Showing posts with label fikir fikirkan. Show all posts
Showing posts with label fikir fikirkan. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

petua semasa mengandung

assalamualaikum

hari ini nak share petua semasa mengandung. dikutip sepanjang menjalani ibadah mengandung dari orang sekelilinh yang berpengalaman. bukan untuk dipercayai dengan hati sehingga memesongkan akidah ya saudari. kalau ada niat nak ikut, pastikan niat keran Allah. terpulang kepada kemakbulan dari Dia yang satu.


1) menentukan jantina - kalau perut membonjol ke depan, anak lelaki. kalau perut  melebar ke tepi, anak perempuan.
2) menentukan jantina - kalau muka ibu berseri-seri, anak lelaki. kalau muka ibu tak berapa naik serinya, anak perempuan sebab seri muka ibu dah di share dengan anak dalam kandungan.
3) amalkan surah yusuf untuk anak yang cantik, surah maryam untuk senang melahirkan dan surah luqman untuk anak yang cerdik.
4) amalkan minum air kurma 3 biji yang direndam dalam susu untuk mudahkan kelahiran.
5) amalkan minum air zamzam supaya dapat anak yang elok semuanya.
6) bila mandi dan basahkan rambut, hisap sedikit air di hujung rambut untuk mudahkan kelahiran.
7) jangan pandang atau tengok benda-benda yang tak senonoh. contohnya tak perlu nak selamatkan anak kucing yang mati kena langgar tepi jalan takut terkena badi. banyakkan istigfar kalau dah tertengok.
8) rendam kacip fatimah dalam air. apabila masa nak bersalin dah dekat, kacip fatimah akan kembang. kat mekah dan madinah banyak jual kacip fatimah.
9) minum air kelapa, susu dan soya supaya anak yang lahir nanti kulitnya bersih. jangan minum air tebu sebab takut terjadi tumpah darah.
10) jangan makan pedas banyak sangat takut buasir, nanti.
11) makan putik bunga ros untuk dapatkan pipi anak yang kemerah-merahan.
12) makan buah delima untuk dapatkan bibir anak yang kemerah-merahan dan cerdik.
13) sentiasa ada yasin dan benda logam yang tajam macam pisau lipat atau gunting kecil yang sentiasa di bawa ke mana sahaja untuk mengelakkan 'benda halus'. letak bawah bantal semasa tidur.

sampai sini dulu la. akan ditambah dari semasa ke semasa kalau ingat.

Tuesday, June 19, 2012

Reasons to go to Mekah dan Madinah

assalamualaikum..

semalam da janji nak tulis why you should go to mekah and madinah kan. so let's read through from my perspective la.

Mekah
1) sembahyang di mana-mana dalam kawasan tanah haram diberi ganjaran pahala 100,000. sekali solat, 100,000. tapi, kalau solat berjemaah kan dapat lagi 27 kali ganda kan. banyak kan. kalau solat kat rumah tak selumayan tu. even though kita tak tahu berapa ganjaran yang Allah nak bagi, tapi within 100,000 is still, much kan.
2) walau seramai manapun umat islam yang mengerjakan solat di masjidil haram tu, walaupun kita nampak sangat sesak, nak jalan pun susah apa tah lagi nak cari tempat untuk sembahyang, akan ada tempat untuk kita. nak tempat yang lebih selesa, cuma perlu datang lebih awal. bila datang lebih awal tu, dapat la buat amalan lebih. baca quran, qada' solat, solat sunat, tengok kaabah.

tengok kaabah dalam gambar dapat pahala ke x eh?

3) berpeluang cium hajaratul aswad. ni bagi sesiapa yang berani nak redah orang arab yang besar-besar tu, bolehla. tapi, kalau tak dapat peluang pun tak pe,at least kita dah dekat dengan dia. dan ada peluang masa di madinah nanti masuk ke taman syurga. dan sekarang ni ada sindiket yang ambil kesempatan. memula dia akan tawar nak bawa anda ke hajaratul aswad, lepas anda sampai, dia akan minta bayaran. matlamat tak menghalalkan cara kan. fikir yang terbaik untuk anda. nak ke situ memang akan bersesak. tapi kalau ada peluang, Allah dah beri laluan mudah, rezeki anda, jangan lepaskan.
4) semua penyakit, insyaAllah tak ada. macam saya, alhamdulillah sangat sebab sebelum ke sana, pinggang memang selalu sakit sejak hamil. terutama kalau nak baring dan bangun tapi kat sana, bergolek macam mana pun, alhamdulillah tak sakit sangat macam kat sini. senang je nak golek belah kanan ke kiri ke.
5) oh ya, walaupun anda rasa cuaca kat sana panas, tapi percayalah, once u stepped kat lantai marmar kat kawasan tawaf tu, kan kawasan tawaf tak berbumbung kan, tak panas pun. jangan risau kaki melecur ke apa. even pakai stokin pun rasa sejuk. dan sejuk pun tak lah sejuk yang melampau. dan bagi yang rasa bertawaf masa tengahari tu panas, bukan sebab panas terik. panas sebab bersesak je. berpeluh pun sebab bersesak. kawasan yang paling sesak adalah di kawasan hajaratul aswad. kat situ orang akan bertolak-tolak, tu yang buat rasa panas dan rimas sikit. tapi kejap je. dan yang sangat best, perjalanan dari hotel ke masjid, anda rasa panas. tapi bila dah nak masuk pintu, sejuk macam ada air cond. best.
6) agongnya Allah tu, walau seramai mana pun jemaah, akan ada kawasan untuk kita. kan kita tetamu dia. kita dijemput. jangan risau dengan ramainya orang yang ada. insyaAllah ada kemudahan untuk semua.
7) boleh tengok fanatik islam kat sana. macam-macam ragam ada. ada tu macam nak panjat kaabah tu. what for? tak perlu pun. gosok-gosok kain kat kaabah la, kat bukit safa dan marwah la. sia-sia je amalan.
8) boleh minta doa apa-apa sahaja sebab kita directly minta dengan Allah. dah lah macam tu, disediakan pula tempat-tempat mustajab untuk berdoa. selagi boleh minta, minta. Dia sangat pemurah.
9) makanan kat sana semua sedap. dan terutama sekali air zamzam. kadang kita rasa air zamzam kat sini macam payau sikit kan tapi kat sana, sedapnya. nak habiskan sebotol air pun tak apa. air zamzam free. masuk je masjid, ada banyak tong-tong air zamzam. airnya pula sejuk-sejuk. walaupun sejuk, kat kawasan tu tak tersejat pun. selagi ada air, selagi tu sejuk. tapi ada juga tong yang air not cold. boleh pilih. tapi macam mana air zamzam tu kekal sejuk sedangkan dia dalam tong dan tak berais.

