Showing posts with label clinique. Show all posts
Showing posts with label clinique. Show all posts

Saturday, July 11, 2020

Face Mask & Face Scrub Pilihan Saya

Salam semua,

Malam ni, sementara menanti masker wajah lumpur dari Kiehls kering, saya nak buat thread tentang masker dan skrub wajah. Actually minat terhadap masker dan skrub muka ni memang dah lama pun. Dari dulu lagi. Bermula dengan membuat mask sendiri akhirnya beli yang orang buat sahaja. Dulu-dulu, suka buat masker dari asam jawa or paling klasik bedak sejuk!! Now and then masih juga pakai bedak sejuk especially yang my mom in law buat. Dia buat memang bagus, peram beras dan tapis banyak kali. Simpan bertahun-tahun!! So hasilnya ialah bedak sejuk yang cukup halus dan sangat best bila dipakai. Cuma sekarang ni sebab faktor usia, jarang dia dapat buat. Tapi masih lagi berbaki bedak sejuk yang dibuatnya dalam simpanan. 

Sajer mood tengah mengidam nak cantik ni sedang membuak-buak maka layankan saja thread saya yang semuanya pasal produk kecantikan semata-mata. Sila menjauh jika anda hendak termuntah melayan mengidam saya yang bukan biashe-biashe ini. Seriously, jangkanya baby boy tapi mengidamnyer macam dapat baby girl!

Kalau ikut rejim kecantikan orang korea yang banyak sangat steps tu, masker muka dan scrub adalah rutin kecantikan yang penting. Ia bukanlah wajib, tapi rejim kecantikan orang korea mengutamakan booster seperti masker muka dan scrub bagi menjaga kecantikan kulit agar kekal dalam kondisi terbaik. And penggunaan masker wajah dan scrub ni ada urutan tertentu bergantung kepada jenis masker muka/scrub yang dipakai. Namun saya perasan, syarat utamanya ialah wajah perlulah dibersihkan dulu dari segala kekotoran seperti make up, sunblock dan sebagainya. Wajah kena bersih baharulah pakai mask/scrub untuk kesan yang maksimum. 


Ada beberapa jenis steps yang saya perasan:

  • Untuk masker muka seperti jenis krim dan lumpur, seeloknya dipakai selepas memakai membersihkan wajah samada selepas mencuci wajah dengan cleanser pilihan atau setelah memakai toner. Masker jenis ini biasanya perlu dibilas selepas beberapa minit.
  • Kalau masker jenis masker sheet yang mengandungi essense dan tak perlu dibilas, pemakaiannnya ialah selepas kita memakai serum. Hanya selepas memakai masker sheet tersebut, maka boleh diteruskan ke steps seterusnya seperti menggunakan face oil dan moisturiser. 
  • Sleeping masker - juga dikenali sebagai overnight masker, yakni masker yang boleh dibawa tidur sampai ke pagi. Masker jenis ini biasanya dipakai sebagai ganti moisturiser, biasanya fungsi adalah untuk melembap kulit wajah, atau juga boleh dipakai bersama-sama selepas moisturiser. Peranan sleeping masker dan moisturiser adalah sama. So boleh digunakan berselang seli atau kedua-duanya sekali. Tapi personally saya rasa, tak perlu pakai sampai 2 sekaligus, lagi-lagi kalau barang digunakan mahal pulak tu. Ahaks! Baiklah pakai berganti-ganti memandangkan fungsinya sama. Selain itu, takut wajah nanti overreact pula sebab terlebih pelembap lalu timbul jerawat dan sebagainya. Saya tak berapa gemar sleeping mask ni sebab suka tidur dalam keadaan wajah yang bersih bukannya rasa melekit. Tapi saya tidak menolak idea bahawa sleeping mask memang antara masker yang sedang IN sekarang and banyak jenama menjual masker jenis ini. 

Maaf gambar kurang jelas sebab tak bukak lampu siling, gambar ni diambil di bawah lampu minyak tanah! Haha. Gurau. Di bawah lampu meja kerja ku. Ha, maka hasilnya gitulah ye.



