Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 8 November 2010

Antara bahaya selepas musim haji di Makkah


Ini sebahagian mata pisau yang sempat dikutip sepanjang perjalanan ke Masjidil Haram.

Hanya sedikit yang dapat dibuang di dalam tong sampah.

Sewaktu selesai mengerjakan ibadah haji, harga barangan mulai meningkat dan antara yang paling mahal bayaran khidmat selain daripada pengangkutan ialah servis 'bercukur'. Beberapa perkara ini perlu diperhatikan dengan sebaiknya oleh jemaah haji. Biasanya harga untuk bercukur sebelum hari wukuf sekitar RM5 - RM15 sahaja. Tetapi sebaik sahaja jemaah lelaki mengerjakan tawaf haji, harganya naik mendadak dari RM20 hingga menjangkau RM120 satu kepala.
Para jemaah haji akan beratur panjang sehingga 1 kilometer untuk mencukur rambut selepas bertahalul. Manakala di kalangan jemaah yang rata-rata dari negara agak kurang berada seperti Bangladesh, India dan Pakistan. Mereka akan bercukur sesama mereka menggunakan pisau cukur Gillete... Malangnya, selepas menggunakan pisau cukur tersebut, mata pisau itu dibuang ke tanah di merata-rata tempat dan tidak dibuang di tong sampah yang telah disediakan. Tahap disiplin sebegini amat mengecewakan kerana mereka mengabaikan pesanan Rasulullah SAW yang pernah bersabda:

“Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat (hadis lemah). Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

“Membuang gangguan, seperti duri dan najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat.” (Riwayat Khuzaimah)

Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah-sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat.
Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:

“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu orang yang lalu lalang, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:

“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”

Walaupun kebanyakan hadis di atas adalah lemah kecuali apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, perkara ini menguatkan antara satu sama lain bahawa perbuatan tersebut perlu dihindari oleh kaum muslimin dalam apa cara jua cara dan amalan. Sebaiknya kita tonjolkan amalan terbaik dalam membersihkan laluan orang ramai sewaktu kita berada di sana. Insya Allah.

Semoga amalan kebaikan kita diterima oleh Allah Taala. Amin!

Jumaat, 29 Oktober 2010

Fiesta Buku - Grupbuku Karangkraf di Shah Alam


JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI
Acara : FIESTA BUKU anjuran GRUP BUKU KARANGKRAF
Tempat : Alaf 21, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, Shah Alam

Tarikh : 29-31 Okt 2010

Jam : 9.00 pg – 6.00 ptg

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mari bersolat!

"Assalamualaikum!"
"Wa 'alaikumussalam, ostat!" Jawab murid tahun 1 dengan sekuat-kuat hati. Ada yang berlari kembali ke tempat duduknya. Ada yang tergopoh gapah bangun selepas bermain otromen. Ada yang muka macam hendak menangis kerana bermain ketuk-ketuk kepala dan sebagainya. Haru biru juga dibuatnya, bila melihat pelbagai ragam kanak-kanak ditempatkan dalam satu kelas.

"Ostat, kenapa ostat lambat? Saya dah nak balik dah." Tanya Haikel, budak paling aktif tapi paling m***s nak siapkan kerja sekolah. Biarkan dia berlari keliling sekolah 20 kali adalah lebih disanggupinya dari duduk menatap buku hanya dalam tempoh 3 minit.

"Ostat pergi kantin kejap, minum air. Dahaga laa..." Jawabku acuh tak acuh.

"Alaa ostat nih... cepat laa kita nak belajar sembahyang ni."

"Alahai, semangat laa pulak budak ni." Getus hati kecilku. Mungkin aku ada aura kot mengajar mereka. Lagi pula aku suka melayan kerenah mereka mengikut gaya yang dikehendaki. Sebab bagiku, layan sahaja apa yang mereka hendak, kemudian barulah kita mengajar.... memang susah sikit, tapi murid-muridku ini akan lambat bosan dan jemu. Kira okey laa gitu. Mereka dapat belajar, menghafal, suka dan boleh menerima apa yang kita sampaikan dalam masa 10 minit. Itu adalah lebih baik daripada 1 jam kita pon boring dan mereka tidak memahami apa yang diajarkan. Tahap penerimaan mereka pula terlalu berbeza-beza. Sukar bagi kita menyelami kemahuan dan kehendak mereka dalam satu masa. Pendek kata, kita perlu berusaha dan mencuba.

Minggu ini, aku perlu mengajar bab solat untuk persediaan Kem Bestari Solat. Jadi, secara mudahnya aku lebih suka mereka buat dalam bentuk praktikal secara berjemaah. Barulah mereka gembira, sambil belajar dan boleh bermain.

"Okey semua, keluar ke hadapan.... berbaris!" Teriakan aku, memecah hiruk pikuk keriuhan mereka.

"Abang kakak...! Cepat!... yang lelaki di hadapan, perempuan di belakang.... baris menghadap kat ustaz.! Arahku. Barisan saf makmum lelaki dan perempuan tersedia dengan adegan tolak menolak, himpit menghimpit serta acara memilih pasangan yang cukup memboringkan.

"Wei tepilah, ni tempat aku ni...!"

"Woi aku cop dulu sinihhh!"

"Hoi! Janganlah tolak-tolak.... sakitlah...! Jerit satu suara yang lain.

"Ostaaattt.... tengok Haikel ni, main kungfu-kungfu.... tolak-tolak orang... dia pijak kaki saya..." Adu sorang murid yang lain.

"Mana ada aku buat... nih Aiman ni yang tolak-tolak dulu." Jawab Haikel bersungguh. Biasalah budak-budak kenit ni, 'helah bela diri' laa tu. Teknik ini, memang terkenal dari dulu lagi... tak tau siapa yang ajar. Hmmm...

"Okey, siapa yang tolak-tolak nanti ostat, tarik telinga dia... biar jadi macam piring Astro."

"Wahahahaha....!" Gelak mereka menghentikan keriuhan dialog tidak punya maksud.

"Nak kena ke?" Tanyaku lagi.

"Taaak naaaak!" Jawab mereka serentak.

"Okey, sebelum kita solat apa yang kita kena buat dulu?" Soalku kepada mereka.

"Mandiiii!"

"Takbirrrrr!"

"Bentang sejadah!"

"Tanggal kasut!"

Pelbagai jawapan yang dijawabnya. Menambahkan lagi kekusutan suasana.

"Okey... okey... kena ambil air..... haa air apa?"

"Air hujan.... air botol... air sungai.... air pop!"

Pelbagai air la pulak yang keluar... ikut sedap hati sahaja mereka menjawab soalanku.

"Air sembahyang...!" Jawab seorang murid perempuan di celah-celah hiruk pikuk suasana tersebut.

"Haaa betul tu.... air sembahyang, siapa yang jawab tadi?"

"Amira... Amira... ostat!" Jawab kawan-kawan di sebelahnya.

"Okey, beri tepukan kepada Amira kerana memberikan jawapan yang betul."

^Big applause^ ehehehe sempena bulan Oktober ini sebagai bulan Bahasa Kebangsaan, sepatutnya aku tak boleh gunakan klausa Inggeris... tapi degil laa ni. Cakap Inggeris tak pandai pon... itulah masyarakat kita. Suka menggunakan bahasa 'rojak'. Balik kepada cerita tadi.

"Air sembahyang atau wu...!"

"Wudukkkkkk!" Jawab mereka beramai-ramai.

"Pertama kita buat apa?"

"Baca bismillah." Jawab mereka.

"Lepas itu?"

"Basuh tangan...."

"Lepas itu lagi?" Ujarku.

"Berkumur-kumuuuur!" Terkejut juga aku sebab hampir separuh kelas yang boleh jawab.

"Selepas itu? Masukkan air ke mana?"

"Masukkan air ke dalam hidung!"

"Bagus!" Jawabku.

"Lepas tu buat apa pulak?"

"Basuh mukaaaa!"

"Okey lepas basuh muka buat apa lagi?" Soalku lagi.

"Basuh tangan...."

"Okey, basuh tangan sampai ke mana?"

"Sampai ke siku ostat..." Jawab dua tiga orang murid di belakang.

"Ye... bagus! Basuh tangan sampai ke siku!"

"Ostat, basuh sampai ke SIKU LALI ke?" Ada pula yang mencelah....

Sebaik sahaja aku mendengar perkataannya itu, membuatkan aku tergelak kecil. Sebab ada lagi yang masih keliru antara buku lali dan siku lali di kalangan anak muridku.

Moralnya: Jangan ketawa bila ada orang tersilap. Buat-buat selamba sahaja.