1 portion boleh mkn utk 2,3 orang

10) bila keluar dari masjid lepas solat, singgahlah makan ais krim the best in the world. kalau saya, memang almost setiap kali lepas solat nak balik ke hotel, tak lepaskan peluang makan ais krim tu. kalau anda keluar dari pintu abdul aziz, keluar je tuju ke mall yang belah kanan. kedai pertama ialah kedai air kot. kedai ais krim kat deret-deret tu je. air teh pun sedap. kena minta tea with milk baru la jadi air teh. kalau tak dapat teh o je la.

dekat kawasan ais  krim yummehh

Madinah
1) sembahyang di msjid nabawi sahaja di madinah yang akan mendapat ganjaran pahala 1,000. di madinah lebih mudah dan selesa dan nyaman dan aman. hotel dekat je dengan masjid jadi no reason la tak dapat pergi sebab jauh. seriously dekat je. kalau tak pergi pun mungkin sebab penat baru balik syoping *siapalah tu* sembahyang kat bilik hotel sama je macam sembahyang kat malaysia. 
2) hotel-hotel kat madinah kebanyakannya 4 stars. lebih selesa berbanding mekah tapi mekah pun tengah banyak construction, mungkin sebab nak jadi macam madinah kot. 
3) di masjid nabawi je anda berpeluang ke makam Rasulullah, masuk ke raudhah, taman syurga. bila da hampir nak masuk raudhah tu, dah boleh bau wangi. wangi sangat. sedap pula tu wanginya. wangi syurga dan wanginya makam Rasulullah tu. untuk jemaah lelaki, laluan mudah kalau nak dibandingkan dengan jemaah wanita. jemaah wanita kena tunggu hari yang tertentu, masa yang tertentu. akan dibawa oleh pegawai masjid. kalau lelaki boleh pergi bila-bila sahaja. maka, bagi kaum wanita ni macam berperang sikit kat raudhah tu. walaupun tunggu turn, beratur ikut negara tapi, sesama kita pun nak berebut. padahal sama-sama sampai dalam raudhah tu. nak sembahyang di kawasan raudhah tu pun mencabar. siap bergaduh, bertolak-tolak. kena ada yang guard masa seorang tengah sembahyang so that tak kena pijak. imagine! memang berhimpit. mungkin juga sebab kawasan raudhah yang kaum perempuan boleh masuk adalah terhad je. dinasihatkan masa da sampai raudhah tu, buat sembahyang sunat je dulu. kemudian cari kawasan yang tenang sikit untuk berdoa. dan kawasan bawah mimbar pun boleh solat juga. selalu kat situ kurang sikit orang sebab orang selalu nak solat yang dekat dengan makam. kena solat cepat, baca ayat pun pendek-pendek sebab kita akan digesa oleh pegawai-pegawai yang bertugas. tapi buat bodoh dan tak faham bahasa je. yelah, kita datang dari jauh kan, kumpul duit lagi. mestilah tak nak lepaskan peluang. 

lepas ziarah makam nabi dan raudhah

4) sembahyang sunat jenazah di madinah akan dikurniakan pahala seperti pahala bukit uhud. sebab bukit uhud tu terkenal masa perang, dan banyak berjasa kepada Rasulullah. Rasulullah cintakan bukit uhud tu dan cintanya bukit uhud tu pada Rasulullah sampaikan bila Rasulullah menapak, bukit uhud ikut langkahan baginda. bukit uhud tu pun pernah ditawarkan pada Rasulullah oleh Allah untuk ditukar menjadi emas. tapi Rasulullah tak nak sebab baginda tak nak perang berlarutan sebab nanti umatnya berebutkan emas tu. bukit uhud juga dah dijanjikan syurga oleh Allah. jadi siapa yang meninggal di madinah, dikira seperti mati syahid sbb dalam mengerjakan umrah atau haji kan. dan kalau kita niat nak mati di madinah pun, kita akan diberikan syurga, insyaAllah. 


