Best Story

Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA MALAYSIA. Papar semua catatan

6 November 2010

Lagi Kemalangan Bas Ekspress..

10 komen
Salam buat semua...


Inilah gambar bas ekspress Transnasional yang terbabas dan terbalik di km 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat Sungai Miang, Pekan, malam kelmarin. Akibat dari kemalangan ini, telah menyebabkan 1 penumpang maut dan 4 lagi cedera parah...

Bas yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan ini sedang membawa 33 penumpang. Apa yang paling menyedihkan, sebelum kemalangan berlaku, mangsa yang maut dalam kemalangan ini sempat memberitahu rakannya yang dia mahu menegur pemandu bas ini apabila berhenti rehat yang dikatakan memandu dengan terlalu laju...

Tidak lama selepas mangsa berkata begitu terhadap rakannya, bas ini terbabas dan gagal dikawal oleh pemandu bas berkenaan dan telah menyebabkan bas ini terbalik dan terperangkap di sebuah tali air di tepi jalan. Rakan mangsa hanya dapat melihat arwah terpelanting ke hadapan bas semasa kemalangan berlaku...


Dalam keadaan panik dan gelap-gelita, semua penumpang cuba untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari bas terbabit dengan memecahkan tingkap dan melalui pintu kecemasan. Pemandu bas terbabit kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan...

Apalah nak jadi nie, belum pun lagi sejuk kes kemalangan bas ekspress Delima baru-baru nie, datang lagi kes baru berkaitan kemalangan bas ekspress. Kejadian kemalangan ngeri yang berlaku seakan-akan tidak diendahkan dan tidak ditakuti oleh pemandu bas ekspress yang lain...

Arm rasalah disamping untuk mengetatkan lagi undang-undang dan pemilihan pemandu bas. Arm cadangkan ada baiknya jika, gambar-gambar kemalangan ngeri yang telah berlaku ditampal di pintu masuk tempat pemandu bas. Jadi, setiap kali mereka ingin memulakan pemanduan, mereka akan terlihat gambar itu dan seterusnya akan menjadi peringatan buat mereka...


5 November 2010

Datuk Najib Masuk Hospital..

2 komen
Salam 1 Malaysia buat semua...

Hari ini adalah hari yang bahagia buat diri Arm, maklumlah 'public holiday' lepas tue disambung lagi dengan cuti sabtu dan ahad. Memang best dapatlah merehatkan diri setelah berhempas pulas bekerja minggu nie...
 
Pada petang nie Arm sendiri pun sebenarnya tidak ada apa idea untuk ditulis pada blog nie. Mungkin otak Arm dah mula berkarat kerana telah berehat lama dari menulis dan menyebabkan kepayahan untuk memperkembangkan idea yang ada...
 
Petang nie Arm sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang tidak mengetahui lagi tentang berita mengenai perdana menteri kita iaitu Datuk Najib Tun Razak telah dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur malam tadi kerana beliau telah mengalami rasa tidak selesa di dalam perutnya...

Hasil pemeriksaan yang dijalankan disahkan bahawa PM kita hanya mengalami ulser dan gastritis ringan sahaja. Apa-apa pun marilah kita bersama - sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menyambung kembali tugasnya... Amin
 
 

22 September 2010

Akhirnya Pembunuh Adik Syafiah Humaira Dihukum Gantung...

12 komen
Salam buat semua...

Setelah tujuh bulan berlalu, seorang pemandu teksi yang bernama Mohd Fazli akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun dengan cara menendang dan memijak perut arwah adik syafiah Humaira dengan menggunakan kasut bola...

Bagi yang tidak mengetahui berkaitan kes ini, dan rasa berkeinginan untuk mendapatkan gambaran dari awal berkaitan kes ini, korang boleh baca entry yang Arm tulis bertajuk budak 2 tahun didera sampai mati!!!...

 Inilah gambar Mohd Fazli..

Arm berharap biarlah kisah hitam ini menjadi pengajaran buat kita semua dan juga Arm mengharapkan semoga sisa-sisa masa yang ada ini digunakan oleh Mohd Fazli dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah dilakukannya selama ini....

19 September 2010

Rakan Baik Datuk Sosilawati Gantung Diri!!!

12 komen
Salam buat semua...

