Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Monday, January 3, 2011

assalamualaikum

selamat tahun baru...

baru arini rasanya dapat mengadap laptop untuk berblog...sebelum ni mengadap je,,,selalu je ngadap tapi macam tak de idea nak coret apa kat blog...kat fb rajin je laju je jawab reply komen gambar...banyak sangat gambar terutama dalam bulan 12 ni sebab banyak aktiviti...hampir tiap minggu ada je aktiviti...seronok!bulan 12 paling seronok selama hidup dan paling tak seronok dalam hidup...cane tu?haha...

rasa macam nak review apa yang berlaku sepanjang tahun lepas...yang seronok mestilah menjadi highlights tahun lepas,,,tapi bila fikir balik macam malas nak taip...tak pe,,,gagahkan je sebab life sendiri yangnak direview walaupun tak ramai yang membaca,,,biarlah anak cucu nanti ada peluang tau ape yang saya dah lalui...tahun lepas macam tahun sibuk la...mari reflects ikut kategori

1) keluarga - ada 5 pasangan sepupu yang berkahwin...mula dengan abang sepupu sebelah ayah bulan 3,,,lepas tu sepupu perempuan sebelah ibunda bulan 5,,,abang sepupu sebelah ibunda bulan 10,,,sepupu perempuan sebelah ibunda bulan 12 dan sepupu lelaki sebelah ibunda juga,,,bulan 12 juga...sepupu yang lahir tahun 1985 semua da selamat jadi isteri/suami orang tahun ni...sekarang sila bertanding siapa yang dapat anak dulu...siapa dapat dulu,,,dia menang...haha...dapat seorang lagi anak sepupu baru yang lahir sebelum krismas aritu...ni nak masuk part yang tak best pulak...adik ayahanda meninggal sebab komplikasi buah pinggang bulan 10 aritu...al-fatihah untuk dia...semoga roh mak tenang di sana...

2) diri sendiri - berjaya habiskan master,,,alhamdulillah...sekarang tunggu final result saja...dapat interview spa untuk plv dan juga peluang kedua untuk ptd...dua-dua gagal...tak pe,,,ada la tu hikmahnya...bukan rezeki lagipun...tak tahu apa rahsia yang Allah nak beri nanti...mulakan bisnes jual tudung pada may2010...dan alhamdulillah dapat la juga merasa duit sendiri walaupun tak mewah...yang tak bestnya,,,diserang dan dihina tanpa terlebih dulu diconfront...haih...orang cakap,,,benda da lepas jangan dikenang,,,da terjadi pun kan tapi tu lah,,,sakitnya masih terasa sampai sekarang...alhamdulillah dan insyaAllah ada la tu yang Allah nak tunjuk kat saya yang saya terlepas pandang dah buat salah,,,Allah bagi hukuman dengan cara macam tu...mungkin lepas ni akan ada kebaikan yang lain datang pada saya,,,yang lebih baik...aminn...terima kasih banyak kat ibunda dan en.s sebab jadi pendokong saya paling kuat...terima kasih juga pada keluarga dan bff yang banyak membantu...bulan 12 pun da mula hantar resume online kat mana-mana pekerjaan yang berkenan di hati di jobstreet...tapi belum dapat apa-apa panggilan lagi...tak pe,,,bersabar...mungkin sebab tunggu lama nak dapat panggilan kerja ni,,,Allah nak bagi gaji yang besar...fuhhh insyaAllah...

azam tahun baru dan tahun-tahun seterusnya:
cari kerja dengan lebih kuat lagi...berusaha untuk mencintai kerja dan rezeki yang datang walaupun tak jiwa...kalaupun dapat bekerja di kilang walaupun tak suka dan gemar,,,akan cuba untuk bercinta dengannya...bertekad nak sambung phd sebab nak bagi hadiah kat mak dan atuk,,,jadi cucu pertama yang ada gelaran doktor,,,tapi belum tau bila akan terlaksana dan mungkin bukan jadi yang pertama sebab sepupu lain juga berkebolehan kalahkan saya dari segi ni...huhu...dan tentu la bagi hadiah tu kat ibunda dan ayahanda sebab memang tau ibunda nak anak dia bergelar doktor...dia pernah cakap "tak jadi doktor perubatan pun x pe,,,jadi doktor falsafah pun boleh"...nak lebih bersabar dan merendah diri...jangan expose kan diri sangat tentang duniawi kat fb/blog sebab boleh disalahtafsir...fikiran masing-masing berbeza...kita fikir a,,,orang anggap b,,,kita niat c,,,orang ingat d...lebih berhati-hati dalam langkah dan pertuturan dan tingkah laku...i will learn from my mistakes...belajar berdikari dan tak mengharapkan orang lain...sebaik-baik orang,,,akan ada sedikit kejahatan dan sejahat-jahat orang ada sedikit kebaikan...cari kebaikan dalam diri sendiri dan tak lupakan orang sekeliling...

ini semua refleksi untuk diri sendiri,,,jangan lah ada yang salah anggap ye...susah juga hidup ni kalau semua ada double meaning...ni semua tulus je dan tak membabitkan orang lain...saya akan berusaha menjadi lebih matang dan memandang tiap apa yang berlaku dengan perspektif yang berbeza dengan akal dan fikiran yang Allah kurniakan...dan saya mengharap doa kalian untuk saya lebih berjaya dan sekiranya itu terjadi,,,insyaAllah Allah akan membalasnya nanti dengan cara yang kita tak ketahui...setiap apa yang berlaku ada sebab dan kesannya...lambat atau cepat kita sedari saja yang akan menentukan siapa yang kita akan jadi...