WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label AL FATIHAH. Show all posts
Showing posts with label AL FATIHAH. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

MH17 : Jenazah di bawa pulang

MH17 : Perjalanan Pulang.
Amsterdam, Holland.

Jenazah mangsa MH17 bakal dibawa pulang ke negara asal mulai hari ini.

Pendaratan pesawat tentera, bersama 40 keranda yang tiba dari Ukraine memulakan upacara penghormatan pertama sejak tragedi yang meragut 298 penumpang dan anak kapal genap seminggu lalu.

Sebaik sahaja keranda pertama dikeluarkan dari pesawat, suasana pilu dan sepi menyelebungi Lapangan Terbang Tentera Eindhoven di Holland itu. Sepi sayu. Hanya kedengaran bunyi kibaran bendera separuh tiang, bertiup seolah memberi tabik hormat..

Keluarga dan waris berada di sana untuk mengiringi jenazah terutama warga Belanda yang majoriti rakyat nya berada dalam pesawat MH17 ketika ditembak jatuh.

Turut bersama mereka adalah kerabat Di Raja Belanda, Raja Williem Alexander dan Pemaisuri Maxima. Seluruh dunia turut berkabung dengan peristiwa malang dalam sejarah penerbangan Malaysia selepas MH370 ini.

Malah wakil kenamaan dari luar negara termasuk Perdana Menteri, Mark Rutte turut hadir memberi penghormatan sebelum jenazah mangsa dibawa untuk proses pengenalian identiti mangsa oleh pakar forensik. Difahamkan, hanya selepas ini baru jenazah akan diserahkan kepada waris dan keluarga untuk disempurnakan.

Kerajaan Belanda juga menyistiharkan hari ini sebagai Cuti Peringatan Negara - BERKABUNG tanda hormat dan sayu mengenang peristiwa hitam yang menimpa penumpang MH17 termasuk 193 warga Belanda yang terkorban. Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17hb Julai lalu namun menamatkan perjalanan di sebuah daerah yang bergolak di Ukraine. Malang bagi MH17 atas takdir bila,  berada di tempat dan masa yang SALAH.

Sementara di Malaysia :
Kami rakyat Malaysia turut berduka atas kehilangan warga MH17 dan penumpang. Keluarga dan sahabat masih bersedih atas dugaan ini. Namun, hidup harus diteruskan. Kami, as MALAYSIAN tetap percaya pada keharmonian sejagat,  mengutuk dengan keras tindakan mereka yang menembak jatuh pengangkutan awam atas nama sengketa. Sedangkan perkara sedemikian telah menglibatkan nyawa insan yang tak berdosa !

Namun, kehilangan kami tidak mampu dibayar kerana nyawa yang hilang tidak mungkin ada galang ganti nya...

Kami tetap menanti di sini. Redha menyambut kepulangan insan terpilih - MH17 dalam kenangan.

MH17 : Dalam Kenangan

Al Fatihah ..
Takziah buat Ahli Keluarga, 
Sahabat handai, Teman sekerja,
Rakan dan Crew MAS serta semua yang mengenali mereka.


Damai Lah Di Sana.
*credit photo : Malaysian Airlines System*

Wednesday, July 23, 2014

17 Julai : MH17 terhempas. MH370 Masih Hilang !

Hampir Seminggu lalu....
Sekali Lagi....
Negara dan seluruh dunia berkabung. 

Salam Takziah dan AL Fatihah bagi mengenang MH17 dan para penumpang yang terkorban dalam kejadian pada malam 17hb Julai lalu. 
Tak de siapa antara kita yang menduga.
Tragis melibatkan pesawat MAS sekali lagi,
merobek hati insan tersayang sekaligus
 mengheret konflik perang antara 2 kuasa.
Ketika rakyat Malaysia dan seluruh dunia, masih tidak mampu untuk memikirkan nasib mangsa MH370, kita diuji pula dengan tragedi MH17. Secara jujur nya, ML percaya, ramai yang masih trauma sejak MH370 "hilang". Kini, ditambah pula dengan rasa yang bercampur haru-biru, takkala menerima berita di malam kejadian. ML masih berpinga2 dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, ML ingin saja SEMUA INI adalah Mimpi semata mata. Terlalu sayu untuk membawa diri dalam situasi sehebat ini lagi rasanya. Sesungguhnya, segala kedukaan yang dirasai dalam sehari dua ini, sejak berita kematian demi kematian diterima. ML tidak mampu menzahirkan rasa sedih dan kata2 dengan apa yang berlaku. Apa ntah lagi ahli keluarga mangsa.....?? Tak dapat ML bayangkan...... :(( bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa yang terpaksa lalui semua ini? Ya ALLAH, KAU MAHA MENGETAHUI....

