Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Baca



Assalamualaikum. Salam perpaduan.
                Seorang pujangga pernah berkata “walau hidup hanya satu, pengalaman biar beribu.” Ada seorang pujangga lain pula berkata “orang yang banyak membaca akan mempunyai beribu2 pengalaman hidup, yang pernah atau tidak pernah dilaluinya.”
                Tuah pula kata “setiap pengalaman itu berharga, tak kira sebagai seorang doktor, pengembara, Perdana Menteri, ahli sihir atau magis, ahli arkeologi, sejarawan, negarawan, ilmuan, seniman, makhluk asing, ustaz & guru, pejuang kebebasan, penyiasat dan detektif, atau sebagai seorang mahasiswa.” Kerana, lebih banyak pengalaman kita, lebih banyak pengetahuan dapat diperolehi.
                One way to gain a lot of experience, including some that impossible for us to experience is by reading. It doesn’t matter if we read history books, newspapers, novels or storybooks, or biographies. For Tuah, anything that can be read is entertaining and worth reading, whether it is books, newspapers or even signboards and brochures.
                For novels, Tuah preferred the best-selling one or serials, because usually they are the best one. They become best-selling because many people read it and they told their friends about it because its good. Same thing goes to serials, the author or publisher would only bring out the sequels because they know fans will buy it because the prequel is good. LikeHarry Potter, Sherlock Holmes, Shadowhunter Chronicles and Lorien Legacies series.
                Tuah also like to read novels that have been made into movies or tv series. The movie and tv producer only produce movies or tv series that were good. For examples Gossip Girls, Pretty Little Liars, The Hunger Games, Percy Jackson, I Am Number Four or Twilight series. Okay maybe some novel doesn’t need to be adapted into live actions.
                Maybe Tuah’s favourites are English language novels, but when he started reading novels, he read lots of Malay novels like Anak Din Biola, 1511H Kombat, 1515 and Tragedi Empat Disember. Even now Tuah still read Malay novels like Lagenda Budak Setan, Ketika Cinta Bertasbih and Ayat2 Cinta.
                Dari pengalaman2 yang kita dapat, harus pisahkan antara reality dan fantasi, rekaan dan kenyataan, kerana perbezaan keduanya amat jelas. Mungkin ada sesetengahnya dapat kita guna sebagai pedoman dan panduan hidup. Tapi, ada juga sesetegahnya yang harus dianggap sebagai hiburan semata2 dan tak digunakan sebagai pegangan hidup.
                Lebih2 lagi novel2 Inggeris yang berwatakkan ahli sihir dan berlainan agama dengan kita. Contoh kalau watak tu sambut Krismas, jangan kita pun nak sambut Krismas. Atau keluarga atau teman2 watak tu jahat atau zalim, jangan pula kita ingat keluarga dan teman2 kita pun zalim, berlindung disebalik kebaikan. Itu namanya tak siuman, tak dapat bezakan antara reality dan fantasi.
                Pendek kata, membaca memang tambah ilmu. Namun, tak semua ilmu itu dapat dan patut kita guna dalam kehidupan seharian. Harus diingat juga, plot dan konflik serta penyelesaian kepada cerita2 dalam novel2 tu adalah ciptaan manusia semata2, berpandukan akal dan hati penulis, tak seperti yang berlaku dalam dunia sebenar. Mungkin ada yang sama, tapi tak semuanya.
                Akhir kata, jangan terpengaruh dengan bahan bacaan kita sampai kita lupa siapa kita yang sebenarnya, samada bacaan tersebut merupakan rekaan atau kenyataan.
                Wallahualam.
Assalamualaikum. Salam perpaduan.

Wednesday, July 24, 2013

Apa Kata Anda Tentang Metrosexual

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


    Semenjak-dua-menjak ni, Tuah ada lah baca novel2 feminist macam Gossip Girl, Pretty Little Liars, Shopaholic Series. Banyak benda yang boleh diambil pengajaran dari novel2 ni.
   
    Antaranya tanggapan wanita2 atau jejaka2 metrosexual, bukan homo je yang metro, tentang cara berpakaian. Mungkin bagi sesetengah jejaka yang bajet ‘macho’ tak mengaku mereka ni metrosexual.

    Tapi percaya atau tidak, setiap dari kita mesti tak banyak sedikit ada rasa nak berfesyen, pakai baju berjenama, termasuk seluar dalam, tiap kali sikat rambut mesti kemas dan pakail gel atau minyak rambut, moisturiser dan pembersih muka wajib bawa setiap kali bercuti atau tidur rumah kawan, muka licin sebab cukur setiap hari, dan cukur bukan setakat muka je, kalau potong rambut tak main lah kat kedai potong rambut biasa, mesti nak ke ‘unisex salon’ sebab siap dengan servis cuci rambut. Haha, terasa ke?

    Jangan risau, ada bukan ‘gay’ atau homo, anda cuma metro, cuma nak ‘up’ sikit je dari orang lain, bak kata wanita di luar sana bila ditanya kenapa nak nampak cantik setiap masa, sebab nak menambah keyakinan diri berhadapan orang lain. Like that really work!

    Ada sesetengah orang tak mengaku metro sebab tersalah tafsir mereka ini dengan homo. Mungkin majoriti dari kalangan homo ini metro, tapi minoriti sahaja dari yang metro ni homo. Tapi ramai dari jejaka sekarang metro. Mungkin pengaruh persekitaran atau media hiburan atau status kerja dan keluarga atau sebab mak suruh, macam kes Tuah. Baik ummi!

    Berbalik kepada tanggapan berfesyen, kenapa mesti pakai cantik2 atau kemas2, paling tidak sesuai dengan masa, tempat dan keadaan sekeliling?

    Pada pandangan Tuah sebab nak ‘fit in’ dengan persekitaran. Macam pakai uniform sekolah, cuma sedikit je yang tak ikut peraturan berpakaian atau panjang rambut berpandukan yang sekolah wajibkan. Tuah pun sama, kalau boleh setiap aturan yang diberikan nak langgar selagi boleh. Rambut panjang, baju ‘tug out’, tali leher pakai cuma bila ke bilik guru, stokin pakai masa hari perhimpunan wajib je.

    Ada yang menganggap pakaian ni macam kostum. Kalau hari raya mesti pakai baju raya, pergi masjid paling tidak pakai baju Melayu, bersukan wajib pakai jersi, jumpa orang kenamaan mesti kena pakai tali leher. Tukang kipas sungguh!

    Bukan lah Tuah kata salah bila berniat nak ‘fit in’ dengan persekitaran atau berkostum di setiap keadaan, cuma jangan paksa orang lain sudah lah. Protokol lah konon. Terpulang anda nak pakai macamana, tapi jangan sampai persekitaran kita membentuk siapa kita, tapi kita yang membentuk persekitaran kita.

    Metrosexual tak salah, homosexual ya salah! Mungkin anda rasa anda homo, tapi anda cuma metro, dan jangan risau, metro sekarang dah normal. David Beckham pun metro. Jangan sampai mandi sampai satu jam, sikat rambut berjam-jam sudahlah!


Eat it!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, May 14, 2011

Twilight Sehingga Breaking Dawn

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa suka baca novel Twilight, Newmoon, Eclipse dan Breaking Dawn? Bukan setakat menonton filemnya sahaja. Saya pasti ramai yang berkata tidak minat. Ramai dikalangan kawan Tuah yang suka baca novel tidak suka siri novel ini melainkan mereka yang ‘hardcore’ baca novel.

Antara alasan mereka tidak meminati siri ini adalah jalan cerita yang membosankan dan kisah pontianak atau ‘vampire yang ‘typical’. Ada pula yang kata penulis novel ini terlalu feminin dan sexist. Tak kurang juga yang kata tahap kejiwangan novel2 ini sungguh meloyakan. Yang ini pasti lelaki yang ungkapkan.

Bagi Tuah selaku peminat novel2 berbahasa Inggeris, novel ini punya gaya atau ‘style’ yang tersendiri. Kalau anda peminat siri novel Harry Potter, novel ini tidak sesuai sama sekali dengan anda. Hal ini kerana novel Harry Potter adalah kisah kanak2. Tetapi, Tuah juga meminati siri tersebut kerana mempunyai unsur mistiknya yang tersendiri dan plot cerita yang mantap.

Seperti novel Harry Potter, novel Twilight tidak kurang hebat juga unsur mistik dan magisnya. Dan hal ini yang berjaya menarik minat Tuah untuk membaca novelnya. Kalau bab cintanya tidaklah begitu meloyakan berbanding filemnya. Novel ini selamat dari segi unsur2 lucah dan jiwang yang keterlaluan.

Kalau anda peminat Lord Of The Rings, pasti anda boleh menjadi peminat novel Breaking Dawn, novel keempat dalam siri ini. Kerana, terdapat unsur2 dramatik yang berjaya membuat Tuah untuk membaca sehingga habis novel ini.

Memang novel kedua dan ketiganya iaitu Newmoon dan Eclipse agak tidak ‘newmon’ dan ‘eclipse’ semata, namun tidak rugi jika anda membaca novel2 ini. Ini disebabkan jika anda berminat untuk menamatkan siri ini yang bermula dengan Twilight yang begitu menarik perhatian dan berakhir dengan Breaking Dawn yang bergitu tragis, maka seharusnya anda baca 2 novel yang ditengah2nya.

