antara senjata yang digunakan oleh Botak Chin dalam jenayahnya..
Ini sambungan seterusnya kepada kisah keganasan penjenayah Botak Chin...Kepada korang yang belum baca part sebelumnya bolehlah berkunjung di bahagian side bar blog ini, dan bolehlah membaca kisah part 1 hingga part 3 di Al-Kisah Penjenayah Brutal yer...
Botak Chin terlalu gembira (Sambil ketawa terbahak-bahak..kihkihkih) dengan serangan yang telah dilakukannya terhadap DSP Kulasingam, dia beranggapan riwayat pegawai polis yang memburunya telah tamat dan akan melemahkan semangat pasukan polis untuk terus memburunya, tetapi tanggapan Botak Chin terhadap kejayaan pada malam itu meleset sama sekali. Apa tidaknya, keesokan paginya...terpampang di dada-dada surat khabar yang menyatakan DSP Kulasingam terselamat dari serangan Botak Chin dan hanya mengalami kecederaan kecil sahaja, dan perkara ini telah membuat Botak Chin tersangat marah, lalu di terajangnya seorang anak buahnya yang membawa perkhabaran berita gembira itu...(Kedebuk..Jatuh tersungkurlah anak buahnya itu..)
Serangan Botak Chin terhadap DSP Kulasingam, tidak langsung mematahkan semangat anggota polis yang memburunya, anggota polis tidak pernah gentar dan goyang terhadap penjenayah seperti Botak Chin ini. Gerakan memburu Botak Chin semakin diperhebatkan oleh PDRM pada masa itu...Setelah menjejaki Botak Chin selama hampir 4 bulan, pasukan polis khas yang ditubuhkan untuk mengintip dan menjejaki penjenayah ini berjaya menjejaki tempat persembunyiannya...
Pada 16 februari 1976 tarikh keramat ini telah menjadi saksi kepada pertempuran sengit diantara pasukan polis dan kumpulan penjenayah Botak Chin. Sebuah kilang papan di jalan Ipoh, Kuala Lumpur di syaki menjadi tempat persembunyian penjenayah keparat ini. Operasi khas telah di atur secara terperinci dan sebaik mungkin, pihak polis tidak mahu Botak Chin dan anggota kumpulannya lolos lagi...Setelah kegelapan malam telah bermula, polis mula bertindak bergerak secara senyap mengepung seluruh kawasan kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin...
Setelah menunggu beberapa lama, (jengg3x...) sebuah kereta Mazda putih muncul dalam kesunyian malam itu dan berhenti di hadapan kilang papan terbabit. Tiba-tiba 3 orang lelaki telah keluar dari kereta Mazda itu. Memang tak salah lagi, salah seorang lelaki itu adalah suspek yang diburu iaitu Botak Chin. Dia kelihatan tenang dan lengkap bersenjata masuk ke dalam kilang tersebut...Botak Chin mengarahkan beberapa orangnya berkawal di kawasan kilang sebagai langkah keselamatan...
Pihak polis dengan sabar menunggu peluang untuk melakukan serbuan ke kilang papan terbabit (tetap tabah, dengan perut lapar dan gigitan nyamuk), orang-orang yang diharapkan oleh Botak Chin untuk mengawal keselamatannya leka dan lalai berbual sesama sendiri (sambil merokok-rokok lagi tue). Peluang keemasan ini digunakan sebaik mungkin oleh pihak polis untuk melakukan serbuan. 4 pasukan penggempur utama masuk dan pengawal yang diharapkan berkawal terkejut dan ramai yang lari lintang pukang, tetapi berjaya juga diberkas oleh polis...
Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) serta Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang sedang berehat di dalam pejabat kilang papan itu, mula menyedari kekecohan yang berlaku di luar kawasan kilang terbabit. Setelah mereka mempersiapkan senjata masing-masing, maka berlakulah pertempuran yang amat sengit pada malam tue. Untuk pengetahuan korang, pihak polis melepaskan hampir 500 das tembakan serta beberapa das gas pemedih mata dalam serbuan tersebut...
Manakala Botak Chin dan 2 orang kanannya membalas juga setiap kali mereka ditembak oleh pihak polis, dan selain itu turut membaling sebutir bom kepada pihak polis dalam drama tembak-menembak itu..Dalam pertempuran itu, Botak Chin telah ditembak di tangan dan kaki. Dia cuba bangkit dan merangkak untuk mendapatkan 2 orang kanannya, tetapi setelah dia menjumpai 2 pengikut setianya itu, jasad mereka tidak bernyawa lagi...
Pihak polis mengarahkan Botak Chin untuk menyerahkan dirinya jika tidak mahu nyawa melayang, dan akhirnya Botak Chin yang berada dalam keadaan yang kesakitan dan tersepit kerana pengikutnya telah mati, dia mengambil keputusan menyerah diri kepada pihak polis...Dan pada malam keramat itu, pihak polis berjaya juga akhirnya menangkap hidup-hidup penjenayah yang mengelarkan dirinya 'Robin Hood Malaya' pada waktu itu...
Bersambung lagi...Sabar yer...
ganas gak eh botak chin ni..huhu..
BalasPadamhttp://belogbagus.blogspot.com/
To shafiq08 : memang ganaz tahap cipan gak ler si Botak Chin nie..
BalasPadamSalam... kisah botak Chin ni zaman akak kecik2 - memang heboh :p
BalasPadamcepat sambung...rase maca detektif dah ni...cepat2..
BalasPadamgila maut betul...eh..macam manu lu boleh tau botak chin terajag konconya sampai gedebuk jatuh..lol...aku sedang tunggu part 5 nih..cepat2
BalasPadamxpe2.. take time utk smbung.
BalasPadamsy akan terus menunggu.hehe.
^.^
huhu sambung lagi, macam drama spektra pulak..
BalasPadamTo umi_e :Zaman 70-an mmg kecoh kes Botak Chin nie kak...so, x salah rasanya gua membuat entry ttg Botak Chin agar generasi skrg menghargai erti kedamaian dan bencikan jenayah...
BalasPadamTo meera^da cute..*_* : sabarler..dah rasa mcm detektif? ok lah tue...jgn rasa jadi Ketua polis negara sudahlah..hehehe
BalasPadamOf Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ : Hehe...gua taulah...gua dah buat kajian sebelum wat entry nie..
BalasPadamTo Fyra Ruslan : Semangat dan sokongan cam nie lah gua arapkan..agar gua trus dpt memberikan entry yg bermanfaat n berguna utk korang semua...
BalasPadamTo ParkAir : Rilek ah bro..gua nak habiskan terus..tp cerita nie akan jd tak menarik krn terlalu ringkas..
BalasPadamSo..pelan2 kita kayuh ini story ah..layanzzz...
Gua tunggu episod yang part 4. Best-best. kehkeh
BalasPadamTo Nescafe ais : TQ bro...jdlah pembaca setia gua yer...hahaha..
BalasPadamhuru hara jugak di buat dek botak chin tu ek..
BalasPadamTO etomyam : mmg huru-hara wa ckp lu...
BalasPadamsalam.lau korng nk lbh jelas tentang botak chin.try cri anak dia.dia pnh kawin..tp x rmai yg tau..hanya jauhari yg knal manikam..
BalasPadamMovie nya ada kah botak chin
BalasPadam