Tatkala kawan-kawan daddy bertandang ke rumah kami....sahabat kami di Glassgow baru sahaja kehilangan insan tercinta, anakanda Amir Yusuf. Al-Fatihah. Sungguh dapat dirasakan betapa sedih dan hiba ibu bapa Amir. Tetapi aku yakin..mereka ini adalah insan yang tabah dan redha akan ketentuannya. Ikuti kisah mereka di http://www.fajaril.net/
*kunjungan kami ke Glassgow (Dec 2008). Ibu dan kakak Amir Yusuf (Kiri sekali).Kak Ija, Ani, aku and last Asmah.Di bumi asing ini ,aku telah menyaksikan 2 peristiwa ibu/bapa kehilangan anakanda tersayang. Sebelum ini , rakan kami di Sheffield ini juga pernah mengalami nasib yang sama seperti keluarga Amir pada Oct lepas. Namun kini, pasangan Zura dan Fairusham begitu tabah mengharungi kehidupan di sini sementelah kedua-duanya belajar.Begitu juga diharapkan kpada rakan kami Fajar & Anis. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Arwah baby Amir Yusuf ( Glassgow ) dan Arwah baby Abdullah Fahmi ( Sheffield) bersemadi indah dan tenang di sana.
Jika dibandingkan dengan nasib mereka ...ujian yang Allah bagi kepada kami dirasakan terlalu kecil. Daddy masih perlu dirawat. Esok..aku akan menghantar suami ke Royal Hallamshire Hospital untuk ujian x-ray. Aku sangat berharap agar operation yang dirancang dapat dijalankan dengan segera. Really hope daddy cepat sembuh.Cepat habis pHd. Cepat balik Malaysia.....
Terima kasih kepada kawan-kawan daddy - Zahril ( Leeds) , Azmi ( Lancaster), Adlishah (Nottingham) dan Shahril ( Manchester ) yang sudi hadir ziarah daddy pada hari Sabtu lepas. Kemudian dituruti pada hari yang sama ,kunjungan keluarga Azhar/ Zura dan Zaki/ Rozi amat dihargai. Tidak lupa juga kepada Azwal & Ayu, our cousin yang hadir sama.Hari Sabtu lepas..penuh meriah. Terhibur sikit hati daddy.
*Acara makan-makan..diketuai uncle Adlishsh..(he he jgn marah.......)
*Dari kiri zahril, adlishah, daddy , Shahril, Azmi
Thanks juga kepada uncle Shahril yang sudi memberi kami garden chair ngan jual hammock swing dgn harga yang murah. Uncle Shahril dah nak pindah umah lain ..so few barang terpaksa di jual kerana rumah baru tak der tanah ( Apartment ). emmm..rezeki kami lah nampaknya di rumah baru ni.
*uncle shahril tolong pasangkan buai..daddy tak boleh gerak bnyk..( oh garden ku..bilalah rumput nak tumbuh ni..kontang)
* Amar yang bad mood. Tengok tu..ambik kasut ajak mama dia balik!
Semoga daddy cepat sembuh.Ameen.