Showing posts with label Anonymous. Show all posts
Showing posts with label Anonymous. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Dah Lama Sangat Ni

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Berhubungan dengan tajuk di atas, dengan ini Tuah mahu mengumumkan bahawa blog ini akan ditutup buat
selamanya kerana beliau sudah tiada masa lagi mahu meng'hadap' blog beliau. Ini disebabkan beliau akan memulakan hidup baru dan meluangkan masa bersama isteri tersayang beliau.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haish, bilalah Tuah boleh buat pengumuman seperti di atas ni. 'Kegatalan' sudah lama menghinggap diri tetapi rezeki yang tidak kunjung tiba. Mungkin tidak lama lagi, insyaAllah.

Walaubagaimanapun, rasanya sudah masuk 2 bulan blog ini tidak terisi oleh Tuah atas sebab tertentu yang tidak munasabah antaranya sibuk membaca novel sehingga buku2 bersifat akademis dan agama terbiar berhabuk di almari. Nasib baik buku segala buku tidak pernah beliau lupa untuk ditelaah.

Tapi, mulai hari ini selagi diberi kesempatan oleh Ilahi Tuah akan isi blog ini, bukan setakat menaip kosong tanpa isi. Jangan cuba mahu beri alasan sibuk, kerana senior2 Tuah yang sudah mula Ko-Assistant (praktikal di hospital) yang berjadual penuh sentiasa pun boleh update, walau tidak sekerap dulu. Malulah sikit wei!

Wallahualam.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ummi, Ya ummi!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Kalau ditanya bagaimana mahu memberitahu seseorang yang kita suka padanya mesti ramai boleh jawab. Kalau ditanya bagaimana mahu menegur dengan berhikmah mesti ramai juga yang boleh jawab. Dan, kalau ditanya bagaimana caranya menutup aurat samada lelaki atau perempuan tentu sahaja ramai yang boleh jawab.

Tapi, kalau ditanya, sebagai lelaki bagaimana mahu menegur seorang perempuan yang pakaiannya seksi, ketat,  tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar, pasti susah hendak dijawab. Kenapa ya? Atau hanya Tuah seorang sahaja yang mengalaminya.

Pernah banyak kali Tuah menegur teman2 baik lelaki mahupun perempuan yang pakaian mereka tidak sesuai dengan keadaan. Kalau nak pakai seluar pendek, pakai dalam bilik sendirian bolehlah, jangan di padang bola, tempat umum. Kalau tidak mahu bertudung jangan keluar rumah, ramai lelaki bukan muhrim yang mahu melihat rambut anda. Tapi, Tuah juga yang kena balik.

Ada yang tidak mahu bertegur sapa lagi selepas insiden tersebut. Ada yang bermasam muka dihadapan kita, dan ada yang langsung mahu memutuskan silaturrahim dengan kita, tidak mahu berkawan lagi. Padahal, kadang2, orang yang kita tegur tersebut kita sayangi sangat2. Mungkin kalau orang tersebut tidak atau kurang kita kenali pasti agak susah untuk kita tegur, kan?

Jadi, pada sesiapa yang ada cara terbaik untuk menegur perempuan itu tolong bagi tahu. Tuah tidak tahan lagi melihat pakaiannya yang begitu menonjol. Tiada ke teman2 perempuan yang menegurnya? Tolonglah kami kaum lelaki yang lemah imannya ini.

**********************************************************************************

Sebenarnya nak buat post sempena hari ibu tapi tidak tahu nak tulis apa. Yang Tuah tahu nak cakap ini kat ummi:

