Popular Today

Memaparkan catatan dengan label HUDUD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUDUD. Papar semua catatan

Khamis, Julai 09, 2015

Hudud : PAS dakwa DAP sengaja buat tidak faham

5 Komen!!!


KOTA BHARU - DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.
 
"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.
 
"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.
 
Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.
 
Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan PKR sebelum ini, Pas telahpun menyatakan hasrat parti untuk memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.
 
"Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan masing-masing.
 
"Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran (termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah)," katanya.
 
Katanya, Pas sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.
 
"Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan ... bukan kita tak bagi," katanya.
 
RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dun Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu. - Bernama 8 Julai 2015

Rabu, Disember 17, 2014

Hudud : PKR tuduh PAS bersekongkol dengan Umno pulak

0 Komen!!!
Kalau tak nak Hudud PAS Kelantan.. cakap sahaja terus terang tak nak mcm yang DAP buat. Tidak payah nak cari alasan lain.
Mengenai cadangan Hudud PAS kali ni, betul2 mendapat halangan dari rakan2 PAS sendiri.
Pah Koya kalau sehari tak maki BN atau Umno dia akan berasa tak lengkap hidup dia..
Barangkali dia akan berasa gatal gatal badan,berpeluh dan seram sejuk jika dia tak fitnah dan maki hamun.. dia bagai ketagihan ayaq Ketum..
Jom kita tengok kenyataan Pah Koya menghentam Pas ..
“Kenapa secara tiba-tiba saja? Dan apa keperluan diadakan sidang khas untuk mengendalikan isu ini? 
“Adakah ia agenda untuk menarik perhatian umum daripada krisis 1MDB dan digantikan dengan konflik PAS dan DAP,”
image
Sudah lah dia tolak hudud seperti Ketum dan Guan Eng..dah tu kaitkan dengan 1MDB pulak.. apa asas dan bukti yang dia ada hingga boleh kaitkan hudud dengan 1MDB..
1MDB tak ada masaalah apa pun tak lebih kepada spin dari kilang fitnah PKR dan Dap..
Hudud pula dah lama Pas nak laksanakan..apa kaitannya pula dengan 1MDB.. cubalah bagi alasan yang logik sikit..tahulah PKR sakit hati sangat dengan Pas..tapi nak menuduh biarlah nampak cerdik sikit..
Langsung takde kelas lawyer buruk PKR nih.. politik murahan Pah Koya serlahkan betapa rendahnya mentaliti pemimpin PKR..
2014 bakal menutup tirai tak lama lagi..Pah Koya boleh la kita nobatkan perempuan paling kuat meroyan tahun ini..
Pisau kata “Tahaluf siyasi Pas nampaknya semakin menarik”

Sumber : Pisau.Net

Selasa, Disember 16, 2014

PAS terkena sebab percayakan si kafir DAP.. bodohnya PAS!!

2 Komen!!!

Dah nama pun org kafir.. mana boleh percaya... yang PAS percaya pd org kafir buat apa.. jd sama je la bodohnya..



Jangan sentap pulak macai PR..

0 Komen!!!

Hudud - DAP atau PAS yang tidak matang

0 Komen!!!


Pemuda Pas Kelantan sifatkan desakan DAP agar PR menyatakan pendirian tolak hudud sebagai kenyataan tidak matang, malah lebih kepada provokasi terhadap Pas.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, DAP tentunya menyedari pendirian Pas dalam isu hudud sebelum menyatakan persetujuan untuk bersama-sama di dalam gabungan parti pembangkang.

“Di dalam hal ini iaitu desakan agar PR tolak hudud, Pas tidak perlu melayan provokasi, malah bagi Pemuda Pas, kerajaan negeri perlu mara ke hadapan bagi memastikan undang-undang ini dapat dikuatkuasakan apabila tiba masanya,” katanya.
Sebenarnya dalam masalah ini, yang tidak matang ialah PAS.. sudah tentu PAS mengetahui dasar DAP tetapi masih duduk dalam PR..dan yang lebih tidak matang PAS lagi ialah dua daripada 3 Parti dalam komponen PR menolak Hudud.. jika ikut demokrasi dan undian PAS pasti kalah..

inilah masalah bila orang yang tidak matang cakap orang lain yang tidak matang.. 2x 5

Hudud - PAS dan DAP terus berperang!!

