Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Hari ini bertarikh 16 Mac, bersamaan dengan hari lahir ayahanda Tuah yang tercinta, Abdul Hamid Bin Haron. Maka dengan ini, Tuah nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke-57 (kalau ikut kad pengenalan) buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Juga semoga sentiasa berbahagia disamping isteri dan anak2 tersayang (kecuali Tuah di sini). Amin.
****************************************************************************************************************
Ada sekali masa tengah duduk berbual dengan ummi Tuah, cerita pasal sepupu Tuah kahwin atau pasal budak2 perubatan, tiba2 ummi tanya ada tidak sharifah dalam kelas Tuah. Masa itu ketika belajar di Unity College (City Univercity College sekarang). So, Tuah jawab ada seorang, tapi dia buat pra-perubatan, Tuah buat foundation science.
Lepas itu ummi tanya lagi, lawa tidak? Perangai baik tidak? Dan yang terakhir ummi tanya berkenan tidak? Bagi seorang lelaki macam Tuah masa itu jawab lancer sahaja; lawa juga, perangai tidak berapa kenal tetapi macam baik sahaja, dan tidak pasti berkenan atau tidak. (Pada yang rasa mengenali budak tersebut tolong jangan cerita benda ini pada dia, please!)
Ummi pun apa lagi, disuruhnya Tuah untuk berkenalan lebih rapat dan kalau boleh ikat terus. Sebab katanya, susah nak cari sharifah yang mahu jadi doktor ni. Lagi pun ummi memang mahukan menantu seorang professional, tidak mahu menantunya menjadi suri rumah sepenuh masa, macam dia.
Tuah yang terkedu masa itu menjawab ringkas sahaja, kalau bakal isteri nanti belajar medic tapi tidak jadi doctor boleh? Ummi kata jangan menyiksa anak dara orang macam itu. Penat2 dia belajar tinggi2 kemudian suruh memerap sahaja di rumah. Tuah bagi alasan pula yang Tuah lebih suka kalau anak Tuah yang jadi doktor suatu masa nanti, bukan isteri Tuah. Then, Tuah tukar tajuk perbualan, kerana tidak mahu lawan cakap ummi lagi.
So, setakat ini tiada lagi sharifah yang bakal belajar perubatan yang Tuah minat. Pertamanya sebab tidak pernah lagi jumpa. Yang keduanya Tuah tidak berminat beristerikan doktor, maka Tuah tidak mencari pun. Bukan tidak berminat pada doktor perempuan tetapi tidak mahu beristerikan orang2 yang kariernya sibuk.
Tuah tidak keberatan jika isteri Tuah mahu berkarier tetapi janganlah kerja yang sentiasa sibuk. Cukuplah Tuah seorang yang sibuk sebagai doktor nanti (insyaallah, amin). Sebabnya, jika kedua2nya sibuk siapa pula yang akan memerhatikan anak2 (insyaallah, amin) ketika mereka membesar. Ada yang kata serahkan pada orang gaji, senang dan ramai sahaja anak yang cemerlang walau kedua ibu bapa bekerja.
Memang benar tetapi rasanya lebih ramai yang cemerlang itu hanya dalam pelajaran, bukan mental, rohani dan akhlaknya. Adakah kita mahu anak kita mengenal kita melalui gambar semata2 atau sebagai the real person? Memanglah fardhu ain bagi setiap manusia untuk belajar tetapi dalam konteks mengejar yang lebih penting dari yang penting maka adalah tidak digalakkan untuk wanita bekerja di zaman ini.
Di zaman yang mencabar buat ibu bapa untuk melahirkan mujahidin masa depan serta jambatan kepada kebangkitan Islam ini, tidak sepatutnya dipandang ringan perhatian yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa terutamanya ibu yang juga mampu menggoncang dunia tanpa menumpahkan keringat dan darah seperti mana wajibnya seorang lelaki untuk berjuang di medan juang, mencari nafkah dan berjihad dijalan Allah s.w.t.
