Pages

Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Ideas for Patio

I'm done with my works and sementara nak tunggu waktu keje berakhir, let's berangan!

Saya paling suka skodeng Houzz.com...selalu terhibur dgn gambar2 dan cerita2 interior designs dan pasal rumah di situ. 

Nak hias rumah cantik2 buat masa ini mmg takde budget jadi sementara nak menabung kita cari la idea2 yg menarik yg mungkin kita boleh adapt kan nanti.

Alhamdulilah, rumah kami ada laman dan ruang terbuka berbumbung di bahagian depan dan tepi. Mat salleh panggil "patio". Kalau yg kat depan tu of course dah jadi porch tempat parking kereta. Yang bahagian luar tepi sebelah dining area tu kot yg saya labelkan as patio rumah saya. Memang menarik design rumah ni buat patio tu sebelah dining area dan ada sliding door. Kami selalu buat BBQ kat area tu. Hajat dihati nak pasang tiles kat area ni utk cantikkan dan nampak kemas sikit, tapi buat masa ni belum ada bajet lagi utk perkara tu. Banyak yg dirancang dari dulu utk area ni...kami mula ingat nak beli buai kayu jati la, but ended up beli buai besi sbb lagi murah dan senang nak maintain. Then teringin nak beli settee idaman hati utk buat tempat lepak minum kopi malam2 or sarapan pagi kat luar. 

Again, belum lagi ada bajet ke arah itu. Settee idaman hati tak murah ye...jadi koi berangan2 la dulu, eh?






Tuesday, April 14, 2015

Entry Hall

Ingat tak lagi my post berkenaan dengan Entry Hall Deco?

Well, I've done something with that area. Dah lama dah buat, cuma baru sekarang masuk blog...hehehe. It's not much tapi sekurang2nya dah ada la kemajuan kat area entry hall tu. Yang penting it's functioning as what I want it to be.


Kami beli cabinet 3 laci yg laci2nya agak besar dari IKEA. So boleh berfungsi utk menyimpan beg2 sekolah kembar on emergency basis...hehehe. Emergency I say sbb kembar selalu tinggalkan beg kat pintu masuk. Kena jerit berkali2 baru bawak naik atas. So kalau we are expecting guest, boleh terus sembunyikan beg2 diorg kat dalam laci2 tu. Si abahnya pon ada banyak sgt tah hapa2 dokumen/surat2 bawak balik rumah, so bila I mengemas - in the drawers they go!Cuma kena selalu sort out jugak laci2 ini sbb orang2 dalam rumah ni tend to campak apa saja masuk laci ni. 

One thing I dont like about this area, dinding yg tutup tangga tu x dibuat sepenuhnya. Actually design asal takde dinding melepasi tangga pon. Kira you masuk main door, terus nampak tangga. Masa renovation, kami minta contractor tambah dinding sbb nak tutup tangga. Contractor tu pulak cadangkan kat cik HB (I didnt know about this) jgn tutup semua nanti tambah la kayu2 deco, baru cantik. 

So kecacatannya sekarang, dah x boleh nak gantung gambar sbb mcm x centre aje kalau nak gantung gambar. Nak tambah kayu pulak, belum ada budget. So that's all I can do. I'm planning nak letak framed photos of family tapi nak pegi print gambar pon tak buat2 lagi.

And then, thanks to cik HB, dia offer nak cat the wall with the colour of my choice. So I chose the light brown color.

Cuma yg x best, we dont know how to hide the telephone modem. Tu yg still dok atas lantai tepi tu. Will think of something for that!

Monday, January 26, 2015

Ideas for Entry Hall Deco

Salam Isnin semua!

Mokcik pagi ni agak kepenatan sedikit. Maklum la semalam walaupun cuti mokcik tetap banyak urusan - urusan rumahtangga yg tak abis2. Pagi2 dah keluar ke pasar mencari ikan/ayam. Lepas pasar gi Family Store beli sayur/buah/barang2 dapur. Dah Family Store satu bangunan ngan Parkson, ronda Parkson pula. Dari nak beli cuma sandal utk Insyirah dah terbeli benda lain pulak!