0 Komen!!!

Dalam PR.. satu parti nak Hudud tapi dua parti tak nak Hudud iaitu PKR dan DAP.. 

sekarang mi perang besar sedang berlaku dalam PR... 

semalam dalam Persidangan DAP Kebangsaan seramai 968 Perwakilan DAP sebulat suara menolak Hudud.. manakala Anwar pula jadi tukang angguk DAP dengan mengatakan Hudud PAS bermasalah11

Respon daripada itu... amaran keras Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kepada DAP berikutan tindakan parti itu yang berterusan menentang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. 

Mohd. Amar dalam nada tegas berkata, Pas akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP. “Dia tidak boleh paksa Pas ikut dia (tolak hukum hudud). 

Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan Pas, dia boleh undur, keluar pakatan pembangkang..

tapi kenapa PAS tak marah Anwar pulak??? hmmm 1000 persoalan ni?? 

Ps: PAS jangan jd menteri amaran jek.. sikit2 amaran.. sikit2 amaran... amaran sahaja.. tindakan x de...


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-hormati-pas-atau-keluar-pakatan-8217-1.37025#sthash.xBmP8Kvp.dpuf

Isnin, Disember 15, 2014

Anwar tidak yakin dengan Hudud PAS Kelantan!!

2 Komen!!!

Hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih.. inilah pepatah yang sering kita dengar kepada mereka yang mempunyai impian..
Nampaknya memang jelas Hudud bukanlah Impian Anwar AL bontoti.. bagi Anwar Impian dia menjadi PM lagi penting dari impian PAS nak laksanakan Hudud.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."

Kenapa Anwar sekarang baru cakap tentang masalah nak laksanakan Hudud??? 
jika ada masalah Anwar patut carilah penyelesaian kepada masalah.. nampak gaya Anwar tidak pun mencari penyelesaian kepada masalah PAS.
Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku ialah PR hanya membohong rakyat.. apatah lagi mereka telah menipu pengikut PAS... bagi mereka pengikut PAS hanyalah lembu yang ditarik hidungnya sahaja.

Ps; Siapa yang tolak Hudud sebenarnya wahai Macai PR!!

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rang-undang-undang-hudud-kelantan-bermasalah-kata-anwar#sthash.8AsMxEZG.dpuf

938 perwakilan DAP sebulat suara tolak hudud Pas

1 Komen!!!
dap bangang
938 Perwakilan DAP sebulat suara tolak Hudud PAS

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.
Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

“Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem,” katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.
Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat.

“Di sini saya ingin memberi ja­­mi­nan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara,” katanya.
Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.

Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini.

Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur.

“Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti.

Ahad, Disember 14, 2014

DAP terus kritik Hudud PAS!!

0 Komen!!!
Persidangan DAP 2014 membuka dengan nada mengkritik usaha untuk memperkenal undang-undang berasaskan agama di negara ini, ketika tiada wakil kanan PAS hadir dalam acara itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.

Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin Ali, yang juga menteri besar Selangor.

Ps; apa pulak kata PAS.. jangan diam jek PAS macam tak de teloq.. kikiki

Khamis, Mei 15, 2014

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud

2 Komen!!!
Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud
Pelawak Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Kecoh Khamis minggu lalu apabila pelawak dan pelakon iaitu Harith Iskander dikritik hebat selepas memuat naik status mempersendakan hukum Hudud di laman Twitter miliknya.

Ketika dihubungi pihak Astro Gempak, Harith menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan hukum Islam itu lebih-lebih lagi status tersebut disalah ertikan ramai pihak.

“Ya ramai yang marah dengan saya kerana status tersebut. Saya mohon maaf jika status tersebut mengguris hati sesetengah pihak. Sejujurnya saya tidak berniat untuk mempermainkan agama sendiri.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana ianya hanya perkara kecil. Mungkin apa yang cuba saya sampaikan disalah ertikan sesetengah pihak,” jelas Harith ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Harith menafikan status tersebut ditujukan kepada individu tertentu.

“Sejujurnya status tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain.

“Macam saya cakap apa yang saya sampaikan mungkin apa yang orang lain baca disalah ertikan.

“Apa yang saya dapat lihat ramai yang marah dah bertindak terus tidak lagi jadi pengikut akaun Twitter saya.

“Saya tidak terkilan jika perkara tersebut berlaku kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian,” tambah Harith lagi mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Ahad, Mei 11, 2014

MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor, fokus isu Hudud PAS

0 Komen!!!
Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
 
"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di Bidor hari ini.
 
Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor.
 
"Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.
 
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas.
   
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi.

Hudud Kelantan : demi pancing sokongan atau ??