Selamat Hari Ummi,

buat ummi yang tercinta,

seluruh cinta dan kasih diserahkan pada ummi,

keranamu ummi,

dapat anak2mu melihat indahnya bulan dan bintang,

dapat mengenal siapa Allah,

anak2mu semuanya khatamkan Al-Quran di usia yang begitu kecil,

anak2mu cemerlang dalam pelajaran,

sanggup berjauhan dari keluarga di Miri demi memastikan pendidikan agama anak2 ummi terjamin di Semenanjung,

anak2mu menjadi anak2 mithali dan menjadi kebanggan Bin Shahab dan Bin Idrus,

anak2mu menjadi manusia yang dihormati dan disegani bukan setakat saudara mara dan kawan2 tetapi juga sesiapa yang mengenali kami semua,

menjadikan Dil seorang manusia yang tabah dan sabar dengan ketabahan dan kesabaran yang ummi tunjukkan dalam melahir, membesar, mengasuh dan mendidik anak2mu sedari kecil sehingga kini,

dan juga dalam mengahadapi kerenah2 manusia disekitarmu yang tidak tahu malu mahu merendah2kan mu,

ummilah serikandi dalam hidup Dil,

yang sentiasa menjadi manusia pertama dalam hati,

pedoman buat ibu2 dan bakal2 ibu di luar sana untuk menjadi seorang ibu sejati,

hadiah terbaik buat Dil dari Allah sejak saat Dil dilahirkan.

Mungkin pada orang lain Dil anak yang taat pada ibunya, pada ummi Dil seorang yang degil dan keras kepala, tapi Dil telah cuba sedaya upaya untuk menjadi anak terbaik yang bukan sebarang ibu boleh dapat, walau terpaksa 'melawan' ketaatan Abang Eddy dan Abang Lan pada ummi. I've and I'll, as long as I live, be your greatest son. I promise. Happy Mother Day!

(Ok, nak kena stop ni, dah nak nangis dah...nak balik jumpa, peluk dan cium ummi!)

**********************************************************************************

Ni sajak Tuah buat masa suatu pertandingan puisi dahulu, ditujukan khas buat ummi:


Dialah ummiku,

embun penyejuk bagi jiwa yang hangat,

cahaya penerang bagi jiwa yang gelap,

pensyarah bagi jiwa yang kosong,

tanpa ijazah mahupun gelaran.

mengalunkan ayat-ayat cinta,

ketika cinta mula bertasbih,

ketika bersimpuh di atas sejadah cinta,

ketika bersemayam dalam mihrab cinta,

ketika cinta berbuah syurga,

ketika pudarnya pesona Cleopatra,

demi mencari redha dari-Nya,

Tuhan sekalian alam sekalian makhluk.


Apakah ketikaku,

sudah mengecap kebahagiaan dunia,

sudah bertimbun harta dunia,

sudah mencapai kejayaan menggunung,

apakah daku ingat pada ummiku,

guru pertamaku,

ustazah pertamaku,

guru besar pertamaku,

lecturer pertamaku,

dekan pertamaku di fakulti pertamaku,

apakah daku lupa akan janjiku pada tuhanku,

menjaga ummiku hingga akhir hayatku,

dikala suka mahupun duka,

ketika angin dunia menerjah laju,

tidak akan daku lupakanmu,

wahai ummiku,

ummiku yang satu

**********************************************************************************

Nak sambung buat kerja yang bertimbun atau ulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang tinggal 28 hari lagi ni? Atau tidur awal dan bagun awal esok? Kelas penuh pula tu esok! Adoyai! Siapa yang suruh gatal2 ambil jurusan yang memnyibukkan ni? Hah?!

Wallahualam.
~Selamat Hari Ummi, buat ummi dan Aunty Ana~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, October 7, 2009

Peraturan Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapalah yang suka peraturan sekolah. Even ketua pengawas langgar peraturan, walau kadang2 dan peraturan kecil sahaja. Tidak usahlah cerita pasal cikgu. Cikgu disiplin pun hisap rokok tepi tandas sekolah. Nasib baik tiada siapa yang nak report pada pengetua.

Kalau bersekolah di boarding school biasanya ada warden asrama. Mereka akan datang kejut subuh 5.30 pagi untuk solat jam 6.15 pagi. Well, usually only form 1 and 2 sahaja yang bangun apabila dikejutkan. Form 3 to 5 akan bangun setelah dikejut pada pusingan kedua. Iyalah, setiap malam tidur lewat. Sebabnya ada macam2.

