WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label My Dear Lady. Show all posts
Showing posts with label My Dear Lady. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

The Starfish & Shells Story

She Sells SeaShells by the SeaShore...
Sebut betul betul...

Pasti berbelit lidah nak menyebut nya
tapi tidak sepayah mana sebutan jika
nak dibandingkan dengan story pasal Shells ini...

Kisah menarik ini, MakLady kongsi sebab beranggapan - hobi yang unik bukan sahaja mendatang kebahagiaan jiwa ianya juga mampu membuka minda orang sekeliling. Setiap kita memiliki hobi untuk mengisi masa lapang. Bagaimana kita meluangkan masa melayan hobi itu, yang menarik minat MakLady tertarik untuk bercerita kali ni.
SeaShells yang MakLady dapat temui ketika di Labuan.
Ianya sesuatu yang jarang2 kita dapat jumpa.
Koleksi siput dan tapak sulaiman yang mengisi
ruang tamu salah seorang peminat tegar..
 Hanya Di Labuan!
Kesempatan melawat Labuan baru2 ini telah menemukan MakLady dengan seorang wanita gigih yg minat mengumpul kulit siput serta kerang, tapak sulaiman sebagai hobi dan koleksi beliau.
Frankly, ML sangat teruja dengan koleksi berbagai jenis siput laut dan tapak sulaiman yang dihiasi di ruang tamu rumah beliau, Bukan sahaja, ianya jarang2 sekali ML temui malah pengkongsian cerita tentang kepayahan untuk mencari dan mengumpul siput dan tapak sulaiman memang jarang ML dengar! Bukan satu dua ratus tapi beribu-ribu lemon banyaknya !! 

KOLEKSI SIPUT yang dapat dikumpulkan oleh
tuanrumah menjadi tarikan pengunjung dan
rakan rakan beliau. MakLady respek dengan
ketekunan dan kesabaran beliau menyimpan
dan menyusun siput2 sebegini rupa...
Bak kata pepatah Inggeris : Seeing Is Believing. Anda tengoklah sendiri, koleksi didalam rumah beliau. Bayangkan, kepayahan mengumpul, membersih dan memelihara siput dan tapak sulaiman ini pun dah buat MakLady rasa kagum.  Apa tidaknya? Kecantikan dan keunikan hidupan laut yang luarbiasa ini perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum di keringkan berhari hari. Ada yang makan berbulan! Selepas itu, baru diwarnakan sebegitu rupa sebelum dijemur berhari hari lagi hinggalah dapat disimpan di dalam bekas seperti yang dipamerkan (lihat photo di bawah ni..) MakLady sendiri ternganga mendengar - Nasib baik lalat tak hinggap..!! 

Kenapa MakLady kata luarbiasa?

Kerana jarang sekali kita boleh jumpa koleksi siput dari spesis yang berbeza seperti ini. Sesungguhnya, Puan adalah seorang wanita yang mempunyai minat yang mendalam serta daya kreatif yang tinggi. Bukan calang-calang orang mampu punya kesabaran untuk memelihara hobi ini, MakLady tabik spring ganda dua kepada pemilik/peminat Siput & Starfish yang tegar ini. Tahniah! 

Diharap selepas ini ada diantara pembaca blog ini, akan mendapat ilham untuk mencari hobi yang jarang jarang diterokai. Siapa tahu, anda mungkin mampu menjadikan aktiviti sebegini dikagumi oleh orang lain di luar sana. Kepada puan @ TUAN RUMAH - Terima kasih banyak kerana sudi menerima kunjungan serta bercerita mengenai hobi yang sangat unik ini. :)) 

Wednesday, October 15, 2014

PETUA : Cara mudah Menghindarkan Daki di badan

Bedak Nyonya 

Bedak Nyonya ? ingat lagi kan... cerita ML pada entry sebelum ini : Petua Wajah Bersih Berseri . Bedak yang masih ada permintaan ini, mudah didapati. Sebenarnya, selain dari bedak asas, ianya juga digunakan dirumah sebagai bahan lulur.

Tapi macam mana pulak bedak (terutama yang warna putih) tu, dijadikan lulur badan. Bukan ke lulur biasa nya berbentuk cecair yang dicampur dengan rempah ratus maupun bahan asli yang lain.

Haaa... percaya tak kalau ML kata, bedak nyonya ini pun mampu menghilangkan kotoran terutama daki degil dan sel kulit mati yang terdapat pada tubuh kita. Selalunya kalau kita sental dengan sabun pun belum tentu segala kotoran degil hilang. Tapi dengan lulur yang MakLady dapat dari petua orang tua-tua dulu..hasilnya memuakan.

Nak cuba tak petua Lulur MakLady? ..*waaahhh.. siap bagi nama pulak hehe*

Mari MakLady terangkan cara menyediakan ramuan bedak (lulur) untuk tujuan menghilangkan kotoran degil (daki) di badan  :

Bahan bahan yang diperlukan:
1. Bedak Nyonya asli (warna putih)
2. Segenggam Asam Jawa
3. Sebiji limau purut (jika perlu)
4.  Air anggaran setengah gelas atau secukupnya

Cara penyediaan :
1.  Asam jawa dicampur air dan diasingkan biji nya. Tambah air agar sederhana pekat.
2.  Perahkan air limau purut dan gaul rata. 
3. Dapatkan serbuk bedak dari bedak Nyonya (kikis bedak menggunakan pisau) dan campurkan dalam bancuhan air asam jawa tadi. *Perhatian : Bahan lulur akan mengeluarkan buih halus*
4. Dengan menggunakan jari, sapu bahan lulur tadi ke anggota badan termasuk kawasan yang berlipat seperti di lengan, siku, tengkuk. Gosok rata agar bahan seluruh badan.
5.  Biarkan lulur itu kering di badan selama 10-15minit, kemudian gosok saki baki yang ada,
6.  Bilas dengan air suam. 

*Seelok-eloknya langkah 4. 5 & 6 dilakukan di bilik air, Jangan gunakan sabun jika ingin terus mandi seperti biasa*

Amalkan petua ini, sekurangnya 2 minggu sekali. InsyaALLAH anda boleh rasa kulit anda lebih  lembut dan bersih serta nyah daki. Amat sesuai untuk anak yang bersekolah. Langkah ke 5 kurangkan dalam 5-10minit  :) 

P/S : Selamat Mencuba 

Tuesday, October 14, 2014

Petua Wajah Bersih Berseri

Selamat datang ke laman PETUA MakLady.

