Sabtu lalu, anak-anak, sama seperti anak orang lain di seluruh KL ni (aku rasa) bersekolah ganti. So, untuk orang yang tiada program khas di hari Sabtu macam aku, berfikir-fikir apa nak buat di satu hari yang panjang tu? Biasanya, kebanyakan hari Sabtu aku adalah hari untuk membuat kerja-kerja luar atau menghadiri apa saja program yang berkaitan. Minggu ini kosong.
Aku hantar anak-anak pi sekolah pagi tu, dan kemudian buang-buang masa dalam 2 jam di taman berdekatan sambil meronda-ronda menipis tapak kasut dan menghabiskan 1 botol air masak yang aku bawa dalam poket suar trek.
Acara lain untuk buang masa sambil manjakan badan adalah layan tv. Hari biasa memang tengok tv malam jer, so sekarang ada peluang tengok tv sebelah siang wpun lebih banyak menumpang citer kartun paberet anak termasukler citer Spongebob, Fairly Odd Parents, juga Wonderpets, lebih banyak ulang tengok citer Putera Shazlan juga hampir dapat hafal skrip sbb dah ulang kali layan siri Geng Bas Sekolah... termasuk juga Ben10 yang menjadi ikutan ramai, termasuk geram marah bila tengok citer Hagemaru dan geleng kepala bingung bila tengok gelagat si emak Sinchan yang bodoh tak boleh diajar.. aduhhhh...!
Mujur setakat ini, anak-anak tidak ler kemaruk nakkan baju si Ben10 tu, atau nak buat macam Hagemaru yang merapu tu.. Paling-paling pun, depa masih ingat akan Gulai Kerang yang emak Atasinchi masak, bila aku pun masak yang sama gak suatu hari dulu.
Petang itu aku ulang lagi sekali tengok drama Ombak Laut China Selatan, arahan Rashid Sibir. Drama ni memang best sebab kisah rajuk seorang anak lelaki (anak tunggal ler pulok...) kerana pinangannya ditolak oleh keluarga awek dia. Lakunan masa muda oleh Zul Huzaimy. Ohhh aku minat gak dia nih, sebab tiap kali dia jadi crook, selamba badak jerrrr dia sanggup ludah muka orang atau kutuk orang pun lembut jer, tak perlu pun nak jerit. Sungguh berkarekter. (Tak leh lupa drama Salam Sakratulmaut, tayang masa raya dulu. Aku tengok sampai 4-5 kali sebab kerap diulang drama tu... Zulhuzaimy mati kena AIDS... tapi lakunan dia bestttt...!)
Ibu ayah dalam drama Ombak Laut China Selatan ni dilakunkan oleh Fauziah Nawi dan Jalil Hamid. Oh sudah tentu sangat best dan menyentuh perasaan. Tentang kerinduan ibu terhadap anak satu-satunya (Murad — Zul Huzaimy), dan rasa marah seorang ayah kerana kasih sayangnya yang tidak upaya ditunjuk tetapi dia sangat sayang pada anak lelakinya. Tapi memang betul aper... sapa nak terima pinangan dia kalu dia malas bekerja, pi ikut ayahnya ke laut pun sebulan sekali pun payah, so sapa nak buat jadi menantu? Bak kata ayah si perempuan, “aku ni bukan memilih, tapi sekurang-kurangnya biarlah ada kerja.” Aku setuju.
Masa berubah manusia. Tidak hilang rasa bersalahnya merajuk meninggalkan ibuayah, tidak putus rasa rindu, tidak susut rasa ingin pulang menebus kesilapannya walaupun dia sudah kaya, lalu Murad (kali ini lakunan Eman Manan) nekad untuk pulang walaupun si isteri berkeras tidak akan menerima ibubapa mertua yang miskin dan berasal dari kampung. Alasan, malu dengan kawan-kawan.
Lagu latar drama ni pun best, lagu Langit Petang by Broery Marantika dan lagu Berita Dari Rantau by Alleycats yang meruntun jiwa.. dan aku suka.
Apa yang menyedihkan, kegembiraan ibuayah menerima kepulangan hanya sementara bila ibunya (yang lumpuh separuh akibat stroke) meninggal di saat Murad ingin meraikan kepulangan dengan berkenduri untuk orang-orang kampung. Sungguh sedih (walaupun klise...) tapi betapa pun dia kesal kerana tidak dapat berbakti kepada ibunya, apa yang tersurat tidak dapat ditarik balik.