5) mengerjakan solat di masjid qiblatain mendapat ganjaran sekali umrah. tak perlu tawaf dan sai dan bercukur, buat solat sunat 2 rakaat pun, dah dapat pahala umrah. tapi untuk sekali kunjungan la. kalau dalam satu kunjungan, kita buat 2 3 solat pun, masih dikira satu umrah ganjarannya. 

masjid qiblatain
6) syoping kat madinah lagi best! lagi banyak pilihan, lagi banyak boleh tawar ;)

that's all, nanti ada tambahan pape, akan diupdate. maka, mari kumpul duit dari sekarang dan berazam ke sana lagi. insyaAllah.

Saturday, April 16, 2011

where should i throw the trash?

yesterday i was 'spring cleaning' my grandparents house with my cousin...we collected 4 plastic bags of trash and decided to dump the items at the usual place where the residents around throw their trash...we did it near midnight as we have other obligations to attend to earlier...when we were at the place to dump them,,,there were also a car waiting by the place and the minute i get out of my car,,,he did the same...i acted out as if i were checking some things in the trunk and then he asked me whether i wanted to throw out some trash and i said nope i was checking my things...he was holding a camera in his hands...he asked me again,,,really?not to throw rubbish?i said no and i drove off...

i did not know who he actually is...police or some orang majlis daerah wanted to saman whoever throwing rusbbish at that place...for me,,,it is better if orang majlis put a big rubbish bin at the area for the residents...there were no rubbish lorry picking up the trash at every house so where should they throw the rubbish?in the river is it?or burn them and pollute the air?miss neglected satellite,,,if you are reading this,,,please take note and actions ;p

Friday, February 25, 2011

saman pdrm

saya saman pdrm ke pdrm saman saya?belum ada kes lagi la kan saya nak saman pdrm tu...dah tinggal berapa hari saja lagi untuk kamu semua selesaikan hutang saman ye...lepas bulan februari semua saman tak dapat diskaun lagi dah...menjadi amalan lazim masyarakat malaysia,,,langsaikan tugas bila masa dah suntuk...sama juga macam saya...aritu terlintas nak cek saman tapi masa tu tak ada akses internet masa kat rumah mak...jadi minta tolong dengan en.s...sekali ada 1 saman...kereta ibunda tapi saya yakin saya yang pandu sebab masa tu dalam perjalanan ke pahang pada 31disember untuk majlis perkahwinan sepupu...jadi malam tu terus mesej ibunda dengan ayat bersalah "ibunda,,,ada satu saman rm200 kena bayar sebelum akhir bulan 2 kalau tak x,,,x dapat diskaun...nanti da dapat duit pas keje pkn tu anak bayar balik"...esoknya,,,ibunda reply "awak bayarkan saman arini...ibunda tak sempat ada kerja sampai petang...duit ada dalam bilek awak"...ibunda suka eja ikut style lama...contohnya bilik jadi bilek ye tuan puan...adik-adik,,,tu bukan ejaan zaman moden ye...jangan ikuti...sekarang mari lihat gambarajah

en.s kata,,,tak berbaloi bayar saman mahal-mahal dapat kertas camni je

sebelum dapat kertas atas tu,,,sila beratur seperti di atas ni ;p

panjang dow kena beratur kat balai polis tu...dah la kawasan keciulp *kecil,,,ramai orang sampai beratur tengah panas...memang berpeluh la kan...kalau yang malas nak beratur macam ni,,,boleh gunakan teknologi moden seperti di bawah...namun saya gagal untuk menggunakan teknologi moden kerana lambat gila nak loading...hampeh tol...sepatutnya pihak berkenaan kena buka lebih banyak kaunter macam kat syoping kompleks...dah la berair cond,,,boleh cuci mata sekali...haih...ni saya sempat print screen beberapa step saja lah ye...mari kita saksikan


masukkan ic pemilik kenderaan
keluarlah keterangan saman

klik proceed to payment

pilih payment method anda

lepas pilih bank,,,tunggu sampai lebam

url

sekian terima kasih...lebih baik bayar awal daripada kena bayar banyak kan?fikir fikirkan...lepas ni kena selalu alert dengan saman menyaman ni ye...

Thursday, November 4, 2010

urban sangat ke?

tadi tengok rancangan wanita hari ini...masa segmen akhir ada pasal pameran kereta dan ada seorang wakil penganjur...perempuan...berbaju kurung...tapi kenapa bila pengacara tanya dalam bahasa melayu dia jawab dalam bahasa inggeris?anda tak tahu berbahasa kah?urban sangat sampai tak reti nak berbahasa?menyampah betul tengok orang yang macam tu...orang tanya bahasa melayu die jawab nak speaking london je...daulatkan lah bahasa sendiri...susah ke?bila status da macam tu,,,kaya ternama dan ada posisi besar dalam syarikat,,,kena speaking sahaja ke?pergi duduk negara lain la wey kalau tak nak berbangga berbahasa melayu...meluat...

