Thursday, April 9, 2009

Wanita oh perempuan...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

"Aku memang pecinta wanita, tapi ku bukan buaya, sebab aku manusia, kalau buaya
pecinta betina
"

Begitulah lirik lagu pecinta wanita yang telah diubah suai mengikut masa dan keadaan. Tapi, maksud lirik tu ada dua, kalau anda fahamlah. Tak faham takpe mungkin,

"memang tak tercapai akalmu"

Sebagai wanita anda memang istimewa. Terutamanya dalam Islam. Untuk para jejaka, wanita tu sebagai pedoman mahupun,

"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan
membahagiakan syurga di dalam rumah tangga"

Wahai wanita, berbanggalah dengan diri anda sendiri. Tidak perlu menjadi orang lain, mahupun makhluk lain contohnya bidadari. You are more than that. Kalau nak cerita memang,

"more than words"

Bahawasanya, Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wanita terutamanya Melayu memang sangat special. Sehingga satu jin ni mengaku kat Tuah. Temubual ni berlaku di tandas asrama perempuan sebuah sekolah di Melaka. Tuah mewawancara jin ni sebab pelik melihat mengapa ramai perempuan Melayu je yang selalu kena rasuk. So, Tuah tanya,

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap! Kenapa gadis Melayu jadi sasaran
kau wahai jin?"

Dengan menarik nafas panjang, si jin ni pun menjawab,

"Siapa bilang gadis Melayu tak menawan tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik, kalaulah sungguh tak mungkin aku

MERASUK, aduhai..."


Jawab jin tu ringkas, lantas Tuah pun mati akal dan terus meninggalkan tandas tersebut. Macam mana Tuah boleh ada kat tandas tu dan di mana exactly sekolah tu akan dirahsiakan untuk kesejahteraan umum. Hehe.

So, apa komen anda? Anda memang special wahai wanita. Tuah dah malas nak cerita pasal ni kat wanita2 di luar sana, cuma nasihat Tuah jaga diri baik2 dan kalau ada masa jom tengok wayang or makan sesama, call je comfirm Tuah on, hehe.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, April 7, 2009

15 SEBAB TURUNNYA BALA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

"Astaghfirullahhalazim! Ampunkanku ya Allah, memang layak agaknya ku ditimpa bencana." Itulah reaksi pertama Tuah lepas baca hadis riwayat oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali Bin Abi Talib,

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Well, macam mana? Terkena tak? Ni bukan saat nak kutuk orang lain. Tapi, memang boleh dikatakan semua ni dah berlaku. Patutlah banyak bala yang diturunkan Allah kepada kita sekarang. Macam-macam bala diturunkan baik bala kecil mahupun bala besar yang menimpa seluruh umat Islam dan seluruh dunia. Sebagai umat Islam, kita hanya boleh memohon agar diampunkan dan diterima taubat kita oleh Allah s.w.t. Amin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, April 6, 2009

Orang Nak Pakai Dia Nak Pakai Jugak!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Walau title post ni macam tengah marah tapi Tuah takdelah tengah marah ni. Tuah tak reti nak marah2 ni, cool je, dari lama dulu lagi. Dari zaman Tuah muda2 dulu, masa jadi laksamana Melaka dulu, huhu. Cuma Tuah sedihlah kenapa suka sangat orang Melayu yang sepatutnya Islam suka tiru cara berpakaian orang bukan Islam. Bukan takde rules or adat sendiri, tapi suka tiru adat orang lain, ish3.

Oklah. Yang sebenarnya Tuah nak berkongsi sikit kaedah berpakaian cara Melayu zaman Tuah muda2 dulu. Memang sebelum datang Islam lagi orang Melayu ni dah pandai jaga aurat. So, bila cara berpakaian Islam diperkenalkan tak susah untuk mereka ni berubah. Sebab sikit je bezanya. Ikut pengamatan Tuah, ada 4 syarat berpakaian ikut adat Melayu ni.

Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.

Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, di situlah tempat syaitan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.

Syarat keempat busana Melayu, pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi syaitan.



Itu je kot adatnya. Paham tak? Kalau tak paham tanya, kalau tak ditanya nanti jadi bisul dalam hati tu nanti. Kalau ada sesapa nak tambah atau nak betah sila2 lah comment skit kat bwh tu. Akhir kata, majulah Temenggong masa karnival sukan PKPMI nanti untuk negara, hehe. Takbir, Allahhuakbar!

p/s: sedih tak dijemput jadi juri busana muslimah. Ikwan semua, jom buat busana muslimin plak, ayuh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, March 28, 2009

Masa Muda-muda Dulu...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Masa muda-muda dulu (cewah, macam dah tua je sekarang), takdelah masa dulu sangat. Zaman sekolah rendah dulu kot, campur zaman sekolah menengah sikit. Masa chatting dengan kawan lama tadi (takde lama mana, baru je clash kot, ooops!), terbuka cerita lama zaman kecik2 dulu. Memang tergelak besarlah cerita dulu, apa kitorang buat dulu.