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan ahli keluarga dan sahabat, bukan sesuatu yang mampu ditanggung atau dilenyapkan dalam sekelip mata. Malah setiap insan yang ditinggalkan, akan sentiasa mengalami kemurungan dalam mengenang mereka yang terkorban dengan cara mereka tersendiri. Rasa sedih? itu sudah pasti namun ANDA tidak bersendrian....  

Ketika mendapat tahu tentang MH17 pada malam Jumaat itu, ML langsung terfikirkan nasib penumpang dari rakyat Malaysia dan kakitangan MAS yang berada di awan biru bertugas. Walaupun ML tidak mengenali mereka ini secara dekat tapi sebgai MALAYSIAN - ML bersimpati dan  tetap memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan, sahabat, kenalan kerja, teman rapat crew MAS dan rakyat Malaysia yang berada di tempat dan masa yang SALAH pada petang yang malang itu. 

 My deepest sympathy also goes to the family and friends of ALL (foreigners) passengers onboard MH17. Sebagai tanda sokongan moral dan emosi dengan apa yang berlaku, kepada pembaca ML, ingin disarankan agar kalian sedekah kan doa dan tafakul untuk crew dan penumpang MH17.  Walaupun sekadar ucap Takziah kepada mereka yang tercalit dengan kejadian malang ini, sekurang-kurangnya mampu memberi kekuatan untuk mereka teruskan kehidupan.

Sehingga kini, perkembangan rundingan antara kerajaan dengan pihak di sana tu, masih berjalan. Penglibatan kerajaan Malaysia dan negara yang berkepentingan, untuk membawa pulang mayat mangsa ke negara masing2 amat diharapkn. Sebagai yang beragama Islam, kematian itu PASTI dan menerima dugaan ini dengan redha disamping menyempurnakan jasad dengan segara diharuskan. Oleh itu, marilah kita mendoakan agar segala usaha dipermudahkanNya. Aaminnn....

*Kepada jenazah rakyat Malaysia dan yang beragama Islam, disertakaan doa dan AL FATIHAH. 

Saturday, July 5, 2014

Al Fatihah : Dato Sharifah Aini


Semasa MakLady menonton pasukan kesayangan Germany beraksi di Piala Dunia tempohari, tetiba dikejutkan berita Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar telah kembali kerahmatullah pada jam 1.32 pagi di sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru paru ketika berusia 61 tahun. AL FATIHAH. Moga roh arwah sentiasa dipelihara dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Di fahamkan arwah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari sebelum itu, telah disahkan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lepas. Arwah di bawa ke hospital oleh anak lelaki tunggal Alif Omar Ali,  setelah menghadapi kesukaran bernafas. 

Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain yang merawat beliau berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.

MasyaAllah .. begitu berat dugaan yang di tanggung arwah namun tiada siapa yang tahu, termasuk peminat dan rakan2 artis. Sejurus pemergian arwah di bulan Ramadan adalah RahmatNya keatas hambaNya yang telah berkorban masa, tenaga dalam bidang seni. Jasa mu di kenang sepanjang hayat. 

Malaysia Insider

Sesungguhnya, arwah Dato Sharifah Aini telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara sebagai gelaran tertinggi negara terhadap pengiat seni wanita untuk menghargai sumbangannya dalam bidang nyanyian dan murtabatkan muzik rakyat dan negara. Penyanyi era 70'an yang telah merekodkan beratus ratus lagu dan juga album mengatasi penyanyi tanahair sepanjang zaman. Arwah yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi setelah memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu "Tiga Malam" pada 1968, telah diberi gelaran "DATUK' daripada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan bakti yang dilaburkan demi industri musik. 

Thursday, May 29, 2014

AL FATIHAH....


Assalamualaikum.
 ALFATIHAH. 

