Showing posts with label all work and no play. Show all posts
Showing posts with label all work and no play. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

fuhh fuhhh

assalamualaikum

wahhh lamanya tak menulis blog. post yang terakhir bulan september. sebulan sebelum anakandaku lahir. hari ni dia dah pun 5 bulan. cepatnya masa berlalu. saya pun dah mula bekerja. tapi setakat ni tak suka dengan kerja tapi perlu tabah. ada sesiapa yang ada jawatan kosong boleg offer? ni ambil masa kejap balik rumah sebab rindu kat anakanda tapi anakanda tidur pula. baru je nak gomol.

Monday, July 16, 2012

kuih raya 2012

assalamualaikum

lagi 7 hari kita dijangka akan menyambut Ramadan al Mubarak. tapi minggu ni pun dah rasa suasana bulan puasa tu. mungkin sebab rindu dengan ramadan kot. tahun ni tahun pertama tanpa mak. dulu masa mak ada, bulan puasa mesti ade menu bubur asyura. sedapnya. bubur sumsum. ahh sedapnya masakan mak. rindu! dan paling tak boleh lupa bila buat kuih bahulu dan dahlia. kenangan dengan mak dan seorang lagi my cousin.       beruntung sebab kitorang je cucu yang dapat peluang tu, hehehe. istimewa sangat. ;p

tahun ni sebab saya ni tak bekerja dan bergaji maka mencari alternatif untuk menjual kuih raya. mari lihat kesedapan yang terjamin di dalam gambar-gambar di bawah

mary lapis
rm20/50biji
recommended
vanilla chocolate
rm20/50biji
milky cashew
rm20/50biji
chocolate cashew
rm20/50biji
suji brunei
rm20/50biji
recommended
chocolate chip
rm20/50biji
chocolate crunchy
rm20/50biji
recommended

ada tujuh jenis kesemuanya. boleh order sehingga 1 ogos 2012. terima kasih.

Friday, November 4, 2011

four eleven twenty eleven

assalamualaikum

first thing first lah. dah lama tak buat birthday wish kat blog ni. dah lama juga tak update blog ni. bukan tiada modal nak bercerita tapi kekangan masa.

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi a
selamat hari jadi

selamat hari lahir kepada bestfriend n** a*** m* t*****. haha. ntah dia baca tak blog ni. selamat hari lahir moga panjang umurnya. selamat menjalani hari-hari mendatang dengan penuh ketakwaan.

hari ini saya bercuti paksa. huhu. kena paksa ganti dengan orang lain ahad ni. maka tak beraya lah saya raya haji ni. nanges. dah la keluarga mertua beraya di rumah johor. puan rumah pula kena bekerja. kasihan la en suami nanti kena uruskan seorang. tapi persiapan semua dah buat dah. makanan raya pun dah siap order awal-awal. hahaha. nak mengharap puan arina masak memang lambat lagi la. memula en.s cakap tak payah order, mereka boleh masak ramai-ramai. masalahnya kelengkapan kat dapur tu tak mencukupi. melampau je menantu pergi kerja balik-balik mertua da siapkan makanan. jadi langkah terbaik cara saya ialah order je la. ikut saranan ibunda dan mak cik. hari ni dah siapkan kerja rumah. tinggal tunggu lori datang angkut barang recycle je. bilik belakang da siap kemas untuk mereka letak barang-barang. bilik saya dah sapu. hall pun dah. dapur pun dah. luar pun dah. cermin tak payah nak lap. over je rasa. padahal malas campur tak cukup kelengkapan. bilik air pun dah scrub. tinggal bilik air belakang je bagi kat en.s selesaikan. dapur pun dah kemas. baju kerja en.s minggu depan pun dah siap gosok. ingatkan nak buat dessert esok tapi malam ni nak balik bp sebab takut ahad nanti tak sempat nak balik kejap.

oh, ahad nanti saya dijanjikan kerja sehingga ke jam 12 sahaja. maka tepat jam 12 jam saya bukan jam punch kad kat ofis tu. bos saya ialah mengelat. dia letak jadual start kerja 15 minit awal dan balik 15 minit lewat. maknanya kalau kerja sebenar mula pukul 7.00pagi, dia letak pukul 6.45pagi. balik sepatut pukul 3petang, dia letak kat jadual pukul 3.15. maka kalau menurut jam sendiri, 3.15 jam dia ialah 3.30 jam sebenar lah. anda kira lah berapa minit yang dia untung. har punya bos. lepas tu asyik nak mengelat pasal cuti je. jam bekerja pun dia mengelat. huhu. tapi saya minat dengan pekerjaan sekarang sebab saya pernah ada cita-cita seperti ini. tapi masalah utama sekarang ialah modal. terlalu besar. guano deh? sekarang baru rasa penat tu macam mana. hahahaha. keluarga menyokong tapi mereka macam 'awak ni kena buli tau tak' 'awak tengok dulu sebulan dua kalau dia buat awak macam ni lagi awak cabut la'. macam mana ye? tapi saya suka. tapi penat dan macam dipergunakan la. dah la cerita pasal ni.

majlis bertandang ke kelantan pun dah selesai minggu lepas. alhamdulillah. overwhelming sangat-sangat! saya tak sangka majlis sambut menantu untuk saya sampai macam tu. terharu sangat masa berarak tu. sebab pengalaman pergi majlis bertandang ke kelantan sebelum ni, biasa je. datang makan je. tapi yang saya ni, alhamdulillah sangat. saya tak berharap pun diberi layanan macam tu sebab saya sedar saya sendiri belum lagi menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertua saya. terima kasih kepada keluarga mertua yang bersusah payah sampai macam tu sekali. terima kasih juga kepada cik incognito dan rakan-rakan yang susah payah cari jalan ke rumah. hehehe. adventurous kan. haha. sebelum bertolak tu ada sikit drama kat rumah. hehe. tak palah, kenangan. tapi sayu dan berat hati sangat nak pergi sebab mak dan atuk tak pergi sekali. nasib baik sepupu bawa video recorder, boleh lah mak tengok kemudian. mak dah tengok dah pun. hehe.

majlis konvokesyen yang dinanti-nantikan pun dah selesai. dah tak ada majlis lagi dah untuk saya lepas ni. majlis pengkebumian je la kot pasni tapi tak tahulah bila pula kan. walaupun tak ramai yang pergi masa hari konvo saya macam konvo di perlis dulu, saya sangat happy sebab ada suami, ayahanda dan ibunda sahaja. dan tengok ayahanda happy masa pakaikan dia mortar board tu, dah syukur sangat-sangat! lepas ni nak cuba  juga buat phd. tiket untuk tetamu masuk dalam dewan ada dua je untuk ibu bapa tapi sebab en suami sorong ayahanda masuk dalam dewan, maka petugas tu bagi je sekali en.s masuk sekali. dapat la dia zoom ambil gambar masa saya kat atas tu.