Gambar di atas merupakan koleksi masker muka yang saya ada. Dapat dirumuskan saya ada beberapa jenis masker muka:

1. Jenis masker topeng (mask sheet) dari Dr Morita - anti oxidant. Beli di Guardian. Actually, yg ni beli random ajer. Rupanya Dr. Morita mask sheet ni memang popular. First time pakai brand nih. Saya tak tertarik dengan packagingnyer yang sangat skema itu berbanding packaging mask sheet lain, so itu yang buat saya tak begitu perasan reputasi mask sheet brand ni. Bila saya review kemudiannya barulah tahu rupanya popular dan dapat rating yang bagus. Baru sekali pakai dan saya suka. Masker topeng seperti ini langkah pemakaian yang disarankan ialah dipakai selepas mencuci wajah>toner>essense>serum>masker topeng>moisturiser. Ia tidak perlu dibilas dan moisturiser akan lock lembapan/esen yang wajah kita dapat selepas memakai masker muka ini. 

 2. Masker + scrub -- saya ada brand Kiehls turmeric/berry - dah nak habis pun. Suka pakai ini. Fungsi mencerahkan kulit dan membuang sel kulit mati. Selain itu ada bahan lain juga dalam masker muka ini. Tiada bau ketara and wajah terasa bersih lepas kita sental wajah dengan sisa-sisa cranberry yang ada dalam masker ini. Fungsinya untuk exfoliate, bukan untuk melembapkan. So saya suka pakai ini bersama dengan masker avocado. Jangan pakai hari-hari nanti kulit wajah kering. Satu lagi, baru pakai ialah lotus face mask dari Fresh. Fungsi untuk exfoliate dan juga untuk hydrate. Dua kali dah pakai, memang melembapkan kulit muka, best seller product di Sephora. Tapi saya agak pening dengan baunya yang 'pelik'. Ntahlah, pembawaan budak ker aper, tapi bau masker ni agak memeningkan kepala saya. Nasib pakai 5 minit ajer.

3. Sleeping mask - saya ada saiz kecil dari jenama Laneige. Fungsinya ialah melembap. Actually fokus memang untuk melembapkan kulit muka yang kering. Baru 2 kali pakai. Oleh kerana fungsinya sama maka saya rasa tak perlu pakai pelembap + sleeping mask. Pakai berselang-seli itu lebih baik. Dapat jimat moisturiser yang mahal tu. Ahaks! Langkah penjimatan.

4. Masker untuk pori muka - yang berfungsi membersihkan pori muka dari sebum/minyak secara lebih mendalam. Saya pakai Kiehls. Agak lama jugak dah saya beli dan pakai masih tak habis-habis lagi. Saya pakai dalam 1-2x seminggu. Tekstur clay mask Kiehls ni lembut dan tidak mengeringkan kulit muka. Best seller produk Kiehls. 

5. Masker melembap - Saya pakai brand Kiehls Avocado. Rasanya masker Avocado ni produk baharu Kiehls. Masa nak beli dulu saya tak sure nak pilih Calendula or Avocado. Calendula pun pilihan yang bagus untuk melembapkan kulit wajah, tapi akhirnya saya ambik Avocado sebab nak cuba. Calendula saya pernah guna saiz kecil - sample. So far bagus, rasa puas hati. Kalau tengok tekstur memang macam guna buah avocado sebenar, tenyeh2 letak essential oil or serum and you done!! Itu kalau nak buat homemade lah. Tapi sebab diriku ini tak sebegitu rajin maka beli saja. Bau pun sebijik bau avocado asli. Bila tenyeh kat muka terasa kelembapan pada kulit wajah sesudahnya. 

Oh, saya juga ada 7 day scrub cream dari Clinique. Rajin jugak saya pakai bila nak cepat and tak perlu tunggu beberapa minit. Scrub ini memang cukup lembut pada kulit muka, bintil-bintilnya halus dan dengan kombinasi krim yang ada pada scrub ini, cukup lembut dan tidak menyebabkan kulit rasa kering atau tercalar. 

TIPS paling penting: Jangan pakai lebih daripada tempoh yang disarankan. Jika arahan kata pakai 5 minit jangan pula exceed waktu tersebut kerana ia boleh memberi kesan reverse effects. So selamat berspa di rumah!!





Friday, June 12, 2020

Loccitane Gift Set - Divine Goddess



Loccitane Gift Set


Salam sejahtera semua,

Saya telah mengubah layout blog saya ini kepada wajah dan paparan yang baharu. Saja untuk suka-suka. Bukan orang lain baca pun :-) sekadar terapi diri berkongsi dan meluahkan...

