Showing posts with label nota kaki. Show all posts
Showing posts with label nota kaki. Show all posts

Monday, July 23, 2012

ktmb servis kempas baru-kelantan-kempas baru

assalamualaikum...

anakanda ni memang dah terbukti la tahan lasak ye. sebabnya dia dah mengalami peristiwa dan pengalaman yang mengalahkan naik roller coaster. banyak drama juga la ekpedisi kali ni. macam biasa kalau nak balik kelantan mesti akan ada drama sikit sebanyak. drama kali ni pasal tiket keretapi. kami decide nak beli tiket yang ada katil tu. sehari dua sebelum gerak, dah cek online. ingat nak try beli online tapi kena guna credit card which we don't have. cek online tu pun, katil tingkat bawah semua da sold out. alamak, tak kan mak buyung ni nak panjat-panjat pulak. tak kuasa mak. then en.s ke stesen kempas baru untuk beli tiket. tapi pekerja tu cakap kalau nak beli yang ada tempat tidur, kena beli lepas pukul 2 petang hari mahu berlepas. tak logik gila. ada online tapi kalu nak beli offline dekat kauter, tak boleh pula kena ada masa yang tertentu. cuba bayangkan kalau kita pergi pada masa yang ditetapkan tu, tiket dah habis. how? nak kena reschedule everything semua. tak mesra pelanggan langsung. and kenapa kena beli lepas pukul 2 sedangkan tiket yang coach lain boleh beli bila-bila masa pun. tak faham la sistem ktmb ni. dan kenapa kena ada credit card sahaja tak boleh guna debit kad. menyusahkan orang je. balik pada cerita en.s ke stesen tu, dia pergi untuk book sahaja. pekerja kaunter tu bagi jaminan kat dia yang dia akan tolong usahakan untuk dapatkan tempat tidur bawah untuk kami sebab en.s cakap saya mengandung. yang jaminan tu pun dia cuma bagi kertas biasa je. tulis info tiket dan kat belakang tu dia cop dan bagi nombor telefon dia. alhamdulillah, esoknya masa en.s nak collect tiket, dapat tempat tidur bawah dan tak ada masalah.

coach ADNS
coach ADNS ni selari dengan pergerakan keretapi. tingkat atas murah sikit berbanding tingkat bawah. kami dapat tempat mengadap masing-masing. boleh main kenyit-kenyit mata. heh. setiap katil disediakan bantal dan selimut. tapi selimut yang nipis je la. warna putih. tempat berair-cond tapi terbuka.

bahagian hujung katil
pergi dengan perasaan tenang dan tak expect apa-apa. tetapi bila keretapi mula bergerak, mak ai, perutku yang boroi ni dah macam jelly da bila baring. gerak sana gerak sini. kiri kanan atas bawah. kesian anakanda tak dapat tidur. dalam perut pun dia bergerak-gerak je. kadang-kadang rasa dia gerak belah kiri kadang belah kanan. ke atas ke bawah pun dia gerak. masa tu mampu mengadu kat ibunda je la. ibunda pesan banyakkan istifar dan pesan kat anakanda tu jangan terkejut sangat sebab dalam keretapi nak balik kampung. kesian sangat dia tak selesa dan memang gerakan dalam gerabak tak selesa langsung. dengan kurang privasi sebab ada budak-budak berlari-lari dalam gerabak tu. saya ni memang pantang kalau ada budak-budak yang macam tu. ada penumpang yang buka radio kuat-kuat. ada yang bercakap kuat-kuat. haihhh fikir la orang lain sikit yang nak berehat ke ape ke. dah habis ikhtiar da nak selesakan si kecil ni. beg lv la kononnya tu diletak kat sebelah perut dengan harapan dapat minimumkan gerakan tapi hajat tak sampai. akhirnya tertidur dalam ketidakselesaan. esoknya bila sampai je kampung halaman, hampir seharian juga si kecil ni tidur tak bergerak aktif. risau juga. tapi alhamdulillah baby ok.

tiket untuk balik ke johor pula, kami beli online je sebab teringat ibunda ada credit card so minta belas ihsan pinjam duit dia dulu. tapi malangnya, coach ADNS da sold out semua. maka terpaksa beli yang coach ADNFB yang lebih mahal sikit. 