‘Fly’ keluar sekolah samada pergi kedai mamak tengok bola atau pergi shopping complex tengok wayang atau main snooker. Kalau tidak pun mereka yang boleh di gelar burung hantu yang aktif di malam hari ini akan ganggu junior2 yang sedang tidur. Macam dah tiada kerja lain. Terutamanya hujung minggu, senior2 ini akan panggil junior2 yang mereka rasa agak kurang hormat pada mereka dan di’ragging’ sampai ke subuh.

Lepas subuh ada kuliah subuh. Kalau 15 minit sahaja tidak apalah. Ini tidak, selagi belum cerah langit tu selagi itulah tidak berhenti ceramahnya. Senior2 yang turun subuh belum mandi mesti risau tidak sempat nak sarapan dan bersiap2 ke perhimpunan harian sekolah. Junior yang bangun awal sebelum subuh untuk mandi tenang sahaja balik dari masjid, sarapan dan bersiap2 ke sekolah.

Kalau lambat ke perhimpunan sekolah pun satu hal juga. Semua yang lewat atau pakaian tidak rapi akan diminta berbaris di depan perhimpunan. Jatuh saham hari itu depan kawan2 perempuan. Dan yang peliknya kebiasaannya hanya lelaki sahaja yang ada di depan. Sebelum tamat perhimpunan pengetua will do the honour, menyebat setiap yang diminta beratur di depan tadi. Bukan setakat kena sebat, lepas itu kena lari keliling padang bola sekurang2nya 3 kali dan kena pungut sampah di sekitar sekolah.Confirmlah lewat masuk kelas hari itu. Kena bebel pulak dengan cikgu pagi itu.

Sekolah tamat jam 2 petang setiap hari selain hari Jumaat. Setiap solat fardhu wajib berjemaah di masjid, termasuklah zohor dan asar. Kalau warden dapat tahu ada yang langsung balik ke asrama lepas kelas memang kena. Habis solat zohor baru dibenarkan masuk asrama untuk makan tengahari dan istirehat sebentar. Jam 3 petang dah mula kelas persediaan atau prep. Tidak sempat nak tidur sekejap.

Tamat prep ialah apabila masuk waktu asar. Tapi, ada sahaja yang datang masjid awal untuk tidur sebelum asar. Kadang2 dari asrama langsung ke masjid tanpa singgah ke kelas, kalau tidak kantoi dengan wardenlah. Lepas solat asar akan ada bacaan maksurat dan taklim. Kalau sekejap tidak apalah. Biasanya dah dekat pukul 6 petang baru tamat taklim. Itu pun junior sahaja yang tinggal. Senior2 lepas bacaan maksurat semua hilang balik ke asrama untuk minum petang dan bersiap2 untuk turun ke padang. Kalau turun ke padang mesti nak ontime atau awal sikit.

Jam 6.30 petang warden bertugas dah round ke padang nak pastikan semua pelajar dah naik mandi dan makan malam. Jam 7 malam semua dah kena turun ke masjid. Dan biasanya senior2 akan turun ke masjid apabila iqamat berkumandang, bukan azan maghrib. Sebab ada yang masih berbual2 masa azan maghrib dan belum mandi. Mana tidaknya, antara jam 6.30 petang hingga jam 7 malam ada 500 orang pelajar yang nak makan malam dan mandi serentak. So, senior akan bagi peluang junior2 mandi dan makan dulu, then barulah mereka pula makan dan mandi.

Lepas solat maghrib ada tadarus atau halaqah atau bacaan Yasiin kalau malam Jumaat. Tapi, biasanya senior2 yang tidak mahu melibatkan dengan aktiviti2 masjid ini akan berada di asrama menonton televisyen atau ‘fly’ cari makan di luar sebab tidak sempat makan malam di dewan makan asrama kerana jam 7 malam dewan dah tutup. So, hanya junior dan beberapa senior sahaja yang mengimarahkan masjid malam itu. Kalau nasib tidak baik, warden akan stop rogram tu lebih awal dan buat spotcheck. Siapa yang tiada nahaslah malam itu kena panggil ke bilik warden lepas isyak atau lepas prep malam.