Balik rumah dah pukul 2. Basuh cuci ikan/ayam segala then masak for lunch (kami mkn lunch kul 4 ptg!). Berehat sekejap sambung pulak kemas dapur dan buat kek Victoria Sandwich. Prepare dinner pulak. Malam pulak menggosok baju dari pukul 9 sampai 11.30 malam.

Phewwww..memang penat rasanya. 

Mujur pagi keje tak sibuk sangat. So nak cari angin nak buat keje, mokcik merayap kat Houzz.com cari inspirasi nak hias rumah. Dah lama ingat nak buat something with the entry hall yg plain dan jadi tempat longgokan beg2 anak2. Tp mcm selalu mokcik ckp, kami kalau nak buat satu2 projek kena menabung dulu. Tak mampu la nak terus beli apa yg dihajati sepantas kilat.

So these are photos saya berkenan dari Houzz yg mungkin boleh jadi inspirasi utk entry hall rumah kami:



I love the idea of console table tapi ada lah lebih baik letak cabinet yg boleh berfungsi jadi tempat sorok beg2 sikembar..Even kalau guna console table pon, atasnya tak boleh la ada deco yg begitu banyak. Semak nampak dan siapa pulak yg rajin nak sapu habuk selalu kan?



Like the cabinet in the photo. Kami dah survey cabinet yg bersesuaian dengan konsep. Tapi harganya boleh tahan mahal jugak sbb yang kami berkenan tu kat kedai perabot jati. Tu yang kena menabung tu :). Masih lagi mencari2 cabinet lain jugak yg lebih moden design nya dan kalau boleh lebih murah lagi.



Kalau boleh something like this...tapi tak nak la rustic sgt.


The cabinet is lovely...but the wall paper is all wrong!



Kemasnya la....

Tuesday, June 17, 2014

Kaison, Mahkota Parade

Hari Ahad tu, lepas dah makan2 kat Seoul's Garden, kami terperasan satu kedai baru kat dalam Mahkota Parade - Kaison namanya....well, mungkin dah lama tapi last time kami dtg sini berbulan2 dulu, kedai ni belum ada lagi. 


Kedai ni ku kira adalah kedai home deco memerangkap kedai barangan rumah dan cenderamata...ala2 KK Home Deco atau Romantika. Tu je yg saya tau kedai home deco yg ada kat Melaka ni.

But compare to those two, saya lagi suka konsep di Kaison ni kot. KK and Romantika are too English...saya tak berapa gemar English country concept for home deco (well, mcm la saya ada apa2 konsep pon...hahaha). Utk sikit2 bunga ok, tapi kalau whole house penuh bunga, penuh flowery wall deco, langsir, gantung sana sini segala deco english tu, mokcik pening!!!!

Bukan nak condemn ye....terpulang la kepada kesukaan masing2...

I think I prefer something people call modern minimalis. Atau pon yg dikatakan less is more.

Contoh2nya macam ini:

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4




Kat sini ada banyak Eiffel tower monuments...tak yah beli2 kat Paris nub...believe me, takde beza pon

They have huge selection of wall pictures....banyak yang menarik!

The artificial flowers and plants are beautiful.....tak nampak plastik sangat kan?


What do we call this kind of paper deco stuffs? Yg guna kertas krep? I bought few of these for bilik kembar. Senang aje, just buka je lipatannya. Tapi belum gantung lagi.

Anyway, saya takde la shopping apa2 pon, takat beli lampu tido utk bilik kembar aje. Tapi kedai ini akan menjadi kedai favourite di masa hadapan....hehehe. Lagi best kalau boleh shopping tak payah bawak budak2!






Monday, June 2, 2014

Wall Paper Project: Dining Area

We have been thinking on doing something with the wall at the dining area and make it as a focal wall. Mulanya nak cat with dark brown colour to make it outstanding. Ada juga terfikir about wall paper but I thought it's out of question sbb wall paper sangat mahal for us (pernah survey harganya masa Home Deco Fair). 