Oh! hari ini dah hari ahad, esok dah isnin. Perasaan ini terasa agak berat untuk menempuh hari esok, apa tidaknya hari bekerjalah pula. Mungkin kerana sudah agak lama bercuti raya nie, menyebabkan mood untuk kembali bekerja hilang sedikit bersama kegembiraan bercuti. Apa-apa pun perjuangan untuk bekerja mestilah diteruskan, kalau tidak macam mana nak dapatkan duit untuk menyara diri serta keluarga tercinta...

Baiklah kembali ke pangkal tajuk entry Arm pada malam ini yah. Lagi satu berita yang agak mengemparkan lagi disajikan kepada telinga kita semua oleh media yang ada di dalam negara kita nie. Di mana kita dikhabarkan dengan kematian seorang kawan rapat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati yang dipercayai telah dibunuh dengan kejam bersama tiga individu yang turut bersamanya...

Apa yang Arm dengar dan baca melalui media cetak dan elektronik, dipercayai rakan baik kepada Datuk Sosilawati ini yang bernama Sarina Jaafar telah membunuh dirinya dengan cara mengantung dirinya di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kes ini juga masih lagi dalam siasatan pihak polis, kerana dikhuatiri ada kaitan dengan pembunuhan Datuk Sosilawati...

Walau bagaimanapun, menurut anak saudara mangsa, sepanjang pengetahuannya, sememangnya mangsa mempunyai masalah dan tekanan perasaan terhadap masalah kekeluargaan yang dialaminya. Anak saudara mangsa juga memberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang masalah dalam perniagaannya. Cuma kebelakangan ini, mangsa memang mengalami tekanan yang tinggi terhadap masalah keluarganya...

Apa-apa pun Arm harap biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu terhadap kes baru nie, dan Arm juga mengharapkan agar kita semua janganlah membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri terhadap perbuatan membunuh diri mangsa ini. Apa pun Arm harap agar roh mangsa digolongkan bersama golongan yang beriman. Al- Fatihah...

14 September 2010

Datuk Sosilawati Bukan Mangsa Pertama Pembunuh Kejam...

5 komen
Salam buat semua...

 jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis terhadap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan juga 3 tiga individu lain, berkemungkinan besar pembunuh yang mempunyai gelaran 'Datuk' ini telah membunuh ramai orang sebelum ini...

Suspek utama kepada kes ini turut disyaki telah membunuh seorang gadis warga india yang berusia 19 tahun yang turut dipercayai kekasih kepada suspek dan juga tiga orang lelaki ahli perniagaan warga melayu dalam tempoh setahun ini...

Kedua-dua ahli perniagaan ini dikhuatiri turut menjadi mangsa 'Datuk' ini apabila mereka turut hilang sehingga kini selepas berjumpa dengan suspek untuk satu urusan jual beli tanah pada bulan april tahun ini...

Selain itu, suspek juga disyaki terlibat dengan satu lagi kehilangan lelaki warga india yang mana seorang ahli perniagaan juga. Lelaki ini dipercayai kali terakhir dilihat bersama suspek sebelum gagal dikesan sehingga kini pada bulan januari lalu...

Suspek disyaki telah membunuh kesemua mangsa dengan menggunakan cara yang sama dengan cara pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 individu lain dengan cara memukul, membakar dan juga membuang abu mayat mangsa ke dalam sungai untuk menghapuskan bukti...



13 September 2010

Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik - Diseksa Sampai Mati!!

12 komen
Salam buat semua...

Arm rasa belum terlambat lagi untuk Arm mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri buat semua warga Islam yang sedang membaca blog Kamikaze ini. Arm juga ingin memohon maaf sekiranya selama ini Arm pernah menyakiti hati korang semua melalui penulisan Arm di dalam blog ini. Maklumlah Arm ini pun manusia biasa juga macam korang, yang mana tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan...

Anggota  forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.

 
Oklah, Arm teruskan kepada tajuk utama entry kali ini yang mana berkaitan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Misteri kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 individu lain yang turut bersamanya pada 30 ogos lalu telah mengemparkan rakyat negara Malaysia di saat umat Islam sedang bersiap sedia menyambut ketibaan Aidilfitri...