Biasanya lepas isyak ada prep malam sampai jam 10.45 kecuali hujung minggu dan cuti umum. Lepas prep ada minum malam. Jam 11.30 malam semua lampu kena padam dan tidak boleh buat bising selepas lampu padam. Sebabnya warden akan round setiap jam 11.45 malam dan jam 2 pagi. So, kalau ada program lewat malam seperti yang disebutkan dalam perenggan ketiga tadi akan dimulakan pada jam 2.30 pagi setelah warden yang round tadi telah pulang ke bilik warden atau ke rumah warden.

Seronokkan kehidupan di asrama? Setiap masa junior sahaja yang ikut peraturan sekolah dan senior akan sentiasa melanggarnya. Dan apabila junior itu menjadi senior maka mereka juga akan ikut contoh teladan senior2 mereka tersebut. Dan kerja warden nak pastikan semua peraturan sekolah tidak dilanggar hanya sia2 kerana mereka tidak tahu aktiviti2 dan perancangan2 pelajar melanggar peraturan sekolah, tanpa pengetahuan mereka di depan mata mereka.

Bagi junior, mereka rasa terkongkong pada awalnya kerana tidak biasa dengan peraturan2 sebegini di rumah. Lama kelamaan mereka akan rasa selesa. Bila dah tahu segala gerak geri senior dalam melakukan ‘aktiviti2’ senior, maka mereka akan mula rasa terkongkong kerana tidak dapat berbuat seperti apa yang senior mereka buat. Ada yang masa form 3 dah minta pada ibu bapa untuk keluar dari asrama kerana tidak tahan dengan peraturan2 sekolah.

Iyelah, kalau difikirkan berpandukan fikiran pada masa itu memang segala peraturan tersebut tidak masuk akal. Adalah mustahil jika setiap masa nak turun ke masjid solat berjemaah, terutamanya waktu subuh. Takkanlah tidak boleh solat sendiri di bilik, siap berjemaah lagi, tapi di biliklah. Takkanlah setiap hari masa untuk turun main bola di padang hanya dari jam 6 hingga 6.30 petang sahaja? Adalah sangat mengongkong jika setiap malam perlu prep. Tidak boleh ke buat hal sendiri pada malam hari? Adalah tidak munasabah jika setiap kali mahu keluar ke bandar atau ke kedai makan di luar kawasan sekolah perlu mendapat izin warden. Susahlah kalau macam itu. Ingat kami ini budak kecil lagi ke? Yang tidak pandai jaga diri lagi?

Itu semua fikiran masa jadi budak sekolah menengah dululah. Tuah percaya majoriti sekolah asrama terutamanya sekolah agama mempunyai peraturan yang tidak jauh bezanya dengan sekolah Tuah. Dan majoriti pelajar akan berfikir seperti yang Tuah fikirkan. Maklumlah, belum matang, belum mumaiyiz, belum boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Iyeke? Bukankah mumaiyiz itu sebelum baligh? Dan takat baligh bagi lelaki adalah ketika berusia 13 ke 16 tahun? Yang perampuan pasti lebih awal.

Bagi yang merasakan kebaikan peraturan sekolah tersebut pasti merasa seronok semasa di sekolah dahulu, dan merasa kebaikan mentaati semua peraturan itu. Bukankah semua peraturan sekolah dicipta untuk bercita2 melahirkan pelajar2 yang berdisiplin, berkaliber, berilmiah, berakhlak mulia, patuh ajaran agama dan macam2 lagi. Pendek kata semua yang baiklah mahu dicipta melalui peraturan sekolah dalam diri setiap pelajar. Bukanlah untuk mewujudkan kaki wayang, kaki botol, kaki ponteng, penjenayah, penipu, dan macam2 benda yang tidak baik. Malangnya, berjaya ke cita2 tersebut?

Bagi Tuah, pengalaman mentaati dan melanggar peraturan sekolah ada baik dan buruknya, ada best dan tidak bestnya. Dan segala pengalaman ini pasti berguna di hari muka terutamanya dalam mendidik adik2 atau anak2 menjadi lebih baik daripada Tuah. Insyaallah. Segala pengalaman ini akan disemat dalam2 di sanubari.