Okay, actually gift set Loccitane yang saya order ni dah sampai minggu lepas lagi. Sehari selepas order losyen badan Loccitane tu sampai, keesokannya dapat pula yang ini. Kira memang cepat! I bet Loccitane ni bukan pakai currier biashe-biashe. Sesuailah dengan brand syarikat yang mempunyai reputasi baik. 

Okay, gift set ini berharga RM225. Dapat juga beberapa sampel, seperti mandian badam yang popular itu, syampu, lagi sampel serum untuk mata. Tidak lupa, kotak kuning keras tu, so saya dah ada 2 kotak!! Saya pun tak tahu nak buat aper dengan kotak2  nih. Satu mungkin okay, banyak sangat pulak buntu nak fikirkan buat aper dengannya. 

My first impression dapat gift set itu ialah - ahaha keciknyer!!! Gift set ni pun bukanlah murah sangat, pada saya boleh tahan harganya. Saya beli sebab nak try krim muka and serum youth oilnyer tu. Saya nak cuba kalau benar-benar berkesan baru beli saiz sebenar. Sebab sampel dalam sachet ni tidak mencukupi untuk kita nak pakai sampai seminggu dua. 

Honestly, i term of samples, i tell you guys, tak boleh challenge Clinique produk. Jarang benar sampel mereka dalam bentuk sachets, melainkan dia bagi kita miniature kecil seperti Loccitane Gift Set ini. Itulah saiz sample mereka. What i miss about Clinique ialah mereka sangat generous about giving free samples dalam botol-botol kecil nih. Memang boleh pakai bawak pergi travel. So Clinique menang di situ. 

Bercakap tentang Clinique, masih ada banyak produk Clinique yang bagus-bagus and masih guna sampai sekarang seperti pencuci muka, toner, 72 hours moisturiser, 7 day face scrub, dan beberapa lagi produk mereka. 

Macam tu jugak dengan Kiehls. Harus diakui ialah bukan semua range produk sesuatu jenama itu bagus dan efektif. Jadi pada saya lebih baik mix and match mana yang paling sesuai dengan kita tanpa perlu menjadi begitu fanatik dengan satu-satu jenama. Macam Loccitane ni, saya kira serum dia antara yang terbaik, juga produk penjagaan badan dan syampoo. Saya ingat bulan depan nak sambar syampoo Loccitane satu. Baru-baru ini saya mencuba sampel yang diberikan - Aromachologie Body & Strength. Baunyer fresh and rambut rasa segar dan lembut saja. Memang rasa best pakai syampoo tu. Bolehlah nanti masa berpantang berwangi-wangi untuk terapi diri. Awal-awal minggu bersalin tu memang dah sah bau minyak urut kan, tapi lepas 3-4 minggu dah boleh berwangi-wangian dengan set penjagaan badan yang wangi, terapeutik dan menenangkan gitu. 

Update reset serum, youth oil and cream muka Loccitane yang saya baru cuba:

Saya rasa kesan penggunaan serum, youth oil dan cream muka Loccitane yang saya cuba sekarang memang efektif. Kesannya lebih cepat dari serum Kiehls yang saya guna. PLUS, tekstur serum, minyak dan cream Loccitane ni lebih ringan pada muka dan tidak sesekali menyebabkan muka saya nampak berminyak. Kiehls sebaliknya, serum dia agak berminyak especially cream muka. Saya beranggapan krim muka Kiehls ni memang sesuai untuk negara 4 musim yang sejuk dan kering. Thats why tekstur krim kebanyakannya macam tu. 

And walaupun baru pakai kurang sebulan, boleh nampak kesan pada wajah, lebih sekata dan nampak lembap just nice. Let see, kalau berpuas hati bolehlah terus pakai serum Loccitane. 

Sunday, March 24, 2019

Kiehl's VS Clinique: Yang Mana Pilihan Hati?





Salam 2019,

Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada padat dan sentiasa terisi. Seriously komitmen kerja dan keluarga buat saya tak punya banyak masa untuk menulis secara konsisten untuk blog. Tapi saya tetap ada sentimental value dengan blog ini kerana blog ini adalah terapi saya masa buat PhD dan ada banyak kenangan di dalamnya.