coach ADNFB
coach ni privasi sikit. gerabak pun yang last sekali. ada disediakan 2 bantal, selimut tebal, kipas dinding, tv, sinki, kerusi dan meja kecil. diberi pula air mineral 2 botol dan 2 biskut. selain tu ada cermin dan tempat sidai barang. ada sabun dan plastik muntah juga. coach ni lebih sesuai untuk family. kalau nak naik seorang, make sure la yang seorang saja dalam satu bilik. coach ni ialah bilik-bilik kecil tau. pintu pun berkunci. disebabkan kedudukan katil ni bertentangan dengan gerakan keretapi, maka tak ada macam gerakan semasa nak balik ke kelantan. jadi anak kecil dalam perut lebih selesa. tak banyak bergerak. saya tidur, dia pun tidur. nyenyak. bangun-bangun dah pukul 5.15 untuk bersahur. tak ada gangguan langsung kat sini. kami decide untuk tidur lepas tiket diperiksa tu yang best tak ada siapa yang bising dan ganggu.

kemudahan yang ada
dah dua kali berpengalaman naik keretapi. hasilnya: tak pernah suka. nasib baik sampai destinasi on time. kalau tak, lagi la mak buyung ni taubat nak naik keretapi lagi dah. dan nasib baik tempat tidur masa balik ke jb selesa. lepas dah beli tiket keretapi balik ke jb, tengok air asia, tiket lagi murah rupanya. pfffttt. eh tapi untuk sampai ke lcct saja la. dari kl ke jb kena cari alternatif lain pula. susah air asia tak ada direct flight jb-kb. air asia, bila boleh ada? maka saya akan jadi pelanggan setia nantinya.

2 hari sebelum puasa dapat puaskan nafsu makan durian kampung yang awesome! selagi boleh makan, family mertua yang dah sedia maklum saya ni hantu durian keep on serving me with durian. tapi masuk hari kedua, kami anak beranak dah tak mampu. 

alhamdulillah, anakanda dah ikut ibunda puasa untuk dua hari. setiap malam sebelum tidur dan masa nak bangun sahur, pesan kat dia kena puasa. dan kami berjaya! alhamdulillah tak mabuk walau rasa lapar sikit-sikit. jom teruskan untuk sebulan ye anakandaku sayang. i love u and proud of u, sayang.

[ link ktmb ]

Wednesday, September 14, 2011

kerja surirumah

tiba-tiba macam rajin je nak update selalu bulan september ni. padahal bukan ada apa-apa cerita menarik atau bermanfaat pun. haha. tapi saja je sebab masa terluang banyak sangat kot. sekarang ni rasa nak membebel sangat kat blog ni tapi macam tak ada idea sangat. tepek gambar je la.

sebelum

selepas

lepas update blog semalam, rasa macam ada banyak lagi masa terluang sebelum ke tempat kerja, maka dengan gigih gosok baju kerja en.s. untuk seminggu. lepas siap tu kelam kabut pula bersiap nak pergi kerja. nasib baik trafik baik dan sampai tepat pada masa. hehe. rekod masih belum tercalar sebab selalu datang awal.

cuba teka nak masak apa?

sejak duduk rumah sendiri ni, dan dah ada barang dapur yang hampir lengkap, rajin la juga memasak. tapi most of the time, masak bila en.s yang rajin. saya membantu je di dapur. sediakan barang itu barang ini. pinggan mangkuk mana yang nak guna, potong-potong, hiris-hiris, panaskan kuali. lepas tu en.s akan masuk bahan-bahan sebab saya tak pandai nak budget nak kena masuk apa, bila nak kena masuk. yang akan kacau-kacau, gaul-gaul, sepupu. lepas masak nasi, akan ada yang ceduk nasi. semua ada bahagian sendiri. tapi sebelum lauk dibenarkan dihidang, kata akhir dari saya. hahahaha. macam kuasa veto sikit. tugas saya ala-ala macam sou-chef la. hehe.

common dishes: tomyam and telur dadar

ni la kerja yang selalu buat di rumah. basuh baju 3 or 4 hari sekali tunggu baju penuh dalam laundry basket, sidai, lipat. lepas tu sapu rumah. lepas tu lap2 kat dapur. pastu bosan, online atau tengok dvd. itu saja. babai.

Tuesday, September 13, 2011

poster merdeka raya

assalamualaikum...

semalam cikgu kat rumah ni kelam kabut cari gambar/poster merdeka raya kat internet sebab hari ini kena submit pada committee untuk pertandingan mewarna merdeka raya sekolahnya pada hari rabu. maka cari punya cari terjumpa satu je contoh. bila nak copy paste, tak cantik pula sebab tak sharp. tu la cikgu, len kali prepare awal, boleh minta izin tuan punya gambar tu. maka, kami try and error la buat sendiri. "meh la ira tolong tapi kena belanja makan". hahaha.