Moral: jangan sombong dengan orang tua, jangan menyalahtafsirkan marah ayah pada anak lelaki, atau mengambil mudah bebel ibu pada anak dara. Ada ker ibuayah yang tidak sayang pada anak?
~...Ahad semalam aku menghadiri majlis pertunangan anak buah aku di Sg Kantan, dan dapat merasa Ikan Patin Masak Tempoyak yang didatangkan khas dari Temerloh.. perhhh!~
Kakak,
ReplyDeleteKasih sayang ayah ditonjolkan melalui perbuatan. Saya sgt rapat dgn ayah saya.
Akak tgk citer Mat Bunga tak? hihihi
hehe...hai..si Iris ni..cite 'mat bunga' jugak disebut nyer..hehe :p
ReplyDeletekak azie, si Zulhuzaimy ni kalau berlakon watak jahat memang menjadi. Di antara pelakon2 harapan! Umah saya tak subscribe Astro, takde rezeki lah nak tengok cerita ni.
seharian kat rumah akak buat 'back-to-back' depan TV yer...hehe
mokyang, saya pun suka Zul Huzaimy, watak yang dia bawa tak kira jadi jahat ke baik ke, kelakar ke memang menjadi.... saya tak tengok cerita tu, tapi masih teringat lakonan Zulhuzaimy dlm Cinta Si Gembala...
ReplyDeleteSalam Azie..
ReplyDeleteIsnin depan, Cuti Hari Wilayah, apa program? :)
Salam!
ReplyDeleteBiasanya seorg ibu mmg sayangkan anak lelaki melebihi anak perempuan, biar sanggup bertekak dgn suami pun tak apa! Wpun siibu tahu mmg berdosa tapi krn sygkan anak lelaki sanggup mpertahankan kesalahannya. Yalah siibu yg penat mendidiknya dari kecil sehingga dewasa. Bukan itu saja, malah kalau boleh, biarlah siibu yg menentukan siapakah calon pilihan menantunya! Tapi zmn skrg, bukannya boleh ibubapa campurtangan urusan2 pasangan hidup. Mrk kena terima seadanya....
hari sabtu aku tgk pemakaman almarhum sultan johor beb.sedih masa dgr bacaan talkin tak sedar menitis airmata aku :(
ReplyDelete......
aku tak gemo fauziah nawi asik nangis nangis nangis..pastu masa jadi panel juri dlm AF dan raja lawak over ler pulak.harus aku hilang minat.
tapi mamat ensem si zul tu sahih aku suke..hiks :p
renungan dia tu bole cair... ha ha ha :D
dh lama x tgk cerita or drama cam gitu. pg sbtu kena keja, tghari tgk pemakaman, ptg kuar mkn luar with family
ReplyDeleteIRIS > tadi ada baca kat blog sapa ntah, lupa plak.. kisah Mat Bunga lakunan Remy Ishak... hmm best ek? alaaa rugi la tak tengok.. tak tau..
ReplyDeleteSITI MURNI > agaknya kat blog SITI agaknya kisah Mat Bunga tadi tu ekkk..? baru ingat.... Zul Huzaimy ni memang berbakat besar...
Langgan Astro ni sbb anak-anak dara 2 orang tu, ndak sangat, sbb depa suka tengok bola sepak (ESPN) dan juga American Idol.. letih makkk...
DINA > semua drama lakunan Zul Huzaimy ni kalu boleh MokYang mesti nak tengok. Kalu filem, jarang ler sbb jarang pi panggung. Minat kat jelingan dia yang wpun jahat, tapi nampak penuh makna tuh... alaahaiii...:D
ReplyDeleteKAK CIK > Senin kita cuti ek..? Lupa plak. So far lum ada program lagi. Mungkin pi tengok wayang kot. Ada rasa macam nak bawa anak pi tengok wayang...:D
call me kalu ada plan...
TAJNUR > Betul ker ibu lebih sayang anak lelaki? Uishhh macam tak percaya plak saya. Sebab BONDA saya tak macam tu pun. Saya sendiri tak macam tu. Saya rasa saya sayang sama rata jerr. Malah lebih tegas dgn anak lelaki...
ReplyDeleteMemang zaman sudah berubah, parents sudah kurang campur tangan kerana anak-anak zaman sekarang lebih bijak dan cepat matang..
