Best Story

Memaparkan catatan dengan label AL-KISAH PENJENAYAH KEJAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AL-KISAH PENJENAYAH KEJAM. Papar semua catatan

18 September 2011

Siapakah Warga Asing Yang Pertama Dihukum Gantung Di Malaysia?

3 komen
Salam satu dunia buat semua...


Apa khabar anda semua? semoga berada dalam keadaan yang sihat disamping keluarga yang tersayang. Malam ini Arm sekadar hendak berkongsikan dengan anda semua berkaitan kisah sejarah hukum gantung di negara kita ini. Sudah agak lama juga blog Arm ini tidak dihiasi dengan kisah-kisah sejarah negara kita ini. Oklah, tanpa membuang masa anda semua... tahukah anda semua siapakah warga asing yang pertama sekali dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Malaysia??Ok, bagi yang tahu jawapan kepada persoalan Arm itu, Arm ucapkan tahniah dan kepada yang tidak mengetahui jawapan dan sedang terping-pinga memikirkan kepada soalan itu, apa kata korang luangkan sedikit masa untuk membaca kisah ini sebentar...Kisah ini Arm tidak lakukan kerja editing dan sepenuhnya Arm ambil dari sebuah forum...Begini kisahnya..

Inilah dua warga asing yang dimaksudkan di dalam ini cerita...


Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.

Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugasmemerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia,Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.

Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal denga perbuatan tersebut.

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.

Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri Tv pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau megatakan tindakan itu adalah kerja orang Gasar.

Rentetan kejadian itu negara Kita dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah bila ada juga ahli Parliment kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, dimana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan Imej Mereka di mata masyarakat antarabangsa.

Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi Renggan, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan belaiu turut memberi amaran yang berbunyi..

“Kita akan Terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di Negara Kita Tidak kira warna Kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia.
Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah..



28 Mac 2010

Bentong Kali Part 2...

37 komen
Setelah kita mengetahui serba sedikit asas biodata Bentong kali  pada part one yang lalu, kini marilah kita merungkai apakah keganasan yang telah dilakukan oleh si Bentong Kali nie sehinggakan pihak berkuasa memberikan ganjaran sebanyak RM 100,000 pada masa tue  untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya si Bentong Kali nie...

Bentong Kali nie telah mula berjinak-jinak dalam kegiatan jenayah nie pada usianya yang masih muda lagi, iaitu pada umurnya 14 tahun lagi. Sayangkan muda-muda dah jadi penjenayah. Dia mula terlibat dengan jenayah apabila dia telah memberhentikan dirinya daripada sekolah pada tingkatan satu dan mula membabitkan dirinya dengan jenayah apabila telah menganggotai kumpulan kongsi gelap cina 04 bukan 007 yah...itu James Bondol..hehehe

Pada usianya 19 tahun, Bentong Kali pernah ditangkap oleh pihak berkuasa ketika dia melakukan jenayah dan dia telah disumbat ke dalam penjara, tetapi sayangnya dia tidak pernah insaf dan berasa serik setelah berada di dalam penjara. Setelah dia bebas daripada penjara, dia merasakan seperti dirinya paling hebat kerana baginya bukan senang untuk seseorang itu merasa untuk tinggal di dalam penjara, hanya orang yang terpilih oleh polis saja yang dapat tinggal di penjara. Dan selepas 4 tahun dia dibebaskan, dia menimba pula pengalaman di bidang jenayah nie dengan mengikut pula kumpulan kongsi gelap india pula iaitu kumpulan 08...Apa nie semua geng kongsi gelap pakai nombor daaa...

Selepas dia menganggotai kumpulan 08 nie, dia mulalah melakukan jenayah yang ganas seperti membunuh, memeras ugut dan terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Boleh dikatakan pukul dan membelasah orang nie dah jadi macam sarapan dialah.  Terbuka saja matanya, mesti nak cari mangsa untuk dibelasah. Bukan nak cari nasi lemakah atau pun roti canai untuk dijadikan sarapan. Sehinggakan pihak berkuasa pun dia boleh cabar jugak woo. Kononnya tiada istilah takut dalam kehidupan Bentong Kali nie...Dan baginya tiada undang-undang perlu diikuti...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya mencium tanah juga apabila dia sekali lagi dicekup oleh pihak polis   pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada 1987 tetapi bukan bebas begitu saja ya, dia bebas tetapi bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang..Walaupun dia dikenakanan hukuman yang boleh dikatakan berat jugaklah, masih lagi tidak memberikan keinsafan kepada dirinya...Entahlah, mungkin dia merasakan hukuman itu masih lagi tidak memberikan pengajaran buat dirinya...