saya yang tak berapa nak handal ni pun cari-cari la gambar dalam internet tu mana yang boleh guna. copy paste. maaflah kepada tuan punya gambar. tak sempat nak minta izin sebab hari ini cikgu tu kena submit dah. ikhlas je la ye beri izin tu moga-moga dapat pahala tolong anak bangsa. hehe. jadi, jadilah poster semalam tu macam ni.

poster merdeka raya pelajar tahun 2

boleh la ye dok? ini je la hiburan surirumah zaman sekarang. kalau da bosan tahap tak tahu nak buat apa, conteng-conteng je dekat paint. buat itu buat ini. setakat copy paste tu bolehla. kalau suruh masuk photoshop memang terkial lah. kan best kalau dulu ambil kos design-design. harap-harap ada hikmah yang besar saya dapat kerja lambat ni. kamu semua doakan yang terbaik untuk saya ya. nak kerja. tapi rezeki belum mari lagi. ada sikit tapi tak cukup. biasalah, manusia mana pernah cukup kan. tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. mungkin saya tak cukup duit tapi saya cukup kasih sayang dari ibunda ayahanda dan suami. itu lebih bermakna.

Friday, September 9, 2011

tukar favicon

jom buat lagi satu tutorial senang dan menarik la juga untuk di apply kat blog kamu semua. sebelum ni macam tak ada je kat dashboard blogger.

icon blogger di blog kawan
langkah-langkahnya
pergi ke dashboard.
ke design.
ke page element.


klik edit di tempat yang dibulatkan.
upload gambar icon yang anda inginkan.
siap.
*tepuk tangan*

Thursday, September 8, 2011

tukar icon blogger

apa icon blogger? tengok perbezaannya


langkah pertama.
saya buat dengan menggunakan paint saja. rekaan icon anda mestilah berbentuk segi empat sama dan berkapasiti kurang daripada 100Kb. simpan dalam format jpg atau png.
sediakan grafik atau image ikon seperti contoh di bawah. penuhi syarat tersebut. 


ikon pilihan saya. buat sendiri. yang simple saja.

langkah kedua.
pergi ke photobucket atau lain-lain image hosting service yang lazimnya anda gunakan. sekiranya anda ahli baru, daftar dulu. free. kemudian log in seperti biasa dan upload gambar ikon yang ingin anda gunakan.

(i)
sign in
(ii)
upload
(iii)
klik gambar icon dan skrol ke bawah. klik choose action dan generate link codes for selected
(iv)
copy direct link codes. klik saja di kotak tersebut dan link akan dicopy secara automatik
langkah ketiga.
pergi ke dashboard blogger anda.
ke design.
ke edit HTML.
klik pada expand widget templates
cari command di bawah dan tambahkan command yang diboldkan


tukar put the direct URL of your image here kepada apa yang anda copy di langkah kedua (iv).

langkah keempat.
preview.
save kalau jadi. 
tepuk tangan jika berhasil.
jika tidak, pergi sini untuk rujukan.

| inilah tutorial yang gigih buat semalam tapi tak jadi ;(. hari ni gigih lagi |

Sunday, July 24, 2011

harry potter and the deathly hallows part 2


dari hari pertama harry potter and the deathly hallows part 2 keluar wayang, rasa nak tengok tu dah membuak. memang tak pernah miss tengok cerita ni. pernah sampai tengok sorangsorang sebab en.s sibuk manjang dan member yang lain tak minat cerita ni. hmmphh. jadi tengok je la sendiri. best juga. yang part 1 tak berapa suka sebab dumbledore mati kan. siapa yang suka tapi yang part 2 ni memang terbaik untuk mengakhiri sequel hp ni. kami bertiga masuk *pergi dengan sepupu/housemate* pukul 1010pm lepas makan tomyam buatan sendiri di rumah. sepanjang tengok tu, tak senang duduk. bukan sebab aksi cerita tu atau apa tapi sebab kesejukan. gila sejuk kot. en.s da pakai sweater da dan saya pun da bawa pashmina sendiri. tapi tu semua tak membantu. gila la bukak aircond sesejuk tu untuk masa macam tu. keluar je panggung, masing-masing teruja. berbaloi la tengok hp last ni. aksi cukup rasa semua. tak la macam transformers yang da jatuh bangun kena hempas pulas tergolek dalam bangunan yang nak runtuh tu, baju heroin siap cantik je lagi warna putih bersih macam baru keluar dari kedai lepas beli. makeup pun tak tercalar dengan tak de luka-luka lagi. gila hebat heroin baru transformers tu. tapi dengan cerita hp ni, tak la macam tu dan tak la perfect sangat tapi nampak la realnya tu. jalan cerita pun kami tak sangka jadi macam tu. kreatif betulla si jk rowling tu. memang patut jadi bilionair. hebat. rasa sedih pun ada sebab da tak ada cerita yang saya tunggu setiap tahun. tapi firasat saya macam ada je lagi sequel sebab perasan macam keluarga malfoy tu tetiba je balik dulu masa si voldermort tu mati. mesti ada sebab kan. lagi satu sebab tongkat sulung je yng hp hapuskan tapi invinsible cloak dan resurrection stone pun masih ada lagi. mungkin yang ganti voldermort nanti ialah drako sebab drako kan memnag musuh dengan hp. barula ada lawan yang setanding dengan hp nanti. atau mungkin albus severus potter yang akan lawan dengan drako malfoy nanti. hahaha.