Selasa, 28 September 2010

Bila habis musim raya... sekolah pun bermula

Punya laa lama bercuti... nampak budak-budak sekolah aku pun macam dah liat nak ke sekolah. Pantang sket nak cuti, senak perut sket cuti, panas dedar sket nak cuti. Semuanya ada 1001 alasan. Aku pula, asyik rasa malas je nak masuk kelas. Masih terasa lagi bahang raya. Open House atau aktiviti rumah 'ternganga' masih beroperasi di sana sini. Letih juga ke sana ke mari.
Dalam berseronok aku beraya ini pon, aku masih lagi belajar. Aku belajar satu ilmu yang baru iaitu BERKEBUN... mula dari buka cuti sekolah baru ini, aku pergi menebas ladang getah aku yang di beli sejak tahun lepas. Ladang getah aku tu dah boleh jadi hutan simpan atau 'hutan dara' yang semakin berkembang biak flora & faunanya. Aku mula mencuba untuk menoreh, walaupun di kala ini aku belum mencubanya... tetapi aku akan berusaha memahirkan diri sedikit masa lagi. Insya Allah.
Ini adalah aktiviti yang aku cuba memahirkan diri dalam beberapa bulan ini jika tiada halangan. Memang syok sebenarnya bila kita boleh berkebun ni... dulu aku cukup memperlekehkan bila ada orang ajak berkebun dan berladang. Tapi bila aku dapat 'hasil' dari kederat dan titik peluh aku sendiri. Allahu Akbar! Bahagia rasanya....
Berbalik pada cerita sekolah aku tadi. Aku mula mengajar mereka berkaitan dengan solat yang telah lama ditinggalkan. Budak 'pemulihan' yang sering aku nasihatkan ini adalah kelas akhir daripada 7 buah kelas lain. Kelasnya ialah 4G iaitu 4 Gigih dan ada juga kedengaran guru menyatakan kelas 4 Gagal. Muridnya memang nakal dan 'over' dalam setiap hal. Ada 2 3 orang mereka adalah muka 'tetap' di bilik kaunseling, setiap hari. Bolehlah kalau nak digelarkan juga sebagai 4 Gengster.
Jadi pertamanya, bila aku soal:
"Pagi tadi sebelum datang ke sekolah, kamu semua solat Subuh tak? Cuba angkat tangan siapa yang solat pagi tadi?"
Semuanya tidak angkat tangan. Sama seperti hari yang lepas. Alasannya mudah,
"Ustaz, saya kalo mak tak kejutkan memang tak jaga la... tu sebab tak solat Subuh..."
Jadi, aku pun mula mengajar perkara asas sebelum solat untuk mengembalikan ingatan mereka pada tatacara solat.
"Sebelum kita bersolat, apa yang kita buat terlebih dahulu?" Soalku menduga.
"Kita baca niat.."
"Kita bentang sejadah.."
"Kita baca Allahu Akbar!"
"Kita... bla... bla..."
Pelbagai jawapan diberikan.
"Sebelum itu lagi... Apa yang kita kena buat?" Tegasku lagi.
"Kita ambil wuduk!" Jawab salah seorang dari mereka.
"Yup, bagus! Itulah jawapannya. Kita kena ambil wuduk atau air sembahyang terlebih dahulu." Aku memuji murid yang berjaya menjawabnya.
"Okey... ustaz nak 'test' sorang-sorang nih, cara yang betul untuk mengambil wuduk. Sapa nak cuba dulu?" Ujarku. Semua mereka, asyik berbual cerita hari raya dan masih tidak bersemangat untuk belajar.
"Siapa nak cuba?" Ulangku lagi... tapi nyata 'hampas' yang aku dapat. Seolah-olah aku bercakap seorang diri.
"Okey, Abang ni dulu... Bangun! Tunjuk cara mengambil wuduk..." Perintahku pada murid yang duduk di tepi sekali di sebelah kanan.
Dia pun dengan muka 'sengal' kerana terpaksa, bangun terhegeh-hegeh menyambut perintahku.
"Mula basuh tangan... lepas tu, mulut... lepas tu lagi apa yer?"
"Masukkan air dalam hidung!" Jawabku kerana semakin lama menantikan jawapannya.
"Haa masukkan ke hidung... lepas tu basuh muka.." Jawabnya penuh keyakinan.
"Okey, sebelum basuh muka tu, kena baca apa?" Dugaku, kerana berdasarkan sukatan pelajaran memang diberatkan dengan 'memasang niat' atau melafazkan niat.
"Baca al-Fatihah!" Jawab seorang murid yang sedang mengelamun...
"Kah kah kah......" Disambut hilai ketawa rakannya yang lain.
"Yo lah tu!" Jawabku menafikan jawapannya, teknik mengiyakan benda yang salah ini dalam bahasa Arab dikenali sebagai 'Istifham inkari'. Misalnya, ustazah aku selalu cakap kalau kami beri jawapan salah, "Betul ke tu cik abang oiii? Cuba perhati molek-molek." Kena saja ayat sebegini memang SAH le, jawapan itu salah.
Jadi, yang kawan tadi puas juga memikirkan jawapannya. Aku pun segera membantunya dengan menyatakan bahawa dia perlu berniat terlebih dahulu.
"Nawaitu...." Baru sahaja aku sebut kalimah itu.... berhamburanlah anak-anak muridku menyambungnya. Wahh agak terkejut aku melihat sebahagian mereka boleh membaca niat wuduk dengan lancar. Lantas aku bertanyakan muridku yang sedang berdiri tadi, kelihatan dia pun 'agak boleh' melafazkan niat ringkas tersebut.
"Okey abang, baca niat wuduk tadi, dapat ke tidak?" Soalku.
"Dapat!" Jawabnya konfiden.
Dengan suara yang kuat dan penuh keyakinan yang teguh. Dia pun melafazkan niat wuduk tersebut, "Nawaitu wudhu`a liLLAHi Taala."
"Okey, bagus... maknanya pula?" Pintasku.
"Sahaja aku mengambil air sembahyang 'dua rakaat' tunai kerana Allah Taala."
"Opss, mana ada rakaat dalam wuduk!" Ujarku, membetulkan kesalahannya sambil menahan gelak. Manakala, rakan-rakannya yang lain, berdekah-dekah ketawa berguling-guling di atas karpet surau. Sedang mereka tidak tahu lagi apakah nasib mereka selepas ini. Hehehehe..

Moralnya: Selalu-selalulah solat.... Jangan time cuti, semua aktiviti pun nak cuti jugak!

Selasa, 24 Ogos 2010

Mercun HARAM dari pelbagai aspek


Antara sebab utama kita perlu mengHARAMkan permainan mercun:

  1. Aspek agama sebab main mercun ni adalah perbuatan org yg beragama buddha. Time raya Cina jer mesti dia bakar mercun supaya hantu lari. Jadi bila kita menyambut satu budaya bangsa lain ia adalah Haram. Nabi larang dengan sabdanya, "man tasyabbaha bi qaumin fahuwa minhum". (Sesapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka dari kalangan mereka lah juga). Ada orang nak pakai baju raya macam baju tok sami? Style baru katanya.... jadi haram ler kalo wat jugak.
  2. Aspek ekonomi plak, setiap perkara yang membawa kepada pembaziran dan tidak berfaedah dilakukan adalah Haram. Beli mercun 30 batang dengan harga sampai RM400, lepas tu bakar tak sampai 10 minit. Bayangkan kalau duit RM400 tu disedekahkan kepada anak yatim, besar faedahnya kan?
  3. Aspek kesihatan plak, Firman Allah: Jangan kamu campakkan tangan kamu dalam kebinasaan. Jadi, main mercun ni sememangnya berbahaya. Boleh memutuskan jari sendiri, mencederakan org lain dan membakar rumah jiran tetangga. Orang lain seronok beraya, yang anak cucu kita beraya di spital... jadi jgn memudaratkan diri!
  4. Aspek sosial plak, kalo kita beri kebebasan kepada anak2 main mercun ini. Ia mampu mengganggu ketenteraman masyarakat dan kwsn kejiranan. Ganggu anak jiran nak tido, demam, sakit dll. Ganggu atuk nenek nak solat terawih dan ngaji Quran. Kalo dia main dlm rumah dia tak per... nih dia baling merata naik atas bumbung jiran... melatah2 makcik tu sambil basuh pinggan, kira ok lagik... kalo sakit jantung amacam? Tak ke bungkus macam kuih lopis nanti.... hush! tak beraya org tua tu nti...
  5. Tambah ler satu lagik... bebelan ku ini. Aspek kejiwaan pun ada gak sebenarnya. Kalo org nih terganggu pemikirannya dek bunyi letupan sokmo... ganggu anak/baby dia nak tido... menyirap je darah nye... kalo sirap limau ok lagik time buka pos...a... nih 'sirap darah suam' dek api kemarahan ke budak main mercun. Kalau jiran tu kuar rumah dan dia tangkap anak kita yg duk cucuh mercun dan bagi pelompang sekali. Apa perasaan kita? Tentu marah jugak. Jadi jiwa dan mental antara jiran mula tak berapa normal. Nak marah salah, tak marah kang pon salah... jadi semua tunjuk moncong sedepa. Trauma cenggini bakal berlarutan sampai raya 2 tahun lagik kalo tak dibendung dari sekarang.....

Selasa, 17 Ogos 2010

Korek hidung, batal puasa?

Nukilan dari sebuah blog:
“Puasa tak hari nih?” Tanya si A kepada rakannya si B
“Puasaa…” Jawab si B panjang dan disusuli dengan pertanyaan balas
“Ko puasa tak?”
“Err.. puasa aku terbatallah.. tadi dalam kereta boleh pulak lalat termasuk kat hidung aku. Rongga terbuka tu kan.. terpaksalaa aku korbankan puasa aku hari ni..” panjang lebar jawapan si A
Sebab lalat seekor puasa boleh terbatal?. Betul ke? Andaikata ada yang bertanya pada kita tentang permasalahan-permasalahan sebegini mudahkah kita nak memberi jawapan? Sejujurnya walaupun ibadah puasa ini kita telah lakukan setiap tahun tetapi masih ada permasalahan-permasalahan kecil yang agak sukar kita berikan jawapan secara spontan kerana takut tersilap memberi hukum.

Dibawah ini disediakan sedikit bingkisan yang dipetik dari Majalah Al-Islam keluaran Ogos berkenaaan Hukum-hukum berkaitan puasa hasil rujukan dari kitab Ahkam al-Siyam. Moga kita sama-sama dapat manfaat dari maklumat ini.