Pendek kata, tidak rugilah jika anda baca semua siri novel2 ini. Kalau anda peminat siri novel Shopaholic, Pretty Little Liars, Gossip Girl dan PS. I Love You pasti novel ini menjadi pilihan anda. Seperti mana Tuah meminati siri2 novel tersebut.

Siri Twilight bukan membosankan atau terlalu perlahan jalan ceritanya tetapi anda yang terlalu cepat ‘jump to the conclusion’; dasar lelaki! Cuba baca dengan tenang dan anda akan dapat apa yang mahu disampaikan penulis novelnya selain cerita mistik dan cinta tiga segi dalam siri Twilight ini.

Tak rugi punya!

P/s:
1) sudah lama Tuah tinggalkan Harry Potter dan Twilight Series ni. Sekarang tengah baca novel I Am Number Four oleh Pittacus Lore dan Siri The Immortals oleh Alyson Noel, best wooo!
2) Eat Pray Love berbaloi ke untuk dibaca?
3) ada cadangan novel yang best2 tak?




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, May 8, 2011

When You Try Your Best But You Don’t Succeed

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

When you try your best but you don’t succeed, what will you do next? What is the problem? What is it actually that you do? Are you sure it is your best work? Or you think it is the best but the reality it isn’t? Maybe you know that you can’t but you try as if you can? Or you said that you can but the reality is you can’t?

There are lot of questions that we will ask ourselves if we do not succeed in what we do, like the questions up there, or more than that. Or, to some people love to put the blame on other people or other thing and situation. But, have you asked yourself what do you seek when we do that thing, or ask those questions?

Is it the fault? Or, it is the way to make ourselves feel right or happy? Or, just to have a peaceful mind after any obstacles that Allah put on us that we think we have failed? Or, what actually?

In Islam, there is a way to have the peaceful mind. It is called muhasabah and zikr. Muhasabah or recheck what we have done and corrected it is one way to have a peaceful mind. In way, we will know what really happen, whose fault is it, and how to make the corrections to the problems that come upon us before.

With zikr, in every failure or success that we achieve we know that it is our only fault or greatness or for that lead to it. It is the Creator who gives us the chance to achieve that. In everything we do, it includes our part of work and His part of work as well. If we want to excel in anything we do, always do our best and ask for His help.

Well, it is not that easy to do that. But, it is possible.

Like my friend said, God say ‘yes’ to our prays in 3 ways. Firstly, he gives us directly what we pray for. Secondly, he didn’t give us directly but in time which He only knows best. Thirdly, He never gives us what we want, but He give us better thing, far better than what we pray for. Sometimes, He didn’t give is in this life but in afterlife, which is heaven. Who do not want that? Right?

At the end, never lose hope, never blame others. Keep doing what we love and it will reduce the workload. Keep asking for Allah’s help and He always answer His servants pray. And He never let us down; we are the one who let us down.

Wallahualam.





p/s: I thought this will be a short article, because my English is a bit rusty right now, but who knows...hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, May 4, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Novel, Filem & Drama Tv

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa pernah baca novelnya? Siapa pernah menonton filemnya? Siapa pernah melayan setiap episod siri televisyennya? Tuah jawab; saya, saya dan saya. Rasanya paling ramai telah menonton filemnya, kurang sedikit yang melayan dramanya selepas menonton filemnya. Dan paling sedikit yang baca novelnya.

Antara ketiga2nya, bagi Tuah novelnya yang paling mengasyikkan. Bukan setakat gaya bahasanya atau setnya yang indah, tetapi jalan cerita dan perwatakannya juga cukup mengagumkan Tuah. Siapa yang terfikir disebalik kegagalan seorang pelajar untuk menamatkan pelajarannya di IPT adalah demi menyara hidup keluarganya setelah kematian bapa. Yang memandang sinis pasti ramai.

Antara filem dan novelnya, dari segi jalan cerita dan watak adalah sama. Yang membezakan keduanya ialah penceritaan, set dan perwatakannya.

Kalau dilihat dari novelnya, watak pembantu lelaki bukanlah seorang yang jahat dan tidak berhati perut. Dia tidak lebih dari seorang yang bernasib malang dan mangsa yang teraniaya. Yang dia mahukan cuma kebahagiaan sementara walau terpaksa menyakitkan hati orang yang dicintainya buat sementara. Hal ini turut melukai hatinya sendiri.

Kalau ditonton filemnya, seakan watak tersebut adalah watak antagonis yang hanya mementingkan diri dan tidak jujur. Sehingga ramai antara mereka yang telah menontonnya merasakan dialah orang yang paling jahat di dunia kerana berbohong kepada semua orang. Kesian watak tersebut.

Kalau dari segi set, tempat belajar watak ini diceritakan sangat indah, dibayangkan seperti kita dapat melihatnya. Namun, set di dalam filem agak kurang menarik perhatian. Mungkin kos untuk mendapatkan set yang sama tidak mencukupi. Boleh dimaafkan.

Tetapi, dari segi penceritaan, sangat menyedihkan. Kemantapan penulis novel tidak dapat ditandingi pengarah dan penulis skrip. Ada 3 cerita yang berbeza kalau anda perasan dalam novel tersebut.

Iaitu watak utama lelaki dengan masalah kewangan dan pelajarannya. Watak utama perempuan dengan masalah kahwinnya (typical woman, haha). Dan watak pembantu lelaki dan malang yang menimpanya.

Watak2 ini tidak berjaya memberi tahu penonton akan betapa susahnya mereka menghadapi masalah masing2. Dari tindakan2 yang diambil tidak berjaya meyakinkan penonton yang mereka bermasalah.

Tetapi, filemnya tidaklah seteruk siri tvnya. Kalau anda kata watak perempuan sangat baik dan teraniaya dalam filem dan novelnya, dalam siri tv dia yang paling lemah sekali. Sehinggakan Tuah pernah berhenti sementara menontonnya kerana meluat dengan watak tersebut yang seperti bidadari baiknya dia dalam novel.

For what its worth, tengoklah sendiri siri tersebut. Kerana sehingga ke akhirnya, banyak pengajaran yang dapat diambil dari siri tersebut, terutamanya bagi mereka yang mahu, akan, baru dan telah lama berkahwin.

Tuah bukanlah pakar dalam menulis novel, membikin filem dan siri tv, tetapi Tuah juga punya pendapat sendiri dalam menginterpretasi apa yang Tuah suka dan minat. Manusia dan pendapat masing2 tidak dapat dipisahkan sama sekali.

Wallahualam.






p/s: Tuah pembaca setia penulis novel ini tahu. Sudah baca semua karya beliau!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, April 30, 2011

Budak Sekolah Agama, Karkun & Pacaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Di zaman bersekolah agama dulu, ramai dari kalangan teman sekolah Tuah tidak berpacaran. Tapi, bukan sedikit yang berpacaran. Bukanlah trend di sekolah Tuah bila berpacar akan cerita pada kawan2. Dan, ramai yang cuba mengelak dari ketahuan teman2.

Yang ketahuan cuma jika terkantoi sedang menunggu bas di Melaka Sentral, sedang lepak2 atau makan di shopping complex, beli tiket wayang di Mahkota Parade dan sebagainya.Jadi, mungkin lebih ramai lagi yang berpacaran tetapi tidak ketahuan oleh Tuah dan rakan2.

Dalam ramai2 budak sekolah Tuah ada sekelompok jemaah yang terasing di dunia dakwah. Semuanya karkun atau tabligh. Selalunya mereka ini tidaklah mengasingkan diri dari orang lain, tetapi mereka yang merasa terasing atau memang mereka ini diasingkan oleh yang lain.

Yang bagusnya, tiada seorang pun dari mereka ini berpacaran. Jangan kata nak berpacaran, langgar peraturan sekolah seperti datang lewat atau keluar rehat lebih awal pun susah nak jumpa. Pendek kata, mereka ini merupakan antara insan2 yang sesuai dipanggil mantan pelajar sekolah agama.

Malangnya, ada beberapa teman Tuah yang karkun ini cuma karkun di sekolah. Maklumlah, ada suasana dan teman2 yang selalu mengingatkan sesama sendiri. Apabila ke institut pengajian tinggi semuanya membawa haluan masing2 , dan di sini bermulanya masalah dan perjalanan hidup mereka yang sebenar.

Ada yang kata sebab mereka ini datangnya dari sekolah satu jantina, atau pun dari sekolah agama. Maka, berlaku kejutan budaya ke atas mereka. Seperti teman2 yang lain, Tuah juga mengalaminya. Dulu, tidak kisah nak berdandan ke kelas, nak control macho dan sebagainya sebab semuanya lelaki. Geli atau gay rasanya kalau berbuat sedemikian di sekolah.

Tetapi, di IPT yang turut di huni oleh pelajar perempuan, kami mula berubah. Mula mengenal erti hidup sebagai remaja lelaki. Ada yang kata dah terlambat. Tetapi tidak bagi kami. This is the right time. Sebab zaman remaja adalah zaman mencuba sesuatu yang baru. Dan kami mula untuk matang di usia ini.

Namun, disebalik banyak nasihat dan pengajaran serta pelajaran yang kami dapati di sekolah dulu, ramai dari kalangan kami yang tersungkur. Dan yang paling menyedihkan ada antara yang tersungkur ini adalah mereka yang dari kumpulan karkun tadi. Kalau kena pada yang lain memang tak pelik pun bagi Tuah.