Until recently kami balik kampung dan berkunjung ke rumah kakak saya yg baru berpindah rumah dan nampak wall papernya yg cantik. So tanya la sbb I know my brother-in-law takkan beli benda mahal2. Dia sentiasa tau mana nak cari benda at its best price. BIL ckp dia jumpa wall paper murah beli kat Tesco Rawang at RM100++ sbb kedai yg jual tu nak clearkan stock....so sbb tu dijual murah dr harga biasa.

So lepas balik dari Tg. Malim, kami pon singgah ke Tesco Rawang nak cari wall paper murah ni. Memang ada, bukan kedai pon, just a kiosk dibuka dengan sample2 wall paper yg mahal dan home deco stuff yg lain. Standard harga utk wall paper selalunya dalam RM300 ke atas, bergantung kepada corak. Lagi cantik coraknya, lagi mahal. Belum citer upah pasang lagi. 

Dah x banyak dah pon wall paper yg dijual under stock clearance. Yg ada tu pon takde samplenya. Kita boleh tgk corak dari gulungannya aje. So takde la corak2 yg menarik...ada satu ni je la yg saya rasa ok. Cik HB mulanya x keen to buy sbb dia kata nampak mcm tikar getah. Tapi saya convince kan dia bila dah pasang nanti mesti cantik. Akhirnya kami beli la 1 gulung pd harga RM199 campur gamnya RM20. Satu gulung tu boleh cover area 139sqft. 

So semalam gigih la cik HB memulakan proses pemasangan. Cik HB penah pasang wall paper masa kami dok kat Jerman dulu sbb rumah sewa kami masa tu wall paper nya rosak kena serangan kulat. Tapi cik HB kata yg kat Jerman lebih nipis dan ringan dan kelebarannya pon kecik. Jadi senang nak manage. Yang kami beli ni jenis vinyl dari Korea. Lebih tebal dan berat dan lebarnya 1m. Saya pon kena naik tangga dan pegangkan sekali masa cik HB nak adjustkan kedudukannya. 

Camni la gaya amatur tukang pasang wall paper. 

Nampak mcm kecik je wall yg kami pasang wall paper tu kan? Tapi nak menyiapkannya jenuh jugak la. Mujur la cik HB bertabah...hehehe

Akhirnya.....taraaaaaaaaaaaaaa!!!! Dining area kami berubah rupa dah. Pada saya ianya nampak exclusive sekali. 

Camni la kami yg kena buat projek mencantikkan rumah sedikit demi sedikit. Kena menabung utk satu2 projek dan kena cari yg affordable sesuai dengan budget. Tapi bila dapat yg berkenan pada harga yg berpatutan, memang puas hati sesangat!

So next project? Hehehe...belum diputuskan lagi. Saya nak mencantikkan living hall tapi cik HB nak siapkan family hall. Kita tengok la dulu budget kita cemana ye?


Monday, March 24, 2014

Makeover Bilik Kembar

Macam la buat makeover besar2an padahal cuma tampal wall sticker yg dijual kat Tesco jah!

Tapi saya juga ada gantung gambar....hehehe.

Masa mula2 pindah dulu, kami ingat nak catkan bilik kembar dengan warna pink. Tapi month after month dan lebih setahun, projek x juga jalan2...hehehe. But then, bila saya belikan set bedroom warna putih utk sikembar, I think for the time being tak perlu kot nak catkan bilik ni pink sepenuhnya. Sentuhan langsir yg pinkish-flowery pon dah terserlah unsur merah jambunya. Tambah pula kami belikan meja tulis putih dgn kaki warna pink, kerusi pink dan rak buku pink.

Banyak sgt dah unsur pinknya!

Kang dinding pon cat pink, pitam pulak nengoknya....

Anyway, mungkin bila dinding dah kusam dan kotor, masa tu akan dipertimbangkan utk dicatkan. 