1. Menggunakan titisan Eye Mo di mata tidak membatalkan puasa kerana mata bukanlah ruang yang terbuka. Begitu juga dengan memakai celak tidaklah membatalkan puasa seperti fatwa Syeikh al-Syarbasi. Hal ini sama dengan cara mengorek hidung, telinga dan sebagainya kerana ia bukanlah rongga terbuka.
2. Suntikan melalui dubur membatalkan puasa kerana ia merupakan ruang yang terbuka.
3. Suntikan melalui urat pula tidak membatalkan puasa. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh lujnah Al-Azhar 1948, apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga yang terbuka tidak membatalkan puasa.
4. Puasa tidak batal jika serangga seperti semut dan lalat atau debu jalan masuk ke dalam rongga kerana 'umum balwa' (sukar untuk mengelakkannya)
5. Air kumur atau yang dimasukkan ke dalam hidung ketika berwuduk sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa sekiranya perbuatan tersebut dilakukan secara tidak berlebih-lebihan.
6. Puasa seseorang yang makan atau minum kerana dipaksa tidak batal disebabkan kemahuannya terhalang ketika itu.
7. Muntah yang disengajakan membatalkan puasa.
8. Seseorang yang termuntah tidaklah batal puasanya berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah daripada Abi Daud dan al-Tirmizi. ( Maksud hadis tak disediakan )
9. Bersetubuh boleh membatalkan puasa sekiranya terlupa. Tetapi tidak batal seperti yang dikiaskan kepada makan dan minum. (Aku pening sikit yang ni..) Jika sengaja bersetubuh maka kena kifarat bagi lelaki.
10. Mani yang keluar dengan tidak disengajakan tidak membatalkan puasa.
11. Mani yang keluar secara sengaja seperti bercumbu batal puasanya. Begitu juga dengan cara istimna’ (onani).
12. Makruh secara tahrim bercumbu dalam bulan Ramadhan dengan isteri pada siang hari bagi orang yang shahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan. Ini pendapat mazhab Hanafi dan Shafie. Walaupun begitu, Ibn Munzir berkata: telah memberi rukhsah (pada bercumbu) oleh Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, Aisyah, Sya;bi, al-Hassan, Ahmad dan Ishak.
13. Mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dibolehkan tetapi afdhal jangan mengambilnya kerana kekal mengikut takdir Allah swt terhadap wanita. Ini pendapat Syeikh Uthaimin. Pendapat ini juga sama seperti pendapat Dr Yusuf al-Qardhawi yang berkata: “ Pada pendapat saya sebaik-baiknya wanita itu mengikut kejadian semula jadinya. Haid adalah sesuatu yang tabii dan tidak dapat dielakkan. Ia datang daripada Allah. Sekiranya wanita mengambil ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang pada bulan Ramadhan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudaratkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat orang alim dan pakar, atau nasihat doktor mengenai ubat itu.
14. Menggunakan ubat gigi pada siang hari pada bulan Ramadhan dibolehkan tetapi afdhal ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut. Ini pendapat Syeikh Uthaimin.
15. Orang yang sakit buah pinggang yang dinasihatkan berbuka oleh pakar boleh berbuka dan tidak perlu qada’ sebaliknya memberi makan kepada fakir miskin setiap hari puasa yang ditinggalkan dengan kadar secupak. Tetapi sekiranya penyakitnya hilang atau sembuh, hendaklah diqada’kannya seperti fatwa Ibn Jibrin.
16. Hukum menggunakan inhaler pada siang hari pada penyakit astma dibolehkan kerana gas tersebut tidak sampai ke dalam perut tetapi sekadar untuk pernafasan. Ini pendapat Syeikh Hushaimi dan Syiekh Ibn Jibrin.
17. Menelan balgram atau sejenis kahak bagi yang tua dan sukar untuk meludahnya adalah sah puasanya seperti fatwa al-Syarbasi.
18. Menggunakan oksigen buatan bagi angkasawan tidaklah membatalkan puasa seperti fatwa syeikh al-Syarbasi.
19. Merokok membatalkan puasa seperti pendapat jumhur ulama. Inilah pendapat Syeikh al-Syarbasi. Mengikut pendapat Syeikh Husanain Mahluf dalam Fatwa Syari’iyah serta dikenakan kaffarah mengikut pendapat yang sah. Inilah yang dinukilkan daripada al-Alamah Ibn Abidin dan juga al-Alamah al-Syarambalali dalam kitabnya Imdad al-Fattah.

Tarawih: Biar sedikit tetapi berkualiti

Bab Tarawih... biar sedikit tetapi berkualiti.... antara kesalahan yg biasa dilakukan:


1- Tergopoh gapah untuk mengejar 20 rakaat TAPI solat tidak ada thumakninah : Hadis Nabi SAW ada menjelaskan: Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian ...dia datang dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. membalas salamnya lalu bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat.” Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi s.a.w., maka baginda bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (tiga kali).” Lelaki itu berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku.” Baginda s.a.w.bersabda: “Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Qur’an. Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam rukuk, kemudian bangkitlah (iktidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri.Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud, lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu". – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 793.

2- Tergopoh gapah membaca ayat al-Quran dengan tidak bertajwid. Sedangkan Allah berfirman: Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil/bertajwid. (Surah Al-Furqan : 32) sebab bacaan yang baik akan membolehkan makmum mentadabbur - menghayati ayat yang dibaca oleh imam. Barulah terkesan di hati dalam bulan al-Quran ini.

3- Tidak memperlecehkan mereka yg buat 8 rakaat tarawih. Ini berdasarkan hadis Aisyah r.a. bahawa Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan. Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w tidak... pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

4- Tidak memperlecehkan mereka yang buat tarawih sendirian di rumah serta tidak mewajibkan kepada orang lain agar berjemaah di masjid, sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a: Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersola...t pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 1129
Kini sebahagian masyarakat menganggap solat Tarawih seperti wajib, sedangkan solat jemaah tidak dianggap sedemikian.

5- Berjemaah dgn imam itu dikira yg afdal ler, dalam solat tarawih ni juga waktu afdalnya adalah pada suku akhir malam (1/3 malam). Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia keti...ka masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Kala itu Allah berseru dgn firmanNya: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145Walau bagaimana pun, sekiranya dilakukan secara berjemaah di masjid, umat Islam diperintahkan mengikut perbuatan imam serta waktu yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.

Para sahabat Nabi SAW dulu bila habis tarawih mereka segera bersahur untuk bersiap pula mendirikan Solat Subuh. Ini bermakna mereka solat Isyak dan mula mendirikan Tarawih dengan bacaan yg panjang hingga hampir waktu Subuh. Kita pula, solat Tarawih setakat pukul 10 mlm, balik ke rumah dan tidur hinggalah bangun untuk bersahur dalam jam 3.00-4.00 pagi. Lepas sahur tidur semula atau tgk Astro ehehe cam yang kita biasa buat tu... ni nak ceritakan perbezaan amalan kita dan amalan para sahabat.

Jika amalan Tarawih di buat setakat pukul 10 malam je, sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata orang kita. Bilakah mereka akan bertemu dengan malam lailatul Qadar? Sedangkan amalan solat Tarawih ini adalah pengganti pada amalan Tahajud ya...ng diamalkan oleh org soleh. Itu pasal tidak didirikan solat Tahajud pada malam Ramadan. Waktu di penghujung malam inilah berlakunya Lailatul Qadar. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Kala itu Allah berseru dgn firmanNya: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145

Ada kawan tanya, camne nak solat Tarawih sendiri. Tak tahu laa salawat antara sembahyang tu..? Jawabnya: Tidak disyari’atkan ada bacaan zikir-zikir, selawat-selawat mahupun doa-doa yang tertentu semasa waktu istirehat ini. Namun demikan sew...ajarnya tempoh tersebut dipergunakan untuk membaca ayat-ayat suci al-Qur’an, zikir-zikir, doa-doa dan selawat yang sabit daripada hadis-hadis Nabi secara bebas tanpa penetapan bacaan atau kaifiat yang tertentu. Hanya sahaja yang lebih menepati sunnah adalah zikir, doa atau selawat tersebut dilakukan secara sendirian dan dengan suara yang perlahan.

Ramai orang malas bersolat tarawih sendiri di rumah kerana kesibukan kerja dan urusan tertentu, alasan mereka adalah disebabkan tak tau nak baca salawat tu. Dengan berhujah dan beralasan yang mereka tak tau salawat yang tidak ada asalnya tu, sama ada dari hadis dan amalan para sahabat, maka ramai orang tak 'berani' buat solat tarawih sendirian di rumah.

6- Tidak perlu juga berzikir dan bersalawat dengan terpekik terlolong dengan harapan malam Ramadan kita akan bertambah MERIAH! Ini kerana Allah Taala menyarankan kepada kita yang beriman dengan ayat-ayatNYA: “Sebut (zikir) serta ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri disertai perasaan takut (melanggar perintahnya) di samping tidak menguatkan suara, iaitu di pada waktu pagi dan petang (malam). Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai.” – Surah al-A’raaf:205.

Selanjutnya daripada al-Sholah bin Hakim bin Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi,daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah s.a.w:“Wahai Rasulullah! Apakah tuhan kami berada hampir dengan kami... sehingga memadai hanya kami bermunajat (berbisik) kepada-Nya atau Dia berada jauh sehingga kami perlu menyeru-Nya (dengan suara kuat)? Baginda hanya berdiam diri. Tidak berapa lama kemudian, Allah turunkan ayat di atas ‘wa idza sa’alaka ‘ibadi ‘anni fainni qorib’. Setelah itu, dinyatakan pula satu riwayat daripada Ahmad daripada Abu Musa al-Asya’ari r.a, dia telah berkata: Kami pernah bersama Nabi s.a.w dalam satu peperangan. Setiap kali kami melalui jalan mendaki atau menurun di suatu lembah, kami akan mengeraskan suara melaungkan takbir. Lalu baginda mendekati kami seraya bersabda: “Wahai sekalian manusia! Kasihanilah diri kamu semua kerana kamu tidak berdoa kepada sesuatu yang tuli dan bukan kepada sesuatu yang berada jauh. Sesungguhnya yang kamu seru itu lebih dekat berbanding seseorang antara kamu daripada tengkuk unta yang dinaikinya. Wahai Abdullah bin Qais, bagaimana jika aku ajarkan kepadamu satu kalimah daripada khazanah syurga iaitu la haula wa la quwwata illa billah.”

Demikianlah beberapa tatacara solat tarawih yang diambil dari hadis-hadis Rasulullah. Semoga ianya dapat dijadikan pedoman bagi kita semua untuk melaksanakan solat tarawih ini sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda. Sesungguhnya menc...ontohi solat Rasulullah s.a.w. telah diwajibkan oleh baginda sendiri sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 631.-
Nukilan dalil dan hadis dari artikel syeikh Akob73, tq syeikh...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Selamat Berpuasa buat Seluruh kaum Muslimin


Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Selasa, 6 Julai 2010

Musim Cuti Sekolah - Kenduri

Cuti kali ini, aku bersama keluarga telah berangkat pergi ke kenduri anak saudara di Kota Tinggi, Johor. Perjalanan dari Temerloh tidak memakan masa seperti dahulu iaitu sekitar 8 hingga 9 jam. Kini perjalanan itu hanya memakan masa lebih kurang 6 jam setengah sahaja. Tengok juga gaya pemanduan berhemat atau sebaliknya.

Perjalanan dari Temerloh melalui Gambang agak laju kerana melalui lebuh raya Pantai Timur. Jalan juga agak lengang berbanding masa mula-mula cuti persekolahan bermula. Selepas melalui jalan Gambang ke bandar Muadzam Shah, kereta mula bertali arus kerana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya dari timur ke selatan. Seronok berjalan jauh ini, jika tidak penat dan poket tidak letih. Lihat gambaran perjalanan yang dilalui oleh kami... macam panduan pelancongan pulak. Tapi aku suka dengan cara ini, macam penggunaan GPS sekarang. Kita dapat mengagak laluan yang bakal dilalui.

Sambungan....

Rabu, 2 Jun 2010

Apa itu Akidah WAHABI?

Inilah Akidah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dinyatakan sesat oleh sebahagian besar masyarakat kita.

Berikut ini akan kami bawakan risalah yang berisi soal-jawab tentang akidah Islam yang ditulis oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah sendiri.