Ada teman2 yang kata pengalaman kena sebat di perhimpunan, kena gantung atau buang asrama dan macam2 hukuman kerana melanggar peraturan sekolah yang lain akan menjadi buah cerita dengan anak cucu apabila sudah tua nanti. Samada untuk dibanggakan atau dijadikan sempadan. Bukan senang nak dapat pengalaman itu semua. Siapa yang dah terlepas dari mendapat pengalaman2 tersebut pasti akan merasa rugi kerana tidak dapat kembali ke masa lampau.

Oleh kerana seronok sangat bercerita kisah zaman sekolah dulu maka sampai terlampau panjang post Tuah kali ini. Semoga ada kebaikan dalam buah tangan Tuah kali ini. Akhir kata, jom puasa 6 semasa masih di bulan Syawal ini.

Wallahualam.

p/s: goodluck and do your best to my bro Ashyraf who sit for PMR today, this just make me worried.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, August 23, 2009

Kisah Hari Semalam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sebelum fly ke Indonesia dulu semua orang kata Tuah badan dah naik, dah berisi atau ringkasnya dah gemuk. Masa baru sampai Malaysia dari Indonesia awal Ogos lepas semua orang kata Tuah dah kurus, sangat2 kurus. Semua macam pelik dan siap ada yang tanya "susah sangat ke belajar medic sampai kurus sangat ni?" Apa komen Tuah? Beliau hanya tersenyum dan mengiakan sahaja telahan dan tekaan orang.

Honestly, Tuah tidak tahu nak jawab apa. Sebabnya, pada beliau dietnya sebelum dan selepas ke Indonesia sama sahaja. Yang berbeza mungkin kadar bersukan dan tidur seharian. Kalau pasal exercise memang agak kurang sebelum fly dulu, kurang sikit sahaja. Contohnya, kalau dulu kurang keluar rumah jogging atau main bola, tapi di Indonesia Tuah rajin main pingpong dan jogging sikit, sikit sahaja.

Kalau bab tidur, memang Tuah kurang tidur sejak tiba di Indonesia. Kalau di Malaysia sebelum fly dulu tiada aktiviti lain selain tidur untuk mengisi masa lapang, maklumlah penganggur. Tapi, di Indonesia Tuah rajin tidur lewat kerana banyak sebab. Antaranya study (hehe, yeke?), online ke seluruh dunia, dan lepak2 dan borak2 dengan kawan2.

Kalau nak diikutkan sekarang ni Tuah kata beliau sudah berisi banyak. Maklumlah dah 3 minggu tanpa aktiviti yang merangsang penggunaan karbohidrat yang banyak. Malah cuma aktiviti menambah lemak di dalam badan bukan sahaja seperti biasa tetapi bertambah banyak, kuantiti dan kualiti.

So, sempena bermulanya bulan puasa ini Tuah cuba untuk meng'control' kembali diet dan gaya hidup beliau sebagai persediaan untuk menyediakan diri dari segi fizikal, mental dan rohani untuk meneruskan perjuangan di tahun kedua di Fakultas Kedokteran bermula seminggu lagi. Moga2 beliau berjaya.

Tadi masa nak solat tarawikh baru tahu yang adik bongsu Tuah tidak tahu solat tarawikh, cuma suka ke masjid untuk berjumpa kawan2. Tuah dengan semangat yang tinggi cuba sedaya upaya untuk ajar segalanya pada adik beliau yang baru darjah 2 itu. Bemula dari niat solat tarawikh sehingga selawat yang berselang seli dengan setiap solat tarawikh. Alhamdulillah, adik beliau itu juga dengan rela hati untuk belajar semuanya dalam 10 minit sahaja!

Dan sebagai budak berumur 8 tahun, banyak soalan yang dikemukan adik Tuah itu. Antara soalan yang paling susah beliau bertanya ialah kenapa orang nak sembahyang dengan khusyuk, why even bother to solat sunat sebab tak wajib kan? Pening juga nak cari jawapan terbaik untuk adik beliau itu.

