Sudah agak lama saya tak buat post on monthly garden update. The last one was in May 2014. Jun dan Julai lansung tak tersempat nak buat update. Dek kerana kesibukan kerja dan menguruskan kehidupan seharian, laman dan kebun sekangkang kera pon tak terjaga. Kadang2 berhari2 tak siram. So banyak jugak la pokok2 yg pupus. Mujur banyak jugak la yg masih survived.
Sekarang since situasi kat tempat kerja pon dah kurang sibuk, slowly, saya cuba tumpukan perhatian kepada gardening. Belum all-out lagi tapi cuba menyiram pokok secara konsisten. Gardening is a therapy to me, so I cannot stop. Dapat tengok satu bunga yg keluar di awal pagi dah cukup menggembirakan. Org lain tgk laman kita mungkin rasa takde apa pon yg menarik tapi utk diri sendiri yg menanam, it means a lot!
So let's see apa je yang ada kat garden saya.
On halaman depan:
I am trying to convert this section as a flower beds, so dah tanam ros jepun pelbagai warna.
I think I need to create a boundary for this flower bed by adding batu2 lanskap.
Tengok ros jepun berbunga pon boleh buat hati saya gembira. Pokok ros jepun saya ni sebenarnya multi-colors. Satu pasu ada mcm2 colour tp hari tu elok pulak satu pasu keluar bright pink saja dan satu lagi pasu keluar putih sahaja. Masa ni belum trim lagi rumput. Dah trim rumput baru cantik nampak ros jepun!
My pokok kemboja sudah tak berbunga...sedihnya. Daun pon nampak macam tak sihat. Skrg saya cuba pastikan pokok ini dibaja setiap 2 minggu. Semoga berbunga kembali wahai pokok kemboja...
Kat bahagian kitchen herbs garden:
Pokok kacang botor dah lebat. Ada nampak la jugak berbunga satu dua tapi belum sempat jadi buah lagi. Saya suspek si burung pipit dok makan bunga dia. Logik tak? Sbb selalu je saya tgk ada bunga hari ni, esok dah hilang dan burung2 pipit dok hinggap kat situ. Saya tak marah pon, dah rezeki kau di burung pipit. Cuma berdoa moga2 byk la jadi kacang botornya supaya dapat juga saya merasa kacang botor tanam sendiri.
Bunga kacang botor yg sempat saya snap sebelum ianya hilang secara misteri :)
Kangkung berbunga! Dulu kecik2 biasa saya nampak bunga kangkung kat sawah padi kampung halaman mak saya. It brought nostalgia seeing it again in my own yard! Kangkung ni hidup dicelah2 rimbunan kacang botor. Nak buat goreng mmg tak banyak tapi selalu saya petik utk dibuat ulam.
Sebelah kacang botor ada pokok ulam tenggek burung. Lama dah saya tanam pokok ni tapi peliknya tak besar2 pokok ni walaupun dibaja setiap 2 minggu. Takpe la, saya sabar menunggu :)
On the other side, deretan pasu2 yg ada satu tu masih kosong lagi. Saya ingat nak tanam pokok limau purut didalamnya memandangkan pokok limau purut saya sebelum ni yg ditanam kat raised bed asik dikerjakan ulat bulu. Tapi belum lagi berkesempatan nak ke nursery. Sebelahnya tu pulak pokok tomato yg naik secara x sengaja sbb saya campakkan buah tomato ceri yg dah benyek kedalam pasu ni. Tup2 naik jadi pokok pulak :)
Close-up sikit pasu2 lain: Ada pokok kemangi ataupun thai basil. Pokok asal sebenarnya dah mati lama dah tapi somehow tgk ada anak2 pokok yg naik. So saya transfer ke pasu yg sebelum ni ada bayam merah. Bayam merah sebelum ni naik menjadi tapi sebab saya sibuk sgt, nampak dah tua bayam tu saya x petik2. Jadi saya buangkan bayam tua tu dan alihkan pokok kemangi dalam pasu ni. Tu ada lagi saki baki bayamnya. Tengok je la siapa yg survive.Sebelahnya juga saki baki bayam dan ada kailan yg saya jumpa tersemai kat raised bed, lalu saya alihkan dalam pasu ni.
Move on to another portion of the garden: Dulu ada pokok betik di sini tapi cik HB dah tumbangkan ia sbb risau akar dia akan pecahkan dinding. Tak sempat pon tunggu buah dia masak...huhuhu. Kantan nampaknya naik dgn baik tapi bila nak berbunga tu tak tau la. Besar harapan saya pada pokok kantan ni memandangkan bunga kantan dah tersangat mahal. Satu kuntum RM3-4 sekarang ni cik jah oiii
Kat celah2 kantan tu, ada jugak pokok lengkuas yg sgt slow pembesaran. Takpe, biar la dia. Serai biasa dan serai wangi juga disitu tapi tak memberansangkan sgt tumbesarannya. Saya masih perlu beli serai kat kedai...huhuhu. Juga terselit ada pokok sirih yg masih kecil. Then pokok durian belanda dan delima. Juga pokok mengkudu.
Close-up raised bed: Pandan yg semakin subur - sgt la handy bila2 masa nak buat nasi lemak atau bubur, ulam raja yg baru dipindahkan dari sebelah pokok kari dan x berapa menjadi sebelum ni sbb terlindung dr cahaya matahari. Ada sepokok kailan disitu saki baki tanaman dulu. Pokok bawang sepokok dua, dan sepokok tomato. Reserve the empty space for bendi yg sedang disemai sekarang.
Sambungan dari raised bed tadi: 2 pokok kunyit yg naik cantik. Kemudian pokok kari yg juga subur. Yg itu dah berkali2 jugak saya cantas dahan2 sbb dah merimbun sgt. Then dlm patch yg sama ada halau nyamuk, pegaga dan pudina yg dah bercampur-aduk. Pokok limau nipis dok mcm tu jugak, x berbuah2 dek kerana dah jadi koloni rasmi ulat bulu. Saya biarkan saja sbb gembira tgk rama2 yg banyak. Sumber hiburan buat Insyirah :) Pokok kunyit hitam dalam bekas polistrin pon naik cantik, malangnya kesum yg berkongsi bekas dengannya dah hampir pupus. Lepas ni kena la semai semula kesum dalam bekas lain sbb kesum adalah herba dapur yg penting utk saya.
So takat ini saja utk update Ogos. Moga2 akan ada pertambahan pokok2 baru serta progres yg memberansangkan. Selalu saja saya rasa x cukup banyak lagi pokok2 yg ditanam. Cita2 besar tapi kemampuan x cukup....hehehe
Selingan: No, this is not real flowers but artificial flowers I bought from Romantika. Alangkah bestnya kalau tanam pokok bunga, bunganya cantik sebegini kan?
0 comments:
Post a Comment