Menerusi karya beliau ini semoga lebih jelas bagi kita bagaimana sebenarnya aqidah [keyakinan] beliau yang mungkin bagi sebahagian kalangan pembaca telah mendapatkan kesan negatif mengenai diri beliau.
Silakan anda MEMBACA dan MERUMUS sendiri dengan pemikiran yang jernih dan hati yang tenang. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua. Bagaimana kita mampu menuduh, menolak, menyanggah dan mencaci maki seorang tokoh yang diiktiraf oleh ulama masa kini seperti Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan juga Syeikh Wahbah al-Zuhaili yang membuat sebuah karya mengenai diri syeikh ini yang dinyatakan oleh sebahagian masyarakat sebagai pengasas WAHABI.

Bacalah dengan hati yang tenang dan terbuka luas menginginkan rahmat ALLAH. Dipersilakan...

Soal: Siapakah Tuhanmu?
Jawab : Tuhanku adalah Allah yang telah memeliharaku dan memelihara seluruh alam dengan segala nikmat-Nya. Dia lah yang menjadi sembahanku, tidak ada bagiku suatu yang layak disembah selain-Nya. Sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat al-Fatihah (yang artinya), “Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.”

Soal: Apakah makna kata tuhan (RABB)?
Jawab : Yang menguasai dan yang mengatur, dan hanya Dia (Allah) yang berhak untuk disembah.

Soal: Apa makna kata Allah?
Jawab : Iaitu yang memiliki sifat ketuhanan dan berhak disembah oleh seluruh makhluk-Nya

Soal: Dengan apa cara kamu mengenali Rabbmu?
Jawab : Dengan memperhatikan ayat-ayat-Nya (al-Quran dan al-Sunnah = Dalil Naqli) dan makhluk-makhluk ciptaan-Nya (Dalil 'Aqli)

Soal: Makhluk apakah yang terbesar yang boleh kamu perhatikan di antara makhluk ciptaan-Nya?
Jawab : Langit dan bumi

Soal: Apakah ayat (tanda kekuasaan)-Nya yang paling besar?
Jawab : Malam dan siang, matahari dan bulan

Soal: Apakah dalil petunjuk atas alasan itu?
Jawab : Dalilnya adalah firman Allah, “Sesungguhnya Rabb kalian adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy. Allah menutupkan malam kepada siang dan mengikutinya dengan cepat, matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ingatlah, sesungguhnya penciptaan dan pemberian perintah adalah hak-Nya, Maha berkah Allah Rabb seluruh alam.” (QS. al-A’raf : 54).

Soal: Untuk apakah Allah menciptakan kita?
Jawab : Untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah: Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku (QS. al-Zariyat:56).

Soal: Apa yang dimaksud beribadah kepada-Nya?
Jawab : Mentauhidkan Allah dan metaati setiap perintah-Nya

Soal: Dalam urusan apakah, kita perlu mentaati-Nya?
Jawab : Kita taati perintah-Nya dan kita jauhi segala yang dilarang-Nya kepada kita

Soal: Apakah dalil petunjuk untuk ketaatan itu?
Jawab : Firman Allah , “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. al-Zariyat : 56).

Soal: Apa ertinya firman Allah tadi, "supaya mereka beribadah kepada-Ku"?
Jawab : Maknanya adalah agar mereka mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkan-Nya.

Soal: Apa yang dimaksud dengan tauhid?
Jawab : Tauhid adalah mengesakan Allah dalam beribadah kepada-Nya.

Soal: Apakah perkara terbesar yang dilarang Allah untuk kita?
Jawab : Perkara terbesar yang dilarang Allah adalah syirik iaitu berdoa dan memohon kepada selain Allah. Atau dengan cara memohon kepada selain-Nya (kubur wali, batu, berhala, pokok dll...) di samping berdoa kepada-Nya.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Dalilnya adalah firman Allah, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya (dalam beribadah) dengan sesuatu apapun.” (QS. an-Nisaa’ : 36).

Soal: Apa yang dimaksudkan dengan ibadah?
Jawab : Ibadah adalah segala amalan yang dicintai dan diredai Allah baik berupa ucapan mahu pun perbuatan sama ada yang tampak mahu pun yang tersembunyi.

Soal: Apakah yang termasuk dalam urusan ibadah itu?
Jawab : Ibadah itu banyak jenis, antaranya adalah: doa, takut, harap, tawakal, roghbah (keinginan), rohbah (kekhawatiran), khusyu’, khasy-yah (takut yang dilandasi ilmu), inabah (taubat), isti’anah (meminta pertolongan), isti’adzah (meminta perlindungan), istighotsah (meminta keselamatan dari bahaya), menyembelih, nadzar, dan jenis-jenis ibadah yang lainnya.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Seluruh masjid itu adalah milik Allah, maka janganlah kamu menyeru bersama-Nya dengan sesuatu apa pun.” (QS. al-Jin : 18).

Soal: Apa hukum bagi orang yang beribadah pada selain Allah?
Jawab : Orang yang melakukannya dihukumkan sebagai golongan musyrik dan kafir (engkar).

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Barangsiapa yang menyeru bersama Allah dengan sembahan yang lain padahal tidak ada bukti (suruhan dan arahan oleh sesiapa pun) kepadanya, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Rabbnya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak akan mendapat keuntungan.” (QS. al-Mukminun : 117).

Soal: Perkara apakah yang diwajibkan pertama kali oleh Allah kepada kita?
Jawab : Iaitu mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah.

Soalan: Apa yang dimaksud dengan thaghut?
Jawab : Segala sesuatu yang menyebabkan manusia itu melampaui batas, yang berupa benda yang disembah, orang yang diikuti (idola) atau tokoh yang ditaati, maka mereka itu adalah thaghut yang perlu dijauhi.

Soal: Ada berapakah thaghut itu?
Jawab : Jumlah mereka banyak, namun tokohnya ada lima jenis iaitu:
1- Iblis -semoga Allah melaknatnya-,
2- Orang yang disembah dan ia reda dengan hal itu,
3- Orang yang menyeru kepada orang lain agar beribadah kepada dirinya,
4- Orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib (bomoh, pawang, dukun, ahli sihir, tukang tilik dll), dan;
5- Orang yang berhukum dengan selain hukum yang diturunkan Allah.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Tidak ada paksaan dalam beragama, sesungguhnya telah jelas di antara petunjuk dengan kesesatan. Barangsiapa yang mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan ikatan tali yang sangat kuat dan tidak akan putus, Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (QS. al-Baqarah : 256).

Soal: Apa yang dimaksud dengan 'Urwatul Wutsqa (ikatan tali yang sangat kuat)?
Jawab : Maksudnya adalah kalimah Laa ilaha illaLLAH.

Soal: Apa makna kalimah Laa ilaha illaLLAH?
Jawab : Laa ilaha adalah penolakan (nafiy - menafikan kuasa lain), sedangkan illaLLAH adalah penetapan (itsbat).

Soal: Apa yang ditolak dan apa yang ditetapkan?
Jawab : Aku menolak segala sembahan selain Allah dan aku tetapkan bahawa seluruh jenis ibadah harus ditujukan kepada Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya; sesungguhnya aku berlepas diri dari semua sembahan kalian kecuali dari Zat yang telah menciptakanku (Allah), sesungguhnya Dia pasti menunjuki (hidayahNya) pada diriku. Dan Allah menjadikan kalimat itu tetap ada pada keturunannya (Ibrahim) semoga mereka mahu kembali (kepada kebenaran).” (QS. az-Zukhruf : 26-28).

Soal: Apakah agamamu?
Jawab : Islam adalah agamaku iaitu menyerahkan diri kepada Allah dengan mentauhidkanNya, patuh kepada suruhan-Nya dengan melakukan ketaatan dan berlepas diri dari sebarang bentuk syirik dan orang yang melakukannya (ahl al-Bidaah).

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Allah berfirman, “Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanya Islam.” (QS. Ali Imran : 19).
Dan juga firman-Nya, “Barangsiapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima amalannya itu, dan pada hari akhirat nanti dia pasti termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran : 85).

Soal: Ada berapakah rukun Islam?
Jawab : Ada lima iaitu;
1- Syahadah - Laa ilaha illaLLAH dan Muhammadur Rasulullah,
2- Mendirikan sembahyang,
3- Menunaikan zakat,
4- Berpuasa sepanjang bulan Ramadan, dan;
5- Menunaikan ibadah haji ke rumah Allah yang suci jika mempunyai kemampuan.

Soal: Apakah dalil syahadat Laa ilaha illaLLLAH?
Jawab : Firman Allah, “Allah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang benar selain-Nya, demikian pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu, dengan menegakkan keadilan. Tidak ada sembahan yang benar selain Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Ali Imran : 18).

Soal: Apakah dalil syahadat Muhammadur Rasulullah?
Jawab : Firman Allah, “Sekali-kali Muhammad itu bukanlah ayah salah seorang lelaki di antara kamu, namun dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi.” (QS. al-Ahzab : 40).

Soal: Apa makna syahadat Muhammadur Rasulullah?
Jawab : Maknanya adalah mentaati perintahnya (sunnah), membenarkan beritanya (pangkat kenabian), menjauhi segala larangannya dan beribadah kepada Allah hanya dengan syari’at yang dibawa dan dijelaskan oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Soal: Apakah dalil solat, zakat serta tafsir dari tauhid?
Jawab : Firman Allah, “Dan tidaklah mereka disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan penuh ikhlas melakukan amal kerana-Nya (tanpa disertai kesyirikan), mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. al-Bayyinah : 5)

Soal: Apakah dalil puasa?
Jawab : Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” (QS. al-Baqarah : 183).

Soal: Apakah dalil haji?
Jawab : Firman Allah, “Wajib bagi umat manusia untuk menunaikan ibadah haji ke Baitullah semata kerana Allah iaitu bagi orang yang mampu melakukan perjalanan ke sana. Barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan kepada seluruh alam.” (QS. Ali Imran : 97).

Soal: Apakah prinsip ajaran dan asas penting agama Islam?
Jawab : Pinsip asas dalam Islam ada dua perkara :
[Pertama] Adalah perintah untuk beribadah kepada Allah semata dan memotivasi manusia untuk melakukannya, membangkitkan ketaatan di atasnya dan mengkafirkan orang yang meninggalkannya (tidak beribadah kepada Allah).
[Kedua] Adalah memperingatkan manusia dari segala bentuk kesyirikan dalam hal ibadah kepada Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, bersikap keras dalam hal itu (mengingkari syirik), membangun permusuhan di atasnya dan mengkafirkan orang yang melakukannya (kemusyrikan) agar manusia terhindar daripadanya.

