Thursday, May 16, 2013

SMS Fitnah Dan Hasutan

1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!
    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)
    Message centre: +447797706027
    Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm

2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UmmNO.BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU
    Sender: +880272825572 (BANGLADESHDHAKA, BTCL)
    Message centre: +134523096666 (CAYMAN ISLANDS, LIME)
    Sent: 2-May-2013   Time: 05:04:17 am

Dua sms di atas saya telah terima beberapa hari sebelum tarikh mengundi PRU 13.Mereka menggunakan kaedah telemarketing yang biasanya nombor-nombor hp yang diperolehi itu daripada pemegang akaun dan kad kredit bank-bank di Malaysia.Sangat mudah untuk mendapatkannya dengan bayaran hanya10sen,20sen,50sen dan lebih dari itu untuk pemegang premium akaun dan kad kredit. Sumber daripada orang dalam bank-bank berkenaan.

Jika mereka menghantar hanya 10%  daripada jumlah 13.3 juta pengundi PRU 13, kirakanlah berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk penyebaran "bulk" sms satu variasi sahaja. Kemungkinan terdapat banyak variasi dan sekurang-kurangnya 4 bahasa digunakan  sama ada beroperasi dalam negara atau luar negara.


1 comment:

Use OpenDNS