Friday, September 23, 2011

keputusan ptd 2011

assalamualaikum.


ibunda: maknanya ptd bukan yang terbaik untuk awak
saya: kenapa?
ibunda: ibunda dah doa hari-hari kalau ptd yang terbaik untuk awak, bagi la rezeki awak kat situ. tapi ni tak dapat. maknanya bukan lah.
saya: habis tu apa yang terbaik?
ibunda: pensyarah kot atau yang awak interview hari tu la.

doakan lah saya ye. saya nak duit banyak-banyak. nak kaya. jadi, perlu ke apply lagi ptd ni?en.s, what say you?

Wednesday, September 21, 2011

another interview

went for an interview yesterday. different kind of interview from previous interviews i've attended. hoping it will turn out good as this will open new opportunities for me, and hopefully for my family too. it was held in hotel sri malaysia jb and started at 9am and ended at about 2pm. had two interviews with 2 different panels. during 2nd interview, we were ask to write an essay entitled 'siapa saya'. so who am i, really? it's for me to know and for you to find out. hahaha. ayat bajet ada yang nak tau ;p

waiting nervously to find out the results of ptd exam this friday

ok. bai. bosan dah

Tuesday, August 16, 2011

kerja oh kerja

sungguh tak produktif la blog ni zaman sekarang. dahulu bukan main lagi laju je nak menaip kat sini. ni baru balik dari teman en suami ke interview yang entah ke berapa di pasir gudang. tak suka environment kat sana sebab tu kan kawasan industri jadi bau-bauan macam-macam yang ada. cepat je pening kepala kalau terlebih bau bahan kimia ni. bukan pembawakan budak ye. ;p

semalam pergi tolong makcik yang rumahnya di hujung jalan membuat kuih raya. sukanya! sedap baunya! buat kuih blueberry cheesetart dan chocolate chips dan satu kuih terbaru apa-tah-canary. cam sedap je tapi tak sempat tengok hasil kuih yang terbaru tu sebab pukul 3.15 dah beredar nak ke tempat kerja. oh, cerita pasal tempat kerja tu, dah mula rasa tak bersemangat sebab 'attitude'. biasalah, kerenah orang kaya. huhu. insyaAllah kalau suatu hari nanti saya menjadi kaya, saya berdoa minta Allah jauhkan saya dari sikap orang-orang kaya yang saya kenal ataupun sikap orang-orang yang rasa dia kaya padahal miskin adab. buat apa kalau hidup tak sedar diri. kelak diri sendiri yang rugi.

pagi tadi pula ke hospital sultan ismail atau hospital pandan di tebrau. mak ke sana hari ni untuk pemeriksaan lanjut. mulanya doktor cakap perlu tinggal sehari tapi alhamdulillah, nampaknya semua baik-baik sahaja. kalau ada yang tidak pun, simpan sahaja supaya semoga semua yang baik-baik saja yang terjadi untuk mak. ibunda pun ikut juga tadi. terubat sikit rindu sebab sabtu dan ahad minggu lalu saya dan en suami tidak pulang ke batu pahat. rasa macam dah lama je tak balik.

aktiviti hari minggu? sangat tak best. hari sabtu duduk kat rumah sebab en.s kerja sampai petang. saya kemas rumah, basuh baju, lipat baju, layan movie vcd. almaklumlah, rumah orang tak ada tv. kena lah layan vcd je. hari ni baru nak pergi ambil tv yang direpair. harap-harap tak mahal sangat harganya dan dah elok. si tukang repair tu pula, sebelum repair bukan nak consult dengan kitorang dulu. dia main repair je. buatnya harga melambung tak mampu nak bayar, guano? baik beli baru je kan. hahaha. tapi masalahnya sampai ke hari ni gaji en.s TIDAK MASUK lagi. rasa macam nak saman rm6juta.

saya tak faham kenapa tak ada yang berminat nak ambil saya kerja. bukan saya tak apply ye dah beribu kot application tapi macam susah je nak lekat. atau memang takdir jadi surirumah saja. saya suka tapi en.s tidak ;(
kalau saya jadi surirumah, alamatnya tak dapatlah nak miliki vw beetle warna kuning idaman hati.

Tuesday, July 26, 2011

peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik 2011

assalamualaikum...

kali pertama mencuba menggunakan scheduled post. kalau berjaya, alhamdulillah boleh diteruskan untuk masa yang mendatang. kali ini nak bercerita tentang peperiksaan kemasukan khas pegawai tadbir dan diplomatik gred m41. sungguh panjang nama peperiksaan. panjang lagi akal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pada 16jun2011. huhu.

seksyen a : pengetahuan am
amboi amboi amboi. kata pengetahuan am tapi tak sangka pula pengetahuan am kali ni ialah pengetahuan tentang dasar penswastaan, dasar pensyarikatan, model ekonomi baru, sumber dan bukan sumber, dan nkra, antaranya. dan jangan pula kamu anggap dia akan tanya yang basic sahaja maka kamu akan menjadi seperti saya. terkelu menjawab soalan sebegitu rupa. jangan ingat dia tanya berapa dasar nkra. jangan ingat dia tanya apa itu apa-apa. tidak. tidak banyak. daripada 60 soalan yang akan anda jawab, mungkin dalam 1/4 yang soalan direct saja. tentang komputer juga ada ditanya. seperti dia beri satu nama dan tanya adakah itu adalah worm komputer atau virus atau apa tah lagi dua pilihan yang ada. maka pilihlah anda jalan kebenaran. akta-akta pun kena lah tahu. dasar-dasar terbaru yang perdana menteri isytihar perlu hafal secara detail. kalau tidak, menangis lah. kali ni punya, pada pendapat saya lebih susah daripada yang pertama dan kedua yang pernah saya ambil.

seksyen b : daya menyelesaikan masalah
ini ialah matematik punya seksyen. kebarangkalian, peratus dan juga masa adalah soalan lazim. ketiga-tiga kertas yang pernah saya duduki sebelum ni pun, topik tersebut memang ada. tapi yang kali ni saya rasa lebih mudah dari yang kedua yang dahulu. selain matematik, ada juga yang untuk menguji IQ. yang ada bentuk-bentuk lepas tu dia tanya bentuk apa yang sesuai selepas itu atau dia bagi aturan nombor dan cari yang sesuai selepasnya.

