Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, March 24, 2017

Jus Delima Segar di IOI mall putrajaya



Salam pagi Jumaat,

Jus delima sangat dekat dengan kehidupan kita orang Melayu. Walaupun asal buah ini bukanlah dari Asia/Malaysia, namun kerana buah ini antara buah yang disebut dalam Quran maka ia menjadi sangat dekat di hati kita sama seperti buah kurma dan tin dan madu. Pastinya setiap buah yang disebut dalam quran memiliki satu khasiat yang istimewa. Harga buah delima ni boleh tahan mahalnya. Rasanya agak manis-manis, ada kelat-kelat sikit. Saya antara pengguna jus delima yang konsisten. Samada saya minum yang jenis concentrate/pati atau yang segar. Brand yang selalu saya beli ialah Gulshan. Namun, ada juga saya mendengar komen pengguna yang mengatakan just brand Gulshan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi. Huhu, kalau betul memang kecewa jugaklah. Kita nak consume makanan berkhasiat, tapi kalau jus itu sendiri penuh dengan gula yang tinggi, jadinya jauh tersasar dari matlamat asal iaitu untuk mendapat manfaat dari amalan minum jus delima. Makan buah tu ikut tahap kerajinan saya jugaklah nak mengopeknya dan mengunyah satu-satu. Maklumlah, dunia serba express nih, semua nak cepat termasuk yang kita masukkan dalam mulut. Ahaks!

Ini antara khasiat jus delima:

1. Jus delima kaya dengan nutrien penting misalnya fiber, protein, vitamin c, vitamin k, folic acid, folate, dan potassium. 
2. Mempunyai 2 kandungan nutrien penting untuk kesihatan fizikal menyeluruh iaitu punicalagins dan punicic acid. Kerana tahap dua kandungan nutrien ini yang tinggi dalam jus delima, ia dikatakan mempunyai kandungan antioksida yang lebih kuat berbanding buah yang lain.  
3. Anti-inflammatory effects - jus delima mengandungi kandungan anti inflammatory yang baik untuk mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman, kanser, sakit jantung, diabetes, Alzheimer, obsesiti dll.
4. Jus delima membantu menurunkan tekanan darah tinggi jika diminum secara konsisten. 
5. Membantu meredakan penyakit berkaitan atritis dan bengkak sendi. 
6. Membantu masalah ereksi bagi lelaki. 
7. Membantu melawan penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. 
8. Meningkatkan keupayaan memori.
9. Meningkatkan prestasi senaman. 

Untuk lebih lanjut boleh baca di SINI 

Khasiat jus delima untuk wanita hamil. Wanita hamil digalakkan mengambil jus/buah delima kerana ia terbukti memberi kesan baik kepada ibu dan anak dalam kandungan. Ada kajian di US membuktikan ia membantu mencegah beberapa jenis risiko kehamilan. Oleh kerana saya pemalas nak terjemah hari ini jadi saya tepek terus saja okay :-)



"Pomegranate juice may hold promise for preventing preeclampsia, growth restriction and preterm birth when given to women during pregnancy, according to a recent Washington University study.

The laboratory study found that pomegranate juice limits injury in human placental tissue and in isolated human cell cultures. More specifically, the juice, which is high in polyphenolic antioxidants, compounds that protect against cell death, reduced stress and death of human fetal and placental cells that were grown in culture.
Cells exposed to such stimuli as a low oxygen atmosphere, or chemicals that simulate low oxygen, survived more frequently when exposed to pomegranate juice compared to a sugar placebo.
The researchers reported their findings in the American Journal of Physiology—Endocrinology and Metabolism"


Namun, seperti kebanyakan makanan yang lain, ambil secara sederhana dan jangan berlebihan. Wanita hamil dinasihatkan mengambil sejumlah dos yang disyorkan kerana ia pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kontraksi dan kelahiran pra matang. Jus delima juga mengandungi kalori tinggi, dan jus delima mungkin menyebabkan pengambilan ubat tertentu tidak memberikan kesan seperti ubat untuk tekanan darah dan ubat mencairkan darah. 