Tugas utama seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami dan anak2, kemudian barulah bersama2 suami berjihad dijalan Allah s.w.t.. Tidak boleh disamakan peranan seorang wanita sebelum dan selepas kahwin sepertimana peranan lelaki yang sama sejak baligh sehingga syahid mempertahankan maruah diri, keluarga dan agama masing2.
Ramai dikalangan wanita kini yang lebih mementingkan kepuasan hati berbanding tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga. Adakah mereka kini telah dibutakan dengan kepuasan dunia yang memerlukan wang dalam apa juga hal? Adakah tidak cukup gaji suami untuk menampung hidup berkeluarga menjadikan mereka susah? Jadi, solusinya adalah isteri bekerja membantu suami mencari nafkah? Hakikatnya ramai yang mahu merasakan hidup yang lebih mewah, bukan lebih mudah.
Ada yang mengatakan pasangan suami isteri perlulah saling bantu membantu dalam menjaga kebajikan keluarga. Tetapi, kalau isteri pulang lebih lewat daripada suami dan langsung mahu berehat, maka siapa yang akan melakukan kerja rumah?. Lalu ada yang mencadangkan si suami yang perlu membantu melakukan kerja rumah yang sepatutnya si isteri buat jika tidak bekerja seperti memasak, mengemas rumah menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah.
Apa hal ni? Adakah perkara yang tujuannya untuk membantu si suami menjadikan suami pula mambantu si isteri? Tuah akui dalam rumah tangga perlulah bantu membantu antara suami isteri tetapi dalam situasi sebegini tidak nampak kelebihan sinergis antara keduanya.
Kemudian ada pula yang mengatakan boleh sahaja mencari pembantu rumah bagi menyelesaikan kerja2 rumah. Tuah dan bapa Tuah tidak bersetuju dengan pendapat ini. Bagi kami, adalah tidak selesa jika ada orang luar yang wujud dalam rumah sendiri. Memanglah dia dapat membantu meringankan kerja si isteri tetapi bukan menggantikan isteri, yang menggantikan pula si suami bekerja.
Sebelum suatu pasangan itu menentukan sama ada si isteri perlu bekerja atau tidak, mereka perlu benar2 memikirkan adakah kelebihan lebih banyak dari kekurangan jika si isteri bekerja, pada urusan keluarga, anak2 sekarang dan di masa depan. Bukan langsung tidak boleh bekerja tetapi jangan yang sentiasa sibuk sehingga perhatian pada anak2 terabai.
Sesungguhnya perhatian terhadap anak2 bukan sahaja penting dari seorang ibu sahaja malah seorang bapa. Jika seorang ibu sibuk sehingga perhatian pada anak2 kurang maka bolehlah si ibu berhenti kerja atau mencari kerja yang kurang sibuk. Tetapi kalau si bapa? Pandai2lah mencari ruang untuk bersama keluarga. Jangan dibiarkan si isteri keseorangan menjadi ibu mithali.
Akhir kata, Tuah bercakap ini berlandaskan pengalaman Tuah melihat bagaimana ummi Tuah mendidik kami 7 beradik sehingga semuanya berjaya ke menara gading dan menjadi insan yang bukan calang2 insan. Semoga anak2 kita juga berjaya seperti adik2 beradik Tuah berjaya.
Wallahualam.
p/s:
1) Jangan marah ye kawan2 medic perempaun sekalian, ini sekadar pendapat. Kalau tidak bersetuju sila beri pendapat dan teguran pada Tuah, insan yang lemah dan hina di sisi Allah ini
2) Sekali lagi diharapkan agar mereka yang mengenali sharifah di atas tidak menceritakan post ini pada dia, minta sangat2
3) Alhamdulillah, Tuah tidak lagi seperti ‘pungguk rindukan bulan’ sekarang, sejak ‘ia’ menimpa Tuah lebih setahun lepas. I’m not over her, but I’m cool now.
4) sudah2, LI embryo musculoskeletal tak sempurna lagi, erk...
sincerely,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.