Dan Bentong Kali memulakan kembali kembali karier jenayahnya di Jalan Klang  Lama, Kuala Lumpur dengan menubuhkan kumpulan kongsi gelapnya sendiri iaitu geng 04, apa daaa, nombor lagi. Kali nie dia melakukan jenayah pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur nie. Dan sekali lagi dia ditahan oleh pihak polis pada 1990 di bawah akta dadah berbahaya 1953. Tetapi sayangnya, bukti untuk mengaitkan dia dengan pertuduhan tidak mencukupi dan dia terlepas...

Untuk pengetahuan korang jugak, ditubuh badan si Bentong Kali nie banyak tatu woo..Kesemua tatu nie kiranya untuk menggambarkan tahap keganasan dirinyalah..Antaranya tatunya adalah yang berbentuk tulisan "Born To Kill" ..dalam bahasa inggerisnya kalau tak silap gua dilahirkan untuk membunuh. Selain tue, terdapat gambar tatu binatang yang ganas-ganas belaka, antaranya lukisan kepala harimau ditangan kanannya manakala gambar perempuan bogel, ular dan juga helang ditangan kirinya...Bahagian belakang badannya juga turut tidak dibiarkan kosong begitu saja, ia turut dilukis dengan gambar tatu burung helang. Serta kedua-dua bahagian pahanya juga turut menjadi mangsa kepada ukiran perempuan bogel juga. Dia bukan apa, supaya apabila bosan bolehlah dia tengok gambar-gambar tatu terbabit...

Antara pembunuhan yang kejam dilakukan oleh Bentong Kali, ialah pembunuhan 4 orang di Taman Taming Jaya Balakong, Selangor pada 14 jun 1993 ketika 40 orang penduduk sedang bergembira menyambut hari lahir seorang penduduk di situ. Bentong Kali bersama seorang temannya datang ke rumah tersebut dan melepaskan tembakan hingga menyebabkan 4 orang maut dan 2 cedera parah selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka. Selain itu juga, dia juga pernah membunuh seorang penjual roti canai yang hanya menegur si Bentong Kali nie kerana kencing di tepi rumahnya. Kesian kat penjual roti canai tue kan..tak pasal-pasal kena tembak. Pada 11 jun 1993 juga dia juga terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki yang sedang menunggang motor di Jalan Klang Lama.

Bentong Kali bukan sahaja menyerang orang awam, dia juga dengan beraninya menyerang anggota polis. Ini terbukti apabila pada 27 jun 1993, dia yang sedang menaiki kereta dengan tiba-tiba sengaja mematikan lampu hadapan keretanya sebaik saja menghampiri 2 orang anggota polis yang sedang menunggang motor dan kemudian melanggar anggota polis tersebut. Mujurlah anggota polis yang dilanggar tidak maut, dan anggota polis terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki Bentong Kali bersama orangnya..

Oleh kerana Bentong Kali semakin mengganas, ada penduduk yang tinggal dikawasan Taman itu yang sanggup berpindah rumah dan menangguhkan majlis keramaian mereka semata-mata takut dibunuh oleh Bentong Kali.Pihak polis melakukan operasi khas yang dinamakan "Ops Buncit" yang dibuat khas untuk menangkap Bentong Kali sama ada hidup atau pun mati. Kira-kira 200 anggota polis dari Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur terlibat dalam operasi khas ini. Serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak polis untuk menangkap penjenayah ini. Dan akhirnya pemburuan polis berakhir apabila Bentong Kali keluar juga dari tempat persembunyian kerana untuk menemui konconya di Jalan Klang Lama.

Polis mengekori Bentong Kali sehingga di sebuah rumah teres 2 tingkat di Medan Damansara pada 29 jun 1993. Sepasukan polis elit (UTK) dan pasukan pemusnah bom dikejarkan ke kawasan rumah tersebut. Pada subuh yang tenang itu, pasukan polis telah mengepung dan bersiap sedia untuk menangkap Bentong Kali. Pihak polis mengarahkan Bentong Kali menyerah diri, tetapi dia berdegil dan melepaskan tembakan ke arah polis. Mujurlah tiada anggota polis yang terkena dengan tembakan yang dilepaskan oleh Bentong Kali dan 2 orang kanannya. Polis membalas tembakan Bentong Kali, dan tembakan yang dilepaskan tepat mengenai kepala Bentong Kali dan  telah menamatkan riwayat penjenayah yang suatu ketika dulu pernah menelefon balai polis mencabar untuk berperang dengannya...

-TAMAT DAAAA...-

23 Mac 2010

Bentong Kali, Penjenayah Kejam Era 90-an...

