Semasa aku pergi haji tempoh hari. Kami sempat berjalan-jalan di beberapa tempat menarik di sekitar Makkah. Kami telah menyewa sebuah van dengan harga RSA140 untuk ke sana. Antara lokasi yang ditawarkan adalah gua Tsur, Arafah, dan gua Hira atau Jbel Nur. Maaf, aku suka guna Jbel ni sebab pengaruh Morocco yang masih kuat. Mereka sebut Jabal (gunung) ini dengan ringkas seperti Jbel, Tariq (Treq), Karim (Krim), Qunaitrah (Kenitra) dan sebagainya. Lidah aku pun kadang kala tersasul juga bunyi slanga Arab Morocco ni.
Ntah macam mana masa nak ambil gambar, muncul Ninja Warrior kat depan kamera ni. Aku pun tak faham! Inilah asyik suka tengok pogram Ninja Warrior time orang nak solat Maghrib. Acah aje, sorry laa ehem2... ari ni dah jadi cover girl dah dalam blog ni. Tak kan marah?!! Masa pergi ke sana, memang aku suruh isteri kesayanganku memakai cadur. Sebab suasana di sana mungkin jauh berbeza dengan situasi kita di Malaysia.
Masa kami pergi ke kawasan gua Tsur ini. Kebanyakan pengunjungnya adalah rakyat Malaysia. Ini kerana dalam sekitar 15 - 20 minit aku berada di sana. Kebanyakan telekungnya memaparkan tulisan Malizia di belakangnya dan tidak kelihatan seorang pun wanita dari kerakyatan lain. Memang kaya tok Arab jual tasbih kayu kokka di situ. Wallahu a'lam.
Pemandangan jauh masjid Arafah, memang jauh nampaknya. Padang Arafah ini akan dikunjungi oleh jemaah haji pada setiap kali hari Wukuf iaitu pada 9 Zulhijjah saban tahun. Hampir 4 juta orang manusia akan berada di sana. Allahu Akbar! Tanda keagungan Allah dimuka bumi berbanding agama lain.
Jalan menuju ke Arafah.
Aku di atas puncak Jabal Rahmah bersama isteri. Di sana ada sebahagian mereka yang berpendapat bahawa sesiapa yang idak punya anak, boleh memohon dan bla... bla... untuk mendapatkan zuriat dan bla... bla... macam-macam lagi la... aku yang mendengar ini pun hanya menganggukkan kepala sahaja. Nanti nak cek semula dalam kitab-kitab hadis jika ada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ada petuakan begitu. Setakat yang aku dengar dan baca berkaitan hal ini, tak jumpa la pulak... Wallahu a'lam.
Kalau puak-puak ni memang pulun dok bersolat kat atas bukit tu. Aku pun dok perati aje la... Mai tok Arab yang pakai serban merah. Memang kena 'nasihat' laa... solat kat atas bukit ini merupakan hal bidaah yang Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat tidak pernah lakukan. Apatah lagi suruh dan arahkan kita melakukannya. Memang kita boleh solat sunat di mana-mana tetapi apabila berusaha memanjat bukit ini dengan niat tertentu. Maka niat untuk beribadat pada tempat yang tidak pernah disuruh merupakan perkara yang ditolak. Niat laa pi solat kat masjid dan surau. Okey laa sikit... ni pi atas bukit ni, silap-silap jatuh kang naya je...
Ini pula papan tanda pelbagai bahasa yang memberi peringatan kepada kaum muslimin agar menghindari dari melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi ajaran Islam yang suci. Papan tanda ini diletakkan pada setiap tempat yang memungkinkan sesetengah kaum muslimin melakukan perbuatan yang tidak dianjurkan oleh agama. Pesananya berbunyi:
Ini pula papan tanda pelbagai bahasa yang memberi peringatan kepada kaum muslimin agar menghindari dari melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi ajaran Islam yang suci. Papan tanda ini diletakkan pada setiap tempat yang memungkinkan sesetengah kaum muslimin melakukan perbuatan yang tidak dianjurkan oleh agama. Pesananya berbunyi:
SAUDARA KAUM MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,
NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MENGAJARKAN KITA UNTUK NAIK KE ATAS GUNUNG INI. BEGITU PULA SHOLAT, MENGUSAP BATUNYA, MENGIKAT POHON-POHONNYA DAN MENGAMBIL TANAH, BATU DAN POHONNYA. AMAL KEBAIKAN ADALAH DENGAN CARA MENGIKUT SUNNAH NABI SAW, MAKA JANGANLAH ANDA MENYALAHINYA.
ALLAH BERFIRMAN:
ARTINYA: SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA (DIRI) RASULULLAH ITU SURI TELADAN YANG BAIK BAGIMU. [al-Quran]
Kelihatan di atas sana, sekumpulan kaum dari Afghanistan dan Pakistan mendaki Jbel Nur ini yang terdapat padanya Gua Hira`. Ingat tu, nanti orang tanya tak tau nak jawab pula. Fakta ni, gua Hira di atas Gunung Cahaya (Jabal Nur). Pendakiannya mungkin mengambil masa sekitar sejam atau sejam setengah. Mungkin agak sukar bagi kita yang tidak biasa dengan bukit batu pejal yang keras. Tetapi bagi orang Pakistan yang sudah biasa dengan keadaan permukaan gunung-ganang ini, tidak menjadi masalah bagi mereka.
Jika orang tua mereka yang berjalan di atas permukaan begitu pun, tenaganya mungkin sama dengan tenaga orang muda Malaysia. Apatah lagi sewaktu bertawaf di atas permukaan marble yang licin, orang tua mereka boleh berjalan laju dan selalunya lebih cepat dari kita. Jadi tidak haianlah kalau mereka sering meletakkan tangan di atas belakang kita sebab nak suruh cepat. Kita pula tak nak laju sebab 'takut' berlaga dengan orang lain, nanti beralih bahu dari Kaabah. Jadi terbatal tawaf..... Wallahu a'lam.