Best Story

19 September 2010

Rakan Baik Datuk Sosilawati Gantung Diri!!!

Salam buat semua...

Oh! hari ini dah hari ahad, esok dah isnin. Perasaan ini terasa agak berat untuk menempuh hari esok, apa tidaknya hari bekerjalah pula. Mungkin kerana sudah agak lama bercuti raya nie, menyebabkan mood untuk kembali bekerja hilang sedikit bersama kegembiraan bercuti. Apa-apa pun perjuangan untuk bekerja mestilah diteruskan, kalau tidak macam mana nak dapatkan duit untuk menyara diri serta keluarga tercinta...

Baiklah kembali ke pangkal tajuk entry Arm pada malam ini yah. Lagi satu berita yang agak mengemparkan lagi disajikan kepada telinga kita semua oleh media yang ada di dalam negara kita nie. Di mana kita dikhabarkan dengan kematian seorang kawan rapat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati yang dipercayai telah dibunuh dengan kejam bersama tiga individu yang turut bersamanya...

Apa yang Arm dengar dan baca melalui media cetak dan elektronik, dipercayai rakan baik kepada Datuk Sosilawati ini yang bernama Sarina Jaafar telah membunuh dirinya dengan cara mengantung dirinya di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kes ini juga masih lagi dalam siasatan pihak polis, kerana dikhuatiri ada kaitan dengan pembunuhan Datuk Sosilawati...

Walau bagaimanapun, menurut anak saudara mangsa, sepanjang pengetahuannya, sememangnya mangsa mempunyai masalah dan tekanan perasaan terhadap masalah kekeluargaan yang dialaminya. Anak saudara mangsa juga memberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang masalah dalam perniagaannya. Cuma kebelakangan ini, mangsa memang mengalami tekanan yang tinggi terhadap masalah keluarganya...

Apa-apa pun Arm harap biarlah pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu terhadap kes baru nie, dan Arm juga mengharapkan agar kita semua janganlah membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri terhadap perbuatan membunuh diri mangsa ini. Apa pun Arm harap agar roh mangsa digolongkan bersama golongan yang beriman. Al- Fatihah...

12 ulasan:

  1. masyaAllah..betul ka? aduhai.nak buat macam mana..hurm..

    BalasPadam
  2. Entahlah,Inilah dunia akhir zaman, telah disebut dalam hadis orang yang membunuh diri akan berterus-terus melakukan perbuatannya nanti di neraka. sebagai contoh Orang yang terjun ke dalam gaung, akan terjun juga di neraka, orang yang menikam dirinya, akan menikam dirinya juga di neraka, perbuatan mereka akan berulang-ulang.Kenapalah ambil jalan macam tu, Tak takutkah balasan di akhirat.

    BalasPadam
  3. yeke dia mati bunuh diri? yeke? yakin ke?

    BalasPadam
  4. To DaHLia :mmg arr..kena selalu ingat pada Allah walau hadapi apa jua problem..

    BalasPadam
  5. to sastraboy :Rilek arr...kes nie masih dlm siasatan..tak boleh arr buat andaian sendiri..

    BalasPadam
  6. To +budak gem0k+ :Apa2 pun kena selalu mendekatkan diri kpd Allah pada stp masa tak kira pada masa gembira @ sedih..

    BalasPadam
  7. x kan kot sampai bunuh diri..ruginya

    BalasPadam
  8. Kita hanya manusia biasa..perlu ada kelengkapan diri dalam rohani mental dan fizikal, befikiran secara terbuka, kerana hidup harus diteruskan dengan penuh keriangan serta cabaran..nikmati hidup ini ker'na hanya sekali jee..kita akan melaluinya..!!

    BalasPadam
  9. Keselamatan diri..daripada kita sendiri..keputusan pun dari kta jua..dari kau saja baitu..!!!

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..