Pages

Saturday, December 12, 2009

Twins ke Tadika

Bermula 1/12/2009 ari tu kembar sudah mula menghadiri tadika. Di Germany, seawal umur 3 thn, kanak2 sudah boleh dihantar ke tadika, bergantung kpd adanya kekosongan atau tak. Prioriti diberi kpd kanak2 lebih dewasa. Thn lepas kami dah daftarkan twins ngan tadika yg lain tp masa tu di beritahu xde tempat kosong maka kami hanya boleh menunggu sampai diorg call dan bgtau ada kekosongan atau tak.

Masuk sesi baru thn ini waktu permulaan autumn, masih xde panggilan dr tadika berkenaan maka kami pon cuba mendaftar ngan tadika lain yg masih lg dekat ngan rumah. Masa pegi mendaftar masih mendapat jawapan yg sama - xde kekosongan buat masa itu! Tp pengetua tadika itu confirmed to us, since twins dah berumur 4.5 thn, maka diorg akan berada on top of the waiting list.

Tup2...x sampai 2 minggu, kami dpt call dr tadika berkenaan, mengatakan dah ada tempat utk si twins dan kami diminta hadir utk menguruskan paperworks utk admission.

Oh, urusan admission utk masuk tadika agak complicated disini. Kami amik masa lebih kurang 1 jam utk mengisi borang dan sesi soal jawab ngan pengetuanya. Dah la pengetua dia x berapa fluent English, kitorg pon struggle ckp Deutsch but nevertheless the lady pengetua sgt la friendly and took time utk memahami apa yg kami ckp. Dan kebetulan pulak ada PC ada meja dia, so bila dia susah sgt nak paham, aku pon minta izin guna online translation...hehehe.

Dan lagi, tadika requested surat pengesahan dr doktor kanak2 yg mengatakan kembar adalah sihat. Kami dr awal dah tau ttg requirement ni cuma yg memeningkan kepala sbb kami x bawa medical record dr Malaysia. Dari thn lepas kami cuba nak mendapatkan salinan rekod imunisasi kembar dr doktor diorg kat Malaysia. Tp doktor tu x tau la nape...dah call byk kali pon, dia masih buat x tau aje. Our own copy lak dok terkunci dalam opis cik HB kat UTEM so mmg xde harapan nak suh sapa2 amikkan dan pos ke sini. Pengajaran disini : sila angkut segala medical record jika anda mau tinggal di oversea walaupun utk sementara dan sila simpan dokumen2 penting dgn someone yg boleh dipercayai so that apa2 hal boleh mintak org tersebut hantarkan kat kita.

So kitorg pasrah aje la. Kitorg just copy salinan standard imunisasi kanak2 dr KKM dan kebetulan pulak bulan Jun aritu kitorg dah buat complete medical check-up ngan doktor kanak2 tersebut atas arahan Rathaus (mcm majlis perbandaran). So doktor tu pon tau tahap kesihatan kembar. Mula2 dia kata susah dia nak sahkan sbb salinan yg disahkan oleh doktor on the twins' medical record xde tp kami convinced kan dia apa yg wajib dlm list imunisasi tu twins dah amik. In fact sebenarnya kami amik lebih dr yg diwajib sbb dulu kami buat di private clinic, so mana yg extra yg dicadangkan oleh doktor kanak2 pon kami buat, as precaution. Tp malangnya sbb xde record, maka x dpt dibuktikan. Tp again since doktor ni dah penah buat medical check-up utk sikembar, maka dia pon luluskan. Cuma berdasarkan list KKM dan compare ngan list imunisasi Germany, masih ada 3 jabs yg twins x amik lg. So doktor tu ckp, dia cuma tandakan mana yg ada, mana yg xde tu terpulang la kat pihak tadika nak terima ke x.

Bila serahkan surat pengesahan dr doktor ke pihak tadika, diorg pon x ckp apa2. Guess yg 3 jabs tu mungkin x significant or kalau significant pon maybe sbb kami bukan penduduk tetap Germany maka boleh diterima....agaknya la!

The first day twins kat tadika, aku diminta temankan diorg. Actually the first week tu mmg parents kena ada bersama anak sepanjang masa diorg di tadika. Tp dlm kes twins, hari kedua tu aku hanya stay dlm 30 minit lepas tu cikgu dia kata aku boleh balik sbb on the first day lg si twins dah nampak serasi dgn environment baru. Tp kena jemput sejam awal. So the whole week tu, hantar diorg sejam lambat dan amik sejam awal (waktu tadika : 8.30 am - 1.00 tghari).

Terjumpa bendera Malaysia tp malangnya diletak terbalik!

Twins punya hanger utk beg dan jaket, marked by foto diorg sendiri dan simbol.

Basically apa yg aku nampak the first day masa spent time kat tadika tu, diorg xde formal education syllabus. Kanak2 dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan ada 2 cikgu. Waktu pagi sampai, kanak2 boleh pilih samada nak main ngan toys ke, or melukis/mewarna/menggunting. Kertas, pensil, colouring stuffs, gunting, gam semuanya reachable oleh semua kanak2. so suka hati la nak buat apa pon. Then dlm kul 9 gitu, cikgu2 setiap kumpulan akan gather kanak2 dlm group masing then diorg ada like small discussion dgn satu topik. So kanak2 akan di explore opinion diorg tentang sesuatu perkara.




Kemudian semua kanak2 dr semua group akan berkumpul kat ruang utama tadika tersebut, dan diorg akan nyanyi sama2. Lepas tu bersurai dan masing2 akan makan breakfast. Breakfast harus disediakan oleh parents. Pihak tadika cuma sediakan teh dan susu shj. Lepas breakfast, diorg akan sambung ngan aktiviti crafts, kekadang ada project melukis on the wall, or water colour atau apa2 shj yg ditentukan oleh cikgu. By pukul 12 tghari, masa utk beriadah, so semua kanak2 akan berada di playground. Pukul 1 masa utk parents dtg menjemput kanak2 yg menghadiri sesi pg. Bagi yg stay sampai kepetang, diorg akan diberi lunch (oleh pihak tadika), kemudian take a nap dlm sejam, lepas tu sambung lagi la apa2 aktiviti. By pukul 4 ptg tadika akan ditutup.

Breakfast time

So mmg berbeza la ngan tadika kat Malaysia yg rata2 ada syllabus formal education. e.g. belajar membaca/mengira. Kenapa di Germany, caranya begini.....tidak la aku ketahui. Maybe ada la kot the reason why preschooler di Germany tidak dibebankan lg ngan formal education.

Walaupun belum mampu lg memahami dan berckp dlm Deutsch, so far twins enjoy ke tadika.

Enjoy la kan....mainan banyak ni!

3 comments:

Jalak Lenteng said...

best nye lahai jadi cikgu tadika kat sini..x saba nak cakap deutsch ngan twins hahaha

Zetty said...

besarnya lego pieces tu!

durra abd razak @ kocikin... said...

Neny,

aku rasa kat Msia jer yg dr kecik bebudak di'beban'kan ngan syllybus yg mcm2 tu..kat UK pun..tadika diorng pun relax2 gak (based on kawan2 yg ada antar anak2 g tadika)..sama mcm kat US gak (based on Bad punya experience)..lebih kepada personality development dan soft skills..

overall...bebudak2 kat sini sgt enjoy dh sgt2 excited nak g school..kalau cuti sekolah..memasing mcm sedih jer :)