16 komen
Salam buat korang semua,

Setelah tamatnya kisah Botak Chin yang ada 5 siri semuanya tue, macam drama la pulakan...Kepada sesiapa yang rasa berminat dan mengidam nak baca entry Botak Chin yang mana mengikut olahan Arm sendiri, boleh jenguk kat sinilah.. Gua nak membawa lagi pula kisah penjenayah dulu-dulu yang pernah menghuru-harakan ketenteraman masyarakat Malaysia suatu ketika dulu, mungkin nenek atau atuk kita turut sama merasa ketakutan tahap dewa 16 ketika keganasan  yang dilakukan oleh penjenayah nie,yang mana tak kurang dengan ganas dan kejamnya juga...Pada kali nie, Arm nak story pasal 'Bentong Kali' lah pula...

Ada sebarang bantahan tak dari korang semua sebelum Arm nak cerita tentang Bentong Kali nie. Arm harap tak adalah bantahanlah ya dari korang semua. Jangan pula lepas nie korang memakai baju merah dan membuat kutipan derma darah, lepas tue...korang mandilah sendiri dengan darah tue...hehehe...Jangan marah ya. Korang kenal tak Bentong Kali nie? Pernah tak korang mendengar nama Betong Kali nie? Oklah, Arm pun malas nak tunggu jawapan korang tue. Bentong Kali nie penjenayah yang paling dikehendaki jugalah selepas penjenayah Botak Chin nie...Kalau Botak Chin era 70-an, Bentong Kali nie pula era 90-an...Apa tunggu lagi, mari kita berkenalan dengan penjenayah nie...

Nama sebenarnya bukanlah Bentong Kali, namanya adalah P. Kalimuthu. Dilahirkan pada 22 haribulan Januari tahun 1961. Dia adalah anak yang ke lapan daripada 11 adik beradik, peh ramai tue adik-beradik dia kan. Dia adalah berasal dari Bentong, Pahang. Orang Bentong nie, oleh kerana dia berasal dari Bentong, dapatlah dia gelaran 'Bentong Kali'. Manakala 'Kali' tue pula diambil dari namanya sendiri Kali-muthu...


Bersambung...

P/s : Gua nie balik-balik cerita pasal penjenayahkan, korang semua jangan fenin-fenin...Lepas nie gua nak buat satu lagi slot dalam blog gua nie berkaitan, kisah pengorbanan anggota keselamatan kita iaitu "Wira tak didendang" Akan datang yah...Tunggu...

20 Mac 2010

Botak Chin Siri Akhir !!!

30 komen


Salam,

Ini adalah sambungan kisah Botak Chin. Sesiapa yang berminat untuk membaca Part 4 Botak Chin nie, boleh korek kat sini, Part 4...Bukan apa, baru best dan ada umph!! Kalau nak baca dari part 1 pula boleh lah korek kat sini, Part 1...

Setelah bunyi tembakan telah reda, pihak polis mula memasuki ke dalam pejabat kilang papan tersebut, yang mana telah menjadi kubu bagi Botak Chin dan 2 orang kanannya. Apabila anggota polis memasuki pejabat itu, kelihatan 2 tubuh yang sedang terbaring kaku tak bernyawa lagi, dan tak syak lagi itulah orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Ah Keong. Tetapi yang peliknya, Botak Chin masih tidak kelihatan, lalu ketua polis daerah Sentul masuk lagi ke dalam, dan tiba-tiba dia mendengar satu suara yang sayup-sayup memanggilnya, "sir, please help me sir"...Apabila dia menoleh, sahlah itu adalah Botak Chin yang sedang bersembunyi di bawah meja. 

Tanpa berlengah lagi, ketua polis daerah Sentul tue pun menarik Botak Chin dari bawah meja terbabit dan terus menggari si penjenayah ini. Semasa ditemui Botak Chin dalam keadaan yang cedera kerana terkena beberapa das tembakan dan bersama-samanya dijumpai sebuah beg yang berisi lebih dari satu senjata api...Selepas itu Botak Chin telah ditahan selama setahun sebelum dia mengaku bersalah ke atas dakwaan yang disabitkan kepadanya dan hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati di bawah undang-undang keselamatan Dalam Negeri (ISA)...

Tetapi peguam Botak Chin membuat rayuan sehingga ke peringkat Privy Council dan kesnya dibicarakan semula pada 1 April 1980. Alasan peguamnya adalah hasil romplakan Botak Chin diberikan kepada orang susah dan orang miskin, adui yai. Itulah sebabnya Botak Chin nie gelarkan sebagai Robin Hood dikalangan penyokongnya. Tetapi jenayah adalah perbuatan salah dan juga menyebabkan ramai orang yang merana dan sengsara, salah tetap salah dan Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan telah menolak rayuan tersebut lalu  menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Botak Chin pada 16 Mei 1980...