Soal: Ada berapakah rukun iman?
Jawab : Ada enam perkara iaitu;
1- Iman kepada Allah,
2- Iman kepada para malaikat-Nya,
3- Iman kepada kitab-kitab-Nya,
4- Iman kepada rasul-rasul-Nya,
5- Iman kepada hari akhirat, dan;
6- Beriman kepada takdir baik dan yang buruk.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Bukanlah kebaikan itu kamu memalingkan wajahmu ke arah timur ataupun barat, akan tetapi yang disebut kebaikan adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab, dan para nabi.” (QS. al-Baqarah : 177).

Soal: Apakah dalil iman kepada takdir?
Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya segala sesuatu Kami ciptakan dengan takdir.” (QS. al-Qamar : 49).

Soal: Apa yang dimaksud ihsan?
Jawab : Ihsan terdiri dari satu rukun iaitu; kamu menyembah (ibadah) kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak mampu melihatNya, maka yakinlah bahawa Dia senantiasa melihatmu.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya Allah akan bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat ihsan.” (QS. an-Nahl : 128).

Soal: Siapakah Nabimu?
Jawab : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib bin Hasyim, sedangkan Hasyim berasal dari keturunan Quraisy, Quraisy dari bangsa Arab, sedangkan Arab merupakan keturunan Nabi Ismail putera Ibrahim al-Khalil (kekasih Allah) semoga salawat dan salam yang paling utama tercurah kepadanya dan kepada nabi kita.

Soal: Berapakah umur Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam?
Jawab : Enam puluh tiga tahun (63); empat puluh (40) tahun sebelum diangkat menjadi nabi dan dua puluh tiga tahun sebagai nabi dan rasul (23).

Soal: Dengan apakah beliau dilantik menjadi Nabi? Dan dengan apa dilantik sebagai rasul?
Jawab : Beliau dilantik menjadi Nabi dengan turunnya wahyu yang pertama iaitu "Iqra’" dan dilantik sebagai rasul dengan turunnya surah al-Muddatsir.

Soal: Di manakah tempatnya?
Jawab : Beliau berasal dari Makkah lalu berhijrah ke Madinah, dan kemudian beliau wafat di sana -semoga salawat dari Allah dan keselamatan senantiasa tercurah kepadanya- setelah Allah sempurnakan agama dengan mengutus beliau (beserta ajarannya).

Soal: Apa yang dimaksud dengan hijrah?
Jawab : Hijrah bermaksud berpindah dari negara syirik menuju ke negara Islam, sementara hijrah itu tetap berlaku sehingga tibanya hari kiamat.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat itu dalam keadaan menganiaya diri mereka sendiri. Maka malaikat bertanya kepadanya; Di manakah dulu kamu berada? Mereka menjawab; Kami dulu berada dalam keadaan tertindas dan lemah di muka bumi. Mereka berkata; bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di atasnya? Mereka itulah orang-orang yang tempat kembalinya adalah neraka Jahannam dan sungguh neraka itu adalah sehina-hina tempat kembali.” (QS. an-Nisaa’ : 97).

Soal: Apakah dalilnya dari Sunnah (Hadits)?
Jawab : Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidaklah terputus hijrah sampai taubat terputus, dan tidak akan terputus [kesempatan] bertaubat hingga matahari terbit dari arah tenggelamnya (terbit dari arah timur).” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan ad-Darimi).

Soal: Apakah Rasul masih hidup atau sudah wafat?
Jawab : Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat sedangkan agamanya masih tetap ada hingga tibanya hari kiamat.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya kamu (Muhammad) pasti mati dan mereka pun akan mati, kemudian pada hari kiamat nanti di sisi tuhanmu, maka kamu akan bertengkar dan berhujah di hadapan tuhanmu.” (QS. az-Zumar : 31).

Soal: Apakah setelah mati manusia akan dibangkitkan?
Jawab : Ya, benar!

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.” (QS. Thaha : 55).

Soal: Apakah hukum orang yang mendustakan hari kebangkitan?
Jawab : Orang yang melakukan pebuatan itu adalah kafir.

Soal: Apakah dalilnya?
Jawab : Firman Allah, “(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.” (QS. at-Taghabun : 7).

Diterjemahkan dari: Maa yajibu ‘alal muslim ma’rifatu wal ‘amalu bihi
Oleh Syaikhul Islam Muhammad bin Sulaiman at-Tamimi rahimahullah
Dengan pengantar Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Alu Jarullah
Penterjemah: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Ahad, 9 Mei 2010

Memori di Jbel Tsur, Arafah & Jbel Rahmah

Semasa aku pergi haji tempoh hari. Kami sempat berjalan-jalan di beberapa tempat menarik di sekitar Makkah. Kami telah menyewa sebuah van dengan harga RSA140 untuk ke sana. Antara lokasi yang ditawarkan adalah gua Tsur, Arafah, dan gua Hira atau Jbel Nur. Maaf, aku suka guna Jbel ni sebab pengaruh Morocco yang masih kuat. Mereka sebut Jabal (gunung) ini dengan ringkas seperti Jbel, Tariq (Treq), Karim (Krim), Qunaitrah (Kenitra) dan sebagainya. Lidah aku pun kadang kala tersasul juga bunyi slanga Arab Morocco ni.

Ntah macam mana masa nak ambil gambar, muncul Ninja Warrior kat depan kamera ni. Aku pun tak faham! Inilah asyik suka tengok pogram Ninja Warrior time orang nak solat Maghrib. Acah aje, sorry laa ehem2... ari ni dah jadi cover girl dah dalam blog ni. Tak kan marah?!! Masa pergi ke sana, memang aku suruh isteri kesayanganku memakai cadur. Sebab suasana di sana mungkin jauh berbeza dengan situasi kita di Malaysia.
Masa kami pergi ke kawasan gua Tsur ini. Kebanyakan pengunjungnya adalah rakyat Malaysia. Ini kerana dalam sekitar 15 - 20 minit aku berada di sana. Kebanyakan telekungnya memaparkan tulisan Malizia di belakangnya dan tidak kelihatan seorang pun wanita dari kerakyatan lain. Memang kaya tok Arab jual tasbih kayu kokka di situ. Wallahu a'lam.


Pemandangan jauh masjid Arafah, memang jauh nampaknya. Padang Arafah ini akan dikunjungi oleh jemaah haji pada setiap kali hari Wukuf iaitu pada 9 Zulhijjah saban tahun. Hampir 4 juta orang manusia akan berada di sana. Allahu Akbar! Tanda keagungan Allah dimuka bumi berbanding agama lain.

Jalan menuju ke Arafah.

Aku di atas puncak Jabal Rahmah bersama isteri. Di sana ada sebahagian mereka yang berpendapat bahawa sesiapa yang idak punya anak, boleh memohon dan bla... bla... untuk mendapatkan zuriat dan bla... bla... macam-macam lagi la... aku yang mendengar ini pun hanya menganggukkan kepala sahaja. Nanti nak cek semula dalam kitab-kitab hadis jika ada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ada petuakan begitu. Setakat yang aku dengar dan baca berkaitan hal ini, tak jumpa la pulak... Wallahu a'lam.

Kalau puak-puak ni memang pulun dok bersolat kat atas bukit tu. Aku pun dok perati aje la... Mai tok Arab yang pakai serban merah. Memang kena 'nasihat' laa... solat kat atas bukit ini merupakan hal bidaah yang Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat tidak pernah lakukan. Apatah lagi suruh dan arahkan kita melakukannya. Memang kita boleh solat sunat di mana-mana tetapi apabila berusaha memanjat bukit ini dengan niat tertentu. Maka niat untuk beribadat pada tempat yang tidak pernah disuruh merupakan perkara yang ditolak. Niat laa pi solat kat masjid dan surau. Okey laa sikit... ni pi atas bukit ni, silap-silap jatuh kang naya je...


Ini pula papan tanda pelbagai bahasa yang memberi peringatan kepada kaum muslimin agar menghindari dari melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi ajaran Islam yang suci. Papan tanda ini diletakkan pada setiap tempat yang memungkinkan sesetengah kaum muslimin melakukan perbuatan yang tidak dianjurkan oleh agama. Pesananya berbunyi:
SAUDARA KAUM MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,
NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MENGAJARKAN KITA UNTUK NAIK KE ATAS GUNUNG INI. BEGITU PULA SHOLAT, MENGUSAP BATUNYA, MENGIKAT POHON-POHONNYA DAN MENGAMBIL TANAH, BATU DAN POHONNYA. AMAL KEBAIKAN ADALAH DENGAN CARA MENGIKUT SUNNAH NABI SAW, MAKA JANGANLAH ANDA MENYALAHINYA.
ALLAH BERFIRMAN:
ARTINYA: SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA (DIRI) RASULULLAH ITU SURI TELADAN YANG BAIK BAGIMU. [al-Quran]
Kelihatan di atas sana, sekumpulan kaum dari Afghanistan dan Pakistan mendaki Jbel Nur ini yang terdapat padanya Gua Hira`. Ingat tu, nanti orang tanya tak tau nak jawab pula. Fakta ni, gua Hira di atas Gunung Cahaya (Jabal Nur).
Pendakiannya mungkin mengambil masa sekitar sejam atau sejam setengah. Mungkin agak sukar bagi kita yang tidak biasa dengan bukit batu pejal yang keras. Tetapi bagi orang Pakistan yang sudah biasa dengan keadaan permukaan gunung-ganang ini, tidak menjadi masalah bagi mereka.
Jika orang tua mereka yang berjalan di atas permukaan begitu pun, tenaganya mungkin sama dengan tenaga orang muda Malaysia. Apatah lagi sewaktu bertawaf di atas permukaan marble yang licin, orang tua mereka boleh berjalan laju dan selalunya lebih cepat dari kita. Jadi tidak haianlah kalau mereka sering meletakkan tangan di atas belakang kita sebab nak suruh cepat. Kita pula tak nak laju sebab 'takut' berlaga dengan orang lain, nanti beralih bahu dari Kaabah. Jadi terbatal tawaf..... Wallahu a'lam.