Pasti ramai yang kenal dengan BEDAK SEJUK. Produk asli yang mampu dibuat sendiri, untuk jaga wajah dan kulit. Petua ini sebenarnya dari arwah Nenek MakLady, yang diamalkan kepada mak dan makcik MakLady lagi. Dalam family kami, rupanya petua penjagaan kulit wajah ini telah lama digunakan sebagai bedak asas kala itu. Ternyata bedak sejuk punya banyak menafaat yang jarang2 orang tahu.

Seingat MakLady lah... sejak kanak2 lagi, bedak sejuk ni ditempek ke muka MakLady oleh mak bila siang hari. Especially lepas mandi. Kata mak, agar kulit sejuk. Tambah pula, bedak sejuk ini, mampu menjaga kulit dari dalam. Maka bertempek lah muka MakLady dan adik2 masa tu. Putih melepak.. 

Masih ML ingat, waktu pulang bercuti ke kampong, senario di mana muka sepupu dan makcik2 MakLady di kampong akan kelihatan "comot" dengan bedak sejuk. Hakikatnya mereka mengamalkan berterusan pemakaian bedak sejuk ini sejak bayi lagi dan diturunkan kepada anak pinak mereka.

Dan hasilnya, wajah mereka bersih. Tanpa masalah kulit maupun geragat. Ada dikalangan mereka ini, masih berwajah "awet muda" walaupun sudah lanjut usia. - Mungkin kah inilah RAHSIA kecantikan semula jadi orang dulu2? - Allahualam. 
Tepung yang dikisar halus dibentuk
bagai ketulan dan titisan bedak sejuk.
Lepas tu, proses menjemur dijalankan.
Daun pandan, bunga ros, bunga melor
 dicampurkan utk kekal haruman wangi.

Tapi yang pasti, bedak sejuk yang diperbuat dari bahan asli tanpa menggunakan bahan kimia, mampu membantu mengatasi masalah kulit muka yang berjerawat dan bergeragat. So tak perlu risau, kepada anda yang berkulit sensitif boleh guna tanpa was-was. Pendekata, Semua jenis kulit boleh guna! Bukan itu saja, dapat jugak menghilangkan daki dan kulit mati jika digunakan dengan kerap. Sebab itulah bedak asas ini dijadikan petua penjagaan wajah hingga ke hari ini.

Bedak sejuk selamat digunakan sekerap mungkin sebab tiada bahan kimia malah mudah disediakan jika bercadang untuk buat sendiri. Bukan susah sangat. Pernah la jugak nenek MakLady turunkan "demo cara buat bedak sejuk". Cuma, ML ingat2 lupa jer.. huhu..

Pesan arwah Nenek, beras untuk bedak sejuk ini harus dibersihkan dan direndam. Kemudian dikisar halus dengan batu mengisar atau batu penggiling. Tahu tak apa itu batu pengisar atau pengiling ini? Yeaa laa.., dulu mana ada blender ! So kita guna benda ni....
Inilah rupanya Batu Pengisar (Kiri) dan
 Batu Lesung (Kanan)
KREDIT: Google Search
Bila tepung beras dah halus dan ditambah dengan air mawar maka, proses membentuk bedak sejuk pun dilakukan. Yang basic, nenek selalu buat yang rupa bebijik-bijik. Semasa itu juga, bedak sejuk itu dijemur bersama daun pandan yang dipotong kecik, bunga ros maupun bunga melor agar bau tepung beras itu tidak merosakkan haruman bedak sejuk tadi. Lagipun bila ditempek ke muka takde la sangat bau tepung tu sangat..... hhmmm bijak kan orang dulu2 ;))
Ramuan yang dikisar dimasukkan dalam
daun jambu batu dan dibiarkan menitik
diatas daun pisang. setelah beku sediki
ianya dijemur hingga menjadi keras.
Telah terbukti... Rahsia BEDAK SEJUK !
Muka tetap bersih terpelihara tanpa jerawat. Selain dari jerawat gatal sebulan sekali tu jer ... adalah kebaikan menggunakan bahan semulajadi yang mampu menjagaan kulit muka kita. Disamping mengekalkan tradisi lama nenek moyang, ML harap bedak sejuk ini nanti menjadi amalan tradisi dari anak ke cucu MakLady - InsyaALLAH

Selain dari bedak sejuk ini, ada lagi satu lagi bedak asas yang MakLady amalkan sejak remaja lagi. Tak dinafikan, harga nya memang murah tapi kebaikannya serupa bedak sejuk. Cuma ianya diproses lebih halus dan terbentuk dalam bekas yang lebih mudah dibawa. Pada MakLady, tidak perlu menggunakan produk yang mahal dan berjenama cukup sekadar bedak Nyonya ini...(lebih popular dengan panggilan Bedak Nyonya - sebab muka depan kotak ada gambar Nyonya dan datang nya dari negara China, agaknya )
Pernah tengok jenama bedak
asas yang mempunyai fungsi
yang sama macam bedak sejuk??

ANDA kat luar sana pun boleh cuba pakai bedak sejuk, especially dalam cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Selain memelihara kulit wajah, bedak sejuk ini bakal kekal sebagai bedak asas semulajadi yang punya banyak rahsia tersembunyi....

SELAMAT MENCUBA :)

Monday, October 13, 2014

Anugerah : Gelaran Baru

InsyaALLAH...

Gelaran baru untuk MakLady !

"Gelaran apa ni, MakLady?"
tanya seorang rakan blogger..

"MakLady dah jumpa Dato ke?
... dah nak jadi Datin ke??"
si comey lotey terus meneka.

"Ssyyy....Bersangka Baik...
Jangan Gossip! ..." terus menyangkal

"Habis tu, MakLady?"
si bertanya macam tak puashati jer.
Terpaksa la MakLady berterus terang...

"Bukan nak jadi Datin, lerrr... tapi nak jadi Nani!!
panggilan Nenek buat bakal cucu MakLady laaaa"

"OooOoooOoooo"
kami berdua tergelak

"Lepas ni boleh lah MakLady cari Datuk pulak ??"
dia mengusik lagi...