Bermula zaman sekolah rendah dulu, kat tepi sekolah ada salesman jual buku cerita, siap ada yang masuk sekolah lagi. Yang jenis hari ini bagi list, esok mintak duit. Semua nak beli walaupun cerita buku tu dah tau, ada yang tak baca pun lepas tu. Salesman susu pun macam tu juga.

Kat library, budak2 memang pinjam buku nak baca. Tapi, last2 just tengok gambar saja. Bila ada program Nilam, semua sibuk nak pinjam buku. Tapi, cuma nak listkan saja dalam buku nilam sebab nak banding dengan kawan siapa paling banyak baca buku.

Then, kan ada program makanan untuk yang miskin kat sekolah, tapi makan tak best. Walaupun macam tu, yang tak miskin pun join sekali. Mungkin sebab seronok makan ramai2 kot.

Kat kelas, pakai pensel box yang boleh buka depan belakang, pastu ada sharpener kat tengah2 dia. Tempat letak pensel jadi meriam, main perang2 konon kapal peranglah pencil box tu. Main lawan pemadam pun ada, sayang nak guna pemadam tu untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenarnya, untuk padam! Pakai pembaris pula yang bergerigi, kat dalam ada air, pastu ada bende berkilat dalam air tu. Seronok je bolak balikkan, tengok isinya bergerak2.

Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Yang ada pemegang kat tengah2, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun kat situ. Bulu ayam untuk sapu habuk jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. Cuak je tengok bulu ayam tu, huhu.

Time kelas pendidikan seni, suruh lukis semua boleh lukis, tapi bila time warnakan semua hampeh. Ada juga buat anyaman pakai kertas warna, buat tikar, kolaj lah guna timun dan sayuran, dan ntah apa2 lagi...

Masa darjah 1 dan 6 ada injection BCG. Semua takut BCG. Tapi, lepas kena inject poyo la pulak semua. Tak sakitlah, takde apa2lah, tapi sebelum tu nakpegi inject semua seram je rupa.

Pasal game masa tu, main game 2D je. Macam2 ada, Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape, video game. Jam tangan nak Boy London je, jadi idaman masa tu, sebab boleh tukar2 warna ikut suhu dan cuaca.

Balik sekolah beli JoJo atau Dendang. Tora pon best juga. Beli semata2 nak mainan kat dalam kotak tu, coklat yang sebenarnya dijual tak makan pun.

Kasut sekolah beli yang berlampu kat tapak, or yang ada roda, yang iklan kat tv boleh tembak alien tu, kalau tak silap. Mengarut gila!

Siri kartun yang popular: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, thundercats, maskman, flashman, cybercop, gaban, doraemon dan macam lagi. Keluang Man tak dilupakan.




Memang tak boleh belah kalau fikirkan zaman tu dulu. Tuah tak akan lupe semua ni sebab zaman tu hanya ada sekali je. Sekarang budak2 dah tak sempat layan bende2 ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang permanent. Best betul zaman kecik2. Well, jangan pernah lupa siapa kita dan asal-usul kita, bak kata seorang sejarawan Inggeris, siapa yang melupakan sejarah, maka dia akan mengulanginya. Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, March 26, 2009

Futsal oh footsol!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Cuba teka sukan yang paling popular di dunia, paling popular di Malaysia, paling popular di kalangan lelaki? Salah. Tengok title anda mesti kata futsal. Jawapannya ialah bola sepak. Apa bezanyakan?

Bola sepak ni main 11 orang dengan 11 reserve. Main atas padang rumput, saiz besar. Gol bersaiz besar. Bola saiz 5. Kasut ada stuck. Kalau futsal pula main 5 orang dengan 5 reserve. Main dalam court keras macam simen, saiz tak sampai half padang bola pun. Gol saiz gol hoki. Bola saiz 4. Kasut takde stuck. Bola sepak main slow, tak perlu speeding except nak kejar bola. Futsal perlu stamina tinggi, speeding agak perlu juga. Game pun laju. Player kalau dah keluar boleh masuk balik macam basket ball dan hoki, tapi bola sepak tak boleh. Kalau nak dibandingkan keduanya, Tuah lebih suka bola sepak, lebih puas main. Kawasan pun luas, senang nak dribble.

Cerita pasal futsal, kan dulu Tuah ada cerita masuk tournament futsal kat sini. Dah habis untuk 1st round. Ada 5 match. Tapi kitorang kalah 3, seri1, menang 1, so tak layak untuk ke 2nd round. Memang sedih juga sebab tak layak. Mungkin sebab tak serius kot main. Dengan tak praktisnya, budak-budak ni pula perokok tegar, so stamina kurang. Lagi pun, tak semua team member boleh main. Setakat boleh tahan dan sepak balik je. Tapi, menang kalah adat permainan. Kami redha, cuma terkilan. Sebab awal- awal tournament lawan team mudah kami tak serius. 2 match easy boleh kalah dan draw je.