Monday, June 27, 2011

tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

[ ] sebenarnya maknanya lebih besar jika kau benar-benar mengerti ertinya...peringatan untuk diri sendiri juga...

Friday, June 17, 2011

kung fu panda 2

have you watch kungfu panda 2?i just watched it last wednesday kot with the super duper bestfriend,,,puan neglected satellite...why super duper?because she did not forget to call and invite me to watch movies when she's in johor bahru...hahaha...so we watched the 345pm show...just the two of us...two newlyweds...topics for discussion?married life...hehehe something new for us to venture together and i am lucky that i have a friend who have gone through the process before me...

back to the topic,,,i think it is less funny than the first one...and the laughing part does not continuous...but the watak for the peacock tu was brilliant...memang sesuai...what else eh?nothing much kot...had fun with bff...

oooohhh i'm so torn right now between husband and parents/grandparents...i know that tempat isteri di sisi suami tapi tapi tapi,,,haihhh guano seh...en.s geleng kepala masa saya tanya dia tentang ini...sangat berharap ada hikmah di sebalik semua ini...saya percaya pada ketentuan Ilahi tapi saya mungkin lambat untuk menyediakan diri untuk menerima dari segi mental dan emosi...dan sejak dari menerima berita tu,,,tiada apa yang saya fikir selain mereka...

i better stop before tears running down ;(

Tuesday, May 31, 2011

nur kasih the movie

semalam baru sempat nak pergi menonton filem yang tersebut...semalam pergi ke bp mall nak cari barang-barang sikit lepas tu terus ajak ibunda pergi menonton...lama dah tak tengok dengan ibunda...last tengok pun bertiga dengan en.s sekali tapi dah tak ingat cerita apa...memula survey show time dekat mbo square one tapi last-last ibunda ajak ke bp mall sebab dia nak basuh kereta sekali...tapi tak dapat pula sebab car wash tu kurang tenaga kerja...haih...

nasib baik ada show pukul 3.55pm,,,dapat la kitorang tengok sebab ibunda tak nak tengok yang lewat sangat...sekarang ni,,,bila masa lepas je pukul 5,,,macam wajib ke rumah mak untuk progres perkahwinan...samada berbincang atau rewang sikit-sikit...kalau sampai rumah mak lewat petang,,,takut terlepas apa-apa...ok la,,,nak cerita tentang filem ni...

source

secara keseluruhan,,,sangat berpuas hati dan sepanjang tayangan berjaya tahan air mata...tapi ada satu scene tu memang tahan sehabis baik lah...sebak gila...banyak scene yang boleh buat kita sebak dan sayu hati...especially scene remi ishak minta maaf kat mak dia masa mak dia bagi hadiah album kat dia...wow masa tu tak ternilainya rasa hubungan ibu dan anak...yang ibunda awal lagi dah keluar air mata...hehehehe...nasib baik dia bawa tisu...hehehe...peralihan scene *tak tahu term dia apa* saya suka macam ada kesinambungan walaupun tak berapa jelas macam nampak jubah hitam pastu tukar scene jadi orang lain pakai baju hitam *scene student adam lawat dia kat hospital*...lagi satu dia fokus kat dinding rumah masa siang pastu tetiba malam tuk scene yang lain pula...dan rasa macam percintaan adam dan nur mendalam sesangat dan terfikir mampukah saya menjadi sekuat nur nanti...betulkah kekuatan seorang isteri itu memang tak terbayang apa yang mampu dilakukan...dengan dugaan seberat itu...dengan mengandungnya,,,mencari adam kat padang pasir,,,berdepan dengan kemungkinan orang paling dicintai akan ditarik nyawa bila-bila masa...sedia ke saya ni nak menjadi isteri?fuhhhh doakan ye...

ketiadaan sarah dalam cerita ni rasanya lengkap sebab kalau ada dia,,,perasaan sedih sayu dan sebak tu mungkin tak meninggalkan kesan sangat sebab kita akan lebih tertumpu dengan perasaan geram pada karakter sarah tu...lakonan ilyas sangat best...karakter dia pun best...macam budak baik sangat dan sangat memahami dan prihatin dengan perasaan aidil...saya ingat aidil kahwin dengan nur lepas adam meninggal tapi macam tak je ;(

rajin pula nak update blog dalam masa 4 hari nak kahwin ni...nak hilangkan nerves ke?