Beliau dengan berhati2 menjawab bahawa solat dengan khusyuk itu dengan niat untuk mendapatkan nikmat ibadah itu sendiri. Begitu juga solat sunat. Semua ibadah sunat gunanya untuk menampung kekurangan ibadah2 fardhu. Selepas tamat kelas segera itu mereka pun sama2 solat isyak dan tarawikh berjemaah.

Esok, Tuah nak mula buat kek untuk di bawa ke Indonesia nanti. Yang lepas dulu Tuah ada bawak juga, banyak pula itu. Tapi, kali ini Tuah kurangkan sedikit. Tadi, ada belajar buat coslow (tidak tahu macam mana nak eja!). Memang susah tapi hasilnya berbaloi, memang sangat sedap. Niat asalnya nak hilangkan rindu tidak dapat makan coslow kat KFC di Indinesia sebab mereka tiada benda tu. So, Tuah nak belajar buat makanan favourite beliau itu untuk Tuah makan apabila mengidam nak makan benda itu nanti.

Dah letih pulak ni taip banyak2. Masalahnya banyak mengarut daripada perkara2 berfaedah yang Tuah type. Sebenarnya kali ini beliau nak post pasal hartal. Apa benda tu? Ha, nanti baca next post! Ok? Adios.
~tengah belajar macama mana nak settlekan benda alah ni!~

*******

Pepatah Tuah: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, August 11, 2009

Rumah Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Lebih kurang seminggu sebelum final exam rasanya semua student kat Bale Padjajaran 2, 3, 4 dah diberi notice kena keluar sebelum 30 Julai. Tapi, masa tu tak terfikir pula masa tu yang kami masih di Bandung pada tarikh tersebut. Maka, ramai yang tidak bersedia dengan perkara tersebut.

Ada juga student yang masih tidak mencari lagi rumah sewa untuk didiami next sem, contohnya Tuah dan housemate-want-to-be beliau. Even semua budak lain dah tahu nak tinggal mana next sem tetapi Tuah dan temannya itu tidak kalut melakukan pencarian.

Sebelum memulakan proses survey rumah, Tuah dan teman beliau telah berbincang dan bersepakat mencari rumah yang mempunyai 7 cir2 berikut:
1-ada 2 atau 3 bilik untuk 2 orang
2-ada dapur yang selesa untuk memasak
3-dekat dengan fakulti
4-mampu untuk dipasang internet
5-harga tidak mencekik darah
6-lawa luar dan dalam
7-berjiran atau berhampiran dengan rumah student Malaysia yang lain (additional)

Nak dijadikan cerita, lepas dibantu oleh seorang teman, Tuah dan teman beliau akhirnya berjumpa dan meng'confirm'kan terus untuk menyewa rumah tersebut. Rumah yang letaknya berdekatan dengan fakulti kedoktoran yang hanya memakan masa 5 minit perjalanan sahaja. Jangan jelous ye orang Ciladas, Alpina, Sukawening dan Cikuda, apatah lagi Maulana, haha.

Rumah tersebut yang terdiri dari 2 buah bilik sebesar bale dan 2 buah kamar mandi yang amat selesa saiznya, ruang dapur yang akan dijadikan 'medan pertempuran' chef Tuah menguji kehebatan memasak beliau sepanjang tinggal di situ, dan ruang tamu yang besar berserta laman rumah yang luas yang mana jika dilihat dari luar rumah menyerlahkan lagi keindahan rumah yang tersergam indah di desa Hegarmanah tersebut.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa kawasan tersebut dipanggil Gentramanah. Rumah Tuah tersebut juga telah diberi nama Gang Titra oleh pemilik rumah tersebut, memang style lah rumah tu.

Nak cerita panjang pasal rumah tu pun macam tak cukup hanya pada satu post. Moral of the story, janganlah kita terburu2 dalam membuat keputusan kerana akibat daripada keputusan tersebut akan berbalik pada kita jua akhirnya.

Macam nak pilih rumah ni Tuah dah berbincang habis2an dengan teman beliau itu dan tidak begitu terdesak mahu mencari rumah yang akhirnya membuahkan hasil iaitu rumah yang terbaik setakat ini seperti diakui oleh teman yang lain, haha.

