26 April - 5 Julai 2009
Alhamdulillah, selama 39 hari kami berada di tanahair setelah 2 minggu transit di Dubai. Seronok bkn kepalang la dpt blk jumpa keluarga yg sentiasa dekat di hati. Namun, kami terasa juga rinduu kat rumah kami di Durham nun. Entahla, pada saya, ada 2 perasaan yg bercampurbaur..ie antara sedih & gembira.
Sedih...
sudah tentulah sebab nak tinggalkan insan2 tersayang di Malaysia buat kali kedua. Pastu pulak, lama lagi nak bertemu semula, mungkin 2 thn lg..
Gembira...
hmm..mana taknya, cuaca kat sini yg membahang, kadangkala jerebu teruk..dan kurang hujan membuatkan kami sgt merindui suasana sejuk nyaman di Durham.
Huh..masa cepat betul berlalu. Rasa baru je jejakkan kaki di Malaysia dah nak kena balik semula. Flight kami kali ni Emirates lagi..transit di Dubai 3 jam kemudian terus ke Newcastle. Dulu masa tak pernah2 naik kpl terbang ni, rasa teruja sgt nak berlama2 dlm 'belon' tu. Pegi Jakarta yg 2 jam pun rasa ok jer. Tp, bila dah pekena 13 jam tanpa henti {time mula2 ke UK dulu KLIA- Amsterdam} rasa tak lalu dah nak berlama2 dlm tu. Apa taknya kanak2 ribena ada 3. Bb lak meragam sket sbb krg sht. Huu..nak lena pun tak dpt sgt.
Ptg Sabtu tu dah ramai dtg kat umah kami {nak wat camne rumah dah dekat ngan airport}. Kira2 jam 10:30 mlm kami semua bertolak ke KLIA sbb flight jam 2:00 pagi. Jom tengok apa yg berlaku..biar gambar je yg describe k?
Masa ni semua org tgh menjamu selera..dinner..kena settle isi poyot awal sket sbb tuan rumah nak 'clear' kan rumah plak. Ini keluarga sebelah hubby.
Keluarga sebelah sy pulak..keluarga sy tak ramai. Lgpun jauuuh..kalo dekat mahunya dtg yg len2 mokcik2 pokcik2 tu 1 bas wat rombongan cik kiah. Terima kasih kpd yg bermurah hati menyediakan lauk pauk makanan. Nasib baik memahami. Iyelah time2 begini manalah tuan rumah nak masak2 kenduri kendara.
Si baju hijo ni pula adik ipar sy {teh huda}. Kononnya diorg berdua ni tak dpt dtg jumpa kami 4 the last time tp alih2 muncul juga. Mekasihla dtg ye. Tak lama lg tukar title la diorg ni..tu psl tak ikut kami ke airport kang tak pasal2 tempat lahir bb di KLIA pulok. Hihihiii..
Iffah pun krg sht..tiba2 je mungkin sbb sedih nak tinggalkan atuk nenek kot. Jgn salah sangka jika Iffah sgt sayang kat atuk nenek..sejak umur 2 bln dia dh tinggal bwh jagaan atuknenek selama setahun.
Iffah tgh mkn paracetamol.
Hahah..yg ni pulak atuknenek. Kalo nak tahu diorg berdua ni kononnya nak wat surprise kat kami. Tup2 terbongkar jua rahsia gara2 sy call handset my mum then my sis-in-law yg jwb. Berdegup juga jntung ni..berkali2 sy tgk phone kotla tersilap dial ke apa kan. Dah betul..cuma my SIL didn't know that it was a surprised plan for us. Kui3..kantoi! Apa lagi..tergelak besarla kami ber2.
Ini keluarga sblh hubby except my FIL & MIL yg tak dpt dtg. Ada lg siblings nye tu br 4 yg ada. Maaf sgt2 to my family sbb xamik gambar mcm ni dgn diorg. Tak cukup korum..abg sy xde time tu.
Mereka yg menghantar kami ni semuanya tak tunggu smpai lewat mlm..lepas hntr beg, jumpa2, salam2 pastu balik kecuali atuk nenek & ayah long yg stay kejap. Then sy minta diorg berlalu sbb ayah long tetiba demam..dan diorg tu nak ke Melaka pulak..kitorg pun salam2 then terus masuk menuju ke boarding area.
TERIMA KASIH buat semua krn sudi dtg menghantar kami.
Kami pasti merindui kalian. Panjang umur boleh jumpe lagi.
Doakan kami berjaya.
Sampai di Newcastle awal 15 min iaitu kul 12:00 tghri. Hmm..nampaknya kat UK ni dia xde nye check h1n1 cam gaya kat KLIA. Takde mende check pun..masuk je. Kalolah ada org yg skt h1n1 dlm flight yg sama hr tu tak tahulah sy. Nauzubillah..Bercerita pula ttg bagasi. Bagasi kami nyaris digeledah oleh imigresen..pheeww lega siut! Officer tu srh jln je sbb ramai org dok beratur masa tu. Syukur.. Kalo x abisla ikan bilis..udang kering..ikan masin gue tuu. Ingat lg org depan kitorg tu, dahla teruk kena buka blk beg yg dah diikat kuat2..pastu siap kena geledah brg2nye satu persatu..berpeluh sy tgk dia tu..kesian betul..bknnye dia tu nak tlg kemas balik yg disepah2kan tu. Cinabeng jugak ye..alhamdulillah kami terselamat.
Kami balik ke Bowburn, Durham dgn menaiki keta rakan Malaysia a.k.a. jiran selang 3 butir rumah..zariman hubby of shifa. Lunch pun kami mkn di rumah beliau juga..tima kasihlah byk2 pd diorg berdua krn tlh byk membantu kami..Allah shj yg lebih layak memberi balasannya nnti.
-Ini foto terbaru Izzah..br amik pg td-
Akhirnya kami dah kembali semula ke teratak sementara ini. Keadaan rumah ok saja kecuali heater yg mogok barangkali..xtahu apa puncanya. Alamatnya susahla kain nak kering sbb kat luar rmh pun asyik ujan jer.
Ayah pula seminggu ni ada islamic finance summer course kat SGIA. Minggu depan mungkin akan ke Edinburgh nak buat visa ke Jepun sbb minggu depan satu lagi ayah akan berlepas ke Kyoto, Jepun selama seminggu utk present paper di sana. Huh, kena tinggal lagi gue..{pd pendapat u all laa..applicable ke "sayang isteri tinggal2kan" tuu?} Sapelah yg cipta phrase tu ye..tak suka betul gue. Apapun, all the best to him & well done sbb antara 6 org yg selected ke sana from Uni of Durham. You deserved for it dear!