Datuk Sosilawati  bersama pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim dan juga seorang pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad dipercayai hilang selepas berurus niaga tanah yang ingin dibeli oleh Datuk Sosilawati di Banting pada 30 ogos itu...

Misteri kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 individu lain terjawab apabila pihak polis telah menahan suspek utama kepada kes kehilangan jutawan kosmetik  ini yang mana suspek adalah seorang yang bergelar Datuk dan juga seorang peguam. Suspek dipercayai telah menculik, membunuh dan juga membakar mayat ke empat-empat mangsa di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting...

 Suspek utama kes pembunuhan ini ditahan pihak polis.


Motif utama pembunuhan ini masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan besar adalah kerana perniagaan dan berkaitan kewangan. Dipercayai suspek utama kes ini juga adalah seorang broker urus niaga tanah dan telah diperkenalkan kepada Datuk Sosilawati oleh seorang rakan rapat mangsa...

Pembunuhan ini memang tidak berperikemanusiaan dan tersangatlah kejam. kesemua mangsa bukan sahaja dipukul sehingga mati, mayat mereka juga dibakar sehingga menjadi abu. Kemudian abu mayat dan tulang-tulang mangsa telah dibuang ke dalam sungai pula. Ini mungkin adalah kerana untuk menghapuskan bukti pembunuhan...

Pembunuhan ini bagi Arm adalah sangat kejam dan negara kita Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun ini telah melahirkan insan yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya berkaitan undang-undang telah melakukan pembunuhan yang sangat kejam seolah-olah pelakunya ini tidak mempunyai fikiran yang waras dan berperangai seperti seekor binatang yang tidak layak hidup di dalam muka bumi ini bersama manusia lain... 

Apa yang Arm harapakan dalam kes ini adalah agar pelaku-pelaku kepada pembunuhan kejam ini diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka kerana mereka telah menyebabkan anak-anak  yang tidak mengerti apa-apa menjadi anak yatim dan isteri, menjadi ibu tunggal yang selepas ini terpaksa berjuang meneruskan hidup tanpa suami...

1 September 2010

Video Klip Malaikat Turun Ke Kaabah Satu Pendustaan...

12 komen
Salam buat semua...

Gambar My Metro...

Pada masa kini, pelbagai cara yang dilakukan oleh golongan tertentu yang ingin menyesatkan umat Islam. Mereka sanggup melakukan apa saja, asalkan umat Islam terpesong akidahnya dan seterusnya berada dalam kesesatan. Lebih-lebih lagi pada masa kini, tidak dinafikan sememangnya ramai orang yang mengaku dirinya Islam tetapi keislaman mereka itu hanyalah pada mulut mereka sahaja, dan mereka sebenarnya tidak mengamalkan dan menghayati ajaran Islam itu sebenarnya...

Arm sebenarnya tiada niat pun ingin berceramah atau pun ingin memberikan tazkirah, tetapi sebenarnya ingin menyampaikan kepada saudara seagama Arm di luar sana agar tidak terpedaya dengan video penipuan yang mendakwa kononnya ada malaikat turun di atas kaabah. Terdapat dua video klip berkaitan  penipuan ini. Tajuk video klip yang pertama adalah ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah' dan tajuk yang kedua ialah 'Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’...

Video-video ini kini tersebar dengan meluasnya di laman Facebook. Ramai juga kawan FB Arm yang turut memuat turun video ini ke wall mereka  dan juga turut tag kan sekali video ini kepada Arm. Apa nak buatkan, benda dah jadi dan kita tak tahu video ini satu penipuan untuk menyesatkan umat Islam. 

Seperti yang kita semua sedia maklum juga, memang tahap keimanan ramai umat Islam pada masa kini adalah amat lemah, dan ini adalah peluang golongan tertentu untuk  menyesatkan kita. Jadi jangan mudah percaya dengan benda-benda yang aneh tidak berasas kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kita menjadi khurafat...











31 Ogos 2010

Ada Apa Dengan Merdeka!!!

13 komen
Merdeka-Page 1
merdeka - Page 1
merdeka -Page 3


Salam Merdeka buat semua...

Sedar atau tidak, usia kemerdekaan negara kita yang tercinta ini telah mencecah usia 53 tahun sudah. Boleh dikatakan agak lama sudah negara kita merdeka dari penjajah... 