Monday, May 30, 2011

mini seminar sains metafizik dr.azizan osman

dah lama tak tepek gambar dalam blog ni...jadi ambillah ni satu dua...hehe

tiket

panjang kan tajuk seminar ni...kalau nak tahu,,,ni seminar yang dibuat oleh team mate dr.azizan osman...yang kalau bergambar tu akan pose camni

kenal dah?

hari jumaat lepas,,,lepas je habis interview,,,saya terus berdesup balik sebab ada seminar ni pukul 8 malam...rasa macam tak sempat je nak datang on time sebab plan nak makan malam dulu...perut sejak dari masuk fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan uthm dah berkeroncong dah...lapar gila...nak kena ambil sepupu lagi sebab pergi berdua dengan dia...sampai di hotel lambat 5 minit kot...daftar dan cari tempat duduk,,,gedebak gedebuk acara mula dekat pukul 9 juga la...lambat kan...biasalah melayu...huhu...

mula-mula dia ajar macam mana nak cari nombor utama/teras untuk diri sendiri melalui perkiraan tarikh lahir...sebelum tu staf ibunda yang dah pergi seminar ni dah tolong kirakan nombor teras saya tapi bila saya kira sendiri dapat nombor lain pula...da siap dengar dan catit semua rahsia di sebalik nombor,,,bila cek jalan kira dengan staf ibunda tu *dia ada datang juga* rupanya jalan kerja saya salah...hahaha...patutla macam tak kena je dengan huraian yang diberi...

selain dari mencari nombor teras,,,kami juga diberi elemen diri yang bersangkutan dengan nombor teras tadi...maknanya kalau misalnya saya bernombor teras satu,,,maka elemen saya adalah besi...contoh ye...bukan yang sebenar...nombor teras tu ada 1-9 manakala elemen ada sampai 5 dan terbahagi kepada dua kategori...kemudian dia beri pula rahsia nombor kejayaan yang ada dalam jalan kira untuk mencari nombor teras tadi...setiap set nombor kejayaan pun ada makna yang tersembunyi...dan setiap orang ada nombor kejayaan,,,yang penting kita tahu potensi diri menerusi nombor itu dan asah diri ke jalan yang lebih baik untuk kita berjaya...

saya pasti mesti ada yang akan kata 'benda tahyul macam ni yang kau percaya?' haha ayat orang busuk hati la tu...fikir la secara positif...setiap apa yang berlaku dan setiap kejadian,,,Allah yang tahu apa di sebaliknya...kita diberi akal dan fikiran untuk memilih yang terbaik dan yang tidak terpesong dengan ajaran Allah...kalau rahsia ini boleh membantu kita berjaya,,,apa salahnya...lagipun kajian dah pun dibuat oleh yang pakar...yang penting dalam berusaha tu kita minta juga bantuan dari Allah,,,berdoa kepada Dia...kalau tak berdoa kat depan kaabah pun,,,kalau hati kita bersih dan ikhlas dengan niat yang baik serta bersungguh,,,insyaAllah Dia makbulkan...kan Dia juga yang suruh kita berusaha kan...doa beserta tawakal setelah berusaha...insyaAllah kejayaan untuk kita... ;))

cemburu saya dengan nombor teras en.s sebab nombor dia elok sangat...lebih elok dari saya tapi mestilah saya takkan dengki dengan kejayaan dia nanti,,,insyaAllah...en.s,,,jom sama-sama usaha dan selongkar kekuatan kejayaan masing-masing ya!nanti saya terangkan kat kamu masa kita honeymoon...hahahahaha

eh,,,lagi 5 hari je ni akan bergelar isteri orang tuk selamanya...tak tentu arah dibuatnya,,,macam-macam yang difikirnya...Ya Allah,,,biarkanlah fikiran yang positif je dalam minda aku....jauhkanlah unsur negatif baik dari segi fikiran mahupun orang...aminnnnnnn

lesen kereta dah mati!!