seksyen c : pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei
ada 20 soalan, 4 petikan. 2 petikan bahasa malaysia dan 2 petikan bahasa inggeris. petikan pertama tentang kepupusan penyu di malaysia. tapi agak susah juga la. terutama yang bahasa inggeris sebab petikan dia bukan guna bahasa inggeris yang tipikal. atau mungkin sebab saya dah lama tak terdedah dengan bacaan buku bahasa inggeris maka otak dah berkarat. soalan yang ditanya tak semestinya dapat dalam petikan. macam kena fikir untuk yang tersirat juga. perlu baca ulang kali dan fahamkan dengan bersungguh-sungguh. masa pula terhad. kena cepat fahamkan. faham?

seksyen d : esei bahasa melayu
ada tiga pilihan yang diberikan dan perlu menjawab hanya satu. panjang esei dalam 300-500 perkataan. kalau tulisan sederhana besar, cukuplah dalam semuka setengah saja. antara topik yang diberi ialah tentang pendermaan organ-langkah kesedaran untuk rakyat Malaysia tentang pendermaan organ. kemudian tentang sejauh mana kita bersetuju dengan penggunaan teknolgi nuklear di Malaysia bagi menggantikan sumber tenaga yang semakin habis. pilihan terakhir ialah tentang cara menangani perang kalau tak silap. tak ingat sebab saya tak jawab soalan yang ketiga tu. buatlah karangan ikut suka hati dan idea pada masa tu. berharap isi yang diberi cukup memberangsangkan.

seksyen e : esei bahasa inggeris
ni pun 3 pilih 1. tapi cuma perlu buat dalam 200-300 perkataan saja. topik yang diutarakan ialah how new development affects malaysia, public innovations and reforms dan importance of recycling. tapi yang tepat tak ingat la ayat dia. yang ni siapa yang dah siap boleh terus balik tapi hanya boleh keluar 10 minit sebelum masa sebenar berakhir.

boleh tolong doakan saya supaya dapat mara ke pusingan kedua pula. hehe. semalam *isnin 25julai2011* dapat panggilan interview di yamouchi (malaysia) sdn. bhd. di senai. doakan dapat ya. yang ni akan cerita kemudian. oh, minggu ni dah nak puasa kan. selamat berpuasa semua umat islam. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kalian. saya tau saya punya lebih bermakna sebab berpuasa sebagai isteri orang untuk pertama kalinya. semoga lebih banyak pahala yang diperoleh untuk cover segala dosa yang lalu.

Saturday, July 23, 2011

sesi 2, prog integrasi plkn, kem sembrong

assalamualaikum...

lama sungguh tak berbicara dalam blog ni. kekadang rindu nak coret itu ini tapi lebihnya ada penyakit 'm'. tapi ni macam ada semangat baru. mungkin sebab baru balik dari plkn. hehe. semangat wira dan wirawati harapan bangsa tu. teringat masa dulu-dulu. selama 5 hari saya bertugas sebagai penceramah jemputan program integrasi program latihan khidmat negara di kem sembrong, kluang. di sana saya dipanggil cikgu. kena selesaikan tiga modul dalam masa 5 hari iaitu kebudayaan, keagamaan dan peranan lelaki dan perempuan. kan sebelum ni ada cakap yang program ni ditangguhkan tapi rasanya macam belum lagi beritahu yang saya ditawarkan lagi untuk menjadi penceramah jemputan ni. saya terima sebab masa tu dah lepas majlis perkahwinan dan pastinya, duit sangat diperlukan.

hari pertama sampai, tak rasa berdebar pun tak macam yang selalunya yang akan saya rasa. saya ditugaskan menjaga pelatih kumpulan 3 yang terdiri daripada pelatih kompeni alpha dan sebahagian kecil dari kompeni bravo. tanggapan pertama: "boleh kot, diorang ni macam ok je." masa mula-mula cuma memperkenalkan diri dan lantik ajk kelas. ada ketua, penolong, setiausaha, bendahari dan kastam. alhamdulillah, tak perlu ambil masa yang lama dan yang paling penting, tak kekok. mereka cadangkan nama dan sukarela saja. kelas pun aktif bersuara dan yang bagusnya, mereka buatkan saya rasa seolah saya dah lama mengenali mereka. boleh pula saya cepat mesra dan hafal banyak juga nama. sesuatu yang jarang berlaku. hahaha. alat bantuan mengajar sampai lambat ke kelas menyebabkan saya tak boleh nak mulakan aktiviti dengan penggunaan kertas mahjong kerana semasa latihan kursus trainer on train perkara itu sangat diutamakan. tambahan lagi, hari pertama lagi kami sudah dinilai oleh pihak kem, pihak jlkn dan juga pihak starza corp. terkelu pun ada tapi tugas perlu berjalan dengan biasa. kebanyakan masa saya dinilai, pelatih sedang selesaikan aktiviti berkumpulan dan menyebabkan saya kurang bercakap. wakil dari pihak starza beri komen "tak banyak pun tampal-tampal" dan mencemik. hello encik, saya baru mula latihan 3 dan mahjong dapat lambat dan kami sedang buat persiapan untuk lakonan janganlah nak mencemik pula orang da beritahu hal sebenar. wekk.

hari pertama kami buat lakonan tentang bahasa. mereka perlu melakonkan situasi yang mempunyai penggunaan pelbagai bahasa mahupun dialek di malaysia. dan hasil pertama, sungguh di luar jangkaan saya. mereka memberi lebih daripada apa yang saya harapkan. bangga siot. kelakar pun ada. memang banyak yang kelakarnya. hahaha. kemudian sebelum kelas berehat panjang untuk sembahyang zuhur dan makan tengahari, saya bahagikan tugas untuk mereka sediakan bahan-bahan yang mereka rasakan perlu. setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat presentation tentang berlainan topik. satu kumpulan akan present pakaian tradisional, tarian tradisional, seni persembahan, alat muzik dan seni mempertahankan diri. ada kumpulan yang buat baju melayu guna surat khabar. cantik pula tu siap dengan tanjak dan keris. guna selimut untuk buat tarian singa dan wira melayu yang menarikannya. tugas mereka: buat dalam kertas mahjong dan buat satu persembahan tentang topik tersebut. kemudian sebelum kelas berakhir, topik terakhir ialah permainan tradisional. masa yang buat mereka paling aktif. sambutan dari pelatih sangat menggalakkan. mereka semua eh tak semua sebab biasalah ada yang malas-ah-nak-layan-benda-macam-ni punya attitude. ada juga yang tidur!cis!