Mengiringi pemergian ahli keluarga D'Adza - suami kpd Adza Irdawati Adenan (adik sepupu saya) yakni arwah Martias Mohd Ali (46tahun)  yang telah kembali kerahmatullah pd pkul 10.43mlm di hospital Ampang akibat penyakit barah darah pada kelinjar (stage 4). 

 Mohon dipanjangkan doa agar dicucuri rahmatNya, keatas roh arwahyarham. 
Sempurna dan permudahkan perjalanan akhirnya.
Ya Allah, Kau tempatkan arwah bersama2
 mrk2 yg beriman dan janjikan lah Jannah Mu.
Aaaminn

Sunday, January 2, 2011

Aku kehilangan mu... ALFATIHAH..... ;(

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEtQpEWC9uPQJ_k69FoIeqJJxEnRxUXuULRRzxX3NS4ngP4sNdpTCZCXzyWxtKQuyIizInNIPx4rNrje8csadQj9QP9rmoAb8MKmeVAcJ0C-HXchSEaqGglQrZ0BwuQrxHQIPb-XpLXYU/s1600/siti+dan+faizal.jpg

Masaa LN kat Sunway Lagoon, kira2 jam 2.30tghari, my girl dpt SMS dari FB, membawa berita yg agak mengejutkan!! Juz imagine, masa tu kami dlm mood happy dgn family..sedangkan ada insan yg tengah berduka. THATz LIFE kan...!! Ada suka duka silih berganti.

Kedukaan menyelebungi suasana di kala ....Berita kembalinya actor Faizal kerahmatullah amat memeranjatkan LN!! Rasa baru je semalam tgk arwah berlakun dlm drama slot petang TIRAMISU !! Mmg xsangka! Actor yg semuda 33 tahun ini "pergi" dgn mengejut. Xde warning! Xde kata terakhir....

Yg leganya - Arwah menghembuskan nafas terakhir di samping isteri tercinta dihospital 

Seblum itu, serangan sakit dada telah bermula di rumah. Arwah ttiba pengsan & terjatuh di dlm bilikair. Melihat keadaan arwah yg pengsan. abgnya telah membawa arwah utk dapatkan rawatan di hospital. Pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa punca sakit adalah dari masalah salur injap jantung yg tersumbat. Wlupn pd mulanya keadaan tidak kritikal, Namun AJAL MAUT REZEKI JODOH PERTEMUAN ~ di tangan ALLAH. ~ akhirnya arwah disahkan meninggal dunia...

Airmata Tragis menyambut 2011..  ;((
Ya ALLAH berat sayu hati bila mengenangkan mereka2 yg arwah tinggalkan... Seorang ISTERI yg kini hamil 5 bulan , zuriat mrk yg akan lahir dan anak lelaki bersama bekas isteri Nana! Turut merasa kehilangan arwah termasuk bekas isteri Nana sendiri. Dimana bbrapa hari sebelum kematian nya, arwah telah menelefon Nana utk berbual dgn anak mrk. Arwah trut berpesan kpd anak lelaki mrk agar menjaga ibu (Nana) dgn baik. Menurut Nana lagi, itulah pesanan terakhir yg didengar melalui pembesar suara di telepon bimbit dan merasa aneh sikap arwah.tika itu. Nana x sangka bahwa itulah panggilan terakhir arwah utk anak nya.

Sape sangka! Dlm usia 33 tahun, actor kacak, macho, slamber, versatile ~ Faizal ~ telah kembali kerahmatullah... Actually, klu ikutkan usia~ he's too young to Die. But what can we do & say~~~ dh sampai masa nye, Allah lebih menyayanginya. Arwah tinggalkan kita smua dgn kenangan dari drama2 yg pernah arwah lakukan..Redha ats apa yg berlaku !!! Namun LN rasakan "kehilangan" yg amat ! sepertinya hilang bintang yg menyinari malam., bintang yg tak mungkin berkelip lagi..
 FAIZAL..sinarmu tak mgkin ku intai lagi... 
Ku izinkan kau pergi bersama lagu ini...

ALFATIHAH.....
dari jauh LN sedekahkan utk arwah Faizal agar Rohnya, ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan dimuliakan disisi ALLAH swt.. InsyaALLAH...AMMIINN
WASALAM

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]