السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-06-2013
Di kesibukan tempat kija saya: yang mana kerja sentiasa kuar-masuk dan turun-naik (tangga & lift), bergabung dengan kesibukan sekeliling yang begitu komited ke arah nak senaraikan syarikat di Bursa Saham.
Walaupun banyak urusan tu langsung tak melibatkan saya, tapi sedikit sebanyak tekanan turut dilambak di bahagian kami. Terima saja.
Lately, dalam seminggu dua ni sudah heboh cerita berjalan dari satu mulut ke satu mulut tentang seorang kawan sekerja yang ‘sedikit sakit’. Susah saya nak describe cemana, tapi dia ni (lets call dia Miss Y) memang pelik.
Actually tak ramai yang tahu pun, saya dah kenal Miss Y ni sejak 15 tahun dulu lagi. Masa saya kerja di publishing company lama area Jln Loke Yew. Ketika tu, dia masuk sebagai rakan sekerja saya kira-kira setahun saja. Semasa dulu pun dia berkarakter pelik jugak. Pendiam, perengus, suka merungut dan paling tak tahan dia suka prasangka dengan orang keliling.
Pernah dulu, waktu beberapa orang borak and gelak-gelak sesama depa, dia datang terjah lalu jerit, “Korang mengata saya? Suka ya dapat mengata saya?” Itu lah yang selalu dia sebut. Dia selalu kata, orang keliling mengata dia. Kata apa? ntah la...!
Bila saya masuk kerja di company yang sekarang, saya terkejut juga sebab berjumpa Miss Y ni di sini. Dia dah join this company hampir 13 tahun. Lama tuuu. Saya tabik lah. Tapi saya tak buka cerita pun yang saya kenal dia sebelum ni. Kami bertegur sekali sekala saja, sementelah dia memang pendiam dan buat hal sendiri saja. Waktu lunch, dia akan balik ke rumah. Waktu kerja dia hanya duduk buat kerja. Tak pernah saya nampak dia nak borak borak or gelak-gelak (macam saya).
Tetapi dia suka pergi diam-diam pada beberapa orang dan mengadu si A mengata dia, or si B mengutuk dia atau si C perli dia, kadang-kadang dia sebut si D pula sindir dia. Sedangkan perkara tu tak pernah berlaku sebab orang memang tak pernah kisahkan dia pun. Lagipun di floor saya tu terlalu ramai staf, sampai tak sempat nak tegur semua orang pun. Kadang-kadang kalu sorang staf tak datang pun, boleh tak perasan.
Bila kerap sangat Miss Y ni bercakap tuduh-menuduh begitu, cerita tu semakin pecah dan merebak. Semua orang heran, meluat dan jadi marah. Pernah pula dia sanggup kejar sorang staf masuk lift dan tuduh orang tu selama ni mengata dia. Mujur tak bergaduh dalam lift.
And minggu lepas, dia taip surat layang dan letak di atas meja sorang staf, kononnya staf ni cerita pasal rumah dia yang salah kiblat. Staf sorang ni memanglah pernah singgah rumah dan tumpang solat. Tapi itu kisah 4 tahun dulu. Sekarang pun nak ungkit lagi? Pelik sungguh laa.
Ramai orang kata, dia selalu dengar suara berbisik dalam kepala dia yang menyebut orang keliling kutuk dia, hina dia. Bukan takda orang nasihatkan dia supaya istigfar, itu bisikan syaitan dan cuma
halusinasi semata.
Kerana saya dah tahu ‘penyakit’ dia sejak dulu, saya malas nak pot. Bagi saya, dia sapa saya nak kisah? Macam takda keja lain? Baik saya fikir pasal kerja saya, pasal famili saya or paling tidak fikirkan pasal diri saya sendiri.
Memang pun. Orang takda masa lah nak fikir pasal dia. Ada ketika bila saya fikir, saya jadi kesian tapi saya malas nak cari pasal.
Jika tiba-tiba suatu hari dia datang serang saya pula, saya akan kata, “Awak sapa yang saya nak peduli? Baik saya jaga diri saya baik-baik daripada nak fikir pasal orang yang takda kena-mengena dengan hidup saya.”
Yang penting, jika kita rasa orang keliling mengata kita, perbaiki diri, improve communication dengan orang keliling. Kita tak boleh kawal orang mengata kita, tapi kita boleh kawal diri kita untuk tidak mengata orang.
Tayang-tayang:
Bekal saya. Udang Masak Gulai Kuning dengan Peria.
~...air hujan sudah mulai melimpah sehingga tebing Sungai Menghijau Lumut tetapi buaian masih terbuai lemah di dahan rendang lama tidak diduduki orang kerana baik SERI BULAN mahupun HISYAM kembali sibuk dengan suasana Kampung Separuh Desa yang mula ceria dan mesra dengan teknologi dan pembangunan sehingga untuk mencari ruang senggang antara mereka berdua pun semakin sukar lalu dibimbangi oleh Mak Utih hubungan serasi itu akan merenggang dan menjarang lalu berubah menjadi kadang-kadang...~