Bila di analisis semula, baru Tuah perasan apa punca kepada permasalahan ini. Mereka ini karkun hanya kerana ustaz, senior atau teman, bukan demi Allah. Maka, setelah tamat sekolah mereka tidak lagi rajin mengikut program2 tabligh samada yang harian, mingguan mahupun bulanan. Mungkin kerana merasa bosan dengan dunia dakwah ketika di zaman sekolah lagi.

Di IPT Tuah ini juga terdapat 2 karkun yang tidak lagi aktif. Seorang lagi perlu gesaan baru nak bergiat. Yang Tuah risaukan ialah yang seorang ini. Sibuk dengan pacarnya ke hulu ke hilir. Kalau dulu agak malu jika ketahuan Tuah, tetapi kini tidak lagi. Mungkin telah hilang malunya. Nauzubillahiminzalik.

Lepas baca satu artikel pasal susahnya nak ajak bekas pelajar sekolah agama ikut program dakwah, Tuah cuma tersenyum sendirian. Jangan kata orang lain, Tuah sendiri agak sulit untuk ikut flow mereka di sini. Banyak kurang dari lebihnya. Mungkin setelah Tuah cuba nasihat dari atas sampai ke bawah baru semuanya akan berubah seperti asalnya, insyaAllah.

Tetapi, untuk mereka yang tidak tahu atau tidak perasan, kebanyakan mereka yang bersekolah agama bukanlah atas kehendak mereka sendiri melainkan atas desakan keluarga. Seperti juga Tuah. Sebelumnya adalah bilis, tamat sekolah menjadi jerung. Sebelumnya nakal, selepasnya jahat dan macam iblis. Mungkin di situ masalahnya.

Wallahualam.




p/s:
1) buat mereka yang tertanya2, karkun tu orang yang ikut gerakan tabligh yang biasa dilihat berdakwah dari rumah ke rumah
2) buat teman yang malas nak kira, ni post yang ke 150 Tuah, jadi ada 50 lagi (150 sahaja? walhal sudah 4 tahun berblog ni, sangat tidak produktif langsung)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, February 11, 2011

If You Wanna Be My Lover

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

If you want my future forget my past,
If you wanna get with me better make it fast,
Now don't go wasting my precious time,
Get your act together we could be just fine

If you wanna be my lover, you gotta get with my friends,
Make it last forever friendship never ends,
If you wanna be my lover, you have got to give,
Taking is too easy, but that's the way it is.

What do you think about that now you know how I feel,
Say you can handle my love are you for real,
I won't be hasty, I'll give you a try
If you really bug me then I'll say goodbye.


Siapa tahu lagu ni? Kalau tidak tahu, pergi cari sendiri kat internet, Tuah tidak mahu cakap. Lagu ni dah lama tapi masih hijau, evergreen. Group yang punya lagu ni asal Britain. All girls. Lagu ni sahaja yang Tuah minat dari group mereka ni. Sebab rentak dan lirik lagu bagus.

Kalau tengok lirik lagu ni rasanya macam boleh guna untuk bagi tahu pasangan kita yang kawan kita sangat penting dalam hidup kita. Jangan dia nak merajuk atau marah bila kita consider our friends more than them. Kan?

Lagu ni juga boleh guna untuk bagi tahu yang jangan pernah cuba untuk mengubah siapa kita sebelum mereka kenal kita. Tapi, kalau kita nak sendiri baru kita berubah, ikut suka hati kita. Kalau tidak setuju you are free to go. We can find another.

Satu lagi, kalau nak masa depan kita jangan sibuk nak tahu masa lampau kita. Kenapa mahu dikenang masa lampau yang tak begitu kita sukai. Yang kita suka bolehlah kita kongsi bersama. Yang tak seronok tak payahlah. Kan?

Sebenarnya Tuah tengah dengar lagu ni ulang2 24 jam. Sampai budak rumah kata sudah bosan asyik ulang2 lagu yang sama. Haha. Nak buat macamana? Lagu yang best mesti ulang2.

Entahlah.




p/s: masa cuti nak habiskan 6 novel dalam 6 hari, hari ni baru habis 4, itu pun rasa dan berpinar mata ni..huhu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, January 17, 2011

Nak Tergadah Lepas Terhantuk?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Masa tengah berbual dengan kawan2, tiba2 salah seorang terfikir suatu situasi yang wujud dikalangan teman2. Iaitu ramainya pelajar yang beriman dengan hari peperiksaan; dengan hati, lidah dan perbuatan.

Mereka yakin dan percaya dengan hati yang hari peperiksaan akan tiba, akuinya dengan kata2 dan mengiyakan dan membuktikan dengan perbuatan iaitu dengan blajar setiap masa. Pendeknya, mereka percaya, mengaku dan membuktikan akan datangnya hari peperiksaan.

Setiap kali akan datangnya hari peperiksaan mereka akan membuktikan keimanan mereka ini dengan sentiasa bercakap mengenainya dan belajar bersungguh2 sehingga akhirnya mewujudkan keyakinan tersebut.

Namun, tidak ramai dari para pelajar yang betul2 beriman dengan hari kiamat, hari kebangkitan, hari penghitungan dan hari pembalasan. Buktinya, masih ramai yang bukan sahaja buat maksiat tanpa henti malah tanpa segan silu bercerita dan berkongsi hal tersebut dengan orang ramai.

Seperti dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.”

Maka, tanpa rasa malu mereka melakukan maksiat dikhalayak ramai. Tidak kira samada dosa kecil atau besar mereka lakukan tanpa henti, seperti hari pembalasan tidak akan tiba, langsung.

Mungkin, keimanan terhadap hari peperiksaan begitu kuat memberi impak kerana mereka pernah melaluinya sebelum ini berkali2. Atau, kerana sudah tahu bila dan di mana akan berlangsungnya hari peperiksaan. Kerana siksaan di hari peperiksaan yang masih dirasakan menyebabkan mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Mungkin, apabila sudah tahu bila dan di mana atau sudah mengalaminya baru mereka akan beriman dan percaya akan kedatangan hari tersebut. Tetapi ketika itu sudah terlambat. Seperti dalam surah Fatir, 35, ayat ke-37 yang bermaksud,

“dan mereka berteriak di dalam neraka itu, ‘ya tuhan kami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan kebajikan yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu...’

Adakah setelah menjadi orang2 dalam surah tersebut baru mereka mahu beriman? Bagaimana pula dengan Tuah dan anda? Tuah memang tidak mahu. Well, the choice is yours. Jangan dan terhantuk baru nak tergadah.

Wallahualam.

~layan lagu ni, teringat zaman sekolah, berpesta atas kubur Cina kat belakang sekolah~

p/s: final exam dah mula siang tadi, doakan kejayaan Tuah dan kawan2.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, January 5, 2011

Tuah Dan Seni 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pertengahan bulan lepas, mahasiswa Malaysia angkatan 2008 Universitas Padjajaran dari Fakultas Kedokteran, Kedokteran Gigi dan Farmasi sekali lagi telah mengadakan suatu program tahunan yang tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama angkatan.

Juga, sekali lagi Tuah telah dijemput untuk membuat persembahan, pada awalnya. Bagaimanapun, pada akhirnya terasa macam terpaksa pula buat persembahan tersebut, kerana mewakili mahasiswa FK yang begitu ‘sibuk’ sehingga tiada masa untuk terlibat sama.

Walaupun terasa seperti orang luar semenjak dua menjak ini, tetapi kerana telah diajak maka Tuah buat dengan senang hatinya. Tidak kira samada bagus atau tidak, yang penting semua dapat bergembira dan mendapat manfaat dari persembahan tersebut.

Jadi, sekali lagi dengan tidak malunya Tuah membuat persembahan atas pentas. Dan, kali ini Tuah buat persembahan boria, seperti di sekolah menengah dahulu. Jika ada persembahan mewakili tingkatan, maka tingkatan Tuah akan buat boria, dengan liriknya digubah sesuai acara, seperti hari guru dan sebagainya.

Tetapi, ini pertama kali Tuah mencipta atau menulis liriknya. Biasanya, Tuah akan menyanyikan lagu orang lain, saduran or ‘cover song’. Kerana ini acara angkatan, maka Tuah buat lirik sendiri yang ada kaitan dengan teman2 seangkatan.

Namun, persembahan tersebut agak memalukan kerana sangat buruk disebabkan kami berenam hanya berlatih selama sejam. Tapi, liriknya mendapat tepukan gemuruh teman2. Terima kasih semua atas sokongannya.

Jadi, buat masa ini Tuah telah terlibat dengan 8 jenis cabang seni. Menyanyi, menari, berlakon, bermain alat musik, mengarah, menulis skrip, berpuisi dan yang terbaru mencipta lirik lagu. Menulis novel atau buku belum lagi, akan datang tidak lama lagi, insyaAllah.

Antara semuanya, yang paling Tuah suka adalah menjadi penulis skrip dan mengarah. Sebabnya, Tuah suka menulis cerita, bercerita dan menonton filem atau siri televisyen. Jadi, kalau membuat filem terasa puas.

Tuah adalah jenis orang yang suka mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dalam persembahan mereka, samada nyanyian, lakonan, filem dan sebagainya. Kalau tengok persembahan pentas Tuah akan cari orang tersalah lirik atau skrip, terlupa langkah tarian atau set yang tidak sesuai dengan sketsa yang hendak dipersembahkan.

Apabila sampai giliran membuat persembahan, Tuah akan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan2 yang dilakukan oleh mereka tadi. Tuah akan cuba sebaik mungkin untuk tidak mendapat kritikan2 yang tidak sepatutnya Tuah dapat.