Friday, October 22, 2010

macam mana la melayu nak maju oii

semalam ibunda request suruh beli mi racun...tempat yang paling dekat nak beli dari rumah ialah dekat tmn sri fajar...kedai depan econ save mart...tapi masalah kedai tu selalu buat lambat dan setiap kali beli dari kedai tu,,,balik rumah & sambil tunggu order siap,,,mesti sumpah seranah sebab lembab nak mampus...selalunya memang akan nampak orang yang datang lambat dapat makanan dulu...macam semalam,,,da habis buat muka taik da ni sambil menunggu,,,siap tanya lagi bila nak siap...saya ni selagi boleh tahan lama mana pun tak kan tanya bila nak siap tapi semalam macam ee tak sabarnya aku...pastu masa nak bayar,,,dia boleh cakap 'sori la kak,,,sebelum akak order tak de yang order lagi tu yang lambat sikit'...wak lu!!!siapa order dulu buatla dulu bahalol...jangan sebab ko nak senang masak,,,orang lain pulak kena tunggu...mana aci!!pastu da la lembab,,,sengaja lembab,,,pastu ada hati nak tanya aku ada duit kecil ke tak...siapa yang nak berniaga sekarang ni?sediakan la duit kecil sendiri...kau ingat ko tol ke nak suruh orang sediakan duit secukupnya hah...macam mana la nak maju hoi...ni melayu nak tolong melayu tapi melayu ni jadi mangsa...lepas ni taubat nasuha tak kan pergi lagi kedai tersebut...kempunan macam mana pun nak makan mi racun,,,lantak la...biarlah kalau mengidam masa mengandung nanti,,,anak keluar air liur meleleh pun tak pa asal tak pergi lagi kedai tu...oh,,,tapi boleh bertahan lama ke dengan servis macam tu?first in first out,,,first come first serve...lain kali belajar dulu pasal tu baru bukak kedai...

Wednesday, October 20, 2010

so what is your definition of stalk?

stalk - a part of a plant that supports flowers, leaves or fruit
stalk - (1) stalk out (out of place) to walk out in a proud, self-important or serious way : stalk out of the room
(2) to move quietly and cautiously towards (wild animals etc) in order to get get near : stalk deer


resource : The Oxford Dictionary of Current English for Malaysian Students

| 'your' immature act |

|| read between the lines ||

Wednesday, October 13, 2010

percubaan menyayangi bumi

ari isnin aritu,,,telah melakukan suatu percubaan untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan plastik di rumah sebagai tanda mencintai bumi...sebab dah berapa hari ni dah mula terasa panas yang pasang kipas pun tak rasa ada angin...nak pakai aircond selalu pun,,,nanti bumi akan menjadi lagi panas sebab chlorofluorocarbon dibebaskan...cfc tu memang selalu ingat sebab nama gas paling best...hahaha...jadi,,,ari isnin ke kedai makan membawa dua bekas untuk isi nasi campur...tapi entah kenapa aritu,,,makcik kedai tu rajin pula nak melayan saya ni...selalunya dia akan sediakan nasi je lauk ambil sendiri...aritu dia yang selesaikan semuanya...saya cuma minta je nak apa...jadi dalam hati niat nak kurangkan penggunaan plastik tak menjadi tapi makin banyak pula plastik yang digunakan...sebabnya,,,masa saya pergi tu lauk pun dah terhad...jadi saya minta seekor ikan kembung asam pedas dan satu lagi asam pedas ikan pari untuk ayah...tapi masa tu ikan pari tu perlu dimasak lagi sebab tak cukup ikan masa tu...jadi pada saya,,,campur je la kan ikan pari tu dengan ikan kembung tu sebab lauk yang sama tapi dia buat dalam plastik asing...da ada dua plastik da kat situ...padahal boleh je letak sekali dalam bekas nasi yang saya bawa tu...konsepnya sama je...nasi campur juga cuma bekas je yang lain...selalu guna polisterin tapi aritu guna tupperware...sayur dah habis jadi saya minta tempe goreng dua dengan sambal kicap...pun jadi dua plastik sebab tempe goreng asing dengan sambal padahal boleh sekali juga...lebih baik kalau campur je semua sekali dalam bekas tupperware tu kan...lepas tu die masukkan semua plastik2 lauk dalam satu plastik dan bekas nasi dalam satu plastik...banyaknya!misi gagal macam ni...




tapi memang selalu la jadi macam ni...bila orang yang duduk kat kawasan macam tempat saya ni,,,kesedaran untuk mengurangkan penggunaan plastik yang tidak boleh terbiodegradasi tu tak ada...bagi mereka lagi senang kalau guna banyak plastik...haih...kesian bumi...kat rumah ni pun,,,dah berapa tahun da amalkan kitar semula...dulu masa ayah mengajar lagi,,,tiap hari dia beli surat khabar...masa tu kumpul la surat khabar tu sampai da tak ada ruang dalam stor dan tunggu lori beli barang kitar semula lalu depan rumah...tapi bila saya da pandai memandu,,,bila hasil da banyak,,,dah boleh jual sendiri kat pusat kitar semula...dulu kumpul kertas je tapi sekarang,,,bekas-bekas plastik,,,botol-botol dan tin pun kitorang simpan...bila da banyak bajet penuh satu kereta baru jual...masa tu puas la sikit tengok nilai yang dapat walaupun tak berapa sangat...sekurangnya lepas untuk makan dua tiga hari...paling best masa nak raya...masa tu memang banyak dan bermacam lagi la yang tah dari ceruk mana dalam rumah ni boleh ada barang-barang tu semua dijual kat pusat...ini lah usaha yang sedikit tapi harapnya dapat la membantu bumi kita yang makin panas ni...tapi banyak ni yang diselamatkan,,,banyak lagi yang tak terselamat macam tiap minggu ke serdang memandu seorang-seorang tu padahal boleh naik bus,,,penggunaan elektrik dan macam-macam lagi kan...korang pun kalau boleh,,,cubalah kurangkan plastik...tak susah pun macam kat selangor sekarang ni setiap ari sabtu hari tanpa plastik...jadi kalau pergi mana-mana kedai dan beli sesuatu,,,tak dapat plastik,,,makanya bagus...bai ;)