Untuk pengetahuan korang juga, semasa berada di dalam penjara menunggu untuk digantung, Botak Chin pernah melakukan rusuhan serta pernah memukul dan menikam warden penjara Pudu. Ini adalah kerana rahsia Botak Chin untuk melarikan diri dari penjara Pudu telah terbongkar. Warden penjara telah menerima maklumat yang Botak Chin sedang mengumpul bahan-bahan untuk meletupkan penjara dan kemudian melarikan diri. Botak Chin mendapat bekalan seperti paku dan karbad melalui orang yang datang melawatnya secara beransur-ansur. Apabila warden mengetahui hal ini, warden penjara melakukan serbuan ke dalam bilik Botak Chin untuk mencari bahan-bahan letupan yang disembunyikannya..Jadi Botak Chin pun marahlah apabila barang yang dikumpulnya dirampas oleh warden, maka tercetuslah rusuhan...

Akhirnya pada 11 jun 1981, datanglah warden penjara ke bilik akhirnya. Warden penjara menyarungkan kepalanya dengan kain hitam dan selepas itu di bawa menuju ke tempat hukuman akan dijalankan. Setelah Botak Chin telah berdiri tegak di atas platform hukuman gantung, tali gantung di masukkan ke kepalanya dan kemudian gear platform ditarik, Dum!! bunyi platform terbuka, lalu tubuh Botak Chin terjatuh ke bawah dan menyebabkan tali tadi menjerut leher Botak Chin sehingga patah. Kini tamatlah sudah riwayat penjenayah yang masih lagi muda tetapi sangat ganas dan telah menggemparkan negara kita dengan aksi jenayahnya sehingga menjadikan dirinya sebagai penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa...

-TAMAT-

13 Mac 2010

Botak Chin Part 4

18 komen
 antara senjata yang digunakan oleh Botak Chin dalam jenayahnya..

Ini sambungan seterusnya kepada kisah keganasan penjenayah Botak Chin...Kepada korang yang belum baca part sebelumnya bolehlah berkunjung di bahagian side bar blog ini, dan bolehlah membaca kisah part 1 hingga part 3 di Al-Kisah Penjenayah Brutal yer...

Botak Chin terlalu gembira (Sambil ketawa terbahak-bahak..kihkihkih) dengan serangan yang telah dilakukannya terhadap DSP Kulasingam, dia beranggapan riwayat pegawai polis yang memburunya telah tamat dan akan melemahkan semangat pasukan polis untuk terus memburunya, tetapi tanggapan Botak Chin terhadap kejayaan pada malam itu meleset sama sekali. Apa tidaknya, keesokan paginya...terpampang di dada-dada surat khabar yang menyatakan DSP Kulasingam terselamat dari serangan Botak Chin dan hanya mengalami kecederaan kecil sahaja, dan perkara ini telah membuat Botak Chin tersangat marah, lalu di terajangnya seorang anak buahnya yang membawa perkhabaran berita gembira itu...(Kedebuk..Jatuh tersungkurlah anak buahnya itu..)

Serangan Botak Chin terhadap DSP Kulasingam, tidak langsung mematahkan semangat anggota polis yang memburunya, anggota polis tidak pernah gentar dan goyang terhadap penjenayah seperti Botak Chin ini. Gerakan memburu Botak Chin semakin diperhebatkan oleh PDRM pada masa itu...Setelah menjejaki Botak Chin selama hampir 4 bulan, pasukan polis khas yang ditubuhkan untuk mengintip dan menjejaki penjenayah ini berjaya menjejaki tempat persembunyiannya...

Pada 16 februari 1976 tarikh keramat ini telah menjadi saksi kepada pertempuran sengit diantara pasukan polis dan kumpulan penjenayah Botak Chin. Sebuah kilang papan di jalan Ipoh, Kuala Lumpur di syaki menjadi tempat persembunyian penjenayah keparat ini. Operasi khas telah di atur secara terperinci dan sebaik mungkin, pihak polis tidak mahu Botak Chin dan anggota kumpulannya lolos lagi...Setelah kegelapan malam telah bermula, polis mula bertindak bergerak secara senyap mengepung seluruh kawasan kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin...

Setelah menunggu beberapa lama, (jengg3x...) sebuah kereta Mazda putih muncul dalam kesunyian malam itu dan berhenti di hadapan kilang papan terbabit. Tiba-tiba 3 orang lelaki telah keluar dari kereta Mazda itu. Memang tak salah lagi, salah seorang lelaki itu adalah suspek yang diburu iaitu Botak Chin. Dia kelihatan tenang dan lengkap bersenjata masuk ke dalam kilang tersebut...Botak Chin mengarahkan beberapa orangnya berkawal di kawasan kilang sebagai langkah keselamatan...