Wall sticker ni saya beli RM6.90 sekeping utk 2 kuntum bunga di Tesco. Not a very good quality tapi ok la. 


Really love the study table from IKEA. Kami beli tahun lepas masa harganya RM99 sebiji. Now bila tgk katalog IKEA 2014, harganya dah RM139 kalau x silap. Such a good buy eh?


2 biji gambar tu saya bawa balik dr Jerman. Dibeli kat flea market kat sana pada harga 1 Euro satu frame. 



Langsir dibeli dan ditempah di Tangkak, Johor. Saya tgk kain langsir ni for the first time terus jatuh cinta and I know it suits the twins' room. Karpet nipis RM50 dibeli dr Nilai 3.

So takat ni je la dulu deco bilik kembar. Not much, tapi sedap di mata hati saya cukup la :). As I told the twins, yg penting tolong pastikan bilik kemas sentiasa. Anak dara sunti berdua tu, kalau x diingatkan bilik macam tongkang pecah.

Actually, banyak lagi ruang dalam rumah yg masih belum lengkap seperti yg diidamkan. Tapi kita berpijak dibumi yg nyata....selagi belum punya budget yg cukup, kita menabung la dulu ye!

Lain la kalau tiba2 nak di sponsor deconya oleh Eric Leong ke Rizalman ke kannnnn



Monday, April 8, 2013

Hijau

Last weekend baru la weekend yg kami dok rumah x kemana2. Selalunya weekend ada je hal. Tak balik kampung, ada org datang rumah. Takde org dtg rumah, kami lak ada hal dimana2. 

Cik HB ngan gigihnya clearkan laman yg penuh ngan batu2. Pagar batu on the side dah siap. Dan utk jimatkan kos, cik HB nak cat sendiri. Jiran sebelah tu pon cat sendiri...mmg jenis DIY pon. Cuma pagar batu tu je x DIY sbb x cukup kudrat kot. Cover longkang tu dia buat sendiri tau! Pandai lak welding2 ni. Tiles luar rumah pon pasang sendiri. Jaid cik HB pon cam terikut2 la gaya org tu...bagus kan? Hehehe...

Jadi Ahad tu, dengan kerahan tenaga dua anak dara, diorg pon mengecat ngan gigihnya. Tapi 2 anak dara tu buat keje sekejap je pon, pastu dah x larat! Tak habis lagi projek mengecat, sbb baru selesai buat coating ngan cat putih, next week baru cat ngan kaler sebenar.

Kat Kidzania kemain lagi suka mengecat, bila suh 
buat betul2 baru tau susahnya cemana...hehehe

Hari Ahad jugak kami sempat gi nursery. Sebenarnya nak beli tanah hitam sbb kitorg dah buat patch utk tanam sayur kat belakang. Tapi survey2 juga apa nak tanam utk buat landskap. Cik HB plan nak tanam rumput sendiri, agak doubt la bila ianya akan berjaya tapi xpe...kita tunggu dan lihat ye...hehehe.

Pusing2 kat dua nursery, we ended up beli 2 kampit besar tanah hitam ngan 4 anak pokok dan 4 pasu. Ikut hati nak beli banyak pokok, maklum la excited nak buat taman...hihihi. Tapi x yah la bercita2 besar sgt...kita mulakan dengan 4 pasu dulu pastu kita tgk cemana....makin subur ka itu pokok2 atau x panjang umur...hehehe.

Pokok halau nyamuk namanya...
nyonya nursery tu ckp halau hantu jugak, siap ckp DIJAMIN...hahaha

Pokok bunga putih (x tau nama apa) dan pokok tong emas. 

Harap2 pokok2 tu kekal subur hendaknya. I told the twins, now diorg ada responsibility baru yakni siram pokok petang2. 

Semoga misi menghijaukan dan mencantikkan halaman rumah terus konsisten gitu ye!