Thursday, August 19, 2010

tips untuk si bujangan

kalau sekiranya pada suatu hari kamu berdua bersama dan pada ketika itu si dara yang selalunya sibuk mengomel itu mengomel ini tetapi tidak pada ketika yang tersebut,,,maka percayalah bahawa si dara mahukan detik itu menjadi detik untuk si bujangan bercerita atau berbincang...sekiranya pada ketika itu si dara yang selalu menyanyi dalam kereta dan tidak mengendahkan lagu-lagu yang selalu dinyanyikan,,,sila jangan percaya sekiranya bila kamu bertanya perihal si dara yang tidak menyanyi itu dan dijawab dengan jawapan sampah seperti mengantuk atau lapar...seandainya si bujangan percaya maka si bujangan dalam bahaya...bila detik itu tiba,,,maka itulah masanya untuk si bujangan pula bercerita dan berkongsi rahsia mahupun berbincang kerana si dara dapat mengesan bahawa perlunya si bujangan membuka cerita walaupun pada ketika itu si bujangan telah membuat keputusan tentang apa yang si bujangan inginkan terutama dalam perkara yang penting yang melibatkan wang yang besar dan melibatkan masa depan bersama...bercakap walaupun kamu pendiam bercakap walaupun berat bercakap walaupun kamu rasa tidak penting...adalah lebih bahaya kepada nasib si bujangan sekiranya dalam momen yang sepatutnya kamu berbincang bercakap berkongsi itu,,,kamu sibuk berurusan tentang perkara yang tersebut dengan orang lain dan terus membisu dengan si dara...walaupun apa yang si bujangan itu lakukan tidak disokong oleh si dara...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan tidak perlu bercerita berkongsi berbincang bercakap...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan boleh dengan senang hati tidak mengendahkan si dara dengan mengenepikan si dara...sekiranya itu terjadi maka janganlah marah sekiranya mesej mahupun panggilan tidak berbalas untuk berapa lama yang si dara rasakan perlu...tindakan tidak bercakap berbincang berkongsi,,,bodoh sekali...terutamanya apabila si bujangan maklum bahawa si dara memang bencikan perihal tidak bercakap itu...jangan ketepikan...jangan tidak bercakap...

source:google
file name: signs-of.a-bad-relationship-not-talking

| tak puas hati dengan draft kedua ni...yang pertama secara tiba-tiba hilang... |

Wednesday, July 14, 2010

21 reasons why english is hard

1) The bandage was wound around the wound.
2) The farm was used to produce produce.
3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.
4) We must polish the Polish shoes.
5) He could lead if he would get the lead out.
6) The soldier decided to desert his dessert in the desert.
7) Since there is no time like the present, he thought it was time to present the present.
8) A bass was painted on the head of the bass drum.
9) When shot at, the dove dove into the bushes.
10) I did not object to the object

11) The insurance was invalid for the invalid.
12) There was a row among the oarsmen about how to row.
13) They were too close to the door to close it.
14) The buck does funny things when the does are present.
15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.
16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.
17) The wind was too strong to wind the sail.
18) After a number of injections my jaw got number.
19) Upon seeing the tear in the painting I shed a te
ar.
20) I had to subject the subject to a series of tests.
21) How can I intimate this to my most intimate friend? 



i found these here...yes,,,sometimes english can be very difficult to learn and confusing...but it also fascinating la...see how two same words different meaning can form a perfect sentence...i wish ibunda talk to me in english since i was a kid...maybe now,,,i can speak english like an englishmen...not hesitating and stutter when required to speak and not to constantly refer to dictionary...however there are not these 21 sentences reasons that make it difficult because if you can understand those,,,it means you have conquered the language right?there are lots more than meets the eye...i am not good in this language thus i have dedicated the 'english session' in this blog at least,,,for me to learn something new each time i blog...


| wanted to watch eclipse for the second time because the lines are funny ;) |

Monday, April 19, 2010

adamaya 630pm tv3


haih...x puas la tengok cerita adamaya...kenapa cerita yang best hanya sejam saja?tak perlu la siarkan cerita kartun kiteretsu tu?rumah saya tak de kanak2 bawah umur...tak perlukan cerita kartun...mahu adamaya sahaja...hahaha gila selfish...tapi kalau boleh cari la waktu siaran yang lebih sesuai sebab masa siaran tu waktu maghrib kan walaupun sesetengah tempat maghrib lepas 7.30pm,,,adalah lebih afdhal kalau masa tu tak de cerita2 best macam adamaya ni...sebabnya ada sesetengah orang,,,cam saya ni yang mandi lepas adamaya habis dan secara tak langsung da melambatkan sembahyang kan...elok ke?

arini internet connection dah di upgrade...weehoo..nasib baik tadi staf telekom datang dan siapkan hal tu cepat dan sempat nak hantar en.s ke stesen bus tanpa tergesa2...sekarang ni,,,en.s da pun selamat sampai ke "haunted mansion"nya tapi masih tak dapat nak tengok cerita adamaya tu...nak suruh dia belajar cara adam tu...haha...terima kasih ye en.s sebab luangkan masa ngan saya...seronok sangat!haha...