Akhir kata, jemput2lah datang ke rumah Tuah nanti. Nikmatilah gambar2 rumah Tuah yang sempat diambil malam sebelum balik ke Malaysia. Ni adalah rupa rumah ni masa kami baru dapat. So, tunggu lepas balik dari Malaysia baru rumah ini akan dihias secantik mungkin, hehe.
~dari luar pagar~

~rumahku bukan syurgaku~

~dari luar rumah~

~surau?~

~meja makan @ meja study~

~bilik tidur~

~ruang tamu~

~dapur~

Wallahualam.

*******

Pepatah Tuah: Biar lambat asalkan cepat, logiklah kan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, July 17, 2009

Oh English, Oh Writing...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Some people said to be good in learning something one must pactice according to a saying: practice make perfect. And to be good speaker one must practice to speak. And to be good in writingone must practice writing.

So, to improve my writing technique I will keep writing something, anything including poet or short story. In order to improve my writing technique in English I will write an English post some time when I have the mood, hehe. Because. usually I will automatically use English if I have to use it like in exam or interview, or when I want tospeak with people who not familiar with Bahasa Malaysia or don't even know that language, poor them.

I also will use English if I am mad. If you notice that I use English when I speak or writing before that's mean I am mad at that precise time. Well, not everytime but most of the time. I don't know why I don't when it has began. Some people also said that if you already master one language you will use that language in your dream. But, i'm not sure about that.

But, by just only practice will not improve my technique without correction of my mistake if there any, I think. So that, please help me improve my 'capabalities' in writing by teach me anything that will help me for improvement. I will be ready to be your student, my master.

So, that's all for now. Keep in touch and take care. Astalavista.

~it's been a long time ago since I make a composition on paper~

p/s: remedial exam is still on, help me!
*******

Pepatah Tuah: I am nobody + nobody is perfect = I am perfect...hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, July 13, 2009

Soal Jawab Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Dalam satu temubual bersama Doktor Shahab yang baru wisuda dari Fakulti Perubatan Universiti Padjadjaran, Tuah sempat bertanya beberapa perkara mengenai kentut:

Tuah - T
Doktor Shahab - S

T: Dari mana datangnya gas kentut?
S: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.


T: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
S: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida danmercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


T: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
S: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah gosip terhadap pipi punggung.


T: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
S: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur.

Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak.

Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


T: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
S: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


T: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
S: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.


T: Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
S: Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.


T: Soalan terakhir dari saya, adakah khabar angin yang mengatakan bahawa sesetengah orang tak pernah kentut seumur hidup mereka?
S: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Berikut tamat soal jawab bersama Doktor Shahab yang boleh di dapati di sini.

~fire-fart, fuyooooo!~

p/s:
1) post ni ditujukan kepada mereka yang 'kaki kentut' contohnya ex-roomy 43, wakaka!
2)hari ini birthday Tajul yang ke 57, wuhuuu! takde telur dengan tepung ke?
3) semua budak tak remed dah balik, huhuhu! aku?

*******

Pepatah Tuah: Membujur lalu melintang pukang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, April 25, 2009

TEST DAN BUAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. So, try your best.

Situasinya begini. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah itu, anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal

b. pisang

c. jeruk

d. mangga

e. rambutan

f. papaya

Buah manakah yang anda pilih sebagai buah yang anda suka makan? Pilihan anda akan menunjukkan sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati2.



(AMARAN: JGN TENGOK JAWAPAN DI BAWAH DULU, PILIH DULU BUAH APA)


Ini dia jawapannya:

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti anda orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti anda adalah orang yang suka makan papaya

Banyakkan memakan buah especially buah2an tempatan, kerana ianya bagus untuk kesihatan anda dan pasangan anda (kalau ada lah).

*******

Pepatah Tuah: Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, April 29, 2008

Welcome!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

To all viewer I really want to thank you'll for your kindness to let me borrow your time to read the post that I will write since today.

I hope you'll will be satisfied and be a happier than before you'll read my post.

Once again, thanks a million!
Astavalista...