Thursday, May 19, 2011

blog bosan

bosan ek blog ni...rasa macam nak close je blog ni...banyak nak cerita dan share tapi lebih baik tutup mulut saja...banyak berita gembira juga dan peluang-peluang,,,alhamdulillah...begitu juga cerita duka...satu perkara yang saya belajar tentang diri saya yang saya tak suka dan susah nak kikis,,,saya PENDENDAM...pendendam yang cukup hebat...senang je hati nak terusik...haih...perlu belajar untuk menjadi lebih baik...doakan ya...oh dan kebelakangan ni saya tak suka dengar dua perkataan...

grow up please...hati,,,tolong menjadi lebih baik...tolong jadi macam hati ibunda please...kan darah sama,,,kenapa hati tak sama?darah lalu dalam hati kan?

p/s: en.s,,,jom syopping puas-puas naaaakkkk?miss u!

Sunday, May 15, 2011

geli yang sedap

ape bende yang geli tapi sedap ni?haaa...saya tak reti la nak buat cerita saspens jadi terus straight to the point je la eh...tadi pergi ke kedai gunting rambut...istilah saya kedai gunting rambut bukanlah saloon yang ramai amoi-amoi buat rambut kat shopping mall...seluruh penggayaan rambut adalah diserahkan kepada amoi,,,ermmm nyonya kot sebab tak lah muda sangat kedai-kedai yang saya pergi tu...belum pernah lagi pergi saloon yang betul-betul saloon lah...sebab buat apa nak cari tempat yang 'high class' sikit padahal kedai gunting rambut kat deret kedai ikan atau kedai gunting rambut kat arked parit sulong boleh buat hasil yang sama dengan harga yang jauh lebih murah...sebab akhirnya,,,rambut dipotong juga...jadi tadi pergi ke kedai gunting rambut dengan ibunda dan mak...dah berapa hari mak ajak sebab rambut dia dah panjang...tapi tadi baru sempat nak bawak...jadi alang-alang saya pun buatlah sekali sebab kat karpet hall depan tv da banyak rambut-rambut yang gugur yang panjang-panjang...dan dalam masa tunggu giliran tu,,,cakap kat ibunda,,,"bu,,,balik rumah nak basuh rambut lepas gunting tapi tak da air,,cane?" "suruhla dia cuci sekali...ibu pun nak buat jugak"...jadi,,,setelah sekian lama juga la saya cuci rambut lepas gunting rambut...paling tak suka...sebenarnya saya tak berapa nak suka gunting rambut sebab geli...geli bila die sembur air kat rambut,,,geli bila die main-main rambut pintal sini pintal sana,,,dan tadi paling geli lah!sebabnya bila dia syampu tu,,,geli bila tangan dia jalan-jalan kat kulit kepala,,,bila dia suak-suak rambut...eee...tapi ni bukan geli geleman sebab hygiene tapi sebab saya ni memang penggeli orangnya...even bila tangan bayi letak kat peha saya pun boleh rasa geli...kalau bayi tidur kat bahu pastu rasa nafas dia kat leher pun rasa...huhu...pastu tadi dah la geli nyonya tu buat masa syampu,,,masa nak basuh rambut pun geli bila air turun kat dahi macam air tu masuk satu-satu dalam liang roma perasaannya...bila dia bersihkan belakang telinga n kat leher,,,amboi sakit pinggang nak tahan geli dan yang paling tak tahan geli masa dia blow dry rambut...pehhhhhhhh paling tak tahan!tapi sedap! ;p

Wednesday, May 11, 2011

fast and furious 5

watched fast & furious 5 yesterday since i've been depressed since sunday...turned to bridezilla on sunday and it affected my mood for two days...plan to change to plan b was not approved by ibunda thus making me very very sad and i decided to get away from all the mess and watched a movie alone...energetic but i can't feel the energy totally as half of me were at some other place and thinking about that one particular thing involving that one stupid person...so stupid and annoying i can't even see his face!

back to the movie,,,all the actions are awesome!i can't believe any thief can pull that stunt out safely...gile tak gile tarik peti simpanan yang berat bertan-tan kat jalan?dengan dua kereta?boleh tak terbalik pula kereta tu kan...camne tah dia imbangkan inersia...huhu...so now,,,i'm waiting for nur kasih the movie pula ;)

Thursday, April 28, 2011

spa virgin

today,,,for the first time in my 25 years,,,i went to a spa to pamper myself...i might be to stressed out thus going to spa may be can reduce the stress level...my period has been with me for the whole 2 months...i once got this problem 10 years ago...went to the clinic to check with the doctor and find the root of my problem...did an abdomen scan too to see whether there are swollen in my womb...and alhamdullilah everything is okay...she said maybe i have an imbalance hormone...so back to the main point,,,at first i wanted to do a facial,,,sauna and lulur...the moment i arrived,,,the spa owner prepared the sauna room and then only to learn that i am in a condition where i can't do sauna and lulur...she said if i did when i am having my period,,,there will be risks...so we decided to just do facial today and come again next week for sauna and lulur...so my facial took about 2 hours...i felt a little uncomfortable...i should have gone to the toilet first before we start the job...all in all i am satisfied with the service and will be coming again there,,,surely...