Tuesday, April 13, 2010

kes buang bayi dan jenayah

kalau saya salah seorang yang bertanggungjawab untuk memikirkan cara atau hukuman yang boleh dikenakan kepada pembuang bayi,,,saya akan pastikan mereka menerima hukuman yang setimpal...saya tidak akan berlembut macam "tak pe,,,kepada anak gadis yang dah terlanjur,,,kami tidak akan mengenakan hukuman tetapi ada beberapa pusat atau bantuan yang boleh anda dapatkan seperti rumah kasih itu dan rumah kasih ini" "jangan takut untuk mendapatkan bantuan" dan pelbagai lagi kata2 lembut...mereka ni,,,yang da boleh mengandung,,,da besar dan boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk...dah akil baligh...dah cukup sifat dah...tak de makna lagi nak berlembut...kalau berlembut,,,macm ni lah yang jadi...berleluasa kes maksiat kan...bila ada kes pembuangan bayi,,,saya akan dapatkan dna ibu dan ayah bayi tu dan kemudian mendedahkan di khalayak ramai...peduli apa kalau mak bapak dia malu *ewah ni bercakap mengikut hati ni* sebab utama saya buat macam tu,,,biar masyarakat yang lain turut merasa malu sekiranya perbuatan terkutuk yang 'bakal' mereka lakukan ni,,,di ketahui ramai...saya tidak akan membenarkan stesen televisyen nak sensored muka pembuat kerja haram ni...

begitu juga dengan pesalah yang bersangkut paut dengan dadah,,,remaja merokok,,,dan pesalah2 jenayah yang lain...jadi,,,bukan saja si pelaku perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka,,,tetapi kaum keluarga juga...sebabnya,,,bila muka anak da keluar kat tv sebab benda2 macam ni,,,secara automatik keluarga pun terkena tempias sama...kalau tak mahu malu,,,sila jaga ahli keluarga dengan memberikan didikan yang sempurna...

saya amat bersyukur sebab ibu dan ayah menjaga saya dengan baik setakat ini...saya tidak dibenarkan keluar rumah pada waktu malam atau bersendiri bersama kawan2 tanpa ditemani saudara mara sebelum umur saya mencecah 18...selepas itu pun,,,jika keluar malam,,,saya perlu ada di rumah sebelum pukul 11...keluarga lain mungkin sampai tengah malam,,,tetapi,,,kalau saya pulang melebihi pukul 11,,,ayah bising...tak suka...

ok,,,berbalik pada pendedahan kat tv tu,,,kadang2 mak bapak ni tak tahu pun kelakuan anak dia kat luar macam mana...depan mereka,,,pijak semut pun tak mati tapi kat belakang,,,hantu pun lari tengok perangai diorang ni...jadi,,,bila adanya pendedahan kat tv,,,sekurangnya,,,ibu bapa lebih 'mengenali' anak mereka ni jenis yang macam mana...saya memang pantang tengok berita yang siarkan berita jenayah tapi nak sensored muka penjenayah...baik tak payah tunjuk visual...kepada kamu semua,,,dan kepada diri sendiri yang bakal menjadi ibu suatu hari nanti,,,jagalah anak2 dengan berhemah dan awasi anak2 anda...pasal hukuman tu pula,,,bila dah dedahkan siapa yang buang bayi dalam tong sampah,,,dekat surau,,,tepi longkang atau kat taman,,,sila sula mereka...terima kasih...

| dulu masa kecil,,,ibunda selalu cakap "balik rumah sebelum maghrib,,,nanti hantu t*t*k sorokkan bawak t*t*k"... |

Sunday, April 11, 2010

sila pakai kondom


since the previous post concerning child,,,i would like to talk about them...at 130pm today,,,i watched buletin tv3 and there was a news about a baby left in a garbage bin...don't you have heart leaving your baby like that?i was so angry because lately,,,there are too many cases of babies left to death by irresponsible parents...kalau tak nak anak jangan buat la...kalau nak buat pakai la KONDOM,,,"si bijak pandai"...memang tak da hati perut langsung si emak tu sanggup buang anak sendiri...9 bulan anak tu dalam perut tak kan tak rasa kasih sayang dan cinta kat anak tu...kalau da tak nak,,,hantar la kat mana2 pusat ke rumah anak yatim ke kebajikan masyarakat ke...orang yang tak dapat2 anak lepas kahwin sibuk nak anak,,,kau yang dah diberi anugerah tak ternilai tu sanggup buang??!!anak2 tu anugerah...sayangilah mereka...cuba bayangkan nasib kau kalau mak kau yang buat macam tu dulu...ada kau hidup sekarang?mungkin lebih baik mak kau pun buat apa yang kau buat kat anak kau sekarang ni pada kau dulu kan...kalau tak nak anak,,,gugurkan cara yang betul...klinik2 banyak kot boleh cari untuk gugurkan anak luar nikah kau tu...perangai macam haram!!tak sampai hati nak upload gambar bayi kena buang tapi nak tunjuk juga untuk beri kesedaran...sesungguhnya anak tu da ada kat syurga...insyaAllah...

comelnyeeeee kamu niiii.......