Seharusnya kita mestilah menghargai perjuangan wira-wira negara kita yang menuntut kemerdekaan dari penjajah. Mereka sanggup bergadai nyawa dan harta mereka semata-mata untuk menuntut kemerdekaan...

Selain dari kita mengingati dan menghargai perjuangan wira negara yang menuntut kemerdekaan, kita juga mestilah terus mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini. Perlu diingat, bukan mudah untuk mencapai hidup yang selesa seperti sekarang ini...

Jika kita lalai dan cuai, pastinya semua yang diperjuangkan oleh orang terdahulu dari kita akan musnah dan hancur begitu saja. Arm berharap agar perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini akan terus bertahan kukuh sampai bila-bila...

Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

18 Ogos 2010

Bendera Malaysia Dibakar...Sungguh Kurang Ajar!!!

29 komen
Salam Ramadhan...


Pada ketika seluruh umat Islam di negara kita sibuk dengan ibadah puasa, sekali lagi bendera Malaysia yang kita semua cintai dibakar oleh negara jiran kita. Yang mana negara ini adalah negara yang paling hampir dengan negara kita ini iaitu Indonesia! negara yang serumpun dengan negara kita...

Tahun lalu pun, bendera negara kita turut menjadi mangsa sebuah kumpulan di Indonesia yang mengelarkan diri mereka dengan nama Bendera. Isunya adalah berkaitan tarian pandet, mereka menuduh Malaysia mencuri tarian pandet milik mereka yang disiarkan di discovery channel yang disiarkan di 21 buah negara... 

Jalur Gemilang yang sentiasa berkibar megah di negara kita ini adalah lambang  kewujudan dan kemegahan jutaan rakyat Malaysia telah dibakar dan dipijak-pijak oleh sekumpulan pemuda Pancasila di tempat letak kereta terminal feri Batam, Indonesia...

Kejadian ini adalah rentetan dari peristiwa penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan negara mereka oleh PDRM di perairan negara kita yang mana penguatkuasa perikanan mereka telah terlebih dahulu menangkap  7 nelayan Malaysia yang didakwa telah mencerobohi perairan negara mereka...(ini kes keliru dan salah faham nie)

Selain membakar bendera Malaysia, pejabat kedutaan Malaysia juga turut diserang, mujurlah tiada pegawai Malaysia yang cedera atau terkorban. sebenarnya perkara ini boleh selesai dengan berbincang, tak perlulah rakyat Indonesia nak bakar bendera dan serang kedutaan Malaysia tue...

Arm pun hairan sungguh dengan sikap segelintir rakyat Indonesia nie, entah kat mana dorang semua letak otak dorang. Nasib baiklah rakyat Malaysia nie penyabar dan masih berfikir mengikut akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kalau tidak, tak dapat Arm bayangkan apalah yang bakal terjadi...

Mereka sebenarnya tak sedar, ramai jugak rakyat Indonesia yang masuk secara haram ke negara kita ini dan kemudiannya melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, merogol, pecah rumah dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, memang rakyat Malaysia nie nak halau saja semua rakyat Indonesia yang mencari rezeki kat Malaysia nie, tetapi kita masih ada perikemanusiaan...

Arm harap agar semua rakyat Malaysia jangan terikut-ikut dengan perbuatan segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera negara kita itu. Biarlah mereka bakar, pijak dan mencopkan kita sebagai pengecut. Kalau rakyat negara Malaysia pengecut, tak akan ada rombongan bantuan untuk rakyat Palestin yang sanggup mengadai nyawa demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel...

Adakah rakyat Indonesia tidak mengenangkan bantuan yang sering diberikan kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila negara itu ditimpa bencana. Boleh dikatakan negara Malaysialah yang selalunya paling awal  jika hendak dibandingkan negara lain menghulurkan bantuan jika negara itu sedang dalam kesusahan. Bukan ingin membangkit, cuma berasa terkilan dengan hal ini...

Besarlah harapan Arm agar perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, nelayan Malaysia pun dah dibebaskan, begitu juga dengan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia. Biarlah perbincangan isu sempadan Malaysia dan Indonesia nie dibincangkan dengan baik dan cermat...


 


14 Ogos 2010

Renungan - Tragedi Pasar Ramadhan...

29 komen
Salam Ramadhan buat semua..