ECHAH > aku cuma minat lakunan Fauziah Nawi time jadi ibu malang saja. Bab lain aku kurang gak. Apatah lagi sejak jadi juri Raja Lawak 3 dulu. Dan pernah gak ler aku jumpa dia 2,3 kali di program-program puisi, tak lak aku borak dgn dia. Setakat tegur sapa jer lah. (dia bukan kenal aku pun...) Air muka dia macam sombong, tapi mungkin tak kot.. Agaknya pelakun memang macam tu kot..
ReplyDeleteEELOBOR > sekali sekala memang best gak layan drama Melayu ni. Kak Azie berpeluang ler tengok sbb tv takda orang control. Kalu tidak tu, menang ke anak jerrr.. Balik2 depa tengok bola, pastu American Idol pastu Chuck, pastu Greek, pastu Glee, pastu Super Natural... and so on..
ReplyDeletehuhuhuhu....!
Salam..
ReplyDeletePernah beberapa kali tengok drama tu..memang best. Elok jadi teladan utk semua. Saya suka
cerita Atashinci tu sbb mak dia jenis selamba dan selalunya menggelikan hati...
azie,
ReplyDeletedah banyak kali ulang siaran citer tu.. tiapkali tengok, sedih tengok mak dia meninggal masa nak buat kenduri...Fauziah nawi memang pandai berlakon....
Salam Kak Azie...
ReplyDeleteAlamak..sure best giler citer tu kan...sayangnya Ayu tak tgk..balik keje letih sgt terus tido...hehehehe...anyway,lakonan Zul Huzaimy mmg mantop!blh ganti pelakon lama!
Kak...tang tempoyak tu...wat kecur air liur!hehehehe
salam kak azie
ReplyDeletetak prnah tgk citer ni, tp kalau tgk sure air mata meleleh nye, sy ni jenis cepat tersntuh, sbb tu baca novel pn boleh nangis2, apatah lg cite yg melibatkan ibu ayah ni
p/s nanti mesti nabila ckp "ibu nangis ehhh..." . Dia jenis keras hati, sedih camana pn susah nk nangis
skrg tengah tengok citer ni kat astro oasis... tido lambat lagi laaaa gamaknya malam ni
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletepak long minat dengan yang ni...
....meronda-ronda menipis tapak kasut.....nampak biasa...tapi bila baca nak tergelak....hehehehe
Hi Azieazah, "jangan sombong", yes, life is too short for all that.
ReplyDeleteNice pics you have here, love that 184 one, *wink*.....wayyyy to go!
Best regards, Lee.
SHANIZA > minat gak ATASINCHI ek.. eheheheh... kadang2 rasa nak marah tengok perangai emak dia yg ntah apa apa tuh...
ReplyDeleteKAK MAH > biasanya watak ibu malang ni sesuai utk Fauziah Nawi. Selain dia, Norlia Ghani pun best kalu jadi watak gini, kan?
AYU > minat masak tempoyak gak eh... Kak Azie jarang masak tapi tetap suka makan. Patin tuhhh....huhuhu...
ReplyDeleteROSNANIE > Sama ler Kak Azie pun mudah gak tersentuh tengok citer2 sebegini. Biasanya TOKLAKI yg suka sakat kalu tengok kita dah berair mata tu...:D
ICE > ya citer ni diulang lagi. Kadang2 sampai 5,6 kali. Bagi drama sebegini memang tak jemu, best layan lagu Broery tuuu...
ReplyDeletePAKLONG > yg benaq nyer, nak tulis joging segan dan malu. Tu jer ayat yg terlintas dlm kepala...hehehehe...!
UNCLE LEE > yup, jangan sombong dengan keluarga sendiri, darah daging.
ReplyDelete1984? ohhhh... temporary sticker. hahahaha!
suka zulhuzaimy..suka dia..
ReplyDeletedan acu juga suka kartun Atasinchi tu..hehehe
kalau fauziah nawi yg jadi ibu malang memang le menyedihkan...sure menangis nye kalau tontotn drama lakonan dia..huhuhu
Spongebob kegilaan si Azim anak yang bungsu. Adoi nak pergi sekolah agama pun minit akhir selagi tak habis Spongebob!.
ReplyDeleteZul Huzaimy antara pelakon yang hebat, abg pun minat dia. Banyak watak yang dia lakonkan amat hidup & bersahaja.
Orang Perak memang hebat berlakon! (Perasan)
Kalau tenguk drama sedih suka malam-malam & sendirian. Baru rasa lekat di hati nak nangis pun orang tak nampak!.