"Isssskkk kamu niiii... "
~ kannn dah kena sekel..... :p


Sunday, July 6, 2014

Ramadan Jangan Pergi

Tonton Ramadan Jangan Pergi Full Episode
Credit to : Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum

Sudah seminggu kita berpuasa kan. Hari hari menjalani ibadah dengan berbagai aktiviti. MakLady harap Ramadan kali ni lebih bermakna dalam erti sebenar. Macam Ramadan yang lepas2 kita di uji dengan niat menguatkan iman sesama kita. MakLady percaya uol pasti lalui Ramadan yang barakah dengan penuh redha . Selamat Berpuasa Uol :).

Bercakap pasal RAMADAN. MakLady ingin berkongsi dengan pembaca tentang drama terbaru slot Samarinda (TV3) yang mengisi Ramadan kali ini. Drama yang MakLady maksudkan adalah Ramadan Jangan Pergi. Siapa ikuti drama ni, sila komen kat bawah nanti yer... hehe

Bukan apa, MakLady dapat tahu pun dari kawan2 yang kecoh bercerita pasal cerita ini. Ramai juga lah yang geram dengan watak2 yang mencabar kesabaran dibulan mulia ni. Adusshh..nasib baik drama ni bersiaran jam 10 malam ( setiap Selasa hingga Khamis ) - selepas berbuka kalau tak mahu ramai yang hilang pahala puasa :) 

Pertama kali MakLady tonton drama ini via Tonton.com , hati MakLady rasa terpanggil untuk terus melekat di depan screen. Tak dinafikan, ianya seolah memberi tamparan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atas apa yang harus dipertanggungjawabkan. Pengajaran yang ingin disampaikan sudah mula terkesan dalam pengenalan episod. 

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, tidak berfikiran panjang lazimnya membawa kepada sifat2 yang tidak menguntungkan ini, Sikap negatif begini sering di bawa masuk ke dalam watak agar lebih dramatik. Selain untuk memberi pengajaran, ianya juga untuk menyedarkan masyarakat bahawa drama2 masakini, SEBENARNYA, mencerminkan kehidupan yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Tak kira di mana, bila bila masa walaupun dibulan yang penuh berkat seperti Ramadan ...

Sememangnya sekarang, banyak drama yang berusaha memperlihatkan isian rohaniah dan jasmaniah dalam kehidupan seharian. Apa yang baik jadi tauladan dan yang buruknya kita jauhi. Tambah pula di bulan yang penuh hikmahNya membawa penonton menghayati kisah rumahtangga dan kekeluargaan dalam Ramadan Jangan Pergi.  

MakLady tonton sendiri pun geram dengan watak suami yang JAHAT. Dalam ertikata, selain dari gagal berfungsi sebagai ketua keluarga, dia abaikan tanggungjawa. Sanggup mendera mental dan fizikal isteri yang telah berkorban selama ini demi cinta. Dengan alasan, perkahwinan di usia muda dan tidak direstui keluarga, si suami dalam sekelip mata berubah hati. Setelah pengorbanan demi cinta, si isteri diceraikan dengan memberi berbagai alasan. Paling tragis bila diceraikan melalui nota ringkas. Hmmm..Sooo typical drama kehidupan MasaKini 

Tambah geram bila ada pulak watak lain yang menjadi batu api dalam hubungan mereka. Lakonan mantap Sheila Rusly selaku ibu kepada Firdaus Rahman (pelakon utama) patut dipuji. Memang sesuai watak ibu yang tidak merestui perkahwinan anak nya. Cuba menjodohkan semula anak lelaki dengan pilihan sendiri. Yezzaa.. mak mertua yang tak boleh terima jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH swt. Masih berusaha untuk merosakkan rumahtangga anaknya walaupun sudah bercucu ! 

Cian tapi MakLady ada kalanya rimas dengan watak isteri (Siti Saleha) yang tabah dan sabar. Macam tak kena tempat. Dah la diberi layanan buruk dari suami dan mak mertua. Ada pulak nasi tambah! Si Nadia, gadis buah hati suami yang kurang bijak tapi berlagak hebat sering mengerohkan rumahtangga mereka. Addusshh..mau sakit dada dibuat nya. 

Makin teruk bila selama berkahwin , si isteri sanggup berkorban wang ringgit untuk sara keluarga. Tapi sering diperasugut untuk diapat kan duit belanja hasil isteri. Yang tak boleh blah, bila dah berpisah pun si suami ni masih lagi meminta duit ! oh my heart - gerammmmm tak sudah ! :P

Sebab itu lah rasanya, kawan2 MakLady rasa drama Ramadan Jangan Pergi ini, terlalu dekat di hati mereka. Ada pulak yang nak jadi director, ada yang nak jadi scriptwriter baru bila tonton drama ni.. haha haha.. 

Kalau Uolz pun nak join sama dalam menguji bakat untuk jadi pengarah "syok sendiri" , boleh la nantikan siaran drama ni setiap hari kat TV3 jam 10 malam. Pasti tak duduk diam - geram. marah, sakit hati dengan watak suami yang ....... eeeeeeee...gerammmm sungguhhh MakLady..


Sinopsis Ramadan Jangan Pergi..

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Friday, May 2, 2014

Al Fatihah ~ Ku Panjangkan Doa Dirimu

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



AL FATIHAH
Setelah 4 Purnama pemergian mu..