an-nisaa beauty and wellness centre, no. 94, jalan maju timur 1, taman maju, batu pahat, johor. 019-7581916/07-4351916

Tuesday, April 19, 2011

limitless movie

have you heard of a movie LIMITLESS? i never heard of it,,,i think...i rarely see the advert on tv...at first,,,i wanted to watch rio with beloved en.s but then he seemed not interested with the movie of my choice...so we are giving limitless a chance without knowing what the movie is all about...when i asked the ticket assistant what the movie is all about,,,she simply said action movie...but what we were watching were more than what we expected...here is the poster

****/*****
i loveeeeeeeee it!i can't recall any previous movies that the lead actor starred in...regardless,,,i love him in the movie...for those who are contemplating to watch any movies,,,i recommend this movie...it is about a jobless man kot *because we were 5 minutes late and missed the earlier scenes* met with his ex wife brother by chance and were given a pill...a pill that change his life...and i wish i can have that pills which apparently can make one think clearer...in simple words,,,in his mind,,,after he took the pills,,,are like micheal scoffield's mind but better...some of the scenes were 'ooo,,,da agak da' but i enjoyed it...

i love watching movies with en.s...it feels like the world belongs to us only...and the most regretted movie watched with him was orang minyak...

*/*****
sebenarnya 1 bintang pun tak layak...scene orang minyak dah mati tapi masih bernafas...fauzi nawawi si suami lisdawati,,,tolonglah! *gaya meluat


Monday, April 4, 2011

lat kampung boy the musical

sangat entertaining...siapa yang rasa nak pergi tapi tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu,,,memang merugikan sebab hajat anda yang tak kesampaian tu...kalau yang memang tak berminat nak pergi memang tak rugi la sebab tak nak pergi pun kan...secara peribadi,,,saya sukakan lakonan lat junior...comel sangat terutama suara dia...dan mrs.hew...dan junaidah anak lat dan terutama sekali lakonan dan tarian cik sepupu k...ni kali kedua menonton hasil seni cik k...tahniah sebab dah berjaya melonjakkan dan meloloskan diri dalam arena teater ni...dengan produksi yang besar...bukan setakat produksi universiti semata...semoga karier cik k akan berkembang sekembang rambut cik k ye...hahahaha ;p by the way,,,saya suka rambut cik k masa cik k masuk untuk scene kat london tu...cantik sekali...

saya pergi berempat,,,dua pasangan...ingatkan keluarga cik k tak pergi tapi ada juga bersama...kami tak duduk sebaris tapi sekolum...sebab tiket macam goreng pisang panas jadi tak dapat nak duduk bersama...tak apa janji dapat sokong industri teater dengan beli tiket-tiket tersebut...arena teater sekarang dah makin maju kan....lebih baik tengok teater daripada tengok wayang hasil karya a. razak mohaideen...harap-harap dia tidak bercita-cita nak ceburi pengarahan teater...hahaha...

no shame... ;p



Tuesday, March 15, 2011

petua keluarkan selumbar

ibu jari kanan sakit berdenyut sebab aritu tolong mak tapi terkena selumbar...nanah da keluarkan semalam...atok tolong korek tapi selumbarnya masih di dalam...selumbarnya kat bawah kuku tu sebab macam susah sikit nak keluarkan...da mencuba petua orang dulu iaitu dengan menumbuk bawang putih lalu diletak di hujung kuku sahaya memakai inai di jari...shahadan pada mulanya hanya berdenyut biasa je...sebab dikata tak pa,,,tu bawang tu nak tarik selumbar tu la tu...konsepnya macam magnet tarik besi tu la kalau ada yang membayangkan...lepastu denyut makin kuat pulak jadi stop dulu la sekejap,,,nanti nak tidur balut lagi jari tu dengan bawang putih...alkisah,,,makin berdenyut hebat sehingga naik ke bahu...dah ceq tak boleh nak concentrate tidur...jadi pergi bilik air,,,bilas lama-lama bawah air...lepastu baru boleh tidur...hatta sehingga sekarang pun khidmat bawang putih tidak digunakan lagi...kesimpulannya tak tahula sebenarnya boleh berkesan ke tak konsep tu...kalau tak nak guna bawang putih,,,guna limau pun boleh kot...cuba la...kalau berjaya boleh share ilmu di sini kalau ada yang sudi...pergi cari selumbar dan buat ujikaji ye...ok bye...ada urusan perlu diselesaikan...sehingga ketemu lagi di alam maya ini ;)

