Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Abu Dzar Al-Ghifari r.a. menerangkan bahawa Nabi s.a.w.bersabda tentang apa yang baginda riwayatkan dai Rabbnya, sesungguhnya Dia berfirman:
"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman kepada diri-Ku, dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kamu. Oleh kerana itu janganlah kami saling menzalimi"
Berdasarkan hadis ini, mengapa masih ramai yang tidak bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan-Nya. Masih ramai yang beranggapan segala kejayaan yang dikecapi adalah atas usahanya semata2 tetapi segala bencana yang menimpa di salahkan pada takdir. Bukankah telah jelas Allah tidak berlaku zalim terhadap makhluk-Nya.
Allah ada menegur kaum musyrikin dalam surah Al-An'am 6:148 di mana orang musyrik mendakwa bahwa kemusyrikan mereka ini telah ditakdirkan-Nya. Walhal, bagaimana mereka tahu bahawa itu yang ditakdirkan kepada mereka.?
Dalam hadis tadi ada disebut:
"Barang siapa mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah, dan barang siapa mendapat selain itu, maka janganlah mencela selain dirinya sendiri."
Memang segalanya telah ditakdirkan Allah dan ditulis di Luh Mahfuz, tapi Allah telah memberikan peluang kepada makhluk-Nya untuk memilih. Maka, semuanya bergantung pada pilihan kita, segala yang dipertanggung jawabkan kepada kita hanyalah pada pilihan kita.
Allah telah berjanji dalam surah Ibrahim 14:7 bahawa barang siapa yang bersyukur maka akan ditambah nikmat kepadanya, barang siapa kufur nikmat-Nya, maka azab Allah yang amat pedih menantinya.
Ada pulak yang tak cukup disalahkan takdir nak disalahkan pula syaitan. Dalam surah Ibrahim 14:22 ada diceritakan ketika setelah dihisab, syaitan berkata, "...tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan menyeru kamu mematuhi seruanku, oleh itu janganlah kamu mencerca aku tapi cercalah dirimu sendiri..." Maka, siapa yang perlu tanggung segala akibat daripada pilihan kita itu melainkan diri sendirilah.
Ha, sekarang nak salahkan takdir tak boleh, nak salahkan syaitan pun tak boleh juga, nak salahkan rakan sebaya pula ke? Or ibu bapa? Or guru? Huhu. Waakhirnya, kita juga yang perlu dipersalahkan, betul?
*******
Pepatah Tuah: Biar korek hidung, jangan korek tabung
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.