0 Komen!!!


Dulu bila pemimpin UMNO menyatakan isu perlaksanaan hukum hudud yang digembar-gembur oleh pemimpin PAS sebenarnya hanyalah alat dan umpan politik untuk meraih undi orang Melayu Islam demi kepentingan PAS dalam pilihan raya, bukan main marah lagi penyokong-penyokongnya.

Pantang betul mereka bila kita kata pemimpin PAS peralatkan hudud untuk kepentingan politik kepartian. Dihamburnya segala kata nista dan tuduhan melulu konon UMNO anti Islam, tolak hukum Allah, kafir dan macam-macam lagi yang sepatutnya tak diucap oleh penyokong parti berlabel Islam.

Reaksi keras tak berpedoman itu satu kebiasaan dari kalangan penyokong PAS dek kerana terlalu taksub dan yakin isu perlaksanaan hudud adalah satu perjuangan ikhlas datang dari ketulusan hati pemimpin PAS demi kerana nak menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi Malaysia. Kononnya begitulah.

Kini bila mana UMNO mengambil pendirian untuk memberi ruang kepada pemimpin PAS membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam isu perlaksanaan hudud dengan membawa usul mengenainya ke Parlimen, terus tunggang terbalik sebahagian pimpinan dan penyokong PAS bersilat lidah untuk mengelak.

Di masa yang sama mana-mana pemimpin PAS yang berasa hebat dan pandai bermain silap mata cuba-cuba nasib mahu menyahut cabaran dek kerana takut tembelang pecah, alang-alang mandi biar basah kata mereka. Untung batu tenggelam untung sabut timbul, itulah harapan yang terbuku di hati mereka agaknya.

Tapi belum pun sempat usul hudud dibentangkan di Parlimen, tak semena-mena Allah SWT campak satu petunjuk buat renungan umat Islam apabila Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membongkar muslihat PAS membangkitkan isu perlaksanaan hudud sebenarnya memang bermotifkan politik kepartian.

Kata Teresa, PAS terpaksa ambil inisiatif melaksanakan hudud bagi nak mengelakkan parti itu dari kehilangan sokongan orang Melayu Islam. Tambahnya lagi, PAS perlu sahut cabaran UMNO demi kepentingan politik PAS.

“Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

“Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” demikian penjelasan pemimpn DAP itu sebagaimana disiarkan oleh portal online Malaysiakini.

Pendedahan oleh Teresa Kok itu memang cukup menarik dan ia adalah bukti nyata yang mengesahkan kewujudan muslihat jahat PAS dalam memperalatkan isu hudud untuk tujuan politik. Persoalannya siapakah pemimpin PAS yang membuat pengakuan tersebut? Tentu ramai yang ingin tahu.

Apapun dengan terbongkarnya niat sebenar PAS itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS sengaja memperalatkan isu hudud untuk menarik perhatian pengundi Melayu Islam dan bukannya kerana takut kepada Allah SWT apatah lagi demi nak menjaga martabat Islam.

Sumber; Siemen Melayu Maju 

Rabu, April 09, 2014

Mesyuarat pertama jawatankuasa hudud Kelantan- Apa kata DAP!!

1 Komen!!!

Tahniah kepada PAS Kelantan kerana hari ini mengadakan mesyuarat pertama Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Darulnaim di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan pengarah-pengarah jabatan negeri ini.

Mohd. Amar berkata, mesyuarat selama dua jam itu mengambil maklum balas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Selain itu, katanya, ia turut membincangkan mengenai beberapa halangan halangan daripada segi undang-undang, pentadbiran dan birokrasi dalam melaksanakan undang-undang Islam itu.
"Hari ini kita tidak bincang secara keseluruhan, cuma melihat beberapa halangan mengenai pelaksanaan hukum itu disamping memberi pandangan-pandangan kaedah mengatasinya.

Apa yang rakyat mahukan adalah komitmen bersungguh-sungguh PAS untuk melaksanakan Hudud. Membuang draf rang undang-undang dan mengusulkan kepada Parlimen.

Bukan sentiasa menyalahkan UMNO. Sedangkan UMNO kali ini memberi support sepenuhnya untuk Kelantan melaksanakan Hudud.

Sekarang halangan PAS sebenarnya adalah DAP.. adakah DAP boleh menerimanya.. sedangkan DAP dan PKR konsisten menolak negara Islam dan juga hukum Hudud.


Isnin, April 07, 2014

Panas!! Dokumen sulit UMNO 22 tahun mengenai Hudud terbongkar..