I Miss You dearly...
Moga Allah sentiasa memberi rahmatNya
kepada mu. Bahgia mu di sana. Kami sentiasa
mendoakan kesejahteraan mu di sisi ALLAH
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

~ Amin ~

Sunday, April 6, 2014

Tukar tayar : Tyre Goodyear

Minggu lepas MakLady sibuk sesangat. Musim cuti sekolah nya lagi. Jemputan Kenduri sana sini lagi. Hal anak anak lagi..
Segalanya rezeki MakLady. Alhamdulillah ...
Cuma sebelum aktiviti langsung, ML risau gak sbb yg nak bawa ML ke hulu hilir ni... mcm meminta diberi perhatian.
Sape lagi klu bukan MyLady kita ni ! Selama ML dok guna khidmat MyLady ni, tiap bulan - hantar pi servis termasuk beri perhatian pd aspek keselamatan ML dan family. MyLady ni banyak berjasa. Sebab tu kena jaga dia baik2. Nanti klu dia majuk, payah nak pujuk... :))
Jadi apa salahnya, time time mcm skrg ni, ML korbankan rezeki sikit utk keselesaan MyLady:))
So, kali ni tiba masa utk tukar tayar dia. Bukan main berseri MyLady dgn tayar baru Goodyear ( Belilah barangan Malaysia).
Yezzaa. MakLady tukar keempat2 tayar kaedahnya. Nasib baik lah si MyLady ni tak bnyk songeh.. ML pejam mata bayar RMXXX.
Mulanya pinau jugakla mata bila taukey encem ala ala pelakon korea ni bgtau harga semua termasuk servis berkait ... Nasib baik x pitam hehehe Tapi bila pikirkan keselamatan mendatang! Hati ML ada rasa lega.
Tambah legaaaaaa bila masa menanti MyLady dirawat kat bengkel ni, datang sorg pelanggan yg mendengar keresahan ML. Dia pun bertanya ttg harga tayar tdi. Bila MakLady jelaskan, dia senyum sambil gelak. Dia cakap harga tu sangat MURAH !!
Murah?? MakLady fokus sambil dengar Uncle cina itu bercerita lagi.
Mana tak nya, 4 biji tayar kereta MakLady cuma bernilai sebiji tayar kereta dia pun ..!! Terbeliak mata MakLady masa tu. Terasa lapang dada semula bila uncle apek tu tunjuk kereta dia..
"Ohhh...HILUX " hehehe kami dua dua tergelak. Hhmmm..Uncle apek ni saja jer nak sedap kan hati MakLady. *thank you, uncle :) *
Moral of the story : Be positive. Optimis selalu. Bersyukur dgn apa yg kita ada. Bila kita diduga dgn ssuatu yg kurang enak, jgn rasa tertekan... Sebab di luar sana, masih ada yg alami benda yg sama - cuma "lagi hebat" dugaan dr apa yg kita alami. :) Renung2 kan...

Monday, February 17, 2014

Kami Sudah Bertunang !

Akhirnya, Kami sudah Bertunang !

Mungkin ini juga ucapan yang terpancar dari hati mereka berdua ...
setelah kisah cinta kedua insan ini setelah lama mengenali hati budi, 
telah dimeteraikan dengan ikatan pertunangan. Bak kata orang, 
kalau jodoh tak ke mana...Di atas mini pelamin kita berposing...

Photo: Sweet couple ;) Adza Tuty & Dzullidain ..
Maka pada malam semalam, sahlah Adza Tuty 
menjadi tunangan si jejaka yang disebelah nya ini 
(Maaf, nama si tunangan nya, rasa nya tak perlu lah disebut
takut nanti MakLady kena saman plak ..hehehe...
Jangan marah Ty - ;))

Photo: Selamat bertunangggggg adikku Adza Tuty...
Adza Tuty a.k.a adinda kepada Mak Dara
kini teleh menjadi tunangan orang.
TAHNIAH , SIS !!
Kepada keduanya, Mak Lady mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan. Kekal berdua mengharungi kehidupan bersama. Bahagia hingga ke Jinjang Pelamin dan seterusnya jodoh hingga ke Jannah. InsyaALLAH. Ammeeennnn..

* Gambar Ihsan dari FB @ Facebook Mak Dara @ Adza Irdawaty

Thursday, January 30, 2014

Petanda Pasangan Kekasih Awak Curang

Hey ~!!
Terkejut baca entry kali ni.

Sahabat MakLady ada mengadu yang kekasih hati dia ~ curang! Hmmm tapi confirm ke dia ni. Memandai2 jer....Menurut kawan MakLady tu lagi - memang symthom orang curang memang sah ada pada BF kawan ni....Lalu dia pn bercerita ~!!

Kalau Nak tahu ..."Tanda tanda Kekasih kita curang...."

1. Beri perhatian kepada PERUBAHAN dalam rutin harian nya. Adakah dia kerap pulang lewat dari waktu kerja? Mungkin perubahan ini tidak ketara sangat atau mungkin tidak bermaksud apa apa tapi sedikit sebanyak perubahan ini memberi ruang kepada si dia untuk memberi alasan untuk tidak bersama anda dalam masa yang selalu nya. Perkara ini harus diberi perhatian.

2. Sorokkan/Matikan Handphone bila dengan anda. Selain dari tidak benarkan anda sentuh handphone, dia kerap dilihat mengelak dari meletak handphone ditempat anda senang capai. Malah akan mendelete semua message sebelum anda pegang (jika selama ini dia tidak kesah anda menyentuh handphone nya) alasan diberi, memory handphone hampir penuh dan perlu dibuang message yang tidak penting.

3.  Meninggalkan tempat atau diri anda jika menjawab panggilan. Menjawab panggilan jauh dari tempat anda. Bercakap seolah tempat anda itu takde signal. Bila di tanya siapa yang call. dia angkat menjawap " wrong number" atau dia akan memberitahu kawan tempat kerja call ataupun supplier itu ini call tanya kan pasal itu ini. Ini juga penting jika berlaku kerana seperti di No 2 tadi, si dia cuba untuk sembunyikan sesuatu dari anda.

4.  Apakah sidia cepat rasa "moody" dengan tiba2? Mudah untuk mulakan sesuatu arguments? Ada masa si penipu atau cheating lover ni, dengan mudah untuk menggantikan rasa bersalah, marah, malu kepada diri anda dengan memulakan sesuatu "pergaduhan" di mana segalanya nanti akan terletak di atas kesalahan anda. Bukan diri nya. Anda akan merasa bersalah dan mula mengalah dan di sini juga si dia perlukan anda untuk meletakkan segala kelemahan anda "On the table"

5.  Paling ketara, bila si dia dah mula hilang minat dengan anda. Bukan salah anda pun tetapi si dia dah mula jauhkan diri. Kalau dulu, dia akan call anda 24/7 tapi kini anda pulak yang selalu kena call dia. Kalau anda message/text/wassap dia, akan mengambil masa yang lama untuk dia balas sedangkan dia ONLINE sokmo! Bila dah tak sekerap menghubungi anda seperti selalu. Beri alasan demi alasan, terutama mengenai tanggungjawap dan kerjaya, di mana selalu nya anda tak bleh nak soal balik.

