Alhamdulilah, hari ni dah puasa hari ke-10. Kejap je dah habis satu fasa. Memang x terasa. Tahun ini ada kelainan sikit sbb tahun ini saya merasa bertadarus dan join tazkirah sbb organisasi baru saya aktif dengan aktiviti2 macam ni. Kebetulan pulak Ramadhan jatuh ketika students dah mula cuti belajar dan mula dengan final exam minggu ke 2 dan ke 3 Ramadhan, jadi kami yang staf2 akademik ni agak free sikit. So dapat la hari2 bertadarus dan attend sesi tazkirah.
Keje dulu takde suasana gini, bulan posa pon dok sibuk dengan keje. Dan yg disibukkan lagi oleh pengurusan dulu adalah tentang buka posa buffet kat hotel, hamper raya, bonus raya. So penghayatan ibadah Ramadhan tu pandai2 sendiri la.
Cik HB bergurau tahun ni buka posa kat hotel mana...hahaha. Dah x merasa la jawabnya. Cukup2 la dah couple of years pegi buka posa bufet mewah di hotel2. Dulu pegi sbb di sponsor, ni nak pegi bayar sendiri mmg tak la. Bukan sbb kedekut tapi rasa ianya membazir sgt. Dulu mmg kurang kesedaran bab ni, asal makan free aje mmg ON la jawabnya. Tapi how much you can eat masa buka posa? Then, bila dah makan mcm2, walaupun semuanya sedap2 tapi u tak rasa pon kepuasannya.
Kami sekarang buka posa ala kadar aje. Alhamdulilah, ari2 saya sempat masak sbb waktu keje flexible so saya masuk awal, balik pon awal. Kami sgt2 jarang membeli di pasar Ramadhan. Ada sekali cik HB saja2 bawa anak2 ronda PARAM, beli la popia basah, kek batik dan 1 air manis perisa apa tah. Popia rasa dah masam2, maybe sbb dibuat tengahari, then ada taugeh mmg akan cepat bau. Kek batik a small piece harga RM3. Air manis x diminum abis, diorg cari air kosong jugak at last.
Tu yang rasa kalau x terdesak, xde la nak pegi beli2 kat PARAM. Dah la susah nak parking, sesak dengan orang lagi, terbeli makanan yg kita x puas hati, pastu termengumpat...kan dah bertambah dosa. Kalau nak beli kuih, sbb kuih x sempat buat sendiri, saya akan beli kat satu kakak yang menjual kat taman rumah saya. Lagi mudah.
Tak sempat nak amik gambar2 juadah buka puasa. Gambar atas tu antara sajian kami - ikan merah masak asam pedas, pekasam goreng dan sayur campur. Kuih karipap dan onde2 beli kat kakak laksa. Beli sikit2 aje supaya x berlebih.
Ikan merah dibeli dgn portion yang agak besar dr Pasar Besar Melaka so boleh bahagi kepada 3 portion. 1 masak asam pedas, 1 masak kari, 1 lagi buat masak lemak cili api letak mangga muda....puas hati makan.
Ada sekali sahur masak sambal sardin, so ada banyak leftover. Kita recycle dia buat roti sardin. Kat PARAM roti sardin seketul 50 sen tau! Buat sendiri lagi jimat.
Saya mmg berusaha tak nak membazir makanan. Juadah buka puasa masak sendiri kita boleh panaskan utk masak sahur. Kalau lauk beli kat PARAM, selalunya dah x elok by then. Even yg saya masak waktu buka pon, malam tu saya letak dulu dalam fridge supaya x rosak. Bangun sahur panaskan aje. Kadang2 sahur diorg ni x nak nasi, saya akan buat roti bakar la, goreng kueytiaw ke. So lauk yg lebih ni awal2 saya dah masukkan dalam freezer. Kalau dalam freezer 2-3 bulan pon tahan lagi. Tapi dengan syarat lepas masak dah asing siap2 dalam bekas. Jangan yg lebih dalam mangkuk yg hidang tu ko pegi simpan. Nanti x elok jugak jadi makanan tu. Tu saya plan ahead. Hidang lauk ikut portion nak makan. Kalau x cukup baru amik kat periuk.
Hargai setiap makanan yang kita ada dan buat la pilihan yang bijak ye! Kalau ke PARAM jangan ikut nafsu, pandai2 la memilih dan beli la apa yg perlu sahaja :)