Tuesday, March 5, 2013

Family Room

I'm in the midst of banyak keje ni, smlm one whole day meeting, ari ni pon ada meeting. rasa cam a mental torture je dok dalam meweting dgr org membebel!

I need a short time-off.

Browsing through Houzz and blogging pon boleh la for so-called time off...

Jom berangan! This time ideas for family room :). There's an  area on the top floor of my house which I've been thinking to make a nice family room. It will be an area for library and watching TV and a desktop with PC. On the daily basis, it will be the area for our little family to spend time. 

Tapi tunggu bila ada budget la...

Multipurpose shelf - boleh buat rak buku dan TV cabinet.

Takde large window mcm dlm gambar tu, cuma ada 3-panel window tapi lebar bilik lebih kurang sama, 
cuma x panjang mana.



The size of the room mcm sama but i'm sure the cabinet will cost you a bomb!



Agak serabut but the cabinet looks nice

Wednesday, February 27, 2013

Housekeeping Tips from Houzz

I really like Houzz. When it comes to living, cleaning, decorating, efficiency of  a household, Houzz would have something for you to refer.

Boleh embed pulak tu kat blog! Suka2!!!


Monday, December 31, 2012

Tahun Baru dgn Dapur Baru :)


Hoyeeeeeee!!! Dapur sudah siap! (kami pon dah pindah masuk)

Red & Black temanya sempena x tau...hehehe. Cuma pernah ternampak dlm majalah Impiana ke Anjung Seri tah combination kaler sebegini.

Yg ingatnya masa cik HB suh pilih kaler utk kitchen cabinet kami sedang melawat rumah kawannya yg dah siap renovation. They used red & black as well. Jadi sy pon terus pick kaler ini.

Semoga mokcik terus rajin memasak...hehehehe

Monday, December 17, 2012

Sneak Preview

Akhirnya kontraktor grill siapkan jugak kejenya!

So boleh la continue ngan keje2 pemasangan lampu2/kipas2. Kontraktor kitchen cabinet pon boleh proceed buat keje diorg.

Hopefully by this week semuanya boleh siap dan boleh la pindah masuk hujung bulan ni. Aminnnnnn.

Living hall
Dining area

Dapur half-way done

Wednesday, November 28, 2012

Impian Berkebun

Sadly, kami x berjaya jugak pindah bulan ni....

Kontraktor grill masih x siapkan lagi keje diorg. Janji diCAPATI sungguh la!

Anyway, mokcik dah asik berangan2 nak buat edible garden and also kalau extra rajin tanam2 bunga. Syok gak layan gambar2 kat Houzz.


Menarik kan herbs ditanam teratur aje dlm pots

Tak sangka lemon pon boleh tanam dlm pot!

Aaaaaaa...berangannya nak ada laman camni


Lagi edible garden yg teratur



Dan ini lagi....

Skrg ni pon kalau lalu2 depan rumah2 org suka skodeng kebun diorg. Rumah teres setingkat takat tanah sekangkang kera pon mcm2 tanaman ada. Yg tanah sikit depan umah pon sempat gak diorg tanam bendi la, terung la. Seronok tengok! Tapi mokcik xde tepon canggih nak amik gambar, jadi xde la boleh tunjuk bukti. Kang amik gambar ngan kamera kang apa lak org kata kan? Cam paparazzi la plak. Silap2 kena pelangkung...hehehe

Tuesday, October 9, 2012

Rumah Sewaku....

Rumah sewa ni kan, cam tau2 aje kitorg nak pindah, jadik mcm2 benda pon nak rosak. 

Sebenarnya dr last year rumah ni bermasalah dgn atap bocor and tangki rosak. Atap bocor one round pakcik tuan rumah dah penah dtg repair tapi kemudian  bocor lagi malah lagi teruk sampai dah berapa spots dah. Dah call pakcik tuan rumah tapi dia x dtg2.....