Sama seperti hidup, Tuah akan cuba untuk mengambil iktibar dari kesalahan2 orang lain untuk dijadikan pedoman dan sempadan untuk menjadikan ‘persembahan’ Tuah yang terbaik kepada pengarah sekalian alam, Allah s.w.t.

Kalau boleh Tuah akan cuba menegur kesalahan2 mereka yang bersalah selagi Tuah nampak atau tahu. Tidak kira samada mereka itu keluarga, teman2 mahupun mereka yang tidak dikenali. Samada tua atau muda, Muslim atau tidak.

Kalau kita menunggu sehingga kita berubah menjadi alim atau warak baru mahu mula menegur maka sampai bila2 kita akan merasa susah untuk berubah. Ini kerana suasana disekitar kita yang tidak baik akan memberi kesan yang tidak baik kepada diri kita dalam proses untuk berubah.

Jadi, semasa kita berubah menjadi baik sedikit demi sedikit kita usahakan juga supaya persekitaran kita juga berubah menjadi baik sedikit demi sedikit. Kalau nak masuk syurga jangan masuk sendirian. Bawa sekali keluarga, teman2 dan orang lain sebanyak yang kita mampu.

Wallahualam.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, December 24, 2010

Dua Perempuan 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Soalan pertama Tuah untuknya, adakah dia beragama Islam? Dijawabnya tidak, dia tidak beragama sama sekali. Dengan santainya dia menjawabnya. Tuah tidak begitu terkejut kerana walau di Malaysia juga ramai kawan2 Tuah yang tidak beragama.

Maksudnya tidak menganut mana2 agama. Kalau mahu cerita yang muslim, nasrani, Buddist atau penganut Hindu yang tidak ‘beragama’ lagi banyak. Cakap sahaja muslim tetapi melakukan dosa dengan ‘slumber’ sahaja. Yang nasrani tidak ke gereja setiap juga ramai. Tetapi, yang ‘freethinker’ atau berkefahaman Atheis juga ada.

Dan, seperti biasa Tuah akan bertanya kepada mereka2 ini mengapa tidak beragama. Perempuan ini pun berkata yang keluarganya merupakan keluarga campuran Islam-Kristian, suatu hal yang tidak normal tetapi tidak sedikit di Indonesia ini.

Katanya, dia keliru untuk beragama. Bukan keliru untuk memilih mana satu sebagai agamanya tetapi keliru dengan alasan untuk beragama. Mengapa wujudnya agama2 di dunia ini? Bukankah agama2 ini menjadi punca perkelahian dan perpisahan antara penganut2nya?

Kalau tiada agama, pasti dunia akan menjadi lebih aman. Pasti tidak ada permusuhan antara negara2 Arab dengan negara2 Eropah, antara orang Israel dan orang Islam Palestin, antara orang Kristian dan Muslim di Indonesia.

Tuah jika berdebat pasal agama dengan orang Islam pasal agama memang sudah biasa, tetapi dengan bukan Muslim tidak pernah. Berbual kosong pernahlah. Kalau anda, bagaimana agaknya jawapan yang akan diberikan? Tuah pun berdoa dalam hati supaya Allah tolong Tuah jawabkan.

Tuah bertanya lagi, pernahkah dia terfikir bukan sekadar agama yang menjadi pemisah antara sesama manusia. Ada hal2 lain yang menjadi pemisah seperti bangsa, negara dan ideologi. Belum lagi kerana sukan dan pertandingan2. Jika, dalam sukan manusia boleh bersatu, dalam sukan juga manusia boleh berpecah.

Contohnya, wujud pergaduhan antara penyokong kelab bola sepak Inggeris dengan penyokong kelab yang lain. Perkelahian ditengah padang bola antara dua pasukan yang berlawan juga sering berlaku. Tetapi, mereka tidak pernah menyalahkan sukan kerana mewujudkan permusuhan, malangnya agama pula menjadi sasaran.

Pergaduhan wujud kerana ada rasa tidak puas hati anta dua pihak yang berbeza dan mempunyai perbezaan, walau apa juga alasannya. Jika, kedua pihak kembali memkirkan persamaan dan mengetepikan perbezaan antara mereka pasti perkelahian atau kekerasan tidak akan berlaku.

Jika, orang Israel dan Palestin tidak menghiraukan perbezaan tetapi membina persamaan antara mereka maka tidak akan berlaku perang antara keduanya. Begitu juga dengan negara Arab dan Eropah serta orang2 Islam dan Kristian di Indonesia. Jika, perbezaan ini tidak dijadikan asas perhubungan mereka maka dunia akan aman.

Semua agama menggalakkan penganutnya untuk tidak melakukan penindasan atau kekerasan mahupun permusuhan dengan penganut dari agama lain. Semuanya menyuruh penganutnya untuk saling hormat menghormati sesama manusia, tidak kira apa juga kepercayaan mereka.

Selepas itu, kami berduanya berdiam diri. Dia yang sudah lama berdiam diri mungkin memikirkan akan kebenaran kata2 Tuah. Atau, tidak berpuas hati dengan penjelasan Tuah tetapi malas untuk mengutarakannya. Atau, tidak berminat untuk bercerita mengenai hal2 agama.

Tidak lama kemudian kami pun sampai ke destinasi masing2. Sampai akhirnya baru Tuah perasan. Kalau dengan perempuan bertudung tadi kami lebih gemar berbual mengenai hal2 kami sendiri. Tetapi dengan yang kedua ini, kami berbual pasal agama. Walau Tuah tidak yakin dapat membawanya ke jalan kebenaran. Semoga berjaya hendaknya.

Wallahualam.


p/s: kisah ini tiada kaitan dengan mereka yang masih masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, kecuali Tuah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, December 20, 2010

Dua Perempuan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar menaiki pengangkutan awam, Tuah duduk besetentang dengan seorang perempuan yang sebaya. Seperti biasa, lelaki jika melihat perempuan yang cantik mesti terkesima sekejap, sesaat atau seminit lamanya.

Mahu dibuat bagaimana, sudah tertengok dan terdapat rezeki. Orang kata rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Persoalannya, adakah ini yang dinamakan rezeki?

Sewaktu di sekolah dahulu, Tuah biasa mendengar sebuah hadis di mana Nabi s.a.w di tanya sahabatnya mengenai hukum memandang wanita tanpa ia sengaja. Lalu Baginda s.a.w. menjawab, “Pandangan pertama (tanpa sengaja) kamu tidak berdosa. Dan berdosa pandangan kamu berikutnya (yang disengaja).”

So, berdasarkan hadis ini maka memang rezekilah namanya. Tapi, cuma kerlipan yang pertama sahaja. Yang kedua dan yang keseratus sudah namanya dosa, bala. Bukan main tenung lagi Tuah pada perempuan itu. Minta2 dia tidak perasan.

Lepas berkenalan dan berbual2 beberapa minit, dia pun turun. Tuah tiba2 terasa rindu, walau baru berjumpa dan berpisah tidak sampai sejam. Menyesal rasanya tidak meminta nombor telefon dia.

Tengah2 menyesal sebentar tadi, tiba2 seorang perempuan lain masuk. Kalau yang tadi itu bertudung. Tapi, yang ini jangan kata mahu bertudung, bajunya pun ketat dan siap dengan skirt pendek lagi. Pergh! Berderau iman masa itu.

Kemudian, baru Tuah perasan bahawa ini merupakan ujian daripada Allah, mahu menunjukkan betapa lemahnya iman Tuah. Yang tadi pun Tuah boleh galak berbual, apalagi dengan yang ini. Astaghfirullah.

Jadi, kerana sudah perasan yang ini ujian Allah, maka Tuah tidak menegur perempuan itu. Tetapi, dia yang menegur. Boleh pula dia kata Tuah sombong. Walau sudah biasa dituduh sombong, Tuah tetap tidak suka mendengarnya. Lebih2 lagi jika Tuah tidak berniat untuk menyombong.

Mula, cerita pasal Malaysia. Kemudian pasal hubungan Malaysia dan Indonesia. Bila dia tanya, macamana keadaan sosial remaja di Malaysia. Adakah lebih baik atau lebih buruk dari Indonesia?

Tuah tidak tahu mahu bilang apa. Kalau mahu diikutkan lebih kurang sama sahaja keruntuhan moral remaja di kedua2 negara. Tapi, dari segi ketinggian budia pekerti dan adab rasanya remaja Malaysia lebih baik.

Namun, dari segi suara dan pendapat, pemuda pemudi Indonesia lebih kuat dan tinggi suaranya. Jika di Malaysia, pemuda yang bersuara lantang pasti meminati dunia politik. Kalau tidak, mereka lebih memikirkan diri sendiri dan tidak mempedulikan masyarakat sekitarnya.

Kalau di Indonesia, remajanya memang suka menyuarakan pendapat, samada didengari oleh pemerintahnya atau tidak. Dan, mereka lebih suka menggunakan demonstrasi dan piket sebagai saluran untuk menyuarakannya. Tidak seperti di Malaysia yang lebih suka cara yang lebih aman, bagi mereka dan orang sekitarnya.

Seterusnya, Tuah cakap remaja2 dan pemuda2 Malaysia kini sudah dipengaruhi oleh cara fikir orang Indonesia ini. Contohnya, mereka kini sudah mula memberontak, samada terhadap keluarga mahupun pihak sekolah. Tetapi, tidak sekeras orang Indonesia.

Selepas itu, giliran Tuah pula untuk bertanya...

(bersambung...)




Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, December 4, 2010

Masa Lampau

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ingin Tuah dahului post ini dengan sedikit ucapan selamat hari lahir yang ke 9 buat adik bongsu Muhammad Hafizulamin pada hari ini.Semoga menjadi adik yang taat pada abangnya, hehe. Dan menjadi anak solehah dan cemerlang dalam pelajaran. Jangan main game kerap sangat, nanti lebih bagus dari abang pula. Tidak boleh begitu, abang mesti labih baik, hehe.

***********************************************************************************

Pernahkah anda merasakan tidak puas dengan apa yang telah anda lakukan atau tidak lakukan pada masa lampau seperti di sekolah atau bersama kawan2? Tuah kadang2 ada merasakannya.

Antaranya, kenapa Tuah tidak ambil sahaja jawatan sebagai pengawas sekolah menengah dahulu. Kalau pada masa tersebut Tuah akan jawab tanggung jawab sebagai pengawas disiplin di sebuah sekolah agama yang mempunyai pelajar2 yang bersifat pemberontak adalah sangat besar sehingga tidak sanggup untuk Tuah memikulnya.

Tapi, kalau sekarang, terfikir juga mungkin dengan menjadi pengawas disiplin maka Tuah akan menjadi seorang pelajar berdisiplin walau sedikit. Tidak seperti waktu sekolah dahulu, yang suka melanggar peraturan dan membenci pengawas sekolah.

Sewaktu tingkatan satu, Tuah merupakan satu2nya ketua tingkatan yang kekal sejak dari awal hingga akhir tahun tersebut. Kelas lain semua bertukar sehingga ada yang bertukar 4 ketua tingkatan. Dan, ketika itulah Tuah melihat jika mahu memiliki kawan yang ramai maka jangan menjadi penegak hukum dan yang sewaktu dengannya.

Namun, itu cuma fikiran pelajar tingkatan satu yang belum cukup matang. Jika dapat kembali ke masa tersebut pasti  Tuah akan menerima tawaran menjadi pengawas. Mungkin sahaja Tuah akan menjadi lebih baik dari sekarang. Haha.

Selain itu, Tuah juga menyesal tidak begitu bersahabat dengan teman2 di kolej dahulu. Tuah hanya berkawan sekadar untuk melepasi satu tahun di kolej, bukan untuk selamanya. Hanya beberapa orang sahaja yang masih Tuah berhubungan sehingga kini, perempuan semua.

Kerana pasti yang teman2 lain tidak akan ikut sama belajar ke tempat Tuah belajar sekarang maka Tuah ambil tidak endah pada mereka. Jika memerlukan baru Tuah akan berkawan dengan mereka, jika tidak maka tidaklah kami bersua muka.

Padahal, bukan sahaja orang Malaysia, malah ada banyak lagi teman sekolej yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika. Mereka bukan sahaja ramah malah begitu suka untuk berkawan dengan kita, cuma Tuah yang tidak berminat. Betullah kata orang, Tuah memang seorang yang sombong.

Antara sesalan Tuah yang lain ialah tidak betul2 menjelajah kota Kuala Lumpur sewaktu Tuah tinggal berdekatan dahulu. Tuah lebih suka mengurung diri seorang diri di rumah, daripada menghabiskan masa menjelajah ke seluruh pelusuk Kuala Lumpur.

Akibatnya, hanya beberapa tempat sahaja yang Tuah ingat kerana pernah dikunjungi dahulu. Kalau bercerita dengan kawan2, memang Tuah tidak tahu di mana tempat itu dan ini, di mana boleh dijumpai itu dan ini. Rugi sangat rasanya.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi perkara yang Tuah sesali kerana tidak lakukan suatu masa dahulu. Tapi, bak kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Jangan menyesali perkara lampau, tapi ciptalah masa depan yang lebih baik.

Berpegang pada kata2 tersebut, Tuah aan cuba untuk menjalani hidup ini dengan sepenuhnya, to the fullest. Jangan risau, siapa yang mahu berkawan dengan Tuah dipersilakan. Tapi, Tuah perlu mengenal anda dahulu barulah mahu dijadikan teman. Dan, Tuah akan memikirkan betul2 segala tindakan yang akan dibuat selepas ini, bukan terburu2 seperti selalu.

Akhir kata, Tuah bukan mahu mengenang masa lampau, tapi mahu mengingatkan diri supaya jangan do first, think later, tapi thing before do something. Adios amigos.

Wallahualam.


~sambungan video dari post yang sebelum ini~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, November 30, 2010

Jangan Nak Mengarut

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Isnin lepas lepas tengok filem Harry Potter yang ke 7, Tuah balik dengan seorang kawan ini. Masa berborak ada cerita sedikit tentang babak 18SX dalam cerita itu. Walau tidak berapa nak 18SX, tetapi ianya tidak banyak sedikit mengganggu fikiran dan hati kami.

Dalam perbualan tersebut, kawan Tuah ada cakap, masalah remaja dan kanak2 yang meningkat remaja mencari2 ‘pengetahuan’ dan ‘info’ tentang seks berpunca dari masalah ibu bapa yang terlalu berahsia dan tidak mahu bersifat terbuka atau open minded.

Masyarakat selalunya beranggapan, jika ibu bapa mula berkongsi tentang hal2 seperti ini, gejala porno, seks bebas dan buang anak dikalangan remaja tidak akan berlaku atau kurang. Betul ke kalau ibu bapa berkongsi hal2 seperti ini di rumah maka gejala2 tidak sihat ini akan berkurang atau tiada sama sekali?

Tuah sama sekali tidak bersetuju. Kalau betul sebegitu, bagaimana pula dengan mereka yang tidak melakukan gejala2 tidak sihat tadi? Adakah di rumah ibu bapa mengajak mereka bebincang hal2 seks seperti mengajak mereka bercerita mengenai kisah kanak2 atau sirah nabi2? Pastinya tidak.

Ada pihak yang merancang untuk mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks dalam silibus pelajaran di sekolah. Apa kes ni? Mata pelajaran berkaitan agama dan rohani hanya dipandang enteng oleh pihak sekolah, tetapi pelajaran seperti sudah mahu diwujudkan. Gilalah. Memang gila.

Asas kepada permasalahan ini mungkin terletak pada ibu bapa. Bukan kerana mereka tidak open minded dalam hal2 berkaitan seks. Tetapi, kerana kurangnya didikan agama kepada anak2 ketika di rumah. Jika anak2 berpendidikan agama yang sewajarnya, pasti masalah2 berkaitan seks bebas dan porno tidak wujud.

Kerana, dalam agama juga telah diajarkan mengenai seks. Contohnya, jangan mendekati zina, jika sudah cukup syarat dari segi zahir dan batin cepatlah2 menikah, jika belum mampu berusaha untuk menahannya dengan berpuasa, dan macam2 lagi. Tetapi, semua itu tidak dianggap penting untuk diajarkan kepada anak2.

Bagi sesetengah orang, pendidikan seks penting kerana ianya memberitahu remaja bahawa jika berhubungan kelamin dengan jantina lawan maka akan menyebabkan si permpuan mengandung di luar nikah. Maka, sila gunakan kondom, atau jangan lakukan yang ‘ringan2’ sahaja seperti peluk dan cium.

Adakah pendidikan seperti akan membendung gejala tidak sihat tadi? Sama sekali tidak. Sebaliknya akan lebih banyak lagi kes sumbang seperti ini. Kerana mahu eksperimen katanya, sehingga terlanjur pada akhirnya. Jadi, apa yang baiknya? Apa yang bagusnya?

Pada akhirnya, Al-Quran dan Al-Hadith adalah panutan yang sebenarnya dalam menanggani apa2 sahaja masalah yang ditimbulkan manusia. Janganlah berharap pada solusi yang dicadangkan manusia, yang mungkin diangkat dari mereka yang bukan sahaja kafir, malah berniat untuk menjatuhkan umat Islam.

Back to the basic, that is what we have to do. Berhati2lah dengan dunia yang serba bahaya di luar sana. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Jangan cuba nak mengarut!

Wallahualam.


~ok, ini memang mengarut, tapi lawak~

Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, November 26, 2010

Untitled


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tadi ada baca blog seorang teman, katanya letih menunjukkan muka gembira sementara hatinya berkata sebaliknya. Ada teman kata Tuah nampak macam santai sahaja menghadapi masalah2 yang dihadapi, walau betapa sulit dan besarnya masalah tersebut.

Adakalanya Tuah jawab balik dengan mengatakan buat apa nak buat muka sedih atau tunjukkan kesedihan kita pada orang lain? Bukan ada faedahnya, malah tidak bagus untuk orang lain. Apabila orang lihat kita bergembira tatkala dia berada dalam kesusahan, pasti akan sedikit menceriakan hatinya.

Tapi itu semua kata orang atau kata Tuah semata2. Realitinya tidak semudah itu.

Tuah sudah melatih diri sejak kecil lagi untuk tidak mengambil peduli dengan diri sendiri, samada dari segi mental mahupun fizikan, emosi dan perasaan. Apa yang berlaku telah berlaku, yang terjadi telahpun terjadi. Semuanya tinggal sejarah, jangan ambil kisah, dan jangan diulangi jika perlu.

Tidak perlu diulang2 fikir atau berkata2 mengenainya. Yang penting, tidak mengganggu orang lain, tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Walau kadang2 rasa kasihan pada hati yang pedih diperlakukan sedemikian, namun hidup perlu diteruskan untuk mencapai mimpi di masa hadapan.

