Showing posts with label taman harmoni. Show all posts
Showing posts with label taman harmoni. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Apa khabar zenia house taman harmoni: CF lulus!

zenia house
Lama tak berblog..busy, penat, malas, semua ader yer...

Okay, baru2 ni call Raymond a day before i went to Bandung Indonesia. Mula2 dia suruh call Husna, dah banyak kli dia bagi no husna, setiap kali itulah saya terlupa letak no kat ner and setiap kali itu jugak saya akan carik Raymond semula. Mesti dia bengkek. Keh keh. 

Tapi sbb busy nak urus dokumen pergi ke Bandung, tak sempat call Husna, lagi pun no ofis depa dah lupa letak pi mana. Ingat balik dari Bandung call lagi nak tanya pasal progress CF rumah yang dah diapply since Ogos tu kan. Katernyer bulan Oct dah dapat result, so ni dah bulan November, aik, risau jugak. 

Masa di Bandung dapat wassup Raymond kata CF dah lulus so sekarang ni tunggu bank release final payment. Wah alhamdulillah, settle satu hal. Bolehlah fikir nak buat preparation masuk rumah per patut. Rasanya ramai jugak owners yang dah tahu status CF ni. Moh kita pindah beramai2. 



Sunday, July 28, 2013

Taman Zenia Semenyih 5-10 tahun akan datang


Semalam, godek2 internet and carik maklumat pasal Tropicana Kajang. Sebab sejak kebelakangan ini, saya tengok rancak betul pembangunan di kawasan yang dulunya tempat Kajang Golf Club tu. Situ kan jalan short cut untuk ke Taman Zenia. Daripada internet lah saya dapat tau Golf Club tu dah dibeli oleh Dijaya, salah satu company besar dan kukuh dalam pembangunan kawasan tempat tinggal/perniagaan ini. Nampaknya cakap2 yang padang Golf itu telah dibeli rupanya satu kenyataan. Memang dah mulapun kerja2 meratakan tanah2 dan dah berdiripun apa yang saya percaya rumah contoh. Tengok forum di internet katanya rumah itu nanti jauh lebih mahal daripada Nadayu92 dan Kajang 2. Teguk air liur jerlah. Tapi takper, janji ada rumah selesa berteduh, itu semua dunia jer (ayat penyedap hati). 

Selain kerje meratakan tanah di Kajang Golf Club itu, saya juga perasan ada beberapa kawasan sepanjang jalan short cut itu juga telah diratakan jalannya, iaitu sebelum Nadayu 92, kawasan kondo tinggal tu. Opps, daripada internet juga saya dapat tahu now projek kondo yang terbelangkalai tahun 2002 tu dah ader developer baru dan kerje2 mengecat dan membaiki bangunan itu pun saya nampak tempoh hari. Alhamdulillah dan syukur kepada mereka yang menanti rumah itu siap sekian lamanya. Moga kali ini benar2 siap dan anda semua dapat tinggal disitu. Tapi kena halau dulu semua 'makhluk2' yang dah lama menghuni kat situ. Hehe..sajer nak ngusik seram sikit. 

Daripada internet jugak (internet lagi), saya tertengok satu gambar forumner tentang development plan bagi kawasan jalan reko dan kawasan2 sebelah semenyih Nadayu 92 dan ke atas itu termasuk Tropicana Kajang. Ada orang komplen kata, kawasan sebelah Nadayu 92, Kajang dan Tropicana Kajang dan Zenia itu nanti akan mengalami bottleneck sebab jalan yang sedia ada sangatlah 'daif' keadaannya dan tidak cukup lebar menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sebab tu ader sorang forumner kata, sebenarnya memang ada plan utk meningkatkan infrastruktur kawasan tersebut memandangkan semakin banyak projek perumahan baru bakal dan sedang dibina disitu. Tropicana Kajang tu, bakal menjadi penempatan high end, so aper kelas jalan sempit. Saya berpandangan, tidak mungkin bagi developer yang gah dan rumahnya yang juga mahal mendirikan projeknya tanpa memikirkan aspek ini. Sememangnya orang tahu jalan Reko itu memangnyerlah jemm selalu during pick hours. Saya yang bekerja di UKM mungkin tak kisah jem sekejap tapi yang kerja jauh dari itu mungkin kisah. 