Yang kalah tu lepas dah lead 2-0 tapi dibalas 3-2. Yang draw tu kami ketinggalan 3-1 tapi kejar balik 3-3. Sikit je lagi. Lepas tu, match susah tapi dapat lead 1-0 sampai habis 1st half. Sebab seronok sangat mungkin maka kami dibelasah masa 2nd half dengan4-1! Next match tu memang 'sayur' la kami. Kalah 2-0 tapi sebab team oppose main ganas sebab diorang besar kot. Kami yang kecil-kecil ni memang tak boleh nak bid lah. Last match pulak menang tapi tak guna dah sebab dah tahu tak layak. So, masa match yang kami main-main ni pulak menang 2-1.

Tapi sepanjang 5 match ni, Tuah just main 15 minit je. Sebab tiga mingga injured so taknak main lama-lama. Lagi pun selalu 'pancit' je, takde stamina, dah lama tak jogging. Lepas habis tournament ni nak jogging untuk next cup next sem. PKPMI Cup. Mintak-mintak budak-budak ni lebih serius dan kurangkan merokok.

So, even tak layak ke 2nd stage, tapi kitorang happy dan cool je. Main bukan nak menang tapi nak hae fun. Menang just bonus je. At the end, seronok juga lah join tournament ni. If God wills it, maybe kami akan dapat pergi next stage. Akhir kata, majulah sukan untuk, anggaplah ini satu ibadah. Demi yang mengurniakan kejayaan dan kesihatan. Adios amigos.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, March 24, 2009

Rindu Untuk Berbuat Kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Alhamdulillahi rabbil alamin. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Maha Pengasih dan Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Kepada-Mu kusembah, dan kepada-Mu kupinta pertolongan.Tujukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan mereka yang dimurkaidan bukan pula mereka yang sesat.

Di keheningan subuh ini akhirnya dapat juga Tuah menahan rasa mengantuk yang menyelubungi diri. Akhirnya, dapat juga Tuah luangkan masa yang berguna di pagi hari untuk berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya, Tuah dalam kerugian jika buang masa yang tidak tahu berapa lama lagi ada untuk terus meningkatkan amalan di dunia milik Allah ini.

Sepulangnya dari extramural di Hospital Hasan Sadikin Khamis lepas, Tuah banyak berfikir, terutamanya tentang mati, bagaimana mati, caranya mati, consequences mati, kehidupan setelah mati dan bekalan untuk mati. Masa di bahagian forensik, ada sekujur tubuh yang telah diambil nyawanya lebih awal sedikit daripada Tuah, tunggu untuk dibiopsi. Kemalangan kereta api. Tiada kesan yang buruk kelihatan, cuma luka-luka kecil dan mukanya agak penyek seperti dihentam sesuatu. Terlintas difikiran, bagaimanalah rupa Tuah mati nanti. Ya Allah, matikanlah daku dalam kematian yang baik, jangan Kau matikan aku dalam kematian yang hina. Amin.

Sabtu lepas, batch FK'08 ada mengadakan Program Heart to Heart, sehari bersama anak-anak kurang bernasib baik di Pesantren Ash-Shofwah, Cileunyi. Yang menariknya, kami yang 50 orang lebih kurang ni pun tiada yang boleh menandingi ke'power'an budak-budak yang 20 lebih orang ni dalam menghafaz Al-Quran. Umur baru sekolah rendah, paling kurang dah 1 ke 2 juzuk hafal. Tuah hafal juzuk ammar je, itu pun ada kantoi sikit-sikit. Semoga segala sumbangan kami baik dari segi material, bergotong-royong membersih rumah dan masjid mereka, serta mengembirakan hati mereka dengan bermain dan berborak bersama-sama dapatlah sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh kanak-kanak ini.

bergambar bersama mereka yang dirindui walau baru jumpa 3 hari lepas

Dah lama rasanya tak buat kebaikan sehingga memuaskan hati orang lain. Sebelum ni buat kebaikan untuk diri sendiri je, nak dapat pahala nak masuk syurga. Tapi, untuk orang lain? Maka ketika di padang mahsyar, tatkala dihisab amalan anak-anak Adam, akan ditanya oleh Allah, apakah yang telah dilakukan dengan kesihatan yang diberikan, masa mudanya, harta dan ilmunya, masa lapangnya dan apa yang dilakukan untuk agama-Nya. Even soalan tu dah bocor, macam soalan dalam kubur siap bocor jawapan sekalipun susah untuk pastikan kita dapat jawab tak? Astaghfirullahhalazim. Tubna ilallah, warajakna ilallah, wanadimna ala mafaalna.

Masa pilih lagu untuk pertandingan nasyid, Tuah jumpa lagu ini. Tajuknya KepadaMu Kekasih. Nyanyian M. Nasir, Hattan dan Jamal Abdillah. Insyaallah akan disampaikan masa pertandingan teresebut. Berkisar mengenai perhambaan diri kepada Allah. Marilah sama-sama kita hayati lirik lagu ini, semoga ada manfaat dan pengajaran yang boleh kita ambil darinya, insyaallah. Sekian.

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, March 22, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Sengaja Tuah mulakan post hari ini dengan mengungkapkan kalimah tersebut yang merupakan sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Fatihah iaitu ayat pertama dalam surah pertama dalam Al-Quran. Bukan berniat untuk menyamakan post Tuah dengan surah ummul kitab tersebut tetapi sebagai salah satu usaha mengagungkan Al-Quran even hanya sepotong ayat.