| teringat kat anak2 buah sepupu kat kl...happy birthday sayang a.a... |

Thursday, March 18, 2010

pengiktirafan untuk empat tahun yang lepas

kebelakangan ni nama Unimap macam meletup letup pulak dalam akhbar...kalau meletup atas sebab yang baik,,,saya sangat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada warganya...tapi ada satu artikel dari satu akhbar tempatan,,,*konon2 nak rahsiakan* KOSMO! telah sedikit sebanyak menyakitkan hati...sebabnya,,,apa yang ditulis laporan tu tak betul langsung dan laporan tu melibatkan saya...melibatkan saya ok?bidang yang saya ambil selama empat tahun bersusah payah menangis seminggu lepas tahu dapat sambung kat Unimap *dalam hati ape-bende-tah-Unimap-tu-tak-pernah-dengar-jauh-nak-mampos-dengan-kos-tak-pernah-tahu* memang belum diiktiraf lagi...macam mana nak iktiraf sedangkan bidang tu dan Unimap sendiri baru setahun jagung je wujud kat Malaysia ni...mestila kalau nak iktiraf,,,kena tunggu hasilnya lepas empat tahun,,,lepas ada graduan untuk buktikan kemampuan graduan tu bersaing dalam industri,,,macam macam lagi kriteria yang kena ada untuk dapatkan pengiktirafan...pada masa yang sama,,,prosesnya banyak,,,tambahan pula ada masalah dalaman daripada pihak yang menjalankan proses pengiktirafan ni...Unimap dah buat yang terbaik *mestilah kan,,,gila ke tak buat yang terbaik sebab melibatkan masa depan anak bangsa*...jadi untuk menghilangkan rasa ketidaktenteraman dalam hati sebahagian daripada kamu,,,saya sertakan ini juga...saya ada juga video keterangan daripada naib canselor Unimap tapi tak tahu macam mana nak link dalam sini...hahaha *dala kos tak diiktiraf,,,buta IT pulak* kalau ada sesiapa yang rajin nak baca lebih lanjut,,,boleh klik sini...haih...kepada encik/cik wartawan,,,bila nak tulis laporan berita,,,sila la buat siasatan terperinci dulu jangan main redah je...banyak hati yang tersinggung ni...penat la belajar empat tahun tahu tak?

| teringat macam macam yang best kat perlis...tempat jatuh lagikan dikenang,,,inikan pula tempat bercinta...oh dan belajar |

Tuesday, February 16, 2010

tanggang moden

watching wanita hari ini...tajuk: tanggang moden...
kesiannya mak cik tu,,,sungguh2 tak nak balik rumah anak2 die,,,sanggup dibiar kat tepi pantai dari duduk dengan anak2...
people,,,please...do not treat your parents like that...please please please...
remember all their sacrifices...sedih kot tengok mak ayah nangis live dalam tv sebab perbuatan anak sendiri...
orang tua ni tak minta duit anak2...diorang nak kasih sayang je weyhh...
korang balik or tengok muka mak ayah pun da dapat pahala apa tah lagi jaga diorang...
bukan mak ayah je,,,if you still have your grandparents,,,you should do the same as they are your parents' parents..
kalau setakat mak ayah tak nak jaga anak2 kau,,,kau da buang diorang...kau tak fikir ke diorang jaga kau tak perlu bantuan atuk nenek kau...diorang jaga sendiri...buat susu time korang nangis pukul 3 4 pagi...tak tidur malam bila korang sakit demam...buatkan sarapan masa nak pegi sekolah...bayar yuran sekolah....eh,,,banyak kot yang diorang buat dalam hidup ni semata2 untuk anak2...respect them la...and most importantly,,,LOVE them...

Tuesday, February 9, 2010

ape kajadah la ni



kurang aja kan gambar ni...berani betol diorang buat benda2 macam ni...kaum dilaknat betul...bangga pulak tu...eeeiiii tak taula apa azab yang bakal diorang ni dapat...ntah2 nanti tetibe je,,,cam masa die tengah syoping ke tengah isi petrol ke,,,badan terbakar tapi kat tempat die tattoo tu je...pastu siap ade live telecast yang kebetulan masa die tengah terbakar tu...biar semua nampak terutama golongan macam ni nampak betapa besar kuasa Allah...yang Islam pulak,,,janganla ngade2 nak buat tattoo sebab nak ikut trend...

Thursday, January 28, 2010

corat coret #3

1] tertekan sebab tak boleh collect tiket konsert satu suara hari ni...hari ni ialah due date tuk collect...otherwise kene rebook,,,which kene peka bile tiket tu akan direlease semula...one more problematic thing,,,tiket dalam lingkungan kemampuan telah habis...sekarang kene berdoa dengan harapan ada orang yang da booking tapi tak collect juga...oooohhhhhh,,,mahu tiket!!!!

2] surat daripada spa tuk interview ptd da sampai...saya adalah dijemput menghadiri temu duga pada 04/02 (khamis) di persada johor international convention centre,,,yang saya pun tak tahu kat mana...mungkin kene pergi berseorangan sebab ibunda sekolah...kalau s.a kluang berjaya bersama,,,bolehla pergi bersama2 tuk interview tersebut...

3] saya tak faham dengan sikap sesetengah orang yang masih ada peluang untuk bermesra dengan mak/mak mertua/keluarga tapi mengabaikannya...

sebagai contoh,,,saya ke rumah ibunda bersama encik suami tetapi encik suami sahaja yang masuk ke rumah ibunda untuk sesuatu hal...saya,,,tinggal di dalam kereta kerana pada sangkaan saya,,,encik suami keluar sekejap sahaja...lagipun,,,cuaca panas di luar *walaupun sekangkang kera je dari tempat kami parking kereta ke pintu rumah ibunda*...kemudian,,,ibunda berkata "kenapa tak keluar kereta?kalaulah esok ditakdirkan ibunda meninggal,,,awak tak kesal ke tak jenguk ibu walaupun dah di depan rumah?"...malu kan menjadi anak?