1 Komen!!!





Nampaknya lama dah UMNO ni sokong Hudud. Dokumen di atas bertarikh 2 Mei 1992 iaitu berumur 22 tahun!! Namun ianya tidak pernah didedahkan kepada Umum. Terkini terdapat dokumen sulit mengenai UMNO menyokong hudud telah didedahkan.

Dalam minit tersebut menyatakan "UMNO akan menyokong sekiranya parti lawan mengemukakan cadangan pindaan perlembagaan di parlimen untuk melaksanakan Hudud.

Bagi Admin ianya satu peluang yang baik bagi PAS untuk gunakan. Peluang ini PAS perlu guna untuk menyediakan usul pindaan perlembagaan untuk laksanakan Hudud.

masanya telah tiba. Hudud jangan dijadikan isu politik tetapi isu bersama untuk kebaikan umat Islam semua dan rakyat Malaysia amnya.


UMNO sokong Hudud - apakah alasan PAS selepas ini

2 Komen!!!

Hukum Hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU. Namun akhir tahun lepas menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata  Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
“InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.
Selalunya PAS akan sentiasa menyalahkan UMNO dalam kes hudud ini. PAS suka menuduh UMNO menolak Hudud bermakna UMNO juga tolak Islam, UMNO tidak Islamik, Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UMNO tolak usul hudud.
Namun sekarang Tok Pa selaku pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kelantan menyokong usul Hudud Kelantan.. nah!! apakah alasan PAS pula selepas ini!!
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,"
Harap selepas ini jangan pula PAS yang tarik semula Hudud ini kerana paksaan DAP.. 
DAP juga perlu nyatakan pendirian tentang Hudud PAS Kelantan ini.

Sumber : bernama


Selasa, Februari 23, 2010

Mini Hudud : Pakatan bidas hukuman sebat 3 wanita Islam

2 Komen!!!

Sebat Syariah @ mini Hudud.. adakah ianya boleh ditafsirkan sedemikian..

Pakatan Rakyat (PR) membidas pelaksanaan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam yang didapati bersalah terlibat dalam seks haram, dengan mendakwa Mahkamah Syariah tidak menghormati undang-undang syariah. [rujuk sini]

Jika boleh ditafsirkan demikian.. tidakkah tindakan pakatan membidas hukuman sebat kerana Zina sebagai mebidas hukum hudu juga...

Apa yang Presiden PAS katakan hanyalah perkata teknikal sahaja.. Hj Hadi kata “Ini kerana Mahkamah Syariah masih terikat dengan undang-undang yang menghalang mereka daripada melaksanakan undang-undang ini dengan kaedah yang betul,”

Abdul Hadi berkata adalah penting untuk mengetahui bagaimana undang-undang itu dilaksanakan.

Inilah sepatutnya datang peranan PAS.. yang mengaku memperjuangkan Islam.. untukn mendatangkan para ulama dan ilmuan mereka berbincang dengan kerajaan bagaimana hendak dilaksanakan dengan betul..

Tetapi kalau PAS juga membidas mini hudud.. apa sudah jadi pada perjuangan PAS selama ini... adakah PAS masih menjadi pencacai dan anjing belaan DAP yang hanya menyalak untuk tuan mereka...

Apa yang penting ini adalah platform untuk PAS laksanakan hukum hudud.. itupun jika PAS ikhlas untuk memperjuangkan Islam.

Lim Kit Siang pula kata “Malaysia cannot continue to be in adverse international spotlight if we are to restore our international competitiveness by regaining national and international confidence in good governance; the rule of law; a democratic, progressive and model multi-racial, multi-cultural and multi-religious modern nation to be ideal destination for FDIs, haven for tourists and hub for international students,”.. [rujuk sini]

Maknanya juga ialah mini hudud ini tidak boleh dilaksanakan... atas alasan yang telah diberikan di atas.. ini baru mini hudud.. belum lagi yang sebenar.. jadi apa kata PAS tentang mereka nak laksanakan hudud dan Islam..

Khamis, Februari 18, 2010

News : Tiga wanita Islam disebat, syariah Islam dimartabatkan

0 Komen!!!
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 17 Feb. - Di sebalik kontroversi hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang tertangguh sehingga kini, tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebat mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu.

Dalam pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka telah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Selain itu, beliau berkata, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama.

''Pada 9 Februari lalu, kira-kira pukul 10 pagi, hukuman sebat syariah telah dilaksanakan dengan sempurna ke atas tujuh pesalah syariah.

''Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati mereka telah reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

''Sebatan itu tidak mendatangkan kesan luka pada badan tetapi wanita tersebut mengakui ia memberikan kesan amat mendalam dalam diri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, pesalah wanita tersebut melahirkan harapan mereka agar kaum wanita lain bertindak menjauhi perbuatan yang ditegah oleh agama.

''Salah seorang wanita tersebut telah dibebaskan pada 14 Februari lalu setelah menjalani hukuman penjara satu bulan.

''Seorang lagi akan dibebaskan beberapa hari lagi manakala seorang lagi pada Jun ini," katanya.

Justeru, Hishammuddin berharap, isu sebatan syariah tidak disalah ertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam.

Katanya, hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan seterusnya membina hidup baru yang lebih baik.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya telah bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dalam melaksanakan tugas tersebut.

Katanya, seramai 13 pegawai pelbagai agensi hadir semasa hukuman sebat syariah itu dilaksanakan.

Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), para pegawai agensi agama itu selain pegawai daripada Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

''Saya ingin memaklumkan persiapan bagi melaksanakan hukuman sebat secara syariah telah lama dibuat oleh Jabatan Penjara.

''Persiapan itu antara lainnya termasuk pelantikan dan latihan pegawai sebat rotan wanita untuk pesalah syariah yang telah dimulakan pada penghujung 1990-an," katanya.

Katanya, apabila timbul isu mengenai sebatan secara syariah terhadap pesalah wanita pada 20 Julai lalu, pihaknya telah memanggil Ketua Pengarah Penjara serta pegawai sebatan bagi mendapatkan penjelasan selain melihat demonstrasi sebatan syariah pada 27 Ogos tahun lalu.

''Pada 4 September 2009, Jabatan Penjara telah mengadakan perbincangan melibatkan Jakim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Peguam Negara.

''Hasil perbincangan dan demonstrasi yang ditunjukkan, semua bersetuju dengan tatacara pelaksanaan sebatan syariah yang digunakan oleh Jabatan Penjara," katanya.

Utusan Malaysia

Ahad, Januari 11, 2009

HADI PEMBOHONG?

11 Komen!!!
Hari ini Karpal Singh membidas kenyataan Hj Hadi kononnya parti itu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru- baru ini.

"Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.

"Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perkara ini sememang bukan pelik sebab PAS ni memang sudah lama berbohong kepada rakyat..Bagi orang PAS berbohong adalah suatu yang biasa? Kalau Presiden pun dah bohong, yang bukan Presiden lagilah banyak berbohong!

.. setuju...?

Sabtu, Januari 10, 2009

Hudud: Pakatan Rakyat semakin tidak sehaluan

0 Komen!!!
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Pertikaian di kalangan pemimpin pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud menunjukkan pakatan mereka tidak boleh membentuk kerajaan yang mempunyai dasar bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti-parti pembangkang tidak mempunyai polisi bersama, cuma ada pakatan yang agak longgar yang tujuannya hanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pakatan yang longgar menyebabkan semakin hari semakin banyak perbezaan pendapat timbul di kalangan pemimpin pembangkang.

"Apa yang berlaku sekarang jelas menggambarkan mereka tidak ada pendirian bersama.

"Mereka tidak boleh membentuk satu kerajaan yang mempunyai dasar bersama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara ini.

Anwar juga dilaporkan menolak teguran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyatakan hukum hudud tidak menepati Perlembagaan Persekutuan dengan menyifatkan kenyataan itu bersifat umum.

Mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak perlu menjelaskan kepada rakyat bukan Islam mengenai hudud sebaliknya mahu menjelaskan perkara itu kepada UMNO kata Najib, perkara itu tidak perlu.

Ini kerana menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu menjelaskan bahawa mereka sebenarnya bermain politik sejak dari awal isu hudud dibangkitkan.

"Tak payah hendak jelaskan kepada UMNO, mereka sebenarnya main politik dari mula isu hudud ini," jelasnya.

Beliau percaya ramai pengundi bukan Islam tidak senang hati dengan apa yang dinyatakan pemimpin Pas itu mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Khamis, Januari 08, 2009

Hudud: Kenyataan Anwar mengelirukan, kata Karpal

2 Komen!!!
Jan 8, 09 6:40pm
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.

"Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di ibunegara, lapor Bernama

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lalu sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

"Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

Jadi macamana PAS? Nak jawap ataupun tidak... Nak Jawap ke atau nak hilang undi bukan Islam?....

Jawap ... jangan tak jawap...

Kongsi Link Anda