hari kedua pula kita mulakan dengan topik makanan memang semangat la budak-budak tu. masuk je kelas, ada pula wirawati yang bawa kek dan cempedak goreng kot dari cikgu mereka yang lain. jadi ada la juga modal nak mulakan kelas. hahaha. tugas mereka hari ni, saya suruh mereka masak. dalam kertas mahjong. hahahaha boleh? mestila pelatih plkn hebat kot *termasuk yang dari first batch. ehem!*. malam semalamnya saya dah sediakan menu masakan untuk mereka masak. nasib baik berulang dari bp-kluang, bolehlah cari material yang lain sikit untuk mereka. tugasnya mereka cuma perlu lukis semula bahan-bahan mentah dari resipi yang saya dah sediakan. senang je. selain tu, mereka kena buat rancangan masakan mereka dan terangkan tentang masakan mereka tu. dan, saya tak sangka mereka rajin siap warnakan lagi bahan mentah yang mereka lukis tu. saya dapat idea nak suruh mereka lukis sebab ada seorang wira ni masa semalam dia macam tak participate sangat dan saya dapat tau yang dia suka melukis, jadi memang tepat sekali saya suruh buat tugas tu sebab memang nampak kesungguhan dia. tak de la dia tidur lagi dalam kelas. hahaha. misi berjaya. sesi petang pula buat lakonan lagi. kali ni lagi best sebab topik adat resam. satu kumpulan buat adat resam perkahwinan, kelahiran, kematian dan berkhatan. lawak sangat lakonan adat resam kelahiran kaum india. dan susunan persembahan, perkahwinan, kelahiran, berkhatan dan kematian. macam ikut susunan juga la walaupun tak sengaja terassign mereka buat macam tu. dan untuk lakonan ni, saya tak sangka wira cina yang senyap je duduk tepi je tapi bila dapat peranan jadi 'mangsa' sunat, siap menjerit-jerit lagi. seronok tengok.

hari rabu pula pagi tu buat kesimpulan dan rumusan tentang topik-topik semalam dan buat dalam kertas mahjong sikit kot, tak ingat sangat. kemudian buat upacara rumah terbuka perayaan kaum yang mereka sendiri pilih. ada kumpulan yang dengan kreatif, buat lagu raya baru. sebenarnya tukar lirik je dari lagu raya kumpulan senario. tapi, still, dalam masa yang saya beri untuk mereka buat persiapan, mereka lakukan dengan baik sekali. dan bila diajak menyanyi bersama, semua pun nyanyi. ooo, suka nyanyi rupanya. pagi tu sebelum mulakan kelas, saya ugut mereka dengan satu janji dan satu syarat. saya cakap kalau pelatih semua beri kerjasama paling baik hari ini, tak da yang buat kerja lain, tak da yang tidur, semua terlibat dalam kerja kumpulan, saya janji petang ni, dua jam awak akan diberi peluang untuk main lagi. sambung topik permainan tradisional semalam. tu yang bila buat hari terbuka, semua bersungguh. hehe. tapi bila kami jurulatih berbincang masa tea break, kami akan tukar-tukar kelas untuk 10minit pertama selepas rehat panjang. dan kami perlu bawakan watak cikgu garang. saya masuk kelas kumpulan 1. tegas gila kot. masuk-masuk beritahu nama sikit saya akan ambil alih kelas sampai jumaat la apa la auta sikit, lepas tu terus mula topik kematian. sebab kelas tu belum cover lagi. kelas saya mengelat sikit sebab cikgu tersalah tengok jadual. minta pendapat dari pelatih yang pernah ada pengalaman menyaksikan adat kematian. sekali wirawati tu pengalaman dia masa kematian ayah dia. alamak masa tu rasa bersalah gila babs punya takut dia nangis tak boleh handle la apa la. tapi ok. lepastu panggil wira kaum cina dia tak bagi respon langsung. dia cakap saya tak tau cikgu. saya cakap baca buku dan beritahu kami. dia jawab lagi saya tak tau cikgu. masa ni da rasa cepatlah 10 minit nak balik kelas tercinta k3. bukan tu je, bila saya ugut nak tolak markah kompeni sebab pelatih cina tadi tak bagi kerjasama, ada yang menjawab potonglah cikgu. pehhhhhhhhhh!!!!!!!!! masa tu teringat kat kelas sendiri. walaupun ada yang buat kerja sendiri tidur dan lain-lain, tapi saya tak pernah dapat layanan macam tu. semua bagi respon, tak de yang buat muka, tak da yang kurang ajar. masa tu rasa bersyukur sangat dapat kelas k3.

bila cikgu yang ganti kelas saya tu datang ke k1 dan beritahu tugas dia dah selesai dan kami gelak-gelak sikit sebab dia cerita apa yang dia buat, saya dah tak tahan gelak da nak menuju ke kelas sendiri. tapi sebelum tu saya kena lalu kelas sendiri untuk ke k4 untuk panggil cikgu lain pula. masa tu, tengok dari anak mata, kelas sendiri senyap aja. ada juga pelatih yang jenguk-jenguk dan tengok-tengok saya. tapi masa tu kena kekalkan emosi garang tu. tapi bila masuk je kelas tu dan letak barang di meja, meraka semua nyanyi lagu maafkan kami. cerita pendekar bujang lapuk tu. masa tu memang da senyum juga sikit-sikit tapi harap-harap mereka tak perasan. hahahahaha. masuk kelas, mereka semua duduk tersusun dalam kumpulan, membentuk bulatan. sebelum ni, kami amalkan relaks je asalkan mereka dalam kumpulan dan selesa. sebab dah lah panas, nak tegas sangat tentang kedudukan macam tak best pula. saya beri mereka kebebasan nak duduk macam mana, nak meniarap ke apa ke janji jangan sampai tetidur. kelas pun bersih je. senyap je. lepas je nyanyi, saya tanya kenapa pula awak nak minta maaf ni. apa salah yang awak buat ni. mereka jawab sebab tidur, ada yang buat kerja lain apa semua. lepas tu siap ada yang tanya cikgu marah eh?cikgu merajuk ke?cikgu nangis?cikgu sakit ke?kalau cikgu tak sihat, cikgu pergilah medic. choiiiii korang ni buat saya tersentuh sangat. saya tak sangka respons kamu semua begitu. terharu sangat-sangat. rasa bersalah sebab buat kamu macam tu tapi terpaksa main peranan sampai jumaat sebagai langkah berjaga-jaga. kalau kamu buat perangai yang saya tak berkenan, saya ugut je cikgu garang tu akan ambil alih nanti. hahahahaha ;p

