Pages

Monday, August 7, 2017

Kelahiran Ahmad Ilhan

Assalammualaikum, 

Rindunya kat blog...lama dah sgt tak update cerita dalam ni. Konon nak update perkembangan masa mengandung tapi tak tersempat. Plus, masa mengandung malas tahap gaban nk hadap PC. Kalau ngadap pon sbb buat keje or online shopping...hahahaha. 

Tapi rasa nak bercerita jugak tentang kelahiran Ahmad Ilhan, buat kenangan di masa depan. Dulu masa Insyirah ada ceritanya dalam blog ini, so Ilhan pon kena ada cerita jugak. Patut byk lagi perkembangan Insyirah patut disimpan dalam ni, buat rujukan utk Ilhan. Contoh: apa solid food pertama yg diberikan, milestones etc. Yang kembar mmg takde cerita bertulis yang disimpan sbb zaman diorg baby, blog xde lagi...hihihi. So ingat2 lupa la kenangan diorg masa baby.

Hari ni first day kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti selepas lahirkan Ahmad Ilhan pada 8/5/2017. Memandangkan belum ada keje lagi, apatah lagi skrg cuti semester, mari la kita blogkan cerita Ahmad Ilhan. Masa dalam cuti bersalin, mmg tak tersempat nak ngadap blog2 ni semua, ketahui la cuti 3 bulan sgt rasa masa cepat berlalu, dan jadi surirumah mmg ngadap keje rumah yg x habis2.

My last update masa mengandung was at 14 weeks. Lepas tu xde update dah. Alhamdulilah, kehamilan dilalui tanpa apa2 masalah kesihatan yg serius - no diabetes, no high blood pressure, no issue at all. Cuma saya asik xde tenaga dan kepenatan all the time. Check-up kat KK pon lancar tapi sebab saya pernah melahirkan kembar secara pembedahan, minggu 34 saya kena refer to GH Melaka. At the same time sy plan nak bersalin kat private hospital yg baru kat Melaka ni - Oriental Straits Medical Centre. Gynae yg sy pilih, Dr. Norhayati tu bekas doktor pakar GH Melaka and ramai yg kata dia bagus. Tapi tetap juga continue check-up kat KK and GH as back-up in case kalau jadi apa2 dah ada fail kat sana. 

Saya mmg berharap nak bersalin normal jugak kali ini tapi both doctors in GH and  Oriental dah bagitau sesiap kat saya kalau berat baby lebih dari 3.5kg, diorg x recommend saya go thru normal birth sbb risiko rahim terkoyak tetap ada walaupun sy went thru ceasarian 12 tahun yang lepas. Kat GH kalau u ada risiko bersalin normal, and u insist nak jugak bersalin normal, ada satu borang u have to sign to say that u understand the risks u face. Ni first time saya tgk borang ni, masa bersalin Insyirah dulu saya tak diberitahu pon hal ni. Maybe sbb masa tu pon pegi private hospital kot. I guess borang ni perlu sbb ramai sgt kes nak bersalin normal walaupun berisiko, lepas tu jadi perkara yg tak diingini, terus nak saman doktor/hospital.

Minggu ke 36 check-up, berat baby dah 3.4kg dan doktor dah warning kalau sy teruskan sampai 40 minggu, berat baby mmg foresee cecah more than 3.5kg. So check-up dgn Dr. Norhayati kat Oriental, kami terus decide to go for ceasarian on week 38. Saya suka dgn Dr. Norhayati ni sbb dia very friendly and dia byk discuss perkara2 yg kami tak tahu and kami bebas nak tanya apa saja. 

So bila tarikh dah sampai serah diri je kat hospital. Kami checked-in hospital pukul 12 mlm, memandangkan operation akan dilakukan pukul 8 am. 

Sempat pi makan kek and minum kopi sebelum checked-in sbb ada Starbuck dekat2 Oriental tu...
tu last makanan yg masuk perut sebelum kena start puasa pukul 12 mlm.


Dah checked-in terus buat preparation utk bedah esok dan monitor keadaan baby. 