Pihak polis dengan sabar menunggu peluang untuk melakukan serbuan ke kilang papan terbabit (tetap tabah, dengan perut lapar dan gigitan nyamuk), orang-orang yang diharapkan oleh Botak Chin untuk mengawal keselamatannya leka dan lalai berbual  sesama sendiri (sambil merokok-rokok lagi tue). Peluang keemasan ini digunakan sebaik mungkin oleh pihak polis untuk melakukan serbuan. 4 pasukan penggempur utama masuk dan pengawal yang diharapkan berkawal terkejut dan ramai yang lari lintang pukang, tetapi berjaya juga diberkas oleh polis...


Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) serta Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang sedang berehat di dalam pejabat kilang papan itu, mula menyedari kekecohan yang berlaku di luar kawasan kilang terbabit. Setelah mereka mempersiapkan senjata masing-masing, maka berlakulah pertempuran yang amat sengit pada malam tue. Untuk pengetahuan korang, pihak polis melepaskan hampir 500 das tembakan serta beberapa das gas pemedih mata dalam serbuan tersebut...

Manakala Botak Chin dan 2 orang kanannya membalas juga setiap kali mereka ditembak oleh pihak polis, dan selain itu turut membaling sebutir bom kepada pihak polis dalam drama tembak-menembak itu..Dalam pertempuran itu, Botak Chin telah ditembak di tangan dan kaki. Dia cuba bangkit dan merangkak untuk mendapatkan 2 orang kanannya, tetapi setelah dia menjumpai 2 pengikut setianya itu, jasad mereka tidak bernyawa lagi...

Pihak polis mengarahkan Botak Chin untuk menyerahkan dirinya jika tidak mahu nyawa melayang, dan akhirnya Botak Chin yang berada dalam keadaan yang kesakitan dan tersepit kerana pengikutnya  telah mati, dia mengambil keputusan menyerah diri kepada pihak polis...Dan pada malam keramat itu, pihak polis berjaya juga akhirnya menangkap hidup-hidup penjenayah yang mengelarkan dirinya 'Robin Hood Malaya' pada waktu itu...

Bersambung lagi...Sabar yer...

7 Mac 2010

Botak Chin Part III

14 komen
Sambungan Part II...


Pada 20 Julai, Botak Chin meneruskan misi rompakannya. Pada misinya kali nie Botak Chin meletakkan sebuah bank di Jalan Imbi sebagai sasaran rompakannya. Pada rompakan itu, Botak Chin dan kumpulan berjaya melakukan rompakan itu dengan jayanya, yang mana wang sebanyak RM 95000 telah berjaya dilarikan dari bank terbabit..(Banyak tue..)Setelah Botak Chin dan gengnya mengagih-agihkan wang hasil rompakan tersebut, Botak Chin telah mendapat RM 25000 sebagai bahagiannya dan duit hasil rompakan tue telah dia gunakan untuk mendepositkan sebuah kereta Datsun dengan deposit sebanyak RM 3600, tetapi gua pun tak tau adakah dia membayar ansuran kereta tersebut, gua tak pasti...Drama siri rompakannya diteruskan dengan rompakan sebuah kuil Cina di jalan Kolam Ayer pula dijadikan sasarannya..Dia bukan merompak kuil terbabit tetapi orang yang bermain mahjung di dalam kuil tersebut. Dia telah berjaya mengebas sebanyak RM 10000 dan beberapa lagi barang berharga milik mangsa..

Siri rompakan yang dilakukan oleh Botak Chin mendapat perhatian daripada Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu Deputi Superitendan S. Kulasingam..beliau juga adalah salah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menangkap Botak Chin walaupun sehingga ke lubang cacing sekalipun...Semakin hari, pergerakan Botak Chin dan gengnya semakin sukar akibat diburu oelh pihak polis. Perkara nie telah menyebabkan Botak Chin semakin sukar mendapatkan  senjata api. Botak Chin dan kawan-kawanyamencari jalan bagaimana untuk mereka mendapatkan senjata api. Botak Chin mendapat idea yang sangat gila, iaitu dia merancang untuk mendapatkan senjata api yang dimiliki oleh polis dengan cara merampasnya.Dia dan anggota kumpulannya kemudian merampas 3 pistol milik 3 orang polis yang sedang meronda kawasan miliknya...Selain itu dia juga berjaya merampas senjata api milik seorang pengawal keselamatan (bonzerrrr..grrr..) di bar Sentul semasa melakukan rompakan di bar terbabit. Sewaktu melakukan rompakan di bar Sentul nie, ada lagi satu info yang gua perolehi, si Botak Chin dengan beraninya mencabar sesiapa saja yang berada di dalam bar tersebut untuk beradu pertarungan tembakan ala koboi, ala..itu pun korang tak tau ker (Siapa cepat buat tembakan dia akan menang dan terus hidup)