hari khamis dah macam mati kutu tak tahu nak buat aktiviti apa yang boleh tarik perhatian pelatih supaya mereka tak bosan. hari khamis dah mula modul baru peranan lelaki dan perempuan. kalau ikut dalam silibus, aktiviti macam blurghhhh memang tidur la budak-budak tu tambah pula da masuk hari keempat. jadi pagi tu saya bagi tugas mereka untuk lukis diri mereka sendiri dan diri mereka dalam jantina yang berlainan. kalau yang jantina bertentangan tu, saya suruh mereka lukis apa yang mereka rasa mereka akan jadi sekiranya mereka ialah berlainan jantina kemudian saya terangkan la yang sebenarnya mereka boleh jadi apa saja yang mereka ingin walaupun yang mereka nak jadi tu lebih sesuai untuk kaum perempuan. lebih kurang la. apa yang kita suruh mereka buat kena ada rasional dan kena terangkan. lepas tea break buat debat sifat dan sikap jantina masing-masing. dalam modul ni mereka dibahagikan kumpulan ikut jantina. dan, dalam debat ni kena buat dalam berpantun. isi yang mereka nak utarakan kena dalam pantun tapi kalau nak bidas, boleh berpantun atau tak. masa ni pun kelakar sebab dengar macam-macam gaya dan ayat pantun. kelas ni memang selalu buat saya tergelak, tak rasa stres pun ajar. bila minta pendapat, mereka beri. bila saya macam blur, mereka pun tolong. petang tu pula, buat aktiviti nyanyian. wira lawan wirawati. nyanyi lagu yang ada kaitan dengan jantina. masa ni pun seronok. kesimpulannya memang seronoklah dengan mereka ni.

hasil kreatif dengan kertas mahjong dan sesi nyanyian last day

gila panjang post ni. ambik kau dah lama tak cerita, sekali keluar post baru berjela. tak pa, ni da last day punya cerita. pagi tu rasa berdebar. rasa sayangnya dah hari jumaat. rasa sekejapnya dengan mereka yang best ni. pagi tu saya cerita hal hari jumaat tu, minta maaf dan bagi ucapan sikit. lepas tu mereka buat laporan penilaian untuk pihak starza tentang keberkesanan modul-modul dan tentang jurulatih. masa tu baru tahu ada juga yang masih tak tahu nama saya dan eja pun salah. padahal first day lagi da warning da jangan salah nama saya. ada yang tulis arena syaira, arina syahira, arina syahirina. pulak dah. padahal hari-hari saya pakai name tag. kamu ni. hari jumaat tu lepas tea break saya buat rumusan besar tentang apa yang dah belajar 5 hari dan buat sikit debat tentang kelebihan lelaki berbanding wanita tapi wira mengalah la pula dengan wirawati. tak berapa nak menjadi pula debat hari ni. mungkin sebab kepala mereka pergi medic kot. kemudian dah habis debat ada masa lagi, mereka request nak main pisang goreng. so boleh la. janji topik semua dah habis cover dan rumusan pun dah buat. macam-macam perkataan keluar. spontan dan lawak. sampai cikgu pun terkena sekali ye tuan-tuan dan puan-puan.wirawati:  "sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" nyanyi tau ni baru ada feel. siapa tak tahu macam mana main pisang goreng, sila daftar masuk plkn. jadi student saya. cewah. lepas tu wira jawab: "sekarang rehat, sekarang rehat, sekarang rehat sekarang, rehat apa, rehat apa, rehat apa sekarang?" wirawati: "rehat sekarang, rehat sekarang, rehat sekarang, sekarang, sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" dan mereka nyanyi macam tu sampai saya tengok jam dan cakap ok masuk balik pukul 3. kurang hasam punya pelatih. petang tu pula, kami main lagi game tadi dan nyanyian dengan iringan gitar, bergambar dan  mereka buat sorakan saja. kemas-kemas kelas, dan balik. tapi sebelum tu, kena lagi, 'tepuk tepuk rehat pula'.

laporan kesalahan 'hari rabu' dan feedback pelatih terhadap cikgu

korang, korang. saya harap saya tak lupakan korang semua dan tak tahu akan dapat peluang macam ni lagi tak dengan pelatih yang sebest kamu semua. saya doakan kamu berjaya dan jangan lupakan mak bapak bila dah berjaya. terima kasih semua. ;) saya akan ingat kamu terutama yang banyak bercakap dalam kumpulan 3 dan 3 dan 5 khususnya, saya akan ingat, insyaAllah yang rupanya jiran saya di jb, yang tulis terbalik, yang pandai melukis, yang rajin menulis, yang boleh main gitar, yang tolong saya 5 minit lepas pelatih semua keluar.

Friday, July 8, 2011

job interview and exam

went for an interview last week and this week...last week's interview went on thursday and was held at city plaza,,,jb...and she asked me to go to city square office at 2pm for second interview...but i did not go as i am not interested in the job scope...if i am selected,,,i will be working for a singaporean company,,,selling a banking product...have to make a call and pujuk them to get a credit card or make a loan...so i asked ibunda and she did not approve...

so on next tuesday,,,i was call by a HR officer of a company to go for an interview at metropolis plaza in jln tebrau...on the first interview,,,i was asked basics question and at the evening,,,i was call to go for the 2nd interview the nest day...out of 15,,,5 were selected for the 2nd interview...the job was about sales and marketing...on second day,,,we were brought to the events venue,,,at the johor airport and was shown what they really do...and were given a task to complete in half an hour...we were asked to get five names...and i did get the names...however,,,after a brief description from boss that i need to travel not only in johor area but also to other states and will be going for a week,,,i am hesitating to do the job because i will be leaving mr husband...after discussing with en.s and listing out the pros and cons,,,i am not taking the job...

kenapa la susah sangat nak lekat kerja yang bukan dalam bidang sales and marketing?i just not interested...and on 16july,,,i will be sitting for my third time ptd exam at kolej islam ypj,,,johor...pray for my success please...i know i will berdoa gila-gila disamping buat persiapan untuk itu...