Khamis, 6 Mei 2010

Kelas Pemulihan al-Quran 1


Sebagaimana kebiasaan pada waktu pagi. Aku akan berkumpul dengan beberapa orang pelajar untuk dipulihkan pembacaan al-Quran mereka. Beberapa punca utama kesulitan para pelajar ini boleh dikesan olehku. Masalah utama yang dihadapi oleh mereka ini adalah seperti berikut:

1- Tidak mengenali huruf al-Quran

2- Tiada tindakan susulan di rumah seperti belajar KAFA atau mengaji di rumah jiran

3- Ibu bapa tidak terlalu menekankan aspek ini, mereka hanya belajar di sekolah 1 jam sehari

4- Murid tidak didedahkan dengan suasana keagamaan di rumah - abang atau kakak yang tidak lagi terkongkong turut mengajak adiknya keluar berjalan2 atau merempit

5- Murid tidak berminat belajar - bila suruh baca, mata sibuk ke tempat lain atau sering berbual dengan rakan sebelah

6- dan banyak lagi faktor lain yang boleh dikepilkan bersama

Hanya dalam masa satu jam. Aku terpaksa memberikan separuh masa pada perhimpunan pagi, separuh masa yang lain untuk melepaskan mereka mengambil wuduk dan al-Quran dan duduk di dalam kelas. Separuh masa lagi digunakan untuk membaca al-Quran satu halaman dan separuh masa lagi aku terpaksa membaca tafsir ayat tersebut bagi memotivasikan mereka. Memang letih juga nak menerang, menjelas, memaham dan mengarahkan agar mereka mampu mempraktikkan apa yang aku ajar pada hari tersebut.

Ini kerana murid-murid ini langsung tidak terdedah kepada apa yang aku cuba jelaskan. Kalau cerita bab Malaikat, mereka pasti melontarkan seribu persoalan dan kadangkala tidak sempat dihabiskan penjelasanku itu kerana sibuk menjawab persoalan mereka. Antaranya:

a) Ustaz! Malaikat tu macamana? Besar ke?

b) Ustaz! Malaikat tu dibuat daripada apa?

c) Ustaz! Malaikat tu nabi ke?

d) Ustaz! Malaikat tu ada kepak, warna kepaknya hitam ke?

e) Ustaz! Kalau malaikat tu dibuat daripada cahaya, macamana dia berjalan?

f) Ustaz! Malaikat tu kita tak boleh nampak ke? Kalau dia duduk kat kiri kanan kita?

Sesak nafas nak menjawab. Bila kita berikan satu fakta, mereka akan bertanya sampai ke dasarnya. Naik pening kepala nak memikirkan jawapan yang sesuai buat mereka. Apatah lagi jika ayat tersebut menceritakan soal Akhirat, beribu soalan pasti dikemukakan.

Contoh biasa yang aku ulangi pada mereka ini, apabila ada ayat yang menyebutkan mengenai orang beriman. Aku pasti jelaskan, "Orang beriman ini ialah orang yang percaya kepada Allah, mereka melakukan kebaikan seperti bersolat, tidak membuli orang, jaga kebersihan, tidak mengata kepada orang lain, tidak berkata yang tidak senonoh, tidak mengejek nama ayah orang lain dan sebagainya." Contoh ini perlu diberikan mengikut kesesuaian apa yang perlu mereka ubah pada diri mereka.

Pernah sekali muridku bertanyakan mengenai hari Akhirat. Aku menceritakan secara panjang lebar mengenai kehancuran alam ini. Apabila ramai orang buat jahat, maka alam ini akan rosak dan kemudiannya tidak lagi stabil, seterusnya akan musnah. Kini semakin banyak perubahan cuaca dan berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya.


Aku turut jelaskan kepada mereka, "Jika bukit ditarah, maka bumi tidak lagi menjadi kuat. Lantas berlakulah gempa bumi, keruntuhan tanah dan juga ribut taufan. Apabila menjelang kiamat, segala isi bumi ini hancur. Gunung runtuh, rumah hancur dan sebagainya."

Tiba-tiba seorang murid yang tidak berpuas hati dengan penjelasanku mengangkat tangan dan bertanya, "Ustaz! tak kan tak ada satu tempat yang selamat?".

Aku jawab, "Tiada tempat untuk lari lagi masa itu!"

Dia bertanya semula, "Ustaz! kalau saya lari... lari... lari.... sampai tempat yang selamat. Saya duduk dulu kat situ. Bila dah habis Kiamat, saya balik semula ke rumah saya. Boleh tak ustaz?"

"Kamu nak balik semula ke rumah kamu yang dah hancur tu?" Tanya ku semula.

"Yer la... saya duduk laa kat situ semula, buat rumah baru lepas Kiamat tu dah tak ada!" Jawabnya selamba.

Rasa macam nak pecah perut aku menahan ketawa. Aduh, pening betul kepala aku nak memahamkan muridku yang seorang ini. Dia ingat Kiamat itu sejenis angin taufan atau banjir besar kot. Apa-apa pun, itulah tugas aku setiap hari. Nak membina satu peribadi yang dapat membangkitkan sebuah generasi.

Wallahu a'lam.

Selasa, 4 Mei 2010

Pernah tak lihat laman ini?


Dulu aku ada promosi satu laman web dengan penjanaan wang anda. Letak RM20 dan anda boleh download lagu-lagu terbitan Rabbani yang terbaru. Aku yang ingin mencubanya, kini berjaya mendapat sedikit keuntungan dari download percuma lagu-lagu dan ayat al-Quran tersebut.
Kalau nak cuba, bolehlah klik dalam iklan di atas. Bagaimana pula dengan hukumnya?
Wallahu a'lam.... aku berniat untuk membeli produk di dalamnya. Sebab diberikan komisen bagi setiap mereka yang membeli produk tersebut melalui promosi kita. Ibaratnya, kita membeli produk tersebut dari pihak penaja, memandangkan sama sahaja sebuah CD Rabbani yang berharga RM19.90. Atas tiket pembelian tersebut kita mempromosikan pula kepada orang lain dengan menjualkannya atas 'tiket' promosi (web berdasarkan id kita) yang kita lakukan dengan diberikan komisen atas jualan tersebut.
Lebih baik menjual, daripada kita memberikannya secara free atas penat jerih orang lain. Yer tak?
Wallahu a'lam.... sapa nak beli! Boleh klik di atas iklan yang saya paparkan di atas. :)

Isnin, 3 Mei 2010

Memori Tanah Haram 1

Kenangan itu menggamit semula.... Di kala aku menantikan masuknya waktu Maghrib di Masjidil Haram. Keadaan begitu sesak dengan keriuhan suara para jemaah.

Kami sedang menantikan berkumandangnya azan, seakan-akan hanya kami berdua berada di sana. Kesayuan dan kesyahduan memerangkap rasa.

Baitullah seolah-olah menggamit diriku. Pabila terdengar berita ada sanak saudara dan rakan taulan yang ingin 'menuju' ke sana. Kami menagih simpati dari Ilahi agar dapat kembali ke sana kerana menginginkan fadilat tidak terhingga yang dijanjikanNYA pada kita.

Aku berharap, agar dapat mengumpulkan tenaga dan harta untuk menziarahi tanah suci itu semula.

Ya Allah, permudahkanlah!

Ya Allah, permudahkanlah!

Ya Allah, permudahkanlah.

Amin!

Khamis, 29 April 2010

Mengendali kelas Pemulihan al-Quran bagi murid bermasalah

Setiap pagi aku perlu mengendalikan kelas pemulihan al-Quran bagi kelas 4 yang dikira 'terkebelakang' dari 7 buah kelas. Bayangkan, kalau 2 buah kelas yang boleh membaca al-Quran, 4 buah lagi yang dikira sederhana dan yang paling last adalah yang teramat 'slow'. Ia begitu menguji mindaku. Aku menulis di sini bukan untuk 'berkira' kerana diletakkan tugasan mengendali murid yang dikira 'sukar'. Tetapi aku terpaksa mengemukakan beberapa strategi sebagai cara mengatasinya saban hari. Kalau mengendalikan anak-anak atau anak buah yang beberapa kerat dengan sikap nakal dan tidak mendengar kata memang meletihkan.

Tetapi aku terpaksa mengendalikan 10 orang pelajar dari yang lembam (slow learner) hinggalah yang dikira hiperaktif (hyperactive children) membuatkan kita tidak senang duduk. Jika kita minta mereka mengambil wuduk dan membawa al-Quran. Pastinya 10 - 20 minit, masa akan berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi, kita sebagai guru tidak mampu untuk turun naik tingkat atas dan bawah untuk memantau mereka.
Bagi sesetengah guru, mereka mengesyorkan agar guru pemulihan seperti aku ini, senantiasa memantau pergerakan murid tersebut. Ini memandangkan 'perasaan bimbang' murid itu bergurau atau bermain di dalam bilik wuduk atau surau yang mampu mencederakan mereka secara tidak sengaja. Mungkin bagus dari satu aspek iaitu murid sentiasa dipantau dan dibimbing. Bagi aspek lain pula, murid sentiasa terasa dikongkong dan ini akan melambatkan proses kematangan mereka dalam melakukan sesuatu kerja.

Aku lebih memihak untuk mengambil sikap kedua iaitu membebaskan mereka dari segala kongkongan. Ini kerana dari pengamatan aku, murid yang terkongkong tidak akan dapat belajar sesuatu. Malahan, sikap terus dikongkong ini membuatkan mereka lebih suka memberontak jika mempunyai peluang dan melakukan sesuatu 'kelainan' jika merasakan diri mereka tidak lagi diperhatikan atau dipantau. Banyak kes yang begini melibatkan para pelajar yang hidup terkongkong ketika di rumah. Apabila mereka sampai di sekolah, mereka akan melakukan pelbagai aksi 'menarik' untuk memaparkan kebebasan yang dinikmati oleh mereka. Oleh itu, berwaspadalah!

Hampir 2, 3 bulan... proses yang sama berlaku. Murid-muridku senantiasa lambat masuk ke kelas pemulihan. Walau mereka berulang kali diingat agar sentiasa cepat mengambil wuduk dan membawa al-Quran ke kelas. Jawapannya tetap sama, 10 - 20 - 30 minit barulah mereka boleh berkumpul di dalam kelas pemulihan. Waktu pembelajaran sekitar 1 jam dan selalunya, pengajaran dapat dilakukan sekitar 10 - 20 minit sahaja. Itu pun sudah dikira sangat baik! Kanak-kanak yang hiperaktif atau lembam, tidak mampu menumpukan pada pelajaran yang diajar lebih daripada 5 minit. Keadaan ini mampu membuatkan seseorang guru itu mengalami stress ataupun penyakit darah tinggi kerana sering 'naik darah'.

