf sedar maupn tidak...

Maaf juga dipohon kerana dah lama dah tak update entry...
Bukan sengaja cuma tak berkesempatan Uolz..

Ini adalah berikutan dengan kesibukan MakLady
sempena Majlis Pernikahan Puteri MakLady
pada hari raya ke 7 bersamaan 7 Syawal ...

Mohon doa agar kedua mempelai hidup aman damai dan berkasih sayang
sepanjang masa. Dapat mengharungi kehidupan yang bahagia hingga ke hujung nyawa.
Aminnn...aminrabbilalamin...

Thursday, June 7, 2012

An Evening To Remember

My Dear Ladies,
Firstly, ML would love to THANK my darlings BFF for making OUR Day & Sheena's Bday celebration, a memorable one. Eventhoug it has been more than a month old event, but it seems like yesterday!

Meeting all of them again, was awesome. We had a great time that evening. Seperti biasa ML & S arrived tepat pada masa. Beside being the host of the event, S was excited but cool - waiting for others to come. Sebenarnya kata S, kali ni dia invite kami ber3 je... OH REALLY ? Terharu nya...I guess, that was her wish for wanting to spent some time wt us on that special day.

S sent text a few day before, to ML CT, CL and asked us to meet her at this place. Mulanya, ML a bit confused. Dia tak ckp bnyk pasal venue pertemuan ktorg kali ni. Cuma S gave the address in the text but still I have no idea "where" the place was, until the day itself.

Mcm janji Mat Salleh .... S and I sampai dulu! Then came along CT. Best giler masa jumpa CT. eWe hug n *muaah* pp. Nice of CT to bring her " Kek Sandwich" for S.  It was supposed to be S's bday celebration too...huhuhu What else to expect on these SPECIAL DAY - happy Birthday S, Happy Mom's day to ML, CT, CL and S..

What made the day so special? 
We Are So thankful to ALLAH bcoz after so many years, we managed to keep in touch and meet up again. We seems to be the same old DSS students of UITM Pahang! It was an awesome experience recalled our memory lane over dinner. THANKS Ladies!! :) - 7/6/12







Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]