Bagi yang mencari jus buah delima segar, selain memerah sendiri jus delima (which is for me difficult because you cannot use your usual fruits juice blender), saya mencadangkan anda pergi ke IOI putrajaya mall. Lokasinyer saya tak ingat level apa tapi sama level dengan Baskin Robin. Boleh nampak kiosk kedai jus segar ini dari kedai aiskrim Baskin Robin. Memang segar dari ladang sebab anda lihat sendiri jus buah delima diperah didepan mata anda tanpa bahan pengawet dan sebagainya. Harga sebotol dalam RM18. Agak mahal juga harganya tapi berbaloi kerana tiada bahan2 pengawet di dalamnya. Purata saya membeli jus ini di situ ialah seminggu sekali, itu pun kalau saya ke IOI mall. Biasanya saya membeli 4 botol, untuk saya/suami dan mak mertua. So far, rasanya memang tak boleh dicabar oleh jus dalam kotak or botol yang telah diproses. Walaupun tertera atas kotak /botol tu kata tiada bahan pengawet, rasanya takkan sama dengan jus yang diperah segar. Jadi, cubalah hari ini. 

Nyum-nyum-nyum rugi tak cuba 









Monday, December 19, 2016

Hot Meal Bar UKM Bangi

Okay, nak promote sikit satu port makan mee tarik sedap, authentic, genuine dan original, segar dari ladang di China. Ownernya memang dari China, Cina Muslim, bekas pelajar UIA. Tapi serius sedap. Takde fusion-fusion ikut lidah orang Malaysia@Melayu yer, memang kedai ni buat style China tanah besar. Ada banyak menu, tapi antara signature dish yang harus anda cuba ialah mee tarik. Beratur panjang. Tahu tak orang tunggu nak makan mee tarik diorang nih. Sanggup!! Harga pun murah. Original price RM8.00 tapi kalau staff/pelajar UKM, tunjuk kad akan dapat pengurangan jadi RM6.00. PLUS!! Air free okeh. Airnyer boleh pilih air kosong, teh o limau atau teh herba. Boleh refill lagi. Best tak? Dengarnya kedai ni bukak sehingga jam 8.00 malam. So pada yang teringin tu, lepas balik kerja ada beberapa jam untuk singgah di Pusaneka UKM dan cubalah rasa sendiri. Oops, sebelum lupa. Kedai ni feberet kami juga sebab bersih yer, pinggan mangkuk bersih, sudu/garpu dan keadaan kedainya. Dapurnya pun bersih. Jadi bolehlah menikmati mee tarik dengan perasaan aman sejahtera. Paling penting, halal.





Sunday, May 8, 2016

Jumaat, Sabtu, Ahad yang macam-macam

Melukis dah, now sesi meneroka lukisan

Khusyuk melayan lukisan masing-masaing

Tempoh hari sudah (Jumaat), mengadakan bengkel terapi seni (melukis) untuk pelajar master kaunseling. Ada request pada awalnya untuk menambah kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Yelah, kena pelbagaikan kaedah/mode dalam terapi/sesi kaunseling. Klien kita ni pelbagai ragam dan keperluan. Ada yang cakap mak ai tak berenti macam keretapi laju Jepun, ada yang cakap sejemput-sejemput, ada yang mungkin tak berbunyi kalau tak ditanya. Jadi, melukis salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai ekspresi perasaan/isu/masalah gitewww. Biasanya saya buat ni tak ramai, dalam 10 orang sebab mengajar kaedah experiental approach, kena rasa sendiri proses itu untuk lebih faham, kira mereka sendiri kena go through process ekspresi seni dalam kelompok kecik 5-5 orang. 





 Hari yang sama, pagi tu, on d way ke ofis, dapat perkhabaran, pelajar penyeliaan saya xin mi meninggal dunia kerana SLE. Memang terkejut dan sedih. Saya tak ajar students undergrad, tapi saya menyelia tesis mereka. Dia ni rajin budaknyer, baik tingkah laku. Last time jumpa dia, tak nampak pulak sakitnya, tapi kawan dia bagi tahu dia memang dah mula sakit sejak semester lepas. Ingat conversation terakhir kami 24 April lalu dia bagi tahu dia nak defer study sebab nak operate kepala, ada blood clot. Kena operate. Saya respons menyokong keputusan mendiang waktu itu. Saya kata, kesihatan lebih penting dari pendidikan. Kita boleh tangguh pengajian, dan sambung lagi, tiada had untuk itu, tapi kesihatan tak boleh tunggu. I wish her the best. Tup-tup...Dalam msg terakhir tu dia macam menaruh harapan untuk kembali menyambung pengajian, and berharap saya masih menjadi supervisor dia bila dia dah sembuh nanti. Tapi itulah, takdir ajal maut ditangan tuhan. Sekuat mana pun keinginan kita untuk hidup selamanya, satu hari nanti kita akan dijemput yang Esa. 