Berbalik pada gambar tu tadi, ia konsisten dengan beberapa cerita yang saya dengar dari penduduk setempat dan juga developer. Memanglah cakap2 developer tak boleh dengar 100% tapi will see how it goes. Misalnya, saya dah pernah gi MKH developer and tengok plan pembangunan mereka. Memang ada flyover dan pembangunan yang lebih besar di sebelah kawasan semenyih itu nanti, ada sekolah antarabangsa dan sekolah cina. Even Kajang 2 tu, masa saya gi tengok rumah contoh, ada satu roundabout besar yang tak tahu mana penghujungnya, sebab selain Kajang 2 tu takder pembangunan lain sekitarnya..now it makes sense bila tengok gambar di atas  yang menunjukkan roundabout and flyover tu. Maybe itu mungkin akan benar2 berlaku sedikit masa lagi. So bagi yang duduk sekitar Taman Harmoni, Kajang 2, Nadayu 92 dan Tropicana Kajang nanti ader jalan alternatif selain tunnel itu. Sekarang pun jalan Reko sedang melalui proses pembesaran jalan terutamanya dari arah Bangi lama dan hadapan UKM. 

Taman Zenia ini memang mukim Semenyih tapi apa yang menjadikannya lokasi strategik ialah dia benar2 dekat dengan Bangi iaitu sebelah sahaja jadi dapat menghindari jem di Semenyih yang sememangnya semua orang tahu dan bandar Kajang. Ia dihubungkan terus ke Jalan Reko menjadikannya sangat dekat. Saya menjangkakan (jangkaan sahaja yer), kawasan Taman Harmoni dan Nadayu 92, Kajang 2 dan Tropicana Kajang akan membangun dengan pesat sedikit masa lagi dan ini menjadikan rumah2 sekitar kawasan ini menjadi lebih mahal. Dikhabarkan juga MRT hentian terakhir dirancang di hadapan Hentian Kajang. Ini pun saya tengok semasa melawat ofis MKH. Sekiranya berlaku seperti dirancang, maka ia memang kawasan yang sibuk nanti (dont know if i like this or not). 

Juga, sbb selalu gi Alamanda, saya perasan ada pembinaan bangunan besar2 sedang rancak di kawasan IOI resort de palma tu. Masa godek2 maklumat, rupernya itu nanti jadi shopping mall yang sama besarnya dengan Midvalley Megamall. Wow, berita baik untuk saya. Now tak perlulah nak gi jauh2 kat KL tu. Harga kondo and rumah kat Putrajaya dan radius sekitarnya sudah pasti akan mahal mencanak2 lagi selepas ini. Megamall itu nanti mensasarkan penduduk Putrajaya, Bangi, Kajang malah sehingga Seremban. Dijangka siap 2014. 

Dulu dengar2 saja khabar angin, but now, saya tengok sememangnya projek2 baru yang dikatakan dulu telahpun berlaku. Taman Zenia pastinya tidak sama sekarang dengan 5-10 tahun akan datang. 

Monday, June 10, 2013

Rumah Zenia Kajang (progres)

Perkembangan baru rumah Zenia Taman Harmoni Semenyih

Lama dah tak update rumah, sejak super busy ni nak jenguk rumah tengok progres pun tak sempat. Gambar ni baru ambik minggu lepas. Kebetulan keluar sekejap, maka singgahlah nak tengok kemajuan rumah. Mula2 ingat tak bagi masuk, tapi cakap ngan guard, sajer nak lalu tengok rumah saya siap ke belum dia pun bagilah masuk. Now inilah rupernyer rumah Zenia terbaru..jalan dah semakin elok, cuma belum bertar. Tiang elektrik dah berdiri and pokok pun dah ditanam. 



Okaylah progres rumah, kalu gitu insya allah hujung tahun nie aderlah projek besar lepas raya. Operasi berpindah dan mengemas rumah and tambah sikit-sikit per patut. Mari kita berpindah beramai2 nanti ;-)
Pastikan jangan beli biskut raya banyak sangat, ingat ader bajet lain nak kena fikir. Hehe..






Sunday, December 30, 2012

Bukit Taman Harmoni Kajang: Edisi Siasat

Salam u oll,

Patutnyer azam hari ni nak buat bab dalam buku, tapi ke lain pulak jadik plan. Otak ni time cuti payah tul, bila nak buat keje, mulalah otak ni fikir cara nak 'monteng'. Ader2nyer dihasutnya saya tuk buat macam2 keje yang takde dalam 'to do list'. Aish, tak baik tau..actually saper yang menghasut nie..otak ke setan?? Hua3.
 
