Showing posts with label Seasons. Show all posts
Showing posts with label Seasons. Show all posts

Tuesday, 28 December 2010

Boxing Day 2010

Jika di Malaysia sedang berlangsung YES, di sini pun tak kurang juga. Boxing Day sangat dinanti2kan. Tidak pasti kenapa hari itu dinamakan Boxing Day, ada banyak pula khilafnya. Kebiasaannya Boxing Day jatuh pada 26 Disember iaitu sehari selepas Hari Krismas yang mana ia juga merupakan hari cuti keagamaan Kristian bagi memperingati St Stephen's Day.

Kini, istilah Boxing Day nampaknya tersasar sedikit. Bagi kita yang bukan beragama seperti mereka, Boxing Day merupakan hari untuk melawat pusat2 membeli belah dan designer outlet untuk mendapatkan harga runtuh yang hebat. Sebenarnya, Boxing Day di setiap tempat berbeza2 hari sambutannya dan tak kesemua negara EU menyambutnya. Ia hanya disambut di Australia, Canada, New Zealand, United Kingdom dan beberapa negara Komenwel sahaja.

Tahun ni Krismas jatuh pada hari Sabtu, bermakna Bank Holiday [cuti umum] adalah pada hari Isnin. Jadi, Boxing Day yang sepatutnya jatuh pada hari Ahad lalu sebenarnya berlaku hari ini, 28hb. Patutlah masa Ahad lepas banyak juga outlet yang tak paparkan jualan runtuh lagi. Malah di pasaraya besar pun ada designer outlet yang masih tutup. Oh!..Hari ini kami tak keluar ber'boxing'. Harap2nya masih ada stok untuk kami. Maklum saja, inilah Boxing Day terakhir buat kami di sini. Lepas ni kami jenguk YES di kampung halamanlah pula.

Selamat ber'boxing' lah untuk kawan2 di sini. Berbelanjalah dengan berhemah dan mengikut kemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri...jangan di badan orang lain. Hehehe..

Thursday, 23 December 2010

Salji Lagi

Semalam salji turun semula di Durham. Bangun pagi2 semalam kat luar dah memutih salji. Boleh tahan juga lebatnya, tapi lebat lagi yg hari tu. Kami harap yang turun dan bakal turun nanti takdela seteruk hari tu. Jika tidak susah juga nak ke mana2, terutama sekali bila tiba bab2 nak beli keperluan rumah.

Semalam juga kanak2 3 orang ni tak sihat balik. Tak silap saya, mereka baru je pulih dari demam tempohari [1st wave snow]. Tup2 demam pula kali ni. Dah tertulis nak berjangkit virus tu dan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk melampau. Nasib baik dah cuti sekolah.

* * * * *

Hari ni salji turun juga cuma nipis dan tak lebat. Yang semalam pun masih ada dan belum cair lagi. Kami terpaksa keluar rumah juga hari ni. Bila dah menghampiri Krismas ni, minyak petrol wajib diisi penuh segera, jika tak ada kereta yang tak bergerak nanti sebab stesen minyak tutup musim2 raya ni.

Moga anak2 cepat sembuh. Tak seronok juga cuti sekolah jika mereka sakit2.

Saturday, 27 November 2010

Snow Klik

Tahun ni snow datang awal lagi. Musim masih belum bertukar tugas, daun di pohon2 masih ada yang kekuningan, namun kuasa Allah SWT yang Maha Menjadikan segala2, tiada siapa yang mampu menghalang..24hb Nov snow dah turun, malah lebat pula tu. 2 tahun lepas 26hb..memang saya ingat sebab masa tu masih dalam pantang kat Izzah. Tapi takdela setebal kali ini. Tengah malam tadi, terkejut melihat langit seolah2 berwarna putih dan bercahaya..rupa2nya tengah menurunkan salji selebat2nya. Dalam hati terasa risau juga, macamana ayah nak ke London pagi2. [alhamdulillah, dah selamat sampai pun]

Mood nak bergambar tak berapa ada sebab saya masih selesema..Izzah pula tiba2 je suam2 badannya..Ameen pun cakap sakit kepala..Iffah memang tak tahan sejuk. Last2 sekejap je bawa diorang main kat luar. Semasa entry ni ditulis, snow masih turun mencurah2..tak tahulah nak jadi setebal mana.