Habis jer bengkel terapi seni, saya shoot ke Kuala Selangor, untuk menziarah keluarga mendiang bersama pengerusi pusat. Mula-mula tak jadik pergi sebab rombongon pusat yang first dah bergerak awal, sedang saya masih terkial-kial dalam bengkel terapi. Ingat dah tak sempat. Tapi Allah punya kuasa, boss call tanya free tak petang sebab baru dapat info van yang diminta telah diluluskan, bergerak selepas solat jumaat. Okaylah. Dalam kelam kabut itu sempat jugaklah pergi ke sana. Kuala Selangor ni jaraknya agak jauh jugak dari Bangi, ada dalam roughly 1 jam lebih ke 2 jam untuk ke sana. Bertolak jam 3.30 petang, kami sampai ke ukm jam 9 lebih malam. Haa tu dia. Penat yang amat! Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Oh, sebelum tu, habis jer bengkel, saya sempat ke usrah sekejap baru bertolak ke Kuala Selangor. Agaknya itulah rasanya jadi YB/ADUN kawasan kot, memenuhi setiap permintaan, keperluan masyarakat. Sekali dua pun dah terasa hazab, apatah lagi kalau setiap hari gitu. Eeei, tidaklah saya. Syukur saya bukan YB. Ahaha. Tuhan lebih tau kemampuan saya. 


Semalam, aktiviti lepak di rumah and berzuma di fitness studio di bangi gateway. Balik jam 7 time hujan yang lebat amat. Jalan reko jem teruk kerana banjir kilat sana sini. Saya hanya dapat sampai ke rumah jam 9 lebih. Ya Allah, bayangkan, biasanya kalau jalan busy, agak2 dalam 30 minit saya boleh sampai ke rumah. Kalau jalan tak busy, 15 minit boleh sampai. Sempat singgah makan dulu, dan sambung balik perjalanan, itu pun jem tak habis lagi. Tawakal jerlah meredah banjir kilat. Harus berterima kasih dengan kereta alzaku ini, kerana ketinggiannya, aku dapat meredah banjir dalam keadaan selamat. Semalam ada beberapa kereta mati tak dapat start terperangkap dalam air dan moto pun banyak yang sangkut. Balik tu, lepas mandi apa semua, ketiduran tahap dewa. Dengan penat zumba, penat banjir kilat...tak ingat dunia. 

Oleh kerana semalam agak mencabar, so hari ni duduk rumah rehat-rehat, lepak2 and masak best2 cikit. Gitulah rutin harian hidup saya. Minggu depan ni banyak outing, ke kedah dan ke pahang pulak. 


Semalam jugak, pilihanraya negeri sarawak. Hehe, kawan-kawan tanya tak balik mengundi ker? Saya konfiden jawab, tak payah balik pun, saya yakin team Adenan menang. Wah, masin mulut ku, kui-kui-kui. Menang 72 kerusi daripada 82 kerusi keseluruhan!!! Menang besar!! Ada jugak yang tak puas hati BN menang di Sarawak. Chill-lah wei. Sarawak tak sama politiknya dengan semenanjung. Bila anda ada masalah dengan UMNO di sini, tak bererti kami ada masalah dengan parti komponen BN di sarawak. Biasanya kami takde sentimen marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 

bunyi nak masak best macam hebat sangat kan, tapi syukurlah. ni rezeki Allah janjikan hari ni

Air kelapa, slurrp!! Sedap nih!! 
Okaylah, panjang bebel. Sekadar nak melepas gian menulis dan berekspresi. Selamat hujung minggu dan selamat bekerja esoknya. 




Monday, May 2, 2016

Laporan Seminggu

Salam hari buruh kepada semua. Hari ini hari Isnin, tapi sebab cuti umum, terasa pulak hari ini hari Ahad. Dapat extra cuti sehari. Syukur alhamdulillah...

Banyak sebenarnya perkara yang berlaku sepanjang seminggu dua ini, tapi sebab agak busy dengan kerja jadi tak menyempat-nyempat nak update blog. Takder orang baca takper :-) Saya buat untuk diri sendiri, untuk catat apa saja perkara yang saya fikir nak catatkan. Satu hari nanti mungkin, bila saya dah takder, orang boleh baca dan jadi legasi kenangan kepada yang mengenali. Kot2 dah tua nanti anak2 boleh baca balik cerita mamanya nih. Album gambar saja tak cukup, kena ada huraian sekali kan, so senang tengok gambar sekali dengan cerita dalam blog. Huhu. Sentimental lah pulak...