Tidak pernah terfikir untuk menceritakan masalah kepada keluarga mahupun kawan2, lebih2 lagi Tuah sort of counselor kepada teman2. Tapi, hakikatnya diri sendiri yang tehempap dengan banyak masalah orang lain, ketika masalah diri bertimbun2 lagi.

Walau bagaimanapun, hidup tidak selalunya indah. Dan hidup yang tidak mengandungi masalah merupakan hidup yang tidak menyeronokkan dan membosankan. Setuju? Atau setuju untuk tidak setuju?

Wallahualam.
 
 ~macam best je live action movie Pokemon ni~

 p/s:
1)kalau ada isteri mungkin Tuah akan mula kongsi masalah dengan orang lain, iaitu dengan si isteri. Atau dengan awek pun boleh? Haha
2)ada yang suruh Tuah kongsikan masalah Tuah dengan pembaca blog ini, tapi Tuah tidak mahu membebankan para pembaca sekalian dengan masalah2 Tuah. Kerana mereka juga pastinya punya masalah masing2
3)semoga kita semua berada dalam perlindungandan rahmat Allah s.w.t



Sincerely by,





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, August 17, 2010

Politik Oh Politic...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Politik. Apa yang terlintas di fikiran anda bila terdengar perkataan politik? Apa pendapat anda tentang politik? Politik di Malaysia? Apa ideologi politik anda? Anda berada di pihak yang mana? Adakah anda kini sudah layak untuk bergelumang dengan dunia politik? Sudahkah anda layak untuk memilih?

Apabila usia anda mencecah 21 tahun, soalan2 ini akan hadir dan bermain2 di fikiran anda. Soalan2 ini juga bukan mudah untuk dijawab walau anda telah berusia 50 tahun, jika anda belum pernah menceburkan diri dengan senario politik, terutamanya dalam negara sendiri sejak muda.

Ini kerana, dunia politik ini Tuah ibaratkan seperti jingsaw puzzle. Selagi anda menemui tempat letaknya kepingan terakhir bagi melengkapkan gambarnya, walau ianya begitu jelas dihadapan anda, maka anda tidak akan tahu gambaran atau keadaan mahupun situasi yang sebenarnya berlaku. Jika anda hanya bergantung pada orang lain untuk menyelesaikannya maka anda tidak akan faham cara untuk ‘mendalami’nya.

Jika anda tersalah letak justeru ia akan menghasilkan gambaran yang salah. Maka anda yang akan menanggung segala akibat dari pilihan anda itu. Sebaliknya, jika pilihan anda itu betul, tidak semestinya gambaran yang anda dapat itu adalah yang anda cari2 atau yakini selama ini.

Bukan niat Tuah untuk menakut2kan anda atau mahu menunjuk2 ilmu di dada mengenai dunia politik kerana Tuah juga baru setahun jagung dalam hal ini. Tetapi, setiap hari Tuah tetap berusaha untuk memahami konsep dan cara kerja berjalannya politik, samada politik kecil mahupun besar, demokrasi atau bukan demokrasi dan sebagainya.

Setelah mengetahui apa erti dan kaedah politik maka mudahlah bagi untuk menentukan pilihan mana yang sesuai untuk anda, jika anda perlu menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat sesebuah negara, yang perlu mengundi bagi memilih wakil anda di suatu perhimpunan yang akan menentukan nasib bangsa, negara mahupun dunia.

Tuah yakin dan percaya, majoriti mahupun semua pembaca blog ini sudah layak untuk mengundi, sudah berusia 21 tahun dan ke atas. Maka, menjadi kewajipan bagi anda untuk mendaftar seterusnya mengundi apabila tiba waktunya nanti.

Tuah juga yakin dan pasti, ramai dari anda yang bukan sahaja tidak pernah menunaikan tanggungjawab anda itu malah belum lagi menjadi seorang pengundi berdaftar. Mungkin belum muncul kesedaran anda untuk itu.

Nasihat Tuah, bukan menjadi kewajipan yang mutlak untuk anda untuk menjadi pengundi berdaftar dan keluar mengundi. Tetapi percayalah, undi anda adalah suatu yang akan membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara anda di masa depan, insyaAllah.

Wallahualam.

p/s:
1) Tuah sendiri pun tidak tahu mengapa tiba2 cerita pasal topic ini. Sila jangan tanya dia.
2) kepada teman2 dari Indonesia, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-65. Dirgahayu Indonesia!




Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, August 5, 2010

Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah dengan ini sangat berbesar hati untuk mengucapkan tahniah yang tidak terhingga buat adindanya yang pada hari ini telah menerima Diploma Perakaunan dari Kolej Universiti Islam Melaka. Ucapan yang tidak terhingga ini juga turut di hulurkan bersama doa dan harapan dari kakanda beliau ini yang amat berbangga dengan kejayaan beliau ini. Semoga beliau akan menjadi orang yang berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Persoalannya, apa rancangan selepas ini? Kahwin ke? Maklumlah, semakin tinggi pendidikan seorang perempuan lebih mahal harganya, maka lebih susah untuk mendapat jodoh, tahu!

*****************************************************************************************************

    “We’ll follow the path,” she said. “The brightness on the floor.”
    “The brightness that led us straight into a trap?” Annabeth asked.
    “Lay off her, Annabeth,” I said. “She’s doing the best she can.”
    Annabeth stood. “The fire’s getting low. I’ll go look for some more scraps
while you guys talk strategy.” And she marched off into the shadows.
    Rachel drew another figure with her stick—an ashy Antaeus dangling
from his chains.
    “Annabeth’s usually not like this,” I told her. “I don’t know what her
problem is.”
    Rachel raised her eyebrows. “Are you sure you don’t know?”
    “What do you mean?”
    “Boys,” she muttered. “Totally blind.”
    “Hey, don’t you get on my case, too! Look, I’m sorry I got you involved
in this.”



Petikan di atas Tuah ambil dari novel Percy Jackson & The Olympians: The Battle Of The Labyrinth. Apa yang anda faham dari petikan di atas?

***************************************************************************

Apa pendapat anda tentang rahsia?

Pada Tuah, rahsia adalah suatu yang amat berharga yang mana tidak mampu untuk kita ungkapkan kepada umum atau pada sebarang orang. Baik dari segi kata2 mahupun perbuatan, keadaan atau situasu, serta suatu benda.

Tuah seorang yang sangat berahsia. Sangat berahsia. Sangat. Tidaklah namanya Tuah kalau suka berkongsi rahsianya dengan sebarang orang, atau mana2 orang lain, selain dirinya sendiri. Dan bagi Tuah, rahsia yang dimiliki samada datangnya dari orang lain mahupun dari diri sendiri tidak akan Tuah cerita pada orang lain, sehingga meninggal dunia.

Mungkin pada orang lain kehidupan hariannya bukanlah suatu rahsia, begitu juga kehidupan lampaunya; perasaannya bukanlah suatu rahsia, begitu juga ideanya; cita2nya bukanlah rahsia, begitu juga hobinya.

Tetapi, pada Tuah semua itu adalah rahsia. Tuah memang sangat suka berahsia. Ada yang kata Tuah ini misteri kerana tidak banyak yang orang tahu mengenai Tuah. Mungkin hanya dari luaran orang boleh teka apa yang tersirat pada Tuah. Tapi, setakat ini semua tekaan orang yang Tuah pernah dengar semuanya sama sekali tidak betul.

Tetapi, blog ini telah menjadi tempat atau sumber pada sesiapa yang ingin mengenali Tuah dengan lebih dekat. Sedari awal lagi Tuah telah cuba untuk menceritakan kisah hidup mahupun minta dan pendapat Tuah.

Berbalik pada petikan di atas, apa yang Tuah cuba kaitkan dengan tajuk post ini ialah menganai berahsia akan perasaan dan pandangan. Lebih tepat lagi perasaan atau pandangan terhadap orang lain, samada terhadap kawan mahupun saudara mara, atau kepada seseorang yang kita minati.

Manusia itu memang tidak dapat lari dari fitrah sebagai seorang manusia iaitu untuk mengambil berat dan diambil berat, menyayangi dan disayangi, mengasihi dan dikasihi, dan sebagainya. Maka, ada di antara mereka yang menyayangi dan mengasihi tanpa pengetahuan orang yang disayangi dan dikasihinya itu.

Tidak kira lelaki mahupun perempuan akan menghadapi benda yang sama. Yang berbeza hanya bagaimana caranya untuk mereka mengahadapinya atau langkah seterusnya untuk menghindarinya.

Ada yang mengelak dengan merahsiakannya sampai bila2 atau bila tiba masanya. Ada juga yang tidak sanggup menahannya lama2 dengan terus membungkar rahsia itu kepada orang yang disayangi atau dikasihinya. Ada yang buat tidak peduli pun ada. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku, atau menyibukkan diri sehingga tidak lagi dipengaruh rahsia itu lagi.

Sebelum lebih melalut lagi, biar Tuah cakap straight to the point. Ada bebrapa orang yang Tuah kenal berminat atau orang muda kata jatuh cinta pada orang yang juga Tuah kenal.

Tetapi, hanya si perempuan ini sahaja yang tahu orang yang diminatinya itu suka padanya. Dan lelaki yang di minati dan meminati tadi mengambil langkah berdiam diri dan buat tidak peduli dengan keadaan ini.