Oklah. Sebenarnya topik Tuah kali ini cerita tentang kenapa kita as a Muslim khususnya Tuah akan memulakan sesuatu dengan membaca basmalah. Sebelum ni kalau buat sesuatu mesti dimulakan dengan basmalah kecuali menulis or menaip. Kalau anda semua perasanlah semua post Tuah tidak mulakan dengan basmalah. So, mula hari sekarang, Tuah berazam nak memulakan sesuatu termasuk menulis or menaip dengan basmalah. Insyallah.

Nak dijadikan cerita, Khamis lepas Tuah ada pergi tasqif Tafsir Fizilail Quran kat Masjid Ash-Syakir di Cikeruh, Jalan Sayang. Tasqif tu disampaikan oleh Ustaz Dede Rodin. Masa tu tafsir surah Al-Fatihah.Tapi, dua jam tu cerita pasal ayat 1 iaitu Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin sebab ustaz tu ajar nahu (grammar) bahasa Arab sekali kot, tu yang lama.

Tapi, cerita pasal bismillah ni, kenapa kita biasa mulakan sesuatu dengan kalimah agung ini. Bila nak start baca doa baca basmallah, nak start menulis baca basmallah, ada yang sesetengah tu bila buka laptop ada program yang akan mulakan dengan basmallah, dan macam-macam start lagilah. So, bila nak start something je baca basmallah. Ha, ini yang Tuah nak cerita sikit.

Macam Tuahkan, memang semua benda Tuah buat akan dimulai dengan bsimillah. Anda pun mesti macam tu juga kan? Bila buat sesuatu? Yang baiklah, so jangan buat benda tak baik, macam nak pecah rumah pun mulakan dengan basmallah siap niat lagi, "sahaja aku pecah rumah orang kerana..." Tapi, persoalannya kenapa basmallah? Ini bagi Tuahlah.

Sebenarnya, ada beberapa sebab dimulakan dengan bismillah, bukan selawat ke or alhamdulillah. Pertama, kan maksud bismillah tu dengan nama Allah. So, Allah ni kan tiada mula dan tiada akhir. So, Dialah yang mula-mula sekali ada, sebab Dia tidak pernah tiada. So, disebabkan Allah yang mula-mula ada kita mulakan sesuatu dengan nama-Nya.

Kedua, tengok niat kita. Niat kita buat apa saja sebab nak dapat redha Allah kan? So, kalau buat sesuatu untuk Allah, maka mulakanlah dengan nama-Nya. Kalau macam tu barulah betul-betul kita buat kerana Allah, dengan nama Allah.

Ketiga, kitakan makhluk yang lemah, tiada kekuatan. Semua kekuatan datangnya daripada Allah s.w.t. So, kalau nak buat sesuatu kita mesti perlukan bantuan-Nya. Mohon diberi kekuatan zahir, batin dan emosi. Jadi, untuk dapat kekuatan tu kita kenalah mintak bantuan pada Allah. Moga dengan memulakan dengan nama-Nya, mintaklah supaya bukan sahaja diberi kekuatan pada masa sebelum atau masa nak mulakan sesuatu tapi supaya sepanjang kita buat pekerjaan tu diberi kekuatan yang memadai untuk berjaya buat dengan terbaik sekali sampai habis pekerjaan tu.

Keempat, supaya ini dapat menjadi bukti di akhirat bahawa kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut nama-Nya dalam setiap pekerjaan, maka kita akan sentiasa mengingati-Nya. Macam kita selalu memikirkan pasal orang yang kita sayang. Kita bukan kadang-kadang, tapi selalu menyebut namanya. So, kalau kita sayang pada Allah, maka kita akan selalu mengingat-Nya, kita akan selalu menyebut nama-Nya.

Kelima, dengan berbuat sesuatu kita juga berharap mendapat pahala, yang diharapkan kekal di sisi Allah. Maka, jika kita mulakan sesuatu dengan dimulai Bismillah maka insyaallah pekerjaan tu mesti yang baik, takkan buat benda jahat baca bismillah. Maka, diri kita akan dilindung dari berbuat jahat dan apabila berbuat baik maka niat kata tidak salah, ikhlas serta bermanfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Keenam, kita juga berharap agar dengan berbuat sesuatu pekerjaan, maka hidup kita ni diberkati, lebih-lebih lagi kita selalu mengingati Allah s.w.t. Memang susah nak dapat keberkatan, tapi ini merupakan salah satu cara kita nak dapat keberkatan hidup, dalam apa juga yang kita buat.

