Dah tahun 2021. Dah 20 hari dah pun tinggalkan 2020.
What I missed the most of 2020 is all the travel. Agak berduka lara juga la.
Bila difikir semula, permulaan 2020 adalah di bumi Jeju. Pengalaman yang dikutip sangat menarik, kalau mengulang lagi ke South Korea, insyaallah masih ingin ke Pulau Jeju. Walaupun had laju pemanduan agak menyeksakan, namun sisi yang lain2 di sana sangat mengujakan.
Hari ketibaan di sana, destinasi pertama ialah ke pasar nya. Pusing punya pusing, tak mampu membeli sebarang makanan. Hanya sekeping bungeoppang keju sementara nak balik ke hostel untuk memasak nasi dan telur, dimakan bersama mi segera. SEJARAH! Sebagai seorang yang sangat suka mencuba makanan di tempat orang, kali ni tak mampu. Dan bungeoppang keju tidak mengujakan berbanding kacang merah.
Dan lain2 pengalaman di Jeju... Allahu, inginnya kembali berkunjung. Menaiki basikal elektrik mengelilingi Pulau Udo pun ingin diulangi lagi. Mengagumi kincir angin, sotong2 segar, banyaknyaaaaaaaaa nak diulang semula.
Usai trip Jeju.
Masa untuk trip Kashmir. Ini sejenis kekecewaan tapi tidak ketara. Kecewa kerana semua telah siap, kecuali beg pakaian. Namun agak lega kerana sehari selepas menarik diri kerana kes Covid19 yang sangat membimbangkan, sempadan negara ditutup dan semua perjalanan dari luar India di batalkan.
Tanda awal ada sesuatu yang tidak kena dengan trip ni ialah, saat keluar kereta untuk memohon visa, terpijak najis anjing. Lalu, gambar yang dibawa tidak diterima, muka yang berpeluh, tapak kaki yang busuk dan keadaan yang teramat tidak selesa, gambar visa yang terhasil sangat tidak menggembirakan. Usai urusan visa, kasut yang sama ditinggalkan begitu sahaja. Memang tidak mungkin akan dibawa masuk ke kereta semula.
Belek semua jadual yang telah disediakan dan dalam keraguan, mula menyiapkan mental untuk pengembaraan. Namun, takdir menentukan segalanya. Kebaikan yang ada disebalik kejadian ini, tarikh tamat tempoh pasport ialah tepat 4 bulan dari tarikh kepulangan. Mungkin akan bermasalah di sempadan, wallahualam.
Kemudian, during all the phases of MCO, ada 2 trip ke Cameron Highlands, yang mana kedua2nya punyai kisah tersendiri, dan both times, Alhamdulillah, tidak perlu bersesak.
Dua staycation di Ferringhi, yang mana kali keduanya, menerima khabar kurang enak.
Juga, pengalaman bekerja dari rumah sepenuh masa.
Dan, my dear friend lost both parents berselang sebulan (lebih kurang).
Pengalaman. Itu konklusi 2020.
No comments:
Post a Comment