Maka, dia ada tanya pada Tuah, betul atau tidak yang lelaki tidak pandai simpan perasaan seperti perempuan? Sehingga semua orang di sekelilingnya tahu akan perasaannya itu. Maka, Tuah pun jawab tidak tahu, kerana Tuah juga lelaki yang tidak tahu pasal hal2 berkaitan perasaan.

Maka Tuah mahu bertanya pada anda semua, betulkah atau tidak? Atau sebaliknya? Atau sama sahaja kedua2nya? Tuah serahkan pada anda sendiri untuk menjawabnya.

Akhir kata, pandai2lah anda menjaga rahsia, terutamanya rahsia orang yang diamanahkan pada anda. Dan, pandai2lah memilih mana yang sepatutnya menjadi rahsia dan yang mana tidak.

Wallahualam.

~1st winner of Who Wants To Be A Millioniare,
he is so awesome!~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, August 2, 2010

Katakan "Ya", Jangan "Tidak"

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pertama kali Tuah jadi imam dalam solat berjemaah ialah semasa mengikuti perkhemahan PBSM di sebuah sekolah di Melaka. Pada masa itu Tuah berumur 10 tahun. Solat zohor atau asar tidak ingat pula. Berbekalkan sedikit ilmu fardhu ain yang dipelajari di sekolah dan di rumah Tuah mengimami rakan solat pada siang hari itu, dengan selambanya Tuah menguatkan bacaan.

Selepas solat ada peserta perkhemahan yang rasanya lebih berusia dari Tuah menegur dengan mengatakan yang solat di siang hari tidak boleh dikuatkan bacaan. Malu ada, marah pun ada. Mana tidak malu, ramai jemaah yang solat sekali. Memang marahlah sebab selepas solat baru Tuah tahu. Marah pada diri sendiri sebab tidak ambil tahu sebelum itu.

Mana Tuah tahu tidak boleh, sebab tiap kali Tuah ke masjid solat jemaah imam akan menguatkan bacaan. Dan Tuah hanya solat di masjid masa itu hanya untuk solat maghrib, isyak, subuh dan solat Jumaat. Sememangnya imam akan kuatkan bacaan. Solat zohor dan asar hanya di rumah, kerana kesuntukan masa untuk ke sekolah pagi dan petang.

Tapi, masa darjah 6, Tuah sekali lagi menjadi imam. Sebab fobia sejak kejadian di atas, setelah sekian lama baru Tuah berani untuk menjadi imam. Masa itu sekolah agama waktu petang. Ustazah suruh seorang pelajar lelaki mengimami solat jenazah ghaib, untuk kelas fardhu ain. Bukan solat yang betul, hanya latihan.

Sebelum kelas tamat, ustazah memberitahu yang imam yang paling bagus pada hari itu ialah Tuah. Sebab, semua rukun dan bacaan dalam solat Tuah betul. Tuah juga telah hafal doa jenazah pada ketika  itu dan pelajar lain belum lagi. Maka, Tuah yang terbaiklah pada masa itu. Setelah itu, fobia Tuah untuk mengimami solat langsung hilang.

Selain menjadi imam untuk beberapa siri solat jemaah yang tidak melibatkan ustaz atau cikgu lelaki, Tuah juga diberi kepercayaan untuk mengimami bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat ketika darjah 6. Bacaan Yaasin tersebut sempena UPSR yang akan kami duduki pada tahun itu.

Tuah juga diminta untuk menjadi mua’zin pada majlis solat hajat untuk seluruh pelajar yang akan menduduki UPSR, untuk maghrib dan isyak. Mungkin kerana Tuah komanden skuad kawad PBSM sekolah, maka suara Tuah yang kuat dan nyaringlah yang sesuai.

Ketika tingkatan 4, Tuah pernah menjadi khatib solat Jumaat. Ada 3 minggu solat Jumaat yang khatib dan bilalnya ada pelajar sekolah. Imam mahu melatih kami untuk menjadi khatib dan bilal solat Jumaat. Cuak memang tidak dapat mahu digambarkan. Bukan setakat ketika di atas mimbar, tetapi bermula sejak Tuah diberitahu akan menjadi khatib, 2 bulan sebelum minggu yang pertama.

Cuak yang pertama kerana Tuah tidak pernah berdiri depan umum untuk selain menjadi komanden kawad atau membuat persembahan pentas. Memang Tuah ada stage fright pun.

Cuak yang kedua kerana Tuah tidak tahu apa yang mahu dikhutbahkan. Walaupun karangan bahasa Melayu antara yang terbaik dalam sekolah tetapi Tuah bukanlah pendengar khutbah yang setia. Kadang2 sahaja tidak tidur sewaktu khutbah. Maka, tidak tahu apa yang perlu diucapkan ketika khutbah nanti.

Cuak yang ketiga ialah kerana Tuah tidak bagus dalam bab2 agama ini. Jujur, Tuah tidak seperti pelajar sekolah agama yang lain, yang hafal berpuluh atau beratus hadis berserta matan, yang hafal beberapa juzuk Al-Quran, juzuk 30 mungkinlah, dan beberapa surah lazim.

Tapi, ustaz yang meminta Tuah untuk menjadi khatib yang tolong buatkan teks khutbah dan melatih Tuah menjadi pemidato di khalayak umum. Contohnya, Tuah pernah 2 kali memberi pidato di perhimpunan sekolah, pertama dalam bahasa Melayu, kedua dalam bahasa Inggeris. Tema pidato adalah penjagaan alam sekitar dan sains dalam kehidupan, 2 buah tema yang Tuah memang minat untuk uraikan dan berkongsi dengan kawan2.

Dan khutbah itu Tuah laksanakan dengan lancarnya. Walaupun waktu rehat antara khutbah pertama dan kedua lebih lama dari yang biasa. Sebab, cuak khutbah yang pertama belum reda, maka Tuah ambil masa untuk khutbah yang kedua.

Tamat solat Jumaat, imam puji teks khutbah Tuah depan ustaz tadi. Dan ustaz tersebut Cuma berdia diri, memberi laluan kepada Tuah untuk deberi pujian, walaupun bukan milik Tuah pujian tersebut. Ustaz kemudian meminta Tuah menjadi khatib buat kedua kalinya, tetapi dengan pantas Tuah tolak, serik agaknya.

Tuah bukanlah seorang pelajar yang baik, apalagi berdisiplin atau warak. Namun, semua guru samada di sekolah rendah atau sekolah menengah akan meminta Tuah buat sesuatu yang biasanya pelajar yang baik sahaja buat. Tapi, apabila diminta untuk buat sesuatu yang seperti itu, Tuah langsung tidak menolak, even menjadi pengawas sekolah.

Tapi, Tuah tolak tawaran menjadi pengawas sekolah menengah, sebab tanggungjawab seorang pengawas sekolah menengah jauh lebih besar berbanding sekolah rendah, dan Tuah tidak sanggup menggalasnya. Lagi pun Tuah juga banyak melanggar peraturan, tidak mungkin Tuah akan menjdai seorang pengawas yang baik.

Ketika di tingkatan 5, Tuah diminta menjadi naqib usrah di asrama. Ditolak pada mulanya, namun Tuah terima juga setelah dipaksa oleh ustaz. Pada akhir tahun, baru Tuah terasa ruginya menolak jawatan pengawas sekolah.

Sebabnya, kalau Tuah menjadi pengawas mungkin Tuah akan kurang atau langsung tidak langgar peraturan sekolah, kerana Tuah seorang pengawas. Menjadi seorang naqib usrah bukan sahaja mengajar Tuah cara untuk menjadi seorang senior yang baik, penceramah yang mantap, juga seorang yang bertanggungjawab membawa anak usrahnya ke jalan yang benar.

Akhir kata, banyak sebenarnya yang kita akan rasa rugi kerana memilih untuk tidak berbuat sesuatu, atau menolak apa2 tawaran pada masa lampau. Cuba untuk banyak berkata “Ya” dan kurangkan berkata “Tidak”. Bak kata Mahatma Ghandi “ Whatever you do in life will be insignificant, but it is very important you do it, because nobody else will”.

Wallahualam.



p/s:
1) katakan "Tak Nak" pada rokok
2) jangan katakan "Ya" jika mahu mengatakan "Tidak"


Sincerely by,





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, July 29, 2010

Novel Cinta

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Memang hobi Tuah sejak sekolah rendah ialah membaca, tidak mengira bahan. Samada yang fiksi atau bukan, terutamanya yang berbahasa Melayu, bergenre apa sahaja, novel, buku cerita, encyclopedia, surat khabar, majalah, atlas, buku2 sastera seperti sajak, peribahasa, pantun dan sebagainya. Apa sahaja, kecuali buku manual pengguna atau yellow pages.

Tapi, sejak tingkatan 4, Tuah lebih suka membaca novel2 Inggeris seperti Harry Potter series, Lord Of The Rings, Percy Jackson & The Olympians series, Gossip Girl series, It Girl series, Twilight series dan buku karya Dan Brown seperti Angles & Demons & Digital Fortress. Memang tidak lagi Tuah baca novel2 berbahasa Melayu.

Ini kerana, kebanyakan novel berbahasa Melayu meloyakan tekak Tuah. Tidak dinafikan ada beberapa novel Melayu yang bagus seperti karya Faisal Tehrani seperti 1511: Kombat yang memenangi Anugerah Hadiah Satera Utusan dan Ahadiat Akashah seperti Lagenda Budak Setan yang amat popular sebelum zaman Tuah mula bersekolah lagi.