6.  Si dia mula hilang idea nak berbual dengan anda bila bersama. Ada masa dia lebih sibuk melayan handphone atau gadget lain dari berbual dengan anda. Kemesraan kalian ada masa nya sudah longgar kerana si dia sudah ada orang lain yang lebih menarik untuk dikenali selain anda.

So inilah symthom jika pasangan kita CURANG!
JIKA perkara diatas ini ada pada pasangan anda - maka jangan tunggu lama ....
bertindak mengikut akal jangan mengikut emosi...

Tuesday, January 28, 2014

When A meets A = Jodoh Atau Kebetulan ?

Tiap kali bila diperkatakan tentang pertemuan dan Jodoh, kita akan redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Jodoh Pertemuan ditangan ALLAH swt. Namun apa jua takdir adalah kehendakNya. Kita terima dengan redha dan seadanya...

Begitu juga dengan isu pada entry MakLady kali ni. Apa yang bakal MakLady ceritakan ini, mungkin kebetulan. namun jika ianya ketentuan Allah, sebagai manusia kita harus percaya kerana pada setiap kejadian itu, ada hikmahNya yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Semalam, Maklady ada bercerita pasal thing that happened during my meeting with my kiddo. Boleh BaCA KAT SINI . Semua ada kecuali anak menantu dan anak MakLady yang bongsu. Kebetulan, singgah Bangi otw balik KL. Nak jumpa anak lelaki MakLady yang blajar di sana. Kebetulan pulak dia datang bersama temanita. Makin meriah la gathering kami :)

Biasalah kalau kami bertemu. Ada saja topik berbangkit. Dalam pada berbual itulah, salah seorang dari kami terperasan yang pertemuan kami berlima kali ini agak unik. Sebenarnya, sebelum ni pun MakLady dah perasan cuma anggap ianya sekadar kebetulan.

Inilah pertemuan the A's meet A's ... katanya..

Apa yang Uniknya?
Begini....

Mungkin secara kebetulan pangkal nama kami berlima adalah berhuruf A . 
kedua, nama anak lelaki dan perempuan MakLady ada awalan Amer dan Aimie
Kebetulan pulak, nak jadikan cerita ini lebih havoc....
boleh pulak temanrapat mereka (ketika ini) dipertemu kan ALLAH dengan pangkal nama huruf A jugak.
(mungkin kebetulan..) TETAPI yang lebih ketara bila nama mereka berkait antara satu sama lain.

Ok..contohnya : macam nama anak sulong dan menantu lelaki MakLady
Anak Perempuan (Aimie)  manakala. Menantu MakLady (Amir)
di mana dalam keluarga MakLady anak lelaki MakLady dah ada nama Amer, So now, ada seorang lagi anak MakLady punya nama Amir. Sekarang dah ada 3 Amir dalam keluarga kami. Ini adalah suratan takdir pertemuan.

Ok that's not the point here. Apa yang Havocnya sekarang ni, bila teman anak MakLady yang masih bujang pulak, masing2 punya teman yang nama pangkal A jugak...!!! Kebetulan atau suratan??

Walaupun ada masa kami tergelak sebab keunikkan "pertemuan" A dengan A, namun jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh, dan menjadi kenyataan ~ rasa rasa ada tak petugas di Guiness Book of World Record... nak cari kami sekeluarga sebab punya ahli keluarga (anak beranak) nama yang hampir sama :)) ha ha ha

Lagi satu, now we came up with a JOKE among us :
kalau Amir jumpa sesiapa in future ..kena tanya dulu nama dia?
If she answer : AMIRA ...  kira OK - mission accomplished!
then as for us, the ladies, klu terima jawapan " AMIR..."
we should say, " Nextttt...."
 sebab dah cukup qota.. ha ha ha



Monday, January 27, 2014

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Saturday, January 4, 2014

Warkah Buat Isteri : Perkongsian pengalaman Abil Fikri Ahmad

Sebuah Novel Motivasi Bergambar
Hasil Tulisan Abil Fikri Ahmad


Ketika Mak Lady membaca dan berusaha membalas komen dari rakan2 blogger tentang entry terbaru MakLady petang tadi...yang berjudul Happy birthday wishes from friends ; tertiba MakLady terpandang akan komentar dari Abil Fikri Ahmad yang tertera dalam inbox message - Sekali pandang rasa nya tiada yang luarbiasa. 

At first, it doesnt ring the bell ...

Tapi setelah mata MakLady meneliti sudut kiri - tertera gambar profile si pengirim komen, hmm mcm kenal jer.. mcm penah tengok jer...

Ya ALLAH.apakah aku bermimpi?? Masih lagi terkedu dan terharu ...
- padahal si pengirim ni komen 2patah perkataan saja -  ucapan selamat Hari Lahir MakLady . 
As Simple as that! 

Tapi bila MakLady sedar siapa pengomen itu, hati MakLady amat terharu... 


Bingkisan ucapan yg simple namun memberi semangat
buat MakLady menempuh dugaan di awal tahun ini...
TERIMA KASIH
.

Actually bukan lah nak perbesarkan keghairahan MakLady terhadap ucapan ulangtahun dari rakan blogger. tetapi....kesudian Abil mencatatkan ucap selamat pada MakLady adalah sesuatu yang amat MakLady hargai. Walaupun pada setengah pihak. Mungkin menganggap hal ini.. TAK DE LA HEBAT TARA MANA PUN atau MAKLADY NI NGADA2 ...OVERRRR.. tapi pada MakLady ini satu penghargaan yang amat bermakna pada diri MakLady. 