Okay, dalam 2 entri terkini saya bercerita tentang umah saya beli kan? Nop, i dont expect pun you to read. You baca ni pun sebab accidently termasuk blog ni, tul tak??. BTW, kalu rajin sila baca. Takder revision kat entry ni. Hee..sorry.
 
Dijadikan cerita...kan 3-4 hari nie headlines suratkhabar and news on tv are all about landslide kat Bukit Setiawangsa. Saya pun mengikuti kes ini dengan penuh minat. Kebetulan saya pun ambik gambar2 umah saya dalam progres tu kan. Tetiba saya terfikir pasal bukit tempat rumah saya beli tu. Saya tengok balik. First time dulu beli, saya memang tahu bukit tu, nampak landai dan tak merbahaya pun. Tapi kes landslide terbaru ni, makes me concern and on alert. Bukit tu yang dulu buat saya rasa best sebab area yang indah, berangin dan ada ong kata orang cina sebab belakang bukit tetiba menjadi satu mimpi yang tak berapa nak indah..sekarang ni.
 
So keje saya membelek2 gambar2 saya ambik and close up aper patut, still tak puas hati lagi. Saya nak tahu jugak jarak umah dengan bukit tu. Ini gambar2 yang mencetuskan rasa alert saya tentang ketinggian dan kelandaian bukitnyer.
 
Barisan rumah saya sebelah kiri. Bukit nun di belakang telah menjadi suspek utama.
 
Nampak sangat dekat dan tinggi jugak bukit nih. Ni blakang rumah saya

Nampak dan rasa macam dekat, tapi tak boleh pastikan secara jelas. Nak masuk kawasan tu balik pun tak boleh. Saya bandingkan pula dengan gambar baris rumah yang lebih depan daripada rumah saya seperti berikut:

Ni rumah paling hampir dengan bukit. Sila ingat bintang kuning ini.

Tengok layout plan dibawah ini. Star kuning dalam layout ini adalah rumah yang saya tandakan kuning dalam gambar di atas. So umah saya belakang lagi iaitu star pink. Tapi masih tak puas hati lagi. Bukit tu masih nampak dekat. Manerler tau bukit tu mengulur ke depan sedikit kan kat baris umah saya. Saya try google map (satelit) tapi outdated punyer map. Aish. Ni yang payah main tengok2 gambar ni. Nak buat real inspection maner boleh masuk dah.


Bintang pink adalah barisan rumah saya. Bukit di sebelah kiri barisan rumah star kuning.
Tak puas hati saya. Maka hari ni saya melakukan sedikit siasatan demi memuaskan hati. Selagi saya tak tahu jarak bukit tu dengan rumah, selagi tu lah saya bimbang. Mau tak bimbang, komitmen beli rumah bukan benda yang mudah2 diubah sesuka hati. Lagi2 umah tu utk didiami, mestilah nak pastikan ia mencapai spesifikasi keselamatan minimum. Cewah, ayat, sila jangan muntah. Nak masuk dah tak boleh tapi saya tahu ada port baik boleh tengok view umah ni dari jauh. Dari depan taman Nadayu 92. Maka saya pun zoooom!

Pondok ni saya gunakan utk ukur jarak dengan bukit. Pondok ini nampak hampir dengan bukit.
Gambar dari depan Nadayu 92
So, gambar atas ini saya ambik dari depan taman Nadayu 92. So baris umah saya sebenarnya tidaklah dekat pun dengan bukit tu. Baris rumah paling hampir dengan bukit tu adalah yang saya tandakan dengan star kuning dalam gambar sebelumnya. Nasib baik ader landmark pondok tu, so bolehlah saya tengok dari jauh dan lihat jaraknya. Bila dah tengok2 ni, saya lega sedikit sebab rumah saya berada dalam jarak yang selesa dengan lereng bukit.
 
Bukit yang saya risaukan itu tidaklah curam sangat, tapi yelah, dah selalu sangat landslides merata2 tempat, maka risau tu tetap ada. Saya harap pemaju sedia ada menggunakan teknologi dan peraturan terkini dalam memastikan cerun tebing berada dalam keadaan yang selamat bagi rumah2 yang bakal didiami orang awam. Saya tak pasti orang lain, tapi kalau saya, umah paling tepi tu saya seriau.
 
