Pernahkah korang mendengar nama “Botak Chin”? Tahukah dan kenalkah korang kat orang yang gua maksudkan ini? Gua pasti pasti ramai yang tidak mengenali orang yang ingin gua ceritakan dalam entry gua kali nie....Ha! kalau korang semua nak tahu, Botak Chin ini adalah seorang penjenayah yang paling dikehendaki dan telah mengemparkan dunia jenayah kat Malaysia dalam tahun era 70 – an…
Tujuan gua menghasilkan entry berkaitan Botak Chin nie bukannlah untuk mengagung-agungkan penjenayah kejam ini, tetapi gua ingin memberikan gambaran sejarah-sejarah jenayah yang telah berlaku pada zaman-zaman yang mungkin ada antara kita belum lahir lagi ke dunia nie ketika jenayah nie berlaku kat negara kita nie termasuklah gua sendiri yang belum lahir lagi masa tue…Jadi apalah salahnya jika gua menulis entry nie untuk memberikan maklumat dan info berkaitan penjenyah paling bahaya pada era 70-an nie dan sekali gus akan menjadikan kita semua warga Malaysia yang akan cintakan keamanan dan kedamaian…
Gua sebenarnya sebelum membuat kajian tentang Botak Chin nie ( wah, siap buat kajian gitu)…Gua membayangkan yang si Botak Chin nie adalah seorang manusia yang berkepala botak licin tanpa seutas rambut pun, tetapi sebenarnya bayangan gua itu adalah tersilap besar sama sekali….Kalau korang nak tahu, si Botak Chin tidaklah botak licin pun…Dia masih memiliki rambut yang lebat sebenarnya!! Kalau korang semua tak percaya, cuba korang tengok gambarnya yang ada kat bawah nie…jeng…jeng…jeng…
Ha! Jangan tekezut korang semua, hensem jugakkan si Botak Chin nie…tapi sayang sekali mukanya hensem tetapi penjahat (Ada anak dara yang jatuh cinta tak?hehe)…Nama sebenarnya ialah Wong Swee Chin...Apakah sebenarnya maksud yang tersirat disebalik nama gelarannya nie iaitu Botak Chin tue? Sabar semua, bawa bertendang…(Gua minum dulu yer, dahaga pula rasanya) Ha, mari kita teruskan cerita penjenayah nie…Sebenarnya nama gelarannya itu adalah gabungan dari 3 patah perkataan bahasa china Hokkien yakni “BO”, “TAK”, “CHIN”… “BO” sebenarnya bermaksud tiada, manakala “TAK” pula membawa maksud kerja dan yang terakhir pula “CHIN” iaitu bermaksud china…Jika korang gabungkan ketiga-tiga perkataan ini akan menjadi “China Tiada Kerja” atau pun “Jobless Chinese” dalam bahasa Jawanya…
Penjenayah kejam nie lahir ke dunia pada tahun 1951 di Kuala Lumpur… Botak Chin mempunyai adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang semuanya…Bapaknya pula adalah pesara jabatan kereta api ketika dia lahir… Bapa kepada penjenayah ini telah menghantarnya ke sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudiannya Botak Chin menyambung sekolahnya ke sekolah Inggeris…Tetapi harapan bapanya untuk menjadikan dia manusia yang berguna kepada bangsa dan negara musnah apabila dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun….
Setelah si Botak Chin nie berhenti sekolah, dia bekerja sebagai pembantu pasar borong di Jalan Tun Ismail , tetapi dia bekerja kat situ tak lama…iaitu setahun saja dan kemudiannya dia berhenti dan mula terpengaruh dengan jenayah…Botak Chin merasa sungguh tertarik dengan kegiatan jenayah yang di lakukan oleh kumpulan kongsi gelap di kawasan itu…Akibat ingin mendapat wang dengan mudah tetapi dengan cara yang salah dia telah memulakan karier untuk menjadi penjenayah besar kat Malaysia nie dengan menganggotai kumpulan kongsi gelap 360 yang berkuasa di kawasan itu ketika masa tue…
Bersambung….
ek?
BalasPadamto be continue?
semangat nak baca ni.
takpe2. kena sabar.