Petang kelmarin kita semua dikejutkan dengan sebuah tragedi yang sangat menyayat hati di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kawasan bazar Ramadhan di Jasin Melaka telah dilanda ribut yang amat dahsyat sekali...

 Gambar milik myMetro..

Walaupun ribut yang melanda bazar dan kawasan sekitarnya tidak sampai beberapa minit saja, kemusnahan yang terhasil akibat dari ribut ini amat teruk dan bukan setakat itu saja, malahan beberapa nyawa telah melayang dan ramai yang telah mengalami kecederaan...



Setiap yang berlaku ini, ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga ini adalah mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT kepada kita semua, bahawa di bulan yang mulia ini kita sepatutnya melipat gandakan ibadat kepada Nya bukan pula sebaliknya...

Tidak ada salahnya mencari rezeki lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini, tetapi apa yang paling penting ibadat kepada Allah jangan sesekali kita abaikan. Dikesempatan ini juga, Arm ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini...


12 Ogos 2010

Tonik Puasa Yang Menipu - Berhati-hatilah...

13 komen

Salam Ramadhan buat semua...


Inilah Tonik Puasa yang berbahaya tue..(gambar milik myMetro)

Tak sampai sejam lagi Arm akan berbuka puasa. Sementara menunggu masa untuk berbuka nie, Arm nak bawakan lagi pada korang semua kisah yang boleh kita sama-sama jadikan panduan dan tauladan...

Di sepanjang bulan Ramadhan nie, ramailah umat Islam yang terutamanya di Malaysia nie mencari-cari makanan tambahan yang boleh memberikan tenaga dan dapat menahan lapar dan dahaga...

Tidak ada salahnya mencari makanan tambahan untuk menempuh puasa, tetapi yang penting sentiasa beringat dan berhati-hati. Di Kuching, Sarawak satu tonik puasa yang kononnya dapat memberikan tenaga dan menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa rupa-rupanya mengandungi steroid...

Steroid nie pula boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut...

Penjual-penjual ubat tonik nie pula dengan selambanya menjual di kaki lima di sekitar bandar Kuching. Mereka juga mendakwa tonik ini dihasilkan menggunakan bahan campuran pati air ikan haruan dan ginseng serta madu lebah...

Jadi Arm harap, kita semua sentiasalah berhati-hati dan sentiasa mengambil iktibar. Manalah tahu, tanpa kita sedari rupanya-rupanya telah menggunakan tonik ini dan kita juga sebenarnya telah membahayakan diri kita. Bagi Arm, tak perlulah kita menggunakan makanan tambahan untuk berpuasa nie, cukuplah mengamalkan cara pemakanan Rasulullah semasa bersahur dan berbuka, komfom akan tahan sewaktu berpuasa....

Selamat berbuka 

7 Ogos 2010

90% Motif Kes kematian bekas (Adun) Permatang Dan Pembantu Peribadinya Ditemui...

6 komen
Salam buat semua...

Mungkin Arm agak terlewat untuk menulis entry berkaitan kes kematian bekas adun permatang ini dan juga pembantu peribadinya. Kejadian ini telah menggemparkan ramai rakyat Malaysia termasuklah Arm sendiri...
 
Tujuan Arm bukan untuk memberi pandangan tentang kes ini, kerana Arm bukan orang yang sepatutnya. Orang yang layak adalah orang yang sedang menjalankan siasatan kes ini...
 
Walau pun begitu, menurut ketua Polis Selangor 90% motif kes kejadian ini telah ditemui. Beliau juga turut menyatakan bahawa memang tidak ada orang yang ketiga dalam kejadian ini seperti yang dikatakan terdahulu...

Beliau juga memberitahu, apa jua motif dan sebab kejadian ini ia mungkin akan dihebahkan kepada masyarakat dan mungkin juga tidak akan dihebahkan...

3 Ogos 2010

Buaya Ditemui di Pantai Port Dickson...

6 komen
Salam buat semua...

 Buaya yang ditemui di Port Dickson...

Jika selama ini, banyak juga pihak yang tidak mempercayai kewujudan buaya di Port Dickson ini, hari ini mungkin mereka akan mempercayai adanya buaya di Port Dikcson...