Apapun, ini sekadar pandangan dan tanggapan peribadi saya yang tak akademik dan ilmiah pun. Untuk kepastian baik  tanya tul2 pemaju masing-masing tentang pelan keselamatan cerun yang hampir dengan rumah masing-masing. Pandangan saya ini mungkin tidak berasas dan pandangan seorang yang sedang paranoid terhadap cerun2 tinggi dan lereng2 bukit.
 
Note: Maafkan saya bukit, tak pasal2 awak jadi suspek ketakutan saya. Harap awak dapat melindungi siapa juga yang berteduh dan berlindung di sekeliling awak. Amin.



Thursday, December 27, 2012

Rumah Zenia Kajang part 2

Salam uoll..

Berkat tak putus asa dan ad hoc punyer plan akhirnya ntah aper ker baik nasib hari ni dpt plak masuk kwsn umah zenia nie. Maka jadilah entri kedua. Kui3.

Walaupun kemudian mandor datang kater x blh masuk n mintak saya kuar. Konon2 buat muka innocent n cabut kuar. Takper..nasib baik masa beberapa minit tu tlh dapat ku snap gambar progres terbaru umah ku.

Kata2 tidak bermakna..meh layan gambar umah iyer..."clap2!" harap gambar2 ni memberi kelegaan n inspirasi kpd pemilik pemilik umah zenia yg lain..nie ler perkhabaran latest umah kiter.

Ntah biler blh masuk lg. Rasanyer muka n kete ni dh diblack list kot. Huhuhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rumah Zenia Kajang

Salam uoll!!

Masih lg ku berada dlm mood cuti2 sedunia. Aku tau byk kje menanti tpi defense mechanisme ku berkata:

"aku berhak menikmati cuti tanpa mengingati kje yg melambak."

Cuti yg jarang2 dinikmati. Mner nk carik waktu blh bermalasan..tergolek2..terguling..makan..minum..mandi..berangan..tido jap..kuar shopping..balik umh rehat lagi..tgk pokok bunga..tido balik.

Itulah sebenar2 cuti. Fulauuu!

Kay..hari ni biar sy citer cikit pasai umh saya beli. Insya allah ckit lg thun dpn siaplah. Ni pun dh 75%. Sebenar2nyer malas nk upload n story mori pasal rumah saya ni..tpi sbbkan x byk info pasal umh ni dimana2 websites maka biarlah saya bukak citer ckitlah.

Umh sy intermediate. Beli time launch n decided to buy biler dh tgk umh contoh. I csn say i was lucky then coz umh ni dijual pd harga rm350k+ to rm450k+ which is considered quite cheap. Especially biler ckp rumah area bangi nih. So i am quite content eventhough i loath the tunnel..short cut road yg lalu nadayu92 tu.

Jln masuk zenia kena lalu taman harmoni kajang. There will be a new road entrance depan nadayu 92..okaylah. Saya pun x expect selamanya lalu taman harmoni lagi2 zenia phasa 2 dh bukak which is mooore expensive than my house.

Moh kiter layan gambor2 nih. Actually byk saya snap tpi tanfan gatai terdelete gambar2 dlm hp..maka saki baki jer yg tinggal. Developernyer ader kedekut ckit tak bg pun masuk tgk progress rumah katernyer bos besar x kasik. Tpi tgkler dari gate kwasan tu umah tgh rancak dibina n mostly dh lengkap berdiri. Furnishing kecik2 jer tinggal.

Tgk bumbung umah pun jadilah. Aish..mcm kemaruk ngan mata air plak. Tak dpt tgk orgnyer...dpt tgk bumbung umah pun jadilah. Tapi aku x begitu. Huhuhu..

So biler x dpt nk tgk umh ni..berangan jerlah..tpi dh start survey brg2..menilai harga renovation dan segala bagai. Tpi itu pun dh buat saya excited semacam. Hihi.

Insya allah thun 2013 saya masuk umah. Yabedabeduuuuuuuu...!

Jom layan gambar2 umah contoh yg berjaya diselamatkan dari insiden delete hari tuh.

P/s: lupa dh pernah tak tulis entry samer. Rasa mcm pernah mention but not so sure. Pakai android blog ni susah ckit nk check. Aper2 jerlah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...