Tangki tu disebabkan bocor teruk sgt sampai bil air kami naik dekat RM60 sebulan, pastu lantai dapur asik banjir dgn dinding semua naik kulat, cik HB pon usahakan la buat keje McGyver sendiri. Solve sekejap tapi skrg cam ala2 bocor balik but with slow rate la sbb x byk air menitis dr tangki tu. Yg boleh menitis sampai ke dapur kami sbb I guess rumah tu dah salah design la. Rumah ni before kami masuk, tuan rumah renovate bahagian dapur then dia buat cam open space antara dinding dapur bahagian atas dgn roof top yg ada tangki air. So bila tangki bocor, air pon masuk la ke bahagian dapur.

Yg atap bocor, kalau hujan lebat pon mmg banjir la dapur kami sampai x larat dah nak tadah ngan besen. Baru2 ni, maybe sbb hujan lebat sgt, satu spot yg bocor ni telah dripping along the ceiling dan menitik kat bahagian kitchen cabinet yg ada electrical apparatus. So rice cooker sudah tamat riwayatnya selepas kejadian itu. Mujur blender (yg usianya sama cam umur perkahwinan kami) masih bertahan. Agaknya sbb blender cam Philips, rice cooker cap ayam, jadik blender masih panjang umur. 

Terbaru, paip dlm dinding pulak disyaki pecah!

Sy dok notice nape la lantai berair walaupun x hujan dan situ bukan kawasan air tangki menitik. Makin lama makin teruk sampai skrg ni kami tutup valve kat luar bila malam nak tido and the next morning buka kejap, then tutup balik bila pegi keje. Sebab kalau biar agaknya jadi kolam la kot dapur kami...huhuhu

Tak larat la ngadap rumah camni...dah la masa x berapa nak ada pastu asik kan nak kena mop lantai dapur. Pulak tu bila nak pi basuh pinggan tengah malam ke pagi buta, sekali baru teringat air dah tutup. Malas tul nak keluar pi buka valve, sbb x berpakaian yg sesuai nak keluar rumah, hatta depan pintu gate sekali pon. Ada sekali tu lagi la frustrated sbb ON mesin basuh kain, before gi keje, terlupa yg cik HB akan tutup valve before dia gi keje. So balik lunch time konon nak sidai, sekali tgk baju x siap basuh lagi....huwaaaaaaaaaaaa.


Cik HB kata cam nampak gaya kami x berjaya nak pindah rumah baru hujung bulan ni sbb byk keje2 nak masuk rumah belum settle dan dia mungkin nak mintak tuan rumah extend sewa kami for another month. 

And I say "TAK MAU!!!!!!!!!!"

Makanya, kena la usahakan sampai boleh pindah hujung bulan ni ye!

Wednesday, September 26, 2012

Landscape

Rumah baru nanti, kami ada sedikit laman. Xde la besar mana... tapi boleh la kalau berangan nak buat pergola ke, nak buat landscape ke, garden herbs ke...

Garden herbs mmg impian dr dulu. Maybe yg mampu nak ditanam nanti cuma daun pandan, daun kari, serai tapi setelah tgk blog Mixed Family yg tanam mcm2 English herbs, mcm teruja juga nak buat benda yg sama. Kot kang jgn lalang yg penuh udah la ye!

Anyway, I browsed thru Houzz dan tertarik dgn some landscapes:











Wednesday, September 19, 2012

Rumah oh rumah...

Kunci rumah, kami dah dapat since awal bulan Ogos. Tapi dek kerana sibuk nak raya, sibuk keje, sibuk urusan rumahtangga so langsung x urus apa2 utk proses nak masuk rumah baru tu. Cuma target by November nanti kami nak pindah masuk. Dan ada la sekali dua merayau minta quotation utk lampu2/kipas.

Tapi tau la masa kan berlalu dgn sgt pantas.