Friday, June 24, 2011

first impression

today will be my fourth day going to work...i usually have nerves and butterflies in the tummy for every new thing i'm gonna do...but,,,luckily i felt comfortable...at ease...maybe i have a good intention,,,not for myself but also for my husband...so i went for it and not having difficult time finding the correct venue...at first,,,i'm stiff...too formal i think...but then when they are ok with me,,,i felt like i have been knowing them before...one thing about me is that i seldom get easy with someone i just met...i restrict myself for certain reasons to new people i met...but they really made me feel good...and not because they are rich...

and later on the evening after i finished the session and on my way back,,,my boss called...initially,,,i am not working on tuesday but she said that i must come to work on tuesday because they like me...hahahaha...that really made my day...then,,,on wednesday she called again and said the other also like me...i can't believe i made two good first impressions...hehehe...alhamdulillah... ;))

Monday, June 20, 2011

kerenah orang kaya

arini akan memulakan hari pertama bekerjaya...kerjaya ke?cubaan la untuk bekerjaya dan meringankan beban en.s...rasa macam looser sangat sebab tak dapat -dapat kerja lagi...wahai en.tuah,,,kenapa tak bersama saya dalam hal ini?apa hikmah yang tersembunyi ni?hikmah menjadi surirumah tangga sepenuh masa ke?pening la en.s kalau macam ni...tak apa lah,,,insyaAllah saya akan bertahan untuk pekerjaan ini...cabarannya : berdepan dengan kerenah orang kaya...hehehe...harap tak seteruk mana... ;))

[ ] semalam berjumpa dengan bff...berjanji untuk menjamu macaroons buatan makcik tapi terlupa nak bawa sebab pengantin pergi melawat rumah makcik pakcik,,,sehingga terlupa nak bawa macaroons tu terus berjumpa dengan mereka lepas sesi melawat...tapi da minta maaf pada mereka dan nak bagi pagi ni tapi terlupa lagi!!!haih kenapa dengan penyakit cepat lupa ni ha?pergi jauh-jauh boleh?terpaksa minta tolong ibunda...huhu...korang,,,sori ye...

[[ ]] sesiapa nak makanan sedap atau menghadiri kelas cokelat,,,roti,,,macaroons atau kek di johor bahru...mahukan catering yang terjamin sedap untuk majlis kecil-kecilan,,,boleh ke facebook makcik...

Saturday, May 28, 2011

interview tutor di uthm

semalam saya dah selamat menjalani interview jawatan tutor di uthm...dapat panggilan hari khamis lebih kurang jam sebelas...agak terkejut dan gabra...hari khamis tu saya plan nak fotostat sijil-sijil dan hantar sekali dengan resume ke uthm sendiri...tapi alhamdulillah,,,baru je niat,,,da dapat panggilan...mungkin rezeki kuat kali ni...mari doakan dengan ikhlas bersama...tak ikhlas,,,tak payah doa...membodohkan diri sendiri saja...petang tu dalam pukul empat ada lagi pihak uthm yang telefon tanya ada tak yang beritahu tentang interview tutor tu...esok paginya,,,ada lagi yang telefon tanya saya jadi tak pergi interview tutor hari isnin ni...aik,,,isnin pulak ke?da bersiap sedia ni...lagi pula kalau hari isnin baru nak ke interview tu,,,mau bising mak-mak...lagi seminggu nak kahwin,,,nak pergi interview la pula...baik pergi spa kan?haha...jadi hari khamis sibuk cari maklumat untuk menjawab nanti...dan bertanya juga pada yang dah ada pengalaman bertemuduga sebagai tutor di uthm sendiri...menurut dia,,,ada sesi micro teaching...alamak ai,,,dah rasa cuak satu badan,,,gabra dah ni...nak mengajar apa la...tak sempat nak prepare untuk tu dalam tempoh masa yang saya tahu tentang perkara ini...tak pa la,,,buat mana yang terdaya dengan terbaik...sepanjang hari khamis dan jumaat memang cuak yang amat...mungkin sebab mengharap sangat...

esoknya saya sampai ke blok fakulti kejuruteraan a4 dalam pukul 2.45 petang...masuk je dah ramai rupanya yang ada...dalam 12 orang macam tu...register dan tunggu...tunggu..dan tunggu...sampai giliran saya pukul 6.45petang!ada 3 panel dalam tu...dua orang lelaki dan seorang perempuan dan seorang lagi pembantu perempuan...semua ramah dan tersenyum je walaupun dah sangat lewat...antara soalan yang ditanya:

in english -
arina,,,tell us something about yourself and why do you apply for this job,,,why do you want to be a tutor
in what field do you think you will be teaching,,,what subject
if let say we put you in aeronautic department,,,do you think your qualifications suits the place and does it relevant to building an airplane wings?
tell me what your interest of what you have been studying?
tell me what you did on your master project?

alamak dah terlupa apa yang mereka tanya lagi...tapi last session da jadi bm session...oh,,,alhamdulillah tak ada micro teaching dan dia tak sempat nak tanya tentang isu semasa tapi calon-calon yang sebelum ni ditanya tentang isu semasa...dan dia tanya ada soalan untuk kami...dan saya tanya soalan yang ada seorang panel cakap 'bagus soalan awak'...hahahahaha...jadi kepada sekalian yang membaca,,,sila doakan saya dapat ya...jawapan dalam masa sebulan...isnin ni ada lagi 30 calon yang akan ditemuduga...doakan ya!terima kasih ;)

Wednesday, April 6, 2011

babbles

starting to having doubts about what i am doing for the past two weeks...i hope to make a career out of it but the execution is taking too long of my time...i see the vision of the company,,,i see the money,,, i see the opportunity but i can't see when it's coming...have been going to the office several times and all i did was listening to what the ceo talked about the concept...and he is talking the same thing over and over again...he lovesssss to talk and i have to stop him to go home to feed my father at 2.30pm...he started talking at 11am and talked talked talked...no pause,,,no work deligation...

saya pun malu nak lantik awak jadi pekerja saya sebab kelayakan-kelayakan yang awak semua ada...saya ni universiti pun tak masuk...saya nak staf dan pegawai saya jadi usahawan...

the thing is,,,if we are not starting this thing soon,,,how on earth can we be an entrepreneur?how can i make a loan if this thing isn't starting yet?it is good that you wanted to help malays but can we move faster?and in the first place,,,i wanted to find a job and work...so please,,,no more telling me what i quoted above...and please be punctual...each time i reached office,,,i have to wait an hour for everything to start...ape la!