Sebabnya. MakLady tak sangka plak Abil sudi jengah blog MakLady. Setahu MakLady, Abil ni, selain dari dia sibuk dengan tugas sebagai penceramah motivasi beliau juga dikenali ramai. Orang popular Uolz. Mana lah ada masa nak balas atau kirim komen ataupun ucap selamat tambah pada blog MakLady ni. Walaupun dari dlu, MakLady memey admire him [atas pengalaman dan ilmu serta semangat cekal yg ada dalam diri beliau] 

Ternyata Abil ada masa nak wish me Happy Birthday.....*-* Ohh...so sweet [tengah control blushing]

To Saudara Abil:  ( kalau la anda membaca entry MakLady ini)
Setinggi tinggi ucapan terima kasih sbb sudi menjengah my blog ini. MakLady pun nak ambil kesempatan ucapkan SYABAS kerana berjaya melahirkan sebuah karya penulisan mengenai segala yang berlaku pada kehidupan dan terhadap kecintaan yang tulus ikhlas untuk isteri tersayang. Bukan senang nak cari suami yang begini. Ramai akui, Abil adalah suami yang sebaik baik seorang wanita dambarkan untuk membawa isteri ke Jannah. Percayalah, Perkongsian bersama dan memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan2 kita di luar sana yang menghadapi situasi seumpama adalah hadiah terindah. Thanks for sharing Warkah Buat Isteri.

Wlaupun segala dugaan ALLAH kepada hambaNya berbeza namun dengan pengalaman dan semangat yang diberikan oleh Abil sedikit sebanyak membantu rakan2 memahami dan menjalani hari hari mendatang dengan semangat & kekuatan anda.

InsyaALLAH MakLady akan dapatkan Warkah Buat Isteri. Pengalaman awal tahun baru baru ini sedikit sebanyak memberi impek dalam diri. Terima kasih atas perkongsian.

~ AL FATIHAH buat arwah Gee ~

Sunday, September 15, 2013

Sekembali nya MakLady dari Cuti Panjang !!



Assalamualaikum.......

Segenap Sepurnama ~ Blog Dear Lady sepi......
Kini... kembali lagi bertemu kekawan di alam maya....
Pkabar kalian ? Harap semua berada dalam suasana yang bahagia....
disamping aktiviti harian kalian....

Sebelum MakLady terus mengarang dengan isu2 panas lagi....(hehe panas kerrr? ) Izinkan sekali lagi ~ MakLady memohon maaf atas segala kesalahan, kesilapan, kealphaan, ketidak sempurna nya apa juga perlakuan. Maaf juga dipinta jika sepanjangan kalian bersama Blog Dear Lady ini, ada yg tersinggong tersentap maupun termeroyan akan tulisan MakLady ... Harap kalian sudi memaafkan....

Kepada pembaca blog MakLady yang masih sudi berkunjung .... JUTAAN terima kasih diberikan....sesungguhnya tiada kata2 indah yang dapat menggambarkan kesyukuran nya bila blog kesayangan MakLady ni masih menerima kunjungan....

Minta maaf dari pihak MakLady kerana mengambil CUTI PANJANG - tiada entri yg terkini sejak sepurnama lalu. Ini adalah kerana mood raya~! mood puasa 6! mood Open House ... ngada2 menjengah MakLady maka dengan mood yang mengada2 itu lah ~ blog ini pun terOVER malas nya... ( tengok tu!! ML salahkan blog dia pulak tu..ha ha ha..)

Apa2 punnn... CUTI pun sudah berakhir ~ maka tamat lah sudah the long weekend public holiday. Lepas ni boleh lah Uolz looking forward to log in dan seterus nya melekatkan diri ke blog MakLady ni tau..;)) And the rest of Uolz, dont forget. Kita ada lagi satu CUTI ~ cuti raya haji Aidil Adha. Boleh la plan masa cuti nnti bersama keluarga kalian,  ye tak :))

Jom Cuti Cuti Panjang.... hooorrrraaaayyyyyy !!!

Tuesday, July 30, 2013

Oh so Pink ! dear Pinkish :)

Taaarrraaaaaaaaaa
Pepagi ni, ML nak share dengan all 
PINK LOVERs...
DAY 1 : Labuan with Love
Ini bilik ML & CikJejar sepanjang berada di Labuan ni...
Im sure Erin try her best to make us feel comfy stay at their home.
Macam2 she prepared for us. Almaklumlah, first time stay with her since 
they were married... And of koz la, semua diatur utk keselesaan kami...
temasuk bilik tidur yang dihias dengan hiasan dalaman seperti diatas.

Nampak tak permainan di sini? ha ha ha
Bilik ni, bleh dikatakan all Pink~! sehingga kan bila bangun pagi terserlah
suasana kemerah jambuan mata memandang.... ;) Lembut sahdu dan very the feeling Pinkish gitew.

ML yakin, peminat Pink or Pink Lovers sure suka dengan warna bilik ni kannnn... :) Just imagine, 
kalau korg dok dalam bilik ni sure tak nak kluar kan..,kan..,)

hmmm.. Elia loves the room so much! sbb tu selalu lepak bilik..
Oh Pink! Merah Jambu lover.... 
whenever, whereva U R :)

Thursday, July 18, 2013

Hati Noor Dayana Diluahkan dalam Puisi


Assalamualaikum Wahai Pembaca Semua..
Salam Ramadhan to ALL

Bukan untuk mempertikaikan hukum hakam. Bukan untuk menegakkan semangat Wanita. Maupun bukan untuk menyoal akan tindakan kaum SUAMI terhadap Isteri.... 

Tetapi... untuk memahami lebih dekat lagi hati seorang wanita, isteri dan anak yang mengharungi dugaan terhebat dalam kehidupan .....
Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana
disini, ingin juga ML kongsikan rasa dari nukilan Puisi hasil luahan hati Noor Dayana Isteri Ashraf Muslim yang dikongsi di FB beliau .....

Tak usah bicara tentang payung emas

Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia

Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Ashraf tipu Dayana
Gambar Ehsan dari Berita Harian
Asraff ketika keluar dari mahkamah kelmarin
bersama Dayana . Gambar kecil adalah Madu Dayana
Sekian yang mampu diluahkan oleh Dayana... sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala hikmahNya. 

Wednesday, July 17, 2013

CakeWhat RedVelvet Blueberry Cake by Paknil

CAKEWHAT !!

Say what???

CAKEWHAT 
by PakNil

Haaa... ?? MakLady masih blurr 
bila dapat call from my kezen and was telling me about......
KekWat? Pak Nil who? - oh dear.....

bukan kekwat OK..." 
she explained...