Buaya ini ditemui oleh 3 orang jejaka hensem kat atas tue yang sempat bergambar dengan buaya itu. Mereka yang pada mulanya memancing di tepi pantai berkenaan tidak mempercayai itu adalah buaya pada mulanya...

Dalam fikiran mereka hanya tunggul kayu yang sedang hanyut, tetapi apabila diperhatikakan dengan teliti, rupa-rupanya ia adalah seekor buaya yang sudah mati...

Mereka kemudiannya memberanikan diri menarik bangkai buaya yang dipercayai ditembak itu ke pantai. Selepas itu, mereka pun mengabadikan gambar di atas sebagai kenang-kenangan bersama buaya tue...

Itulah dia, tiada yang mustahil kat dunia nie. Mungkin ada lebih banyak lagi buaya yang dipercayai tersesat dari Sungai Linggi yang berhampiran dengan PD nie. Jadi hati-hatilah kalau anda berseronok di Port Dickson...


31 Julai 2010

Nak promosi kedai online nie kejap...

8 komen
Salam buat semua...

 Gambar dari google...


Entry kali nie tak ada cerita yang bunuh-bunuh, rogol-rogol, atau yang seangkatan dengannya. Arm sekadar nak berkongsikan cerita yang ringan kepala dan lebih kepada promosi...

Apa yang Arm nak promosikan adalah sebuah laman blog bisnes nie. Ala-ala kedai online gitu. Siapakah empunya laman blog bisnes tue? Orangnya hensem dan agak pemalu sedikit. Chiet, poorahh!! pemalu konon....kakaka...

Blog ini sekarang sedang giat menjalankan perniagaan sabun Karbon Aqura atau pun lebih senang kita panggil sabun tahan mengantuk jerlah. Sabun nie bagus untuk orang yang setiap hari memanjang saja mengantuknya. Walhal, tidurnya mencukupi...

 Selain itu juga, apa yang menariknya blog nie, walaupun empunya blog ini sibuk berbisnes, tetapi dia ada juga memberikan tip-tip yang berharga dalam bidang perniagaan ini. Terutamanya dalam perniagaan internet ini...

Walaupun dia bukan jutawan dalam bidang perniagaan tidak semestinya tip yang diberikan itu tidak berharga, bagi Arm pengalaman seseorang itu lebih berharga untuk dikongsikan dan seterusnya boleh dijadikan tip untuk sesiapa yang berminat dalam perniagaan ini...

Jadi korang yang berkelapangan dijemput hadir pada bila-bila masa saja untuk datang ke blog bisnes ini. Korang boleh klik sini untuk terus sampai ke blog Saudagar Aqura...

16 Jun 2010

Pengakuan Ikhlas Dari Korang...

25 komen
Salam buat semua...

Hari ini Arm sangat-sangat nak minta pertolongan dari korang semua. Bukan nak minta tolong duit atau minta tolong yang bukan-bukan. Arm sekadar nak minta korang tolong bagi pendapat yang ikhlas terhadap rupa blog ini...


Bagi yang perasan dan selalu berkunjung ke blog Arm ini, pasti tersedar dengan perubahan wajah baru blog nie. Arm dah lakukan perubahan yang drastik, tetapi isinya tetap sama seperti dulu...


Komen jer semua, Arm tak kira positif ke negatif..Arm tak kisahlah korang new blogger ker atau otai blogger. Apa yang Arm harapkan dengan adanya komen korang terhadap blog nie akan menjadikan blog ini bagus untuk tatapan awam dan tak menjadi blog yang syok sendiri...


Kepada yang sudi bagi komen ikhlas terhadap rupa baru blog Kamikaze nie, Arm ucapkan ribuan terima kasih...Selamat!!!


10 Jun 2010

Kapal Milik Israel Dibenar Masuk Malaysia..!!!

15 komen
Salam buat semua...


Kapal Zim USA milik syarikat perkapalan Israel, 
memasuki pelabuhan Klang... 

Apa juga sebenarnya yang terjadi di negara kita Malaysia nie. Arm semakin hari, semakin tidak faham dengan semua apa yang berlaku pada negara kita yang menyokong kuat pembebasan rakyat Palestin yang ditindas Israel laknatullah itu. Jika negara kita tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, mengapa pula dengan sewenang-wenangnya kapal dagang milik Israel boleh berlabuh kat negara kita...