Akibat rampasan senjata api milik anggota polis yang dilakukan oleh Botak Chin dan gengnya, pasukan polis terus mempergiatkan lagi usaha untuk menangkap si Botak Chin nie, dan pada bulan september Botak Chin  hampir berjaya diberkas oleh pihak polis. Botak Chin dan kawannya telah menaiki sebuah kereta Alfa Romeo dan pihak polis telah mengejar kereta tersebut dan adegan tembak menembak telah berlaku di antara pihak polis dan Botak Chin. Setelah dikejar hampir 3.2 km, Botak Chin dan kawannya telah memberhentikan kereta dan melarikan diri di kawasan setinggan di Segambut dalam. Botak Chin dan kawannya berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Volvo yang dirampas dari seorang doktor yang kebetulan berada di situ..Dalam tembak menembak itu, seorang kawan Botak Chin telah berjaya di tembak tetapi umurnya masih panjang dan berjaya melarikan diri bersama Botak Chin...Polis terus mempergiatkan operasi untuk memburu penjenayah Botak Chin ini, dan satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk memburu Botak Chin. Pasukan ini terdiri daripada anggota polis daripada daerah-daerah lain yang memang handal memburu dan menjejaki penjenayah..

Pada 25 september, pihak polis berjaya membunuh orang paling kanan dalam kumpulan Botak Chin iaitu, Chau Kuan (nama timang-timangannya Ah Kuan) di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi Botak Chin masih lagi tidak lagi gentar kepada pihak polis. Dia dan kumpulannya yang masih ada, telah melakukan rompakan yang paling terbesar. Sasaran mereka kali nie adalah wang yang akan dibawa ke sebuah kelab lumba kuda. Dalam rompakan ini, Botak Chin dan gengnya telah berjaya merompak RM 218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang tersebut. Hasil agihan wang rompakan , Botak Chin telah memperolehi RM 40,000 dan dia telah pergi ke Thailand untuk membeli senjata api lagi. Kini senjata api milik Botak Chin ada 19 dan kira-kira 1000 peluru hidup...Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang..(Ah Wong cuba merampas kuasa Botak Chin dan ingin membelot)..

Seorang demi seorang orang harapan Botak Chin pergi meninggal kan dia, sama ada dibunuh oleh pihak polis atau pun yang membelot...Seorang lagi orang kanannya, membunuh diri setelah di keping oleh polis di Jalan Alor dan perkara ini telah membuat Botak Chin sangat marah kepada polis. Pada 22 November 1975, Botak Chin cuba membunuh Timbalan ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu DSP Kulasingam...Dengan menaiki sebuah kereta Datsun Hijau, serta lengkap dengan senjata, Botak Chin dan kawannya keluar pada malam tue bukan untuk membuat rompakan, tetapi untuk membunuh dan ingin mematahkan semangat anggota polis yang sedang memburunya...Sebaik saja mereka menemui kereta yang dinaiki oleh DSP Kulasingam, mereka mengekori rapat kereta dipandu DSP terbabit untuk mencari peluang melepaskan tembakan...Sebaik saja tiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, mereka merapati kereta yang dipandu DSP Kulasingam dan melepaskan 18 das tembakan untuk membunuh Kulasingam...DSP Kulasingam tidak berpeluang untuk membalas tembakan tersebut, dia hanya mampu tunduk dan berdoa agar umurnya dipanjangkan....

Umur DSP Kulasingam masih dipanjangkan tuhan, apabila dia hanya terkena 1 tembakan sahaja pada masa itu, dan dia juga masih dapat memandu ke  Balai yang paling dekat dengan kawasan kejadian iaitu Balai polis Cheras. DSP Kulasingam hanya cedera ringan akibat serangan Botak Chin dan kumpulannya itu. Perkara itu menambah amarah Botak Chin dan menambahkan dendamnya kepada pihak polis. Walaubagaimanapun DSP Kulasingam tidak pernah gentar akan serangan itu dan dia tetap meneruskan buruan untuk menangkap Botak Chin dan kumpulan demi keamanan negara..


Bersambung...