Sebab dah tak berapa nak rajin buat thread satu-satu, jadi lum sum kan semua peristiwa-peristiwa yang sesuai untuk dikongsi di sini. 

Bulan lepas sahaja dua kali saya kembara ke Kedah. Hari tu ikut husband, now pergi jadi penceramah untuk slot bengkel AADK Kedah. Dua hari satu malam saja di sana. Yelah, nak duduk lama-lama pun buat apa? Lainlah bawak husband boleh jejalan, ni pergi atas tiket kerja, time kerja, so bertolak hari Isnin balik hari Selasa tengah hari. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah. Sesiapa yang kenal saya tahulah penakutnyer saya ni nak naik kapal terbang. I hate flying!!

Gambar first pergi Kedah dengan husband
Pergi tempat orang tak sah kalau tak pergi tempat-tempat popular kat satu-satu tempat tu kan. Syukur berkesempatan pergi ke beberapa tempat popular untuk makan di Alor Setar, antaranya kedai char kuew tiaw amin (kalau tak silap), abc salji (makan tengah panas terik, salji turun dalam mangkuk jer), mangga durian kat tengah-tengah pekan, lupa pulak nama tempat tuh. Malam ada pergi makan kat kedai nasik kandar best kat alor setar, yasmin ker apa namanya, sesat-sesata ngan hubsand walaupun pakai waze. Keh-keh. Kami kalau tak sesat bukan berjalan namanya. Kali kedua pergi sendiri baru-baru ini saya tak ke mana-mana pun. Sebab naik flight and takder transport and jangka masa pendek sahaja. 


Ini gambar rumah tamu tempat saya stay kat kedah second time datang untuk AADK. Mak ai, saya sorang jer kat rumah besar nih. Ngeri dan seram seh!! Bilik ada banyak, pastu rumah besar. Nama pun rumah tamukan, so jarang orang duduk, jadi perasaan takut tu terasa jugak. Walaupun lokasi betul-betul dalam pusat latihan AADK, tapi malam-malam huhuhu..mulalah fikir macam-macam. Tapi beranikan diri sahaja, tak mahu layan fikiran 'ala filem munafik' dalam kepalaku ini. Nasib baik ada bawak laptop, jadi malam tu tidur bertemankan surah ruqyah and lampu rumah terang benderang, semua saya onkan. Haa, tulah, bagi lagi saya duduk sorang-sorang rumah besar nih.  TV pun saya biar terbukak kat ruang tamu. Tidur malam tak nyenyak sekejap2 terbangun, dengar bunyi kat atas siling bilik tapi fikir - tikus!! Jangan fikir lain! Itu tikus! Tikus! Tikus!!!


Keadaan rumah tamu ini selesa, bersih dan lengkap kemudahannya. Ada towel, telekung dan sejadah untuk bersolat, ada toiletries tersedia and biskut and air 3 in 1 kot2 nak minum. Saya angkut cerek elektrik masuk bilik. Tak syoknya bathroom kat luar bilik, so perjuanganlah jugak nak keluar bilik malam-malam nak terkucil. 





Nampak kecik jer, tapi besar rumah ini kat dalam

Selesa dan nyaman, macam homestay pun ye jugak


Gambar maggi kari kambing kat atas tuh bukan kat Kedah yer, tapi kat Bangi Gateway seksyen 15. Tempat kat foodcourt level 1 dekat dengan Hemst. Memang marbeles mee maggi kari kambing ni. Tak rugi cuba. Ada sekali tu 3 kali jugak saya makan mee maggi ni. Adoi sangat tidak sihat yer. Sesekali okaylah nak rasa, kalau banyak kali dalam seminggu adoi tidak digalakkan. Semalam pergi lagi kali ni dengan husband. Dia tengok gambar yang saya send, terus teringin. Beberapa kali jugak dia sebut nak makan. So bila dia mention lagi, bawaklah lagi and makan lagi mee maggi kari kambing nih. Tapi makan separuh jer sebab dah asyik makan mee maggi kambing ni rasa muak pulak. Terbayang-bayang maggi nie nak digest dalam perut ku dengan susah payahnya. Ada orang kata mee segera ni ambik masa nak digest dalam perut kita. Husband pun kata sedap. So, sesiapa yang gi Bangi gateway trylah yer.