Ini bukanlah cerita sensasi yang Arm reka semata-mata untuk mendapat ribuan trafik ke blog Arm, tetapi hanya sekadar ingin meluah rasa kebingungan yang teramat sangat terhadap dasar negara kita sendiri yang seperti wayang semata-mata. Maklumat ini Arm peroleh dari Utusan Malaysia Online . Apa yang Arm rasa, seperti tidak ada gunanya kita melakukan kecaman, tunjuk perasaan serta memboikot produk keluaran Israel, semua yang kita buat itu sia-sia!


Arm sangat sedih dan kecewa jika perkara ini betul, mengapa jika kapal kemanusiaan kita yang melakukan misi ke Gaza dihalau mentah-mentah oleh Israel di lautan antarabangsa pula tue, mengapa pula kapal dagang milik negara Israel tidak dihalau keluar dari perairan negara kita. Siap boleh berlabuh lagi kat pelabuhan Klang. Apa juga sebenarnya yang terjadi nie??


 






25 Mei 2010

Buaya Muncul Kat Laut ???

34 komen
Salam buat semua...

Gambar buaya yang bersantai kat Pantai Teluk Gong, 
Pengkalan Balak Melaka...

Tidak lama dulu seorang posmen dari Melaka yang digigit oleh seekor buaya ketika bermandi manda kat pantai PD disangkal oleh orang perhilitan yang mengatakan buaya kalau dah rentap mangsanya tak akan lepaskan sudah mangsanya, dan menyatakan itu mungkin bukan buaya...


Tetapi perkara tue tiada yang mustahil apabila seekor buaya telah muncul kat pantai Teluk Gong Melaka beberapa bulan yang lalu. Penduduk yang kebetulan berada di situ sempat mengambil gambar buaya nie, dan boleh katakan ramai jugalah penduduk yang nampak buaya nie...


Bolehkah buaya hidup di air masin? Memang jarang sekali kita dengar buaya hidup kat laut nie termasuklah diri Arm sendiri. Untuk pengetahuan semualah, memang ada spesies buaya yang boleh hidup kat laut dan tasik. Nama saintifik buaya nie adalah Crocodylus Porosus.


 Foto untuk menambah keseraman sang buaya...

Buaya jenis nie banyak didapati di pantai timur India,lautan kepulauan Indonesia sehinggalah ke pantai utara Australia dan korang jangan terkejut kerana kadang-kadang buaya jenis nie boleh bermigrasi sehingga ke Hong Kong dan lautan Jepun...


Jadi lepas nie kalau mandi kat laut tue hati-hatilah, kalau nampak benda macam batang kayu hanyut tue, cepat-cepatlah naik ke darat. Manalah tahu, sang buaya tengah mencari mangsa. Kat darat pun kena hati-hati juga, banyak juga buaya yang mencari mangsanya, buaya nie dikenali dengan panggilan 'buaya darat' kekeke...





18 Mei 2010

Remaja 19 Tahun Pula Tanam Bayi ...

22 komen
Salam buat semua...

 Gambar Berita Harian. Inilah tempat remaja 
tue menanam bayinya..


"Di sinilah bayi malang tue di tanam". Mungkin begitulah kata makcik kat dalam gambar di atas tue. Boleh dikatakan setiap minggu kita akan mendengar berita pembuangan bayi dengan kejamnya. Ada yang dihanyutkan di sungai, ada yang dibakar, ada yang dibuang kat dalam lubang tandas dan banyak lagilah....


Hari nie, sekali lagi berita pembuangan bayi berlaku kat Melaka. Apa yang lebih mengejutkan lagi, pelakunya pula adalah remaja yang masih muda. Yang lelakinya berumur 19 tahun dan yang perempuannya pula 15 tahun. Sayang, umur-umur seperti ini adalah sepatutnya sedang sibuk menuntut ilmu, bukan pula melakukan perbuatan durjana nie...


Perbuatan membuang bayi nie hanya terbongkar apabila, ibu kepada remaja perempuan tue balik dari kerja dan mendapati anaknya berlumuran dengan darah kat rumah. Ibunya yang terkejut terus membawa anaknya tue ke hospital. Alangkah terkejutnya ibu remaja tue apabila doktor yang memeriksa anaknya menyatakan anaknya baru jer bersalin...