Thursday, March 24, 2011

tangguh la pula

assalamualaikum...
lupa pula nak tulis kisah penceramah jemputan program integrasi plkn tu...hari tu dapat mesej dari pegawai bertugas,,,dia cakap sesi kali ni jabatan latihan khidmat negara tangguhkan program integrasi...sebabnya wallahualam...jadi minggu ni minggu terakhir untuk selesaikan tuntutan perjalanan...minggu lepas lagi dah pos dah...tangan je belum gatal-gatal lagi nak dapat duit..hehehe...sijil menjalani tot pun belum dapat lagi...dia cakap paling lewat pun minggu lepas dapat...tunggu dan lihat saja lah kan... ;)

Tuesday, March 22, 2011

assalamualaikum...

lama betul rasanya tak berblog...saya sekarang kena jaga dua rumah...kebanyakan masa siang saya di rumah atuk menjaga emak...bila lepas zohor baru pulang ke rumah beri makan kat ayah pula...petang sikit balik semula ke rumah atuk dan tidur sana...jadi masa yang sekejap kat rumah tu la nak tengok movies mana yang sempat kat hbo ke star movies ke max cinemax...kalau tak pun masa tu la nak stretch kan badan baring2 bermalas-malas atau main game it girl dan sorority girl,,,update facebook reply komen gambar ke ape ke...nak blog walk lagi...update blog tu kureng sikit sebab macam tak feel je kalau update tengah nak kejar masa...

nak cerita dari hari rabu lepas...hari rabu saya dapat panggilan untuk interview di bangunan guna sama batu pahat di pejabat tenaga kerja...kerja untuk pedoman setia sdn. bhd...interviewnya pun senang je tak ade tanya apa apa yang teknikal yang saya perlu perah otak tentang apa yang saya dah belajar dahulu...jawatan?pegawai pemasaran...lepas tu hari khamisnya saya dapt panggilan telefon saya perlu menghadiri kursus pengenalan untuk kerja tu dekat tmn. banang jaya pada hari sabtu di pejabat gamat emas sdn. bhd...masuk-masuk macam confuse pula apa sebenarnya yang saya perlu buat dan dengan company mana yang saya akan bekerja nanti sebab isi borang untuk pedoman setia tup tup kena datang ke ofis gamat emas la pulak...jadi dengar briefing semua,,,paling awal mula kerja awal april tapi sebelum tu ada lagi satu kursus...tak pa la yang penting boleh buat duit,,,ada kerja dan dekat dengan ibunda,,,ayah,,,mak dan atuk...mereka keutamaan saya...

hari ni pula saya dapat panggilan telefon dari ata industrial...rujuk sini...ada dua panggilan dari company ni...pertama dari seorang perempuan...telo dia bercakap macam india...dia cakap aritu ada apply post engineer kan,,,jadi nak panggil untuk interview kedua...dia pun tak tahu sebenarnya saya dah pun dapat interview pertama dulu sebab memula dia nak panggil untuk interview pertama tu...jadi tadi dia explain kalau untuk post engineer tu saya akan dapat basic 2.2k sebab walaupun ada master tapi saya tak da experience...typical kalau masuk company swasta...so redha je tapi ada elaun minyak dan telefon...tapi masalahnya masa interview aritu bukan tuk post engineer tapi asst.engineer...tak lama lepas tu saya dapat lagi panggilan dari orang yang interview saya hari tu...dia cakap saya dapat post tu dan nak tau bila saya boleh masuk kerja...saya cakap la awal april tapi pape pun nanti kena la bincang ngan ibunda dulu sebab banyak perkara yang saya kena fikirkan...alhamdulillah ni semua rezeki dari Dia...

tadi en.s pula mesej yang dia dapat panggilan kerja di batu pahat tapi masalahnya tu skim graduan dan ari jumaat ni kena briefing dulu...dan ari jumaat ni dia nak bercuti ke pulau dengan kawan-kawan pula...dan lagi satu ialah kena training dulu 4 bulan dan basic 1.7k je...camne?

Monday, March 14, 2011

interview post engineer berdua lebih baik

assalamualaikum
arini mood menulis ada baik sikit...hari minggu saya sungguh terisi bersama en.s...hehehe...dia sepatutnya tidak datang ke bp lagi bulan ni atas tujuan berjimat tapi alkisahnya minggu lepas saya ada submit resume masa karnival kejaya kat high school in conjuction with aerospace exhibition...tak lama lepas tu saya dipanggil interview di ata industrial (m) sdn. bhd...en.s pun dapat panggilan yang sama maka kami pun betolak ke johor bahru pada sabtu pagi...pukul 5 lebih da bangun...sebelum tu da prepare la sikit-sikit sebab company ni ada buat injection moulding...so kena refresh la semula sebab memang antara main thing dalam manufacturing ialah tahu injection moulding...agaknya la kot sebab masa kat unimap dulu macam tu perasaannya...


dah exit kat kempas,,,kalau mengikut peta dari brochure yang diberi masa di high school tu,,,macam senang je...turun highway,,,lampu isyarat pertama belok kanan,,terus,,,jumpa lagi lampu isyarat yang pertama,,,belok kanan lagi...wah tak payah google map macam ni...sonang bai tu...sekali,,,sejam sesat oi...alkisah kalau ikut direction dalam map tu emmang patah balik masuk highway...ngok ek...tak boleh harap tol map tu...jadi saya pun call la company tu...dah la da lambat kan...sepatutnya interview pukul 8.30am dan en. s pukul 10.30am...sekali cik yang jawab tu pun tak boleh nak bagi direction sebab die pun unsure...hah sudah...berpusing-pusing la kitorang cari tempat...guna gps handphone saja...

dah sampai ke tmn. gembira tu,,,agak gembira la juga tapi salah pergi kilang pulak...banyak rupanya kilang dia dalam tu...kitorang patutnya pergi ke jln 23 tapi masuk kat jln 24...nak cari jln 23 tu pun dah macam apa je...simpang lepas jln 24 tu kalau ikut math,,,sebetulnya ialah jln 23 la kan...ikut logik pun macam tu la kan...tapinya jln 23 tu entah kat mana...jadi berhenti semula kat kilang first tadi dan tanya guard...banyak no pancaroba kan...tapi nasib baik interview sangat sempoi...oh lupa nak beritahu kitorang dipanggil untuk post engineer tapi masa interview tu encik tu cakap saya untuk post asst engineer sebab tak de pengalaman...saya masuk dulu sebelum en.s...jadi dalam hati,,,en.s dapat la kot post engineer tu tapi rupanya dia offer tuk asst engineer juga...kitorang tak kena tanya pape pun yang susah-susah...masuk2 je dia beritahu 3 pressure kat sana,,,gaji dan post...pastu saya da boleh keluar...en.s je kena cerita sikit pasal experience...interview paling sempoi kot yang pernah pergi...mungkin juga ni taktik mereka sebab mungkin dia da ada calon yang sesuai tapi panggil interview untuk cukupkan syarat je...siapa tahu sebab itu yang saya dan en.s perasan dan bila bincang dengan seseorang,,,dia pun macam bersetuju...en.s kata kalau dapat,,,dengan gaji yang macam tu,,,dia tetap dengan kerja sekarang...saya,,,ermmmmm akan fikirkan...huhu...


lepastu jalan-jalan kat jusco tebrau mencari sesuatu untuk sesuatu...dan singgah makan di lerk thai sebab en.s nak makan tomyam...dia mengidam nak tomyam secret recipe tapi tak tahan sangat dengan pedasnya tu..jadi kitorang masuk dan try kat sini...tomyam yang chef dia recommend...pehhhhhhhhh sedap gila!