Ini aktiviti semalam, jejalan gi carik barang travel bersama husband. Takdelah besar sangat pun, and ramai jugaklah yang pergi. Untuk carik barang okay kot, utk sajer-sajer jalan, rasanya shopping mall IOI putrajaya tu dah lebih dari mencukupi. Sebab selain barang, dan tempat makan, takder tempat untuk entertainments. Namapun factory outlet kan. Misi kami mencari backpack dan kasut travel telah tercapai maka kami pun balik ke bangi cari lampu utk rumah yang dah terbakar bulbnyer tu tapi sebab semalam cuti buruh, maka banyak kedai tutup. 


Ha, semalam gi mydin beli buah banyak-banyak sebab nak get rid off maggi segera cepat-cepat dalam sistem penghadamanku. ;-) Kebetulan jumpa jar kaca ni kat mydin, colorful, harga dalam rm6, cepat-cepat sambar. Mula-mula ambik dua color jer, hijau dan purple tapi husband tegur "aik pink tak nak?" Yelah, minat pink tak semestinya semua benda nak pink. Tapi sebab dia dah tegur, maka ciluk jugaklah satu pink. 

lemon + orange + blueberries + strawberries + ais ketul + mineral water = detox water!! 

Mudah jer. Berkhasiat walaupun rasa tawar. Adalah rasa buah tu dalam air bila kita minum tapi jangan imagine macam beli jus kat kedai pulak, yang penuh rasa kemanisannya. Detox water ini baik untuk kesihatan dan paling best bila diminum selepas exercise dan awal pagi.

Okay selamat hari buruh!!!





Tuesday, March 22, 2016

Makan Tengah Hari di Bakar-Bakar & Grill House Bangi



Dari hari tu lagi kami sekawan berura-ura nak makan di Bakar-Bakar & Grill House Bangi, tapi ada jer sebab menghalang. Nak kumpul satu semua sekali memang susah sekarang sebab masing-masing banyak komitmen. Yang dah ada jawatan macam abg Nas and Sam ni memang lagi lah, kejap meeting sana, kejap meeting sini..sungguh susah nak carik time diaorang takde meeting. Tak termasuk bila ada kuliah masing-masing, and research dan lain-lain. Berjanji beria-ia, tapi cancel last minute. Janji makan di sini pada kali ini pun diputuskan semasa weekend masa Kak Jee upload gambar dia makan situ ngan husband dia. Adoi, terliur ler tengok. K jee pun kata, why not this coming Monday sebab hari tu hari semua orang takde kelas, and kebetulan abg Nas and Sam pun ada masa tengah hari. Petang jer sepatutnya ada meeting. So still have time kalau pergi awal. Alhamdulillah tercapai hajat nak makan situ for the first time. 

So, tepat jam 12 tengah hari kami satu kereta meluru (meluru sebab masing-masing excited and lapar) ke Bakar-Bakar & Grill House Bangi. Biasa kalau pergi beramai-ramai ni yang selalu jadi AJK angkut-angkut ialah kak Nurul, saya and kak Eza sebab kereta cukup muatan. Tapi biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai dalam kereta riuh rendah!!! Tapi end up, date lunch kami berjaya and we had a great time. Yeay!! Paling best sebab free, ahaha, K jee sponsor. Makan sampai kenyang. So far, rasanya ini antara steamboat and grill bakar yang paling sedap dan best. Selalu pergi kat Johnny jer, tapi tempat ni boleh jadi pesaing. Johnny ada banyak makanan sampingan, and takder grill ada steamboat sahaja. Di Bakar-Bakar ni, takde banyak makanan sampingan, tapi rasanya yang ada ni pun lebih dari mencukupi. RM45 untuk satu kepala, boleh makan apa saja, sampai kenyang and ada coffee and hot chocolate yang best. Kira semalam balik ke pejabat dalam keadaan kenyang perut suka hati. Tak bestnya, sebab grill kena buat sendiri and asap boleh tahan banyak, sampai balik terasa diriku seperti manusia salai. Sungguh asap baunya. 