Mungkin ada yang betul dan ada yang salah pada pandangan Tuah ni, tapi, memang inilah yang Tuah selalu tanamkan dalam hati, supaya tidak sia-sia semua pekerjaan yang Tuah buat sehari-hari. Paham ke tidak? So, renung-renungkanlah. Akhir kata, marilah kita sama-sama bertakbir (kalau dapatlah bersama-sama). Takbir! Allahuakbar!

p/s: Tasqif tu kat Masjid Asy-Syakir, Cikeruh, Jalan Sayang. Second masjid kat jalan Sayang. Setiap Khamis jam 4-6 petang. Ada tafsir Al-Quran, fiqh sunnah, kisah tokoh Islam dan akhbar Islami. Penceramah tukar-tukar. Jemputlah datang. Budak kat bale nak pergi sama boleh gak, roger je.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Tuesday, March 10, 2009

Cerpen 'Biar Putih Mata Hitam Jangan Hitam Mata Hati'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ni adalah cerpen yang Tuah hantar untuk pertandingan tulis cerpen sempena Festival Kesenian Islam anjuran KUBI yang tarikh tutupnya 10 Mac iaitu hari ini. Dah baca tolonglah komen. Rasanya cerpen ini tidaklah begitu mengasyikkan. So, enjoy!

BIAR PUTIH MATA HITAM, JANGAN HITAM MATA HATI


Salam kemerdekaan tuan. Boleh saya jumpa dengan Komander Ben Azwar sebentar?”

Siapa namamu dan apa tujuanmu mahu berjumpa dengan tuan komander?” Katanya keras, namun langsung tidak menggerunkanku.

Saya Salim Al-Muttakhir, tuan. Tujuan saya bertemu tuan komander adalah untuk menyampaikan informasi berkenaan perbincangan rakyat Palestin sebentar tadi,” ujarku.

Apakah benar kata-katamu ini atau hanya bertujuan untuk mengancam kem kami ini?

Tiadalah berani saya untuk bertindak sedemikian rupa, apatah lagi saya masih mempunyai ibu, isteri dan anak-anak tuan. Berilah kebenaran kepada saya tuan, hanya sebentar,” rayuku.

Baiklah. Engkau tunggu di sini dahulu. Biar aku berbicara dahulu pada tuan komander.

Baiklah, tuan. Terima kasih, tuan,” kataku lega.

Tentera tersebut lantas menuju ke khemah yang paling besar dan paling indah yang seakan-akan tereletak di tengah-tengah kem ini. Khemah tersebut di jaga oleh dua orang tentera bersenjata di pintu masuknya. Khemah-khemah yang lain tidak pula mempunyai tentera pengawal di pintu masuknya malah kelihatan begitu buruk sehingga ada bahagian daripada dindingnya yang terkoyak.

Setelah beberapa minit, tentera tersebut keluar khemah besar itu lantas memanggilkan untuk masuk menemui komander.

Apakah yang kamu mahu wahai manusia? Apakah kau punya informasi baru yang yang berguna untukku?” tanya komander tersebut.

Sudah tentu wahai tuan yang termulia. Petang semalam telah diadakan rapat khusus antara semua pendudukdi kawasan Gulmira. Saya juga turut menghadirinya, tuan”.

Apa kaitannya rapat tersebut denganku?” tanyanya.

Begini, tuan. Dalam rapat tersebut, telah disepakati oleh semua yang menghadirinya dengan sebulat suara akan mengumpul setiap pemuda, kanak-kanak yang sudah layak, orang-orang tua yang masih berdaya, serta wanita-wanita yang berhati waja, untuk bersatu melancarkan serangan hendap terhadap kem ini selanjutnya menghalau kalian semua dari kampung mereka ini. Para pemimpin dari kawasan berhampiran juga telah menyatakan persetujuan untuk turut menghantar bantuan bagi merancanakan rancangan tersebut,” ceritaku panjang lebar.

Apakah kamu pasti dengan berita ini wahai Salim? Jangan kau cuba menipu dengan tujuan untuk memerangkap kami atau kerana mahu kami berundur. Jika itu niatmu maka nahas menantimu dan keluargamu,” gertaknya padaku.

Jangan begini, tuan. Saya bersumpah atas nama keluarga bahawa segala kata-kata saya ini adalah benar belaka. Terpulanglah kepada tuan untuk mempercayainya atau tidak.”

Baiklah, aku percaya informasi daripadamu ini. Apakah yang kau mahu sebagai balasan kepada khidmatmu denganku selama ini? Nescaya akan aku perkenankan permintaanmu itu,” tanya komander tersebut.

Tiada lain yang saya mahu sebagai balasannya melainkan bekalan makanan selama sebulan unutk keluarga saya dan ubat-ubatan untuk ibu saya yang sedang tenat di rumah. Cukup sekadar ini sahaja, tuan.”

Jika itu permintaanmu akan aku kotakan. Akan kuarahkan anak buahku menghantarkan bekalan makanan yang cukupuntuk dua minggu dan sedikit ubat-ubatan untuk ibumu dalam dua hari lagi sesudah komfirmasi mengenai maklumatku dibuat. Cukup?

Cukup, tuan. Terima kasih, tuan. Semoga tuan segera dinaikkan pangkat kelak,” ujarku.

Sudah, segeralah pulang ke rumahmu dan pastikan tiada seorang pun daripada ahli keluargamu yang terlibat dalam serangan pada hari esok.”

Baik, tuan. Terima kasih sekali lagi, tuan,” ujarku lalu pergi.