Straight to the point! Saya nak bagi review pasal produk yang baru saja saya gunakan. Ada cerita sebaliknya. Agak panjang, kalau ada banyak masa sila baca sampai habis, kalau rasa saya terlebih bebel, sila skip sahaja :-)

Ceritanya bermula dengan kebelakangan ini saya menyedari kulit muka saya menjadi lebih kering daripada biasa. Selain faktor mungkin kurang minum air, kekeringan pada kulit muka juga disebabkan oleh faktor ketuaan. I admit, now di ambang senja, jadi mengalami dehidrasi adalah tipikal situasi yang sering dialami oleh wanita-wanita termasuk diriku ini. Hehe. Bagi yang mengikuti blog ku ini secara tak sengaja pasti tahu bahawa saya adalah pengguna tegar produk Clinique sejak sekian lama. Rasanya since 2010 saya mula menggunakan produk ini till now so do your math how many years...9 years and counting. 

Namun kondisi kulit muka sepanjang tempoh itu telah berubah lately, moisturizer Clinique rasa dah macam tak cukup untuk mengatasi kekeringan kulit. Walaupun saya pakai pelembap Moisture Surge 72 hour auto replenishing hydrator dan juga Dramatically Different Moisturizing Gel. Sebelum ini saya juga pernah try serum Clinique smart custom repair serum yang boleh menyebabkan menangis masa nak bayar tu, still rasanya tak banyak yang berubah. Three step products Clinique memang regularly pakai dan to be honest, saya jadi customer loyal kerana ini satu-satunya produk yang kulit saya tidak ada reaksi negatif eg breakout. Saya mempunyai kulit muka sensitif, bukan sebarangan produk boleh saya pakai dan kena berhati-hati.  

Satu lagi yang mencetuskan kebimbangan saya lately selain kulit kering ialah banyaknya white head. Saya tidak menyalahkan produk Clinique kerana sebelum ini saya tiada masalah itu. Sebaliknya saya rasa ini disebabkan oleh bedak muka elianto yang saya pakai iaitu 3D cushion tu. Memang superb sebab semua dalam tu, jadi tak perlu pakai foundation/bb cream. Tapi, saya lupa bahawa produk ini non comedogenic. Dulu pakai bedak Clinique tapi sebab dah lama sangat pakai produk sama dan dengar pulak review best pasal bedak elianto tu maka cubalah. Again, kulit muka sensitif macam saya kena carik bedak yang 'non comedogenic' ni. 

so..

Saya pun fikir kenalah carik krim malam utk top up kulit yang kering dan mengalami dehidrasi ini. Ye, saya tak pakai krim malam, saya pakai 2 krim Clinique yg saya cakap tadi. So, didorong oleh rasa ingin mencuba sesuatu yang baru maka saya pun try lah carik di google list krim malam yang bagus. Banyak jugak websites and blog saya jelajah, ramai yang mentioned satu krim ni yang namanya ialah Ultra Facial Cream daripada Kiehls. Krim malam Clinique memang dalam list saya tapi nak jugak carik yang lain berdasarkan reviews pengguna dan pakar kulit. Bila dah banyak kali orang mentioned this facial cream, saya pun curiouslah. Tapi masa tu rasa macam nak order online jer sebab boleh order online. Dipendekkan cerita, satu hari singgah sekejap di IOI mall putrajaya untuk beli krim malam Clinique. 



Masa keluar dari kedai Clinique ternampaklah perkataan Kiehls ni kat depan kedai Clinique, kedai dia lebih besar. Well, memang kedai tu saya perasan lama dah, sebelah bodyshop tapi tak pernah nak singgah sebab rasa like - high end sangat! Tapi tetiba sel otakku berhubung KIEHLS?? Eh ni bukan brand facial cream yang best tu ker?? Barulah saya like ... "oooo..ni ker??" So tanpa berlengah saya pun masuk dalam tu and jumpa SA tanya pasal produk mereka and apa yang saya carik. First produk saya beli ialah Ultra Wrinkle and Pore Reducing Cream sebab my concern ialah nak yg lebih moisturise and kurangkan pori-pori hidung yg banyak whitehead itu. Sebelum balik tu, SA bagi saya banyak sampel utk dicuba. 