sekarang,,,katakanlah pula saya sudah beranak pinak...saya merupakan seorang ibu yang sporting...kalau anak2 tidak mahu mengikut ke rumah saudara mara malahan ke rumah ibunda saya *datuk dan nenek anak2 saya*,,,saya tidak akan memaksa...kalau anak2 saya tidak mengenali saudara,,,tidak mengapa kerana yang penting,,,mereka mengenali saya dan cukuplah jika mereka sekadar mengenali first degree family...pabila mereka menginjak dewasa,,,mereka hanya ke rumah datuk dan nenek sekali setahun *pada hari raya aidilfitri* atau,,,jika bertuah,,,mereka akan hadir untuk kenduri kendara...itupun,,,hanya untuk menjamah makanan...oh,,,lupa untuk diberitakan bahawa rumah saya dan ibunda berhampiran sahaja...padahal,,,suatu ketika dahulu,,,di rumah datuk dan nenek anak2 sayalah mereka membesar...datuk dan neneklah yang menyiapkan milo untuk sarapan,,,makanan untuk makan tengah hari dan memakaikan tudung anak2 saya untuk ke sekolah serta menghantar mereka dengan menaiki motorsikal...sekarang,,,anak2 saya,,,jika ke rumah datuk dan nenek mereka,,,akan berada tidak lebih sejam dan sekadar duduk di depan televisyen tanpa menolong atau meringankan beban datuk dan nenek yang semakin tua...

sekadar peringatan,,,cerita di atas tiada kaitan dengan sesiapa...cuma terfikir sendiri...janganlah dilupakan jasa mereka ye...walaupun lipat kain atau sapu sampah yang tak la sampai berpeluh macam maraton,,,rasanya itu da memadai untuk membantu serta menyenangkan hati mereka...keraplah bertanya khabar dan menziarah...

Thursday, January 21, 2010

bahasa menunjukkan bangsa

kehadapan penyampai radio dan pengacara tv,,,
penggunaan 'dari' dan 'daripada' yang kerap anda gunakan telah salah penggunaanya...semasa bersekolah rendah,,,guru bahasa malaysia serta ayahanda yang mengajar subjek tersebut telah mendidik saya bahawasanya penggunaan 'dari' adalah untuk masa dan tempat manakala penggunaan 'daripada' merujuk kepada orang dan lain-lain...sebagai contoh,,,

dj:kita ada pemanggil dari batu pahat...
dj:kita akan memulakan segmen dari jam 3-5
pengacara:sumbangan hadiah tersebut adalah daripada datuk s...

ayahanda cukup pantang dengar orang2 tv salah gunakan dari dan daripada...saya pun da terikut...

Wednesday, January 6, 2010

men and boys


sakit hati je si sheila ni...memang nak kene tangan je si john ni kan... ;D



girls...go check your other half's fingers...hahahaha...i should check mine too,,,pronto!!!hehehe...tapi saya tahu die memang straight...




Wednesday, December 9, 2009

senam untuk sihat dan cantik bila berkebaya

| this is interesting...let's read more in utusan malaysia today's paper,,,page 8 'kor ming persoal kerajaan bina banyak masjid' and also page 6 'alkisah India di India dan India di Malaysia'... |

arini baru terpanggil nak cerita pengalaman joging setelah 'material' da cukup...kalau senam menyenam ni memang ramaaaaiii sangat kaum cina...majoriti la kaum cina kalau kt tempat aku selalu pegi tu...melayu 1/4 n india tak nampak lagi sejak bersenam pagi2 hari ni...*sekarang bangun kul 6.15,,,sembahyang-salin baju-drive-memang tak mandi...tapi lepas sembahyang subuh-jadi nur tu ade...tak mandi pun x pe....hahaha*

semalam asyik kene kentut je...adoiiii...kat pintu masuk da kene kentut,,,panjang dan kuat...pas2 masa aerobik pun kene jugak...eeee!!!!da la ramai je yang bau peluh,,,tambah plak dengan bau kentut...nasib la,,,angin lalu je pun kan...huhu...ni satu yang tak suke...satu lagi ialah bile tengah jog nampak air liur/hingus...tak hygenic betul la...bende2 tu spread germs tau tak...aku memangla pantang sekali tengok orang yang tetibe jalan ludah2 or hembus hingus...pantang sangat!!geli!!

pagi ni ada nampak muka2 yang dikenali...nampak bekas gpk1 sekolah menengah,,,owner butik yang ibu slalu pegi,,,anak die dan sorang junior...pas2 arini dapat cuci mata,,,ade sorang dak tu comel...hehehehe...alhamdulillah ade la juga semangat time senam sorang2 *sorry en.s,,,tengok die je,,,tak rase pape*...

ade sorang tu macam psycho or terlebih peramah sebab masa first time start jog dengan n,,,orang tu ialah ajak n kawen...gile kan...pas2 pagi tadi sibuk nak beramah mesra ngan aku plak...da la termengah2 jog,,,perlu ke nak ajak berbual?talk to my hand je la...anak uncle butik tu pun kene kacau gak tadi...

semalam sebelum tidur,,,mintak ibu rm20 *susahnye tak de pendapatan* tuk isi minyak kete...jadi pagi tadi ibu bagi rm50,,,bolehla beli paper dan breakfast tuk ayah dan aku juga la...makan lepas senam tak pe sebab metabolisma tengah bekerja,,,jadi tidaklah makanan tersebut menjadi lemak *berharap*...