*****

Kehidupan sebagai tali barut bukanlah kehidupan yang diimpikan oleh anak-anak Palestin, termasuk Salim. Memberi informasi kepada tentera Israel, musuh utama sekaligus pembunuh nombor satu bangsanya sendiri memang memerlukan pendirian atau alasan yang teguh. Jika diberikan pilihan lain, maka dengan segera tanpa berpikir panjang akan dipilihnya jalan tersebut. Bukan tiada penyesalan atau rasa bersalah pada bangsanya, rasa bertanggung jawab, sedih dan kecewa pada diri atau rasa hina pada diri sendiri, tetapi baginya inilah jalan terbaik untuk dirinya yang lemah ini untuk meneruskan kelansungan hidup.

Mungkin, kerana kebaculan pada bangsanya sendiri, maka fikirnya, layaklah sekiranya dia dihina, dicerca bahkan dilaknat oleh jiran tetangga, rakan dan taulan, bahkan cercaan tersebut hadir daripada saudara maranya sendiri. Namun, dia bukan dihina kerana menjadi ‘anjing’ Israel, tetapi kerana keengganannya menyertai tentera pejuang kemerdekaan Palestin, ketidak mahuannya menyertai perang lantas ketakutan mengangkat senjata memikul tanggung jawab sebagai mujahid perang, bercita-cita syahid di medan perang.

Pernah terlintas jauh dibenak Salim sampai bila perlu dia menyeksa dirinya begini, sampai bila dia sanggup membiarkan anak bangsanya diratah mudah oleh tentera zionis Israel dengan kejam dan tiada peri kemanusiaan malah menggunakan informasi yang diperolehi daripadanya, bangsanya sendiri.

Suatu masa, pada hari penyampaian hadiah di sekolahnya, anaknya yang sulung bernama Salam dijemput gurunya menyampai sebuah sajak bertajuk ‘Kami Peduli’ yang mengungkapkan rasa cinta dan kasihnya dia pada anak bangsanya, rasa bersemangatnya untuk menyertai perjuangan rakyat Plestin dan keinginannya untuk mati syahid di jalan tuhan. Sajak tersebut bukan sahaja memalitkan rasa malu pada dirinya malah menghidupkan rasa semangatnya untuk berubah dan menjadi seorang mujahid perang.

Ibunya juga pernah menyatakan rasa bersalahnya padanya kerana terpaksa menjadi penghalang untuknya menyertai peperangan disebabkan perlu menjaganya yang sakit. Dia pernah menyatakan kesediaannya untuk menyertai tentera Palestin ketika usianya 17 tahun kepada panglima pasukan Saifullah, tetapi ditolaknya mentah-mentah kerana ujarnya dia belum layak untuk menyertai peperangan disebabkan masih memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit dan tiada penjaganya lagi jika dia tiada lagi di dunia nanti. Maka, disebabkan hal ini maka dibuangnya cita-cita syahid di medan perang jauh-jauh dan berazam menjaga ibu dan keluarganya sehingga akhir hayat.

Apabila ditanya ibunya mengapa tidak memohon sekali lagi untuk menganggotai pasukan Saifullah setelah mengahwini isterinya yang boleh diharapkan menjaga ibu ketika ketiadaannya nanti, maka, segera dijawabnya,

“bukan Salim tidak mahu ibu, tetapi kondisi keluarga kita ini yang menyebabkan Salim tidak sanggup untuk tinggalkan dan apatah lagi dengan kehadiran Salam dan Salmah. Salim sudah berjanji akan menjaga keluarga kita hingga akhir hayat, bu.”

ujarnya lagi. Salim malah tidak sanggup melihat keluarganya kekurangan zat dan nutrisi maka diberi informasi kepada tentera Israel sebagai tukaran kepada makanan yang cukup untuk keluarganya.

Walau bagaimanapun, disebabkan rasa malu pada jiran dan sanak saudara, serta tidak tahan dicerca dengan berbagai cercaan dari mereka maka isterinya mengambil keputusan untuk menggantinya menyertai tentera Palestin dan syahid di medan perang ketika kubu mereka diserbu tentera Israel dengan informasi daripadanya sendiri. Namun, itu tidak sedikit pun merubah pendiriannya untuk menghentikan pengkhianatan pada bangsanya sendiri.

Tetapi, keangkuhannya terlentur juga akhirnya apabila menerima berita kematian kedua anaknya yang masih kecil syahid ketika berperang menentang tentera Israel dengan menyertai pasukan perang kanak-kanak Palestin, sehari sebelum kematian ibu kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan. Hal ini langsung memberikan hidayah kepadanya bahawa inilah que atau tanda daripada tuhan yang Maha Bijaksana bahawa sudah tiba masanya mencurahkan bakti pada agama dan bagsanya sendiri. Tiada lagi alasan atau halangan pada dirinya lagi dari berjuang fisabilillah.

Keesokkan harinya, segera dia bertemu panglima tentera Saifullah untuk menyatakan hasrat menganggotai pasukan tersebut serta menyampaikan segala informasi mengenai tentera Israel yang diketahuinya sepanjang menjadi tali barut mereka. Perkara tersebut lantas disambut baik oleh seluruh ahli pasukan Saifullah dan jiran serta saudara maranya yang juga terlibat dalam pasukan tersebut.