My first impression kat kedai tuh..wow weeee!! Banyak betul produk skin care diaorang, ada macam-macam!!! Kira kalau first time masuk situ tanpa single knowledge about their products, memang you lost i tell you. Suddenly semuanya you rasa nak dan perlu. Ha gitu perasaannya. Tambah lagi saya dengar banyak review positif pasal Kiehls ni lagilah macam nak mencuba everything. Balik tu saya tengok betul-betul websites Kiehls dan saya baca testimoni dan reviews pengguna tentang produk ini. i could tell that most people are really satisfied with the products, high end category, pricey but yet worth every penny, gitulah main points yg saya dapat dari reviews. Saya pun sempat terfikir, kenapa tak sedar kewujudan produk ini yer? sedangkan dah wujud since 1851 kalau tak silap dan memang establish and has good reputation. Bila dah godek2 tu, maka dapatlah saya identify apa yang saya perlu dan produk2 Kiehls yang top ten. Tapi malam tu saya cuba sampel yang diberikan. Banyak sample yg saya dapat. Bila pakai malam tu memang rasa lembut dan lembap kulit muka. For the first time, in a long time, saya nampak muka saya lebih anjal dan bercahaya (hehe ayat dahsyat) dan lembap yang ketara. Maka ketika itu saya terfikir, its time to add Kiehls products into my beauty regime. But doesnt mean that i tolak terus produk Clinique. I will mix and match sesuai dengan keadaan, lagipun masih ada lagi produk Clinique yang saya baru beli sebelum tu. 

So apa produk Kiehls yang saya jadikan my beauty regime? Check this out. 


Ha, agak banyak jugaklah kan. Tengok sampel saya dapat tuh, memang banyak dan boleh lah try nanti-nanti, ada serum, cream untuk muka dan mata, masker, bb cream dan sunblock. Boleh bawak travel sekali. 

Related image


#1 Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash (best seller)
Ni antara killer produk Kiehls. Sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Sebelum terlupa, memang kulit saya kombinasi, tapi lebih kepada ke arah kering dengan minyak di T zone. Setakat ini saya pakai puas hati, tak rasa mengeringkan, and ada efek terapeutik ketika mencuci muka dengan produk ini sebab baunya yang sedap. Bila cuci muka dengan pencuci ni terus teringat air kotak chrysanthemum.  Actually, ia diperbuat dari bunga Calendula. 


Related image



#2 Calendula Herbal Extract Toner (best seller)

Bertindak sebagai toner. Sama seperti pencuci tadi, bau bunga ni menusuk hidung. Boleh pakai kapas atau tangan sahaja untuk menyapu toner ini ke muka. Kalau nak jimat, baik pakai tangan jer, so toner ini dapat dioptimakan dan tidak dibazirkan oleh kapas muka dengan syarat tangan tu biar bersih. Pengalaman saya, memang terasa segar dan tidak mengeringkan langsung, toner ini tidak mengeringkan kulit muka dan tiada langsung rasa menyengat yg biasanya kita rasakan kalau toner itu mengandungi alkohol. Istimewanya, toner ini boleh nampak kelopak bunga Calendula dalam botol ini yang Kiehls nyatakan 'still inserted by hand'. How cool is that? 

Image result for kiehl's treatment essence



#3 Iris Extract Activating Treatment Essense

Essense penting untuk menyediakan kulit menerima apa jua produk yang kita pakai selepas mencuci muka. Essense ni seringkali dianggap tidak penting dan orang skip. Fungsi utama ialah melembapkan kulit, memberi hidrasi, mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit wajah. Bila pakai ni mula-mula kita sapu kat muka rasa melekit tapi sekejap sahaja, lepas tu kulit cepat serap essense ini dan tadaaa..rasa lembut okay. Even tapak tangan pun terasa lembut dan lembap. 

Image result for kiehl's vitamin c concentrate


#4 Powerful Strength Line Reducing Concentrate (best seller)

Serum ini kaya dengan vitamin c. Fungsi utamanya ialah untuk mengurangkan garisan dan kedutan pada wajah, menjadikan wajah lebih cerah berseri, memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan pori-pori wajah. Penggunaan berterusan akan menghaluskan kulit wajah. Sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif. First sapu serum ini memang akan terasa sensasi hangat. Terasa bahannya meresap ke kulit wajah. Saya pakai serum ini waktu siang selepas menggunakan essense. 