1 Mac 2010

Botak Chin Part II

23 komen

Seperti yang gua janjikan, ini adalah sambungan kepada kisah penjenayah paling bahaya kat Malaysia pada era 70 an Botak Chin...Sesiapa yang belum baca part 1 kisah nie boleh korek kat sini...
Setelah Botak Chin menyertai kumpulan kongsi gelap 360, dia mula terlibat dengan jenayah kecil-kecilan contohnya seperti mencuri. Maklum sajalah dia belum ada pengalaman, jadi dia hanya sekadar menjadi pengikut saja untuk menimba pengalaman dalam bidang jenayah nie (belum ada pangkat lagi nie yer).. Kira-kira beberapa tahun dia terlibat dengan geng 360 nie, dengan tidak di duga olehnya…ibu yang disayanginya pergi meninggal kan dirinya buat selama-selamanya, iaitu meninggal dunia…
Setelah kematian ibunya, Botak Chin telah jarang pulang ke rumahnya dan dia lebih suka tidur di rumah kawan-kawan geng kongsi gelapnya dan perkara ini telah lebih memperbanyakkan pengalaman dan pengetahuanya dalam bidang jenayah nie (Bidang jenayah pun ada ker?..hehe) Akibat  terlalu sering berdamping dengan kawan-kawannya dia mula berasa kagum akan kehebatan kawannya sebagai gangster, lebih menambahkan rasa kagum dan anehnya apabila dia melihat pistol yang tersisip di pinggang kawannya, dia berasa seperti manusia yang paling berkuasa, walaupun pada masa tue dia belum ada pistol…tapi dia pulak yang terlebih rasa berkuasa jika hendak dibandingkan dengan kawannya yang memiliki pistol Siam itu (Nah, telebih sudah!)…Apa tidaknya, dia boleh pula menjadi perancang pada rompakan pertama dalam sejarah jenayah besarnya dengan menghasut tiga kawan karibnya, yang mana dua memiliki pistol pada 19 April 1969…
Selepas kejayaan dari rompakan itu, Botak Chin telah memiliki pistol pertamanya iaitu jenis .22 Revolver. Lalu, setelah dia berfikir pendek dia berasa terasa ingin mempunyai sebuah geng sendiri, lalu dia menubuhkan gengnya sendiri dan pada tahun itu Botak Chin dan gengnya telah berjaya melakukan 8 siri rompakan…Walau bagaimanapun, kegiatan jenayahnya ini berjaya dipatahkan dan geng yang ditubuhkan olehnya ditumpaskan  oleh pihak polis. Dia dipenjara selama tujuh tahun, dan sepanjang berada di penjara dia berusaha untuk menjadi seorang manusia…dan selepas tempoh hukumannya berakhir dia pun dibebaskan dari penjara pada tahun 1974. Selepas dia dibebaskan, dia mencuba untuk menjadi seperti insan biasa, dia mula menceburi bidang perniagaan iaitu menjual sayur-sayuran...tetapi mungkin kerana tidak mempunyai rasa puas dan terlalu ingin cepat menjadi kaya, Botak Chin mula aktif kembali kepada aktiviti jenayah nie…
Botak Chin pun mulalah menubuhkan geng barunya dengan mengambil  anggota baru yang terdiri dari penjenayah yang kejam  dan boleh dikatakan otai jugalah dalam bidang jenayah nie.(Penjenayah pun ada ranking ‘Otai’ juga bro…peh) Antaranya ialah Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (She Chai). Setelah mengatur strategi  jenayahnya bersama ahli kumpulannya, dia berasa masih ada lagi  kekurangan. Dia memang sedar akan kehebatan dan keberanian dirinya dan juga anak buahnya, sekadar nak patahkan tangan dan leher orang, tutup mata memanglah tak boleh buat apa-apa…tapi kalau buka mata memang senang-senang jer dia nak patahkan leher orang lain…Dia menyedari tak ada gunanya juga jika berani tahap singa dan handal bergaduh, tanpa senjata api…siapalah diri jika berhadapan dengan anggota polis yang lengkap bersenjata…
Lalu dia pun membeli 3 pucuk pistol (bukan 3 pucuk surat yer) di Thailand dengan bantuan rakan  jenayahnya di sana…Setelah menunggu hampir seminggu jugaklah untuk pistol Siam tue sampai ditangannya, akhirnya pistol yang ingin digunakannya untuk melakukan jenayah berada ditangannya. Dia tidak mahu lagi membuang masa, lalu dia memulakan siri rompakan yang pertamanya selepas dia dibebaskan dari penjara. Pada 2 Jun tahun 1975 sasaran rompakannya adalah sebuah pusat perjudian haram di Sentul dan dia telah berjaya mengkebas sebanyak RM5800!!…dan duit hasil rompakan itu tidak lagi digunakan untuk dia dan kumpulannya berenjoy dan bergumbira, sebaliknya dia menggunakan duit tersebut untuk membeli 8 lagi senjata api dan 100 butir peluru untuk mempersiapkan diri dan kumpulannya menjadi satu kumpulan kongsi gelap yang berkuasa di Malaya..Kini dia dan kumpulannya mempunyai 11 senjata api dan 100 butir peluru semuanya!!!
Botak Chin menjadikan sebuah kawasan lombong tinggal di Kepong sebagai lapang sasar. Botak Chin dan kumpulannya berlatih menembak di situ, anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu menjadi sasaran mangsa tembakan untuk dia mempertajamkan skill dan teknik menembaknya…Botak Chin juga semakin hari semakin handal menembak, dia juga tidak berasa segan dan malu mempamerkan pistolnya dengan mensisipkan pistol dipinggangnya di Pasar Sentul (Ala-ala koboi sesat gitu)…Orang ramai yang melihat Botak Chin dan pistolnya tidak berani melaporkan kepada polis kerana mereka semua khuatir akan dibunuh oleh Botak Chin dan konco-konconya…Dia merasa dirinya semakin berkuasa dan hebat kerana tiada siapa berani menentangnya…
Bersambung…

22 Februari 2010

Penjenayah Ganaz Era 70-an "Botak Chin"...