Alhamdulillah, berubah juga akhirnya kamu, Salim,

syukur mereka semua. Lantas kedudukan pertahanan dalam kem tersebut dan kubu-kubu penting untuk serangan disampaikannya kepada mereka semua.

Selama seminggu merancang serang hendap terhadap kem tentera Israel di kawasan Gulmira ini, akhirnya strategi yang mantap telah terencana, perancangan yang bakal membuahkan hasil telah disepakati semua, yang tinggal hanya saat dan ketika yang tepat untuk melaksanakannya. Dia berharap usahanya kali ini berbaloi dan cukup untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu kepada anak bangsa dan isterinya sendiri selama ini.

Pada pagi Sabtu, ketika tentera Israel yang majoritinya tidak berada di kem tersebut kerana mengadakan acara penyembahan pada hari yang dianggap suci oleh mereka ini di Jerussalam merupakan detik yang sesuai untuk melancarkan serangan menghancurkan kem ini lantas menghalau mereka semua dari kawasan Gulmira. Serangan yang memakan masa setengan hari ini seakan membuahkan hasil kerana dengan mudah di‘kerja’kan oleh pasukan Saifullah ini.

Salim yang tahu persis kedudukan khemah komander Ben Azwar terus menyerbu khemah tersebut.

Bismillah,”

lantas ditikamnya komander tersebut. Komander tersebut sempat mengaduh,

“Aaa..aduuh..b..bunuh bangsat satu ini. Cepat!!!

Teriak komander tersebut. Tanpa melengahkan masa senjata pengawal-pengawal komander tersebut lantas memuntahkan ratusan peluru ke tubuh Salim. Dan...

Laa ilaaha illallaaah!

Salim menghembuskan nafas terakhirnya bersamaan dengan sempurnanya kalimat agung yang mentauhidkan Allah Azawajalla, tuhan sekalian alam, sekalian makhluk. Syahidnya dia menemui tuhannya, menemui ayah dan ibunya, menemui isteri dan anak-anak yang merindu dan dirindukannya.

Ia gugur dengan seratus peluru bersarang di tubuhnya. Takbir! Allahu akbar!


Sekian, tamatlah cerpen tersebut. Apa macam? Well, Tuah mampu buat sampai situ je. Komen eh, jangan tidak komen. That's all for this time.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kenapa Islam Turun Kat Jazirah Arab?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ada seorang mamat ni tanya kat Tuah, as Arabian, why Allah turunkan Islam kepada orang Arab? Kenapa tidak kepada bangsa lain, contohnya Melayu yang terkenal baik dan sopan santun, or di China yang terkenal pengaruhnya dalam menyebarkan agama Buddha, or di Inggeris yang mampu menyebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia di zaman kolonial mereka dahulu? Well, as usual, as easy as ABC, Tuah jawab ringkas, "semua yang berlaku ada hikmahnya, seperi mana hikmah penciptaan syaitan dan iblis yang mana sebagai ujian kepada anak2 Adam dan as tauladan kepada manusia.." So, dia pun setuju dan pergi macam itu sahaja.

Tapi, Tuah pulak yang jadi penasaran. Apasal Islam di turunkan kepada orang Arab yang ketika itu jahil dan langsung tidak bermoral. Kenapa tidak pada yahudi yang dikatakan kaum yang terbanyak diturunkan nabi dan rasul kepada mereka? So, Tuah pun selidik sendiri plus tanya kawan2 sikit apa jawapan kepada kemusykilan Tuah ni. Langsung seorang fulan ni bagi buku Sirah Nabawiyyah karya Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy. Buku yang setebal 572 page yang dalam bahasa Indonesia ini ada menceritakan rahsia dipilihnya jazirah Arabia sebagai tempat kelahiran dan pertumbuhan Islam. So, Tuah yang memang suka baca buku2 tebal ni pun mula membacanya bermula Jumaat malam sampai sekarang tidak tamat lagi. Busy sangatlah hari ini, nama je cuti, tapi tidak macam cuti pun.

So, setelah Tuah baca tajuk Rahasia Dipilihnya Jazirah Arabia Sebagai Tempat Kelahiran & Pertumbuhan Islam, baru Tuah tahu persis hikmah Islam turun pada bangsa Arab dulu, baru siebar ke bangsa lain. First of all sebab kedudukan geografi jazirah Arab itu sendiri yang terletak di antara timur dan barat dan tengah2 semua kuasa peradaban yang wujud masa itu macam Yunani, Persia dan Romawi. So dari segi kedudukan memang dah strategik kedudukan tu sama macam strategiknya kedudukan Melaka zaman Tuah muda2 dulu, zaman kesultanan Melayu Melaka.