Monday, February 21, 2011

hantu pelesit + gambarnya

pernah dengar tentang hantu pelesit?tau macam mana rupa dia?ni nak cerita pagi tadi,,,eh,,,snanye dari malam tadi da perasan benda tu ada dalam rumah mak...sekarang ni setiap malam saya akan tidur dengan mak memandangkan saya je yang fleksibel dari segi tiada kekangan waktu untuk bekerja...redha dan suka...jadi pagi tadi abang sepupu masuk dalam bilik mak dan tunjuk kat mak seekor serangga warna hijau...macam belalang tapi mak dan abang sepupu cakap warna belalang tak macam tu...jadi mak beritahu abang sepupu untuk ambil kain dan biarkan dia gigit hujung kain tu...bila da digigit,,,tarik kain tu...kalau kepala bercerai daripada badan,,,maknanya benda tu memang pelesit...dan,,,kepala benda tu memang tertanggal bila abang sepupu tarik kain yang dah digigit tu...kemudian mak cakap,,,ludah dan buang kat luar...

Pelesit is a Malay term for an inherited spirit or demon which serves a master. It is found in early Malay animism.
source:wikipedia

Wednesday, January 19, 2011

junior masterchef australia:teruja atau tercabar?



this is what i wanted to share since the first time i watched it in star world 711 kot...my friends in university used to tease me about the lack of my ability to cook...i am not a cook and i don't like to cook...they always make fun of it and hey,,,i don't mind...because i do what i like and i like what i do...rather than mixing all the stuff in the kitchen and ended up with haccchuuuummmm!,,,i think i better stay away from there...because when i sneeze,,,the food that ones preparing in the kitchen will contaminated with my bacteria...so,,,no...and i am not making this up...i think i am allergic to cooking...hahahaha boleh?when all the spices are mixed,,,my nose just can't handle it...but,,,someday,,,one fine day,,,i will learn how to cook simple dishes for my family...and i did cook with the help of en.s and i posted it here kan...*well done,,,arina*...

so back to the video,,,korang rasa teruja ke tercabar when these aiyt *eight* to ten years are good cook?junior masterchef kot title dia...i prefer baking than cooking ;)

Thursday, December 16, 2010

harry potter dan narnia



semalam telah menjalani satu pengalaman baru...tengok wayang...sorang-sorang...hahahahaha...tak pernah langsung pergi tengok sorang-sorang selama pandai menonton wayang...cerita pertama yang tengok kat wayang cerita sembilu kot...wakaka...sekarang ni panggung wayang tu pun da tak wujud lagi...semalam tengok cerita harry potter and the deathly hollowsi...ada satu scene tu hp dan hermione kat rumah nenek tua adik dumbledore yang tetibe adik dumbledore jadi ular tu...masa diorang da lawan-lawan ngan ular tu,,,ular tu cam da jatuh pastu tetibe muncul...gila terkejut masa tu...nasib baik orang sebelah pun terkejut gak dan perempuan gak sebaris tu...haha tapi gaya terkejut tu macam haram gak ar...emosi terlebih...tu je...hahaha...suka cerita kali ni daripada yang lepas...kenapa tengok sorang?sebabnya malas nak ajak sesiapa...masa memula keluar cerita ni ajak bff tapi tak jadi sebab ada yang tak minat pastu last-last tak jadi...tiap minggu yang en.s datang sepanjang tayangan,,,asyik tak jadi je...tapi dalam hati mesti tengok jugak tak kira apa berlaku tengok sorang pun sorang la macam kau tak pernah sorang-sorang...tu monolog dalam hati...oh tapi tak suka scene yang hp dan hermione tengah cam bogel nak jeleskan ron bila death eaters keluar dari loket yang diorang nak hancurkan...hocrux tu...tak suka sebab macam tak sesuai...hp kan cam cerita ala-ala kanak-kanak walaupun dorang da makin besar,,,tak payah nak sell sex ok...macam la tak cukup-cukup sex yang korang da jual kat filem-filem yang lain...

tak percaya tengok the chronicles of narnia the voyage of the dawn treader yang 3D lebih dulu dari harry potter sebab lebih minat hp dari narnia...tapi narnia kali ni pun best jugak...ada seorang sepupu yang muka macam lucy masa dia keciulp...sama...

dia ni lah yang sama tu...sapa tah nama malas nak google