Jadi taktik aku untuk mempercepatkan mereka ke kelas, seperti berikut:

1- Taktik Gula-Gula (ertikata lain pertandingan)

Memberikan 'saguhati' kepada murid yang cepat masuk ke kelas. Hal ini seperti memberikan gula-gula, cokelat, kandi dan sebagainya. Umumkan kepada mereka sebegini:

"Okey, siapa yang naik ke kelas dengan cepat pagi ini, ustaz akan berikan gula-gula ini pada pemenang pertama, kedua dan ketiga!" Mereka pasti gembira dengan 'teknik' begitu. Hal ini sama sahaja bagi kakitangan awam yang mendengar pengumuman, "Tahun ini setiap penjawat awam akan mendapat bonus setahun gaji."

Pendapatku: Lakukan ini sekali sekala sahaja jika anda sememangnya mempunyai banyak duit, lebihan dari gaji anda. Ini kerana kanak-kanak adalah golongan yang sukakan proses itu berulang-ulang demi keuntungan mereka. Tidak percaya cuba buat sekali. Pasti esok, lusa, tulat bla... bla... mereka akan tanya lagi. "Ustaz, hari ni kalo sapa-sapa yang cepat dapat cekelat tak?"

2. Taktik Gula-Guli (rasuah)

Memberikan 'saguhati' setiap kali budak dapat melakukan perkara terbaik tanpa perlu disuruh, menjawab soalan, membaca petikan ayat al-Quran atau melakukan perkara yang betul. Contohnya, "Okey, sesiapa yang cepat akan dapat 'hadiah' dari ustaz!", "Sesiapa yang dapat membaca kalimah pada baris yang kedua akan dapat hadiah.", "Sebab kamu kutip sampah di bawah meja tadi, kamu dapat hadiah ini!" dan sebagainya.

Pendapatku: Lakukan ini juga sekadarnya. Pengamalan memberikan sesuatu setiap kali mereka membuat sesuatu yang betul dan baik. Akan mengundang protes atau 'mogok' jika tidak diberikan sesuatu kepada mereka. Jadi, buatlah sekadarnya. Jangan selalu-selalu kerana ia bakal mengundang bahaya pada pertumbuhan dan tumbesaran mereka. Setiap perbuatan dan kecemerlangan mereka perlu diberitahu dengan JELAS. Ulang semula, BERITAHU dengan JELAS agar mereka memahami setiap tindakan yang diambil oleh mereka.

Contohnya, "Ustaz berikan hadiah ini, kerana kamu datang awal!", Ustaz berikan gula-gula ini kerana awak tidak lagi mengganggu kawan yang lain sewaktu belajar!" dan seumpamanya.

3. Taktik Amaran (jika makan saman)

Memberikan amaran yang jelas kepada mereka. Sebaiknya ulang tiga kali agar mereka fahami arahan atau perintah yang disampaikan. Ini kerana, murid yang lembam atau hiperaktif ini kurang daya memahami soalan atau arahan. Lain disuruh, lain yang dibuatnya. Itu perkara biasa pada mereka. Kita terpaksa pesan, 3 - 20 kali untuk memahamkan mereka. Contohnya arahan mudah, "Akil, sila berikan buku ini kepada Ustazah Waheeda!". Kalau kanak-kanak biasa, mereka akan mengambilnya dan mencari guru tersebut lantas menyerahkannya.

Berbeza dengan kanak-kanak ini yang perlu dijelaskan satu persatu kepada mereka. "Akil, bawa buku ini. Serahkan kepada Ustazah Waheeda yang memakai cermin mata, berbaju jubah kuning, bla... bla..." Dan suruh mereka ulang semula arahan itu tadi. Pastinya anda akan dapat menilai tahap 'ingatan arahan' itu tadi, sejauh mana keupayaan mereka.

Jika ingin mereka cepat ke kelas, gunakan arahan amaran seperti ini. "Sesiapa yang ustaz dapati masuk lambat ke kelas ini, apabila jarum jam ini sampai atau lebih dari angka 5 ini. Ustaz akan denda kamu!"

Taktik ini kadang-kadang jadi, kadang-kadang kurang menjadi. Ia melihat pada ketegasan kita dan kemampuan kita pada pandangan mereka. Tapi sebaiknya, cuba laksanakan pada apa yang diJANJIkan agar mereka mendengar dan percaya. Jika kita gagal mengotakan apa yang telah diJANJIkan, pasti mereka akan abaikan apa sahaja arahan yang anda perintah dan arahkan pada masa hadapan. Kanak-kanak amat berpegang dengan janji, malah akan berpegang pada janji itu hingga mereka dewasa, jika tidak kena pada gayanya. Oleh itu, berwaspadalah!

4. Taktik Denda

Memberikan sedikit 'kejutan' kepada mereka yang engkar dan tidak 'makan saman'. Hal ini biasanya pada murid yang tidak terkawal di rumah hingga ke sekolah. Antara sikap tidak 'makan saman' ini adalah dari pergaulan dengan abang atau kakak yang kurang bermoral atau menghadapi gejala keruntuhan moral. Abangnya yang tidak sekolah menggalakkan adiknya seperti, "Alaah, kalau cikgu tu banyak cakap nanti, adik lawan jer laaa...", "Kalau boring dok dalam kelas, lepak laa kat tandas, cikgu bukan nak pergi cari pon..." Nasihat sebegini akan mempengaruhi minda murid tersebut secara tidak langsung kerana 'model' mereka di rumah atau 'mentor'nya adalah keluarga mereka sendiri.

Jadi bagi mendenda murid yang lewat, suka memonteng dalam tandas, bermain di koridor, melompat di tangga, suka menunjukkan aksi tarian 'shuffle' atau tektonik (techtonic) perlu kaedah khusus yang tidak membahayakan diri mereka dan guru. Jangan menyakitkan mereka atau bertindak luar batasan. Cara yang biasa digunakan ialah pukul dengan gulungan surat khabar atau manila kad di bahagian kaki bawah (betis). Ia meninggalkan kesan bunyi yang kuat dan cukup mempengaruhi minda pelajar. Tanyakan pula kepadanya, "Sakit tak apa yang ustaz buat ni!" Mereka pasti menjawab dengan jujur. "Tak sakit!" Paksakan pada mereka dengan ancaman, "Okey, kalau tak sakit ustaz pukul sekali lagi sampai sakit." Pasti mereka akan mengiyakannya, "Okey... sakit... sakit!"

Teknik gertakan ini, boleh menimbulkan 'perasaan cemas' pada rakannya yang lain. Tapi itu juga terpulang sama ada menjadi mahu pun tidak. Boleh digunakan dalam teknik mengawal PNP saklipun mungkin kurang berkesan. Wallahu a'lam.

:) Pandangan anda diperlukan....

Isnin, 12 April 2010

Buku ohhh Kitab!



Ini adalah sebahagian kecil kitabku. Masih banyak yang berterabur di rak-rak lain. Malangnya aku begitu kurang merujuk kitab-kitab ini seperti dahulu. Kadangkala perasaan rindu berbuat demikian timbul juga. Tapi masih banyak kerja lain yang juga patut dibereskan dalam jangka waktu yang sama.

Insya Allah dalam masa tidak berapa lama lagi, aku akan mula menulis semula. Kitab-kitab ini akan dijadikan rujukan pada waktu-waktu tersebut. Ehmmm kesibukan kerja siang dan malam menjadikan aku kurang membaca akibat keletihan dan kepenatan. Sekalipun ada juga buku-buku yang aku baca, rata-ratanya tidak sempat dihabiskan dengan baik. Mungkin kerana terlalu tebal atau aku tidak begitu bersemangat untuk menatapinya.

Pengalaman aku, dalam dua tahun lepas. Aku melepaskan 'gian' menulis buku dalam waktu cuti persekolahan. Aku berjaya menulis dan menyusun hampir 4 buah buku dalam jangka masa 1 bulan lebih. Tapinya, dari jam 9.00 malam ia bermula dan berhenti sekitar waktu Subuh. Aku mula tidur sebaiksahaja lepas solat Subuh. Keadaan ini berlarutan selama 3 minggu lamanya. Agak berbahaya bagi kesihatan diri.

Namun pada akhir-akhir ini, upaya untuk tunggu lebih lama di hadapan komputer agak terhad. Mungkin kerana aku kurang selesa dengan skrin atau pun 'mood' yang muncul dan pergi. Ehmmm inilah harapanku, aku akan berusaha untuk terus menulis dan menulis... Sudah 7 tahun lebih aku berkecimpung dalam bidang ini. Sewaktu aku mula ingin berkahwin dulu, aku mulai semakin serius dalam bidang penulisan buku-buku agama ini. Dan pada hari ini, genap ulangtahun ke-7 perkahwinanku. Aku masih mengimpikan beberapa karya ilmiah yang dapat memenuhi kehendak segolongan para pembaca muda sebagai bahan rujukan mereka.

Ada segelintir yang berpendapat, buku karyaku yang lebih berbentuk silibus tidak begitu menarik dan tidak akan 'meletup' sebagaimana buku-buku para penulis yang lain. Malah aku sendiri tidak mengharapkan kepopularan sebegitu di bidang ini. Sememangnya penulis buku agama tidak akan menjadi kaya raya dengan menulis buku berbentuk ini. Apa yang aku harapkan, buku-buku itu dapat masuk ke perpustakaan-perpustakaan universiti sebagai bahan rujukan mudah buat para pembaca dan pengkaji. Paling kurang bila aku mencari buku ini, ia boleh muncul dalam enjin carian seperti di dalam perpustakaan UKM yang menjadikannya sebagai bahan bacaan dan rujukan.

Insya Allah, aku akan terus berusaha mengIKHLASkan diri dalam lapangan ini sebagaimana para ulama dahulu yang tidak mengharapkan royalti. Mereka hanya mengharapkan PAHALA dan ganjaran di sisi Allah. Lantas buku-buku mereka dibaca hingga kini, nama-nama mereka pula meniti dari bibir ke bibir, dari lisan seorang yang alim hinggalah ke lisan si jahil. Para ulama pembangun jiwa ini terus diingati dan diredhai.

Ya Allah! Hidupkanlah kami sebagai ulama dan matikanlah kami sebagai syuhada. Amin Ya Rabb al-'Alamin.

Khamis, 8 April 2010

Ken To Rak!


Semalam semasa aku melangkah laju ke kelas Tasmik. Beberapa murid datang kepadaku memberitahu.