By the time abis cuti raya, tau2 dah masuk September. Baru start nak minta quotation dr contractor nak renovate rumah. Actually bukan nak renovate apa, setakat nak buat plaster ceiling sikit, grill of course kena pasang, extend sikit kat belakang utk buat open laundry area dan buat kitchen cabinet. Mula2 rasa x mo buat dulu kitchen cabinet sbb nak kitchen cabinet idaman kalbu tapi tau la dream kitchen ongkosnya harus la besar. Tapi budget yg ada ciput aje. Pastu fikir2 balik, kalu x buat skrg lagi leceh sbb nanti nak kena beli almari dapur jugak, kemudian kalau buat kitchen cabinet later on, lagi susah nak manage sbb rumah dah ada barang. Sapa nak tunggu rumah while contractor buat keje? So xpe la, buat je la simple kitchen cabinet yg praktikal. Dapur idaman tunggu la 10 thn akan dtg, kot ada rezeki kan...

Before jumpa contractor, plan macam2 nak reno rumah tapi bila dpt quotation, hamekkkk....over budget ye!  Terus cut sana sini....hahahaha. So kita buat yg basic je la ye...xyah nak berangan mcm design2 dlm Anjung Seri ke Impiana ye...

Last week baru finalised keje2 ubahsuai ngan contractor. Tak tau la sempat ke diorg nak siapkan dlm tempoh sebulan yg dijanjikan tu. Tolong la sempat sbb pastu proses nak basuh rumah lagi, rasa cam basuh sekali je x cukup tu, kena basuh at least 2 kali ngan mop sekali sbb teruk sgt berabuk. Tu lagi satu nak fikir, kena out source la urusan membasuh rumah sbb kami berdua aje. Dan cuma boleh buat over the weekend. Tolak sy sbb dah tentu kena jaga anak2. Nak amek cuti buat weekdays, i have cuti no more...huhuhu.

Lampu2 baru je beli hari Isnin aritu, tu pon x abis lagi sbb byk benda yg berkenan out of stock kat Ikea. Speaking of Ikea, mak aiii...pegi hari Isnin ari tu, Ikea dah serupa jualan gudang. Punya la ramai org! Dulu org kata Ikea mahal kan? Tapi skrg harga Ikea mmg mampu beli la. Contoh: Lack side table yg dulunya rega RM59.90 dah jadi RM17.90! Kitorg pon rembat la 2 biji sekaligus! Sayangnya, cermin toilet yg dibeli, balik2 x jumpa. Agaknya cik HB tertinggal kat kaunter bayaran kot sbb dlm bil ada item cermin tu...huhuhu.

Langsir pon x cari lagi ni...adehhh. Perabot2 baru mmg xde lagi perancangan nak membeli. Kami akan guna aje apa yg ada skrg. Biar la rumah cam padang bola bak kata org, xpe...we'll do it slowly. Ikut budget semasa ye!

Tu belum citer lagi part nak berkemas rumah sewa nak pack barang2. Hari2 punya domestic chores pon x sempat nak buat, inikan lagi nak cari masa nak pack barang2? Huwaaaaaa...

Hmmm, kena sit down buat mitigation plan la camni!

Wednesday, July 11, 2012

Bedroom Ideas

Maafkan sy sbb asik come out dgn entry featuring interior design. Can't help it! Byk sgt design cantik2 kat internet. Tak boleh stop tgk. So kita kumpulkan dulu mana berkenan. Cedok idea sana sikit, sini sikit. Kot2 ada budget boleh la apply kan?

Tak berapa berkenan dgn colour tapi sgt berkenan 
dgn plaster ceiling yg cover the top of curtain. 
Cantik je nampak langsir tu jatuh.

Colour scheme sama je ngan gambar atas but 
somehow this looks so cozy right? Katil cantik!

Haih...balik2 berkenan kaler coklat!

Berkenan jugak dgn katil kayu camni and 
yellow/orange colour paint

But the colour is too bright, no? 
mcm nanti rasa panas la pulak

Lawa jugak wall dgn kaler biru laut dak? 
But the bed of course too much for me. 
I like something simple aje

Love this too!!!

Aaaa....chanteknya!!!!

Ok, cukup la dulu. Nanti kita tgk lagi ye!