=)
time kecik2 dulu kerap dengar nama Botak Chin, baru sekarang dapat menatap mukanya, ewaaahh..
BalasPadamwah, lama xupdated nih...tup2 kasi national geographic criminal plak...baek punya ar...sambungan pleaseee...!!!
BalasPadamTo Fyra Ruslan :Iye, harap bersabar yer..hehe...
BalasPadamTo Armyrule : hehehe..iye gua bz sikit skrg...lama dah tak update ini blog...gua hanya akan menyambung kisah nie sekiranya mendapat 6 komen terhadap entry nie..bukan apa agar gua tak jadi syok sendiri dan agar entry yg gua hasilkan lebih dihargai...sabar bro...3 org lg gua perlukan..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamadakah sy menjadi orang ke 6? klu mcm tu sy pun nak baca sambungannya.:)
BalasPadamNak cambungan. (^_^)
BalasPadamJobless chinese tu dalam bahasa jawa ke? Kuang3x. Aching! Keep writing!
Salam
BalasPadamKira botak chin ni kira legend juga. Intro yang menarik bro.
hensem ada botak chin.. penjenanyah hensem... ahahahaha.
BalasPadamTo Nescafe Ais : Mmg pun kira legendlah...tp bukan wira yer...penjenayah..
BalasPadamTo Hajib : Hensem, dan masih muda..tapi sayang jd penjenayah..cubalah jd model..
BalasPadamaku tengah semangat nak bace pi tulis bsambong lak emmm tak per sabar sabar kalau tak sabar dah lame aku katok pale ang.......!!!!
BalasPadamwaktu kecik2 dulu arwah opah aku slalu takut²kan aku kalau nak suruh aku masuk rumah. yerla, bdk kecik kalau dapat main kat luar rumah, mana nak ingat masuk rumah. bile arwah opah aku cakap "main la kat luar, karang botak chin datang amik baru tau." kelam kabut aku lari masuk rumah. pd hal waktu tu tak tau pun botak chin tu sape. huhuhu..
BalasPadamdapat gak aku tengok gambo botak chin tu.
p/s: jom melawat, follow dan share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com
To Kina : alahai kina..siri Botak Chin nie dah tamat dah, tak tgok link kat side bar 2 ker??
BalasPadamsiap nak ketuk pala gua lagi tue ..adui...
botak chin kat luar memang hero. Dalam pudu jail penakut..satu hari dia kena penampar dgn aruah Dato Harun Idris bekas MB Selangor sebab tak berbaris semasa makan kat kantin...
BalasPadamBaru dia tau siapa berani..
To Captbokkhari : Hehehe...kat luar dia berani arr.. ramai org dia..kat dlm. nah..masuk di punya burung pegi dlm wooo...
BalasPadamTo Captbokkhari : hahaha...betul tue bro...kat luar dia ramai anak buah...
BalasPadamha..kat dalam makan penampar satu kali...
Gelaran BOTAK tu bermaksud "Bantu Orang Tak Kerja" ala Robin Hood
BalasPadamlive like a legend die like a legend..gua respect habi2 sama mamat tu le..mmg dia rompak bank tapi die tu adale tolg org misking jugak
BalasPadamcari pulak penjenayah lain lu pasti glamor
BalasPadamCaptbokkhari
BalasPadamOh. Harun Idris tampar Botak Chin dalam Pudu Jail? Setahu aku Harun Idris tahun 1976 tahun terakhir jadi MB Selangor. Bila agaknya dia tampar Botak Chin? Kira Harun Idris ni tabik kat Botak Chin dan lawat Botak Chin dalam penjara selepas dia bersara la. Aku minat nak tau gak ni. Cuba bagi source.
owhh
BalasPadamdia mmg hero..ramai respek die.penipu dowh kena tampar..sedangkan botak chin tikam warden berani.
BalasPadambiso weh botak chin nie...kawe tabik demo...
BalasPadamkalau buat filem mengenai botak chin mesti menarik kan ?.untuk pengajaran bagi masyarakat kita supaya tidak terbabit dengan jenayah
BalasPadamTerbaik r kalo buat filem sal botak chin..pasti top10....
BalasPadam