"Ustad! Ramai dah yang balik..."

Kejadian biasa yang tidak dapat dihalang kerana ramainya pelajar di kelas tersebut mempunyai alasan tersendiri.

Kelas Tasmik yang dilaksanakan dari jam 1.10 hingga 2.10 cukup membebankan kepada mereka. Mungkin kerana perut lapar, nak bersiap ke kelas KAFA di pusat tuisyen yang bermula seawal jam 2.30, bersiap nak ke kelas al-Quran di rumah jiran-jiran dan adakalanya murid yang malas nak menunggu lama.

Jadi, bagi aku, biarkanlah mereka pulang kerana mungkin mereka terikat dengan pengajian al-Quran lain di luar. Kalau pulang pun, mereka terus pulang ke rumah dan tidak menuju ke lain-lain tempat. Tapi bagi pentadbiran sekolah, hal itu menjadi kesalahan besar kerana melepaskan murid keluar sekolah tanpa kebenaran. Bagi guru seperti aku ia menjadi dilema yang tidak berkesudahan. Apa pun semoga kedua-dua pihak mendapat faedah yang besar dalam bidang keilmuan.

Kelas lain tidak begitu dibimbangkan, tetapi kelas ini agak agresif memandangkan mereka adalah pelajar yang agak terkebelakang dari aspek kurikulum. Minat untuk belajar memang boleh dikatakan tiada. Pening jika nak melayan 40 orang murid yang sebegini. Tapi inilah aset utama bagi seorang guru. Insya Allah!

* * *

Semasa aku 'melepak' di kantin sebentar tadi kerana mendengar khabar kemenangan sekolahku dalam pertandingan bola sepak peringkat zon, aku mendapat satu panggilan telefon dari seorang guru kaunseling.

"Ustaz, nak minta tolong sikit nanti."

"Banyak pun boleh." Jawabku nada bergurau.

"Ni nak mintak ustaz tolong lukiskan dalam kertas A4, poster Anti Dadah untuk murid sekolah."

"Ehmm insya Allah, boleh." Layanku...

Aku ni bab melukis dan melakar, memang suka sangat. Memang tak cantik, tapi tak ada laa huduh sangat! Sebab bila aku melakar sesuatu objek aku akan tayang kat anak-anak muridku.

"Ni, apa yang ustaz lukis ni, sapa tau?"

"Komputer! Komputer!" Jawab mereka bersungguh-sungguh.

Bila apa yang kita niat untuk melakarkan sesuatu onjek itu adalah SAMA dengan jawapan yang diberikan. Maka, keputusannya bagi setiap lakaran dan lukisan kita itu sememangnya menjadi, biarpun huduh bentuknya. Jangan pedulikan semua itu. Janji ia JADI! eheheh itu prinsip aku.

Biar buruk dan teruk, tapi jika ia diperakui oleh seseorang... itulah sebenarnya jawapan tersebut. Lebih-lebih lagi budak 'kenit'... mereka adalah seorang yang paling jujur.

* * *

Bebudak kenit ini, jikalau diorang tidak suka sesuatu, mereka akan bercakap benar tanpa selindung. Itulah budak-budak. Tapi awas! Jangan ceritakan sesuatu rahsia rumahtangga kepada si anak ini. Mereka akan bercerita apa sahaja jika kita bertanyakannya. Hingga ke tahap, aku kadangkala malas nak dengar bila aku bertanyakan mengenai sikap ibu bapa mereka dalam mengurus rumah tangga.

"Ustaz, semalam ayah saya tak solat. Emak aje yang solat... saya selalu ikut solat dengan emak."

Pecah rahsia... jadi aku akan berikan tumpuan kepada budak yang mempunyai masalah sebegini.

* * *

Awal tahun ini, ada seorang budak perempuan dari kelas Tasmik aku terus berjumpa dengan aku sebaik sahaja loceng balik dibunyikan.

"Ustaz, saya tak reti sembahyang." Adunya terang-terangan kepadaku.

"Kenapa tak reti sembahyang? Kan dah masuk darjah 4 akak ni.." Balasku menduga.

"Ustaz, saya baru tahun lepas pindah ke sini.... dulu saya sekolah Cina. Saya tak belajar sembahyang." Jawabnya jujur.

"Ooo gitu, tak apa nanti minggu depan ustaz akan ajar akak sembahyang." Pujukku semula.

Dia tersenyum puas mendengar jawapanku sambil menghulurkan tangan bersalaman meminta izin untuk pulang. Hati aku bergelodak, melihatkan anak sekecil ini meminta diajarkan solat.

Waktu yang agak terhad sebenarnya membuatkan aku tidak sempat berbuat apa-apa. Tetapi setiap kali aku betemu dengannya, aku cuba bertanya mengenai solatnya.

Pada mulanya, ada beberapa kesempatan yang aku cuba bertanyakannya. Jawapan amat mengecewakan.

"Akak sembahyang tak pagi tadi?" Soalku.

Dia hanya tersenyum, "Errr tak sembahyang ustaz, bangun lambat!"

"Ok, kan ustaz dah ajar ari tu? Bila dah tau, kita kena sembahyang. Okey?"

"Ok ustaz!..."

Sampailah minggu lepas, aku bertemu dengannya dan aku bertanya kepadanya soalan yang sama. Aku bukan hanya tanya pada dia sahaja, tetapi hampir satu koridor murid-murid yang melintasi aku. Aku bertanyakan solat Subuh kepada mereka. Biarpun hanya setahun sekali, janji aku dapat pantau juga perkembangan solat mereka seawal usia 10 tahun.

Banyak jawapan yang agak mengecewakan. Budak-budak..... biasa laaa...

"Hah akak ni, pagi tadi solat Subuh tak?"

"Ehmm saya solat ustaz, pagi tadi", jawapannya yang amat mengejutkan aku.

"Betul ni?" Sergahku inginkan kepastian.

"Betul laa ustaz, saya solat pagi tadi." Jawabnya bersungguh.

"Dah pandai solat laa nih yer?" Tekaku lagi...

"Iyer..." Sambil tersengih dia berlalu pergi ke tapak perhimpunan.

"Alhamdulillah...." Gembira hatiku bukan kepalang...

Semoga Allah Taala memberikan petunjuk kepada anak-anak muridku. Amin!

* * *

Sampai sahaja di kelas Tasmik. Aku menyuuh beberapa orang lagi yang masih tinggal untuk mengambil wuduk dan membawa mushaf ke kelas.

"Ok semua, ustaz bagi masa 2 minit pergi ambil wuduk dan al-Quran ke kelas ini. Cepat!!!" Teriakku bersahaja. Masa mula menjadi guru, nak keluar suara kuat sikit pun malu yang teramat malu. Tapi bila jumpa budak-budak yang macam 'pelesit'. Suara yang awalnya macam buluh perindu, terus bertukar menjadi 'meriam buloh'. Bummm! Tebabooo!...

Masa 2 minit yang diberikan itu adalah 'kiasan' sahaja, memandangkan masa itu hanya boleh dilaksanakan oleh para komando atau anggota Paskal atau Paskal dengan disipilin yang tinggi. Tapi bagi murid-murid kelas belakang ini, 20 minit dapat balik ke kelas dah kira mujurrrr! Silap-silap aku pulak yang kena panggil mereka di surau. Kadang-kadang siap main Aci Ligan atau Polis Santri lagi dalam surau tu... Itu yang tak tahan tu....

Bila mereka sampai aku suruh buka ayat dan suruh seorang yang pandai mengetuai bacaan mereka. tak sampai 5 ayat, mulalah berterabur dan entah apa-apa bunyinya. Aku terpaksalah ambil alih semula. Bila dengar suara yang kuat bergempa. Secara automatik mereka akan ikut. Jadi senanglah membacanya dengan bimbingan guru bagi merealisasikan teknik TALAQQI MUSYAFAHAH.

Aku membaca sambil melihat kepada mushaf anak murid yang berada di hadapan mejaku. Manakala tangan aku sedang melakarkan poster Anti Dadah yang dipinta. Gambar bebeapa poster lain menjadi sumber ilhamku. Aku hanya menulis, Hindari Najis Dadah. Entah mana idea itu datang, aku pun tak tahu. Budak-budak kenit ini, bila kita cerita bab najis dadah ini, dia kurang faham. Mereka cuma faham najis manusia dan haiwan sahaja.

Ikutlah, apa pun fahaman mereka, memang sebelum nak faham itu banyak pekara akan berlaku. Sama juga dengan aku masa kecil dulu. Cakap ikut sedap mulut aje, sebab tak tahu. Sedangkan ada kalimah-kalimah yang diambil dari kawan itu dikira mencarut. Jadi, kena cubit pipilah apa lagi. Dulu aku kena cubit pipi, sekarang giliran aku pula nak cubit pipi bebudak ni. Kira adillah gitu ehehehe...

Selepas aku menulis perkataan tersebut, aku mula melukis gambar tengkorak, picagari dan juga pil-pil dadah. Ada pula titisan darah dan percikan yang mungkin boleh menakutkan bebudak ini bila melihat dadah dalam TV itu. Aku pun tak berapa faham apa yang aku cuba sampaikan.

Bila selesai mengajar mereka, aku sempat bercerita tafsiran dari bacaan al-Quran tadi yang membawa kisah pembunuhan Bani Israil. Nabi Musa telah diwahyukan agar menyembelih seekor lembu betina bagi menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Moralnya kepada mereka, jangan suka bertanya benda yang bukan-bukan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.

Selesai bercerita mereka semua berangkat pulang, aku terus ke meja untuk menyiapkan sedikit lagi lakaran yang perlu disempurnakan. Beberapa orang muridku masih lagi berkemas kelas mereka dengan menyapu dan menyusun kerusi meja. Sedang beberapa yang lain datang ke meja untuk melihat lukisanku.

"Ustaz buat apa ni?" Tegur mereka.

"Ustaz nak buat poster anti dadah ni." Jawabku acuh tak acuh.

"Ehh kenapa ustaz lukis KENTORAK?"

"Apa kamu kata?" Balasku semula...

"Kentorak!" Selamba dia menjawab.

Kawan dia yang berada di sebelahnya terus menegurnya.

"Awak ni, itu tengkorak laaa!"

Bagai nak meletup perutku menahan gelak. Adusss... sudah darjah 5 pun masih tidak boleh menyebut dengan betul. Inilah akibatnya hanya pandai menyebut dengan tidak belajar melalui pembacaan. Wallahu a'lam....