Gambar2 dalam entry ni takde Ameen & Iffah sebab mereka ke sekolah masa ni [rabu]. Kami bertiga je keluar melihat2 pemandangan sekitar Durham.

Izzah suka sangat main snow masa ni. Tapi tidak untuk hari ini. Hari ni nak dok atas dukungan je. Padahal 2 hari lepas, siap makan lagi snow tu [agaknya sebab dia dok kutip makan snow banyak sgt kot, mlm td bdn dedar sikit]. Lagipun suhu memang minus 3 walaupun dah tengahari.

Bersyukur dengan peluang yang diberi..untuk menikmati ciptaan Allah yang sangat indah. Tak sangka dah kali ke 4 kami menyaksikan musim sejuk di sini.

Berlatarbelakang Durham Cathedral dari jauh.


Saturday, 24 July 2010

Cuti Musim Panas

Semalam merupakan hari terakhir persekolahan bagi kanak2 di Durham, mungkin seluruh England juga. Bermulalah sudah cuti musim panas untuk tahun 2010. Semalam juga adalah hari terakhir Iffah berada di nursery. September nanti, Iffah akan meneruskan persekolahan ke Reception Class di Bowburn Infant & Nursery School juga, cuma berlainan bangunan.

Saya juga ambil kesempatan untuk memberi sedikit cenderahati buat guru2 yang tidak jemu2 mendidik Iffah sejak Iffah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Bersama kenangan menangis selama 10 hari di awal persekolahan dulu, sudah pasti membuatkan Iffah sedikit popular di situ :) [ratu lalak]. Saya cukup mengagumi sikap dan etika kerja mereka yang begitu sabar dengan karenah kanak2. Bagaimana mereka memujuk kanak2 yang enggan ke sekolah sudah cukup membuktikan bahawa mereka sangat berdiplomasi dengan generasi kecil ni. Berbeza dengan apa yang saya perhatikan di tanahair sendiri.

Jadi Iffah, ibu dan ayah harap Iffah dapat memulakan pengajian di Reception Class dengan baik September nanti. Berikut gambar2 kenangan yang sempat saya rakam sebelum pulang.


Iffah bersama Mrs Sandra Bell.
Mrs Bell ni kira macam ketua guru kat nursery ni. Orangnya sungguh serius dan sukar melemparkan senyuman. Namun begitu, di sebalik ketegasan beliau, masih terselit kemesraan. Itu yang saya alami sendiri selama menghantar Ameen & Iffah ke situ. Awal2 dulu saya pun gerun juga dengan Mrs Bell ni. Tapi, sejak berprogram bersama tempohari barulah saya sedar, rupa2nya memang sikap dia begitu, tegas. Tapi sebenarnya beliau sangat baik hati, mengambil berat dan protective.

Iffah bersama guru kesayangannya, Mrs Raine.
Sayang sangat dia kat cikgu dia yg sorang ni. Alasannya suka pergi ke sekolah salah satunya pasal Mrs Raine ni lah. Pernah ditanya kenapa suka sangat dgn Mrs Raine..jawabnya, "because Mrs Raine is so beautiful, and she likes to smile all the time. She takes care of me too.."
Bila Mrs Raine tiada kat sekolah, mesti dia akan masam dan tak happy je sepanjang hari. Semalam pun siap nangis2 peluk2 dengan Mrs Raine sebelum balik sambil cakap "i love u Mrs Raine..so much..".

Iffah bersama Mrs Gillham.

Gambar ni over-exposed la pulak. Lupa pula nak tekan butang iA tu. Lagipun, segan nak snap banyak2 kali, nanti ambil masa Mrs Gillham pula kan. Mrs Gillham ni pun sama..tak lekang bibirnya dari senyuman. Patutlah ramai kanak2 yang suka berdampingan dengannya.

Terima kasih cikgu..jasa kalian tidak dilupakan walau berbeza agama, budaya dan bangsa, kalian tetap GURU kepada anak2ku..



