السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-10-2012
Sebenarnya 2,3 hari ini saya sedang mengalami suatu keadaan yang tidak menentu. Sekejap rasa semangat, sekejap jadi malas. Yang pasti saya malas menaip. Ini gagahkan diri, sementara nak pegi kija. Ohhh malasnya nak sebut pasal kija, sebab sedang melalui minggu-minggu yang sibuk...
Harian Metro hari ini muka depan: “Lemas cinta...” baru kenal sebulan serah RM40,000?
Copy paste: KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu. “Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.

MHI, TV3. Dalam ramai-ramai host aku paling suka dengan Ally Iskandar dan Ahmad Fedtri Yahya. Mereka bukan sahaja tenang, berilmu, bijak mengawal keadaan juga bijak berkata-kata.
Kenapa telipok tidak pernah lemas walau arus kuat di bawahnya?
~....meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana mahu membuka ruang serta memberi peluang jika ada pihak yang “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng nak buat menantu...~