Wednesday, February 23, 2011

plkn integration programme

in case you are wondering *wonder ke*,,,i am at home and not attending the program integrasi plkn 21-25february...not because of mak's condition but simply because jabatan latihan khidmat negara postponed it...three days before i took off to kluang i received a message from the person in charge

salam & selamat sejahtera. Pihak starza amat menyesali utk memberitahu semua JL p.integrasi bhw JLKN terpaksa menundakan program ini ke tarikh lain atas sebab2 tertentu. Tarikh baru program akan diberitahu secepat mungkin. Harap maklum



i was already preparing myself,,,reading the modules to be taught to the wira and wirawati when i got the message...yesterday,,,i have done 2 sets of batu seremban as props and prepared 2 sets of ceper also...hehehe...semangat ni even though i don't know when will the new date is scheduled...mungkin ada hikmah kenapa ditunda...saya boleh jaga mak! ;)) tapi duit masuk lambat la...ohhhh ;(

Wednesday, February 2, 2011

job opportunity as a tuition teacher

last saturday,,,before i went to kem plkn sembrong,,,i was attending an interview...it was held near my house...about 5 minutes from my crib...i was invited via sms from a tuition owner to attend an interview to be a tuition teacher and that i have to get ready with my teaching material...so the night before,,,me and en.s did some revision and there were questions that we weren't sure how to solve...hahahahaha

so that day,,,i was the last person to arrive...the sms said that the interview will be held from 9-12noon so i got there at about half past ten...all of us,,,five of us were joined in a group and the owner of the tuition center taught us how to calculate our birth date and the meaning behind it...then,,,we were given approximately 8-10mis to teach...i chose to teach math form 4...

rambut macam zaman bayi ;p


results will be known next week...i want the job...i want money...and i am not really ready to get a career this year...next year,,,maybe...this year i just want to teman ayah while ibunda goes to work...

Tuesday, February 1, 2011

sneak preview: kem plkn sembrong, kluang

source


i took advantage of the time i had with en.s to make him accompany me to make a short trip to kem plkn sembrong,,,kluang...the place where i supposed to be placed as a penceramah jemputan program integrasi plkn...ibunda said if the road to the camp is ok,,,then i am allowed to be back home everyday or else i have to stay there for five days...i think i am ok if stay there too because i miss the environment of being away from parents for awhile...i miss those pkn days of mine and also days in unimap...rasa macam masih bersekolah bila kena tinggal tempat macam tu...that what i miss the most...we started the journey after lunch...so here are the photos...mind you,,,these are only the view from outside...

first kena lalu kebun dan ladang kelapa sawit

jalan tak bertar ada ladang dan banyak pokok kopi

menuju puncak! ;D

yeahhh

kem betul-betul sebelah empangan dan tu tempat pelatih main kayak

woot woot!

enjoice!

Wednesday, January 26, 2011

program integrasi bagi kumpulan 1, siri 8, tahun 2011 program latihan khidmat negara

pssstt...eh assalamualaikum...

memula ingat nak diam-diam je tapi bila fikir balik,,,ala yang dulu-dulu tu cakap je kan walaupun masanya lama lagi...jadi tulis je la...untung-untung trafik boleh naik sebab orang akan search benda ni...haha lame ;p

minggu lepas dapat satu panggilan telefon,,,masa tu baru je bangun dan tengah batuk-batuk...kesian orang yang angkat telefon tu sebab terbatuk kat telinga dia...ampun...mesti dia annoyed...tapi dia macam baik je macam concern la...jadi dia kenalkan dia dari mana dan tanya berminat lagi tak dengan permohonan dulu tu...so i said yes...kemudian dia cakap ok,,,tunggu surat tawaran dari pihak kami...jadi saya pun tunggu...minggu depannya,,,masa saya di setiawangsa tengah rewang dapat satu sms beritahu surat tawaran da emel dan kena kembalikan surat tu selewatnya hari isnin pukul 4ptg...hari tu ialah sabtu...

minta tolong en. s cekkan emel,,,tapi hampa...masih berharap esok masih ada

minta tolong en.s cekkan emel lagi...masih hampa...mesej tak reply,,,call henset tak angkat...tak pe,,,esok call,,,ada masa lagi

telefon ofis tapi yang bertugas ada urusan luar...terlupa nak telefon henset...emel,,tiada lagi

comelnye giraffe ni,,,kurus macam saya...hahaha muntah selasa saya telefon lagi ofis,,,dapat pun cakap dengan yang bertugas...dia cakap surat dalam proses nanti da siap dia maklumkan...baiklah...sinar harapan masih ada

toingggg!!bunyi mesej masuk...surat tawaran sdh diemailkan.sila semak.tq...ok,,bangun segera cek emel...yess


ok,,,tertanya tak?hahahaha...sebenarnya dapat tawaran jadi penceramah jemputan program integrasi di bawah program latihan khidmat negaradan menghadiri ke sesi train of trainer (tot)...makanya,,,12 dan 13februari ini akan berada di the regency hotel kuala lumpur untuk jalani sesi tot...dan pada 21-25februari akan menjadi insyaAllah kalau prestasi bagus masa tot,,,penceramah jemputan program integrasi plkn di kem sembrong,,,kluang...

eh,,,ada sesiapa nak jumpa saya tak 12 dan 13 nanti? ;)

dulu pernah cakap kat ibunda nak jadi benda ni la lepas abes blaja...haha tak sangka dapat walaupun tuk 5 hari...semangat plkn tu...selain kat sembrong,,,dia ada tawarkan lagi dua tempat lagi satu kat kluang juga dan satu lagi tempat saya berplkn dulu,,,dekat teluk sari penyabung...jauhnya mak ai...dek non ni pilih yang dekat je nokkk...