Then masuk wad dulu untuk tidur sekejap. Sempat amik gambar last moment sebelum bersalin. That was me @ 38 weeks -94kg!!! The heaviest weight among all my pregnancies. Perut mmg besar, 
orang asik tanya mengandung kembar ke? Mmg jenuh la nak bawak perut camni. 


Kesian abe ni tido atas kerusi. Sebenarnya dah bawak toto and boleh je minta kerusi malas tapi dia kata ok je tido atas kerusi gitu. Esoknya baru tau sakit2 badan....hahaha. Apapon, terima kasih abang sbb temankan I kat hospital. Dia ni mmg bukan jenis romantik bagi2 bunga, buat2 surprise kasi hadiah ke, bawak candle light dinner ke tapi bab2 gini la baru la nampak romantik dia....hehehe.


Excited first time dapat masuk theater room temankan saya dibedah. Masa kembar dulu tak dapat peluang ni sbb bersalin kat hospital kerajaan. To be honest, it boosts your positivity and calmness bila your husband is there with you, hold your hand and talk to you during the operation.


First time seeing Ahmad Ilhan. Turned out Ilhan was breech masa dibedah. Dr. Norhayati pon terkejut sbb belah2 je nampak punggung dulu...hahaha. Masa scan minggu 36, elok je posisi dia kepala kat bawah. Doc ckp maybe sbb perut sy besar and air ketuban byk so that's why dia boleh posing lagi. So it was a good decision to go for ceasar...sbb bukan saja Ilhan besar, dia pon in breech position jugak. Say if we go for normal, tetiba baru tau dia breech, dah kena emergency caesar. Alhamdulilah pembedahan pon lancar and recovery process pon mudah.

Close-up muka masa baru lahir. Very chubby kan?


Alhamdulilah, after 3 girls, Allah granted our wish to have a boy. 
In fact, I'm so grateful having another healthy baby sbb selepas Insyirah, I had two miscarriages.

Kakak2 yg sgt happy dapat adik boy.

Ni kakak yg sorang lagi happy dpt adik 


Ilhan masa Day 9. Masa ni struggle dengan breastfeeding and jaundice. Ilhan anak saya yg paling lama affected by jaundice. Walaupun lama tak la level tinggi sgt sampai kena warded. Cuma level dia turun sikit2 dan lama. Dekat 3 minggu jugak la kami berulang ke KK untuk check darah dia. Lepas 14 hari, dah kena amik darah byk sikit and sample air kencing utk check details. Alhamdulilah, semuanya normal and doktor justified jaundice Ilhan as breast milk jaundice. Saya pon baru tau ttg breast milk jaundice. From Wiki:

Breast milk jaundice is a type of neonatal jaundice associated with breastfeeding. It is characterized by indirect hyperbilirubinemia in a breastfed newborn that develops after the first 4-7 days of life, persists longer than physiologic jaundice, and has no other identifiable cause.

Apapon kalau anak ada jaundice, jgn amik mudah. Kalau kena hari2 berulang ke klinik utk check darah, pegi la walaupun leceh. Sbb jaundice kalau x dirawat, takut2 ada masalah kesihatan yang lagi kritikal.

About breastfeeding pulak, Ilhan mula2 x pandai nak latch. Sampai luka2 nipples sbb latching x betul. Jenuh nak betul cara dia latch. Disebabkan itu dia x berapa nak kenyang bila menyusu. Berat pon turun sampai 3.5kg. By 1 month, berat dia baru 3.9kg. Alhamdulilah lepas habis pantang dia semakin pandai menyusu. 

Umur sebulan

2 bulan, berat 5.1kg, tinggi 58 cm. Berat dan tinggi dah naik dgn jayanya. 
Esok check-up 3 bulan, tgk bape byk pulak peningkatannya.

So tu la sedikit sebanyak cerita Ahmad Ilhan. Nanti ada masa kita cerita lagi pasal dia ye :)



2 comments:

Adah said...

Congratulations Neni..Alhamdulillah dapat baby boy. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh..amin..

Neny said...

Thanks Adah! Tak sangka u still come to my blog sbb dah jarang update skrg. Ur blog pon dah x update eh Adah? How's life?