Tahun ini kami menyambut hari raya Eidul Fitri di perantauan buat kali yg pertama. Terkenang sekali ibubapa & adik beradik serta sanak saudara di kampung halaman. Begitu juga dengan rakan2 taulan. Apa nak buaat..tanggungjawab mesti diteruskan demi mencapai apa yang dicitakan. Walaupun terpaksa berjauhan, namun di hati dilupa jangan..
Di United Kingdom, kami merayakan hari yg mulia ini awal 1 hari berbanding di Malaysia iaitu pada 30 September 2008 (Selasa). Kekalutan melanda kami sekeluarga terutamanya sayalaa..dek kepenatan menyediakan juadah untuk keesokan harinya. Baru sahaja menyiapkan juadah berbuka puasa..

Dalam dingin subuh
Hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya
Menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini
Ingin ku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus
Mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya kupanjatkan doa
Dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini
Tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang muliaa
Restu ayah bonda ku harap selalu
Demi anakmu yang kini jauuuh...
No comments:
Post a Comment