26 komen

Pernahkah korang mendengar nama “Botak Chin”? Tahukah dan kenalkah korang kat orang yang gua maksudkan ini? Gua pasti pasti ramai yang tidak mengenali orang yang ingin gua ceritakan dalam entry gua kali nie....Ha! kalau korang semua nak tahu, Botak Chin ini adalah seorang penjenayah yang paling dikehendaki dan telah mengemparkan dunia jenayah kat Malaysia dalam tahun era 70 – an…
Tujuan gua menghasilkan entry berkaitan Botak Chin nie bukannlah untuk mengagung-agungkan penjenayah kejam ini, tetapi gua ingin memberikan gambaran sejarah-sejarah jenayah yang telah berlaku pada zaman-zaman yang mungkin ada antara kita belum lahir lagi ke dunia nie ketika jenayah nie berlaku kat negara kita nie termasuklah gua sendiri yang belum lahir lagi masa tue…Jadi apalah salahnya jika gua menulis entry nie untuk memberikan maklumat dan info berkaitan penjenyah paling bahaya pada era 70-an nie dan sekali gus akan menjadikan kita semua warga Malaysia yang akan cintakan keamanan dan kedamaian…
Gua sebenarnya sebelum membuat kajian tentang Botak Chin nie ( wah, siap buat kajian gitu)…Gua membayangkan yang si Botak Chin nie adalah seorang manusia yang berkepala botak licin tanpa seutas rambut pun, tetapi sebenarnya bayangan gua itu adalah tersilap besar sama sekali….Kalau korang nak tahu, si Botak Chin tidaklah botak licin pun…Dia masih memiliki rambut yang lebat sebenarnya!! Kalau korang semua  tak percaya, cuba korang tengok gambarnya yang ada kat bawah nie…jeng…jeng…jeng…
-
-
-
-
-
 


Ha! Jangan tekezut korang semua, hensem jugakkan si  Botak Chin nie…tapi sayang sekali mukanya hensem tetapi penjahat (Ada anak dara yang jatuh cinta tak?hehe)…Nama sebenarnya ialah Wong Swee Chin...Apakah sebenarnya maksud yang tersirat disebalik nama gelarannya nie iaitu Botak Chin tue? Sabar semua, bawa bertendang…(Gua minum dulu yer, dahaga pula rasanya) Ha, mari kita teruskan cerita penjenayah nie…Sebenarnya nama gelarannya itu adalah gabungan dari 3 patah perkataan bahasa china Hokkien yakni “BO”, “TAK”, “CHIN”… “BO” sebenarnya bermaksud tiada, manakala “TAK” pula membawa maksud kerja dan yang terakhir pula “CHIN” iaitu bermaksud china…Jika korang gabungkan ketiga-tiga perkataan ini akan menjadi “China Tiada Kerja” atau pun “Jobless Chinese” dalam bahasa Jawanya…
Penjenayah kejam nie lahir ke dunia pada tahun 1951 di Kuala Lumpur… Botak Chin mempunyai adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang semuanya…Bapaknya pula adalah pesara jabatan kereta api  ketika dia lahir… Bapa kepada penjenayah ini telah menghantarnya ke sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudiannya Botak Chin menyambung sekolahnya ke sekolah Inggeris…Tetapi harapan bapanya untuk menjadikan dia manusia yang berguna kepada bangsa dan negara musnah apabila dia  berhenti sekolah pada usia 15 tahun….
Setelah si  Botak Chin nie berhenti sekolah, dia bekerja sebagai pembantu pasar borong di Jalan Tun Ismail , tetapi dia bekerja kat situ tak lama…iaitu setahun saja dan kemudiannya dia berhenti dan mula terpengaruh dengan jenayah…Botak Chin merasa sungguh tertarik dengan kegiatan jenayah yang di lakukan oleh kumpulan kongsi gelap di kawasan itu…Akibat ingin mendapat wang dengan mudah tetapi dengan cara yang salah dia telah memulakan karier untuk menjadi penjenayah besar kat Malaysia nie dengan menganggotai kumpulan kongsi gelap 360 yang berkuasa di kawasan itu ketika masa tue…
Bersambung….