Monday, 22 March 2010

Musim Bunga 2010


Semalam 21 Mac ialah tarikh menandakan masuknya musim bunga secara rasmi..walaupun di tempat lain sudah kelihatan bunga2 daffodils. Pokok2 juga hampir mengeluarkan pucuk2 daun hijau. Cuaca pun sudah tidak sesejuk beberapa bulan yang lalu. 7 Celsius kira dah sungguh menyamankan. Cuaca di sini tak boleh nak jangka sangat..kadang tu pagi2 bersinar2 cahaya matahari..tapi setengah jam lepas tu langit yg tadi membiru tiba2 mendung, tapi hujan tak turun pun. Walaupun suhu dah capai 7 C, kami masih kena sarungkan jeket sederhana tebal..kerana angin bertiup kuat. Siapa yang tahan kesejukan angin tu. Seingat saya masa musim panas yang lalu pun, boleh bilang berapa hari je kami tak pakai jeket. Selebihnya memang kena pakai juga [light coat].

Apapun, yang pastinya heater dalam rumah pun tak perlu 'on' dua kali sehari lagi. Macam kami, kami cuma hidupkan sejam setengah je sehari, itupun semata2 nak keringkan pakaian. Saya kurang gemar sidai di luar jika cuaca lembap, nanti pakaian berbau hanyir. Mungkin sebab cuaca lembap tu. Jika betul2 panas baru saya jemur pakaian di ampaian.

Belum ada lagi foto2 bunga daffodils untuk tatapan keluarga dan rakan2 di Malaysia. Tunggu bila pepohon dah menghijau baru kami tayang kat sini.


** terasa cepat benar masa berlalu...

Sunday, 10 January 2010

Icicles vs Avalanche

Hari ni suhu dah makin ok berbanding semalam. Masih sejuk sebab angin bertiup kuat, cuma takdelah sampai bawah takat beku lagi. 4 degrees..okla tu kan jika nak banding beberapa hari sebelum ni, -10 C. Sungai Durham pun beku...sayang sekali tak dapat ke bandar untuk saksikan sendiri keajaiban alam tu. Hanya melihat foto rakan2 sahaja.

Hari ni juga salji mula mencair. Tiada lagi kelihatan blanket putih menyelimuti Honda biru, hinggakan kereta tu seolah2 gemuk gebu..hihi. Yang kat atas bumbung rumah semuanya dah makin mencair..malah dah ada yang runtuh ke bumi. Tapi, menurut ramalan cuaca, salji akan datang kembali..silap2 esok..sekarang ni angin kuat tengah tiup snow2 tu ke bahagian selatan dan tengah England. Sekolah budak2 ni pun tak tahu lagi beroperasi esok atau tidak. Tunggu ajelah sms dr PTA esok pagi.

Jom lihat foto2 yg sempat saya rakam sempena winter terhebat, tersejuk sejak 30 tahun lampau..kali ini hanya imej icicles & avalanche..

Inilah rupa icicles, juntaian air dari bumbung yang membeku..ala2 stalaktit kat dalam gua tu. Keras bende nih. Beberapa kali juga saya amik icicle ni pasal Ameen Iffah nak pegang..diorang siap simpan dalam freezer lagi bende alah ni. Takjub agaknya..

Bayangkan jika ceracak2 ais tu jatuh menimpa kita..sakit juga ni..mahunye luka2..

Icicles dari tingkap bilik kami. Panjangnya mencecah 30 cm.



Lebih sejengkal tebalnya ni.

Tenggelam scooter budak2 ni..mulanya tu letak kat dapur, pastu lemas tengok menyemak je kat dapur..pastu siap diorang naik2 scooter lak. Last2 ayahnye letak balik kat luar. Kesian basikal & scooter kebasahan.

Sebelum kejadian..

Salji putih bersih yang menimbun di backyard, sebelum kejadian runtuhan salji..

Bumbung dapur yg dah licin..takde snow.

Inilah rupa salji yang runtuh dari atas bumbung dapur kami pagi tadi. Dah kotor saljinya. Terkejut betul dengar bunyinya yang tak ubah seperti guruh. Agaknya beginilah kot bunyi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dulu. Bayangkan jika ada sesiapa di perkarangan backyard padi tadi..silap2 ada yang pengsan.Alhamdulillah kami semua berada dalam rumah.