Image result for kiehl's midnight recovery oil

#5 Midnight recovery concentrate (best seller)

Ada 3 bahan utama serum ini iaitu minyak lavender, evening primrose oil dan minyak zaitun. Lavender memberikan kesan aromaterapi dan menenangkan, dicadangkan kita hidu dulu bau minyak ini ditangan sebelum menyapunya ke muka. Membantu untuk rasa relaks. Primrose oil pula memang terkenal untuk mengekalkan hidrasi dan keanjalan kulit. Minyak zaitun pula terkenal dengan fungsinya untuk melembapkan kulit. Malam adalah waktu penting untuk kulit berehat dan pulih, jadi rutin malam adalah agak penting. 


Image result for kiehl's daily reviving oil

#6 Daily Reviving Concentrate (best seller)

Sesuai untuk semua jenis kulit. Bahan utama ialah ginger, sunflower oil, tanamu oil. Fungsi utama ialah memberi kesegaran kepada kulit, membantu kulit untuk lebih segar dan berseri, mempertahankan kulit daripada radikal bebas, antioksida dan non comedogenic. Minyak ini sesuai dipakai waktu siang. Mula-mula nak beli ini sekali tapi dah ada midnight recovery oil untuk malam, last2 saya tukar kepada serum #4. Lucky me, SA bagi saya sample 15ml untuk minyak ini. Saya guna sebelah pagi dan saya sangat sukakan rasanya pada kulit. Terasa lebih segar dan berseri kulit wajah kita. Ni sudah pasti dalam senarai untuk beli tapi habiskan dulu sample yang saya dapat. 

Image result for kiehl's earth deep pore mask


#7 Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque (best seller)

Ini pun favourite ramai dan best seller. Sebenarnya ada beberapa lagi masker Kiehls yang teruja nak cuba tapi saya ambik ni dulu sebab ramai sangat rekomen masker ini dan sesuai dengan objektif saya untuk menghilangkan whitehead and mengecilkan pori-pori muka. Dah pakai sekali, buat lapisan nipis sahaja dan terasa ada sensasi panas dan terasa ia meresap ke dalam kulit muka. Pakai ini 1-2 kali seminggu sahaja. Kiehls mengatakan masker ini membantu menanggalkan minyak berlebihan dan kulit mati yang menyumbat pori wajah. Just what i need. Walaupun lepas mencuci wajah, kulit tidak kering dan terasa lembut mungkin kerana adanya alovera sebagai bahan utama selain tanah liat Amazon ini. 

Image result for kiehl's cucumber face wash


# Cucumber Herbal Conditioning Cleanser

Sebelum mencuba Calendula face wash, saya terlebih dahulu telah mencuba pencuci muka ini. Sukakannya dan kulit rasa segar dan tidak mengeringkan kulit. Ia juga sesuai untuk membersihkan make-up dan boleh digunakan oleh individu berkulit sensitif. Bahan utama ialah ekstrak timun dan glycerin. 


Kesimpulan;

Well, memang saya boleh katakan ada perubahan kulit wajah yang signifikan bila saya guna semua produk di atas. Stepsnya lebih banyak dari Clinique yang saya pakai iaitu 3 steps skin system. Ada essense dan serum. Bila bangun pagi hari kulit lebih sihat, pori lebih kecil dan plump. Kulit nampak happy dan tidak kusam. Actually tak sure mana satu yang paling berkesan, semuanya saya suka dan saya rasa kombinasi kesemua produk ini dan prosesnya yang menyebabkan kulit saya lebih sihat :-)

Invest make up or skin care?? I choose skin care. Honestly banyak jugak saya spent untuk beli semua produk ini tapi saya melihatnya sebagai investment jangka panjang, kena lebih menjaga kulit wajah. Jika kulit muka kita sihat, make up yg simple sahaja dan memadaikan. Wajah yang sihat itu lebih baik dari make up tebal utk melindungi cela. Ini pandangan saya. Jika mampu go for both. 


Fuh!! Panjang kan saya punya review.Hopefully pembaca yg sedang mencari produk wajah sesuai dapat sedikit gambaran tentang produk kiehls yang saya pakai ini. Saya masih memakai produk Clinique mengikut keperluan semasa. Cuma saya nak beri peluang kepada kiehls untuk menunjukkan keberkesanan produk mereka utk mengatasi kulit wajah saya yang kering, ada whitehead dan pori terbuka. And saya juga mungkin berhenti guna produk 3D cushion elianto tu. Inilah culprit yang menyebabkan whitehead di muka saya. 

Happy weekend all. 





Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...