Al kisahnya, pepagi ni lah tadi. MakLady baru tahu pasal....
the Yummylicious Red Velvet cake yang tengah Panas! Meletop Uolzz..
Mungkin sebab MakLady tak gemar sangat kek , especially 
yang berCheese ni. Tu yang kurang tau bab ni..hehe

But knowing my Erin, im sure she knows about this sedaplicious ..
apa ntah lagi yang super duper kek mcm RedVelvet. 
I guess, that's the reason  why my kezen yang dok di utara tu, 
called me this morning, and asked me to pick up the CakeWhat 
Red Velvet Blueberry cake by PakNil, for her.

Ooooo... RUPANYA....
Pak NiL pengacara yang letop meletop TOP tu lerrr..
Mungkin ramai dah tahu pasal hasrat PakNil nak bukak bakeri...
tapi apa pun sekarang bizness PakNil jual kek Red Velvet Blueberry
tengah meletop macam Tuan dia gak :) Siap ada FB fanpage dan
khabarnya dah ramai yang order kek. Sedap gilerr kata nya ...

 Barulah MakLady tau pasal produk CAKEWHAT ni....
SORRY la yer... agak ketinggalan rupanya MakLady hahaha
Photo: Yummylicious Red Velvet Blueberry Cake personally baked to perfection by PAKNIL with his secret recipe! 

We are open for weekly & HARI RAYA orders. 

Order Now. Satisfaction Guaranteed!

-Admin-
Iklan dalam FB - Cakewhat by Paknil
Bukan nak KekWat sangat MakLady ni tau...hehe
pepagi dah tunjuk the Yummylicious Red Velvet cake..
Bulan Ramadan plak tu..~!

INI lah dia produk terkini yang menggunakan trademark
 CAKEWHAT by PakNiL
 Sekadar nak share dengan Uolz... 

Kepada kawan2 yang minat kek terutama kek red velvet blueberry
jangan lepaskan peluang merasa "air tangan" PakNil...Boleh search sendiri 
kat FB - type je Cakewhat by Paknil then boleh order kat sana...

Photo: CAKEWHAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. SEMOGA DIBERKATI OLEHNYA. AMIN.

-ADMIN-
 jenama yang tengah TOP dikalangan peminat PakNil

Photo: Selamat pagi semua. Selamat menjalani ibadah puasa di hari pertama kita berpuasa :)

GOOD NEWS! YES! YES! YES! Di atas pertanyaan dan permintaan u all, PAKNIL has agreed to bake another 1 of his red velvet masterpiece series 'DIVINE RED VELVET BLUEBERRY ROLLS'

Jom order untuk juadah berbuka puasa anda. Satisfaction Guaranteed!!

RM20.00/roll

-CakeWhat Admin -
'DIVINE RED VELVET BLUEBERRY ROLLS'
harga RM20 bagi kek gulung
Photo: READY FOR COLLECTION! NICE!

Kepada yg dah buat full payment,  we will advice pick up details for this Sunday collection jap lg.

Yg belum or nak order for this Sunday collection,  pls make payment by 2day.

Pls contact 0129114940 to order :)

TQVM

-ADMIN-

Baru tengok gambar dah rasa....yum yumm yummmyyy
ToLoNgggggg...nyee..JANGAN PLAK YANG TERLIUR PLAK....
ha ha ha ha Kawal nafsu makan korg k...:D

PERHATIAN: MakLady nak KREDITkan,  semua gambar yang super delicious (kat atas tu) kpd  page FB Cakewhat by Paknil - mohon share :)

Saturday, July 6, 2013

Seri Muka Lutsinar Bersama NEESYA

Heloo Semua
Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Teruja ! Itulah perasaan MakLady bila dijemput oleh Skinworkz Sdn Bhd, untuk menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan kulit yang berjenama NEESYA. Selalu nya, bila dah berUsia mcm MakLady ni memang lah jarang sekali berpeluang hadir majlis bertema Kecantikkan begini.. Hmmm almaklum lah - nama pun Mak Lady! Seperti wanita berusia pasti ada lagi yang mahu cantikkan diri terutama paras rupa, tul tak? Sekurang2nya bila hadir majlis cam gini, ada juga lah tips yang boleh dikongsi..... Hidup Wanita!!! *ahhh tetibaaaa ... :) hahaha*

Oklah, terus kan story! Setelah sampai ke Pusat Membeli belah Subang Parade, kami terus menuju ke Swenson's dimana majlis berlangsung. The moment we stepped in, petugas yang mesra menyambut kehadiran kami. Selesai berdaftar, kami diberi "hadiah" berupa produk dan bahan rujukan produk utk review kami nanti ;) Thanks guys :)

Our Gift - comeyy kotak silver dengan reben merah
menanti para jemputan pada majlis itu...
Bukan nak bodek atau apa tapi staff Skinworkz amat mesra dan peramah melayan para tetamu. Terasa seperti Di Rumah Sendiri plak.Kami dipersilakan ke ruang pameran produk. Together with blogger Mak Dara and AchikTopi, MakLady diperkenalkan kepada Rangkaian Produk Penjagaan Kulit NEESYA. 

Then, kami dijemput ke meja khas. Sambil menunggu majlis bermula, kami disaji dengan hidangan Swenson yang menyelerakan. Sungguh sedap! (sorry no pic..) But Wait till u see their IceCream....:p ~~


Oppsss.. sorry! We are here for NEESYA....So pls MakLady ...get back to the ground! ha ha ha

Ni La dia... the bigboss - CEO Skinworkz
Encik Chris Tan
Majlis dimulakan dengan memperkenalkan Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz, Encik Chris Yong yang sangat ramah. Menurut beliau, Skinworkz Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang 100% milik anak tempatan. Amat serius dengan komitmen mereka dalam menyediakan produk yang mampu dimiliki oleh setiap wanita Malaysia dan HALAL ! Dengan melancarkan NEESYA diharap dapat merealisasikan matlamat itu, sambil mengambil berat mengenai penjagaan kulit wajah.

