Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

Khamis, Disember 04, 2014

Panas!! Surat saman Najib Razak kepada Rafizi didedahkan

0 Komen!!!

Rafizi sedang panas punggung sekarang.. duduk pun dah tak selesa.. beliau ingat boleh bermaharajalela membuat fitnah.. tiba masanya fitnah beliau memakan diri sendiri.

Tahniah Ds Najib Razak kerana berani menyaman Rafizi..

Jadi.. see u in court from mr presiden!!

Selasa, Februari 28, 2012

Syabas DS Najib : akses penuh SPRM terhadap harta pak menteri

0 Komen!!!


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.

Maklumat tersebut yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri akan diserahkan kepada SPRM bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel penasihat SPRM membuat saranan itu bahawa mereka akan diberi salinan pengisytiharan harta anggota pentadbiran keluarga termasuk ahli keluarga mereka.

"Saya bersetuju dengan saranan panel penasihat bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM dibenarkan mempunyai akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan telah sekian lama meminta semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk keluarga terdekat untuk mengisytiharkan harta mereka kepada beliau menerusi dokumen pengisytiharan.

"Setiap pertambahan atau pelupusan harta mesti diisytiharkan secara berkanun," katanya.

Ketika menghasilkan kertas cadangan itu baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berharap agar kerajaan negeri mematuhi perintah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengalu-alukan saranan itu dan berkata pasukannya akan bertemu dengan beberapa pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan pelaksanaan tersebut.

Katanya, mereka akan meminta salinan dokumen pengisytiharan yang kini berada di tangan Perdana Menteri.

Abu Kassim berkata, perhatian utama SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.

Khamis, April 14, 2011

Anwar Altantuya : tanyalah orang itu, kata Raja Petra

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Raja Petra berkata, individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya:

"Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."

Raja Petra berkata, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.

"Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.

"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan," katanya.

Raja Petra berkata, semua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra dalam Buletin Utama 8 malam esok. - BERNAMA

Khamis, Mac 31, 2011

Lawatan di Kluang : PM teruja sambutan masyarakat berbilang kaum

0 Komen!!!
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my





ANTARA Wong Mei Fong dan empangan Kahang, masing-masing dua perkara berbeza. Sebenarnya, jika tidak kerana orang seperti Mei Fong tentunya tidak mungkin penduduk Kluang, Johor akan memperoleh empangan bagi menangani masalah air yang sekian lama dihadapi lebih 250,000 penduduk di daerah itu.

Sabtu lalu, si empunya nama Wong Mei Fong tiba-tiba popular di kalangan penduduk Kluang, semuanya kerana Jalur Gemilang yang dihadiahkan wanita berusia 70 tahun itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatannya ke daerah berkenaan.
Bagi Mei Fong sendiri, tentunya tidak menyangka pemimpin tertinggi negara itu akan menyebut namanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Dataran Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan itu.

Namun, Perdana Menteri yang mengakui teruja dengan sambutan penduduk Kluang terhadapnya membuktikan beliau pemimpin berjiwa rakyat yang menghargai dan mudah tersentuh dengan sebarang tindak tanduk rakyat apabila menceritakan detik pertemuannya dengan wanita berkenaan.

“Di Kluang, saya teruja dengan sambutan yang diberikan, ada yang salam, gamit dari jauh, pegang kuat-kuat tangan saya, ada yang ambil gambar dan tandatangan tetapi ada seorang wanita Cina, Wong Mei Fong beri saya sehelai bendera Malaysia berusia 51 tahun.

“Apabila saya tanya kenapa beri bendera ini kepada saya, dia jawab: “Kerana Datuk (Najib) buat 1Malaysia dan saya sokong 1Malaysia dan Barisan Nasional (BN).

“Saya terharu kerana perempuan tua bangsa Cina menyokong dan setia pada kerajaan, malah beliau juga beri surat dua muka surat dalam bahasa Mandarin, jadi saya kena balik dan terjemah tetapi ini antaranya yang beri semangat pada saya sampai tidak rasa letih kerana rakyat Malaysia beri sokongan. Terima kasih pada semua dan masyarakat Kluang khususnya,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 10,000 penduduk yang hadir pada majlis berkenaan.





Meneruskan ucapannya, Perdana Menteri secara selamba berkata: “Sebab budi baik rakyat, saya begitu tergerak hati untuk membantu bandar Kluang dan masyarakat Kluang untuk terus mendapat kualiti hidup lebih selesa.”

Ketika itu, makin terpancar keceriaan pada wajah penduduk yang hadir kerana terdahulu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengutarakan masalah catuan air yang sering dihadapi penduduk bandar yang namanya berasal daripada perkataan ‘keluang’ yang juga sejenis kelawar itu.

Perdana Menteri tidak mahu peristiwa pada sambutan Tahun Baru Cina 2010 iaitu penduduk di bandar yang wujud pada awal 1910 itu terpaksa mencatu air berulang menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak menentu.