Malangnya, kebanyakan novel Melayu bertemakan kisah cinta. Yang lebih meloyakan, novel2 ini begitu jiwang sehingga tidak mampu lagi untuk Tuah bertahan mengadapnya. Maka, Tuah berhenti membaca novel. Novel Inggeris Tuah kurang berminat atau malas untuk baca.

Abang Tuah pula kemudiannya mencadangkan Tuah mula membaca novel siri Harry Potter. Lama kelamaan Tuah mula berminat dengan novel tersebut, dan juga novel2 Inggeris lain seperti yang Tuah sebut di atas. Novel Melayu sudah tidak Tuah pandang lagi selepas itu.

Tetapi, sejak melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Tuah mula berminat kembali untuk membaca novel2 berbahasa Melayu, lebih spesifik yang berbahasa Indonesia.

Tuah bukanlah peminat lagu2 atau drama2 sinetron mahupun filem2 dari Indonesia. Bukan sebab bersifat perkauman, malah lagu2, drama2 dan filem2 yang dari Malaysia juga Tuah kurang berminat.

Namun, novel2 di Indonesia memang banyak yang bagus. Antaranya novel karya Habiburrahman El-Syirazy seperti Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasih 1 & 2, dan Bumi Cinta. Selain itu, Tuah ada baca novel karya pengarang lain seperti Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman Al-Azizy.

Novel2 mereka ini bukan sekadar mempunya watak2 yang bagus, jalan cerita atau plot yang mantap dan latar cerita dan tempat yang bagus mahupun bahasa yang mengasyikkan, malah novel2 ini begitu mengusik hati para pembacanya.

Bertemakan religius, novel2 ini sememangnya karya pembangun jiwa. Tuah banyak berubah sejak membaca novel2 seperti ini. Novel2 ini telah menghasilkan suatau yang tidak wujud dalam novel2 Inggeris yang Tuah pernah baca sebelum ini.

Biasanya, jika memilih novel yang Tuah baca pastinya yang popular, terbaik, pemenang anugerah, bestseller, atau yang telah dijadikan siri televisyen mahupun filem. Dan, semestinya novel2 seperti ini mempunyai segalanya; plot, watak, latar dan bahasa2 satera yang mantap dan mengasyikkan.

Tetapi, novel dari Indonesia ini sememangnya suatu yang amat diperlukan para remaja masa kini. Ramai dari pembaca novel dikalangan remaja sehingga dewasa suka membaca novel bertemakan cinta, terutamanya perempuan. Dan, novel cinta seperti inilah yang diperlukan oleh mereka2 ini.

Memang Tuah agak kurang berminat membaca novel2 cinta, tetapi, novel2 ini mempunya cerita cinta yang berbeza dari yang lain. Masih lagi mengutarakan kisah cinta pada lawan jantina, antara lelaki dan perempuan, tapi kisah cinta mereka ini adalah yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.

Kalau dulu Tuah pernah dengar ada kaedah berpacaran cara Islam, tapi semuanya tidak betul2 mengikutinya. Tapi, kisah cinta dalam novel2 dari indonesia ini ada kaedah bercinta yang sebenarnya mengikut acuan Islam.

Kalau anda mahu tahu bagaiman caranya bercinta mengikut acuan Islam, rajin2kanlah diri untuk membaca novel2 seperti ini. Tuah yakin yang novel2 ini sudah dipasarkan di Malaysia. Mahu tempah atau pinjam dari Tuah juga dipersilakan.

Pendek kata, bagi para pembaca novel, sila pastikan anda turut mencuba untuk membaca novel2 ini. Memang berbaloi. Banyak yang kita boleh perolehi daripadanya berbanding novel2 yang lain.

Wallahualam.



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, July 25, 2010

Bakal Nanti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Zaman sekolah dulu, kalau berpacaran biasanya sebab suka2, kerana orang lain ada kita juga mahu. Oleh itu, pasangan yang dicari juga pastinya yang cantik2 dan panas2 (baca: hot) belaka. Maklumlah, tidak mahu kalah dengan kawan2. Langsung tidak pandang pelajaran atau peribadinya, apalagi agamanya, jauh sekali.

Bagi yang perempuan, teman lelakinya mestilah yang kelakar, mengambil berat sedikit dan bergaya sudah memadai. Zaman sekolah dahulu tidak matang dan tiada pengalaman, kata orang.

Tetapi, sekarang sudah berubah, sudah matang dan banyak pengalaman yang ditimba, samada dari pengalaman sendiri atau orang lain. Cara berfikir juga telah berubah. Berubah sehingga mengubah persepsi dari seorang yang mencari pasangan untuk berpacaran sahaja kepada untuk kekal hingga ke jinjang pelamin.

Kalau berpacaran, mesti mahukan yang cantik dan memikat, tapi bila mahu berkahwin tidak lagi memikirkan kecantikan sangat, tetapi lebih kepada sifat dan peribadi insan itu. Mungkin, kerana gadis yang lawa sudah berlambak2 sehingga tidak begitu susah untuk dimiliki. Bak kata orang tua2, baling sahaja batu ke mana2 pasti terkena pada yang lawa.

Pada yang perempuan pula, lelaki pun ramai yang nampak baik dan mengambil berat depan mata kita, cuma belakang kita yang tidak pasti. Mereka memang pandai berlakon, untuk memikat hati. Tapi, bila sudah terjerat, mulalah mereka ini tunjukkan belang, tunjukkan siapa mereka yang sebenarnya, apalagi jika sudah mulai bosan.

Namun sekarang, yang susah untuk dicari adalah yang terhormat peribadinya, tinggi akhlaknya, berbudi pekerti mulia serta pandai menjaga kehormatan diri, disamping pelajaran yang tidak kurang hebatnya. Maklumlah, bakal ibu atau bapa pada bakal anak2 kita nanti.

Mereka juga bakal menjadi seorang pembantu dan penasihat dalam hal2 kehidupan kita selepas kahwin. Bukan dalam tempoh masa yang pendek, tetapi hingga hujung nyawa, insyaAllah. Jadi, orang yang kita pilih untuk memenuhi kriteria2 tersebut bukan calang2 dan bukan mudah.

Tuah taip post ini kerana tiba2 datang angau untuk mendirikan rumah tangga, tidak tahan menunggu untuk memilki anak sendiri. Lagi pun, ramai teman2 Tuah sekarang yang sibuk memikirkan samada untuk berpacaran atau berkahwin, masing2 sudah mula berangan2. Maklumlah, usia pun hampir meningkat dewasa.

Pada yang sedang berpacaran Tuah nasihatkan pastikan apa yang kita buat itu betul, dan pastikan juga pasangan yang kita pilih itu sesuai dengan ciri2 yang kita mahukan untuk menjadi bakal suami atau isteri anda nanti. Dan cepat2lah berkahwin, dan jangalah lupa menjemput Tuah ke majlis walimatul urus.

Pada yang mahu atau telah berkahwin, Tuah cuma boleh ucapkan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dalam memilih pasangan dan telah menjumpai orang yang sesuai dengan pilihan anda. Semoga kekal sehigga akhir hayat.

Waakhirnya, semoga kita, pasangan kita, dan perhubungan sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Jangan pula berputus asa jika diberi ujian dari-Nya dalam perhubungan sesama manusia ini. Jangan pula kita mengutamakan hubungan kita itu melebihi hubungan kita dengan-Nya, insyaAllah.

Wallahualam.

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, July 21, 2010

Si Misai Kontot Yang Mantap 2!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Adolf Hitler Tubuhkan Divisyen Tentera Islam
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI (Utusan Malaysia - 19/05/2006)

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjaw ab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


  ~Ayat dia memang mantap!~

Ada beberapa faktor kenapa Hitler membenarkan Divisyen Hanzar ditubuhkan antaranya:

1- Pada tahun 1944, Jerman telah diasak hebat dari dua penjuru. Dari barat, tentera Jerman diasak oleh pasukan Alied (US, British), manakala di timur, Tentera Rusia menyerang dengan begitu hebat sekali. Hitler menggunakan semua tenaga dan sumber yang ada untuk menyekat kedua-dua kuasa ini. Ini menyebabkan bahagian selatan jajahan takluk Nazi menghadapi kekurangan tentera untuk mengawal kawasan ini. Tentera Jerman sentiasa diserang hendap oleh kumpulan pemberontakan gerila Crotia dan serbia. Dengan ini, Hitler bersetuju dengan cadangan Himmler (orang penting dalam parti Nazi) untuk menubuhkan Divisyen Hanzar (yang terdiri daripada penduduk muslim Bosnia) supaya kumpulan pemberontakan di kawasan tersebut dapat dikekang.

2-Bangsa Bosnia adalah sama rumpun dengan bangsa Jerman, iaitu bangsa Aryan. Perbezaannya hanya adalah kebanyakan penduduk Bosnia menganut agama Islam.

3-Semangat jihad atau 'sanggup mati untuk agama' org2 Islam mengkagumkan Hitler dan berpendapat semangat ini dapat dipergunakan untuk melahirkan pasukan tentera Nazi yang berdisplin tinggi. Hasilnya adalah memuaskan kerana Divisyen Hanzar menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika menentang kumpulan pemberotakan dan Tentera Rusia.

Sebab itu, sehingga kini bangsa Serbia amat membenci bangsa Bosnia kerana penglibatan Divisyen Hanzar dalam Tentera Nazi.

Sumber:
http://silverian.org/forum2/index.php?topic=2484.15

Wallahualam.

 ~Bendera Nazi Muslim Bosnia di bawah kepimpinan Amin Al-Husseini (1943)~


Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.