Kelakarnya, time kami sampai takde orang, kami jer kat situ sampai habis makan. Maybe sebab tengah bulan. Sebab dengarnya kalau awal bulan ni memang sentiasa penuh sampai terpaksa call utk reservation. Harus angkut bos makan sini ;-)

Sesi memilih juadah. Akak diet ini of course akan pilih makan sihat dulu - buah and sayuran

abg Nash semua kat situ okay pada dia kecuali KAMBING. Dihalaunya gril kambing kami duk jauh-jauh. Cit!

Seperti biasa, adik manja. Dia jadi diva. Tukang senyum dan tunggu makanan sampai ahaha

Kak suzi. Kalau bab pilih makanan memang kami bagi jawatan tu kat dia and dia pasti cemerlang tanpa gagal


Grill kambing dia memang sedap. 


 
Tunjuk skill masa ler tuh
Versi steamboat

Memang puas hatilah. In sha Allah pasti datang lagi. Kali ini angkut big bos pulak.


Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)

https://www.facebook.com/bakarbangi/
‪#‎allucaneatbuffet‬#‪#‎makansampaipengsan‬#


Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am

Wednesday, October 10, 2012

air kelapa cherating pahang



Semalam ke cherating pahang utk survey tempat nak buat sanggar kerja. Alhamdulillah tercapai matlamat. Hajat saya pun tercapai.
Saya kalau berjalan ke pantai timur 3 perkara nih mesti saya penuhi:
Keropok lekor
Sata
Air kelapa
Kalu nak yang 3  mknan di atas secara pure n segar maka pantai timurlah tempat terbaik untuk mendapatkannya. Air kelapa sebijik 3 ringgit jer. Tapi punyer besar..sedap..n fresh. Tiada kata2 dapat menggambarkan bestnyer minum air kelapa segar dari ladang. Sluurrrp. Memang bestlah.
Saya rasa orang kawasan luar bandar lebih bernasib baik bab2 makanan nih berbanding org bandar. Dahlah segar..lebih murah pulak tuh.
Apapun happylah. Lagi2 yg join semalam semua kaki kuat makan...pantang berhenti ader jer benda nak beli utk di makan. Sampai ke bangi happy jer rasa.
Gendang gedut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.
:-)
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 7, 2012

simple dinner



Saya mmg x berapa gemar beli mkn di luar. Kbanyakan masa sy suka masak sendiri biarpun makannyer seorang. Ntah..mungkin mmg suka masak or sebab masak ni lain dari kerja harian diofis.
Hari ini masak lala sambal bercili and sup taugeh.
Ini untuk rekod sendiri..takderla melilau carik resepi kt pakcik google. Saya ni kadang2 nak masak mau confirmkan ingredients..tu yg suka menerjah mana2 resepi yg ader di internet.

Lala masak sambal cili
Bhn2
# Bwg merah
# Bwg putih
# Halia
# Lengkuas
# Cili kering

Bhn2 diatas ini diblend dan ditumis dgn minyak


# Cili sos
# Sos tiram
# Kiub ikan bilis
# Asam jawa
# Gula sedikit
# Garam secukup rasa

Setelah tumis masukkan pula bhn2 diatas ini. Oops..jgn lupa lala masukkan. Bukan lala namernyer klu x der lala.. Jadi tata titu nanti. Takder sukatan spesifik. Saya main agak2 jer.

Silat2 kat dapur ckit...tadaaa! Siap sudah.

Sedap tak?? Mmg sedap. Pandai rupernyer saya masak. Hue3. Ini blog saya punyer so saya ader hak asasi manusia utk perasan disini. Hihihi. Jgn marah aaaa...
Ok. Nasik pun dh suam. Kasik saya makan. Happy eating!
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, October 2, 2012

lemonade..sluuurp!



Selalu beli lemon ni ckit2 jer. Jarang buat jus minuman sbb selalu minum ribena jer. Bukan per nal buat tuh makan masa. Ribena tu senang jer. Blik ofis ptg2..bukak fridge..masukkan sedikit pati ribena n masukkan air dlm mug..tadaaaa!

Menziarah sahabat baru2 ini yg menghidangkan lemonade drink ini buat sy menyedari sedapnyer buat air nih. Sihat n berkhasiat pulak tuh! So now i can make my own lemonade instead of ribena. Sy hanya perlu belikan jug yg muat masuk dlm peti ais n buat byk2 so xderlah nak minum pastu buat. Bestnyer dpt minum lemonade time panas terik kan...
Sluurp!
Published with Blogger-droid v2.0.8

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...