“Saya peka dengan masalah ini, sebab jika tidak ada air, perkara ini akan sentiasa menghantui fikiran rakyat dan sebagai kerajaan yang mendahulukan masalah rakyat, kita akan mengatasinya dan selepas dengar dari Menteri Besar (Johor), saya setuju luluskan peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di Kluang melalui pembinaan empangan Kahang membabitkan peruntukan RM105 juta,” katanya menganggap masalah itu sangat berat untuk terus ditanggung rakyat.

Hadiah kepada penduduk Kluang itu juga membuktikan penghargaan Perdana Menteri berikutan sambutan memberangsangkan di kalangan rakyat yang menyambut kehadirannya, bermula di Muar sebelum ke Kluang. Ketika di Muar, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa makan cendol ketika melakukan tinjauan mesra di situ.

“Penat lelah pun hilang walaupun jadual ketat dari pagi. Setiap tempat yang dikunjungi sambutan diterima amat memberangsangkan hingga saya tidak tahu bagaimana nak tafsir sambutan begini meriah,” katanya yang kini dalam siri lawatan ke negeri seluruh negara. Johor adalah negeri kedua dilawati Perdana Menteri selepas Sarawak.

“Di Kluang, saya dibawa ke pangkalan bas dan teksi, naik tangga dua tingkat tanpa lif. Nasib baik kesihatan mengizinkan, kemudian makan pula ubi kayu rebus dengan ikan bilis dan sambal ikan bilis dengan ikan kering sambil mendengar masalah dihadapi dan mencari jalan bagaimana untuk menolong rakyat,” kata pemimpin nombor satu negara menegaskan beliau adalah milik rakyat Malaysia dan mengakui sedia menghambakan diri kepada rakyat.

Ketika ini, bibit-bibit pilihan raya umum dapat dirasakan apabila Pengerusi BN itu berkata: “Apakah ini (sambutan meriah) petanda bahawa sokongan sudah kembali kepada BN, apakah ini dalil atau bukti Johor tetap kekal sebagai kubu kuat BN, apakah ini isyarat kawasan kita pinjamkan buat sementara kepada pembangkang akan kembali kepada BN?”

Bagai kata Perdana Menteri, semua ini sebenarnya di tangan rakyat Malaysia dan kerajaan tidak memaksa rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi, juga tidak paksa rakyat keluar mengundi, begitu juga tidak paksa rakyat mengundi mana satu parti, tetapi hakikatnya kerajaan

Isnin, Mac 28, 2011

Gambar lawatan Najib ke Kluang Bhg.04 (Akhir) : Sokongan padu 10 ribu rakyat Kluang kepada PM

1 Komen!!!

Inilah acara kemuncak lawatan PM, DS Najib ke Kluang sejak petang sampai ke malam.. program jamuan rakyat ini telah dihadiri lebih 10 ribu orang.. mencatat sejarah kehadiran teramai program BN... jangkaan hanya untuk 5000 ribu ke 6000 ribu orang..

Secara keseluruhannya kehadiran PM di Kluang telah menarik lebih daripada 20 ribu orang yang hadir untuk bertemu perdana Menteri yang disayangi rakyat.. Namun tabik spring patut diberikan kerana program ini tiada pengangkutan percuma disertakan... rata-rata rakyat kluang sanggup berdiri tidak berganjak semata-mata mahu bersalam dengan YAB PM..

Hampir keseluruhan pemimpin negeri Johor hadir dalam program tersebut.. lawatan yang disertai YAB Menteri Besar Johor dan exco kerajaan negeri ini sangat memberi makna kepada rakyat Kluang..

PM juga merakamkan rasa terharu diatas sokongan rakyat Kluang kepada beliau sebagai satu isyarat sokongan kepada BN semakin baik... dan semakin pulih..

Akhirnya tahniah dan syabas kepada tuan tanah kedaung.. YB Tn Hj Md Jais Sarday, Ketua UMNO Bahagian Kluang merangkap ADUN Mahkota serta jawatankuasanya termasuk pemuda, puteri dan tidak dilupakan pejabat daerah Kluang juga bekerja keras untuk menjayakan program ini..

Program hebat!!!!



































Gambar lawatan Najib ke Kluang Bhg.03 : Masyarakat Cina menyokong 1Malaysia

0 Komen!!!
Lawatan Masyarakat Cina diadakan Sek Men Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, Kluang... sambutan sangat menggalakkan.. kehadiran lebih 3000 orang bersama PM, bukan setakata berada di dalam dewan bahkan sebahagian peserta terpaksa duduk di dalam khemah iaitu di luar dewan.. dan masih ada yang berdiri., kerana kekurangan tempat duduk. rata-rata teruja berpeluang bertemu dengan DS Najib.

Antara deretan kereta di padang sekolah









Kongsi Link Anda