Nak tahu "KELEBIHAN" NEESYA?
Produk Neesya direka khas untuk memastikan tahap pencapai darjah pencerahan kulit serta tona kulit pengguna agar yang lebih menyerlah dan sihat. Apa yang penting pada mereka, produk ini bakal membantu pengguna mencapai keyakinan diri, selesa serta selamat digunakan, disamping memberi kesan yang positif terhadap applikasi Teknologi Neesya LumiScience yang membantu pengguna mencapai tahap pencerahan tona kulit yang sekata dan sihat.

Percaya tak anda jika MakLady katakan bahawa untuk memiliki "kulit yang menyerlah dari dalaman" bukan perkara yang mustahil !! Kini, dengan NEESYA, sebagai perintis pakar rangkaian produk penjagaan kulit lutsinar, buatan tempatan serta selamat dan HALAL, anda mampu memiliki kulit yang sihat dalam masa 14 hari sahaja. Tak kira apa jenis kulit, usia serta gaya hidup, pengguna pasti yakin dan tenang bersama NEESYA. Selain itu, harga produk juga dipastikan berpatutan dan menepati bajet kebanyakan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa.

Overnight Radiance Kit


Dalam majlis sebegini, pasti akan ada Sessi "Cuba - Test - Try"... 
Pada sessi perkenalan dan mencuba sendiri keberkesanan produk tersebut, MakLady dan blogger yang hadir disajikan dengan "pengalaman" menggunakan rangkaian produk serta ditunjukajar cara pemakaian dengan betul. Frankly, kalau tanya MakLady, selain dari hasil penggunaan NEESYA tadi, kami teruja dengan keberkesanan hasil di penghujung sessi.

Sempat Posing dengan Encik Chris dan kakitangan beliau
yang peramah dan mesra - disamping MakDara &
AchikTopi yang gojess D'vazzz...
Pendekata, dengan hasil yang amat memuaskan hati dan rasa yakin akan produk, telah membantu MakLady membuat keputusan untuk bertukar kepada penjagaan kulit muka yang lebih berkesan, bersih dan selamat. Almaklumlah, dalam usia sebegini, menjaga kulit dalaman amat penting. Yang penting, NEESYA dirumus khas untuk membantu kita memiliki kulit muka yang segar, berseri dan berkilau bak permata!! Terima Kasih Skinworkz!! :)

Kemudian, kami buat "Field Trip" pulak :
Sepanjang petang di sana semalam, kami diberi layanan 5 Bintang! Selain dari sessi pengenalan, kami juga dibawa melawat ruang Pusat Jualan NEESYA yang terletak di yang terletak di Lot No GCO3A, Ground Floor, Subang Parade ( sebelah Giordano & Uncle Lim's). The best part ... MakLady, Mak Dara & Achik Topi tak lepas peluang untuk mendapatkan rangkaian produk NEESYA yang lain seperti....

Ingat tak? dengan pemberian hadiah dari Skinworkz produk penjagaan kulit NEESYA ini, MakLady terus dapatkan produk Neesya. Sekarang MakLady dah boleh mula menggunakan produk tersebut. Teruja Uolz :) Tak sabar untuk menikmati pengalaman memiliki kulit muka yang lebih sihat dengan rangkaian penjagaan kulit NEESYA.

Kira sempat la tengok perubahan dalam masa 14 hari ! seblum Hari Raya!

Dengan rangkaian yang harga dari RM 29 hingga RM70, dengan produk yang mampu dibeli - NEESYA diharap mampu dimiliki oleh mereka yang mahukan produk yang setanding jenama antarabangsa. Yang Penting ianya HALAL !! MakLady pun dah bertukar ke NEESYA !

Apa lagi Uolz, jom ikut sama rai kan Raya ini, dengan promosi Raya Berseri .... 
Nak tahu lebih lanjut : sila lawati www.facebook.com/neesyaskincare
dan singgah skali ke  http://myworthbuyingshoppe.blogspot.com

Thursday, April 11, 2013

Asal hujan je , JaMMeD !

"Oh dear...The time now is about 9.30 pm.
Time to sleep! Tomorrow gonna be another busy day! But why am I still on the road??
"Oh dear! I need to be at Amer's school by noon tomorrow...Long journey ahead. So, dont stay up late MakLady oiiii... must get to the bed early. No blogwalking tonite!! Hmmm....mayb create new entry for tonite?
Oh cannot laaa.. need to get to bed early. But, how ? Im still here - on the road. And the rain is still here to stay"  bla bla bla..MakLady cakap sorang2...
Alahaiii ape plak MakLady meraban merapu mlm ni! cakap Orang Putih plak tu!?...iskk iskk terlebih makan Chicken Chop or T-bone Steak kot..hehe
Bukan la.. sbenar nye, dialog kat atas tu sekadar nak release stress jerr. Kira Jiwa trkaco sikit malam tdi sebab tu, bercakap sorg2 dlm kereta. Guna bahasa yg mudah diluahkan. Ini juga cara MakLady layan penat tika driving petang tadi hingga bawa ke malam.
Yerrr... stress n penat driving di sekitar KL ini,  especially waktu org pejabat bersesak memandu waktu pergi balik pejabat. Confirm Jammed!! Tambah pulak memandu dalam hujan lebat mcm malam tdi... Bosan Tahap Gaban!! Jarak yg dekat pun kkadang amik masa yg lama utk sampai ke desfinasi..
Just imagine... Kalau korg saban hari melalui route yg sama merempoh Trafik Jammed, tiap2 hari, agaknya stress jugak x? Bila tiada pilihan lain untuk berada dlm kereta ketika sesak ni, korg buat apa yer?? Menyanyi?? Dengar Lagu atau Radio?? Or talking to yourself dlm hati mcm Maklady?? hehehe - as i did while stuck in the traffic jammed dlm hujan lebat spanjang perjalanan Bangi - KL - AKLEH - Ampang..
Ok dearie....
Time to log off..
Goodnite Uolz..
Goodnite BlogDearLady.

Monday, April 8, 2013

Hello Awak...

~ assalamualaikum ~


Awak ni.......
Sungguh memBOsankan....

Saya dah BOsan! BOsan! BOsan!
Jangan Datang dengan Agenda Awak....
Sya Xsuka dipergunakan...

Penah tak diperlakukan begitu??..... 
Jom kongsi perasaan dan klu ada pengalaman nak cerita utk tatapan bersama .. 
SILAKAN

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]