Secondly, bahasa Arab itu sendiri yang dikatakan oleh pakar bahasa sebagai bahasa yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bahasa lain yang ada di dunia seperti bahasa perdagangan masa itu iaitu bahasa Melayu or English yang paling popular digunakan di seluruh dunia sekarang or bahasa Mandarin yang merupakan bahasa yang paling banyak diaplikasi di serata dunia. Tuah pun tidak tahu exactly apa kelebihannya sampai Allah pilih bahasa tersebut sebagai bahasa dakwah Islam dan media langsung untuk menterjemah kalam Allah dan seterusnya dijadikan bahasa penghuni syurga. Tapi, yang Tuah tahu bahasa Arab adalah bahasa yang paling indah dan tinggi nilai sateranya bak kata ustaz bahasa Arab Tuah kat sekolah dulu.

Thirdly, di Makkah itu sendiri letaknya Baitullah iaitu tempat pengumpulan manusia paling ramai di dunia even sebelum maulid Rasulullah s.a.w. lagi sehingga Abrahah nak musnahkan tempat itu supaya orang tidak lagi ke Kaabah tapi ke istananya. Lagi pun, Baitullah merupakan tempat ibadah Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. dan tempat penyebaran Agama Hanif yang dibawa baginda Ibrahim a.s.. So, sebagai kesinambungan kepada dakwah decendent Rasulullah itu maka Islam juga diturunkan berhampiran Kaabah.

Forthly, orang Arab ni senang nak didakwah even diorang ni jenis pemanas or ganas, tapi setelah menerima cahaya kebenaran maka diorang senang dididikk dan mendidik bangsa2 lain di muka bumi ini. Arab jahiliyah ini memang tidak sekaya dan semewah Persia, tidak sekuat tentera Romawi dan juga tidak sesesat Yunani dengan filosofi2 mereka. So, dengan ini mudahlah diorang ni diberi kepercayaan agama yang baru bagi mereka pada masa itu, even sebenarnya pernah diajarkan agama Hanif pada atuk nenek diorang.

So, itulah antara reason why Allah pilih Islam diturunkan di jazirah Arab. Ada apa2 permasalah boleh rujuk buku Sirah Nabawiyah karya Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy, or nama asalnya Fiqhus Sirah. Wallahu alam. Cukup sampai sini post ini, Tuah nak sambung tulis cerpen pula, sebab date due cerpen hari ini kot. Sekian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 3, 2009

Joget Sikit Boleh?!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masa tengah berkemas isi external HD semalam nak buang sikit mana yang boleh dibuang, iyelah 160G dah tinggal kurang 10G, laptop ni pun tinggal tidak sampai 5G je. Apatah Tuah isi banyak2 Tuah sendiri tidak tahu. So, while berkemas Tuah jumpa 2 video ini. Video pertama ni Tuah dengan adik bongsu, Syed Muhammad Hafizulamin, yang masa tu berusia 5 tahun, but now dah 8 tahun.

Scene ni dalam bilik parents kami. Benda ni memberi 2 memori indah buat Tuah. Firstly, mestilah memory dengan adik bongsuku yang amat dirindui ini (well, dah 7 bulan tidak jumpa). Susah juga mula2 nak ajar budak kecik ni joget ni. Tapi, lepas Tuah tengok dia bersemangat sangat nak belajar, so, Tuah ajarlah dia. Lepas dah pandai (ok la tu ape?), Tuah decide nak videokan sebagai kenangan kalau Tuah pergi tempat yang jauh like now.

Secondly, kenangan dengan kawan2 kat sekolah dan matrix dulu. Joget ni Tuah belajar masa form 4. Pukul 2 pagi masa tu kami buat function kat belakang sekolah, di zaman jahiliyah Tuah dululah. Joget ni bukan sekadar joget biasa. Ia sebagai satu cara bertanding, siapa paling laju dia menang. Lepas habis sekolah, Tuah masuk matrix dan masa orientasi, Tuah ajar budak2 ni joget ni, sebab boring menunggu budak freshmen ni ada ceramah. So, in the mean time, we'll as facilitator kat belakang pun main la game ni. Mula2 2 orang je, Tuah dengan seorang budak yang baru belajar ni. Tapi, lepas itu seorang2 nak belajar. At the end, dekat 20 couple gak, semua lelakilah, yang fight. Tapi, as pioneer kat situ, Tuah menang last sekali. Sayang tiada video untuk scene itu.


Joget Sultan - Al-Tuah Al-Shahab

Video yang kedua ni pulak kenangan dekat matrix, dengan kawan2 sepraktikum H2P1 dan lecturer English kami, Madam Azian. Sebenarnya tarian ni part of drama yang group Tuah kena persembahkan dalam English class. Sebelum itu ada poem and song. Untuk drama ada girls sekali, tapi masa part joget Tuah mintak boys je. Ada 2 scene dance, tapi Tuah jumpa yang ini je. So, have fun gila lah kami masa itu. Siap Madam Azian suruh ulang part joget je lepas drama ni dah habis. Tuah kat tepi kiri, tengah2 Firdaus a.k.a. kaduk dan yang kanan Hilmi. Lagunya Li Vin La Vida by Ricky Martin.


English Dance - LivinLa Vida Loca - Al-Tuah Al-Shahab

Tujuan Tuah tunjuk 2 video ini bukan nak promote diri, cuma nak mengenang memori lama bersama adik dan rakan2 lama.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.