Ibunya yang terperanjat terus merepot kepada polis, dan polis memberkas remaja lelaki tue. Selepas disiasat, barulah remaja lelaki tue memberitahu di mana dia menanam bayi miliknya bersama pasangannya itu. Ntahlah, sampai bilakah perbuatan kejam pembuangan bayi nie akan selesai...

10 Mei 2010

Para Blogger Mari Meriahkan Hari Belia Negara 2010...

21 komen
Salam dari Arm...


Ha!! tak lama lagi Hari Belia Negara 2010 akan diadakan. Hari belia nie akan diadakan pada 14-16 Mei, jadi kepada belia (bukan beliau yer), ayuh kita serbu Putrajaya dimana tempat kejadian bersejarah nie bakal berlaku. Tema hari belia tahun nie tak lain dan tak bukan adalah 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara', mengancamkan temanya...


Bukan setakat temanya jer yang mengancam, tetapi pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan untuk para belia semua. Antaranya adalah karnival jom heboh, Pc Fair, Auto Show, Drift Challenge, futsal dan macam-macam lagilah. Pastikan korang datang ah. Peh, Arm dah macam promosi jual barang daaa....hehehe


Satu lagi, kalau korang nak tengok Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita main futsal, marilah datang. Sebab acara kemuncaknya adalah perlawanan futsal yang mana captain pasukan menteri dan timbalan menteri adalah perdana menteri sendiri. Tak sabar nak tengok nie...



Oklah, korang nampak tak lambang yang hensem kat atas tue?? Kalau tak nampak bagus korang pergi cari klinik mata yang berdekatan dengan tempat tinggal koranglah kalau begini. Apa pula kena dan mengenakan lambang di atas dengan hari belia 2010 nie? Ha!! mai sini rapat-rapat yer. Lambang kat atas nie adalah milik ITYM (Information Technology Youth Movement), yang mana ia adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia...


Persatuan nie ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua blogger belia yang ada kat dalam Malaysia nie agar luahan, pandangan dan suara blogger dapat didengari oleh kerajaan tanpa halanganlah dan juga untuk mengelakkan dari blogger yang suka menulis bukan macam manusia. Wujudkah blogger bukan macam manusia?? Macam alien workshop la tue kot. Gurau daaa...


Persatuan nie akan turut serta mengadakan pameran sempena hari belia nie. Jadi blog yang berdaftar dengan persatuan nie akan dipamerkan semasa pameran diadakan. Kepada yang berminat untuk berdaftar dengan persatuan nie, kliklah di sini. Jadi, pesanan Arm kali nie 'Majulah Blogger Untuk Malaysia'. Ayuh para belia sekalian, kita kasi gegar Putrajaya!!!...


p/s : Kepada para beliau yang merasakan dirinya belia, jangan lupa datang jugak yer...hehehe




9 Mei 2010

1 Kg = RM 1 Juta Harga Cicak Gergasi Sabah !!

16 komen
Selamat pagi semua...

Besar jugak cicak nie, macam buaya pulak...


Nampaknya mata Arm nie belum rasa mengantuk lagi, mungkin kerana terlebih tidur di siang hari tadi. Jadi untuk menunggu mata nie mengatuk, Arm nak kongsi cerita cicak kat Sabah nie...


Peh, kalau dapat cicak nie, memang jadi jutawanlah. Apa tidaknya, harga cicak nie jer sekilo Rm 1 juta. Tak payah nak kerja lagi (angan2 kejap). Tetapi itulah nasib seorang pemuda dari Tawau, Sabah (tempat lahir Arm nie)... 


Gara-gara minatnya mencari cicak gergasi nie, dia pergi kat Kalabakan yang mana sempadan Kalimantan, Indonesia untuk mencari cicak gergasi nie. Berat cicak yang ditemui pemuda nie adalah seberat 64 kg!!!korang kiralah sendiri berapa yg dia peroleh...


Cicak nie besarnya macam buaya jugak, tetapi pergerakannya agak lembab dan tak merbahaya, kerana mempunyai fizikal terlalu besar. Arm harap jangan pula lepas nie korang pergi tangkap cicak yang kat rumah tue, bikin penat jer tangkap cicak tue...


p/s : Nak balik Tawaulah, cari cicak gergasi nie..hahaha..